andai ini takdirnya utkku

Saturday, April 3, 2010

Kesian Makcik Fatimah

Pertama kali Kak Awwa pergi ke rumah Makcik Fatimah iaitu jiran di belakang rumah Kak Awwa. Kalau nak di ikutkan sudah lama hendak ke rumah dia hendak menziarahinya. Hampir tiga minggu tak nampak dia menyidai kain. Bukan Kak Awwa tak tahu dia sakit.

Tu lah nak pergi melalui pintu belakang bimbang jugak takut licin untuk menuruni tangga. Tangguh punya tangguh akhirnya semalam pergi juga. Kak Awwa ni entah lah segan sikit nak pergi rumah orang, tetapi memandangkan kebaikan makcik fikir-fkir tak molek sangat kalau tak pergi.

Kesiannya dia, memandangkan dia ada penyakit kencing manis kalau terluka sedikit sahaja terus jadi parah. Terkejut tengok tangan dia membengkak kehitaman. Kak Awwa tanya dia kenapa tak ke hospital? Dia kata dia dah tak mau pergi hospital, sebelum ni pun dia pernah tinggal di hospital selama sebulan. Kak Awwa hanya mampu berdoa semoga terbuka pintu hatinya untuk ke hospital. Tradisional2 jugak, tetapi ubat hospital kena makan juga..

Suami Kak Awwa sendiripun tiada istilah jemu untuk berulang alik ke hospital. Alhamdulillah bila dah jaga makan dan ikut peraturan tiadalah teruk sangat penyakitnya tu. Setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati....

3 comments:

kak..bahaya makcik tak pegi hospital. Tangan yang membengkak tu hasil jangkitan...akan lebih teruk nanti...

yelah kak.. bahaya tu, kene gi spital gak.. moga2 terbuka hati nak pegi kan

Salam epel dan maiyah..tengok pun gerun..tp nak cakap lebih2 takut dia kecik hati..selalunya kalau dah macam tu kalau p hospital dah kena potong..nauzubillah...

kalau suami kak awwa sakit dia terus nak gi hospital...duk ward pun tak apa..tp alhamdulillah suami kak awwa tak sampai ke tahap tu sebab memang jaga makan sangat..selain ubatan yg di bekalkan...

mudahan makcik ini akan sembuh dan cepat2 pergi hospital..