andai ini takdirnya utkku

Wednesday, March 25, 2015

ku lepaskan rasa hati hati ini

25.Mach.2015


Hanya sebulan abang sihat kini penyakit yang sama datang lagi. Disember 2014 tatkala ayah sakit abangpun sakit.. Ya ALLAH ujian demi ujian menimpaku. Sesekali terbit juga rasa kesal marah dan sedih...tetapi bila aku kenang kembali itulah takdir untukku. Kalau dulu ada ibu dan ayah untuk aku bercerita. Kini aku tiada insan yang benar2 memahamiku. Astagfirullah aku ada Mu ya ALLAH. Ampunkan segala dosa2 ku ya ALLAH.



Tiga bulan pemergian ayah rasa begitu sepinya bila sesekali pulang ke kampung. Hanya pusara aayah dan ibu pengubat rindu.. Masih terdengar suara lelah ayah yang teruk, masih terbau badan ayah, masih terbayang di saat ayah bercerita. Apa lagi kenangan yang aku ada? Di saat pemergian ayah aku tiada kerana aku seorang isteri. Kenapa aku tak biarkan suamiku pulang dengan anakku, dan anakku un pulang ke kolej tinggal suamiku terkapai2 dirumah sendiri. Wajarkah aku? Ya Allah kalau di ingat lagi aku rasa sedih. Adakah ini salah aku? Salah suamiku? Apakah aku tak redha dengan qadar dan qodar MU. Allah ...aku tak tahu apa hikmah yang tersembunyi..


Betapa beratnya hendak aku melangkah tp aku TERPAKSA kerana aku isteri. ALLAH ALLAH ALLAH aku tak dapat bertemu ibu dan ayahku di saat akhir. Aku bermohon dan berdoa untuk bersama mereka di syurga kelak. Ya Allah perkenanknlah doa aku.