andai ini takdirnya utkku

Friday, June 26, 2009

Siapa dia?

Petang semalam selepas menonton Al Kuliyah di TV3 Kak Awwa keluar ke halaman rumah. Niat Kak Awwa hendak melihat pokok-pokok timun yang semakin kurus, sambil membawa baja dan sebilah pisau untuk membuang daun-daun kering. Kak Awwa mengembur-gembur tanah di pokok timun, pokok cili dan beberapa pokok yang lain. Kak Awwa keluar ikut pintu dapur sebab di tanah sekangkang kera di kawasan dapurlah Kak Awwa menanam sayuran.

Tiba-tiba Kak Awwa terdengar bunyi motosikal berhenti di hadapan rumah. Selalunya pintu pagar kat rumah Kak Awwa tak pernah berkunci, bukannya tak mahu kunci tetapi ada-ada saja orang datang chek meter air dan elektrik. Kak Awwa jarang keluar rumah sejak akhir-akhir ni. Kalau keluarpun cuma ikut pintu dapur sahaja.

Kak Awwa ingat orang India yang selalu hello-hello kat pintu pagar nak suruh mesin rumput, padahal kat rumah Kak Awwa dah ada orang mesin rumput dah. Tetapi orang ni takde helo-helo terus masuk. Kak Awwa tak sempat masuk rumah sebab seorang lelaki India sudah masuk ke dalam pagar dan menuju ke arah dapur. Sedangkan masa tu Kak Awwa ada kat pokok timun. Kak Awwa tanya dia kenapa masuk? Dia kata nak ambik daun pandan, dia selalu ambik daun pandan kat sini mintak dengan abang. Kak Awwa kata ambiklah... terus masuk rumah setelah dia pergi ambik daun pandan. Kak Awwa kunci pintu dapur dan gril. Dia dari luar ucap terima kasih dan tanya adakah rumah ini hendak sewa bilik? Kak Awwa kata tidak. Dia kata lagi tiga minggu lepas ada seorang abang kata rumah ni nak sewa bilik. Abang manalah pulak orang ni. Betul ke tak orang ni? Takut jugak Kak Awwa. Dia tanya lagi tinggal dengan suami je ke? Kak Awwa hairan kerana dia tahu Kak Awwa tinggal berdua. Kak Awwa kata tidak...tinggal dengan anak-anak(ramainya bunyi anak-anakku itu). Dia seperti tidak puas hati aje. Maklumlah di sini sunyi sahaja. Orang kalau balik kerjapun masing-masing dalam rumah. Suami Kak Awwa lepas maghrib baru sampai kerumah.

Kak Awwa agak hairan sebab sebelum ni Kak Awwa tak perasan ada orang datang ambil daun pandan kat belakang rumah Kak Awwa. Cuma Kak Awwa kesal orang ni terlalu bebas biarpun pagar rumah orang tak berkunci. Tetapi Kak Awwa bersangka baik kerana dia memang ambik daun pandan. Suami Kak Awwa kata kena berhati-hati jugak sebab sekarang ni macam-macam boleh jadi. Suami Kak Awwa kata kenapa tak tanya dia tinggal kat mana? Tak terfikir pulak Kak Awwa hendak bertanya. Mungkin juga dia sedang mencari bilik untuk di sewa. Maklumlah di kawasan ini memanglah mahal nak sewa rumah. Kalau nak ikutkan rumah ini pernah di masuki orang. Selama Kak Awwa tinggal di sini dah dua kali di masuki orang. Seperti biasa Tuhan masih melindungi kami selamat dari semua itu. Orang sebelum ini satu keluarga di ikat kaki tangan dan di rompak segala harta benda, nasib baik nyawa tak melayang. Semoga Tuhan melindungi kami dari segala bahaya amin

Wednesday, June 24, 2009

Salam rejab


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Untuk semua kawan-kawan yang beragama islam selamat menyambut bulan rejab. Cepatnya masa berlalu kekawan. Sedih je rasanya. Harap-harapnya ramandhan tahun ni ada peluang berbuka bersama Hafiz, mek, ayah dan family di kampung.




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ibu rindu Hafiz

Hampir seminggu tidak mendengar suara Hafiz. Rindu rasanya kalau telefonpun cuma bercakap sebentar saja. Setiap kali Kak Awwa telefon dia akan bertanya ada apa ibu? Kak Awwa tahu tidak semestinya Kak Awwa kena menelefon dia hari-hari. Tetapi entahlah hati seorang ibu ni, bila berjauhan tertanya-tanya sihatkah dia, makankah dia. Padahal kalau nak di ikutkan dia baik-baik sahaja di sana. Kalau ada apa-apapun ustaznya akan maklumkan kepada ibu bapa pelajar.


Belum lagi anak belajar di luar negara, kalau belajar kat luar negara tak taulah. Mungkin hanya talian IT menjadi penghubung kasih. Hafiz mungkin tidak senang kalau Kak Awwa selalu menelefonnya. Mungkin dia malu di anggap manja oleh kekawannya. Lagipun dia sentiasa sibuk dengan aktiviti hariannya. Dia agak beruntung kerana berada di tengah bandar Kota Bharu, kalau Kak Awwa hendak kesana tak susah sebab banyak hotel-hotel murah di tengah bandar KB kalau Kak Awwa malas ke Pasir Puteh. Lagipun PP dan KB agak jauh jugak.

Macam tulah perasaan ibu bapa selalu teringat kat anak. Tetapi anak-anak ni kekadang tak faham perasaan ibu bapa. Bukan dia tidak sayangkan ibu bapanya tetapi anak lelaki ni agak berbeza dengan anak perempuan. Anak lelaki biarpun agak manja tetapi tidak menunjuk-nunjuk sangat seperti anak perempuan. Tetapi sebagai ibu bapa, anak perempuan ke anak lelaki ke sama saja bagi Kak Awwa.



Diantara Ibu dan Ayah keduanya harus kita hormati, banyak contoh/cerita orang yang tidak hormat/berkasar kepada kedua orang tua akan mengalami siksaan di dunia dan akherat. Maka janganlah kita sampai berbuat yang boleh menyakiti hati ibu bapa. Banyak dalil-dalil yang menerangkan. Dalam satu riwayat ada hadis yang menerangkan perbandingan antara Bapak dan Ibu. Ketika itu seorang sahabat bertanya siapakah orang yang paling kita hormati/utamakan? lalu Nabi menjawab Ibumu, lalu bertanya lagi dengan pertanyaan yang sama Nabipun menjawab Ibumu, lalu bertanya lagi Nabi menjawab Ibumu dikemudian bertanya lagi selanjutnya baru Nabi menjawab bapakmu.




Hormatilah ibu dan ayahmu selagi mereka masih ada di dunia ini. Sebagai ibu bapapun jangan terlalu mengikut perasaan sangat. Yakin dan bertawakallah kepada Allah s.w.t. Andai inilah yang terbaik untukmu ibu redha nak. Sudah banyak yang telah kita lalui, akhirnya Allah memilih dirimu untuk belajar di sana. Tetapi sebagai seorang ibu Kak Awwa rasakan semakin jauh dengan Hafiz. Anak orang lain membesar di mata ibu bapa tetapi anak Kak Awwa nan seorang ini berjauhan bila jumpa semula dia semakin besar. Berjumpapun waktu cuti sekolah sahaja. Insya Allah bulan Ogos ni Hafiz balik KL kalau ada tiket. Hari tu Hafiz duduk di rumah tok ayahnya di Pasir Puteh. Biasalah kalau dah jauh nak balik kekadang ada masalah tiket. Lagipun keluarga Kak Awwa ada di sana tak kisah sangat. Kalau tidak abang sepupunya yang ambil bapa saudaranya. Kak Awwa tak bimbang sangat dia di sana di kelilingi saudara mara. Tetapi sebagai seorang ibu kekadang ada juga rasa bimbang.

Ya Allah selamatkanlah anakku walau di mana sahaja dia berada. Jauhilah dia dari melakukan perkara yang tidak baik. Berilah dia sahabat-sahabat yang baik akhlaknya. Permudahkanlah segala urusannya. Murahkanlah rezekinya yang halal. Berilah ketajaman fikiran untuknya. Berilah kekuatan iman untuknya. Jadilah dia remaja yang berakhlak mulia. Amin, amin, amin amin amin.......

Tuesday, June 23, 2009

kenangan terindah

Wednesday, June 17, 2009

Sudah pertengahan tahun kita

Teringat waktu kecik-kecik dulu kalau cuti sekolah tu terasa lama sangat,apa lagi kalau cuti akhir tahun. Tetapi sekarang terlalu singkat. Baru sambut tahun baru dah nak habis tahun dah. Anak-anak yang nak ambik exam UPSR, PMR, SPM,SMU, STAM,STPM pun dah semakin dekat. Ibu bapapun dah sibuk memikirkan nak beli persiapan untuk hari raya( puasapun belum lagi). Pejam celik pejam celik dah nak habis tahun. 24 June ni dah masuk bulan rejab bermakna dah nak dekat ramadhan dah kita ni. Hai puasa yang lepas dah di ganti ke belum? Baik ganti cepat-cepat sebelum terlambat.



Masuk tahun ini sudah empat tahun Kak Awwa tinggal di kuaters ini. Bulan Disember ini Kak Awwa terpaksa keluar dari sini. Itulah adat orang menumpang tak kan selamanya menjadi milik kita. Kata orang yang menjaga rumah ini ada orang lain nak masuk. Tetapi rumah yang sederet dengan rumah Kak Awwa tinggal ni sudah setahun lebih di tinggalkan menjadi rumah usang tanpa berpenghuni. Kalau nak ikutkan takde siapa nak masuk kat kuaters ni, cuma orang-orang yang tedesak seperti kami aje. Bukan duduk free di potong gaji jugak. Kalau nak ikutkan keselesaan memanglah selesa tinggal di sini, dekat dengan Mid Valley, Kuala Lumpur, Hospital tetapi apa nak buat dah tiba masanya. Tetapi ada hikmahnya kerana di sini jauh dengan masjid bagi orang seperti kami ni. Moleknya umur-umur sebegini bagi suami Kak Awwa solat jemaah di surau atau masjid mendengar ceramah-ceramah ugama. Hanya kerana masjid jauhlah Hafiz tidak bersekolah menengah di sini, hanya kerana masjid jauhlah Hafiz terpaksa berjauhan dengan Kak Awwa. Mungkin itu sudah suratan takdir bagi insan OKU seperti kami. Mungkin ada hikmahnya. Tetapi sedih jugak bila ingatkan kenangan bersama kawan-kawan( GOKUM dan KOMUNITI yang sudah lama ku tinggalkan) seperti Epel, Lea dan yang pernah datang ke rumah Kak Awwa ni. Di sinilah kawan-kawan Kak Awwa datang bertandang baik yang normal dan yang OKU. Pastinya kenangan itu tidak mungkin Kak Awwa lupakan.


Hafiz sudahpun masuk lima bulan belajar di Kelantan. Tak sampai sebulan bertemu dengannya tetapi terasa lama tak tengok dia. Berbagai dugaan telah di laluinya semoga mentari merah akan bersinar jua di ufuk timur. Semoga pengorbanan ini berbaloi. Tidak ada mana-mana ibu bapa yang mengharapkan balasan dari anak-anak. Cukuplah dia menjadi anak yang menghargai ibu bapanya. Bukan wang ringgit yang menjadi taruhan wahai anak tetapi cukuplah dengan kasih sayangmu itu. Tengok dirimu berjayapun sudah membahagiakan ibu dan ayah


Ini kata-kata semangat untuk anakku
Hidup ini adakalanya suka dan adakalanya duka, tidak semua yang kita inginkan akan dapat kita capai dengan mudah perlukan pengorbanan yang pasti perjalanan ini masih jauh untuk menuju kepuncak jaya...berusaha dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Ingat rezeki itu tidak akan datang bergolek kalau tanpa usaha. Ingat selagi ibu masih bernafas doaku tidak akan putus untukmu. Semoga kebahagiaan dan kejayaan menjadi milikmu selamanya anakku...
.

Sunday, June 14, 2009

Nasi dagang ke apa nih

Hari sabtu lepas Kak Awwa saja buat nasi dagang. Dah lama teringin nak makan tetapi nak buat sendiri. Nak di jadikan cerita Kak Awwa mengunakan beras nasi dagang. Selalunya beras nasi dagang ni keras. Lalu Kak Awwa merendamnya pagi hari jumaat. Menukar airnya dua tiga kali. Pagi sabtu suami Kak Awwa pergi beli barang-barang dapur seperti ikan tongkol,timun dll.

Kak Awwa basuh sekali lagi beras dan mengukus sementara menunggu suami Kak Awwa balik dari membeli barang dapur di Section 14. Kukusan pertama sudahpun siap cuma menunggu santan untuk di kukus untuk kali kedua. Kak Awwa ambik dua tiga biji beras nasi dagang tu alamak kenapa masih keras. Kak Awwapun kukus lagi. Tak cukup dengan kukus Kak Awwa siram air nak bagi beras tu lembut. Kak Awwa angkat dan masukkan beras dan air rendam lagi sehinggalah suami Kak Awwa bawa balik santan. Kak Awwa masukkan santan cair dan kukus lagi. Kali ini lebih lama. Sambil tu Kak Awwa membersihkan ikan dan siap untuk menumis kari ikan tongkol dan buat acar timun. Kak Awwa biarkan nasi dagang di atas api. Kari sudah di tumis, acar pun sudah siap. angkat nasi dagang masukkan santan pekat. Alahai lembiklah pulak. Tak jadi macam nasi daganglah. Mungkin Kak Awwa tak mewarisi kepakaran mek Kak Awwa dalam membuat nasi dagang dan pulut. Erm nak buat macam mana terpaksalah Kak Awwa menjamu Lea dan familinya nasi dagang lembik. Tetapi dia kata okey aje..pulak dah. Lea-Lea tentu dia nak jaga hati Kak Awwa hehehe. Tetapi takdelah lembik seperti nasi bubur. Tetapi tak seperti nasi dagang yang mek Kak Awwa buatlah. Sms Epel dia rupanya kat Penang. Erm tak merasalah nasi dagang istimewa dari Kak Awwa hehehe.

Insya Allah gambarnya akan menyusul nanti, itupun kalau Kak Awwa rajin.

Tuesday, June 9, 2009

Kempunan nak makan hati lembu goreng

Wah tajuk kat atas tu bunyinya macam orang mengidam. Alhamdulillah setelah tiga hari balik kampung merasai kemeriahan kenduri aqiqah anak buah Kak Awwa iaitu Amirul Mukmin. Kalau nak cerita ketika dalam bas tu biasalah balik sorang-sorang boring, cari kawan bersembang yang sama-sama turun ke Pasir puteh.

Jumpa Hafiz semakin tinggi dia, kalau nak kata besar tidak kerana dia tinggi tetapi biasalah anak remaja. Alhamdulillah seronok dapat jumpa Hafiz. Dia sudah banyak berubah...biasalah dia sedang meningkat remaja....

Kenduri hari khamis semua adik beradik kecuali yang kat Pahang tak balik. Bapa saudara dan sepupu-sepupupun ramai yang datang. Masa ni lah nak jumpa saudara mara. Nak di jadikan cerita menu hari tu( tak sempat nak ambik gambar kalut sangat) kerabu nangka, ikan tongkol masak merah, sambal belacan, ikan kering,buah tembikai, acar campur singgang daging dan sedikit kari daging. Orang dah jemu makan gulai daging( tiap-tiap hari ada kenduri khawin) itulah buat daging singgang saja sekor lembu. Sebaik saja zohor semuanya licin. Yang tinggal cuma adalah sedikit daging singgang yang sepupuku simpan untuk tetamu yang belum datang. Tu pun tidak cukup.

Tetamu tak putus datang, dengan kecekapan kakakku dia merebus daging yang masih di dalam peti ais dan masuk ke dalam kuah singgang. Hari lembu dan perut lembu yang di simpan terpaksa di jadikan menu untuk tetamu. Entah mengapa tekak ni asyik nak makan hati lembu dah lama. Dapatlah merasai sekeping dua hati lembu goreng tu pun kakak ipar yang simpan. Kalau tidak kempunan agaknya.

Ramainya tetamu, selalunya kalau kenduri kat rumah Kak Awwa pasti ramai yang datang( abang Kak Awwa bekas ketua kampung), kalau ada anak sepuluh sepuluhlah di suruh datang. Tetapi seronok kerana semua tetamu yang datang biarpun waktu malam tetap boleh makan biarpun lauk lain. Menu malam sotong rebus ikan tongkol singgang ikan masin tak ketinggalan budu( mana boleh tinggal menu tu, patutlahlah Manohara lari balik ke Indonesia tak tahan bau budu kot hehehe)) dan ulaman. Selalunya kalau tidak kenduri khawin menu ikut-ikut saja sebab itulah yang menyelerakan. Rasanya kalau Kak Awwa nak buat khatam quran Hafiz nanti insya Allah hendak buat menu yang sebegini.

Hari ahad pulang ke Kuala Lumpur jem teruk sempat maghrib di rumah. Memanglah naik bas meletihkan badan rasanya sampai ke hari ini belum hilang letih badan.

Tuesday, June 2, 2009

Ayat-Ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara

Cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung Kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna

Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Bila bahagia mulai menyentuh

Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud



~Sebelum keluar ke Hentian Putra Kak Awwa nak tinggalkan korang dengan lirik lagu ni. Kak Awwa memang suka dengan lagu-lagu dan nasyid dari Indonesia biarpun ketika ini Kelantan dan Manohara( dia dan ibunya yang ciptakan masalah itu) sedikit bermasalah. Novel Ayat-Ayat Cinta Kak Awwa dah ulang baca dua kali. Harap lebih banyak lagi novel yang macam ni memang menyentuh jiwa biarpun sudah lama di terbitkan tetapi tidak jemu untuk di ulang baca~

Monday, June 1, 2009

Demi Hafizku

Bismillahirohmanirohim Assalamualaikum


Hari-hari jenguk blogku ini, tetapi tidak ada idea untuk menulis. Alhamdulillah kat luar sana sejuk sedikit setelah dua tiga hari ni hujan, biarpun tak lama. Nampaknya musim cuti sekolahpun bermula.Insya Allah esok Kak Awwa nak balik kampung sorang-sorang. Tak pernah dalam hidup Kak Awwa balik kampung seorang diri, tetapi demi Hafiz Kak Awwa sanggup. Bukan kerana hendak makan kenduri, itu tak penting bagi Kak Awwa tetapi Kak Awwa nak jumpa Hafiz. Rasanya kali terakhir bulan tiga yang lalu. Kalau ayahnya tiap-tiap bulanpun boleh ke sana. Tetapi Kak Awwa tidak.


Cepat sungguh masa berlalu kan kekawan? Dah bulan June dah kita. Agaknya kalau ada ibu-ibu yang mengandung dah nak melahirkan anaknya. Begitulah putaran hidup selagi masih bernafas, anak-anakpun semakin membesar, kita pun semakin meningkat usianya. Oklah kekawan doakan perjalanan Kak Awwa selamat ke destinasinya esok ya.