andai ini takdirnya utkku

Sunday, February 21, 2010

tak kenal maka tak cinta

Alhamdulillah Kak Awwa rasa semakin seronok tinggal di sini, biarpun ada beberapa benda yang belum di selesaikan biasalah baru pindah. Di tambah dengan keadaan cuaca yang agak panas kesihatanpun terganggu. Kak Awwa taklah teruk sangat tetapi suami Kak Awwa seminggu lebih tak kerja demam dan batuk. Mujur juga ada klinik panel dekat bandar ni. Tetapi suami nak ke PPUM juga. Minggu lepas suami Kak Awwa ke PPUM, singgah ke kuaters ambil surat-surat yang belum di tukar alamatnya. Alahai rumah kalau dah di tinggalkan jadi usang. Ada saja tangan-tangan jahat yang sanggup mengambil kepala paip. Buah mangga sudah habis di makan tupai belimbing buluh berbuah lebat, bunga ros yang di tinggalkan berbunga lebat. Erm rindu macam manapun semua itu sudah berlalu hanya tinggal kenangan...

Setakat ini Kak Awwa cuma menegur jiran-jiran, rasanya itu sudah cukup. Entahlah kekadang rasa segan juga. Syukurlah ada juga kawan lama yang dapat menumpang di kala susah dan senang.
Insya Allah sempena Maulidul Rasul Hafizku akan pulang bercuti. Lamanya tak tengok dia rindu Tuhan sahaja yang tahu. Kepada kawan-kawan selamat menyambut Maulidul Rasul perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi muhammad s.a.w.

4 comments:

alhamdulillah.. segalanya ok kan

alhamdulillah. Senang hati bila kak awwa happy...moga kak awwa gembira menantikan kepulangan hafiz ye. :)

saya suka baca blog akak...thanks dgn info2 dan cerita2 yg bermanfaat..=)

Salam maiiyah, epel dan slm perkenln fizah...pada mulanya mmg rasa sedih nak tinggal pj byk kemudahan hospital dll.tp apakan daya mungkin ada hikmahnya pindah ke sini...