andai ini takdirnya utkku

Friday, July 31, 2009

Family day di Langkawi

Alhamdulillah tepat 8.30 tiba di Langkawi dengan menaiki Air Asia tambang RM1 tetapi biasalah campur itu ini RM 200 jugak untuk dua orang, tetapi murahlah kalau nak bandingkan dengan menaiki MAS. Bertolak dari rumah jam 3.00 petang untuk ke LCCT dengan menaiki bas memanglah merumitkan tetapi nak buat macam mana suami yang nak suruh temankan. Kami menginap di Plaza langkawi..

Kalau ikutkan nak pergi bersama Hafiz,tetapi apakan daya Hafiz belajar, kesian anakku tak pernah sampai Langkawi. Tetapi ayah janji bila Hafiz cuti nak bawa Hafiz. Nak kena tempah tiket murah dari sekarang lagi. Bila cuti bulan 3 ni boleh bawak Hafiz.Bimbangnya kalau Hafiz berkecil hati....maafkan ibu sayang,apakan daya kita berjauhan.Kalau ikutkan tak mahu datang, tetapi nanti apa kata orang, di katanya kita tak mahu bergaul dengan orang pulak..


Tetapi malang sedikit sampai ke sini tak boleh pergi mana-mana kerana suami tak sihat. Inilah akibatnya kalau makan nasi melebihi satu cawan, malam tadi orang jamu nasi goreng, mungkin tak sesuai dengannya, sakit kepala sangat-sangat.Kalau di rumahpun Kak Awwa jarang masak nasi goreng sebab berminyak, doktor kalau boleh tak nak dia makan nasi, suruh ambik buah dan sayur banyak-banyak. Tetapi untuk menjaga hati orang dia terlebih makan, padahal dia kena fikir penyakitnya. Pagi ni rombongan menyewa dua bas hendak bawa pergi jalan-jalan dah tak boleh. Tak apalah duduk kat bilik ni pun dah rasa nyaman dapat tengok laut. niat di hati nak juga beli baju untuk Hafiz..tengoklah keadaan suami macam mana. Kalaulah tahu macam ni duduk rumah lagi baik.

Bukannya mudah orang OKU seperti Kak Awwa ni,nak kena ambil kerusi roda dll, itu merumitkan. Tetapi apa nak buat suami nak jugak Kak Awwa datang,dah tu dia pulak yang sakit.Dari bilik ni Kak Awwa hanya memandang laut saja, kalau ada lesen motor keterkan senang boleh bawak sendiri, ni semua nak bergantung dengan orang. Apakan daya kehidupan ini bukannya mudah,tetapi biar apapun bersyukurlah kelebihan dan kekurangan yang Allah s.w.t berikan kepada hambaNYA. Allah itu Maha Adil. Insya Allah bila Hafiz dah besar tentu akan menyenangkan ibu dan ayahnya.


Pertama kali naik Air Asia sebelum ni naik MAS, Hafizpun masa dia kecik-kecik pernah merasa naik MAS dua tiga kali. Kesian anak ibu,Hafiz sms semalam tak sampai hati nak cakap,maafkan ibu nak.Oleh kerana tiada tiket malam isnin kami pulang ke Kuala Lumpur. Cuti-cuti Malaysia tetapi hanya memerap dalam bilik sahaja,paling tak pernah kami buat kena pakai mask setiap masa sepanjang perjalanan. Dulu datang duduk di hotel hantu,nampaknya dua kali datang memang tak tercapai apa yang di hajati.Mungkin di lain kali kalau panjang umur datang lagi....

Sambung cerita lagi(malam)

Setelah makan ubat sakit kepala suamiku boleh bertahan, malam ni diorang buat penyampaian hadiah. Setelah mendapat hadiah besar dan kecil sampai kemuncak acara diorang dah sibuk berkaraoke hingga jam 12.00 malam, kami minta diri naik kebilik sebab tak tahan bunyi bising, semakin tambah lagi sakit kepala suami Kak Awwa.

Kata tuan pengarah mungkin dua tiga tahun lagi kalau ada family day minum air sejuk saja sebab kegawatan, tetapi untuk tahun ni peruntukannya banyak. Mungkin lain tahun akan di adakan di Sabah dan Sarawak untuk mencari kelainan. Tetapi seperti biasa bagi Kak Awwa takde makna semua ini kalau anak tidak turut serta..apakan daya kalau turutkan hati rindu ini hannya Tuhan saja yang tahu......

Thursday, July 23, 2009

menghitung hari

Salam hari jumaat Dah 1 Syaaban dah kita hari ni cepatnya. Tak lama lagi dah nak puasa dah. Aduhai berjauhan dengan Hafiz puasa-puasa ni rindulah pulak. Kalau orang lain makan masakan ibu,tetapi Hafiz makan masakan Kak Dah( tukang masak). Tak apalah Fizz sabar sajalah ya nak, nak buat macam mana bukan itu kemahuan ibu tetapi semuanya telah di takdirkan begitu. Nanti Hafiz balik dapatlah makan masakan ibu ya nak.

Kalau di ikutkan hati memanglah ibu nak Hafiz duduk dengan ibu, tetapi apalah daya kita. Kita merancang tetapi Allah lebih mengetahui.

Sudah seminggu kepala Kak Awwa sakit.Memanglah sebelum ini jerebu,tetapi sekarang ni dah ok tetapi kepala masih lagi sakit. Sebelum ni Kak Awwa jarang sakit kepala. Kak Awwa memanglah tertekan sebelum ni..tetapi semalam bila dah dapat dengar suara Hafiz ceria Kak Awwa dah ok. Erm blog ini mungkin khas untuk anak agaknya.


Anak
Freddy Aguilar

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Sunday, July 19, 2009

Tenang jiwa





Ahh sunyinya



Kekadang mengadap komputer dan blogpun rasa tak seronok kalau hati tak senang. Rasa terlalu sunyi sepi. Rasa ingin pulang melihat anakku Hafiz. Tetapi apakan daya, bukan semua yang kita inginkan tercapai dengan sekelip mata. Arghh kepala pening, jerebu, sesak nafas, rasa nak menjerit sekuat hati. Astagfirullah ambik cangkul keluar kehalaman rumah, buang semua pokok-pokok timun yang sudah kering, insya Allah bila anak pokok dah besar di ganti dengan pokok baru. Pergi kebelakang rumah tebas batang kantan yang sudah tua. Badan berpeluh rasa lega tetapi hati ah sepi hatiku hanya Tuhan saja yang tahu.


Masuk dalam rumah on TV takde yang menarik tutup balik. Buka almari tengok baju mana yang tak berjahit manik. Kalau ada manik yang sesuai bolehlah di jahit untuk mengisi rasa sunyiku. Kurta berwarna coklat yang Hafiz pesan suruh jahit manik belum berjahit. Baju tu baru di tempah untuk di pakai aidilfitri nanti. Tak sampai dua hari dah siap jahit manik, simple sangat(insya Allah kalau rajin update gambarnya kat sini).

Ya Allah janganlah Engkau biarkan musuh jahat menguasai diriku Ya Allah. Astagfirullah...


Hanya PadaMu
Allahu Allah ampunilah kami
Pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai
Hamba yang lemah dengan dunia
Kurniakanlah taufiq hidayah menghadapinya

Hanya pada-Mu kami serahkan
Tiap sesuatu Tuhan kuasa menentukan
Dengan ucapan Alhamdulillah
Kami bersyukur kerana beriman
Kehidupan ini penuh ujian
Nikmat dunia yang mengasyikkan melalaikan
Selamatkanlah agama kami
Peliharalah amalan kami iman kami
Dari duniawi
Allahu Allah

Monday, July 13, 2009

semoga Kak As cepat sembuh

Sudah sebulan kakakku sakit, kata doktor hatinya tidak berfungsi. Hari ini Kak Awwa call dia di sahkan kencing manis dan darah tinggi kerana hatinya tak berfungsi. Sebagai adik yang rapat dengannya Kak Awwa sedih sekali. Setiap kali Kak Awwa call dia Kak As kata tak apa Kak As ok je. Kata Kak Za( kakak iparku) kak As memang macam tu. Dia kalau boleh tak mahu menyusahkan orang apa lagi emak dan ayah yang sudah uzur. Emak dan ayah nak pergi pun dia kata tak payahlah buat menyusahkan saja. Dia kata kalau mek dan ayah kerumahnya dia sedih sebab tak dapat nak layan makan dan minum mek dan ayah. Mek dan ayah cuma pergi dua kali sahaja semenjak dia sakit. Mek dan ayah nak pergipun bukannya senang diorangpun tak sihat juga. Nasib baiklah ketika ini anak sulungnya Nurul masih ada lagi di rumah. Bulan 12 ni dia pasti di hantar kemana-mana untuk mengajar. Kata Kak As dia tak mahu Nurul di hantar jauh, lepas raya ni dia akan nikahkan Nurul. Dah lama bertunangpun tak elok juga.

Sewaktu Kak Awwa kecil Kak As lah yang mendukung Kak Awwa kalau nak kemana-mana. Dia kakak yang bertanggung jawab. Kak Awwa pulak kerana terlalu manja pasti nangis kalau kakak tak bawak pergi mana-mana. Kekadang Kak As bawak Kak Awwa naik basikal pergi kerumah kawan-kawan sekolahnya.

Masa balik kenduri hari tu dia cergas lagi memasak dan licah sekali. Lepas tulah dia jatuh sakit masuk ward seminggu. Kalau kenduri kendara dialah yang cergas di kalangan adik beradik Kak Awwa selain dari Kak Za. Kini bila dia dah sakit walimatul urus puteri sulungnya pun di buat ala kadar sahaja. Tetapi dia beruntung kerana kenal ramai kawan, kawan banyak sponsor barangan pengantin termasuk di bilik pengantin. Kata kakak biarpun di sponsor dia akan tetap bayar saguhati. Kesian Kak As dah lah inilah kali pertama nak dapat menantu tetapi sakit pulak. Entahlah kekadang runsing memikirkan dia. Nak balik selalupun fahamlah bagaimana keadaan diri Kak Awwa ni. Tetapi kalau keadaan memaksa Kak Awwa pasti pulang jugak biarpun terpaksa balik sorang.

Kalau nak ikutkan kewangan ingat nak mengumpul untuk bayar deposit rumah sewa nanti. Tetapi kalau kerap berulang alik dari KL ke Kelantan manakan terkumpul. Anakpun perlukan belanja. Rumahpun belum ada lagi. Kat manalah Kak Awwa nak menyewa pulak kali ini. Di kawasan ini memanglah mahai. Rasanya kalau tinggal untuk dua orang nak cari rumah yang kecil dan murah saja....

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba menumpang lalu..

Dari jauh Kak Awwa mendoakan semoga Kak As akan sembuh. Sakit itu merupakan kafarah dan kasih sayang Allah kepada hambaNYA.Semoga dengan nikmat sakit yang Allah turunkan akan menambahkan keteguhan iman di hati...

Tuesday, July 7, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang -

8 Julai 2009 bersamaan dengan 15 Rejab 1430 Hijrah

Untuk anak ibu Hafiz selamat ulang tahunmu yang ke 14 sayang. Biarpun kita berjauhan ibu dan ayah tidak pernah melupaimu walaupun sedetik. Selalunya bila tibanya tarikh hari lahir Hafiz meminta ibu masak nasi ayam. Hafiz akan makan banyak kerana kata Hafiz nasi ayam ibu buat sedap( anak mana tak puji masakan emak dia hehehe). Bila ibu tanya Hafiz nak kek tak? Hafiz tak perlu kek tapi Hafiz nak ibu masak nasi ayam itu aje.Hafiz memang tak suka makan kek, tetapi ayah beli jugak kek coklat kerana Hafiz suka kek coklat. Hafiz tak pernah minta hadiah melainkan kalau ayah beli untuk Hafiz. Hafiz anak yang baik bagi ibu dan ayah. Hari ini ibu tak dapat masakkan nasi ayam untuk Hafiz. Tetapi insya Allah bila Hafiz pulang nanti ibu akan masakkan apa saja yang Hafiz teringin hendak makan.




Kini Hafiz sudahpun berusia 14 tahun. Ibu doakan semoga Hafiz menjadi anak yang soleh dan berilmu. Semoga Allah panjangkan umur Hafiz. Semoga kehidupan kita akan berubah suatu hari kelak. Ya Allah berjauhan mengajar ibu erti sebuah rindu yang tidak pernah pudar biarpun sekelumit cuma. Ibu terlalu rindukan Hafiz. Semoga Allah pertemukan kita sayang. Jadilah remaja yang berakhlak baik wahai anakku..........





Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu