andai ini takdirnya utkku

Saturday, December 29, 2007

~Selamat datang tahun baru 2008~

Assalamualaikum

Tahun 2008 bakal tiba tidak berapa hari lagi ini bermakna anakku Hafiz akan berjauhan denganku. Andai aku suka ke tak suka inilah jalan yang telah ku pilih. Inilah petunjuk dari Allah untuk ku, inilah takdirku satu-satunya zuriatku berjauhan denganku setelah dua belas tahun dia bersama-sama denganku sedari tapak kakinya yang masih merah. Inilah hakikat sebuah kehidupan biarpun terlalu perit namun akan aku belajar kuatkan hati ini menerima segalanya dan redha dengan ketentuan dari-NYA. Aku harus belajar membiasakan diriku untuk menghadapi situasi ini, begitu juga anakku mudahan ini semua bukan kejutan untuknya. Mudahan semuanya berjalan dengan baik dengan iringan doa dan restu dariku. Memanglah sebelum ini dia tidak pernah berjauhan denganku, paling lama dia ke kem ibadah seminggu habis lama itupun membuatkan aku tidak berselera makan inikan lama. Sebagai ibu amat berat untuk aku melepaskannya tetapi aku harus terima hakikat. Mungkin inilah hati seorang ibu tidak sanggup berpisah dengan anaknya biarpun bukan berpisah untuk selamanya, tetapi kerana dia satu-satunya zuriatku maka inilah yang membuatkan aku amat terasa. Terasa kehilangan dan terasa kosong, tiada lagi gurauan dan tawamu nak. Kalau orang lain pergi seorang ada lagi dua tiga anak-anak di rumah tetapi aku???? Nampaknya bermulalah kehidupan dunia barumu di asrama mengantikan teratak yang kita huni ini. Tetapi dia pergi untuk menuntut ilmu, insyaallah semoga semuanya baik-baik belaka.

Akhirnya aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru buat semua teman-teman kenalan dan yang kenal atau yang tidak mengenali diriku ini. Bermulalah episod suram dalam kehidupanku, aku tidak tahu sampai bila.
Allah tidak akan menguji hamba-NYA di luar kemampuan kita. Bersabarlah aku mudahan setiap kepahitan akan di gantikan dengan kemanisan(wah ayat-ayat yang sama). Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak nangispun ada huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....................


Thursday, December 20, 2007

Aidil Adhaku yang suram~

Assalamualaikum

Seperti dua tahun lepas (tahun lepas aku beraya di kampungku) aidil adhaku di sini agak suram bagaikan tiada perayaan, tiada kedengaran tahmid dan takbir kalau tidak on Tv dan radio, sunyi sepi dek kerana dua lagi jiran kami pulang ke kampung masing-masing. Hanya tinggal kami sahaja yang menjadi penghuni setia di perumahan ini. Barangkali jiran-jiran non muslimpun mungkin mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung masing-masing sunyi sepi.

Memandangkan kesihatanku yang kurang sihat tiada apa persediaan yang aku buat, tiada rendang dan sebagainya lagi. Tahu-tahu sahajalah orang asthma bila penyakitnya datang tidak mungkin untuk melakukan kerja-kerja rumah melainkan aku rehat memanjang tapi bila dah sihat jangan harap aku nak memanjakan diriku. Lebih baik aku merayau ke halaman rumah melihat pepohon hijau dan bunga bungaanku. Tetapi petangnya setelah aku makan madu khaula aku terasa sihat demi kasih kepada suami dan anakku di bantu oleh mereka aku memasakkan jugak mereka nasi ayam. Hafiz memang gemar makan nasi ayam,kalau boleh hari-haripun dia nak suruh aku masak. Sayunya hatiku bila dia dah ke asrama nanti..walaupun dia akan pulang seminggu sekali tetapi sebagai ibu aku sedih sangat, kerana sekolah tahfiz belum tentu boleh pulang seminggu sekali kerana banyak program dan aktiviti.......tetapi redhalah wahai aku.........

Biasanya kalau anak-anak Kelantan yang berada di rantauan akan pulang bila tiba hari raya biar apapun halangan seperti banjirpun diredah jugak mencari jalan alternatif untuk sampai ke destinasi yang di tuju, apa lagi bila tibanya hari raya korban. Tetapi tidak bagiku, biarpun hati meronta ingin pulang bersama keluarga tetapi sabarlah duhai hati keadaan yang tidak mengizinkan. Bukan pulang untuk makan daging korban( kat sinipun ada daging yang di beli kat pasar tani cuma bukan daging korban aje) tetapi ingin bersama mereka melihat kemeriahan hari raya di sana. Tetapi di sini solatku pun di rumah hanya bertemankan takbir di TV.

Itulah bezanya suasana hari raya di bandar, meriahnya suasana di desa, pagi-pagi lagi kami sudah bertukar juadah, sudahnya di rumahku berbagai-bagai jenis juadah ada. Jiran-jiran kami bagaikan saudara mara, susah senang saling tolong menolong. Tapi di sini tidak dapat aku rasai suasana seperti itu.

Akhirnya............

Selamat menunaikan ibadah korban untuk teman-teman semoga ibadah korban kalian di terima Allah. Berkorban untuk segalanya demi Allah dan Rasulnya demi agama islam yang tercinta. ALLAH HU AKBAR ALLAH HU AKBAR ALLAH HU AKBAR..........



Tuesday, December 18, 2007

~Salam Adiladha~

Assalamualaikum

Di kesempatan ini aku dan famili ingin mengucapkan salam adiladha buat semua teman-teman yang ku kenali dan yang tidak kukenali, tetapi kehadiran kalian dapat menceriakan hidupku. Andai ada ketelanjuran kata-kata baik dalam penulisanku yang tidak seberapa ini atau tutur kata yang menguriskan hati teman-temanku ampun maaf yang aku pinta. Nampaknya tahun ini kita di uji dengan banjir yang besar di sesetengah negeri termasuk di negeri kelahiranku di Kelantan. Tetapi alhamdulillah di kampungku tidak ada banjir biarpun di setengah-setengah kampung yang berdekatan dengan kampungku di landa banjir. Doaku semoga mereka akan tabah dalam menghadapi ujian dari Allah. Situasi sebegini pernah aku alami jadi aku faham bagaimana perasaan mereka yang kehilangan harta benda bahkan nyawapun kalau tersilap langkah melayang. Kepada ibu bapa jangan dibiarkan anak-anak anda bermain air kerana banjir bukanlah untuk berpesta.

Raya korban tahun ni nampaknya di sinilah aku untuk kedua kalinya. Masih ku ingat lagi tahun 2005 yang lepas aku beraya dengan berlaukkan telur sedangkan orang lain mungkin familiku juga sedang enak menjamu daging korban...tetapi aku dan suami berendam air mata, bukan air mata kerana makan telur( itu makanan kegemaran Hafiz) tetapi kerana itu di hari raya. Kekadang semua itu kalau boleh nak aku hindarkan tetapi di takdirkan juga adalah sebab dan musababnya itu semua menjadi kenangan yang teramat indah dalam hidup aku. Kerana apa? Aku pernah lalui segala kepahitan kesengsaraan lebih dari ini. Namun hari ini aku harus bersyukur kerana Allah tidak sesekali menyisihkan hamba-NYA biarpun hidupku tidaklah semewah mana tetapi alhamdulillah SYUKUR. Aku sentiasa berdoa semoga aku menjadi hamba_NYA yang sentiasa bersyukur dan kenangan makan telur di aidiladha tetap menjadi kenangan abadi buatku untuk selamanya. Jangan salah sangka teman-teman ini hanyalah nostalgiaku ketika mula-mula pindah ke sini. Bukan ada tujuan apa-apapun harap mengerti okey.

Kalau dikutkan hati mahu saja pulang beraya di kampungku tetapi keadaan yang tidak mengizinkan. Kalau diikutkan hati aku juga mahu pulang ke rumah ibu mertuaku tetapi seperti biasa aku segan dengan anak-anak tiri dan cucu tiri emak mertuaku yang ramai itu. Memang ayah mertuaku yang kedua ini tidak sama dengan arwah ayah tiriku yang sudah kembali kerahmatullah. Bagiku arwah seorang yang baik, memahami keadaan kami dan amat mesra dengan Hafiz...kehilangannya sukar di cari ganti, di layannya kami seperti anaknya sendiri.

Nampaknya aku masih lagi tidak buat persiapan apa-apa untuk menyambut aidiladha besok memandangkan keadaan kesihatanpun yang sudah tiga hari sesak nafas. Kata suamiku tak mengapalah buatlah apa yang termampu...terima kasih suamiku dalam banyak hal dirimu memahami aku.

Sekali lagi aku ingin memohon ampun dan maaf dari teman-teman semua...buat yang pernah ku temui kenang daku dalam doa kalian. Buat teman-teman blogger yang tidak kukenali tetapi aku kenali melalui tulisan kalian selamat hari raya juga dariku untuk kalian. Buat teman yang aku rasa begitu rapat biarpun tidak pernah aku mengenali dia apa lagi melihat dia iaitu Nicoledkidman terima kasih kerana selalu singgah di teratakku yang tidak seberapa ini. Kekadang saya tertanya-tanya kenapa anda tidak mahu memperkenalkan diri anda kepada saya. Tetapi tidak mengapa saya akan menanti semoga suatu masa nanti anda sudi memperkenalkan diri anda kepada saya ek?

Andai sesak nafas ini berhenti insyaallah aku akan buat apa yang aku terdaya melihat apa yang perlu aku siapkan untuk adiladha esok. Salam aidiladha untuk semua, selamat makan daging korban. Terkenang betapa meriahnya suasana hari raya korban di kampungku.....banyaknya dapat daging korban. Tetapi di sini insyaallah cari daging kat pasar tani dan ayam organik kat Pantai Dalam. untuk emak dan ayahku rindunya aku tidak dapat tertahan kepada mereka apatah lagi ayah dan emak aku tak berapa sihat. Tetapi dua hari lepas aku call emak dan ayah sudah agak sihat malam ini insyaallah aku call lagi, sedihnyaaaaaaaaaa ALLAH HU AKBAR ALLAH HU AKBAR ALLAH HU AKBAR aku tidak tahu samada esok adakah air mataku menitis atau tidak bila mendengar betapa syahdunya alunan takbir di pagi raya aidiladha. Biarpun sudah bergelar isteri dan ibu rindu dan kasihku kepada kedua ibu dan ayah tidak akan pernah padam biarpun hingga kenafas yang terakhir. Salam aidiladha ayah dan mek(panggilanku kepada emakku) ampun dan maaf yang oghe( aku bahasakan diriku dengan ibu dan ayah juga familiku orang) pinta andai anda kesalahan oghe ampun dan maaf dari hujung rambut hingga kehujung kaki. Niat hati hendak mengucup dan memeluk kasih tetapi biarlah kupendam dalam-dalam segala kerinduan ini, kerana aku percaya suatu masa nanti aku pasti akan pulang jua biar apapun yang terjadi semuanya demi mek dan ayah bukan kerana orang lain. Biarlah aku bersusah payah tetapi semuanya demi mek dan ayah........Wahai anak-anak hargailah ibu dan ayah kita ketika mereka masih ada lagi di dunia ini,aku tidak dapat bayangkan andai di suatu saat nanti aku akan kehilangan salah seorang di antara mereka. Sedangkan arwah ayah mertuaku yang hanya lima bulan aku kenalipun aku menangis inikan ibu bapaku sendiri. Doaku semoga mereka panjang umur syurgalah tempat mereka kerana bersabar menjagaku dan redha menerima aku seadanya. Rasaku andainya aku dilahirkan zaman sekarang sudah pastinya aku ini menjadi senasib dengan bayi-bayi yang tidak berdosa, di humban dan dibuang sesuka hati. Tetapi mulianya hati mek dan ayah dan ibu-ibu yang bersabar menerima anugerah anak yang kurang upaya. Biarpun bukan kemewahan yang mampu aku hulurkan tetapi kasih sayang itu yang amat di hargai oleh mereka. Oklah sampai sini dulu bimbang takut terjiwang lak. Maaflah dah terlari dari topik asal...memang aku selalunya begitu kalau menulis hihihi...


Selamat pulang ke kampung kepada teman-teman....berhati-hati memandu di waktu banjir ini bersabarlah biar lambat asalkan selamat sampai kedestinasi yang di tuju. Biarlah kepulangan kalian di sambut dengan gembira janganlah di sambut dengan tangisan terlalu tragisnya. Ok dah lah... nah kalau ada idea memang tak boleh berhenti tetapi kena stop juga hendak p tengok drama kerbau hihihih ok wassalam.



Monday, December 17, 2007

~Sudah hilang dah~

Assalamualaikum selamat malam

Malam ini blog wordpressku yang bertajuk~DISINI KITA BERTEMU~ sudah gulung tikar, padahal pagi tadi masih ada lagi. Alahai tak sampai lima bulan sudah hilang. Nasiblah entripun taklah menarik sangat( mana-mana blog akupun tak menarik). Tetapi ramai juga rakan-rakan blogger yang singgah di teratakku itu. Itu sajalah buat masa sekarang aku kekeringan idea untuk menulis di sini.

Insyaallah bila aku ada idea aku hentakkan lagi jejariku di atas keyboard uzur ini. Biarpun sudah uzur tapi ianya memberi keceriaan buatku dalam berblog.

Monday, December 10, 2007

~Ceritaku hari ahad lepas 9 Disember 2007~

Bunga ros yang sedang kembang cumil sungguh. Rugi bagi sesiapa yang tidak minat bunga hihihi

Hafiz masam mencuka dia sedih sebab aku tak bagi dia ikut ayah ngahnya ke Penang
Ni tiga beradik budak keleteh ni. Gambar tak berapa jelas le
Lagi-lagi bunga

Ni lah suasana di kenduri khawin anak kawan suami aku
Nak ambik gambar pelamin tapi Hafiz malu jadinya aku snap aje dari jauh. Nak tunggu pengantinpun lambat sampai~ cerita seterusnya nantilah dulu lain kali insyaallah........

Haaa ni akupun sambunglah cerita di sebalik gambar ni. Hari ahad lepas tu kawan kepada suami aku sms tanya nak gi tak kenduri kawen anak Kak Milah tak? Hatiku pun duk teragak-agak nak p ke tak. Kata suamiku kita p lah sian akak ajak kita kecik ati dia nanti, kebetulan hari tu jugak suamiku hendak pergi mengambil Hafiz dari kem ibadah. Wah banyaknya kebetulan hari tu. Entahlah rasanya semenjak aku duk kat sini inilah pertama kali aku gi kenduri macam nih. Bukannya apa selama ini aku duk segan tak habis-habis. Dua tiga kali dia sms dan call nak walaupun aku tolak ,aku jadi malu itulah aku kena ikut jugak. Dia kata bila lagi nak pergi asyik duk kat umah aje jomlah kita gi kenal-kenal member opis suami aku. Memanglah aku tak kenal kawan-kawan suami aku kerana aku tak pernah jemput mereka ke rumah aku melainkan kakak yang bawa aku ni aje yang selalu ke rumah aku. Entahlah akupun tak faham kenapa aku mesti malu. Sedangkan kalau aku malu macam mana sekalipun keadaan aku tetap tidak akan berubah. Aku rasa sekarang ni kira okey sikit, kalau dulu aku memang tak mau kalau di ajak pergi oleh ibu dan ayah aku.

Sampai di dewan tu kami di sambut mesra oleh kawan suami aku. Aku kira kawan suami aku yang sorang ni agak moden sedikit...yalah kalau orang lain umur bakal nak pencen adalah jugak tudung di kepala. Tetapi entahlah......bila aku pk-pk bagaimana anak-anak hendak menutup auratnya kalau emak sendiri mendedahkan aurat. Tetamupun( segelintir sahaja) pakaiannya boleh tahan nipis dan nampak segala-galanya. Sampai Hafiz kata inilah yang dia tak suka datang tempat begini ...siap dengan lagu-lagu orang putih..ini bukan budaya kita budaya barat, amboi budak ni nak kena cili kecik-kecik dah pandai bagi komen hihihi oppss sorry terlari topik lak.

Menu hari tu nasi beriyani, papedon, acar ayam daging, itu ajelah. Jauhnya beza di kampungku kalau tidak cukup lima menu jangan di harap lah nak kenduri khawin. Nak tunggu pengantin lambat lagi sedangkan kami malas nak tunggu lagipun tempat duduk kat dewan tahu-tahu sajalah mana boleh berlama, orang lain pulak yang nak duduk.

Sewaktu kami keluar dari lif terserempak dengan pengantin hendak ke dewan memanglah cantik anak Kak Milah tu. Tapi sayangnya tak boleh nak ambil gambar ketika itu kamera hp Hafiz bermasalah.

Kebetulan hari itu juga adik iparku satu familinya dari Penang sampai. Kesiannya mereka tak boleh masuk dalam rumah. Tujuan mereka datang hendak berziarah dan berjalan-jalan. Biasalah orang suka berjalan-jalan ada kemudahan tidaklah seperti aku ini hanya memerap di rumah sahaja. Hampir dua tahun mereka tidak ke rumah aku. Memanglah kami ni kalau ada yang datang ke rumah rasa seronok pula bila melihat keletah anak-anak buah.

10. Disember 2007

Sepupu sepapat suamiku dari Kedah pulak datang. Memang penuh satu rumah hari tu. Alhamdulillah ada juga tetamu yang datang. Cakap-cakap orang yang ku panggil Kak Ah tu tanya aku...aik awatnya hang ni asyik sorang aje...tengok Kak Ah ni dah nak masuk enam dah? Aku cuma tunduk aje merenung lantai..entahlah sejak-akhir aku terlalu sensitif bila ada orang tanya-tanya gitu. Sebenarya aku malas nak layan bimbang takut tertekan sangat. Ibu mertuapun kalau jumpa tiada topik lain yang hendak di tanya. Salahkah aku anak sorang? Mau aje aku kata kepadanya kalau emak dua orang anak kenapa tidak usahakan dulu supaya dapat tiga empat? Adehh udahlah nanti jiwang lak.

12.Disember. 2007 Rabu

Hari ini suamiku pergi ke Pulai Pangkor. Kalau di ikutkan hati dia nak bawa Hafiz tetapi Hafiz semenjak balik dari kem ibadah kurang sihat batuk dan deman. Nasib baik jugak kalau tidak tinggallah aku seorang diri. Manalah orang seperti aku ini hendak menaiki feri nak berjalan ke feri pun aku mungkin tidak larat. Bila aku pk-pk aku ini beginilah. Ahh......... aku kalau dah ikutkan sangat hati jadi sedih lebih baik tak usah layan perasaan ini.

Tepat jam sembilan pagi ini adik iparku berangkat pulang ke Penang. Sunyi lagi aku. Hafiz nak ikut mereka pulang tetapi aku yang tidak bagi. Wahai anak kamu masih belum mengerti lagi perasaan ibu. Ya lah kalau mereka datang bawa Hafiz ke KLCC ke Putrajaya sedangkan emak ayahnya tidak mampu. Hmm...tidak mengapalah nak kalau dah besar nanti terbanglah kemana sahaja kamu mahu pergi. Itu ajelah........



Saturday, December 8, 2007

~Taman bunga-bungaan~



~Pokok ada bermacam-macam pokok nak ambil gambar aje yang tak larat. Ada pokok ulam raja, pokok ubi, pokok orkid liar dan pokok duit-duit betik dan buah manggapun ada. Rupanya melihat pokok-pokok dan bungaan ini boleh menghilangkan tekanan bagiku~




Thursday, December 6, 2007

`Memang aku takde kerja huhuhu~

Akhirnya hp Hafiz yang hilang di takdirkan berjumpa kembali setelah dua minggu. Pelik memang pelik setibanya suamiku di opisnya hari selasa beberapa minggu yang lepas hp ini ada di atas meja komputernya duduk molek dengan baterinya yang penuh. Padahal sebelum ini baterinya pun takde, hatiku pun sudah rusuh bila mengingatikannya. Agaknya biarpun murah hp ini ada yang ingin meminjamnya sebentar...lalu di gerakkan hatinya untuk menghantarnya kembali kerana sms demi sms dariku atau apa aku tak tahulah, yang pasti aku tidak ingin tahu apa-apa kerana ianya sudah dikembalikan alhamdulillah . Terima kasih tuhan kerana mengembalikan hp anakku...biarpun murah tetapi ini hasil wang yang dia kumpul.

Hp mini aku dan hp Hafiz yang hilang jumpa kembali setelah ayahnya beli yang baru dan berkamera lagi hehehe. Hafiz kata nasib baik yang lama hilang dapat yang lebih canggih huhuhu anakku pandainya kamu ek.
Hp miniku yang cumil suka bangat duk kat bear Hafiz, hp ni dah jatuh dua tiga kali sian dia...untuk sms bolehlah.........tapi kalau orang call bunyinya bederap-derap.
Kenanganku untuk selamanya hadiah dari suamiku sempena ulang tahun perkahiwinan yang ke sebelas dua tahun lepas.....
Ini bunga tiga belas tahun yang lalu masih aku simpan lagi sebagai nostalgia...bunga oren masa aku nikah dulu hihihih...dah lusuh dia. Rumah aku yang paling takde hiasan apapun.....aku tak suka nyemak mata. Aku lebih suka melihat kehijauan pepohon di luar rumah biarpun sarat tetapi membuatkan aku gembira dengan alam semula jadi itu. Wah citarasa orang ni memang berbeza-beza.

~Dah takde kerja ke aku ni?Hujan sudah berhenti...bumi masih lagi basah. Aku masih lagi berkurung dalam bilik komputerku ini, ditemani blog yang tidak seberapa ini. Inilah hati seorang ibu makan tak lalu tidur tak lena semuanya demi kamu anak. Mujur ada blog yang paling tak cute ini kalau tidak di mana akan ku luahkan segala rasa hatiku ini.



Wednesday, December 5, 2007

~Hujan akhirnya turun jua~

Hujan

Artist: Sudirman
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi.

Sudah dua hari hujan turun setelah lama bumi kering kontang. Pada mulanya gerimis kini ianya lebat dan gemersik bunyinya membuatkan hati ini sayu, rindu dan sukar untuk aku menyatakan. Aduhai hati sabarlah.

Aku tak tahulah nak tulis apa..tetapi entahlah, bila tinggal seorang diri rasanya terlalu sepi, tiada hilai tawa anakku. Alahai beginilah nasib orang lain ada anak sekeliling pinggang aku ni pergi sorang tu tak adalah uhukkk sedihnya, tapi tak apa kerana perginya demi masa depan dia jugak. Begitulah putaran masa cepat berlalu. Biarlah aku memburu rindu ini seorang diri huhuhu jiwanglah pulok.

Semenjak Hafiz pergi ke kem ibadah aku langsung tak ada selera nak makan, bagiku makan ke tak makan sama sahaja. Kalau Hafiz ada aku rajin nak masak itu dan ini...tetapi bila nak masak yang dia suka teringat kat dia. Sudahnya kami suami isteri makanlah ala kadar aje. Nasib baiklah suami jenis tak berkira kalau tak tahulah aku. Aku harus mempersiapkan jiwa dan ragaku untuk melepaskan dia pergi jua suatu hari nanti demi menuntut ilmu. Biarpun hatiku menangis tetapi aku tahan sebak ini hihihi.
Wah hujanpun semakin lebat...hmm nak ucapkan selamat tinggal 2007 pun lambat lagi biarlah dulu. Dahlah nanti aku merapu lebih pulak...............



Tuesday, December 4, 2007

~Tercatat sebuah pertemuan~

Assalamualaikum

Kalau diturutkan hati ini meraung rindukan anak tercinta..begitu juga dia rindu kan ibunya, tetapi aku tahankan hati ini kuatkan semangat ini. Ahh...rupanya beginilah orang yang merindui kekasihnya apa lagi menanti kepulangan anakku yang hanya tinggal empat hari lagi. Seminggu aku rasa begitu lama bagaimanalah nanti kalau berbulan? Dekat tapi jauh kerana aku tak mampu untuk menjenguknya ya Allah sedihnya..........
Ni lah rupanya nasi himpit yang orang Boyan atau Bawean selalu buat dan yang selalu aku makan ketika di BCH. Kak Asmi pandai memasaknya..lebih enak kerana daun pisangnya...sedap bangat..........

Ni pun bukan aku yang buat tapi cilok aje..kamera digital rosak kamera hp Hafizpun kejap ok kejap tak ok. Nak buat sambal ikan bilis tapi ikan bilis pulak terlupa nak beli huhuhu...


Semalam sempat aku buat lontong dan sambal telur..tetapi ini bukan gambar-gambar yang aku buat, ini semua gambar aku cilok dari mana entah hihih..sedapkan nampaknya. Aku tak tahu masak lontong tetapi aku tengok resepi hihihi malunya..


Dalam kerinduan itu rupanya ada hikmahnya kerana semalam 4. Disember 2007 tercatat sebuah pertemuan aku dengan rakan cyberku iaitu Kak Siti Jineh Jaimun ketua wanita ugama Sabah (MUIS) bagi OKU penglihatan bersama dengan seorang DJ/producer dari stesyen radio RTM Kota Kinabalu dalam bahasa engelis iaitu DJ Selina Light dan juga anak-anak Kak siti. Selina gadis campuran Cina dan Australia ini memang ramah biarpun datang di teratakku yang tidak seberapa, sudi pula menjamah masakanku yang tidak seberapa biarpun bergelar anak Datuk. Itulah tidak semua orang berada atau berpangkat itu sombong, kerana yang berpangkat bapanya. Tetapi bagi orang-orang egois mereka mungkin tidak akan memandang kami ini yang serba kekurangan. Terharu sangat aku kerana mereka ni tergesa-gesa datang biarpun tergesa-tergesa untuk mengejar flight tepat jam enam petang, tetapi sempat singgah ke rumahku, mereka menaiki Air Asia. Masuk kali ini sudah tiga kali Kak Siti datang kerumahku biarpun berada nun jauh di negeri di bawah bayu. Kali pertama dia datang dengan rakan dari Komuniti OKU Nawal, kali kedua bersama anak angkatnya Herdawati. Bila aku fikir-fikir beruntungnya dapat kenal rakan cyber( sekarang ni aku dah tak anggap mereka yang aku kenali rakan cyber tetapi saudaraku), berkenalan melalui sebuah komuniti di alam cyber saling mengutus emel dan menjadi kakak adik. Ya barangkali itulah dunia aku, kalau orang lain mencari kawan di luar..tetapi aku duniaku hanyalah rumah... biarpun di rumah tetapi masih mempunyai rakan-rakan alhamdulillah aku gembira. Tetapi kesiannya anakku tidak dapat bertemu dengan Umi Sitinya, hmm nak buat macam mana semuanya sudah terancang sedari awal lagi.



Aku masih ingat lagi ketika GOKUM kecoh suatu waktu dahulu Kak Siti jenis open mind tak masuk campurpun. Tetapi tetap baik dengan aku biarpun aku menolak gathering di rumahku. Aku tahu semua itu mengandungi hikmah. Dan aku nak kalian tahu aku ini kalau marah dan terasa hatinya sebentar sahaja tidak akan ku bawa sampai kemati. Kerana siapalah kita ini sedangkan Nabi maafkan umatnya inikan kita? Sedangkan Allah ampunkan hambanya inikan kita? Kita ini hanyalah hamba-NYA yang serba kekurangan. Aku boleh berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan mereka sudi menjalinkan persahabatan denganku.

Alhamdulillah kebetulan teman rapatku Lia pun datang sempat berkenalan dengan tetamuku. Anak-anak Kak Siti jenis memahami keadaan ibunya yang tidak nampak,ya Allah biarpun penglihatannya tiada tetapi hati dan nuraninya luhur terlalu baik. Aku bersyukur sangat kerana aku kenal dunia Internet kalau tidak aku mungkin masih lagi begini, tidak mengenali sesiapa. Tetapi hari ini aku kenal Epel dan ramai juga yang sudah ku temui. Alhamdulillah mereka yang aku kenali baik sangat. Tetapi teman kita berkawan kerana Allah tiada apa-apa berselindung di sebalik itu,andai aku silap kalian tegurlah aku, nasihatlah aku. Kerana aku ini hanyalah insan biasa yang serba kekurangan, bukan sahaja fizikal tetapi hati dan nuraniku. Aku perlu banyak belajar dari kalian.



Sunday, December 2, 2007

~Ahh...sunyinya aku~

Assalamualaikum salam pertemuan

Lama tak kongsi cerita dengan anda semua di sini. Hmm nama lagi blog tak laku( hek elehhh bukannya blog buat duit pun apa nak kisah laku ke tak laku ke..itu aku kata huhuhu). Bukannya apa aku tak tau nak tulis apa sebabnya aku takde idea. Hari ni aku cubalah tulis juga untuk menghilangkan kesunyian aku keseorangan di rumah. Kalau ada Hafiz takde lah sunyi sangat, masuk hari nih sudah dua hari Hafiz pergi di kem ibadah di Sekolah Tahfiz Darul Furqan. Alhamdulillah aku gembira sangat kerana dia gembira dan seronok di sana, setiap kali dia sms dan call dia kata dia gembira ramai kawan kat sana...tidaklah hanya duduk aje di rumah melayan TV dan games sahaja. Sebenarya aku faham kenapa Hafiz suka aktiviti menonton TV bermain games ketika di rumah? jawapannya kerana dia kesepian tiada kawan-kawan di kawasan perumahan aku ini untuk bermain.

Biasalah kehidupan orang bandar kalau tak kemana-mana dalam rumah, gate berkunci nak pergi pun segan, kalau terjumpa tu sekadar bertukar senyum ajelah. Berlainan sekali bila di kampung nak datang bila-bila masapun boleh. Tetapi itulah realiti hidup di sini, apa nak dikata lagi masing-masing dengan hal masing-masing. Sampai jiranpun tak kenal mata hidung. Tetapi padaku tak salahkan sesiapa kalau keadaan diri tidak mengizinkan mana mungkin orang mahu berkunjung kerumah kita atau mahu menegur kita kalau kitapun tak pernah nak menegur jiran? Bukan tak sudi tapi agak sukar sangat nak jumpa mereka.

Tapi bagiku biarpun aku duduk di tengah-tengah mereka aku tetap jalani hidup seperti orang kampung, kalau aku rasa nak bakar aku bakar hahaha (nak halau nyamuk) tak caya tanya Epel dan Riza yang selalu datang ke rumahku, rumahku memang sarat dengan pokok macam di kampung. Eh maksudku Epel, Riza semalam datang dengan Epel untuk kali ke dua hihihi.


Sejak dua tiga menjak nih aku suka mengumpul blog resepi, aku suka tengok gambar kalau nampak resepi paling mudah aku buatlah. Pendek kata kat rumah aku majalah resepi dah macam di kedai penuh dengan berbagai koleksi dari tahun berapa lagi entahlah. Suamiku rajin membelikan aku majalah resepi. Tapi aku nih kalau nampak yang murah, senang dan mudah aku buat lah, suamiku kata apa? Hmm..beli resepi nih tengok gambar ajelah...aku kata makan gambarpun dah kenyang hihihi.

Hari ini aku rasa gembira kerana Allah telah menunjukkan jalan keluar bagiku. Kalau seminggu lepas aku dalam dilema di mana hendak aku hantar anakku belajar. Tetapi hari ini alhamdulillah tenang sangat. Allah tidak akan menguji hamba-NYA di luar kemampuan kita. Pasti ada jalan keluar dan ada hikmahnya. Bukan senang hendak menjadi ibu bapa banyak ujiannya betul tak? Banyak berfikir merancang itu dan ini sampai tak lena tidurpun ada. A'ha kalau aku bagitahu ayah dan emak aku pasti mereka akan kata" Haaa kalau kamu nak tahu begitulah ayah dan emak menjaga kamu adik beradik. Tapi kamu tu anak sorang kamu adik beradik enam orang dengan berbagai ragam dan kerenah".

Bagiku menjaga anak sorang lagi susahnya, sebabnya semuanya kerana dia..itu dia ini dia. Manja tak habis-habis biarpun dah nak masuk umur tiga belas tahun. Bila kita kata dia sudah besar, dia kata dia masih kecil lagi. Adehhh...

Hmm..itulah sahaja kisahnya untuk menghilangkan kebosananku. Kepada Epel, Musafir Minda dan Riza mekasih datang kerumahku semalam. Seronok bangat dapat jumpa depa nih. Eh..sudahlah nanti asyik merapu aje membosankan...sekadar untuk menghilangkan kesunyian sahaja. kalau ada Hafiz taklah sunyi sangat..bagaimanalah nanti bila dia duk asrama tahun depan? Sabar ajelah hati........



Thursday, November 29, 2007

~Aksi Hafiz dengan pokok ubi~

Sarat dengan pokok ubi, kalau sesiapa nak mailah ambik rasanya macam nak buang kesemuanya dah malas tengok menyemak mata..tanam rajin makan tak rajin. Tapi kalau ramai-ramai tu enak jugak ya.

~Memang anak ibu rajin hihihi~

~Ni dah terbalik nantilah ada masa betulkan balik, gambar-gambar ni Epel yang ambil ni kalau tak silap masa balik dari Ulu Langat~mekasih Epel hantar gambar nih.........



Tuesday, November 27, 2007

~Nicolekidman perkenalkan dirimu~

Assalamualaikum

Pagi-pagi lagi aku dah ke blog orang, aku ke blog Chef atau novelis terkenal Norzailina tajuknya berkenaan dengan Budin? Siapa Budin? aku lagilah tak kenalnya siapa dia..kerana aku tak ramai mengenali teman-teman blogger,aku tak kenal siapa Uncle J dan sesiapa saja kalau kenalpun gitu-gitu aje, tapi aku kenal KS, Epel, fida, Keshi Musafir Minda itu sajalah kot kerana kami pernah jumpa, yang paling rapat dengan Epellah. Aku sebenarnya bukan tak nak tegur mereka...tetapi entahlah walaupun menyapa di cboxpun kekadang aku segan. Aku suka menegur orang yang menegur aku bukan bermakna aku tidak open orangnya....tetapi entahlah. Tetapi kalau jumpa galak juga aku bercakap huhuhu.

Semenjak dari blogmyway lagi aku kenali nama
Nicolekidman, tetapi aku tak kenal siapa dia kerana dia tidak mahu memperkenalkan siapa dirinya yang sebenar? Adakah dia orang yang aku kenal? kalau boleh aku nak kenal siapa dia yang empunya nama Nicolekidman. Hmm itu sajalah wahai Nicolekidman..perkenalkan dirimu boleh tak? Maaf ya sekadar ingin kenal sahaja........



Sunday, November 25, 2007

~Gambar-gambar yang aku suka~




~Aku ibaratkan blogku ini adalah blog yang paling tak laku huhuhu, entah dari dulu lagi aku dah kata diantara banyak-banyak blog yang aku ada, blog wordpress yang paling aku suka. Sejak dua tiga menjak ni kekawan aku yang sama-sama berblog dengan aku bagaikan semuanya sudah hilang dalam hidupku.Dulu aku ada Fida diorang panggil Baiksss, KS, Keshi ada Epel Ijau dan Musafir ( Epel Ijau ngan Musafir ni kalau tak sibuk diorang datang dan sms dengan ku) tetapi sekarang semuanya sibuk sesangat, kalau dulu kami sama-sama berskype tetapi kini semuanya tiada lagi. apa lagi ym akupun sudah tidak wujud sekarang ini oleh sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Aku tak berkecil hati biarpun di blog-blog kekawan yang rapat dengan depa bertegur sapa di cbox atau apa-apa box sekalipun. Tetapi aku cuma rasa kehilangan, kemesraan dulu hanya tinggal kenangan....namun aku sentiasa mendoakan semoga semuanya dalam rahmat dan kasih sayang-NYa. Semoga semuanya selamat dan bahagia walau apapun yang mereka lakukan. Maafkan aku teman. Untuk menghilangkan rasa kesunyianku di rumah ku abadikan gambar-gambar ini untuk tatapan diriku sendiri. Kerana hobi aku ni memang suka mengumpul gambar-gambar yang menarik, tak kiralah gambar apapun. Inilah hasilnya. Ada gambar Hafiz lama dan baru.



Sunday, November 18, 2007

~Terapi untukku~

~Unggapan KALAU versi aku~

Seringkali kita berkata

Kalaulah aku tahu ianya hendak hilang sudah tentu aku akan ambil dari dulu lagi
Kalaulah aku tidak kalut tentang GPRS sudah tentunya ianya tidak akan hilang
Kalaulah aku tahu ianya hendak hilang sudah tentunya aku akan ikat talinya di seluarku
Kalaulah aku tahu ianya hendak hilang sudah tentunya sudah lama aku ambil dalam beg kamu

Kalaulah aku tahu ianya hendak hilang sudah tentunya aku tidak akan cuai
Kalaulah aku tahu siapa yang mengambilnya sudah tentunya aku ingin menemuinya
Ahh...banyaknya KALAU semuanya sudah hilang KALAU lagi

Bukankah molek kalau kita berkata Kalau sebelum Kalau begini...

Kalau nak bawak hp jangan lupa ikat talinya di seluar atau pakai saja di leher.
Kalau di atas LRT jangalah tertidur sebabnya zaman sekarang banyak penyamun tarbus
Kalau nak tidur jugak jangan letak hp dalam poket seluar kerana tanpa sedar orang yang tak bertanggugjawab akan menyeluk saku kita tanpa sedar, apa lagi di biarkan talinya keluar dari saku seluar kita.

Banyaknya nak cakap tentang kalau tapi dah tak tahu apa dah...sebenarnya KALAU dah tak wujud dah seandainya semuanya sudah terjadi...tetapi biasalah sebagai manusia biasa kita ini tidak akan terlepas dari ungapan KALAU.



Friday, November 16, 2007

~Selamat tinggal Sek Sultan Alam Shah Satu, tetap dalam kenangan~

Assalamualaikum

Hari ini merupakan hari hari penyampaian hadiah dan sijil berhenti sekolah bagi pelajar-pelajar tahun enam pada tahun ini. Semalam anakku tidak hadir ke sekolah untuk kali yang terakhir kerana demam dan batuk yang agak teruk. Pagi ini dia gagahi jua untuk ke sekolahnya bertemu kawan-kawan dan guru-gurunya untuk kali terakhir, kerana selepas ini mungkin tidak bertemu lagi, maklumlah ada yang bersekolah luar dari kawasan ini.

Tepat jam sebelas sebentar tadi anakku pulang dengan membawa sijil berhenti sekolah dan sewaktu dengannya, bila ku buka fail tertera nama Mohammad Farhan, di luar fail tersebut tertulis namanya "aik kenapa nama Mohammad Farhan nie Hafiz? kena gi tukar ni?" nasib baiklah sekolah dekat aje kalau tidak menjadi masalah buat kami. Biasalah dalam banyak-banyak bertukar pulak.

Hmm...kini Sekolah Sultan Alam Shah Satu dalam kenangan...biarpun hadirnya dia di sekolah tersebut hanya tiga tahun...tetapi kenangan suka duka tetap abadi dalam ingatan. Kepada guru-guru Sk Alam Shah Satu jutaan terima yang tidak terhingga di atas tunjuk ajar kalian yang tidak pernah jemu menabur jasa kepada semua pelajar-pelajar.

Buat anakku Hafiez isikanlah cuti sekolahmu dengan aktiviti-aktivit yang dapat memberi manfaat untukmu. Kalau di ikutkan hati memang terasa sebak bila mengingatkan anakku sudah meninggalkan alam kecilnya...dan bakal melangkah ke alam remaja yang lebih mencabar. Pun begitu sebagai ibu inginkan semuanya terbaik insyaallah....



Thursday, November 15, 2007

~Memori UPSR 15 November 2007~

Bersamaan 5 Zulkaedah 1428 Assalamualaikum Pagi khamis.... penantian setiap ibu bapa yang anak-anak mereka mengambil peperiksaan UPSR berakhir jua, begitu juga dengan aku. Tetapi bagiku tidak terlalu mengharap kalau ada rezeki adalah kalau sebaliknya segalanya aku terima dan aku redha. Bila ku ajukan pertanyaan kepadanya bagaimana dia kata "segalanya sudah lepas ibu terima sajalah apa keputusannya". Wah... bagusnya jawapan darinya.


Sebagai seorang ibu hati berdebar-debar juga bagaimanakah keputusannya? tepat jam 12.30 anakku pergi ke sekolah bagaikan tidak ada apa-apa yang berlaku hari ini. Aku kata padanya nanti Hafizlah yang ambil keputusan kerana ayah kerja ibu ni faham-faham sajalah. Anakku selalu memahamiku itulah yang membuatkan hatiku terlalu sebak bila mengenangkan pengorbanan yang tulus dari anakku ini. Di rumah aku menanti dalam pasrah...tepat jam 1.00 petang handphoneku berdering dan beberapa sms ku terima dari kawan-kawan. Aku melihat di skrin nombor yang tertera dari abangku yang nombor dua menelefonku.... beginilah lebih kurangnya perbualanku dengannya.


Aku..."bagaimana Azmi dapat 5A ke?" maklumlah dia ni biarpun duduk di felda tapi pandai dalam pelajarannya dari darjah satu hingga darjah enam pasti dapat nombor pertama dalam kelasnya..tidaklah seperti anak manjaku ini. Abang.."eh takdelah Azmi cuma dapat.......aje tapi alhamdulillah lah bolehlah berbanding dengan kawan-kawannya di felda ini, Hafiz bagaimana dapat berapa A?." Aku..."Entah.... petang ini baru tahu, ayahnya kerja.....dapatlah berapapun redha saja kalau dia cemerlangpun alhamdulillah kalau sebaliknyapun alhamdulillah". Itulah saja jawapan dariku. Abang..."kalau dapat keputusan nanti call ya"? Err.... Nadia anak Kak Ummi mu pun dapat.......gak." Aku..."Oooo tahniahlah Azmi dan Nadia". Aku melihat pula sms yang ku terima dari Kak Wan..."bagaimana dak Hafiz?"


Selepas itu dari Kak Siti Jineh dari Kota Kinabalu Sabah? "akak tidak menaruh harapan yang tinggi kepada Hadi kerana dia memang tak rajin study mana mungkin nak dapat 5A dia cuma dapat....aje?" Dalam hatiku alhamdulillah....smsnya ku sambung baca lagi...masih jauh lagi perjalanan yang dia bakal tempuhi PMR, SPM seterusnya kalau bernasib baik lepas SPM sudah menjejakkan kaki ke universiti". Insyaallah kata hatiku....... Sms ku terima lagi dari suamiku, Cikgu Ros yang baik hati telah mengirimkan sms kepada suamiku memberitahu keputusan peperiksaan anakku...........pun aku alhamdulillah.."usaha lagi nak insyaallah berjaya walaupun UPSR pertama dan tekahirmu tetapi masih ada lagi yang sedang menanti di hadapan. Jadikan kesilapan yang lalu sebagai pengajaran untuk menempuh hari yang mendatang mudahan cemerlang dunia dan cemerlang akhirat. Ibu redha sayang setiap yang pergi tidak mungkin boleh ber patah balik lagi jadilah ikhtibar buatmu...namun begitu ibu bersyukur kerana ibu masih ada dirimu pengubat duka dan lara ibu".

Tepat jam 8.00 malam suamiku pulang dia memohon maaf kepadaku dan Hafiz katanya handphone Hafiz yang dia pinjam sudah hilang mungkin terjatuh dan entahlah. Hatiku rawan kerana anakku kumpul duit untuk mendapatkan sebuah handphone bukannya nak dapat sesuatu dengan mudah. Itulah hadiah yang aku terima pada tarikh itu kecewa pastilah ada...aku cuba memahami tetapi hatiku berbolak balik mengata itu satu kelalaian. Ya Allah semuanya sudah terjadi...aku marah sedih dan bagaimana sekalipun ianya tidak akan dapat berpatah balik. Nasib baik Allah tidak ambil lagi nyawa yang di pinjamkan kepadaku hari ini. Nasib baik dengan kasih sayangnya DIA masih sayangkan aku..mungkin semua ini ada hikmahnya yang aku tidak tahu.

Maafkan ibu Hafiz kerana tidak dapat mempertahankan segalanya..ku lihat Hafiz tidak berkata apa-apa tetapi sebagai seorang ibu hatiku berbetik yang anakku sedih yang teramat sangat..cuma dia tidak menangis di depanku...tetapi matanya merah bergenang air mata, hancur hatiku hanya tuhan saja yang tahu. Maafkan ibu sayang......
Opsss sorrylah sejak akhir-akhir ini agak jiwang pulak aku nih........

Airmata Ibu

Artist: Siti Nurhaliza

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu



Sunday, November 11, 2007

~MyBlogLog~

Assalamualaikum selamat malam...

Sudah beberapa hari mybloglogku bertukar avatar dari Ainatul kepada ikon gadis cute anak mek salleh hihihi. Entahlah mybloglog ainatul sudah tak wujud dah setelah paswoodnya hilang begitu saja, akupun sudah terlupa. Rasaku ikon girl tu dah dikira okey dah dari menayangkan gambar sendiri di mana-mana blog yang aku singgah hihihi. Itulah juga yang sinonim dengan worpress aku..apa-apa ajelah tak menjadi problempun kan? Entah kenapa aku suka mempunyai banyak blog..sudahnya aku sendiripun tidak tahu hendak tulis yang mana satu huhuhu. Barangkali orangpun tidak tahu nak baca yang mana satu dah kan? Tidak mengapalah asalkan aku hepi walau apapun yang aku lakukan.

Aku tak tahulah sejak tiga menjak ni hanya bloglah satu-satunya teman aku...serasanya seperti aku kehilangan..entahlah...


Monday, November 5, 2007

~Menantimu~

Assalamualaikum selamat malam.

Janji ustaz dan ustazah yang mengendali kem motivasi tersebut akan sampai ke PJ tepat jam enam petang tadi... tapi sampai kesaat ini tepat jam sepuluh dua belas anakku masih belum muncul. Aduhai hati kenapalah terlalu gemuruh...bagaikan menanti buah yang tidak gugur sudahlah begitu hp anakku di offkan atau sudah kehabisan bateri entahlah. Aku yang gundah gulana menanti dalam debar. Begitulah aku menanti dan menanti bersama sekalung doa semoga kau selamat dalam perjalananmu anakku.


Hatiku terasa bimbang hanya tuhan saja yang tahu apa lagi suami tiada di sisi. Barangkali begitulah hati dan perasaan seorang ibu bila berjauhan dengan anak-anak. Tetapi adakah anak-anak memikirkan perasaan ibu mereka? Kalau di ikutkan rasa geram juga bila aku menelefon berkali-kali tiada jawapan dari anakku. Apakah dia ingat aku tidak bimbang dia lambat sampai. ALLAH hai tak marah...tapi marah-marah sayang. Adakah aku hanya menunggu dalam pasrah? Ya Allah terdetik juga di hatiku andainya dia tidak pergi tidaklah begini jadinya...tetapi itu untuk kebaikan dirinya juga. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. Biasalah kalau hendak buat sesuatu yang baik pastinya ada ujian dan dugaan... redha ya Allah. Semoga Allah selamatkanmu nak. Ya Allah walau di mana saja kau berada semoga kau selamat anakku.

Insyaallah bersambung lagik hati tengah rabak ni jiwanglah pulak....huhuhu....

Alhamdulillah sesudah entry ini aku updatekan anakku sudah selamat pulang tepat jam 11.45 malam....terima kasih Ya Allah...tidak membiarkan aku menanti terlalu lama, terima kasih juga kepada ustaz dan ustazah yang sudi menghantar anakku pulang sampai ke gate~


Friday, November 2, 2007

~Dia sudah besar~

Assalamualaikum......salam hari minggu untuk semua. Hari ini 3 Nov 2007 pagi-pagi lagi anakku bangkit dari tidur bersolat subuh dan bersiap-siap untuk ke kem motivasi di Setiawan. Begitu teruja dia untuk menghadiri kem motivasi tersebut. Begitulah anak kalau sudah meningkat remaja hatinya teringin ke sana sini...sementalah ibunya tidak berdaya untuk membawanya ke sana sini....nak harap ayahnya sekali sekala bolehlah, ayahnyapun sibuk kerja. Dalam hati hanya bertawakal kepada Allah s.w.t sahaja kerana anakku tidak pernah lagi pergi jauh dariku tiga hari pulak tu, kalau dulu motivasi UPSRnya hanya di kolej UIA PJ sahaja tetapi kali ini jauh pula. Selalunya kalau pergi rombongan sekolah tak pernah bermalam, tetapi kali ini dia pergi lama. Tak mengapalah anakku...pergilah sayang ibu doakan semoga dirimu selamat pergi dan selamat balik...semoga segala motivasi yang di sampaikan oleh ustaz dan ustazah dapat di manfaatkan untuk dirimu demi masa depanmu.

Betapa sunyinya tanpa mendengar gelak tawanya. Aku sedar suatu saat nanti dia akan pergi jua dari ku...pergi menutup ilmu...kalau di ikutkan hati memang tidak mahu berpisah jauh..tetapi demi masa depannya aku pasrah dan redha.

Baru sebentar tadi aku menjamu kawanku Lea bersama suami dan anak-anaknya nasi dagang. Walaupun anakku tiada tetapi tetamu mesti di layan sebaik mungkin. Sedikit terhibur aku bila melihat gelagat anak-anaknya bermain kejar mengejar sesama mereka. Sempat pula Lea dan suaminya mencabut ubi dan kait buah mangga. Buah mangga pulak tak pernah putus-putus berbuahnya. Besok tinggallah aku seorang diri sementara anakku pulang pada petang isnin. Suamiku kena berkursus di Sepang selama seminggu. Kalau diikutkan orang seperti aku ni tinggal pula seorang diri di rumah takut juga....tetapi aku mesti kuatkan semangat..berserah diri kepada Allah s.w.t.

~Selamat bermotivasi anakku~

Thursday, November 1, 2007

~Insan Biasa~

Album :
Munsyid : Al-Mizan
http://liriknasyid.com


Jika hati ini rindu pada-Mu
Aku pun pasrah hanya pada-Mu
Terimalah doa dariku, karna hanya engkau
Yang dapat mengabulkan doa dari hamba-Nya

Hamba ini hanya insan biasa
Yang hanya bisa memohon dan meminta
Tunjukanlah kami jalan yang lurus
Bukan jalan orang yang telah engkau murkai

Kami hanya ingin rahmat dan kasih sayang-Mu
karna hanya dengan itu
kami dapat menghadapi cobaan ini



Wednesday, October 31, 2007

~Van sesat N misteri???~

Selasa 30 Oktober 2007

Anakku pergi lawatan ke Kl Tower, Eye on Malaysia seperti biasalah aku bersendirian di rumah. Nak jadi ceritanya ketika balik kampung hari tu dia tertinggal jaketnya...di dalam jaketnya ada kunci yang selalu dia bawak ke sekolahnya. Dah kuncinya tertinggal di kampung aku tak bagi dia kunci pagar ketika ke sekolah. Faham-faham sajalah aku ni bagaimana nak bergerak ke pagarpun aku tak larat...jadinya untuk memudahkan dia jugak aku sediakan dia kunci..tetapi tertinggal pula.

Tepat jam 5.20 petang aku dengar seperti ada orang buka pagar/gate( orang Kelate panggil pagar jah) rumahku tanpa berlengah aku menjenguk keluar tingkap ada sebuah van berwarna putih memasuki halaman rumahku. Seperti biasalah aku cepat menutup langsir dan segala tingkap yang terbuka perlahan-lahan. Takut juga siapa mereka itu begitu bebasnya memasuki halaman rumahku tanpa rasa takut menceroboh rumah orang? Kalau orang lain sudah lama panggil polis dah..tapi aku dalam keadaan bimbang dan takut aku mendiamkan diri biarpun lelaki dan perempuan itu hello...hello di luar sana. Gaya percakapan seperti orang melayu..tetapi yang si lelaki hello...hello kenapa tidak di beri salam...mustahil kalau tersilap rumah. Bagiku kalau orang yang tidak ku kenali datang aku tidak akan tunjukkan diri dan buka pintu. Lebih baik aku diam dalam rumah saja. Sebelum ini aku sudah berpesan kepada saudara mara atau kawan-kawan kalau nak datang mesti bagitahu aku dan telefon dulu.

Selalunya kawan-kawan dah faham bila nak datang mereka call dulu. Aku mendengar perempuan itu berkata takde orang lah dan dia mengelilingi rumahku barangkali mencari kelibat orang. Aku fikir apa masalah diorang ni atau mereka ini kenal dengan tuan rumah lama kami ke atau apa sebenarnya yang mereka hendak dari kami? Aku benar-benar tak faham, memanglah ada juga perasaan hendak bertanya tetapi bimbang pulak kalau sebaliknya yang berlaku...memanglah dalam banyak hal kena berwaspada..zaman sekarang ni bukannya boleh harap sangat...kes tipu suri rumah dan berbagainya lagi. Selepas lima belas minit mereka beredar dengan pagar yang terbuka luas...kalau masuk tadi boleh buka keluar tolong tutuplah. Aku sempat mencatit no plat vannya selepas itu aku menelefon suamiku bertanya kot-kot dia ada kawan yang sesat kat rumahku. Dia kata takde janji dengan sesiapapun. Aku kira orang ni tersalah rumah atau ada masalah apapun aku tak tahu.

Aku menelefon anakku pukul berapa dia balik dari lawatan...katanya dalam pukul sembilan malamlah kot. Malam tu juga suamiku ajak aku berehat di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur kebetulan ada salah seorang kawannya yang berkursus tidak mahu tinggal di hotel memandangkan rumahnya dekat dengan tempat tersebut dia menyuruh kami yang tinggal kat hotel malam tu.

Sms dari anakku dah sampai di sekolah...aku kata tunggu dulu ayah nak panggil teksi tunggu jangan ke mana-mana bimbang jugak malam-malam baru sampai ke sekolahnya. Sampai di seklah cuma ada anakku dan dua tiga orang kawannya yang ada. Itupun kawannya yang dekat dengan sekolahnya. Katanya kalau ayah tak pergi ambil Cikgu Ros nak hantar. Nasib baik ada juga guru yang baik hati perihatin kepada anakku ini.

Aku masih tertanya-tanya kenapa orang itu bebas memasuki halaman rumahku? Inilah yang membuatkan aku tidak begitu selesa dengan suasana di sini. Suamiku nak aku buat lapuran polis di balai polis Dang Wangi tapi kataku tak apalah asalkan diorang tak mengancam keselamatan kita... Setiap saat dan detik aku berdoa semoga di jauhi segala mala petaka walau di mana kami berada.
Jenayah tidak mengira mangsa......berhati-hatilah........



Monday, October 29, 2007

~OpEn HuoSe di Rumah EpeL

Assalamualaikum...

Semenjak pulang dari kampung minggu lalu aku agak jarang membuka komputer dan berkongsi cerita dengan kalian. Entahlah sejak akhir-akhir ini rasaku bagaikan aku mengejar masa...terlalu sibuk dengan tugasan rumah tangga yang tidak pernah habis- habis. Mungkin itulah sebabnya mengapa aku malas hendak bercerita di sini. Lagipun apalah sangat ceritaku tidak ada apa yang menariknya.

Hari ahad lepad 28.Okt 2007 aku dan famili ke rumah Epel bersama dengan Lea dan anak-anaknya. Walaupun dalam keretanya sarat dengan kami dan anak-anaknya akhirnya sampai juga ke rumah Epel. Ramainya kawan-kawannya tak putus-putus datang. Niat hati pada mulanya hendak berlama di rumahnya..memandangkan mungkin ini pertama dan terakhir kami ke rumahnya..faham-faham sajalah aku ni bagaimana kan.... tetapi kata Lea jomlah kita balik nanti ramai pulak orang seganlah hehehe. Mungkin dia fikirkan aku...memang begitulah sebaiknya. Selepas aku rasa semua yang terhidang( kiranya semua aku makan hari tu...hmm datang jauh-jauh rugi ler tak makan huhuhu...tak malu betul aku ni) kami berangkat balik ke PJ. Sempat pulak Lea berhenti belikan roti dan tart kepada kami..katanya nanti kalau lapar boleh makan lagi untuk minum petang. Hiss..Lea dia buatnya kami macam budak-budak lak hehehe...padahal baru lepas makan di rumah Epel. Di rumahku pun sudah aku masak dan rebus jagung untuk menjamunya...tetapi dia tidak sempat singgah minum petang ke rumahku..memandangkan dia ada dua buah rumah lagi untuk di hadiri. Alah...dia ni kan orang glamer dari majalah..datin mana dia tak kenal semua dia kenal. Sudah tentulah banyak menerima undangan tambah-tambah di KL ni beraya sebulan. Kalau aku masa kecil-kecil dulu beraya dua tiga hari dah habis. Tapi zaman sekarang lamanya beraya. Hmm...adatlah tu hidup di bandar. Di kampung dan bandar jauh bezanya...di kampung rumah selalu terbuka untuk menerima tetamu....tetamu di bandar kena undang kalau tidak tak kenal jiranlah jawabnya.

Beraya di kampungku hari tu hiss...yang tukang masak tak keluar dari dapur...masak dan masak...yang tukang bancuh air tak kering cawan dan gelas, tetapi nasib baik kerana ramai anak dara cucu cucit yang menolong...huihh ramainya tetamu seronok sungguh...ketika inilah dapat berjumpa dengan saudara mara dan sepupu-sepupu yang sudah lama tidak bertemu. Itulah meriahnya beraya di desa.

Kepada Epel dan suaminya terima kasih di atas layanan mesra dan terima kasih nasi kerabu sedap tu dan segala jenis juadah yang banyak terhidang tu. Sayangnya tak ambil gambar. Kepada Lea mekasih kerana sudi menumpangkan kami ke rumah Epel........

Dah habis cerita dah...



Tuesday, October 23, 2007

~Tak tau nak citer apa~

Assalamualaikum....apa khabar anda semua? Agaknya masih lagi dalam suasana hari raya. Aku seperti biasa sajalah...cuma raya kali ini agak meriah dapat bersama ayah,emak dan keluarga semua. Dapat bertemu sanak saudara yang jauh dan dekat datang bertandang sehinggalah ke hari terakhir aku di kampung. Begitulah betapa akrab dan kuatnya ikatan silaturahmi di kalangan masyarakat kampung.

13 Okt 2007 1 syawal hari sabtu

Raya pertama terpaksalah aku beraya sorang-sorang di PJ, seperti biasa sunyi sepi. Sementara suami dan anakku pergi beraya di rumah teman lama kami di Rawang. Bukan tak nak ikut tetapi banyak benda yang hendak di lakukan di rumah. Hendak kemas kain baju kuih muih dan berbagai lagi untuk di bawa balik ke kampung. Walaupun bersusah payah tetapi itulah yang paling aku utamakan.

Tepat jam tiga petang suami dan anakku pulang dengan membawa juadah kiriman dari kakak angkatku dari Rawang. Bertambahlah lagi rezekiku di hari raya pertama alhamdulillah. Dapatlah keluargaku merasai segala juadah yang di buat orang Bawean/Boyan.

Usai solat asar hujan turun dengan lebat...itulah kehendaknya takdir..sejuk petang itu guruh berdentam dentum. Janjiku dengan kakak iparku untuk membawakan dia beberapa jenis pokok bunga ros..terpaksa ku redah juga hujan yang lebat untuk mengambilnya.

Jam enam petang hujan agak reda suamiku kata cepat-cepat ler bersiap bimbang jugak takut jam pulak....tetapi rasaku Kuala Lumpur agak sunyi. Panggil teksi tak datang dek kerana hujan..terpaksa pergi cari teksi di jalan besar....tak susah dekat saja.

Sampai di steyen Central Kuala Lumpur...seperti biasalah ramainya manusia yang hendak pulang ke kampung dengan beg besar dan kecil tangan penuh sarat dengan juadah dan beg. Begitulah meriahnya menyambut hari raya di kampung. Serasa bagaikan tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung....termasuklah aku dan anakku.

Di dalam tren suamiku beritahuku yang dia terlupa hendak membawa ubatnya...aduhh ubatnyapun boleh terlupa. Silapnya aku jugak kerana tidak mengingatinya. Maklumlah semua benda hendak kita buat manalah nak ingat itu dan ini. Begitulah kalutnya bila hendak pulang ke kampung.

Malam itu tren bergerak agak lewat kerana ada letupan di stesyen keretapi Salak Selatan. Ada letupan..apa tidak dimaklumkan... bomba dan polis menahan tren yang bakal membawa kami ke pantai timur...kalau tak silap lewat setengah jam laa kot..entah lupa pulak.

!4 Oktober 2007 2 syawal jam sepuluh pagi hari ahad

aku calling kak longku yang janjinya hendak mengambil aku di stesyen Tanah Merah. Katanya biarlah akak ummiku yang tinggal di Tanah Merah ambil..katanya dia dan keluarga dalam perjalanan untuk menziarahi anak buah suaminya meninggal dunia akibat kemalangan.

Aku calling-calling pulak akakku di Tanah Merah..setibanya aku di stesyen Dabong. Begitulah berjam-jam dalam tren..rasaku kalau ke London mengambil masa selama tiga belas jam..ni lebih dari tiga belas jam...aduh...nak naik flight...tapi entah...rasanya tak berbaloi...dari rumahku ke KLIA jauh...pi mai pi mai lebih baik naik yang murah-murah aje. Budget mestilah kena kira betul-betul...tambah-tambah raya-raya begini faham-faham ajelah kan. Lagipun dalam tren ada surau dan kantin takdelah boring sangat kebetulan aku membawa novel.

Sampai di stesyen Tanah Merah kami di jemput oleh abang ipar dan anak-anak buahku. Biarpun masih belum mencium tangan ayah dan ibu..tetapi bila melihat wajah kakak dan anak-anak buah rasa terhibur pulak. Rupanya kakakku tengash sibuk untuk menyambut kedatangan bakal menantunya. Huihh.... dah nak dapat menantu rupanya kakakku dalam usia 43 tahun.

"Nak wat lagu mana dik..kakak ingat nak ler along kerja dulu setahun dua baru nak nikah lagipun dia baru 21 tahun...tetapi belah lelaki nak cepat..lepas belajar ni nak terus nikah".

Hmm...gitulah kakakku bagaikan ibu kepadaku...masih ku ingat lagi betapa akrabnya aku dengan kakakku yang nombor dua...setelah dia berkahwin di saat aku masih memerlukan dia aku benar-benar kesunyian. Dalam usiaku 13 tahun aku hanya bersendirian di rumah tanpa teman. Dialah kawan dan kakak tempat aku bermanja bergaduh dan mengadu segala masalah...tetapi setelah dia di bawa pergi suaminya ke bumi kenyalang aku kesunyian.

Setelah menjamu selera laksa penang dan bihun suamiku termenung di atas sofa ..itulah kalau dah terlupa bawak ubat sakit habis..petangnya dia kena balik ke Pj...itulah dia tak nak ambik cuti yang susah hatinya akulah. Bukannya apa aku tinggal seminggu di kampungku. Alang-alang balik kampung biarlah lama sikit..lagipun kesian kan anakku hendak bermain dengan sepupunya.

Memanglah susah hati nak lepaskan suami pulang dalam keadaan tak sihat..tetapi nak buat macam mana...kalau dah dia kata itu..itulah jugak...hanya semangat yang kuat dapat memulihkan segala kesakitan. Tengahari itu abang iparku membawanya ke hospital Tanah Merah...malang tiada ubat yang serasi..memang ubat terkawal...dah nasib redha dan sabar ajerlah. Dalam keadaan lesu dia nak balik jugak jumpa emak dan ayahku di kampung...walaupun kakakku kata batalkan aje tiket tu. Perjalanan ke kampungku memang kalut dengan jamnya....dalam keadaan tergesa-gesa. Letih belum hilang dah nak balik lagi. Begitulah ceritanya insyaallah bersambung lagi kalau nak cerita tak habis laaa... Wassalam.



Friday, October 12, 2007

~Air mata syawal.... sayunya...

13 Oktober 2007 1 syawal

Assalamualaikum....selamat hari raya buat teman semua. Rayaku di Kuala Lumpu...eh di Pj. Barangkali semua orang sedang bergembira di samping sanak saudara...tetapi diriku seperti biasa pagi tadi tepat jam empat pagi aku bangkit dari tidur siap seadanya. Setelah suami dan anakku ke masjid negara aku bersolat hari raya seorang diri di rumah. Sunyi sepi...walaupun sebelum ni aku sudah dengat takbir raya di youtube..tetapi bila tibanya hari raya hatiku benar-benar pilu dan sayu terkenangkan ayah dan emak di kampung. Air mata pulak rasa seperti nak tumpah aje huwaaa...akhirnya menitis jugak tatkala dengar takbir raya...


Terbayang ketika aku menyambut lebaran di kampung betapa meriahnya berkumpul bersama sanak saudara menjamu selera. Tetapi di saini hambar huwaaaa....sedih oooo. Usai solat sunat aidilfitri anak dan suami ke Countryhomes untuk ke rumah teman lama...pergi mencari diorang. Seperti biasa aku keseorang...ahakssss sedihnya. Ketika inilah aku mengambil kesempatan untuk mengemas apa yang patut. Bukannya apa petang ni aku dah nak balik kampungku....yahooooooo balik jugak akhirnya aku. Balik kampung oooo tak sabar nih. Ok nanti aku sambung lagik.

Buat semua selamat makan kuih raya dan segala juadah yang terhidang..padaku bila dah biasa puasa tak lalu pulak nak suap apa kebenda ke mulut. Semoga berbahagia semuanya....



Wednesday, October 10, 2007

~Kad Raya istimewa buat teman~


Ni kad sambut ramadhan..tetapi ianya menarik..boleh di jadikan kad raya gak ni hihihi. Akupun dah lupa copy kat mana. Andainya tuan empunya kad ini tersinggah di sini...aku mohon maaf kerana mengambil tanpa kebenaran.


Tuesday, October 9, 2007

~Selamat pulang ke kampung~

~Alangkah seronoknya dapat mencium tangan ayah dan ibu di pagi hari raya~

Assalamualaikum...

Di saat orang lain sibuk-sibuk hendak balik ke kampung hatiku di himpit sayu...apa lagi bila dengar lagu-lagu raya sedihnya rindu kat halaman. Agaknya sudah ramai teman-teman blogger sudah selamat sampai ke kampung....atau yang sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung masing-masing. Seperti biasa aku beraya di sini...insyaallah kalau di panjangkan umur sampailah aku hari raya kedua ke kampung halamanku.

Kepada teman-teman yang sudah selamat sampai ke kampung semoga anda berbahagia bertemu dengan famili masing-masing...kepada yang dalam perjalanan berhati-hatilah ketika memandu. Ingatlah kepada yang tersayang. Akhirnya sekali lagi aku ingin mengucapkan salam aidilfitri maaf zahir dan batin. Andai ada yang terasa atau tersinggung dalam apa jua bentuk entry aku yang lepas-lepas aku mohon ampun dan maaf...benar kata rakan bloggerku walaupun kesilapan yang tidak di sengajakan pasti menguriskan hati teman. Namun jauh di sudut hatiku tidak pernah berniat untuk menyakiti sesiapa dalam entry-entryku. Tetapi kalau ada yang terasa aku mohon maaf...begitu juga seandainya ada kesilapan kalian aku tidak pernah simpan dalam hati...

Oklah salam aidilfitri..MAAF ZAHIR DAN BATIN.......


Thursday, October 4, 2007

~Selamat Hari raya aidilfitri..selamat tinggal ramadhan~


Assalamualaikum...kepada semua saudara saudari muslimin dan muslimat salam aidilfitri ku ucapkan...serta maaf zahir dan batin. Kepada teman-temanku semua..alhamdulillah kerana bertemu lagi kita dengan 1 syawal yang mulia..betapa sayu rasa hati ini kerana ramadhan akan pergi jua....tahun hadapan entah jumpa atau tidak. Semoga kita semua di panjangkan umur dan dapat lagi bertemu dengan bulan ramadhan yang mulia.

Andai Ini Ramadhan Terakhir

Wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
Andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
Buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Biarpun anak tekak kering kehausan air
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
”Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
Kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
Berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
Mengadu...merintih...meminta belas kasih
”Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
Tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
Ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru...kita cari...suatu malam idaman
Yang lebih berkat dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
Mempersiap diri...rohani dan jasmaniMenanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman duhai Ilahi...

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
Menerangi kegelapan hati-hati kami
Menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun saudara...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
Hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
Berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

~Ehsan dari teman~