andai ini takdirnya utkku

Monday, November 23, 2009

selamat hari raya aidiladha

Kepada kawan-kawan blog yang mengenali Kak Awwa atau tidak, Kak Awwa dan keluarga ingin mengucapkan salam aidiladha maaf zahir dan batin andai ada tersalah dan terkasar bahasa baik dalam menulis blog dll. Semoga kalian semua dalam perlindungan Allah s.w.t dan berbahagia menyambut aidil adha yang bakal tiba dua hari la...

Thursday, November 12, 2009

terkenang nostalgia silam~hari-hari terakhirku di sini

Sebelum berkhawin Kak Awwa menjadi penghuni setia rumah itu. Rumah yang di bina ketika Kak Awwa berusia setahun di tahun 1973. Rumah yang sederhana besar yang hanya dapat berlindung dari panas dan hujan. Rumah tiga bilik yang tidak segah rumah jiran-jiran Kak Awwa yang lain. Syukurlah masih ada tempat untuk berteduh darp panas dan hujan. Tahun itulah juga merupakan tahun terakhir ayah bertemu satu-satunya adik perempuan seibu dan berlainan ayah. ("Ayah dah tak larat kalau nak duduk rumah besar dan cantik korang buatlah rumah korang sendiri. Baliklah buat rumah di kampung Awwa, kalau berkumpul adik beradik kan senang"). Itulah setiap kali alasan...

Monday, November 2, 2009

kerja gilak

30-11-2009 Tepat jam 2.30 petang Kak Awwa masuk ke bilik air. Selalunya tingkap bilik tak di tutup. Manakala langsir Kak Awwa ikat saja supaya cahaya matahari masuk ke dalam bilik. Memandangkan bilik belakang tidak ada siapa yang nampak, jiran sebelah berbangsa Tionghua sebelahpun berpagarkan simen yang tinggi mana mungkin nampak bilik Kak Awwa. Hari itu agak redup di luar, selesai Kak Awwa mop lantai Kak Awwa masuk ke bilik air. Kak Awwa dah tergerak nak tutup langsir tetapi entah kenapa tak tertutup lah pulak. Apa nak jadi lepas tu? Keluar sahaja dari bilik air dengan berkain batik dan bertuala di atas kepala. Kak Awwa duduk di buncu katil nak onkan hp yang Kak Awwa tutup. Semenjak akhir-akhir ini ada-ada sahaja nombor sesat yang call di no hp Kak Awwa membuatkan Kak Awwa rimas. Kekadang...

Sunday, October 18, 2009

ingatkan baby orang rupanya baby kucing

Ketika suami Kak Awwa buka gate hendak pergi kerja dia ternampak satu kotak. Bila di buka ada seekor anak kucing yang masih baby lagi sedang mengeow. Di dalamnya lengkap dengan botol susu yang berisi susu dan satu plastik susu untuk anak kucing. Mungkin agak kelaparan Kak Awwa pakai sarung tangan dan susukan "baby" tu. Itupun masih mengeow dengan nyaring, mungkin rindukan ibunya kot. Entah siapalah agaknya yang letakkan kucing tu, mentanglah-mentanglah rumah ini hujung sekali ingat tempat buang kucing ke. Nanti petang nak panggil SPCA biarlah mereka merawatnya kerana Kak Awwa tak mampu nak jaga baby tu. Kak Awwa tak tahan bau najisnya nanti membuatkan Kak Awwa sesak nafas. Kalau arnab okeylah jugak. Tetapi kalau tinggal di kampung mestilah hendak pelihara kucing sebab ianya bebas.Kalaulah...

Saturday, October 17, 2009

akhirnya dia jemput jugak

Alhamdulillah hari ini dapat juga pergi ke rumah penolong editor majalah anjung seri Lea di Bandar Kinrara. Bersusah payah dia memasak dengan suaminya demi kami. Ayam masak cili api, sambal belacan sedap resepi emaknya, ayam goreng berempah dan ulaman selain kuih muih dan buahan. Seronok tengok keletah Damia yang cute sangat, comel sangat Damia. Sayangnya tak ada kamera nak ambil gambar, kalau adapun cuma ambil secara rambang saja. Tu pun belum tentu jadi ke tak.Seronok tengok mereka suami isteri serta anak-anaknya saling tolong menolong menyediakan juadah. Kak Awwa di jemput Lea, katanya nanti kalau Kak Awwa dah tinggal jauh susahlah sikit nak pergi. Memang betulpun, sedangkan dekatpun susah inikan jauh. Bukan buat open house tetapi saja masak-masak jemput kami makan di rumahnya. Dia Kak...

Thursday, October 15, 2009

cuma tinggal dua bulan lebih lagi

Sesekali rasa sedih juga hendak tinggalkan tempat ini. Mana tidaknya sudah empat tahun kami tinggal di Section 11 Petaling Jaya. Kak Awwapun tidak pernah menyangka dapat duduk di sini. Biarpun sudah menghabiskan RM30.000 tetapi ternyata indah khabar dari rupa, kerana tiga bilik masih lagi bocor. Rumah ini kena di ganti dengan bumbung baru, tetapi sebaliknya pula. Cuma satu bilik sahaja yang masih ok, tu pun bilik yang kami tak guna. Mungkin kalau tidak di beri perhatian ianya akan mengikut jejak langkah tiga bilik lagi tu. Biarlah nak bocor ke apa ke kitakan dah nak tinggal dah. Bila kami keluar nanti akan kami bagitau Che Mat orang yang menjaga bahagian perumahan di quaters kan. Nanti kalau kita dah tinggal rumah ni tahulah mereka nak buat apa. Nampak dari luar memang cantik tetapi...

Saturday, October 10, 2009

selera makan ku semakin bertambah

Sakitnya manusia kerana banyak makan. Ada dua kategori. Ada orang sakit kerana tak cukup makan atau langsung tidak ada apa yang hendak di makan. Ada orang sakit kerana terlebih makan. Memanglah dalam hidup kita ni perlukan makan dan minum. Kalau tak makan bagaimana hendak melakukan amal ibadat dan kerja seharian. Kalau banyak makan pula termengah-mengah, mengantuk malas nak buat kerja badan naik berkilo-kilo. Rakyat Malaysia terlalu banyak pesta makan-makan. Bulan ramadhan bulan untuk membalas dendam. Manakala bulan syawal pula pesta makan-makan rumah terbuka di sana sini. Tak salah untuk eratkan silaturahim, tetapi berpada-padalah. Tetamu yang datang membawa rahmat kepada tuan rumah..Jemputan rumah terbuka memang ada di rumah kawan-kawan pejabat suami. Tetapi Kak Awwa lepaskan dengan baik....

Monday, October 5, 2009

cerita lepas raya

Sejak dua menjak ni Kak Awwa rajin sangat pergi cari web jualan tudung, kain dll. Memang menyeronokkan, rasa seperti Kak Awwa pergi shopping walau hakikatnya hanya petik di hujung jari memang berbaloi-baloi mencuci mata walaupun tak membelinya. Kak Awwa pernah sekali beli tudung on line. Sehelai RM 35 di campur dengan skynet RM49 lah. Dekat raya baru-baru ni suami Kak Awwa belikan dua helai tudung yang sama tetapi jenis kain berbeza RM 10 je(kita pakai yang murah-murah je). Memanglah kalau mahalpun sebab nak kena bungkus, pos dll lagi. Tetapi yang tak best tudung-tudung ni tak melepasi dada, kena pakai selendang lain kalau adapun tak banyak.Kalau...

Monday, September 28, 2009

nostalgia aidilfitri

Tiba di rumah pagi hari raya, nasi dagang dan nasi hujan panas berlaukkan ayam masak merah dan juga biskut raya penuh terhidang di atas meja. Bab masak ni Kak Za(kakak iparku) kalau nasi dagang mek Kak Awwa yang masak di bantu Kak Za dan anak-anak. Nurul,hajar dan anak-anak lepak di dapurSetelah kesemuanya berkumpul mereka sibuk bergambar sebagai kenangan. Sayangnya kameraku rosak. Entahlah dalam bulan Sept memang banyak kejadian pecah dan jatuh. Mula-mula kamera yang di pegang Hafiz terlepas pecah skrin, pastu di ikuti dua biji gelas yang Kak Awwa basuh terlepas alu lesung huhuhu. Nak bersahur pulak terlepas mangkuk panas pulak dengan gulai...

Sunday, September 27, 2009

Selamat pengantin baru Nurul

Genap usiamu 23 tahun seusai belajar dirimu bergelar isteri orang. Pasti abah dan umimu tersenyum bahagia melihat dirimu di hias indah menjadi raja sehari. Doaku panjatkan semoga dirimu akan menjadi isteri yang solehah dan bahagia hingga ke hujung nyawa.Selamat mendapat menantu Kak Ass dan Abang Zul....p/s Gambar ketika bertunang... tentu gambar perkahwinan lebih cantik dari ini. Masih menanti gambar pengantinnya di friendster Nurul (24/9/2009 bersamaan dengan 5 Ramadhan 1430 hijriah khamis....

Saturday, September 26, 2009

suka duka balik raya dengan LG&TV9 part2

Setelah semuanya selesai hadiahpun dah dapat yang kecik dan yang besar bersahurpun sudah. Tepat jam 1.30 pagi perjalanan ke Kota Bharu bakal bermula, manakala bas ke Kuala Trengganu menyusul tak lama kemudian. Pemenang balik ke Trengganu tak ramai berbanding dengan yang nak balik ke Kelantan. Tetapi tak penuh satu baspun. Kak Awwa duduk berasingan dengan suami dan Hafiz. Kerana memilih tempat duduk di hadapan bersama seorang adik yang hendak pulang ke Pasir Mas.Jalan tak usah cakaplah jam sangat-sangat. Jam 4am baru sampai ke Bentong. Bayangkanlah hendak ke tandas jauh, dahlah gitu kena beratur pulak. Bila dah dapat giliran lama pulak tu masuk...

Friday, September 25, 2009

suka duka balik raya LG&TV9

2-9-2009 Anda tepilih sebagai sebagai pemenang Balik Kampung bersama LG&TV9 pada 18/9 sila hubungi LG untuk maklumat lanjut dgn segera.17-9-2009 terima surat dari LG dan juga sms BALIK KAMPUNG DENGAN LG-SIMPAN & TUNJUK SMS ini utk menebus bas tiket ke KB. Himpun di PINTU BESAR KL Sentral 11pm,18/09 TV3 dan Crew akan bersama anda!. BALIK KG dgn LG: Gentle Reminde-Pls Check &Ensure u body temperature is Belw 37.5 as u will NOT be allwed to bard bus if its Higher than 37.5.Ketika Kak Awwa terima SMS dar LG tu suami Kak Awwa dah beli tiket keretapi pada 22-9 untuk balik ke Kelantan. Cuma tiket balik sahaja manakala untuk pulang...

Friday, September 18, 2009

ucapan SMS dari rakan-rakan

Sms ini Kak Awwa simpan sudah lama dari tahun lepas lagi. Oleh kerana terlalu lama Kak Awwa terpaksa mendeletenya dalam hp Kak Awwa dan updatekan di sini.Untuk tahun ni Kak Awwa dah agak kekurangan kredit untuk bersms, cukuplah ucapan hanya melalui box rakan-rakan blogger. Yang tidak mempunyai blog Kak Awwa hantar emel saja. Pagi tadi sahabat Kak Awwa Lea datang ke rumah untuk mengucapkan selamat hari raya terharunya...Di antara sms itu terdapat dari NB (Kak Norhayati Berahim novelis terkenal) yang di hantar kepada Kak Awwa tahun lepas. Tahun ni dah takde dah yalah novel tak menjadi manalah nak hantar lagikan. Tu lah bertatihpun tak lepas ada hati nak tulis novel ahakssss. From NB "Andai kita di beri pilihan,antara ramadan dan lebaran;sukar rasanya menyajikanjwpn,kerna kedua2nya anugerah...

Wednesday, September 16, 2009

Salam lebaran

SELAMAT HARI RAYA kepada semua rakan-rakan blog yang kenal dan yang tidak mengenali Kak Awwa. Hendak conteng kesemua blog kalian tak termampu Kak Awwa. Raya tahun ni sambutannya ala kadar saja, lebih kepada tak berapa ghairah nak menyambutnya. Kak Awwapun tak tahu di mana Kak Awwa hendak beraya di sini atau di sanun entahlah. Walau bagaimanapun inilah hari kemenangan untuk umat islam setelah berpuasa selama sebulan. Bersyukurlah kerana masih bertemu lagi hari raya tahun ini. Mudahan bertemu lagi dengan ramadhan dan aidilfitri tahun hadapan. Kepada kawan-kawan yang mengenali atau tidak di kesempatan ini Kak Awwa dan keluarga ingin mengucapkan...

Monday, September 7, 2009

pergi Mid Valley tp xbeli apa2pun

Semalam sempena Nuzul Quran suami Kak Awwa tak bercuti(Kl tak cuti). Dia pegi kerja seperti biasa. Tetapi pukul 10.00 pagi suami telefon Kak Awwa ajak Kak Awwa pergi CIMB di Section 14(lepas tu dia kena pergi PPUM ada janji temu dengan doktor). Bagaimanalah Kak Awwa boleh terlupa yang bank tutup di Selangor ni. Penat-penat je pergi bank tutup. Mau tak mau dah keluar kenalah pergi jugak di Kuala Lumpur nak selesaikan urusan.Dalam teksi borak dengan pemandu teksi Cina. Peramah pulak dia ni, memanglah selama Kak Awwa naik teksi ada berbagai ragam pemandunya. Ada yang senyap, dan ada tu pemandu Cina nak cakap Melayupun tak fasih tetapi mau dia sembang alahai peramahnya dia. Tetapi pemandu teksi ni takda lah pelat sangat loghat Cinanya."Hantar kami ke Bank CIMB Kuala Lumpur kata suami saya....

Tuesday, September 1, 2009

Persiapan aidilfitri

Sedar tak sedar pejam celik pejam celik dah dua belas hari kita berpuasa hari ini. Mungkin ada sesetengah kaum ibu sudah membuat persiapan untuk anak masing-masing. Maklumlah aidilfitri ni di sambut sekali setahun sahaja. Tentulah teruja untuk menyiapkan itu dan ini. Tambah-tambah yang ada keluarga besar lagilah hendak buat persiapan awal-awal.Bagi Kak Awwa persiapan raya ala kadar sahaja. Memandangkan nak berpindah sudah tentunya memerlukan kos yang banyak untuk menyewa lori, upah orang angkat barang dll. Persiapan raya tak semestinya serba baru. Misal kata kain langsir tu kalau boleh di pakai lagi pakai lah hehehe(. Kan mudah tak payah...

Saturday, August 29, 2009

Sayang hajat tak sampai

Rasa rajin pula hendak up date blog ni. Membaca sahaja penulisanku dan penceritaanku orang dah tahu tahap manalah pengetahuanku dalam erti kata lain setakat mana pendidikanku. Erm setakat ni jelah, tetapi alhamdulillah bolehlah di katakan celik IT kalau nak dibandingkan dengan orang yang tak tahu langsung tentang IT dan blog( bukan angkat bakul sendiri ni hihihi). Ramai kawan-kawan di pejabat suami yang tidak ambil tahu tentang blog dan Internet. Ramai yang minta tolong suami Kak Awwa ajarkan mereka buat blog dan apa-apa saja tentang komputer. Di ofis mereka hanya buat kerja je dengan komputer dan IT, kalau bab-bab blog jarang yang ambil tahu. Kalau baca blog orang mereka suka kata suami Kak Awwa.Dengan dukacitanya di maklumkan manuskrip anda di tolak kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang...

Friday, August 28, 2009

raya terakhirku~cukup sampai di sini~

Mungkin membaca tajuk di atas seolah diri ini akan pergi jauh meninggalkan semuanya? Ya Allah andai ada kasihMU padaku, aku bermohon padaMU pinjamkanlah sedetik lagi umurku milikMU ini untuk aku menjadi hambaMU, untuk menambahkan amal ibadatku yang terlalu banyak kekurangannya Ya Allah. Moga di panjangkan umurku lagi demi agamaku dan anak serta suamiku.Dua tiga minggu lepas kakak Kak Awwa yang Kak Awwa panggil dia Kak As menjemput kami sekeluarga untuk ke majlis walimatul urus puteri sulungnya Nurul Hasnul Syuhada. Di hati ini berbelah bagi mahu balik atau tidak? Kalau nak balik kampung sebelum puasa dah menempah tiket keretapi atau bas. Kak Awwa dah serik naik bas ni( tapi kalau terdesak naik lagi), sebabnya bas takde tandas kekadang tahan sampai membengkak perut. Kalau berhenti kat mana-manapun...

Friday, August 21, 2009

marhaban ya ramadan

Kepada muslimin dan muslimat dan sahabat-sahabatku selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita. Halalkan apa termakan,terminum dan sebagainya. Ampunkan segala kesalahan kami baik yang tak di sengajakan atau di sengajakan sepanjang perkenalan kita. Semoga hadirnya ramadhan kali ini memberi seribu rahmat buat kita dan di bukakan pintu-pintu taubat amin. Syukur alhamdulillah kerana masih di beri umur yang panjang untuk bertemu dengan ramadhan kali ini. Harapan RamadhanKu mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas...

Wednesday, August 19, 2009

Hadiah anniversary

Masih bercerita tentang tarikh 18 Ogos 2009. Sudah dua hari suami Kak Awwa tak sihat demam dan batuk, tetapi tak berapa serius. Sudah puas Kak Awwa menyuruh suami ke PPUM tetapi dia kata tak apa demam sikit je. Selasa 18.8.2009 suami Kak Awwa pergi kerja seperti biasa dengan memakai mask. Semenjak H1N1 melanda negara Kak Awwa selalu mengingatkan dia supaya sentiasa pakai biarpun ada sesetengah orang merasa rimas memakainya. Tenghari dia menelefon memberitahu batuknya tak henti-henti dia demam dan sesak nafas. Dah pergi ke klinik panel doktor sana suruh rujuk ke hospital kerajaan yang berdekatan. Oleh kerana PPUM dekat dengan rumah tak menjadi...