andai ini takdirnya utkku

Saturday, September 8, 2012

Rawan hatiku

Assalamualaikum blogku? Maafkan aku kerana begitu lama tidak updatemu. Bukan aku tak sayang dan bukan juga aku sudah melupaimu tetapi apakan dayaku aku tidak tahu hendak bercerita apa lagi di blogku.Malam ini terdetik hatiku untuk menjenggukmu, rupanya blog ini sudah tidak terurus sudah bersawang. Aduyai kasihannya aku kerana tidak tahu hendak memulakan penceritaan ini. Insya Allah akan ku mulakan dengan lafaz bismillahirahmanirahiim. Ya Allah berikanlah aku ilham untuk meneruskan penceritaanku ini. Hari ini tersentuh hatiku bila membaca blog anakku Hafiz meluahkan rasa hatinya. Banyak yang dia telah lalui sehingga dia matang di usia muda. Hafiz seorang anak yang begitu baik, sehinggakan dia begitu malu untuk meminta duit dari ayahnya bila kehabisan duit. Kasihan anakku kadang2 berlapar bila tak berduit. Padahal aku sudah berpesan kalau takde duit bagitau sahaja. Kalau ikutkan duit untuk pembelanjaan sudah cukup, tp dia beli buku dll maka duit belanjanya kurang, padahal sudah kerap kali aku berpesan kalau nak beli buku minta je dengan ayah. Sedih sangat bila kenangkan anakku bakal menduduki peperiksaan SPM sedangkan aku di sini. Dari jauh aku hanya kirimkan doa semoga kejayaan bersama anakku. Banyak pengorbanan yang kami lalui berpisah dengan anak tatkala berusia 13 tahun. Usia yang begitu mentah, tak dapat nak aku bayangkan bila di kenangkan buat hatiku menanggis pilu. Aku rasa ....akulah seorang ibu yang beruntung walaupun di kurniakan seorang anak tetapi dia begitu istimewa. Dia selalu mengikut kata ibu bapanya. Dari belajar di Sentul ke Shah Alam...dari Shah Alam ke Pondok Gelang Mas di Pasir Mas, tak serasi di Gelang Mas kami hantar di Pondok Beta Hilir pula. Semua itu demi memerlukan pengorbanan ketahanan mental yang kuat buat kami. Semua orang kata aku seorang ibu yang kuat...sudahlah mempunyai seorang anak di hantar belajar jauh pula. Alhamdulillah tidak rugi aku menghantar dia di madrasah kerana banyak ilmu yang dia pelajari sehinggakan dia boleh mengajar ibu bapanya pula. Tetapi....langit tidak selalunya cerah...hampir dua tahun di sana tiba masanya kami harus keluarkan dia untuk menduduki SPM. Bagi ustaz dan pelajar2 di sana, tidak begitu pentingkan ilmu akademik. Tetapi sebagai ibu bapa kami ingin seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. Semua itu ibadah di sisi Allah. Ilmu dunia untuk kesenangan dunia, manakala akhirat berlebih2 lagilah. Biarlah kehidupan anakku lebih baik dari kehidupan yang telah kami lalui. Biarlah dia menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat..itulah impian kami.Semoga menjadi kenyataan Insya Allah. Ya Allah tahun ini anakku akan menduduki SPM, sedangkan aku di sini, aku memohon kepada MU permudahkanlah segala urusannya. Engkau lapangkanlah dadanya semoga mudah mengingati apa2 yang dia pelajari. Kasihankanlah dia Ya Allah.Semoga Engkau perkenankan segala daoku ini amiiin...