Assalamualaikum,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Allah hai hendak tulis blog pun dah tak ada idea padahal dalam hati ini banyak benar benda yang hendak di luahkan. Seperti biasa blog bisu ini terus menyepi dek kemalasan tuan empunya diri. Al maklumlah laptop pun dah tak jadi kita punya...asyik berkongsi macama mana lah hendak bercerita.
9 September 2016
Berkisar tentang kisah kehidupanku dan keluargaku. Entah tak tau nak tulis apa.....
Hampir dua bulan aku berpisah untuk sementara dengan anakanda tercinta yang melanjutkan pelajarannya di Indonesia kos usuluddin tafsir hadis. Sedih ke tak terpaksa ku redha walaupun hati ini menangis. Sebelum ini sehabis jauhpun hanya di Kelantan. Kini jauh beribu batu jarak antara kita.
Selalu kalau ada anakku banyak meringankan kerja ibu.Kini terpaksalah urus sendiri berdikari walaupun sukar bagaimana sekalipun. Ayahmu pun bukannya sihat sangat..tetapi apa yg termampu selagi masih hidup teruskan lah walaupun sesukar mana sekalipun. Anakku pun faham macam mana keadaan ibu dan ayah.
Aduhai jantung hati ibu nan seorang nun jauh di perantaun. Walaupun orang lain lagi jauh tetapi IBU tetap merasakan anakku jauh. Kalau boleh ibu hendak bersamamu sampai keakhir hayat ibu. Tetapi ibu mengerti dirimu punya masa depan. Inshaa ALLAH semuanya ada hikmahnya anakku.
Pada mulanya ...memang terasa kehilangan sangat2...anak yang manja dengan ibu kini berjauhan beribu batu. Tetapi demi masa depanmu ibu redha wahai anakku. Tak lama pun dua tahun sahaja, pejam celik pejam celik dah cukup dua tahun. Ibu sentiasa berdoa semoga Allah panjangkan usia ibu ayah dan anakku. DAPAT KITA BERKUMPUL SEPERTI DAHULU...
Perpisahan ini hanya sementara berbanding dengan ibu yang kehilangan ayahdan dan bonda tercinta buat selamanya. Di kejauhan ini hanya doa yang ibu kirimkan untuk mu anakku. Semoga Allah permudahkan urusan anakku dunia dan akhirat. di permudahkan segala urusan anakku di sana.Teruskanlah istikomah wahai anakku.ALLAH pilih kamu menghadapi apa jua dugaan untuk kita ..ibu ayah tabah anakku di sanapun tabah.SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIKMU WAHAI ANAKKU....InshaaALLAH....
Hanya inilah sahaja yang dapat ku coretkan.
Salam kasih dari ibumu.....................................................