andai ini takdirnya utkku

Sunday, March 28, 2010

xde tajuk

Hari ini tuan punya rumah datang untuk repair bumbung yang bocor, longkang dan sebagainya. Terima kasih banyak-banyak kerana memahi kami. Kami tidak minta di repair keterlaluan kerana kamipun faham diapun kena bayar mahal juga rumah ini kepada bank. Hari ini tak pergi kuliah dhuha memandangkan tuan rumah hantar kontraktor. Jiran Kak Awwa, Kak Ayu siap ajak pergi ke rumahnya untuk melihat bunga-bunga rosnya yang sedang berkembang.

Hampir tiga bulan tinggal di sini rasa seronok juga lah, walaupun masih ramai lagi jiran-jiran yang tak sempat bertegur sapa dek kesibukan masing-masing. Mak cik orang Kelate tu rajin sungguh hantar masakan Kelate. Cuma jiran yang baru make up rumah dia tu belum kenal lagi. Entahlah nak menyapa tetapi segan maklumlah terpisah dengan tembok batu. Bila dia keluar rumah kita tak keluar begitulah sebaliknya. Insya Allah satu hari nanti berpeluang jugak. Cantik sangat rumah dia.

Terdetik juga di hati Kak Awwa nak cari rumah kat sini-sini je amin. Tempatnya sunyi. Lagipun ada Kak Melati kawan lama ketika di Kedah dulu. Dia tinggal di rumah flet tingkat 4. Kak Awwa menyewa di rumah teres dua tingkat. Lama sungguh terjalinnya persahabatan kami. Suaminya merupakan kawan sekuliah ketika di sana. Dalam susah dan senang dia sanggup menghulurkan bantuan jika di minta. Walhal dia sendiripun ada ketumbuhan di dalam otaknya. Doaku semoga dia cepat sembuh.

Ada seorang kawan di facebook tanya Kak Awwa ni hidup dengan komputer ke hehehe. Tak delah jugak, kalau tak keluar cabut lalang dan belek-belek pokok adalah tu. Ada facebookpun bukan chat-chat pun, cuma baca-baca dan tegur gitu-gitu je. Bukannya sombong tetapi ya lah faham-faham je lah kita takut nak ganggu orang lah. Adalah jugak budak-budak kampung yang Kak Awwa kenal.

Friday, March 19, 2010

malam yang sepi

Pertama kali semenjak pindah di tempat baru Kak Awwa tinggal seorang diri malam ini. Diluar hujan begitu lebat sekali. Setelah seminggu lebih Hafiz bercuti malam ini dia pulang ke Kelantan di hantar suami Kak Awwa. Terasa takut juga, maklumlah di tempat baru. Tetapi terpaksa kuatkan semangat.

Sunyi rasanya bila Hafiz tiada di sisi. Hati seorang ibu bila anak melangkah keluar rasa sedih sangat. Tetapi apa nak buat terpaksa berjauhan....entah berapa lama itu tidak pasti. Bagi Kak Awwa bila dia dah happy belajar di sana, Kak Awwa pun rasa senang hati. Bila rindu Kak awwa tengok gambar-gambarnya di dalam my spacenya. Begitulah putaran hidup, masa cepat sangat berlalu. Sewaktu kecil di timang ibu, bila besar di timang gelombang. Perjalanan masih terlalu jauh moga-moga sabarlah menempuh segala ujian dariNya.... permudahkanlah ya Allah...

Tuesday, March 2, 2010

Allah selamatkan kamu

Alhamdulillah bertambah umur setahun lagi. Aduyai da tua da. Erm tak kanlah nak muda sokmo kan? Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Itulah ucapan dari suamiku..


Birthday orang-orang yang dekat denganku. 11 Februari ulang tahun kelahiran anakku Damia Maisarah (alamak perasanlah pulak...anak kawanku Lea). Dah pun genap setahun usianya. Rindu wajah comelnya. Kali terakhir ku tatap wajahnya pada 1.1 2010, tentu sekarang sudah besar dan berubah wajahnya.

19 Februari 2010 ulang tahun kelahiran suamiku ysng ke 45 berkongsi tarikh yang sama dengan anak buahnya Mohd Afiy Ehsan. 2 Mac ulang tahun kelahiranku yang ke 38. Rasa baru semalam umur 22 tahun ahaksss dah tua rupanya rambutpun dah beruban anakpun dah besar, tak lama lagi dapat menantulah gamaknya.

4 Mac ulang tahun kelahiran anak perempuanku Nur iman( perasan lagi.... anak perempuan tunggal adik iparku) pun genap setahun seusia Damia. Semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki ameen.