Sebelum berkhawin Kak Awwa menjadi penghuni setia rumah itu. Rumah yang di bina ketika Kak Awwa berusia setahun di tahun 1973. Rumah yang sederhana besar yang hanya dapat berlindung dari panas dan hujan. Rumah tiga bilik yang tidak segah rumah jiran-jiran Kak Awwa yang lain. Syukurlah masih ada tempat untuk berteduh darp panas dan hujan. Tahun itulah juga merupakan tahun terakhir ayah bertemu satu-satunya adik perempuan seibu dan berlainan ayah.
("Ayah dah tak larat kalau nak duduk rumah besar dan cantik korang buatlah rumah korang sendiri. Baliklah buat rumah di kampung Awwa, kalau berkumpul adik beradik kan senang"). Itulah setiap kali alasan yang ayah beri biarpun berkali-kali abang bungsu Kak Awwa yang tinggal bersamanya hendak menukar rumah kayu ke rumah batu sepenuhnya. Ya Kak Awwa tahu hati tuanya sedih kerana rumah kayu klasik itu banyak kenangan, kenangan bersama adik perempuannya. Ayah Kak Awwa merupakan anak sulung dari tiga beradik. Yang tinggal kini hanyalah adik lelaki bungsunya. Itupun berlainan bapa. Nenek Sofiah emak kepada ayah Kak Awwa bermata sepet, putih melepak. Dia mewarisi ayahnya iaitu atuk kepada ayah Kak Awwa seorang mualaf. Tetapi sayangnya anak ayah banyak yang mengikut mek. Cuma seorang sahaja dia telah kembali kerahmatullah di saat mula hendak mengenali erti hidup( ketika hendak masuk umur lapan tahun ). Di saat Kak Awwa hendak mengenali erti kasih dan sayang dari seorang abang yang sangat menyayangi Kak Awwa. Sanggup mengendong adiknya walau kemana dia pergi. Halim itulah namanya berambut perang dan bermata sepet. Allah lebih sayangkan dia. Perginya kerana sakit paru-paru. Pemergiannya di tangisi semua orang. Beruntunglah ayah kerana di SANA sudah menanti dua orang anak lelakinya. Semoga Allah panjangkan usia mek dan ayah Kak Awwa. Rasa kesal juga sampai ke hari ini hasrat mereka untuk melihat Kak Awwa membina rumah di kampung tidak kesampaian lagi.
Puas sudah ayah bertanya khabar adik perempuannya. Khabar terakhir dia mengikut suaminya berkerja di Kuantan dan seterusnya ke Sarawak, selepas itu tidak ada lagi khabar berita dan terputus hubungan hingga ke hari ini. Hari ini ayah bukan tak ingat tetapi ayah kata, kalau dia ingat kan abangnya pasti dia datang mencari abangnya. Bukannya dia tak tahu di mana abangnya berada, itupun kalau dia masih ada di dunia ini. Kak Awwa pernah cadangkan ayah mencarinya di dalam rancangan fitrah kasih TV1 dan jejak kasih di TV3 suatu waktu dahulu tetapi ayah tak mahu. Bila musim terkujuh begini Kak Awwa terkenangkan ayah dan mek. Syukurlah kerana rumah mek tak banjir.
Teringat Lina yang membawakan surat kenalan-kenalan Kak Awwa yang di ambil di kedai Pak Mail. Ketika itu di rumah Kak Awwa tak ada peti surat lagi. Segala surat-surat di hantar di kedai Pak Mail. Musim-musim tengkujuh begini enaknya makan ubi kayu rebus dengan kopi panas. Telefon mek di kampung, mek tanya balik tak cuti sekolah ni? Kak Awwa bukan tak rindu apa lagi ayah tak sihat, tetapi Kak Awwa harus selesaikan banyak benda nak mengemas dll. Insya Allah selepas ini Kak Awwa mungkin balik ke kampung. Tentang Hafiz pula terpulanglah kepada dia nak beraya di rumah tok ayah dia atau balik ke sini. Tetapi dia hendak pulang ke sini, maklumlah selepas ini kami akan berpindah di tempat baru. Dulu Kak Awwa pernah impikan andainya Kak Awwa keluar dari sini Kak Awwa sudah punya rumah sendiri. Tetapi impian itu belum kesampaian lagi. Semua orang punyai impian tetapi tidak semua impian akan menjadi kenyataan. Insya Allah andai di izinkan suatu hari nanti akan dapat juga....... Di rumah ini banyak kenangan suka dan duka bertemu kawan-kawan dll. Kekadang rasa sedih dan terharu kerana kawan-kawan sudi bertandang ke sini. Epel, Lea, Fida, Kak CTJ, Kak Syimah, Keshi dll.
Kenangan itu tak mungkin Kak Awwa lupakan. Terima kasih kepada Epel yang sudi membawa kami ke rumah sahabatku KS. Kalian dalam kenangan...walaupun jarak memisahkan kita tetapi dengan adanya blog tidak mungkin memisahkan kita. Itulah gunanya blog. Andai kata tak ada blog sunyi rasa hidup ini. Walaupun menulis bahasa pasar tetapi amat membahagiakan...
Pagi tadi ketika pomen sedang bertungkus lumus membaiki proton yang dah tak lalu Kak Awwa tengok(kesian dia... nak suruh suami jual tak mahu nak suruh Kak Awwa belajar takpalah kereta lamapun, kalau calar ke apa ke tak sayang). Kak Awwa dan suami meninjau ke halaman rumah. Bunga ros sudah mula mengecil bunganya. Sudah lama tidak bubuh baja, sudah lama terbiar. Sebelum ini Kak Awwa menjaganya tetapi semenjak akhir-akhir ini lebih banyak di dalam rumah. Apa lagi sekarang ini mengemas apa yang patut. Pindah memindah ni memang meletihkan.Tetapi apakan daya terpaksa.....
0 comments:
Post a Comment