andai ini takdirnya utkku

Thursday, February 28, 2008

Usah ribut-ribut layan aje dong

Salam pagi jumaat penghulu segala hari, selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.a.w. Aku nak cerita apa ya? ada ke idea untuk aku bercerita nie? Eh ada ke kawan-kawan dari Indonesia faham dengan bahasa melayuku yang cacamarba ni? dah di campur aduk menjadi rojak kok bisa diorang faham ke?Huih awatnya aku ngomong bahasa Indonesia (betul ke tu hentam ajelah)? Huih depa bacapun gelak kat aku, ni belum lagi aku tulis loghat Qlate aku lagie nih .

Malam tadi aku menerima panggilan dari Ustazah di Maahad Tahfiz, ustazah memberitahu cuti anakku bermula pada 6.June ini. Alhamdulillah selama seminggu anakku bercuti adalah teman buatku di kala tinggal bersendirian. Nampaknya selama seminggu aku akan lupakan dunia blogging ini kerana aku akan bagi laluan komputer ini kepada Hafizku sementara untuk membaik pulih komputer tua ku itu. Bukannya apa aku tidak mahu buang masa, kerana aku rasa bersama anakku adalah sesuatu saat yang amat berharga, mendengar ceritanya dan melakukan aktiviti bersamanya seperti dulu.

Sejak akhir-akhir ini selalu orang bertanya aku apa namaku, nick ku banyak hehehe...biasalah aku ni tak pandai pulak nak pakai nick yang sama. Yalah kan kalau nick yang sama kan senang...orang akan tahu itu sajalah tuan empunya blog, tetapi nak buat macam mana dah aku suka begitu. Lagipun my hubby kata blog kita ikut suka kitalah hehehe. Sebenarnya di sebalik nick itu adalah kenangan buat aku. Aku bersyukur kerana suami memahamiku, malahan aku berbloggingpun di atas dorongannya jugak, tetapi sebagai isteri aku mestilah tahu batas-batas aku. Cuma bezanya suamiku tak suka berblog seperti aku dek kesibukannya di kantor....tetapi suka baca blog orang, buat blog cari duit lagi bagus katanya.

Sejak akhir-akhir ini aku rasa rindu sangat kat teman-temanku terutama sekali Epel dan Lea aku juga rindukan Fida yang tidak sudi lagi ke blog aku hihihih jangan marah ya fida gurau saja. Aku faham diorang sibuk....aku doakan semoga sahabat-sahabatku bahagia walau di mana saja mereka berada. Buat sahabatku KS tahniahlah kerana telah menjadi atuk. Buat Keshi jugak kerana mendapat baby boy Fathi Najmi..(maaflah baru sekarang nak habag kat blog nie). Buat Cikgu Wan Salmah semoga babynya Lokman Danial akan bertambah baik, semenjak kemalangan aidil adha yang lalu anaknya mengalami komplikasi di bahagiaan kepalanya....moga-moga cepat sembuh. Untuk mengetahui perkembangannya kami hanya berbalas-balas sms.

Buat-buat teman yang sudi singgah di sini selamat datang senang sekali jumpa kalian di mana-mana blogku. Buat Nicoledkidman di mana ya sekarang nie lamanya tidak menyapaku? Semoga semuanya bahagia dalam melakukan tugas-tugas yang di amanahkan oleh Allah s.w.t ameeennn........


Tuesday, February 26, 2008

Syukur alhamdulillah


Pagi ni bangkit tidur lepas solat subuh aku mengambil kain baju kotor dan masuk ke dalam mesin basuh. Rupanya getah airnya aku ikat ke dinding...apa lagi dah ler mesin basuh separuh automatik habislah satu bahagiaan dapur rumahku banjir kerana aku tidak sedar air sudah melimpah keluar. Itulah aku duk ralit sangat mengadap komputer ni. Waduh dari takde kerja jadik banyaklah pulak, tetapi ada hikmahnya kerana dapat membersihkan lantai hehehe. Itulah kalau sedang asyik melayan komputer nih...erm nak buat macam mana ini ajelah teman di kala kesepian. Dua tiga hari lepas ada mak dan ayah mertua tidak sunyi kerana mereka rajin bersembang.

Cuma hatiku rasa berbunga bahagia selepas kepulangan mereka....bukannya apa kedatangan mereka kali ini membuatkan aku lebih berani menyatakan sesuatu yang sudah lama aku pendamkan. Jauh di sudut hatiku sentiasa mengharap sesuatu akan berlaku dalam hidup kami semoga di beri rezeki yang melimpah ruah. Aku tidak minta harta menimbun tetapi aku berdoa semoga aku di kurniakan sesuatu yang lebih berharga dari harta di dunia ini.

Kalau dulu aku selalu berjauh hati dengan ibu mertuaku kerana selalu memuji menantunya yang berkerjaya, sedangkan aku ini hanyalah menjadi suri rumah . Tetapi kini aku faham sudah menjadi lumrahnya alam yang lebih baik dan yang berada sedikit akan di puji melambung-lambung, tetapi aku tidak minta di puja dan di puji...aku bersyukur kerana mendapat ibu mertua yang tersangat baik, yang sanggup terima seadanya aku.

Bagiku aku tersangat bahagia dengan apa yang aku miliki kini, di anugerahi suami yang penyayang dan anak yang mengikut kata. Apa lagi yang aku harapkan selain dari kebahagiaan hidup bersama suami dan anak tercinta. Segala kekurangan berupa harta insyaallah kalau di izinkanNYA boleh di cari...tetapi kebahagiaan adalah sesuatu yang teramat mahal harganya tidak dapat di beli dengan wang ringgit, allhamdulillah di atas segala anugerah ini ya Allah. Aku selalu berdoa semoga aku menjadi isteri dan ibu yang baik, hargailah apa yang kita ada...allhamdulillah syukur.....

Cewah jiwang karat pulaklah kali ini aku menulis hihihih nak tulis apa lagi ya?insyaallah sambung lagi di lain waktu.....


Monday, February 25, 2008

Biar Bulan Bicara oleh Broery Marantika

Bulan sabit
Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Chorus:
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu

Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini

Monday, February 18, 2008

Selamat hari lahir abang










Ni kek yang aku copy kat blog He sedap nampaknya....makan gambar ajelah kita kekeke.........













Ni hah bunga tulip untuk abang hihihi

Hari ini bertarikh 19 Februari 2008 bersamaan dengan 12 Safar 1429 hijrah merupakan hari ulang tahun kelahiran suamiku tercinta yang ke 43. Erm, nampaknya bertambahlah lagi usiamu abang. Secara kebetulan anak kepada adikmu iaitu Mohammad Afiy Ehsan juga lahir pada tarikh ini. Tiada apa yang istimewa yang dapat isterimu berikan kepadamu abang melainkan doa dan harapan semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki kita yang halal, biar apapun rintangan kita tempuhi bersama dalam suka dan duka. Setiap pengorbananmu selama ini amat aku hargai, terlalu banyak pengorbanan yang
telah kau berikan terhadap kami. Selalu katamu itu tanggung jawab seorang suami kepada isterinya....

Hari ini seperti hari-hari yang lainnya tiada kek dan tiada masakan istimewa yang aku sediakan untukmu, kerana semenjak Hafiz tinggal di asrama kami jarang makan nasi. Kalau makanpun sekadar untuk mengalas perut sahaja. Pagi tadi sempat goreng keropok lekor hehehe jadilah. Insyaallah bila Hafizku pulang dari asrama akan kita raikan bersamanya.


Bagi familiku tidak kisah ini semua, dari kecil hingga besar anakku tidak di ajar untuk menyambut birthday seperti anak-anak orang lain dengan berpesta besar-besaran seperti anak-anak orang lain, pernah juga ketika kami di BHC menjemput rakan-rakannya makan-makan. Aku,anakku dan suamiku memang jenis orang yang tak kisah, bukan tak ingat hari lahir ke...hari ulang tahun perkahwinan ke...tetapi bagi kami cukuplah ala kadar sahaja. Masak sesuatu yang agak istimewa raikanlah bersama . Kami tidak pernah lupa tarikh-tarikh sebegini. Pernah beberapa kali suamiku membelikan aku sejambak bunga daisy di hari ulang tahun perkahwinan kami dan juga sekuntum mawar merah. Bagiku suamiku tidak lokek untuk memberikan hadiah, pun bukan terletak pada tarikhnya. Nak beli hadiah ke apa ke beli aje, bila-bila masapun boleh. Sebab itulah aku tak berkecil hati kalau tidak ada apa-apa hadiah di hari ulang tahun perkahwinan atau birthdayku. Suamiku selalu bemurah hati membelikan hadiah untukku dan Hafiz, biarpun aku dan Hafiz tidak pernah meminta untuk di berikan hadiah. Dan satu lagi aku suka bila kami shopping sama-sama kalau aku nak apa-apa pun suami aku kata ambil aje...tetapi aku ni jenis berkira kalau tengok harga mahal aku tak mahu hehehe, aku lebih memilih yang murah-murah aje, kedekutnya aku nie hehehe.. maklumlah aku lebih memikirkan perkara yang lebih penting dari ini. Bagiku anaklah yang mesti di dahulukan, dia nak belajar kosnya mahal kena simpan dari awal lagi. Kalau dah ada anak, ibu bapa hanya memikirkan tentang anak saja...bukan untuk diri sendiri...diri sendiri jatuh ke no dua. Sekali sekala tu boleh lah. Itulah bagi kami banyak perkara lain lagi yang lebih penting dari memikirkan benda-benda macam ni.....tambah-tambah lagi hanya suami aku aje yang kerja sorang-sorang.......

Kepada suamiku selamat ulang tahun yang ke 43, semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki, Moga-moga kasih sayang kita tetap akan utuh sehingga kehujung nyawa.......moga-moga jodoh kita berkekalan hingga ke syurga.

p/s ingat nak tulis panjang lagi tetapi simpanlah untuk tibanya 3 no 8 dalam hidup kami Ogos nanti hehehe.......

Selamat Hari Lahir

Artist: Saujana
Song Category: Nasyid

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Suamiku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Suamiku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

p/s lirik nasyid ni untuk di tujukan kepada sahabat, aku tukar ke suamiku baru kena hehehe..



Friday, February 15, 2008

selamat bertunang~Shu,Sham










bahagianya dia...........tp awat tudung cam senget aje hihihi..anak gadis zaman la ni bertunang bakal suami p sama, kalu kita dulu cuma pak mak menakan aje yang p minang, nak tengok mata bakal lakipun malu.









sonoklah tu...........










Gambar kurang jelas plak












Berposing dalam cermin pulak budak nie......................

Maaf tiada ide buat masa sekarang cerita lain kalilah. Selamat bertunang Shu dan Sham, ini lagu untuk korang, maaflah Shu kerana Mak Sue tak bagi URL blogku untukmu............

Nur Kasih

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

( korus 1 )
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

( korus 2 )
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

( doa )
Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata

( ulang korus1 & korus 2 )
(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

( ulang korus1 & korus 2 )
(Mekar disiram nur kasih)



Thursday, February 7, 2008

Cerita gong xi fa cai

6 Februari 2008

Malam rabu temanku Lea sms, katanya hendak datang makan di rumahku pada hari khamis gong xi fa cai, dia tak bagi aku masak, kerana katanya dia yang masak semuanya. dia kata hendak masak nasi beriyani atau nasi minyak. Ermm, enaknya nasi minyak..tetapi naluri seorang ibu kalau makan apa saja pasti terkenangkan anak. Kataku kalau masak lauk ayam minta maaflah kami dah lama tak makan dah(melainkan ayam organik).

Khamis 7 Februari 2007

Paginya suamiku pergi ke pasar tani dengan kawan seopisnya, beli barang-barang dapur...beli keperluan sahajalah, nak masak juga yang simple-simple tak kan nak harapkan orang saja yang masak.

Lepas pulang dari pasar tani kak Tushee dan abang Zamani teringin nak cabut ubi katanya anaknya semuanya pulang, nak buat kuih talam dan lepat. Katanya ubi kayu ni makanan orang lama anak-anaknya kalau di rebus bukannya makan, tetapi kalau di buat kuih lakulah pulak. Ya lah makan semuanya enak nak buat aje yang malas sebabnya banyak melalui prosesnya. Erm, teranglah sikit depan rumah aku yang semak tu.

Tengahari Lea sms lagi, lepas solat baru nak mai..oleh kerana aku tak makan ayam tak jadi ler nak masak nasi beriyani atau nasi minyak, masak asam pedas ikan merah goreng ikan dan sayur ajelah katanya. Aku kata okeylah tak apa. Lepas solat zohor dia datang ke rumahku,then dia gi ambik suaminya di stesyen LRT di Asia Jaya makan bersama kami.

Seperti biasa, kalau dia datang jarang nak berlama di rumahku, lepas makan terus pulang kerana suaminya nak balik tidur, malam kena gi kerja lagi, shift malam. Lepas mereka pulang suamiku pergi jenguk anakku sebentar hulurkan makanan untuknya, buah limau dan sebagainya, begitulah kasihnya ayah dan ibu kepadamu nak tidak pernah melupaimu walau sesaat.

Hari ini 8 Februari 2008

Sedang aku bersama suamiku keluar di halaman rumah bersih ala kadar, jiran cinaku di bawah mengucapkan hello kepada kami dengan menghulurkan buah limau dan ang paw untuk Hafiz. Sepanjang aku tinggal di sini dialah satu-satunya jiran yang selalu menyapaku biarpun bahasa cinanya terlalu pekat. Aku selalu menghulurkan ubi kayu untuknya...dia ni memang suka makan ubi kayu. Aku ingat orang cina tak suka makan ubi kayu, tetapi rupanya dia buat kuih macam orang melayu jugak, kuih talam dan bingka untuk di jadikan juadah di hari gong xi fa cai katanya. Tak habis-habis dia ucapkan terima kasih kepada kami kerana memberikan dia ubi kayu hihih lucu tul..alah biasalah ubi kayu aje, kalau nak lagipun boleh nak bagi cerahlah sikit depan rumah ni. Seperti yang sedia maklum anakku tidak bercuti biarpun orang lain sedang bercuti, sabar ajelah aku.......

Hari ini juga anak buahku Shu bertunang dengan jejaka pilihannya, erm..tentu ayah,emak, Kak Ummi As dan Abang Zul tentu seronok kerana anak perempuan sulungnya bertunang. Tetapi mereka tidak tahu ada hati yang menangis kerana tiada siapa yang menelefon aku, kalau bukan aku yang menelefon mereka. Emak dan ayah aku tentu seronok bakal mendapat cucu barunya. Tetapi anakmu ini emak merintih sendiri, susah senang aku sendiri...kalau kalian di kelilingi family tetapi aku???? Tentu di waktu ini mereka sedang bergumbira..tak apalah aku biarlah menangis sendiri. Teringin juga merasai suasana itu, namun apakan dayaku. Mereka bukan melupai aku, mereka sayang aku bila berada dekat dengan mereka. Tak apalah kalian berbahagialah kalian hari ini dan selamanya...aku ini kalian tidak pernah ambil tahu, susah ker senang ker..tanya khabar ke? Sedih uwaaaaaaaaa...........biarlah aku nangis sorang-sorang.....huih tak payah layan baik aku bedal buah limau laaagggiiii lah sedapnya....jom makan dulu.......


Sunday, February 3, 2008

Berat hatiku melepaskanmu

Jumaat jam 11.00 pagi anakku Hafiz pulang dari asrama. Tiga minggu aku tidak melihatnya dia kelihatan kurus sedikit, tidak ada selera untuk makan, salah satunya biasalah masakan orang lain tidak akan sama dengan masakan ibu, biar masakan ibunya pakai main campak aje kata orang tetapi dia tetap kata sedap. Terubatlah rinduku kepadanya, begitu juga Hafiz merindui ibunya.

Anak mana yang tidak rindukan ibunya. Dua hari bersamanya aku rasa tidak cukup,makan bersamanya membuatkan aku begitu berselera, selama dia pergi semalamlah aku rasa berselera untuk makan,kalau selama dia pergi aku asyik teringatkan dia..makan apa dan sebagainya aku bayangkan. Biarpun berat untuk aku melepaskannya petang ini dia terpaksa pulang semula ke asramanya seperti biasa di hantar oleh ayahnya. Dari jauh aku memanjat syukur kepada Allah s.w.t kerana dia sudah jauh berubah dari sebelum ini. Solatnya dan bacaan tajwidnya bagus, alhamdulillah. Cuma aku gusar bila dia menceritakan tentang ketikdak selesaan tinggal di asrama. Kalau boleh nak duduk di rumah. Aku faham perasaannya bila tinggal di asrama,segala kain baju di uruskan sendiri, rindu dan sebagainya. Insyaallah aku berdoa semoga segalanya akan berjalan dengan lancar insyaallah.....

Memanglah sedih bila melihat mata anak berkaca bila memeluk ibunya...tetapi seperti biasa aku tidak pernah tunjukkan kesedihan di hadapan anakku, tetapi selepas dia pergi aku yang menitiskan air mata. Hmm....nak buat macam mana berkorban apa saja harta ataupun nyawa itulah kasih mesra sejati dan mulia, untuk mendidik dia menjadi insan yang baik memerlukan pengorbanan.Belajarlah dengan tenang di sana duhai anak. Biarlah kita bersusah dahulu insyallah Allah pasti akan memberi kesenangan buat kita di masa-masa akan datang percayalah. Ibu rindukan suasana ketika kita bersama dahulu, kau begitu manja, adakalanya rajukmu sukar ku pujuk, baru sebentar tadi ibu mendengar suaramu, malam ini dirimu pergi lagi.....pergilah sayang, ibu iringkan doa buatmu semoga dirimu sentiasa dalam rahmat Allah.....


Friday, February 1, 2008

Bila rindu datang


~ni ler anak-anak buahku yang comel lote ni hihihi, yang riba baby tu yang nak tunang..itu Amirul Mukminin satu-satunya anak lelaki tunggal abang pada aku~

Alhamdulillah hari ini Hafiz pulang ke rumah, hilanglah rindu ini kepada Hafiz. Rasanya nanti cerita kemudianlah tentang Hafiz. Malam ini aku telefon keluarga di kampung, rupanya mereka sedang sibuk
menyiapkan hari pertunangan anak buahku yang sedang belajar di UPSI. Erm..seronoklah mereka di sana, sedangkan aku di sini tiada siapa yang hendak jenguk aku. Nak harapkan mereka datang berbagai alasan yang mereka berikan,tak apalah aku tak berkecil hati kerana masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing, apa lagi ayah dan emak aku tak berapa sihat. Untuk melepaskan rinduku aku ke frindster anak buahku Shu yang bakal bertunang pada hari jumaat minggu depan. Dia merupakan anak buahku yang agak rapat denganku, aku kira semua anak-anak buahku agak rapat denganku.........tak ubah seperti anakku juga.......Jauh di sudut hatiku merindui, emak,ayah dan famili...tetapi biarpun aku katakan yang aku tidak berkecil hati andai mereka tidak menjenguk aku di sini, tetapi kekadang hatiku agak sedih jugak. Namun apalah daya aku tidak mampu untuk memaksa mereka datang menjengukku. Merekapun faham bagaimana situasi aku jadinya kalau nak harap aku pulang mungkin mengambil masa yang lama, apa lagi anakku bukannya senang-senang hendak bercuti seperti sekolah biasa. Kalau orang lain cuti dua minggu dia hanya cuti seminggu sahaja. Dekat di sayang jauh di rindu...tetapi rindu semakin jauh bila tidak bersua muka. Begitulah aku rasakan..........
Tetapi bagiku selagi nyawa masih di kandung badan rindu ini tidak mungkin padam.