andai ini takdirnya utkku

Saturday, April 25, 2009

Campak

Dua tiga hari lepas Hafiz telefon Kak awwa katanya dia tak ada selera makan dan muntah-muntah. Hati ibu mana yang tidak risau bila anak mengadu demam dan muntah. Kak Awwa tahu Hafiz kalau tak sihat dia akan muntah dan tak ada selera makan.

Malam jumaat suami Kak Awwa ke Kota Bharu lagi. Niat hati hendak ikut sama tetapi faham-faham sajalah. Hidup mesti ada pasang surutnya, kekadang ekonomi yang tidak mengizinkan. Lagipun kalau Kak Awwa nak pergi ke satu-satu tempat banyak mengunakan perkhidamatan teksi. Kalau suami Kak Awwa turun naik baspun tak apa.



Pagi ini suami telefon katanya Hafiz demam di tumbuhi bintik-bintik merah seperti ruam. Sahlah itu campak kerana inilah pertama kali Hafiz terkena campak. Kata orang campak ni akan kena juga sekali seumur hidup kepada individu. Memandangkan Hafiz tidak pernah terkena campak Kak Awwa rasa agak sedih jugak sebab dia di sana faham-faham sajalah cuma ada kawan-kawan. Siapalah yang hendak tolong sapukan ubat di belakangnya? Menurut kata Kak Za, campak ni gatal jugak dan berjangkit. Kalau balik di kampung boleh mandikan dengan air mambu dan minum air kepala muda. Tetapi di sana entahlah kasihannya anakku. Nak bawak pulang kata ustaznya tak apa kami jaga apa yang patut. Kalau ada apa-apa ustaz akan hubungi keluargaku di Kelantan.

Itulah dugaannya bila berjauhan. Entah bilalah semua ini akan berakhir, berjauhan,berkorban, sunyi sepi, kosong dan entahlah macam-macam yang Kak Awwa rasa bila berjauhan dengan anak. Ni waktu dia di alam persekolahan bila meningkat dewasa ke alam universiti insya Allah( mudahan masin mulut ibumu ni nak) dan berkhawin. Adakah masa itu aku akan sepi lagi? Entahlah....

~Ya Allah sembuhkanlah penyakit anakku...di saat seperti ini hanya padaMu tempat aku berserah. Panjangkanlah umur anakku~

Wednesday, April 22, 2009

kekadang mimpi itu indah

Mungkin kerana Kak Awwa selalu layan blog wordpress Kak Awwa tentang doa dan amalan untuk mendapat zuriat dan berkongsi komen-komen bersama kawan-kawan yang belum di kurniakan cahaya mata. Malam tadi Kak Awwa bermimpi menyusu seorang bayi lelaki, bayi itu mirip seperti Hafiz ketika masih baby, bajunya berwarna hijau. Memang Hafiz banyak baju berwarna hijau ketika masih bayi.


Entahlah dalam usia yang meningkat ini kalau ada rezeki segalanya ku terima, tetapi kalau sudah di takdirkan tidak adapun tidak mengapa. Cukuplah Kak Awwa menanti akan tiba masanya bakal bergelar nenek huhuhu. Segalanya mungkin insya Allah.

Ahh mimpi hanyalah mainan tidur atau mainan syaitan. Tetapi rasanya mimpi yang baik adalah mimpi yang terindah. Dapat juga melepaskan rindu memangku bayi kecil biarpun itu hanya mimpi tetapi ianya amat bermakna. Masih terbayang wajah bayi itu, rambutnya yang lebat seperti Hafiz, matanya bersinar. Tetapi sayangnya mimpi itu datang cuma seketika. Ianya cukup menjadikan kenangan yang terindah...........

Sayangnya Kak Awwa tidak ada satupun gambar Hafiz ketika masih bayi di dalam my space ,targed atau picturetrail( di rumah Kak Awwa takde scanner untuk scan gambar-gambar Hafiz ketika baby).

Monday, April 20, 2009

Hpnya telah di ambil

Memanglah menjadi kesalahan membawa hp di sekolah itu. Tetapi ada juga yang sorok-sorok termasuk Hafizku. Tetapi hari ini hp tu terpaksa di serahkan kepada Ustaznya. Kalau ada apa-apa kata ustaz suruh saja ibu bapa call dia. Hp Hafizpun bukanlah hp yang mahal dan canggihpun, cukuplah untuk buat panggilan dan sms untuk ibu dan ayahnya sahaja. Tetapi nak buat macam mana dah itu undang-undang sekolah, sabar ajelah duhai hati.


Erm peluklah kucing tu aduhai anakku hehehe pasan la...

Tulip kiriman Ayong dari UK


sejuk mata memandang

dia kukenali di awal tahun 2000

semoga persahabatan abadi selamanya

Banyak gambar yang di emelkan kepada Kak Awwa, hingga rambang mata untuk memilih yang mana satu hendak di muatkan di blog ini kerana semuanya cantik-cantik belaka. Ayong adalah seorang rakan cyber yang tidak pernah Kak Awwa berjumpa. Kak Awwa berkenalan dengannya di laman groups keluarga. Alhamdulillah hingga ke saat ini dia masih sudi berbalas emel dengan Kak Awwa. Dia kini sedang belajar di UK. Doa Kak Awwa semoga suatu hari nanti Kak Awwa akan bertemu jua dengannya.

Kak Awwa memang minat bunga bungaan tetapi entah.... bilalah hasrat akan tercapai untuk punyai rumah sendiri dan Kak Awwa akan menanam pokok-pokok bunga( Hasrat hati hendak balik menetap di kampung bukan tinggal di sini untuk selamanya). Pernah Kak Awwa minta dia kirimkan benih bunga tulip....tetapi katanya mana nak hidup bunga tulip kat Malaysia..alahai..

sorryla..kedudukan gambarnya tidak tesusun....

Saturday, April 18, 2009

Nilai nyawa seekor anak kucing



~ni anak-anak kucing di rumah mek Kak Awwa di kampung~

Sudah lama ku dengar suara anak kucing menangis tidak henti-henti, seperti meminta pertolongan atau di kurung tanpa di beri makanan. Sungguh hiba mendengarnya walaupun ianya kekadang sayup dan nyaring.

Ku tanya suamiku, bang itu suara anak kucing ke anak musang? sebab kekadang bunyinya begitu lain sekali( mungkin terlalu lemah). Suamiku kata agaknya pemilik kucing tak bagi makan kot, sebabnya sudah tiga hari suara itu merintih merayu seolah meminta pertolongan.


lubang sedalam berapa meter entahlah....

Kak Awwa tahu itu anak kucing jiran Kak Awwa yang berbangsa Cina yang tidak pernah bertegur sapa melainkan Kak Awwa bertanya khabar pembantu rumahnya sahaja. Sedangkan tuan empunya tidak pernah ku sapa, bukan kerana tidak berniat untuk menyapa tetapi tahu sajalah di sini, pagi sudah keluar kerja, bila pulang pulak berkurung dalam rumah. Sebab itulah Kak Awwa katakan kejiranan di sini amat kritikal, baik bangsa Cina dan seorang jiran Melayu yang sama kuaters dengan Kak Awwa. Bukan hendak menyalah...tetapi selama empat tahun di sini memang tidak ada jiran. Apa lagi rumah di kelilingi orang bukan seagama denganku. Tetapi biarpun bukan sebangsa atau seagama tidak semestinya tidak boleh bertegur sapa. Begitulah kehidupan di bandar besar ini, pandai-pandailah bawa diri. Tetapi tak boleh nak kata juga sebab di sini masing-masing pagi keluar bekerja, pulang berkurung dalam rumah seperti Kak Awwa juga biarpun sebagai suri rumah. Hari minggu pulang ke kampung, macam mana nak kenal. Adalah satu seorang aunty tu Kak Awwa selalu tegur.



bertungkus lumus menyelamatkan kucing dari lubang tu

Mungkin gerak geri Allah s.w.t pagi semalam Kak Awwa mengajak suami ke belakang rumah untuk mengambil buah jambu batu. Selalunya bersama Hafiz, dah Hafiz tak ada di rumah dengan suamilah. Suara anak kucing masih lagi tergiang-giang di telinga, semakin dekat dan dekat. Lalu Kak Awwa cari dalam rumpun bunga di tepi pagar, di bawah rimbunan pokok ubi pun tiada. Suara itu semakin dekat dengan Kak Awwa sehinggalah Kak Awwa terpandang satu lubang air, rupanya suara itu datangnya dari lubang air yang agak besar dan dalam berhampiran dengan pagar rumah Kak Awwa yang menyalurkan air hujan ke longkang besar di bawah sana(penutup lubang air tu di buka oleh orang yang mesin rumput di rumah Kak Awwa, tidak di letak kembali dan kami cuma perasan ada batu yang menutup lubang air tu). Ya Allah kesianya ingatkan suara itu datangnya dari mana, rupanya dari rumahku sendiri. Memanglah anak kucing tu selalu bermain di kawasan rumah Kak Awwa.

Kak Awwa panggil pembantu Indonesia rumah jiran, dia beritahu sudah tiga hari kucing tu tak ada, cuma dengar suaranya sahaja. Kak Awwa memang emo sebab rasa kesian yang amat sangat. Kalau dah tahu tiga hari tak kan tak buat apa-apa kot, datang cari atau panggilah sesiapa minta bantuan. Memang rasa geram sangat sebab depa lepas tangan begitu sahaja, kucing hilang ke apa ke tak cari malahan dia tanya Kak Awwa nak kucing tak? Ramai lagi kat rumah ni ada empat ekor lagi. Apa punya manusia macam ni bukannya kesian anak kucing dia dalam lubang, datang menjengukpun tidak. Tuan rumahnya apa lagilah tak menjenguk muka. Kucingnya bulu memang cantik sebab jenis keturunan kucing luar. Bila kita besuara lagi kuat kucing itu mengeow/menangis.



Tanpa buang masa suami Kak Awwa telefon Pertahanan Awam dan tempat penjagaan binatang SPCA. Bertungkus lumus jugak nak keluarkan anak kucing tu dari dalam sana, ( ambil masa selama 10 minit, kerana mereka memang pakar dalam bab-bab macam ni). Biarpun hanya seekor anak kucing kecil tetapi hargailah, kerana itu melibatkan nyawa dan makhluk itupun mahu hidup seperti kita juga. Yang membuatkan Kak Awwa geram pembantu rumah tu sekali lagi menawarkan kucing kepada unit pertahanan awam. Depa kata kami bukan hendak kucing, kami cuma menyelamat sahaja, sebab kucingpun nak hidup jugak. Kata suami Kak Awwa nah ambik kucing awak ni, dia tak mahu. Nasib baiklah ada SPCA kalau tidak tak tahulah dengan nasib kucing tu. Kak Awwa bukan tak nak bela kucing, tetapi alahan dengan bulu. Lagipun Kak Awwa fikir kalau bela binatang ni susah kalau bukan di kampung. Kalau kita balik kampung siapa nak bagi dia makan. Dari menyeksa binatang tu baik tak payah bela. Tetapi Kak Awwa akan beri makan kepada kucing-kucing terbiar di kawasan rumah Kak Awwa. Ada dua tiga ekor nak suruh orang SPCA ambil tetapi kucing tu tak mudah di dekati, garang seperti harimau. Maklumlah kucing tak bertuan garangnya semacam saja bila di dekati. Tulah kisah anak kucing......nasib baik sudah dua tiga hari tidak hujan, kalau tidak apalah nasib anak kucing tu. Pasti ianya akan mati kerana kesejukan, kelaparan dan di hanyutkan arus deras. Allah masih sayangkan dia, tiga hari bertahan di dalam lubang air, panjang umurnya. Bila di angkat sudah lemah, Kak Awwa bagi minum air dan sedikit nasi di terkam nasi kerana terlalu lapar. Memang semalam Kak Awwa dan suami tak menjamah nasi sehari kerana terkenangkan anak kucing. Bulunya yang cantik basah kuyup bila di bersihkan. badannya menggigil kesejukan. Sungguh kasihan.

Thursday, April 16, 2009

Dugaan berjauhan dengan anak

Kalau di tanya bagaimana perasaan berpisah jauh dengan satu-satunya permata hatiku. Rasanya sudah pastinya jawapannya rindu. Kalau ikutkan hati seminggu sekali hendak turun KB. Tetapi apalah daya kekadang hasrat terpaksa di pendam. Keadaan ekonomipun menjadi faktor utama. Nak berulang alik kosnya pun besar, apalagi dalam kegawatan ekonomi sekarang ni. Tetapi demi anak semua itu di tolak tepi. Bagi kami keperluan anaklah yang di utamakan. Keperluan kami juga di tolak tepi. Inilah titik permulaan untuk dia melangkah dengan lebih jauh lagi. Pejalanan masih jauh,masih banyak lagi dugaan yang harus di tempuhi.

Semalam Kak Awwa menelefon Hafiz katanya dia selsema dan batuk. Selalunya kalau dia batuk lama hendak hilang. ubat pulak bukan calang-calang ubat, ubat yang serasi dengannya hanyalah dari Pusrawi. Semenjak umurnya lapan tahun lagi dia batuk...masuk keluar hospital. Sekarang ni taklah seteruk dulu,cuma kalau dia tersalah makan batuknya akan datang. Itulah dugaannya hidup berjauhan dengan anakku.


Kalau ikutkan sedihlah juga berjauhan dengan anak. Dahlah anak sorang berjauhan pulak. Kalaulah( suamiku kata tidak ada kalau lagi kerana semuanya sudah berlalu)kami tidak pindah ke sini sudah tentu anakku belajar di Sekolah Menengah Rawang. Di sana bukan saja banyak van dan sekolahpun dekat, jalan kakipun tak sampai lima belas minit. Masjidpun dekat. Apa nak buat segalanya sudah di takdirkan, mungkin Allah ingin memberi yang terbaik untuk kami. Dan Tuhanpun tahu. Tidak ada sekelumit kesal di hati, sekali melangkah akan di teruskan jua......

Semoga Hafizku selamat di sana,semoga anakku sihat dan di permudahkan segalanya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan seorang ibu sepertiku. Tetapi Kak Awwa redha kerana dia pergi menuntut ilmu. Semoga Allah memberkati hidupmu nak.

Tidak ibu harap dirimu sepandai Nik Madihah nak,tetapi kalau di ambil contohnya sikitpun jadilah. Belajar dan menghafal tanpa jemu, berdoa dengan penuh tawaduk kepada Allah s.w.t, bergantung sepenuh pengharapan kepadaNYA, di samping berusaha tanpa jemu. Insya Allah semoga Allah permudahkan segalanya...

Saturday, April 11, 2009

Cinta Adam dan Hawa


Cinta adam dan hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menggerakkan nurani
Mencari kasih suci
Sehingga kita yg tertinggal saling damba
Sentiasa rasa sunyi bersendiri

Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaanku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku


Cinta Adam dan Hawa
Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya
Cinta Adam dan Hawa
Satu harapan, satu sandaran
Buat diriku rindukan dia

Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaanku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku…

Cinta Adam dan Hawa
Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya

Kau yang aku puja
Kau yg aku cinta.. oh..
Kasihku di Firdausi

Cinta Adam dan Hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menjadi saksi impian murni


~Semenjak menonton lagenda Julia Julia Kak Awwa jadi minat pulak dengan lagu dari Misha Omar ni. Takde cerita terbaru, kalau adapun takkan semua nak di kongsi di sini. Blog ini merupakan blog peribadi Kak Awwa manakala di blog wordpress pakai tangkap muat aje artikel apapun. Blog peribadipun tak semua nak kena kongsi secara terbuka. Erm berpada-padalah...layan ajekah lagu ni...lirik aje nak dengar lagu p cari sendiriklah kat youtube ke apa ke.....

Wednesday, April 1, 2009

kini kembali

Hampir seminggu lebih menyepi, bukan di sengajakan tetapi banyak perkara yang harus di selesaikan, apa lagi bila berjauhan dengan anak tercinta. Kuala Lumpur Kelantan sudah rasa seperti nak pergi Pasir Puteh ke Kota Bharu. Rasa semakin dekat dan dekat.

26 Mac 2009 untuk pertama kali Kak Awwa pulang bersama Hafiz dari Kuala Lumpur ke Pasir Puteh, tujuannya bukan sahaja untuk menghantar Hafiz pulang ke asrama tetapi untuk menziarahi mek dan ayah yang semakin uzur.

Barangkali pada orang lain bukan sesuatu yang pelik pulang tanpa suami, tetapi bagi Kak Awwa inilah pengelaman pertama pulang ke kampung di temani anak. Kak Awwa ni kan OKU, selalunya hendak kemana-mana sahaja bersama suami, tetapi kali ini bersama Hafizku, ya dia sudah besar mungkin sebab itu ayahnya mengharapkan dia menjaga ibunya.

Kalau nak ikutkan memang meletihkan naik bas seharian dari Kuala Lumpur ke Pasir Puteh tetapi demi hendak pulang ke kampung rasa letih dan penat hilang begitu sahaja. Kak Awwa amat berterima kasih kepada pamandu bas yang baik hati kerana mengizinkan Kak Awwa duduk di tempat yang paling depan sekali untuk memudahkan kak Awwa turun. Memang kalau nak ikutkan sudah ramai pemandu-pemandu bas yang Kak Awwa temui, berbagai perangai. Tetapi kali ini pemandu bas ini agak baik. Tak rugi berbuat baik sesama kita, kelak Allah akan membalas segala kebaikan kita.

Tepat jam 5.30 setelah puas pusing dari Machang ke Jertih pusing balik ke Pasir Putih akhirnya sampai juga, alhamdulillah ada abang yang menunggu untuk membawa Kak Awwa dan Hafiz pulang ke kampung. Sampai di rumah, ramainya orang perempuan dan kanak-kanak. Rupanya di rumah ada kenduri maulidul rasul. Kalau nak ikutkan hari itu adalah hari terakhir bulan Rabiul Awal.

Malam di penuhi dengan tetamu dan para undangan untuk berselawat. Betapa meriah dan harmoninya hidup di kampung, saling tolong menolong dan hormat menghormati di antara satu sama lain, bagaikan saudara biarpun hanya berjiran.

Tetapi biasalah orang kampung ini suka bertanya itu dan ini dan kekadang suka membandingkan itu dan ini. Soalan-soalan wajid "Hafiz sekolah di mana"? Ada yang suka Hafiz sekolah agama dan ada yang kata bila bersekolah agama/tahfiz susah nak dapat kerja dan sebagainya. Padahal rezeki ajal dan maut telah di tentukan oleh Allah s.w.t sedari azali lagi. Insya Allah biarlah rezeki sedikit asalkan halal,berkat bersih dari riba insya Allah hidup akan bahagia. Apalah gunanya harta yang melimpah ruah andainya hati tidak tenang. Bukan salah memiliki kekayaaan tetapi biarlah asalkan berkat dari berbagai sudut.

Itulah pandangan sesetengah orang kampung,bukan sahaja orang kampung tetapi ada juga adik beradikku yang bersikap demikian. Mereka fikir anakku nan seorang ini akan rugi bila bersekolah aliran ugama/tahfiz tetapi padaku dan suami insya Allah terasa tenang jiwa dan bahagia anak bersekolah di aliran itu. Itu pandangan masing-masing, berbeza-beza. Malahan dua orang anak buahku Zulaikha dan Husna yang bersekolah arabpun di kata orang. Kesiannya hantar anak sekolah arab, nanti susah nak dapat kerja, apa lagi pandangan orang kepada anakku. Tetapi adik iparku yang mengajar bahasa arab di Penang susah hendak bertukar ke sekolah lain kerana tak ramai guru yang menguasai bahasa arab.


Tetapi tidak pada suamiku, dia kata biarlah Hafiz ikut jejak langkah arwah ayahnya menguasai bahasa arab dan belajar di Mekah. Biarpun Hafizku tidak sampai ke tahap itu tetapi semoga akan terkena tempias juga. Ilmu dunia bila-bila masa sahaja boleh di cari, zaman sekarang ni warga emas umur 70 puluh tahunpun kalau ada kemahuan masih boleh belajar. Tetapi ilmu ugama semakin di tinggalkan dia akan tinggal kita jauh dan semakin jauh. Biarlah melentur buluh dari rebungnya kalau dah menjadi buluh sukar untuk di bentuk. Mungkin lalui sukar yang kami lalui ada hikmah di sebaliknya. Dia telah mengatur segala perjalanan hidup ini. Insya Allah sekali kaki melangkah tidak akan menoleh kebelakangan lagi biarpun seribu rintangan yang mendatang. Allah maha mengetahui....

29 Mac pulang ke Kuala Lumpur, punyalah lamanya tunggu bas, janji pukul 8 lebih tetapi sampai kul 11.00 lebih. Kata pemandu bas di Kota Bharu jam teruk maklumlah malam tu ada pesta lampu-lampu untuk sambutan ulang tahun keputraan Sultan Kelantan. Jam 12.00 malam masih lagi duk kat Machang. Nasib baiklah sempat solat subuh di rumah. Belum pernah lagi sampai ke Hentian Putra jam 6.00 pagi.

P/s kalau nak ikutkan kata orang tak aman hidup ini, sebab manusia akan menjadi hakim melebihi segalanya, padahal yang lebih mengetahuinya adalah Allah s.w.t.


Nur Tuhan
Album : Penawar Hati
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi


Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan