andai ini takdirnya utkku

Friday, June 24, 2011

semuanya sudah terlambat

Di pagi yang hening aku membaca satu sms yang berbunyi" Dek( panggilan anak buah kepadaku)..ada kawan Ime ngandung tujuh bulan nak bagi baby tu kat Ime bila lahir nanti dek nak tak?"

Terkejut ada berdebarpun ada kami berbalas sms katanya suami kawannya itu masuk penjara, oleh kerana budak itu muda lagi dia tak mahu anak itu kerana belum bersedia untuk menjadi ibu lagi . Entahlah khawin macam mana akupun malas ambik tahu. Aku memberitahu anak buahku biar aku bincang dengan suamiku dulu(ketika tu suamiku ada di Trengganu). Suamiku kata dah orang nak bagi ambik sahajalah. Kataku biarlah aku istikharah dulu.

Hati aku berbelah bagi, aku tanya Hafiz sudah tentu dia tidak setuju kerana katanya menyusahkan ibu sahaja nak jaga baby ibupun bukannya sihat sangat, ayah apatah lagi lah. Ya benar jawapannya aku sudah berusia untuk menjaga seorang anak kecil, lainlah kalau itu lahir dari rahimku sendiri, sudah pasti walau bagaimana susah sekalipun akan aku menjaganya. Bukanlah bermakna aku tidak inginkan baby tetapi aku harus berfikir seribu kali. Kalau anak itu lelaki bagaimana aurat aku dengannya? Dan kalau baby itu perempuan bagaimana pulak batas auratnya dengan anak dan suamiku nanti? Ya memang di zaman kecanggihan sekarang ni ibu angkat boleh menyusukan anak angkatnya....persoalannya mampukah aku untuk membayar kos rawatannya? Aku rasa ianya tidak semudah itu.


Kalau waktu muda boleh orang nak berikan aku anak untuk di jaga,tetapi bila difikirkan ekonomi,kesihatan dll aku harus lupakan sahaja. Aku berdoa semoga baby yang bakal lahir itu akan menemui keluarga yang boleh menjaganya dengan sempurna. Aku kena ambik kira dari semua aspek, fizikal mental dan keluargaku terutama sekali anakku Hafiz. Biarlah aku menjaganya dan andai ada rezeki insya Allah aku pasti akan ada cucu kelak.

Menjaga anak orang tidak semudah merawat anak sendiri. Lagi susah dan risikonya terlalu banyak. Tak mengapalah mungkin ada hikmahnya.Kalau di ikutkan hati memang teringin tetapi keadaan yang tidak mengizinkan.

0 comments: