Saturday, November 19, 2016

Patahnya sebelah sayap

Assalamualaikum,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Allah hai hendak tulis blog pun dah tak ada idea padahal dalam hati ini banyak benar benda yang hendak di luahkan. Seperti biasa blog bisu ini terus menyepi dek kemalasan tuan empunya diri. Al maklumlah laptop pun dah tak jadi kita punya...asyik berkongsi macama mana lah hendak bercerita.

9 September 2016

Berkisar tentang kisah kehidupanku dan keluargaku. Entah tak tau nak tulis apa.....
Hampir dua bulan aku berpisah untuk sementara dengan anakanda tercinta yang melanjutkan pelajarannya di Indonesia kos usuluddin tafsir hadis. Sedih ke tak terpaksa ku redha walaupun hati ini menangis. Sebelum ini sehabis jauhpun hanya di Kelantan. Kini jauh beribu batu jarak antara kita.

Selalu kalau ada anakku banyak meringankan kerja ibu.Kini terpaksalah urus sendiri berdikari walaupun sukar bagaimana sekalipun. Ayahmu pun bukannya sihat sangat..tetapi apa yg termampu selagi masih hidup teruskan lah walaupun sesukar mana sekalipun. Anakku pun faham macam mana keadaan ibu dan ayah.

Aduhai jantung hati ibu nan seorang nun jauh di perantaun. Walaupun orang lain lagi jauh tetapi IBU  tetap merasakan anakku jauh. Kalau boleh ibu hendak bersamamu sampai keakhir hayat ibu. Tetapi ibu mengerti dirimu punya masa depan. Inshaa ALLAH semuanya ada hikmahnya anakku.

Pada mulanya ...memang terasa kehilangan sangat2...anak yang manja dengan ibu kini berjauhan beribu batu. Tetapi demi masa  depanmu ibu redha wahai anakku. Tak lama pun dua tahun sahaja, pejam celik pejam  celik dah cukup dua tahun. Ibu sentiasa berdoa semoga Allah panjangkan usia ibu ayah dan anakku. DAPAT KITA BERKUMPUL SEPERTI DAHULU...

Perpisahan ini hanya sementara berbanding dengan ibu yang kehilangan ayahdan dan bonda tercinta buat selamanya. Di kejauhan ini hanya doa yang ibu kirimkan untuk mu anakku. Semoga Allah permudahkan urusan anakku dunia dan akhirat. di permudahkan segala urusan anakku di sana.Teruskanlah istikomah wahai anakku.ALLAH pilih kamu menghadapi apa jua dugaan untuk kita ..ibu ayah tabah anakku di sanapun tabah.SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIKMU WAHAI ANAKKU....InshaaALLAH....

Hanya inilah sahaja yang dapat ku coretkan.

Salam kasih dari ibumu.....................................................








Saturday, September 10, 2016

Warkah rindu 2

Selalunya orang yang setia menunggu kepulanganku adalah ibu dan ayahku. Mereka menantiku di anjung rumah d atas tangga. Sesekali telefon berdering bertanya aku di mana, kenapa tak sampai lagi.

Sekarang tiada  lagi yang sudi menantiku di anjung rumah di atas tangga, malahan kepulanganku pun tidak di alukan....

Dahulu ketika aku masih kecil bila ibu lambat pulang dari berjualan aku resah menanti kepulangannya. Kini semuanya hanya tinggal sebuah memori yang teramat indah dalam hidupku.

Mek ayah tiada sesaatpun orang melupai kalian. Setiap patah butir ayat Al Quran yang keluar dari mulut ...orang hadiahkan untuk mek dan ayah. Rindunya orang hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Bermula tahun 2014 mek, abg Gee,(anak sulung mek dan ayh) Nora(anak abg gee) dan akhirnya ayahku tercinta.

Akhir 2015 menyusul pula cucu sulung mek yang sebaya dengan orang.
Ogos yang lalu menyusul pula menantu mek dan ayah iaitu Kak Da cancer leher.Ya ALLAH setiap tahun keluarga kita di uji dengan kematian. Ya kematian itu pasti...tak kira usia di mana kita berada ianya akan tetap tiba jua..

Semoga mek ayah abang dan anak2 buah ku dicucuri rahmat Allah AL Fatihah....KULLUNAFSINZZAIKATULMAUUT. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati...




9.9.2016 Allah jaga dia untukku

Assalamualaikum

Seperti biasa postingku tengelam timbul. Sudah beberapa kali aku berjanji untuk mengupdate posting tetapi janji hanya tinggal janji. Hari ini aku hadir lagi setelah sekian lama menyepi. Bukanlah aku tidak rindu berblog lagi tetapi keadaan yang tidak mengizinkan untuk aku berbuat demikian.

Semalam tanggal 9.9.2016 anakku Hafiz selamat tiba ke Jambi untuk menyambung pengajiannya di sana selama dua tahun dalam kos Usuluddin Tafsir Hadis. Alhamdulillah walaupun jauh beribu batu anak sorang pula. Tetapi  aku redha melepaskannya pergi walau hatiku meraung merinduinya separuh mati.

Pemergian anakku demi menuntut ilmu lambat laun akan kembali semula kepangkuanku. Tetapi pemergian ayah dan ibuku tak kan kembali lagi. Betapa rindunya aku kepada mereka begitulah juga rindunya aku kepada anakku. Betapa peritnya menanggung sakitnya rindu kepada orang yang tiada di depan mata kita. Ku pandang kiri semua kenangan bersamanya menjelma.Subhanallah....

Perit aku rasa seperti aku kehilangan anak walaupun cuma dua tahun pemergiannya. Jauh rasanya dia pergi hilang dari pandangan mataku. Tetapi aku bersyukur kerana dia berminat untuk menyambung pengajiannya di sana.  Sesuatu yang tersangat sukar melepaskan dia pergi.

Ya Allah jaga dia untukku. Walaupun jauh beribu batu doa ibu sentiasa mengiringimu anakku.
Walaupun usiamu genap dua puluh satu tahun tetapi amat manja dengan ibu. Semoga anakku dapat belajar dengan tenang di sana.Selamatlah anakku walau di mana saja kamu berada. Jauhilah anakku dari sebarang kesusahan kesempitan kewangan dan sebagainya. Cemerlang dunia dan akhirat. Aamiin...

Akhir kalam aku ingin mengucapkan Salam Aidiladha untuk semua yang sudi mengunjung blogku.
Andai di panjangkan usia bertemu lagi,Inshaa Allah.


Sunday, February 21, 2016

Warkah rindu 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah kini ku kembali lagi biarpun agak slow sekarang ini oleh kerana kesibukan yang aku ciptakan sendiri. Rutin harian aku sengaja menyibukkan diri dengan menghadiri kelas pengajian dan kuliah2 dan usrah demi untuk menimba ilmu ugama yang begitu ceteknya. Alhamdulillah terhibur dengan pengisian yang di sampaikan ustaz dan ustazah. Semoga aku terus beristiqamah sehingga ke nafasku yang terakhir InshaaAllah.

Selain dari itu sekarang ini aku mempunyai hobi baru iaitu berkebun dan menjaga seekor anak kucing yang kematian tuannya,kasihannya dia. Kalian pernah denganr tak bunga pukul sepuluh yang di beri nama baru iaitu ros jepun atau rj? Zaman aku kecil2 dulu hanya tahu bunga pukul sepuluh. Bila sebut tenang hobi  terkenangkan ibuku tercinta.

Ibuku {yang kupanggilnya mek}  memang faham benar yang hobiku menanam pokok bunga, kemana dia pergi pasti bawa balik bunga untukku. Ya Allah rindunya kat mek. Sepanjang hayat mek dia seorang ibu yang sangat baik, ikut sahaja kemahuan anaknya ini. Walaupun mek tak pernah bersekolah tetapi mek lah yang belikan aku pen kertas kajang sampul surat dan juga buku tulis  untukku, kerana faham kepayahanku. Tak cukup dengan itu mek lah juga yang tolong pos surat2 ku. Setiap kali keluar berjualan kuih dan ketupat selalu ada surat dalam bakul basikalnya. Sehinggakan orang menegur..".wahh kak cik, {semua orang panggil mek dengan panggilan kak cik} hebatnya hari2 ada surat gewe" hihihi. Lucunya mek balik bercerita kami gelak sama2 balut ketupat sama2, menangis sama. Semuanya kami bersama.

Tetapi bila aku mengambil keputusan untuk berumah tangga mek sedikit gusar. Iya manakan tidak..anaknya tak seperti orang lain,betul ke ada orang nak kat aku? Ayah pula beranggapan orang sengaja nak main2kan aku. Aduhai mek ayah, aku faham sangat perasaanya. Tetapi ketika itu mek dah ada Kak Za. Aku nampak kebahagian mek dan ayah menerima kehadiran menantu baru dalam hidup mereka.  Kemana pergi pasti ajak Kak  Za tidak aku. Sesekali terbit air mataku. Sebab itulah aku memilih untuk berkhawin mungkin juga itu jodoh yang telah Allah tetapkan untukku. Aku redha tempuh  segala suka duka selepas keputusan yang aku buat, tanpa paksaan dari mana2 pihak. Manusia hanya merancang Allah sebaik perancang.

Sungguh besarnya pengorbanan mek dan ayah,tatkala aku di sorong ke dewan bedah untuk operation anakku mek menangis, tatkala aku memohon ampun dan maaf. Subhanallah air mata ibu mana yang tidak mengalir lantaran akulah satu2nya anaknya yang bersalin operatian. masih terbayang lagi air mata mek memandangku, masih terkenang mek memakai tudung labuh biru dan jubah hitam.Ya Allah aku tidak pernah melupai saat suka duka kita bersama.  Kasih mek dan ayah sehingga ke syurga.

Aku masih terbayang kepayahan mek dan ayah membesarkan kami dengan menoreh getah ayah pula kerja apa tak buat, bertukang rumah petani dan kerja kontrak di Singapura demi membesarkan anak2.
Sehingga ke hujung usia mereka adalah sedikit kesenangan tetapi hati dan perasaan mereka hanya ALLAH sahaja yang tahu. Ya Allah andainya mek dan ayahku masih hidup aku ingin sekali berbakti berkali2 dan lagi dan lagi. Terasa belum puasnya untuk berbakti terlalu sedikitnya. Tetapi semua itu hanya mimpi yang tak pernah menjadi kenyataan. Mek dan ayah hanya pinjaman sementara anugerah yang tak terhingga buat aku. Alhamdulillah mereka banyak mengajar aku erti ketabahan. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi membesarkan aku seorang anak OKU.

Memang rindu terlalu sarat dengan mimpi yang tak sudah. Andai mimpi itu datang terasa bertemu dengan mereka. Mek ayah sesungguhnya orang tersangat rindu dan kasihkan mek dan ayah. Hanya doa dan sedekah  yang mampu orang kirim. Orang berdoa semoga mek dan ayah berada di syurga Firdaus. Bersama para syuhada dan orang2 yang beriman.

Mek ayah kini segala apa peninggalan mek dan ayah kami berbagi sama rata di antara kami, mek dan ayah jangan bimbang kami tak berpecah belah. Cuma orang sahaja yang berjauhan. Orang tak tahu sampai bila orang akan menjadi perantau, orang redha kalau di sinilah berakhirnya hidup orang .Orang redha kalau di sinilah tanah kubur orang. Kakak dan abang memilih untuk buat rumah di kampung, orang entahlah ikutlah takdir bagaimana. Kalau orang cakap tak balik kang balik pula. Biarlah takdir yang menentukan segalanya.

Akhirnya orang memohon ampun dan maaf dari mek dan ayah, halalkanlah air susu mek yang orang teguk.Sungguh kasihnya mek di bawa sehingga ke akhir hayat. Kasihnya ayah pula sanggup berkorban apa saja untuk kami. Ya Allah aku bersaksi ibu dan ayahku seorang yang baik, aku memohon kepadaMU Ya Rabb Engkau tempatkan lah mek dan ayahku di syurga Firdaus tanpa hisab..Mereka sudah terlalu lama menderita kasihanilah mereka.Syurgalah tempat mereka.

Ya Allah andai tiba saatnya aku di panggil pulang Engkau pertemukanlah aku dengan ibu dan ayah yang sangat aku rindu. Engkau matikanlah aku dalam khusnul khatimah. Untuk suami dan anakku, andai ibu ada terguris perasaan kalian ibu mohon ampun dan maaf ibu sayang kalian hingga ke jannah, semoga kita dapat berkumpul semula di syurga inshaa ALLAH.



Sunday, January 10, 2016

Sesekali rindu datang menerpa...

Bismillahirahmanirahim


 Assalamualaikum 
Blogku yang usang seusangnya. Kali terakhir blog ini di update pada bulan marc 2015.

Terlalu lama aku menyepi menghilangkan diri untuk seketika dari dunia blog. Tapi hari ini mungkin juga dengan azam baru ku mulakan semula penceritaanku yang penuh suka duka. Awal tahun 2006 aku mula berblog semula,  Semoga  aku terus istiqomah. Aku terlalu rindu hendak berblog seperti dulu. Sibuk dengan wassap telegram istagram dan macam2 lagi hinggakan aku lupa yang aku ada blog.

Alhamdulillah setelah dua tahun pemergian ibuku tercinta dan setahun pemergian ayahku. Aku teruskan sisa2 hidup ini tanpa mereka. Aku terlalu rindu kan mereka senyuman tawa mereka. Kenangan bersama mereka tetap tak akan terpadam sampai bila. Kalau nak cakap rindu memanglah tersangat sangat rindu. Tetapi apalah dayaku takdir Ilahi sudah tertulis begitu. Allah pinjam kan mereka anugerah terindah untukku.

Ya Allah jagalah ibu dan ayahku sebaik yang mungkin di sana. Tempatkanlah mereka di sisi orang yang soleh para solihin dan para shuhada. Masukkanlah mereka dalam Jannah tanpa hisab. Sesungguhnya hanya doa yang mampu aku kirimkan. Aku pasti mereka sedang menantiku di sana.


Selagi nafasku masih berdenyut selagi itulah rindu ini tak akan hilang.Setiap hela nafasku di setiap sujudku, ada doaku untuk kalian wahai ayah dan ibuku tercinta. Terasa semalam kita terpisah. Dunia kita sudah berbeza. Ku titipkan salam rindu untuk ibudan ayahku di alam barzakh, lenalah wahai jiwa yang tenang dalam dakapan kasih Ilahi. Jannah untuk kalian..Aamiin ya Allah.



Wednesday, March 25, 2015

ku lepaskan rasa hati hati ini

25.Mach.2015


Hanya sebulan abang sihat kini penyakit yang sama datang lagi. Disember 2014 tatkala ayah sakit abangpun sakit.. Ya ALLAH ujian demi ujian menimpaku. Sesekali terbit juga rasa kesal marah dan sedih...tetapi bila aku kenang kembali itulah takdir untukku. Kalau dulu ada ibu dan ayah untuk aku bercerita. Kini aku tiada insan yang benar2 memahamiku. Astagfirullah aku ada Mu ya ALLAH. Ampunkan segala dosa2 ku ya ALLAH.



Tiga bulan pemergian ayah rasa begitu sepinya bila sesekali pulang ke kampung. Hanya pusara aayah dan ibu pengubat rindu.. Masih terdengar suara lelah ayah yang teruk, masih terbau badan ayah, masih terbayang di saat ayah bercerita. Apa lagi kenangan yang aku ada? Di saat pemergian ayah aku tiada kerana aku seorang isteri. Kenapa aku tak biarkan suamiku pulang dengan anakku, dan anakku un pulang ke kolej tinggal suamiku terkapai2 dirumah sendiri. Wajarkah aku? Ya Allah kalau di ingat lagi aku rasa sedih. Adakah ini salah aku? Salah suamiku? Apakah aku tak redha dengan qadar dan qodar MU. Allah ...aku tak tahu apa hikmah yang tersembunyi..


Betapa beratnya hendak aku melangkah tp aku TERPAKSA kerana aku isteri. ALLAH ALLAH ALLAH aku tak dapat bertemu ibu dan ayahku di saat akhir. Aku bermohon dan berdoa untuk bersama mereka di syurga kelak. Ya Allah perkenanknlah doa aku.