andai ini takdirnya utkku

Monday, May 17, 2010

khabar duka

2 jamadil akhir 1431 bersamaan dengan 16 Mei 2010

Malam tadi dalam hujan lebat guruh dan kilat , Kak Awwa masih berada di surau As Sidiqin. Sebaik sampai kerumah hp Kak Awwa berdering. Kakak ipar Kak Awwa iaitu Hasliza(Kak Za) telefon memberi khabar duka. Abang sulung kak Awwa iaitu abang G sedang berada di ICU di hospital besar Kuantan. Dia mengalami sakit di bahagian hati dan buah pinggangnya juga.

Ya Allah terkejut sungguh Kak Awwa,Inilah pertama kali di kalangan adik beradik Kak Awwa mengalami situasi yang begini. Sebelum ini Kak As tidaklah seteruk abang G. Dia sudah semakin sihat.

Kak Awwa sedih kerana anak-anak buah yang berada di Rawang dan Klang (anak-anak abang G) tidak tergerak hati hendak menelefon atau sms memberitahu keadaan abahnya. Tetapi dalam saat begini hanya doa yang mampu Kak Awwa kirimkan. Untuk ke hospital besar Kuantan begitu sukar, tidak seperti PPUM. Kalau di PPUM senang hendak pinjam kerusi roda, tetapi di sana entahlah.

Kak Zainab( isteri abang G) faham dia hanya minta Kak Awwa buat solat hajat dan berdoa. Tetapi sebagai adik, Kak Awwa agak sedih sekali tak dapat nak tengok dia, apa lagi kami dah lama tak berjumpa. Bukan tak mahu berkorban tetapi tinggal di sini agak sukar hendak ke Hentian Putra. Apa lagi bila dah umur kian meningkat nak bergerakpun sakit sana sini. Insya Allah bila abang G pulang ke rumahnya di Chini Kak Awwa akan pergi ke sana. Kak Awwa hanya mampu berdoa semoga Allah panjangkan umurnya.Dapat bertemu dengannya.....

Malam ini keluarga Kak Awwa dari Kelantan akan ke hospital Kuantan dengan menaiki pajero abang aku. Sedangkan aku di sini Ya Allah........kekadang aku berjauh hati dengan mereka(anak-anak buahku), aku tinggal dekat dengan merekapun terasa bagaikan jauh. Padahal mereka ada kemudahan untuk bergerak. Alasan yang di beri cuma sibuk kerja....jangankan hendak tumpangkan emak saudaranya ini. Malam tadi aku ada suarakan juga kepada Kak Zai, tetapi dia kata dua buah kereta anak-anaknya dah penuh. Apakan dayaku.....nampaknya aku seperti sebatang kara kat sini..susah senang sendiri....

Ya Allah Engkaulah Yang Maha Penyembuh. Engkau sembuhkanlah abang aku sesungghuhnya dia seorang abang yang baik kepda adik-adiknya.....permudahkanlah segala urusan aku untuk ke sana Ya Allah. Aku tahu hanya Engkaulah Yang Maha mengetahui segalanya. Kini aku berserah kepadaMU. Sabarkanlah aku dan keluargaku dalam menghadapi ujian dari Mu ini Ya Allah. Terutama sekali kakak ipar dan anak-anaknya...

Monday, May 3, 2010

rindu

Terasa jauhnya diri ini berkelana
Terpisah dari anak nan tercinta
Terpisah dari ibu dan ayah yang semakin uzur
Bilakah akan bertemu dengan mereka
Rindu membara di dalam jiwa
Hanya takdir yang menentukan
Semoga di pertemukan nanti
Bersabarlah duhai hati


Panasnya sekarang ini..kepalapun berdenyut-denyut. Tidur malampun tidak pernah lena. Semalam telefon Hafiz dia kata selsema. Risaunya hati ini. Semoga di jauhi dari penyakit H1N1 Ya Allah. Andai ibu punya sayap sudah lama ibu terbang kepangkuanmu nak. Ya Allah Engkaulah Maha Penyembuh.