andai ini takdirnya utkku

Saturday, April 25, 2009

Campak

Dua tiga hari lepas Hafiz telefon Kak awwa katanya dia tak ada selera makan dan muntah-muntah. Hati ibu mana yang tidak risau bila anak mengadu demam dan muntah. Kak Awwa tahu Hafiz kalau tak sihat dia akan muntah dan tak ada selera makan. Malam jumaat suami Kak Awwa ke Kota Bharu lagi. Niat hati hendak ikut sama tetapi faham-faham sajalah. Hidup mesti ada pasang surutnya, kekadang ekonomi yang tidak mengizinkan. Lagipun kalau Kak Awwa nak pergi ke satu-satu tempat banyak mengunakan perkhidamatan teksi. Kalau suami Kak Awwa turun naik baspun tak apa. Pagi ini suami telefon katanya Hafiz demam di tumbuhi bintik-bintik merah seperti ruam. Sahlah...

Wednesday, April 22, 2009

kekadang mimpi itu indah

Mungkin kerana Kak Awwa selalu layan blog wordpress Kak Awwa tentang doa dan amalan untuk mendapat zuriat dan berkongsi komen-komen bersama kawan-kawan yang belum di kurniakan cahaya mata. Malam tadi Kak Awwa bermimpi menyusu seorang bayi lelaki, bayi itu mirip seperti Hafiz ketika masih baby, bajunya berwarna hijau. Memang Hafiz banyak baju berwarna hijau ketika masih bayi. Entahlah dalam usia yang meningkat ini kalau ada rezeki segalanya ku terima, tetapi kalau sudah di takdirkan tidak adapun tidak mengapa. Cukuplah Kak Awwa menanti akan tiba masanya bakal bergelar nenek huhuhu. Segalanya mungkin insya Allah. Ahh mimpi hanyalah mainan tidur...

Monday, April 20, 2009

Hpnya telah di ambil

Memanglah menjadi kesalahan membawa hp di sekolah itu. Tetapi ada juga yang sorok-sorok termasuk Hafizku. Tetapi hari ini hp tu terpaksa di serahkan kepada Ustaznya. Kalau ada apa-apa kata ustaz suruh saja ibu bapa call dia. Hp Hafizpun bukanlah hp yang mahal dan canggihpun, cukuplah untuk buat panggilan dan sms untuk ibu dan ayahnya sahaja. Tetapi nak buat macam mana dah itu undang-undang sekolah, sabar ajelah duhai hati. Erm peluklah kucing tu aduhai anakku hehehe pasan la...

Tulip kiriman Ayong dari UK

sejuk mata memandangdia kukenali di awal tahun 2000semoga persahabatan abadi selamanyaBanyak gambar yang di emelkan kepada Kak Awwa, hingga rambang mata untuk memilih yang mana satu hendak di muatkan di blog ini kerana semuanya cantik-cantik belaka. Ayong adalah seorang rakan cyber yang tidak pernah Kak Awwa berjumpa. Kak Awwa berkenalan dengannya di laman groups keluarga. Alhamdulillah hingga ke saat ini dia masih sudi berbalas emel dengan Kak Awwa. Dia kini sedang belajar di UK. Doa Kak Awwa semoga suatu hari nanti Kak Awwa akan bertemu jua dengannya.Kak Awwa memang minat bunga bungaan tetapi entah.... bilalah hasrat akan tercapai untuk punyai...

Saturday, April 18, 2009

Nilai nyawa seekor anak kucing

~ni anak-anak kucing di rumah mek Kak Awwa di kampung~Sudah lama ku dengar suara anak kucing menangis tidak henti-henti, seperti meminta pertolongan atau di kurung tanpa di beri makanan. Sungguh hiba mendengarnya walaupun ianya kekadang sayup dan nyaring. Ku tanya suamiku, bang itu suara anak kucing ke anak musang? sebab kekadang bunyinya begitu lain sekali( mungkin terlalu lemah). Suamiku kata agaknya pemilik kucing tak bagi makan kot, sebabnya sudah tiga hari suara itu merintih merayu seolah meminta pertolongan. lubang sedalam berapa meter entahlah....Kak Awwa tahu itu anak kucing jiran Kak Awwa yang berbangsa Cina yang tidak pernah bertegur...

Thursday, April 16, 2009

Dugaan berjauhan dengan anak

Kalau di tanya bagaimana perasaan berpisah jauh dengan satu-satunya permata hatiku. Rasanya sudah pastinya jawapannya rindu. Kalau ikutkan hati seminggu sekali hendak turun KB. Tetapi apalah daya kekadang hasrat terpaksa di pendam. Keadaan ekonomipun menjadi faktor utama. Nak berulang alik kosnya pun besar, apalagi dalam kegawatan ekonomi sekarang ni. Tetapi demi anak semua itu di tolak tepi. Bagi kami keperluan anaklah yang di utamakan. Keperluan kami juga di tolak tepi. Inilah titik permulaan untuk dia melangkah dengan lebih jauh lagi. Pejalanan masih jauh,masih banyak lagi dugaan yang harus di tempuhi. Semalam Kak Awwa menelefon Hafiz katanya dia selsema dan batuk. Selalunya kalau dia batuk lama hendak hilang. ubat pulak bukan calang-calang ubat, ubat yang serasi dengannya hanyalah dari...

Saturday, April 11, 2009

Cinta Adam dan Hawa

Cinta adam dan hawaTerbit di syurga terang di jiwaMenggerakkan nuraniMencari kasih suciSehingga kita yg tertinggal saling dambaSentiasa rasa sunyi bersendiriMana dia kekasih hatiMana dia pujaanku yang sejatiDengarlah bisikan asmarakuCinta Adam dan HawaSatu bersama satu terpisahBuat diriku tertanya-tanyaCinta Adam dan HawaSatu harapan, satu sandaranBuat diriku rindukan diaMana dia kekasih hatiMana dia pujaanku yang sejatiDengarlah bisikan asmaraku…Cinta Adam dan HawaSatu bersama satu terpisahBuat diriku tertanya-tanyaKau yang aku pujaKau yg aku cinta.. oh..Kasihku di FirdausiCinta Adam dan HawaTerbit di syurga terang di jiwaMenjadi saksi impian murni~Semenjak menonton lagenda Julia Julia Kak Awwa jadi minat pulak dengan lagu dari Misha Omar ni. Takde cerita terbaru, kalau adapun takkan semua...

Wednesday, April 1, 2009

kini kembali

Hampir seminggu lebih menyepi, bukan di sengajakan tetapi banyak perkara yang harus di selesaikan, apa lagi bila berjauhan dengan anak tercinta. Kuala Lumpur Kelantan sudah rasa seperti nak pergi Pasir Puteh ke Kota Bharu. Rasa semakin dekat dan dekat.26 Mac 2009 untuk pertama kali Kak Awwa pulang bersama Hafiz dari Kuala Lumpur ke Pasir Puteh, tujuannya bukan sahaja untuk menghantar Hafiz pulang ke asrama tetapi untuk menziarahi mek dan ayah yang semakin uzur.Barangkali pada orang lain bukan sesuatu yang pelik pulang tanpa suami, tetapi bagi Kak Awwa inilah pengelaman pertama pulang ke kampung di temani anak. Kak Awwa ni kan OKU, selalunya hendak kemana-mana sahaja bersama suami, tetapi kali ini bersama Hafizku, ya dia sudah besar mungkin sebab itu ayahnya mengharapkan dia menjaga ibunya.Kalau...