andai ini takdirnya utkku

Wednesday, January 27, 2010

mungkin ada hikmahnya

Ada masa rajin menulis ada masanya malas. Mungkin ada hikmahnya Kak Awwa di sini. Hari minggu lepas baru berpeluang mengikuti kuliah dhuha bersama jiran di kawasan ini. Kak Awwa benar-benar ingin mencari kawan, alhamdulillah Allah hantar seorang kawan yang sanggup membawa Kak Awwa ke surau Siddiqin. Rasa seperti mati hidup semula setelah lama tidak menjejak kaki ke surau. Ya Allah dalam usia-usia yang melewati ke angka ini Kak Awwa benar-benar ingin mengisi jiwa yang kekosongan. Selama ini hanya mendengar kuliah ugama di radio, TV dan cari-cari dalam It.

Kata Kak Ayu orang di sini bermasyarakat cuma mahu join atau tak sahaja. Majaroti orang-orang di sini orang Melayu. Hampir sebulan insya Allah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini, biarpun ada yang masih belum beres dan tidak selesa. Tetapi malas hendak fikir semua itu. Memang susah kalau jumpa dengan tuan rumah yang cerewet. Bukan senang hendak pindah lagi, biarlah bagaimanapun rumah ini. Terlalu letih Kak Awwa untuk memikirkan bimbang takut semput datang kalau tertekan. Semoga suatu hari nanti Kak Awwa akan dapat memiliki rumah sendiri yang selesa Insya Allah....

Wednesday, January 20, 2010

di mana2pun aku sunyi

Sudah 21 hari Kak Awwa di sini masa terlalu cepat meninggalkan kita. Kak Awwa belum kenal jiran dan nama jiran belakang sebelah tepi dan sekitar sini.Cuma sebuah keluarga India sahaja yang Kak Awwa sering bertegur sapa. Adat tinggal di bandar kat mana-manapun sama saja. Baru semalam Kak Awwa bertanya khabar jiran di belakang rumah, rupanya orang satu negeri. Tu pun sebab Kak Awwa dengar diorang anak beranak cakap Kelantan. Pada mulanya cuak jugak nak menegur...kalau di lihat pada wajah mak cik itu dia seperti seorang wanita India. Mungkin berketurunan itu kot. Sudah 4 tahun dia anak beranak menyewa di situ. Sudah berumur mak cik ini sudah bercucu tetapi katanya semua anak-anak tinggal di sekitar sini, jadi anak-anak ajak diorang tinggal di sini. Dunia....dunia..... di saat Kak Awwa nak sangat balik kampung halaman sendiri ada orang yang sanggup tinggal kampung halaman dan rumah kerana nak menetap di sini. Rindunya hendak berkebun makan sayuran hasil cucuk tanam sendiri, membela ayam dan itik...tetapi entah bila...


Di belakang rumah ada tanah sekangkang kera masih belum bercucuk tanam. Tanah di sini tak sama seperti di PJ. Di sini tanah berbatu-batu dan tanah liat pokok lalang hidup subur, di PJ tanah hitam pekat. Rindunya pokok mangga kat sana. Ketika Kak Awwa keluar hari itu bunga mangga baru keluar, tentu sudah besar buahnya banyaknya rezeki tupai dan burung-burung.

Sebelum Kak Awwa pindah ke sini Lea sangat-sangat sedih kerana katanya nanti Kak Awwa jauh dengan dia. Kalau di sana tak kira siang dan malam kalau dia nak pergi ziarah Kak Awwa. Tetapi di sini jauh. Rindunya kepada Damia yang comel................

Mungkin Kak Awwa belum biasa tinggal di rumah macam ini, rasa lemas sangat sebab tingkap cuma sedikit berbanding PJ. Kak Awwa dan suami masuk sahaja di sini selalu tak sihat sesak nafas, kepala pening....suami Kak Awwa berlebih-lebih lagi lah tak sihatnya. Runsing juga Kak Awwa di sini jauh dengan hospital. Kalau di sana tak sampai 5 minit dah sampai. Apa nak buat itu bukan tempat kita. Kak Awwa belum biasa tinggal di sini, insya Allah Kak Awwa akan cuba membiasakan diri di sini.

Rindunya kat anakku Hafiz....Hafiz tak suka tukar-tukar sekolah katanya pening kepala. Dia bahagia dan seronok belajar di sana. Biarlah mungkin itu adalah satu hikmah...sebagai ibu bila dah lama tak jumpa anak tak dengar suaranya pasti rindu sangat.

Makcik belakang tu tanya berapa orang anak. Kak Awwa cakap seorang tu pun belajar di Kelantan. Sorang je anak kenapa tak beranak? Alahai leceh betul soalan-soalan seperti itu. Alhamdulillah dengan apa yang kita ada.

Sunday, January 10, 2010

bukan mudah hendak ku melupakan

Bukan senang hendak lupa kenangan ketika di PJ. Ketika melangkah keluar pada 1 Jan 2010 hari itu Lea sempat mengali pokok bunga ros. Hampir lima tahun pokok itu Kak Awwa tanam di atas tanah tentu sudah besar, akarnya sudah menjalar di mana-mana. Kata Lea kalau dia tak ambil sayang kalau di tinggalkan. Nak harap Kak Awwa cuma ambil mana-mana pasu yang kecik je.

Sedih memang sedih hendak meninggalkan rumah dan tempat itu. Tetapi kata Lea walau bagaimana sedih sekalipun itu tetap rumah orang. Pada hari ahad 3 Jan Kak Awwa dan suami masih lagi datang ke rumah itu, untuk mengambil barang-barang yang tertinggal. Terima kasih kepada Abang Zubillah yang sudi membawa kami. Nyamuk-nyamuk di situ agak kelaparan kerana sudah tidak berpenghuni. Habis merah muka dan tangan di gigit nyamuk. Maklumlah hujung bulan Dis kontrak potong rumput sudah tamat. Rumah itu akan kembali seperti dulu-dulu. Tahun 2010 tiga buah rumah di lorong 11/B harus di kosongkan untuk di baik pulih.

Tanah di sini sekangkang kera, itupun di tumbuhi lalang...tetapi sudah di potong ejen rumah ini. Kalau di sana hendak keluar rumah takut nyamuk, tetapi di sini Kak Awwa geli dengan ulat hitam tetapi bukan ulat gonggok. Tingkap sentiasa bertutup, kalau buka masuk lalat. Maklumlah di PJ walaupun nyamuk banyak tapi ada jaring, lalat dan nyamuk tak boleh nak masuk. Bukan senang hendak menyesuaikan diri bila sudah lama tidak ada jiran. Sesekali Kak Awwa menegur keluarga India. Alhamdulillah nampak sepeti baik, tak kiralah apa bangsapun asalkan kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita. Ketika tinggal di PJ pun Kak Awwa tiada jiran untuk bertanya khabar. Yang ada cuma pembantu rumah Indonesia...

Sebelum dapat rumah di sini Lea cadangkan beberapa buah rumah flet untuk Kak Awwa, di Sungai Buluh, Puchong dan Sentul. Cuma di Sungai Buluh sahaja yang ada lif. Tingkat empat lagi tu...alangkan nak naik tangga untuk ke bilikpun Kak Awwa rasa tak larat inikan pulak nak panjat tingkat 4. Fikir punya fikir baiklah sewa kat sini sahaja. Rumah-rumah di sinipun agak murah. Untuk di jualpun berbaloi. Rasanya lebih elok dari tinggal di Bukit Beruntung atau di Bukit Sentosa ya ampun tak sanggup.....

Di sini Kak Awwa harus mencari kawan-kawan. Betapa rindunya untuk mengaji Quran berguru. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Azam tahun baru??? Entahlah....cuma doa Kak Awwa semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. Dah berusia-usia begini tidak ada apa yang di ingat melainkan kematian dan ingin melihat anakku berjaya dalam hidupnya.......

Saturday, January 9, 2010

Hijrah~ dari banglo ke teres


Bismillahirahmanirahim Syukur alhamdulillah setelah sekian lama menyepi kini Kak Awwa kembali. Rasanya belum terlambat lagi untuk Kak Awwa mengucapkan salam Maal hijrah 1431 dan tahun baru masihi 2010. Begitu cepatnya masa berlalu. Masuk hari ni sudah 10 hari Kak Awwa berhijrah dari PJ ke rumah no 62 Jalan Birch....di sebuah rumah teres dua tingkat. Dua bilik kecil di bawah dan dengan tangga penuh dengan barang-barang. Kalau di PJ empat bilik besar-besar, di sini tersangat kecil cuma bilik kat atas sahaja besar.

Berhari-hari mengemas barang-barang hanya kami berdua sahaja, letih dan penatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Yalah dah barang-barang kita mestilah kita yang mengemas kalau suruh orang lain diorang tidak akan tahu mana yang kita hendak atau tidak. Contohnya buku dan kertas-kertas kalau di jual berduit jugak...tetapi sayangnya apek beli surat khabar lama tak datang-datang walaupun Kak Awwa tunggu berhari-hari. Terpaksa amanahkan orang-orang yang menjaga rumah ini supaya menjualnya dan duitnya pandai-pandailah nak ambik atau sedekah kat mana-mana. Bukan sampah yang kami tinggalkan tetapi sampah berduit.

26 Dis 2009 pindah barang-barang ke sini dari PJ. Pagi tu Lea dan suaminya datang menolong angkat barang-barang ke dalam lori di bantu beberapa kawan pejabat suamiku, termasuk kawan lama kami yang bersusah payah menolong mencari rumah untuk kami. Lea yang membawa sarapan pagi, padahal kami sudah membeli beberapa bungkus nasi. Selesai memunggah barang ke dalam lori tepat jam 12.00 kami bertolak dari PJ ke sini. Kali ini Asnor kawan suamiku yang memandu keretaku. Tak sangka rupanya masih ada yang sudi membantu di saat kami memerlukannya alhamdulillah......

Memandangkan air dan api masih belum ada( banyak menguji kesabaran Kak Awwa ketika ini, geram nak marahpun ada, sepertilah kami ini tidak berperasaan). Kak Awwa masih lagi tinggal di PJ selama enam hari sehinggalah ejen memberitahu yang air dan api sudah masuk. Pada 1 Jan 2010 tepat jam 10.00 pagi Kak Awwa di hantar Lea dan suaminya ke sini. Suaminya memandu kereta protonku. Manakala Kak Awwa bersama Lea dan anak-anaknya. Tibanya di sini Lea dan suami tak duduk diam mengemas dan menolak beberapa almari yang tak mampu kami lakukan ke dalam bilik. Termenung Kak Awwa bila Lea hendak pulang...dia pula susah hati nak tinggal Kak Awwa katanya dia takut Kak Awwa sukar hendak pergi beli barang-barang dapur. Alhamdulillah di sini semuanya dekat, cuma kami kena beranikan diri memandu biarpun tidak ada lesen. Suami Kak Awwa cuma ambil test sahaja lagi. Tetapi dek kesuntukan masa benda yang pentingpun jadi tertangguh begitu sahaja.

Di sini tidak seperti PJ, tidak sesibuk mana, Kak Awwa dan suami memberanikan diri memandu untuk membeli barang keperluan. Walau di mana berada hidup mesti di teruskan. Dah nama lagi rumah sewa tidak sesempurna yang kita harapkan. Memang menguji kesabaran, banyak sangat yang tak mampu Kak Awwa ceritakan. Kepada Lea dan keluarga, Asnor dan kawan-kawan suami terima kasih kerana sudi membantu kami. Abang Zubillah biarpun tak sihat sudi menolong kami datang jauh dari Rawang. Budi baik kalian hanya Allah sahaja yang membalasnya. Alhamdulillah kerana Hafiz belajar di Kelantan tak payah hendak tukar-tukar sekolahnya. Kenangan di Section 11 PJ pasti menjadi memori indah dalam hidup.... banyak sangat. Bulan April 2010 lima tahun Kak Awwa di sana. Tetapi kami terpaksa keluar awal kerana keadaan rumah itupun yang semakin teruk bocornya. Jauhnya Kak Awwa dengan kawan-kawan. Harapan Kak Awwa walau di mana berada silaturahim tidak akan pudar. Terima kasih kepada Epel yang sudi sms Kak Awwa....

Di sini Kak Awwa berjirankan India dan banyak rumah yang masih kosong. Katanya ada tuan tetapi tak mahu di beri sewa takut rosak, padahal rumah yang di tinggalkan lebih teruk, gril di curi orang dan pintu-pintu di pecahkan.....
sayangnya....