andai ini takdirnya utkku

Wednesday, May 11, 2011

selamat tinggal rumah no 62

Insya Allah kalau tidak ada aral melintang dan di izinkan Allah berpindahlah aku ladi, di sini jugak selang sembilan pintu dari rumah sewaku ini. Tuan rumahpun dah kalut nak masuk ke nak repair entah le. Tp tak mengapalah kerana aku memang dah nak keluar dah. Habis buku2 suamiku yang di bawak balik dari USA rosak. Kabinet dapur meja komputer dll rosak kerana rumah bocor dek hujan yang terlalu lebat ketika itu. Aku lupa le aku cerita ke tak kat dalam blog ni. Sembilan bulan aku masuk baru tuan rumah nak repair bumbung yang bocor. Sebelum ni aku duduk dalam keadaan rumah yang tidak selesa. Puas di ketuk baru nak buat itu ini...tp hampeh kerana lagi teruk. Sudahnya habis barang2 aku basah. mau je aku saman tuan rumah ni, tpp mengenangkan kemanusiaan tak buat gitu. Dia turunkan rm 50 duit sewa rumah, dari rm 400 ke 350. Tu pun tak berbaloi kerana habis rosak barang2 aku. Udah le barang aku ni murah2, bila dah kena air cepat rosak le.

Mengenang kembali detik2 perhijrahan aku di negeri orang. Tahun 1997 bermulanya detika setelah suami ku di tawarkan kerja di Kuala Lumpur. Sebelum ini berbagai dugaan yang telah kami lalu, terlalu banyak kejap duk Sungai Petani, Alor Setar, kejap duk Kelantan pastu duk Alor setar balik, begitulah p mai p mai tang tu jugak.


Dari Bandar Countryhomes Rawang berpindah lagi ke Setapak di rumah kayu berkembar dengan tuan rumah. Tak ubah seperti rumah setinggang berbilik satu, tandas tersumbat, berbumbung bocor dan berbau busuk kerana di belakang rumahku tempat penternakan ayam, semuanya itu ku lalui tak sampai enam bulan. Nak cari rumah pun payah sebab kalau jauh dengan hentian bas susahlah. Tiap2 hari beli surat khabar nak tengok iklan rumah. Pernah sekali nak gi menyewa kat Puchong, tetapi jauh lah pulak.

Bila pk2 baiklah balik semula ke Countryhomes kali ini aku menyewa di rumah paling bawah rm 300 masa tu. Sebelum ni aku menyewa di tingkat empat, pendek kata kalau dah naik memanglah tak turun ke bawah sebab tak larat nak panjat tangga. Ketika itu usia Hafiz baru nak masuk tiga tahun. Kesian sungguh kat Hafiz nak turun kebawah payah sebab ibunya bukan seperti orang lain, nak ku biarkan pun tak mungkin sebab aku bimbang keselamatannya. Ketika itu kedaipun tak banyak cuma ada satu kedai je. Barang dapur, peti ais dll memang tak ada ketika itu. Semuanya tak lengkap. Tunggu suami balik jam lapan atau sembilan barulah boleh Hafiz turun ke bawah., untuk ke kedai beli makanan, dan suami akan membelinya keperluan untuk tinggal kami di rumah supaya tak kelaparan.

Menitis air mataku kerana di beri ujian yang cukup hebat begini. Hidup di situ tiada semangat kejiranan kerana masing2 kerja. Hari minggu diorang pergi jalan2. Sekali sekala sahaja bertegur sapa, itupun bila terserempak. Pernah satu hari tu dapur rumahku meletup tak taulah kenapa, rasa bimbang dan takut, membuatkan aku menyuruh suami membeli dapur arang. Ketika kehabisan arang suami pula kerja...anak kelaparan aku nak masak pakai apa? Plastik banyak aku kumpul, lalu aku nyalakan plastik dan aku masak bihun. Ketika itu baru aku terpk begitulah susah payah ibuku membesarkan kami. Berbagai cara di lakukan supaya anak2 tidak kelaparan. Ya Allah aku tahu mungkin kerana itulah Allah tidak lagi memberikan aku zuriat, Allah lebih tahu. Walaupun sekarang kehidupan aku berubah sedikit demi sedikit, tetapi aku menghargai kepayahan dan kesusahan, kerana itu mengajarku erti ketabahan.

Aku mengajar anakku bersederhana dalam hidup tidak terlalu memewahkan dia, kerana aku tidak mahu andai kami tersungkur kami akan cepat melatah. Biarlah dia berdikari belajar tentang kehidupan, kerana perjalanan ini masih panjang untuk di lalui. Masih banyak lagi yang perlu di lalui.

Berbalik tentag perhijrahan aku, paling lama aku tinggal di BCH selama enam tahun dari tahun 1999 hinggalah ke 2005. Kalau nak bercerita terlalu panjang. Selama enam tahun tu pun berbagai2 dugaan yang kami lalui.Cuma bezanya aku temui jiran2 yang baik orang Indonesia. Mereka banyak menolong aku beli barang dapur dll. Sehingga kini aku masih berkawan rapat dengan kakak angkatku Asmi, sudah ku anggap sebagai saudaraku sendiri.

Tahun 2005 berpindahlah aku dari Countryhomes ke PJ. Tak pernah terpk nak tinggal di rumah banglo lama di Section 11 berdekatan dengan PPUM. Insya Allah sambung cerita di lain kali nak tengok tanyalah ustazlah pula...

0 comments: