andai ini takdirnya utkku

Sunday, August 31, 2008

AiR

Puasa-puasa begini kalau diikutkan mata ni mengantuk saja. Tetapi kalau tidur badan pulak rasa lenguh-lenguh dan lemah. Orang baiki rumahpun tak datang hari ini gamaknya masih bercuti sempena hari merdeka.

Sejak akhir-akhir ini di rumahku asyik takde air saja. Kalau bangun pagi pasti air takde, nasib baik ada air tangki dan air yang di tadah dalam tong. Kalau tak, susah lah kalau begini, nak harapkan air tangki kalau duk guna sokmo habis jugak. Semenjak akhir-akhir ini juga air semakin kecil. Pernah aku melawak. Erm semenjak PKR ambil alih ni air asyik takde dan kecil aje hehehe janganlah marah melawak aje. Kalau takleh melawak susah lah cam ni hihihi. Tetapi yang bestnya kerana air di rumahku tak payah bayar, sebelum ni pun air cuma rm 10 aje kat rumah. Almaklumlah tak ramai orang, itulah hikmahnya.

Yang tak seronoknya sebab orang-orang kerja kat sini pasti nak guna air untuk bancuh simen, air pulak tak ada. Harap sebentar lagi kembali okey.

Sahur pagi tadi kalau nak ikutkan memanglah tak lalu makan waktu tu, selalunya aku kalau posa sorang-sorang sahur cuma minum air saja dah cukup. Ingat nak cuci kain, nasiblah semalam dah cuci segala langsir yang lama dan kain baju. Betapa perlunya air dalam kehidupan manusia.

Esok hantar Hafiz...ayahnya dah kerja. Dia terpaksa ikut ayahnya ke ofis dan dalam pukul satu atau dua ayahnya pergi hantar dia ke asrama. Kalau ayahnya balik dari kerja lepastu nak hantar dia ke Shah Alam lagi kalut yang amat. Letih sangat-sangat. Tidak mengapalah walaupun sehari cuma dapat bersahur dan berbuka bersama Hafiz. Insya Allah 26hb ni dapat bersama lagi.

Saturday, August 30, 2008

Aduhai buah hatiku sayang


Jam 2 petang tatkala aku sedang makan nasi kerabu yang di beli suamiku setelah pulang dari Subang. Hafiz menelefon suamiku. Katanya ustazah benarkan pelajar-pelajar pulang ke rumah untuk menyambut puasa. Aduhai anakku, kalaulah di khabarkan awal-awalkan senang, ayahmupun boleh pergi selepas ke Subang. Bayangkanlah betapa ramainya manusia di LRT. Teksipun jangan haraplah time macam ni pasti dia tak mau pergi ke Shah Alam atau tempat jauh-jauh. Kalau panggil lima enam buah baru ada teksi.

Fikir punya fikir suamiku call ustazahnya. bincang punya bincang dia sanggup menghantar ke rumah. Tetapi sayang seribu kali sayang kerana Hafiz tak nak ustazah hantar kerana dia nak ke rumah kawannya di Damansara Height. Sedangkan hati ini resah gelisah memikirkan dia. Apakah dia tidak memahami betapa runsingnya hati ini memikirkan dia,tetapi dia selamba menelefon lagi memberitahu untuk ke rumah kawannya. Kawannya menyuruh tidur semalam. Hati ibu mana tidak gundah kalau anak tidur di rumah orang selain dari asramanya. Berkali-kali aku dan suami call hpnya tetapi dia offkan hpnya, begitu juga kawannya tidak di angkat. Tetapi alhamdulillah aku menarik nafas lega kerana emak kawannya menjawab telefon mengatakan anakku dan anaknya pergi ke surau yang terletak di hadapan rumahnya mendengar forum perdana sempena menyambut merdeka. Aku taulah dia sudah besar, tetapi kalau aku jangan haraplah nak tidur di rumah orang biarpun cantik bagaimanapun rumah orang itu. Pagi besok emak kawannya akan menghantar Hafiz.

Tadi baru saja menonton akademi nasyid, alhamdulillah juaranya jatuh kepada Azhan. Terharu jugak tengok insan senasib. Memang dah agak Azhan akan menang. Lepas itu aku sambung melihat cerekarama Saleha pula. Hajat hati tepat jam 12 nak menyaksikan bunga api dekat Ambank dekat sini, tetapi inilah untuk pertama kali sepanjang aku tinggal di sini, tiada bunga api malam ini. Almaklumlah nak berjimat agaknya. Lagipun itu cuma pembaziran sahaja. Kalau tidak berdentam dentum bunga api yang berwarna warni, cuma dapat di lihat di halaman rumah sahaja.

Mata memang sudah mengantuk tetapi bila mengenangkan anakku hati terasa risau. Barangkali anakku ingin belajar berdikari. Alhamdulillah akhirnya impianku termakbul jua untuk berbuka dan bersahur bersama Hafiz. Kalau sebelum ini aku ingat tak berpeluang untuk menyambut ramadhan bersamanya. Syukurlah kerana ustazah memberi cuti sempena merdeka. Terima kasih banyak-banyak ustazah......

Friday, August 29, 2008

esok hari merdeka, lusa puasa

Ramadhanku kali inilah yang paling menyedihkan. Banyaknya benda yang membuatkan hatiku tersentuh. Pertamanya tahun inilah buat pertama kali aku puasa tanpa Hafiz. Keduanya keadaan rumahku yang tak ubah seperti kapal titanic. Untuk mengemas mengambil masa juga, bermula dari memanggil orang mengemop dan mengemas. Terima kasih kerana tahun ni dapat bonos, biarpun orang kata gula-gula akibat kemerosotan PRU12 aku tak ambil pusing yang pasti orang yang agak gawat macam aku memang memerlukan bonos, bukannya aku tangkap muat aje. Bagi kami itu semua amat berharga, (lagipun MB Kelatepun kata orang bagi ambik). Dah kerja penat-penat kalau orang nak bagi bonos ambil sahajalah. Lainlah orang atasan mana nak cukup kalau bagi banyak tu, tetapi kami alhamdulillah cukup, biar sedikit janji berkat. Untuk persiapan raya dan untuk anakku yang belajar menelan belanja yang banyak dari bulan ke bulan. Dah nama lagi sekolah swasta memang begitu, apa nak di kata lagi. Insya-Allah kerana anakku nan seorang kami mampu setakat ini demi kerana mu wahai anak.

Lusa puasa dalam kepala ni dah merancang, teringinnya nak menukar langsir tahun ni yang berwarna pink atau hijau muda. Untuk jendela di ruang tamu cukuplah. Di pintu gelunsur tak kisah pakai yang lamapun, di bilikpun tak kisah pakai yang lamapun. Kalau nak ikutkan kat sini banyak tingkat tak terbeli kalau nak beli kesemuanya( kalau rumah sendiri berbaloi). Ingat tahun ni teringin juga nak belajar buat tat, tetapi entahlah bila ingat-ingatkan nak buat sorang-sorang rasa takde mood pula. Alangkah seronoknya kalau aku ada seorang teman yang sudi menemaniku. Temanku budak remajapun dah cukup. Ketika tinggal di Countryhomes aku selalu mengajak Ainatul Mardhiah anak ustazah Hidayah untuk menemani dan menolongku membuat biskut. Kini semuanya tinggal kenangan, di mana Ainatul, Ustazah Hidayah dan anak-anaknya yang lain? Khabar terakhir katanya diorang pindah ke Sungai Penchala.

Kami buat biskut kelapa, biskut oat dan badam, bila sudah masak kami bahagi dua biarpun semua itu barang-barang aku yang beli. Setiap kali puasa kami seringkali bertukar juadah biarpun sedikit, hari-hati dia menghantar juadah ke rumahku. Setelah ustazah dan anak-anaknya pindah aku masih ada seorang kakak yang bernama Asmie, orang Bawean. Aku panggil dia Kak Mit. Dia juga selalu menolong aku buat bahulu, buah rotan dan apa saja yang aku minta dia pasti penuhi. Betapa baiknya Kak Mit terhadapku. Kak Mit buat kuih ketola yang di buat acuannya dengan tempurung yang di tebuk lubang, lebih kurang buat rotan jugak buh santan dan goreng...tetapi cantiknya seperti dipita. Insya-Allah tahun ni nak pergi kat rumah Kak Mit nak ambil gambar kuih ketola. Yang paling aku suka keropok belinjau mahalnya keropok ni. Sekilo rm 15 dulu, kalau sekarang pasti mahai gamaknya. Begitu juga bila tibanya ramadhan kami pasti bertukar juadah. Dia akan buat urat pegaga, pecal dan masakan Indonesia. Tetapi yang aku tak suka Kak Mit suka makan ajinomoto. Sudah berkali-kali aku kata tak elok makan ajinomoto. Tetapi mereka sudah sebati dengan ajinomoto..di belinya 1 kilo. Sebab itulah rambut aku banyak gugur ketika tinggal di sana sebab makan masakan Kak Mit.

Masakan di pagi raya lontong, ayam masak rendang, daging rendang dan nasi himpit sedap yang di bungkus panjang di dalam daun pisang. Sedap sebab rasa aroma daun pisang. Kalau orang Kelantan buat nasi himpit tanak beras dengan daun pandan saja, pastu baru di masukkan daun pisang di dalam besen besar atau periuk, di tindih dengan lesung batu atau benda-benda berat.
Tetapi sayangnya kerana aku hanya membeli nasi himpit segera sahaja. Mungkin aku tak ajin sebab tak biasa buat. Apa taknya selalu makan yang mek dan kakak buat.

Pagi tadi aku menelefon Hafiz dia sedang bersiap-siap untuk pergi motivasi di sekolahnya. Selamat berpuasa Afiz,biarpun tahun ini kita tidak dapat bersama tetapi insya-Allah tanggal 26. September 2008 ni kita pasti akan bebuka bersama kerana ketika itu Afizpun sudah bercuti. Dapat juga kita berbuka dan bersahur bersama.

Lia sahabatku menyambut ulang tahun esok 31 Ogos . Selamat ulang tahun yang ke..... sahabat semoga Allah lanjutkan usiamu dan barangkali hadiahmu yang paling benilai adalah cahaya mata yang bakal di lahirkan awal bulan Mac nanti. Tahniah sahabat.

Hari ni dah mula memasang jubin di bilik yang rosak, penutup nyamuk belum lagi di pasang, di jendela dapur hampir naik muak aku melihatnya kerana hitam legam akibat asap memasak yang tidak di ganti sedari awal aku masuk lagi. Harap-harap dapat di ganti baru. Kalau tak aku buang sahaja tanpa jaringan tu.

Maaflah teman-teman banyak pula ceritaku kali ini. Sekadar mengisi waktu luangku di kamar bersepah. Semoga tabah dalam menghadapi ujian. Semoga selamat negaraku tercinta, dan di beri pemimpin yang beriman. Semoga ini waktu-waktu yang terbaik untuk kita mendekati kepada Allah s.w.t di bulan yang mulia ini.

Untuk mek dan ayah, selamat berpuasa anakanda ucapkan. Kalau makan singgang tulang tu ingat-ingatlah anakandamu di sini. Untuk sahabat-sahabat selamat berblog dan semoga ukhuwahkan berkekalan, maaf kalau ada salah dan silapku sepanjang berblog ini.

p/s rasa sakit mata pulak nak baca warna hijau, tukar warna birulah pulak.........jangan lupa tengok akademi nasyid di TV9 akhir malam ni. Harap-harap Azhan akan menjadi juara, kalau takpun Dvision.......Cicikpun best jugak.

Wednesday, August 27, 2008

Andai ini ramadhan terakhir










andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA



andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

Kiriman seorang teman komuniti Nawal. Semoga dengan kasih sayangnya Allah akan mempertemukan kita lagi dengan bulan ramadhan di tahun yang akan datang.

Tuesday, August 26, 2008

Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan












~Award dari Tokma, terima kasih ya Tokma kerana memberikan award ini untuk saya, cutenya. Biarpun kita baru kenal tak sampai sebulan, semoga ukhuwah berpanjangan.

Rumah belum siap di baik pulih. Setelah anakku Hafiz pulang ke asrama aku terpaksa berkurung dalam bilik dengan di temani hp dan komputer. Agak cuak/tak selesa jugak bila orang keluar masuk dalam rumah kita, tinggal sorang pulak tu. Pintu bilik sentiasa berkunci. Tetapi alhamdulillah dari raut wajah orang-orang Jowo ini baik. Tetapi harus berwaspada. Sebelum ni tak apalah Hafiz ada di rumah menemaniku. Time macam nilah naknya anak-anak yang ramai. Kata suamiku kalau aku nak balik kampung dia nak hantar. Tetapi tak sampai hati pulak nak tinggal dalam keadaan rumah yang berselerak ini. Talian Internet sudah okey, terima kasih kepada kontraktor ini yang membetulkan.

Nampaknya banyak sungguh peristiwa penting yang berlaku di bulan Ogos ni. Bulan kemerdekaan dan sebagainya lagi. Rasa sayu pulak bila dah dekat-dekat dengan bulan ramadhan ni, rindu kat Hafiz. Tetapi walau bagaimanapun aku tidak begitu risau kan dia di sana. Makannya cukup di sana. Kalau rindu boleh telefon. Untuk bulan ramadhan ini dia agak sibuk, bertadarus dan berterawih. Nasib baik dia belajar di sana kalau kat sekolah lamanya dulu agaknya tak taulah nak cakap. Itulah hikmahnya di sebalik apa yang berlaku.

Tak tau nak tulis apa sebenanrya. Kalau nak ikutkan terlalu boringnya berkurung begini, selalunya aku suka pergi melihat pokok-pokok tetapi bila tinggal keseorangan rasa segan pulak nak keluar. Kalaulah aku mempunyai saudara mara terdekat kan bagus, boleh menumpang sementara suamiku pulang dari kerja. Aduhai apa nak di kata lagi.

Salam kemerdekaan untuk rakyat Malaysia dan Selamat menyambut bulan ramadhan Al Mubarak. Alhamdulillah kerana Allah masih memanjangkan umur kita untuk bertemu lagi dengan ramadhan kali ini. Mudahan di tahun hadapan akan di pertemukan lagi dengan bulan yang mulia ini. Mudahan ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelum ini.

Sunday, August 24, 2008

Talian Internet rosak, rumah sedang di renovate

Assalamualaikum...
Saya demam sebab banyak benar yang nak buat, rumah tak ubah seperti tongkang pecah. Sudah seminggu rumah ini di perbaiki,di cat dan baiki mana-mana yang rosak. Almaklumlah rumah lama banyaklah yang nak kena repair. Erm, kalau rumah sendirikan berbaloi. Apa tidaknya sebahagian barang-barang saya kotor biarpun di tutup dengan plastik. Nak buat macam mana dah tinggal di rumah orang ikut ajelah rentak diorang. Kata diorang kami tak payah pindah, tinggal ajelah kat rumah ni, alhamdulillah. Sebab takde siapa yang tinggal kat rumah ni. Lagilah rosaknya rumah ni kalau takde orang tinggal. orang lain sudah memiliki rumah buat apa nak susah-susah tinggal di rumah ini. Kalau nak ikutkan sama aje sebab sebahagian gaji di potong jugak. Kalau yang bergaji besar lagilah banyak kena potong. Lainlah kami yang tak berumah ni (belum ada rezeki lagi). Kesian sabaq ajelah naaaa.....

Cuti sekolah sudah berakhir, nampaknya saya kembali sunyi kerana Hafiz dah pun ke asrama. Sepanjang cuti sekolah terlalu sibuk juga, bila dah anak balik dari asrama, masak itu dan ini ajelah kerjanya.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Karim, maaf zahir dan batin. Semoga kita semua sebagai umat islam gembira menanti kedatangan bulan yang mulia ini. Inilah pertama kali saya menyambut bulan ramadhan tanpa anak saya Hafiz.. Insya-Allah ada masa, ada kesempatan saya akan sambung bercerita lagi. (Ni pun saya mengunakan talian maxis broadband).

Sebelum terlupa, nampaknya jodoh saya dengan mangkuktingkat.com tak lama kerana kata Puan Husni dia cuma menghantar di sekitar Kota Damansara dan yang ramai pelanggan mangkuktingkat aje. Memandangkan di kawasan Section 11 ni hanya saya sahaja diorang tak boleh hantar. Apa-apapun saya sokong dari jauh. Semoga mangkuktingkat.com terus maju jaya, di lain kesempatan kalau ada yang menghantarnya saya akan pesan lagi.

Monday, August 18, 2008

18.8.2008 Wedding Anniversary









gulai mumban nyiur,huh tak berapa pakar bab ambik gambar nih








mee goreng









sambal telur puyuh


Ya Allah panjangkanlah jodohku hingga ke syurga. Insya-Allah andai ada kesempatan aku akan menyambung menulis. Terlalu sibuk al maklumlah anakku Hafiz sedang bercuti memasak aje kerjanya. Erm kalau takde hal sambung lagi malam ni.

Sambung lagi....

Wedding anniversaryku seperti biasa saja, tiada apa-apa kerana aku tidak menghadkan hari-hari istimewa dalam hidupku. Kalau boleh setiap hari dan detik biarlah itu merupakan hari istimewa. Tetap seperti biasa, dengan kain baju yang menimbun, mencuci melipat mengosok baju. Tiada kek kerana suami kerja di luar, belum sempat beli kek durian yang aku suka. Insya-Allah di lain hari sajalah.

Ini bermakna usia perkahwinanku alhamdulillah masih lagi bertahan hingga ke angka 14, harap-harapnya kekal hingga ke hujung nyawa. Ini bermakna juga aku sudah meningkat usia....bukan seperti usia empat belas tahun yang lalu, ketika itu usiaku dua puluh dua tahun.

Ucapan alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t, biar berbagai dugaan yang telah di tempuhi dan bakal mendatang insya-Allah akan kuharungi segalanya dengan hati yang tabah. Dunia ini hanyalah pinjaman sementara. Terlalu insaf bila melihat helain uban di kepala di kedutan di bawah mata, terlalu dekatnya aku dengan Maha Pencipta. Semoga ini semua dapat menginsafkan aku.

Petang semalam aku adalah masak sedikit kari daging campur dengan mumban nyiur/kelapa. Rasanya kalau orang Kelate pernah makan gulai daging dengan mumban nyiur. Kebetulan hari ahad tu ada kontraktor datang menebang segala pokok besar dan pokok kelapa yang condong ke rumah jiran. Rasanya jiranku pun sudah menarik nafas lega kerana tidak lagi bising dengan pelepah kelapa kering yang jatuh ke lamannya. Yang membuatkan aku terasa kerana sanggup jiranku ini memanjat bukit semata-mata untuk membaling pelepah kelapa kering ke dalam pagar rumahku. Betapa semangat kejiranan sudah hilang di sini, biar apapun bangsanya rasanya itu bukan sifat yang terpuji untuk di contohi. Senang cerita aku simpan pelepah kelapa kering tu buat bakar ayam atau ikan. Tak boleh nak salahkan jiranku juga kerana pelepah kelapa itu menyemakkan matanya. Inilah silapnya orang terdahulu kalau nak menanam kelapa janganlah tanam terlalu hampir dengan pagar. Uhh! bukan ini topiknya. Itulah aku kalau menulis tak rojak memang tak sah. Inilah hasil masakanku petang semalam.

Selalunya kalau kenduri kendara di kampungku diorang suka masak gulai kawah di campur dengan mumban kelapa muda atau umbuk nyiur. Nak jugak ambik umbuk nyiur tetapi tak sempat sebab diorang masuk ke dalam lori.

Tuesday, August 12, 2008

raya dah dekat dah

Ada mood nak menulis pula malam ni. Lagi cerita di kampunglah lebih kurang gitulah. Selalunya kalau aku menulis macam rojak la.

Bila duduk sembang dengan emak, dia bercerita itu dan ini, manakala kakak ipar aku ni terlalu sibuk di dapur. Ada saja yang dia buat cekodok lah, pulut durian. Waahh kalau lama lagi tinggal di kampung boleh jadi gempallah gamaknya aku. Kalau di rumah aku memang puasa selagi tidak ada keuzuran.


Mek bercerita tentang baju raya pulak. Huhuhu puasa belum lagi diorang kat kampung dah siap dah beli persiapan hari raya. Yalah diorang kan anak ramai, kalau tak siap awal-awal barang semakin meningkat. Sebelum raya baju kurung sepasang rm 16 kalau dah dekat nak raya maunya di naikkan sehingga rm 20. Bagi orang kampung rm 20 dan rm 25 tu sungguh mahal. Kalau di bandar ni rm 40 pun kira biasalah tu. Untuk tahun ni aku tak teringin nak menempah baju raya. Rasanya baju tahun lepaspun masih ada lagi yang boleh di pakai. Terima kasih untuk sahabatku Epel kerana dia sudi menolong aku menempah baju. Ada tu baru pakai sekali dua. Rasa membazir pulak. Lagipun nak kemanalah sangat aku ni. Kalau beraya di kampung yalah ramai tetamu yang datang, tetapi kalau beraya di sini nampaknya seperti biasa sajalah..........

Cerita mek, ada orang pergi jual kain di rumah rm 70, mek dan kakak iparku beli sorang sepasang. Sedangkan sudah tempah sorang dua pasang untuk hari raya tahun ni. Hmm..padaku lah rasanya kalau nak beli kain pergi aje kat kamdar atau kedai-kedai kain. Bukannya apa..kalau yang di jual di rumah, misalnya harga rm 50 diorang jual rm 70. Yalah nak untung lebih apa lagi di jual dari satu rumah ke satu rumah. Tak nak beli dah orang pergi ke rumah. Apa lagi emak aku ni jenis lembut hati sikit, lambat orang pujuk suruh beli cairlah dia. Tidak pulak bagiku, akan ku fikir berkali-kali.

Bila aku fikir-fikir orang kampung sepuluh kali lebih senang dari aku yang tinggal di bandar ni. Tetapi kan orang kampung ingat aku ni senang lenang tinggal di sini. Walhal kalaulah diorang ni duk di tempat aku waduh baru diorang tahu bagaimana rasanya. Itulah bezanya tinggal di kampung dan di bandar. Aku melihat diorang ini takdelah susah sangat. Tak salah kerana itu dah rezeki masing-masing bersyukurlah.......

Sambil bersembang di beranda kakak ipar menunjukkan rantai dan gelang tangan yang baru di belinya. Ahh..aku faham diorang ni memang suka melaram dengan barang kemas. Aku???? hehehe jangan haraplah tak minat langsung biarpun aku ni orang Kelate jangan haraplah aku nak pakai barang kemas. Salah satunya aku tak berapa minat. Yang adapun simpan kat Bank lagi selamat. Aku lebih suka memakai sesuatu yang ringkas seperti mutiara. Tu lah kan. lain orang lainlah pulak ceritanya.

Waah beraya sakan diorang ni. Tu belum masuk bab kuih raya pulak, selalunya anak-anak buah aku yang buat biskut raya. Seperti biasa kalau bercerita tentang kuih raya lagilah aku tak berminat. Habis tu apa yang aku minat? Pernah buat kuih raya dengan jiran-jiranku ketika tinggal di Countryhomes empat tahun lepas. Kami pakat-pakat buat biskut raya. Kalau nak tahu biskut raya aku lepas raya masih banyak lagi kerana kami memang tak berapa makan biskut raya. Jiranku kebayakannya orang Bawean tak suka biskut atau kek yang ada butter dan marjerin. Diorang suka buat kuih yang tak masuk butter atau marjerin. Tetapi ada dua tiga orang jiran Melayu ketika itu suka buat biskut. Sudahnya aku blender dan buat kek. Itulah setiap kali tibanya musim raya suami aku tak kasi aku buat biskut raya. Katanya beli aje kerepek atau satu dua jenis dah la. Orang tak makan kuih raya tetapi diorang makan yang berat-berat seperti nasi dagang dan lontong. Berlainan sekali di kampungku diorang pulun sungguh makan kuih raya. Tak sampai tiga hari raya dah licin tinggal habuk. Kalau pulang kampung rasanya berselera jugak sebab tengok orang makan. Rasa berbaloi kalau bawa balik biskut raya ke kampung. Tetapi kalau tak pulang beraya di kampung tak habislah biskut rayaku. Kalau nak bagi kat orang yang lama-lama tak elok juga sebab dah lemau.

Erm apa-apa ajelah asalkan bahagia. Janji tingkatkan amalan di bulan ramadhan dan jangan hanya fikir nak raya saja. Kerana di bulan ramadhanlah pahala berganda-ganda. Kalau nak cerita tentang raya dan puasa terkenang pula kepada anakku satunya-satunya, nampaknya tahun ni buat pertama kali kami berjauhan. Huih tak pasal-pasal duk cerita tentang raya lah pulak....

Monday, August 11, 2008

kampungku









anak-anak keladi yang baru di tanam, cepatnya rumput tumbuh, manakala gambar ubi2 yg lain tak sempat nak ambik gambarnya........








Tanah banyak terbiar kerana ayah tak larat utk mengerjakannya









Akmal n Solahuddin Al Ayubi








cantiknya rumah milik jiranku ini,bilalah gamaknya aku nak dapat rumah macam ni?

p/s
Erm selalu orang bertanya blogku takde gambar seperti blog orang lain, apa lagi gambar pemilik blog. Jawapan mudahku minta maaflah, rasanya bab gambar-gambar ni tak berapa minat sikit. Kalau ada kat mybloglogpun gambar entah yang berapa tahun lamanya tu. Tu pun rasa menyesal tak sudah kerana masa tu agak berani sikit. Tetapi apa nak buat dah terlepas............

cerita balik kampung

Khamis 7 Ogos 2008

baiknya pemandu teksi itu

Setelah sehari suntuk memasak dan mengemas petang itu hujan nak kata lebat tak lah juga. Cewah selalunya aku suka sangat bercerita kalau ada sesuatu yang mencuit hatiku dan yang mengembirakan hatiku.Hmm..di mana lagi nak ku luahkan segala cerita-ceritaku kalau bukan di dalam blog ini. Inilah teman di kala suka dukaku. Tetapi tidak mengapalah sekadar untuk mengemaskini blog yang kekadang agak sunyi sepi.

Jam 6.00 petang suamiku baru sampai ke rumah, al maklumlah kekadang teksi susah di Asia Jaya. Lepas tukar baju dan solat asar call teksi lagi untuk pergi ambil Hafiz di Brunsfield. Sudah berkali-kali dia sms dan call bertanya ibu dan ayah tak datang lagi ke ambil Hafiz? Sabarlah nak tentunya Hafiz faham bagaimana situasi kami ini. Ya jawapannya Hafiz akan tetap memahami bagaimana situasi ayah dan ibunya. Kalau terlewat sedikit bersabarlah, kan bersabar itu separuh daripada iman.

Call teksi tak nak datang hujan, lagipun diorang tak berapa nak pergi ke Shah Alam dalam keadaan jam dan hujan .Dua tigsa buah teksi tak mahu datang jugak. So terpaksalah suamiku pergi tahan teksi kat luar, nasib baiklah perumahan kami ni tak sesusah mana kemudahan itu, keluar tak sampai lima minit dah ada teksi di jalan besar. Sajalah nak cepat panggil ke rumah.

Awal-awal lagi kami dah bagitau pemandu teksi, nak ke Shah Alam pastu nak ke Hentian Putra. Selalunya begitulah kalau tak cakap awal-awal bimbang takut pemandu teksi nak ke tempat lain pula. Pemandu teksi ni ada yang peramah ada yang pendiam. Kalau yang pendiam kamipun jadi pendiamlah juga.

Jalan pulak terlalu sesak sangat-sangat. Seharian tak on PC hari tu rupanya baru teringat yang hari tu DSAI ke Mahkamah. Kalau tak jam tentu cepat sampai ke Shah Alam, kesian Hafiz menanti penuh sabar. Jam 7 malam pemandu teksi hendak isi gas pulak. Alamak lambat lagi di situ. Tetapi tidak mengapalah dah beginilah kalau menaiki kenderaan awam.

Dalam masa lima ke sepuluh minit lebih kurang baru siap segalanya. Kami meneruskan perjalanan ke destinasi. Hafiz sedang menanti penuh sabar. Nak ke Hentian Putra lagilah terasa lamanya kerana jam lagi. Memanglah betapa situasi yang tidak menyeronokkan tinggal di ibu kota. Tu la kami kalau tak ada hal-hal penting tak teringin langsung nak tumpang bersesak-sesak begitu. Kalau kat Kelate time jalan jampun musim raya ajelah. Yalah anak-anak Kelate pulang ke kampung masing-masing. Kalau time lain memanglah tak jampun.

Satu yang membuatkan aku suka bercerita tentang pemandu teksi ini, kalau aku kata satu dalam seribu memang patut. Semoga Allah memberi rezeki yang murah buat saudara ini dan keluarganya. Tiba di Hentian Putra dia sepatutnya tinggalkan kami di pintu masuk sahaja. Kerana jalan itu hanya untuk laluan bas sahaja. Tetapi dia dengan selamba parking betul-betul di hadapan tempat penumpang menunggu bas. Biarpun aku kata stop aje kat depan aku boleh berjalan, tetapi dek kerana dia terlalu perihatinlah dia buat itu semua. Biarpun dia di tegur oleh pengawal di situ. Aku tak nak komen apa-apa tentang pengawal tu kerana aku tak dengar apa yang pengawal tu kata apa kat dia. Tetapi aku faham benar kerana aku dah pernah lalui semua itu.

Cuma dari jauh aku mendoakan kebahagiaan buat saudara ini, dan satu hari nanti harap bertemu lagi. Balik time macam tu tak ramai manusia yang tertumpu di Hentian Putra seperti biasa sahaja. Kalau time raya penuh dengan manusia. Kami beruntung malam tu kerana bas yang membawa kami ke destinasi terlalu dekat dengan kami, kalau tidak nak berjalan jauh tu agak sukar juga bagiku.

Selalunya dalam bas kami cuma tidur-tidur ayam sahajalah. Dah lama tak naik bas rasanya kalau tak silap tahun 2006. Dalam bas aku sms kakak ipar suruh tunggu di PP. Malasnya nak naik kereta sapu, time tu lah diorang hentam mahal-mahal. Rasanya lebih baik aku buat beli nasi berlauk dari aku kasi kat kereta sapu tu. Bukannya aku berkira sangat, dah diorang tau kita balik dari Kuala Lumpur diorang letak harga tinggi. Padahal kalau siang hari kampung ku ke bandar PP cuma rm 3 sahaja. Cewah baik le aku wat beli nasi berlauk hehehe. Yalah dah ada abang yang nak pergi ambil, kalau terpaksa aku naiklah jugak kereta sapu tu. Tahulah diorang mencari rezeki tetapi kalau tak kena gayanya minta maaflah.

Sampai di rumah ayah dan emak sudah menanti. Seperti biasa inilah wajah-wajah yang aku rindui. Kalau boleh nak duduk lama-lama tetapi apalah dayaku keadaan yang tidak mengizinkan. Doaku semoga suatu hari nanti aku akan menjadi penghuni tetap di kampung itu. Kerana dalam banyak hal aku memang tak berapa seronok tinggal di sini, salah satunya tiada jiran-jiran, kekawan apa lagi. Sakit pening sendiri. Kalau di kampung jiran-jiran bagaikan saudara. Bila dengar sahaja aku pulang tentu sepupu sepapat, jiran-jiran pergi ke rumahku. Diorang siap bawak buah tangan. Duk kat sana puas makan durian dan rambutan. Tu pun rasa macam tak nak balik lagi ke sini. Ayah memang tak berapa sihat, bahu ayah di sebelah kanan tak boleh nak gerak kerana kesakitan akibat terjatuh. Kata ayah dah urat-urat tua beginilah. Tetapi ayah ni memang degil, dalam sakit begitu pun dia nak jugak buat itu dan ini. Di belakang rumah penuh dengan ubi dan sayuran. Itu masa ayah belum sakit bahu. Tahun inilah kata ayah ubi badak,ubi itik dan segala jenis ubi menjadi. Dan yang membuat hati ini sebak kerana ayah selalu hitung kekawan yang sudah pergi meninggalkannya. Semoga ayah panjang umur. Itu doaku.......

Terlalu singkatnya pertemuan itu, malam sabtu tu kami bertolak pulang. Di saat aku peluk dan cium pipi dan dahi ayah lagi sedih. Erm begitulah ayah. Seperti biasa kalau pulang ke kampung emak dan ayah nak bagi itu dan ini. Kalau nak ikutkan aku mahu ayah dan emak tinggal bersama aku sebulan dua, tetapi aku faham di sini surau dan masjid jauh. Lagi pula ayah mengajar mengaji, siapa yang hendak mengaja mengaji. Kalau nak harapkan kakak ipar dan anak-anak buahku diorang sibuk dengan hal masing-masing. Malam itu bas yang sepatutnya tiba jam 8 malam terlewat sampai. Pukul sepuluh baru sampai. Kalau tahu macam tu aku tak payah datang awal ke stesyen bas PP.

Jam lima pagi tiba di Hentian Putra..petangnya hantar Hafiz pula ke asrama. Kalau nak dikutkan penat memanglah. Sudah lumrah kehidupanlah tu.........

p/s

Oleh kerana sebab-sebab yang tidak di elakkan mangkuktingkat.com tidak dapat menghantar ke PJ dan sewaktu dihentikan buat sementara waktu. Ini sms yang baru di terima.

MAKLUMAN: KEPADA PELANGGAN MANGKUKTINGKAT.COM YG DIHORMATI. PHANTARANAKN DHENTIKN BUAT SEMENTARA WAKTU DI KAW PJ,K.DAMANSARA, KJ PUCONG, SJ, TROPICANA SEHINGGA DI MAKLUMKN. INI TIADA KAITAN DGN YYSAN NURHIKMAH TP KSULITAN TEKNIKAL YG DHADAPIKAMI SEBAGAI PEMBEKAL. KAMI AKN MEMBER PKHIDNATAN YG TERBAIK PD MASA AKN DATANG. TQ.

Nampaknya sudah hampir seminggu tak makan dengan mangkuktingkat.com ni. Dalam bulan Ogos ni hanya satu kali kakak tu hantar ke rumah. Apa nak buat sesuatu yang tidak dapat di elakkan. Kena masaklah nampaknya. Allah hai sebelum ni pun aku tidak mengharapkan kakak tu saja yang menghantar mangkuktingkat ke rumah. Masaklah jugak sikit-sikit untuk tambahan. Bukan nak susah sangat duk dua orang beli lauk dua tiga jenis dah cukuplah.

Tuesday, August 5, 2008

esok balik kampung

Kerana rindu ini tidak akan pernah padam, kerana rindu jugalah aku akan pulang ke kampung besok dengan menaiki bas di Hentian Putra. Suamiku pulang terus ambik teksi dan pergi mengambil Hafiz di Shah Alam. Call mek di kampung, mek kata ayah sakit bahu masih belum sembuh lagi, ayah jatuh motor ketika pulang dari masjid.

Sekarang ayah dah tak boleh buat benda-benda yang ayah suka, ayah tak boleh menyangkul lagi. Itulah hobi ayah kalau sihat sikit ayah tak tau duduk diam, ayah pergi tanam bermacam-macam jenis sayur. Kalau tak buat kerja tu ayah tak senang duduk. Semenjak ayah pencen dari menjadi petani ayah hanya bercucuk tanam untuk makan sendiri, kekadang ada orang kampung datang beli sayur dan ubi yang ayah tanam. Ubi ayah tanam bukan saja ubi kayu, tetapi ada berbagai jenis ubi, ubi badak,ubi itik, ubi keledek, ubi keling..huih jangan marah pulak sebab memang kat kampung aku panggil ubi yang hitam gelap tu ubi keling ubi keladi. Isys dah tak larat nak tulis dah jenis ubi-ubi yang ayah tanam. Kerana minat ayah suka berkebunlah menurun ke aku, akupun minat berkebun bunga dan sayur. Dua tiga bulan lepas ada jugak aku menanam kacang panjang dan kacang botol tetapi entah agaknya keadaan tanah yang tidak berapa elok, dua tiga kali makan dah mati pokok tu. Masa mula-mula pindah ke sini menjadi jugak aku menanam sayur, tetapi sejak akhir-akhir ini banyak pulak makhluk perosaknya.

Masih ku ingat lagi ketika aku di sekolah rendah ayah selalu kata...erm cuba tengok bunga sapa yang paling comel, bunga mung ke lado ayoh yang berwarna warni nih? Ayah suka menanam cili yang berwarna warni,ayah buat satu tempat khas untuk di letak pasu-pasu cilinya. Memang cantik cili-cili yang ayah beli benihnya di pasar minggu, ada warna biji kundang, merah menyala dan memang comel sangat. Ayah selalu membandingkan-bandingkan bunga yang aku tanam dengan buah-buah cilinya. Lado cengek pun ada. Cili api pedas yang amat tu kitorang panggil lado cengek.

Mek selalu tanya ayah buat apa tanam ubi banyak-banyak tu? kata ayah kalau musim hujan semua orang datang beli ubi di rumah, selalunya begitulah orang akan datang beli ubi di rumah, kalau tidak buat kuih muih jualan diorang makan sendiri. Orang kampungku suka buat tapai ubi kayu. Tapai ubi kayu ni kalau mek aku yang buat menjadi, tetapi kalau aku aduhhh nampaknya tak menurun mek sebab tak pernah menjadi.

Kalau nak ikutkan bulan tiga masa pilihanraya baru-baru ni aku sudah pulang kampung, tetapi entah kenapa hati dan perasaan aku resah bila terkenangkan ayahku. Aku ingin memeluk dan mengucup dahi tuanya, aku tau ayah sayangkan aku, setiap kali aku memeluk dan mengucup dahinya mata ayah berkaca. Begitu juga ketika aku hendak pulang pasti ayah yang lebih sedih dari mek. Ketika itu hatiku sebak, ya kerana aku bukannya seperti anak-anaknya yang lain, hendak pulang ke kampung sajapun agak susah. Tetapi kerana mereka aku sanggup berkorban apa saja. Anak-anak mek berjauhan dengan mek demi mencari sebuah penghidupan dan rezeki.Yang tinggal cuma abang aku dan keluarganya yang no 5 di rumah itu . Kalau tidak ada diaorang di rumah tu susah juga ayah dan mek. Ya rezeki kami bukan di kampung, tetapi kalau nak di bandingkan, kakak dan abang masih duk di Kelate biarpun tak tinggal sekampung. Sedangkan aku dan abang yang sulungku saja yang masih berjuahan dengan mek dan ayah.Tak apalah mek dan ayah kalu ada rezeki kami akan pulang jua ke negeri tumpah darahku. Allah hai bukannya duk jauh sangat ...tetapi itulah agak jauh bagi orang yang kurang upaya seperti aku ni.

Memandangkan 7 Ogos tu Hafiz cuti, anak pengarah As Solihin berkahwin, kami di undang tetapi rasanya inilah kesempatan untuk aku pulang. Bukannya apa kalau time cuti sekolah ke, raya ke kat mana-mana stesyen baik KTMB dan Hentian Putra penuh sesak dengan manusia yang hendak pulang ke kampung. Nak hulur kakipun susah kerana ramainya manusia. Tahu-tahu ajelah anak Kelate ni tok soh kalu tak kelik kampung, susah lagu manopun musti kelik jugok tuh. Tetapi tidak bagi aku, masa tu aku elakkan, kalau nak berceritapun berpada-pada biarlah rahsia hehehe. Mungkin segelintir teman-teman yang tahu bagaimana keadaan aku. Memanglah rindu dan sedih, tetapi apakan daya...........

Ya Allah aku bersyukur kerana Engkau panjangkan umur ayah dan ibuku, kasihku tidak terucap buat mereka. Selagi nafasku masih bernyawa selagi itulah kasihku tidak pernah padam buat mereka. Doa ku panjat semoga Allah meringankan segala kesakitan ayah. Kata mek, tok soh keliklah wat nyusoh ko mung jah, ayoh mung sakit bahu jah tuh. Tetapi kata hatiku, tak apo mek, oghe nak kelik jugok sebab oghe rindu sangat kat mek ngan ayoh, kalu kat oghe lain tuh dok sangat mek, ayoh. Demolah patut maghi sini, tetapi demo gak nampok susoh benar nak maghi sini. Tak apolah mek, kalu nak di kira pengorbanan ayah dan mek membesarkan oghe tak terbalas mek. Apa lagi anak mek yang tak seperti orang lain.

Opsss lupa...tiket bas dah naik oooo, kalu dulu untuk oku rm15 lani dah naik rm 24. Nampak gayanya naik flight lagi murah.

P/s Oleh sebab-sebab yang tak dapat di elakkan mangkuktingkat.com tidak dapat di hantar ke rumahku. Malam tadi kakak tu call lagi tak dapat hantar. Permintaan semakin bertambah, semoga segala kesulitan ini dapar di atasi dengan segera. Malam tadi tunggu juga tetapi tepat jam 10 kakak tu kata tak sempat hantar ke sini. Sabar ajelah......... Aku habag kat kakak tu tak yah hantarlah minggu ni, hantar senin depan sebab kami pulang kampung n hari ahad baru balik sini.

Layari www.mangkuktingkat. com