Monday, January 30, 2012

Fenomena Ustaz Don

Alhamdulillah 29 Jan 2011 berpeluang mendengar ceramah Ustaz Don secara live di madrasah As-Sidiqin di BTP. Walaupun lama menanti ketibaan Ustaz Don tetapi peminat2nya tetap sabar menanti walaupun rasa nak pitam dek ramainya manusia di dalam surau dan di luar. Begitulah fenomena Ustaz Don. Bertuah mak ayah dia mempunyai anak yang begini, anak yang soleh yang banyak memberi manfaat kepada orang lain yang tidak lokek ilmu untuk di kongsi bersama.

Sudahlah tunggu lama katanya jam 9.00 pagi Ustaz Don sampai di surau tetapi tunggu punya tunggu jam 11.15 baru sampai. Mungkin agak kelam kabut dia...ada pemandu ke tak wallahuaalam. Hajat hati nak balik cepat bila dah habis, nak tengok Ustaz Don dari dekat jangan harap seperti kena hurung kat semut dah ustaz, ngan budak2 kecik mak pak budak aduyai. Dari pitam dalam surau lebih baik aku balik,dah ambik gambar ustaz dari jauhpun dah kira oklah tu. Lagipun berlambak gambaq ustaz kat it macam tu lah wajah dia, cara pemakaian dia tak berubah seperti kat tv tu le.

Alamak kereta kecik aku kena block, selidik2 kereta Ustaz Don marcedes hehehe. Nak balik lagu mana nih? dah rimas ni alahai tunggu punya tunggu rupanya ustaz nak solat zohor, orang lain tak boleh keluar aku lagilah sebab parking depan lagi tu. Ada lah beberapa orang surau ni yang keretanya tak boleh keluar, nasiblah ada orang tolak kereta dan undur kebelakang barulah boleh balik. Begitulah orang kalau dah glamer...tp aku percaya bukan itu yang dia mahu. Orang suka cara penyampaian dia mudah faham. Tp tak tahulah kalau ada yang nak rekomen anak dara dia ke hahaha. Maklumlah ramai anak2 dara termasuklah Ustazah Atiqah yang masuk program realiti ustazah pilihan di astro oasis pun ada. Erm saja2 je hehehe....

Sunday, January 15, 2012

tok soh duk risau la

Anakku sudah melangkah ke alam dewasa
Anakku kena pandai berdikari
Anakku bukan anak yang berusia lima tahun lagi

Hati seorang ibu akan tetap rasa risau
Kalau dulu makan di jaga pihak madrasah
Kini pandai2lah berdikari
Hati seorang ibu
Nak suap nasi kemulutpun
teringat kat anak
makan apa kah anakku di sana?

Allah yang menjaga anakku
Bukan aku, kalau bersama akupun
belum tentu aku boleh jaga dia sebaik mungkin
mungkin ini ketentuan dari Ilahi
Ucapkan alhamdulillah
aku redha Ya Allah



p/s alhamdulillah sekarang anakku sudahpun berpindah kerumah sewa, berdekatan dengan sekolahnya. Bersangka baiklah aku semoga orang2 di situ baik dengan anakku. Setahun tu tak lama pejam celik2 pejam celik setahunlah.....

Saturday, January 14, 2012

Urusan yang belum selesai

Sebagai manusia biasa sudah pasti kita melalui berbagai dugaan dalam kehidupan, kesenangan, kesusahan, kelaparan yang paling menyedihkan kematian. Tetapi alhamdulillah setakat ini tidak ada lagi yang paling berat yang menimpa hidupku. Bukan tidak ada langsung tetapi semua itu aku harungi dengan tabah dan redha. Alhamdulillah ucapan syukur sentiasa di bibir, walau apapun keadaan ucapkanlah alhamdulillah kata Ustaz Hanafi supaya hati akan menjadi tenang.

Alhamdulillah kerana anakku bakal mengambil SPM, dan dia memberi kesungguhan untuk belajar walaupun sudah lama dia tidak belajar akademik lantaran untuk menumpu sepenuh hati kepada pengajian di Madrasah Muhamadiyah. Aku tidak mahu anakku rasa tertekan cuma aku katakan kepadanya ini semua demi masa depanmu nak. Kamu ada cita2, manalah tahu berkat kesungguhanmu akan mencapai kejayaan yang tak di sangka2. Pun begitu ibu tidak mendesakmu kerana ini adalah sesuatu yang baru buatmu. Buatlah apa yang termampu. Andai sebaliknya redhalah. Cuma ibu berpesan kepadamu nak...semoga apa yang kamu pelajari di maahad akan sentiasa berbekas di hatimu.

Sebagaimana beratnya hatimu untuk meninggalkan kenangan suka di duka di madrasah itu begitu jugalah ibu yang pertama kali menjejakkan kaki di madrasah awal tahun ini. Sangat tenang bila melihat wajah2 pelajar yang sentoasa jernih air mukanya, berseri terpancar nur keimanan di wajah masing2...Subhanallah. Dua tahun belajar di sana pasti banyak kenangan suka duka yang kamu tempuhi. Kenangan bertemu dengan Sultan Muhammad ke5 ,pergi baca yassin di istana, bertemu artis2 nasyid yang datang ke Balai Islam pasti terpahat kemas di sanubarimu.


Ahh...sayangnya nak kamu tidak berminat menulis blog, kalau tidak pasti lebih detail lagi penceritaan ini. Hari ini suamiku sewa kereta untuk menghantar barang2 ke rumah sewamu. Dalam hati ini terasa sedikit gusar, maklumlah berkongsi bilik dengan kawan yang baru di kenali. Bagaimanakan kawan itu baik kah? Perwatakannya bagaimana? Tidak seperti kawan2 di madrasah yang sentiasa mengambil berat kebajikan kawan2, susah senang hadapi bersama. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah pertemukan dirimu dengan kawan2 yang baik aminnn....

Walau di mana kamu berada jangan kamu lupa solat, mengaji quran tiap2 hari dan jangan terlalu leka kerana silap kamu melangkah sesal tak sudah. Tumpukan sepenuh hatimu...Insya allah kamu boleh...INSYA ALLAH....

Friday, January 13, 2012

menuju redha Ilahi

Bismillahhirahmani rahim

Ya Allah betapa beratnya ku rasa bebananku sekarang. Kusut fikiran memikirkan anakanda tercinta yang bakal menduduki peperiksaan yang paling besar dalam hidupnya iaitu SPM. Madrasah Muhamadiyah terpaksa di tinggalkan selama setahun demi laluan kepada SPM, lantaran anakandaku tak dapat nak beri tumpuan kerana belajar berlebihan antara ilmu dunia dan ugama. Betapa beratnya Ustaz Nazri melepaskan Hafiz kerana Hafiz merupakan pelajar yang tidak pernah buat masalah di madrasah itu, mematuhi segala arahan ustaz2, di lantik menjadi bendahari. Kata ustaz lepas SPM habis sambung belajar balik di madrasah. Insya Allah ustaz....Hafiz akan sambung belajar lagi di madrasah ....tetapi andai di takdirkan Hafiz ada peluang ke mana2 Universiti mungkin Hafiz akan belajar di waktu cuti sahaja. Jauhnya angan2 aku ni. Sudah pasti sebagai ibu aku hendak yang terbaik untuk anakandaku.

Memandang kan Madrasah Muhamadiyah setengah jam perjalanan dari situ ke bandar KB. Pagi2 lagi Hafiz menumpang ustaz keluar ke KB. Balik dengan bas, kadang2 bas lambat. Bila di campur tolak baik Hafiz duk menyewa dengan kawan2 sekelas dia di KB sahaja, lima minit jalan kaki sudah sampai ke sekolah, tak adalah masa terbuang begitu sahaja. Bila balik letih kerana masa di madrasah terlalu penuh. Biarlah Hafiz beri tumpuan untuk SPM dulu. Bukan tak boleh nak ambik umur 18 dan 19 seperti kawan2nya. Tp kata cikgu lebih baik dia ambik sekarang.

Bukan mengejar dunia tetapi dua2nya penting demi untuk meneruskan kehidupan di dunia ini, demi masa depannya. Bukanlah bermakna belajar ugama itu tidak ada masa depan tetapi sudah lumrah hidup di Malaysia kena ada SPM, kalau tak ada sijil itu tidak dapat pergi jauh. Manalah tahu ada rezekimu cerah, peluang sudah ada di depan mata teruskan lah anakku. Niatkanlah apa jua yang kamu belajar itu kerana Allah. Ibu dan ayah hanya mampu berdoa di kejauhan ini.

Dalam pada itu ibu merasa sangat sedih kerana di saat seperti ini kita terpaksa berjauhan, kalau bukan kerana terpaksa ibu pun tidak rela kita berjauhan begini. Mungkin sudah ditakdirkan begini kita redha sahajalah nak. Allah maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Mungkin selepas ini kita akan berkumpul seperti dulu. Insya Allah....

Hari ini sudah dua minggu anakanda belajar di sekolah swasta di bandar Kota Bharu. Ibu percaya di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan. Ibu doakan yang terbaik semoga anakanda berjaya cemerlang di dunia dan akhirat. Ya Allah bantulah anakku memahami segala yang di ajar guru2 kepadanya....amin.....

Monday, January 2, 2012

Selamat tahun baru 2012

Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana masih di beri nafas hingga ke tahun 2012. Rasanya sambut tahun baru kali ini sangat2 istimewa kerana dapat balik kampung bertemu dengan mak dan ayah, dan yang paling istimewa tiba sahaja 1.1.2012 banjir di kampungku menghayutkan kasut dan selipar ku. Alahai dugaan di tahun baru tabahlah hati.

Dua hari balik jumpa mek dan ayah rasa begitu singkat sekali. Tak puas rasanya, tp apakan daya banyak urusan anak yang belum selesai. Tahun ini juga merupakan tahun cabaran buat kami, kerana Hafiz akan menduduki exam SPM. Aku hanya mampu berdoa dan aku berharap semoga dia di beri kekuatan untuk mengharungi semuanya...