andai ini takdirnya utkku

Monday, November 24, 2008

mengantuk

Alahai semenjak dua menjak ni mai angin mengantuklah pulok, kalau malam-malam tu rasa nak le jugak tengok criter apa ada kat tv, tetapi entahlah mengantuk sangat-sangat. Pantang jumpa bantal terus terlelap. Yang nak menjadi tak berapa kelakarnya pergi ke klinik panel saja-saja kebetulan lalu kat situ. Doktor tanya sakit apa Kak Awwa cakap mengantuk hehehe, doktor kata mengantuk tidurlah.

Kak Awwa memanglah tak banyak aktiviti kat luar rumah sekarang ni,entah mai angin malas. Pokok-pokokpun dah lama tak bubuh baja, ada yang dah kekuningan. Hari ahad lepas pergi Car4 nak beli baja tak jumpa,tetapi terserempak dengan Ras Adiba, cuma berbalas senyum sahaja sebab kerusi rodanya di sorang dengan laju. Kak Awwa tengok pokok bunga ros cantik-cantik geram nak beli, tetapi bila ingat kalau buat balik kat rumah tak berapa nak cantik malas nak beli. Dulu memanglah Kak Awwa pantang kalau tengok bunga ros nak beli,tetapi sekarang Kak Awwa dah malas sebab bila kita tanam tak secantik yang kita beli,dah le kalau berbungapun kecik aje, tak sebesar masa kita beli tu. Tu lah Kak Awwa suka tanam ros-ros kampung aje, tahan lasak, dalam lalangpun masih berbunga tak putus.Setakat ni yang ada ros merah kat dalam lalang dan ros putih yang epel kasi........yang lain-lain tu macam nak tunggu mati aje......

Dalam mengantuk-mengantuk Kak Awwa pun bukalah almari pakaian, tengok baju-baju yang tak berapa lama lah jugak. Kak Awwa jahit manik, jahit yang senang-senang sahajalah, nantilah kalau rajin Kak Awwa muatkan gambarnya. Walaupun Kak Awwa jahit tak berapa nak cute dan tak berapa kemas tetapi Kak Awwa memang seronoklah sebab Kak Awwa tak perlu nak upah orang, mahal tu. Ados memang mengantuk sangat, kalau tertidur di siang hari dan tersedar rasa nafas sesak tiba-tiba, sebab tu le Kak Awwa tak berapa suka tidur siang. Untuk mengelakkan baca buku apa-apa aje sambil duduk, kalau baca sambil baring alamaknya terlelaplah jawabnya..............

Monday, November 17, 2008

rindunya kat hafiz

Hafiz masih belum bercuti lagi walaupun sekolah lain sudahpun bercuti panjang. Hafiz akan bercuti bila tibanya aidiladha nanti. Sunyi rasanya tanpa Hafiz di rumah, bila mendengar gelak tawa anak-anak jiran sebelah yang pulang bercuti rasa sedihlah pula, bahagianya mereka gelak ketawa sesama mereka, sedangkan Kak Awwa ada Hafiz sorang saja. Tetapi apakan daya,biarlah dia di sana,biarlah dia cutinya sedikit asalkan di sana dia dapat mendalami ilmu Al Quran. Kalau dia pulangpun dia akan seharian mengadap komputernya. Tetapi itu buka masalahnya, yang pasti memang belajar di sekolah tahfiz ni kena banyak berkorban apa saja. Kalau sekolah lain cuti dua minggu dia seminggu, kalau orang lain cuti sebulan lebih sekolahnya tak sampai dua minggu.

"Ibu ada apa Hafiz nak tolong" sambil tip tap tip tap keyboardnya....macam-macam dia ubah banground myspace dia dan main games. Dia seperti remaja lain juga suka main games, nama lagi budak-budak.

"Tolong ibu buang sampah Hafiz, kupas bawang nak masak nasi goreng" atau buat sambal tumis ikan bilis kegemarannnya. Itulah ayat-ayat sama.

"Hafiz tolong ibu jemur kain", "nanti ibu kejap lagi hafiz pergi".Itulah ayat-ayat sama biarpun dia akan lakukan apa yang di suruh dan yang tidak di suruh. Tetapi dalam banyak hal dia banyak menolong Kak Awwa dalam membuat kerja-kerja rumah, mungkin dia faham bagaimana keadaan ibunya. Terima kasih nak.........

Sunyinya....................

Kenangan Terindah

Artist: Samsons
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...

p/s sedap pulak dengar lagu ni...sambil jahit manik tengok sinetron putri yang hilang, bila dengar lagu ni rasa suka pulak kat liriknya.......

Saturday, November 15, 2008

pertemuan 16.11.2008


18 Zulkaedah 1429 Hijrah

Hari ini Kak Awwa di kunjungi rakan blogger iaitu Cikgu Wan Salmah. Tetapi Kak Awwa lebih mesra memanggilnya dengan panggilan Kak Wan. Sudah lama Kak Awwa ingin bertemu dengan Kak Wan hari ni baru di izinkan Allah s.w.t. Itupun Kak Wan yang sudi datang ke rumah Kak Awwa, nak harapkan Kak Awwa berkunjung ke rumah rakan-rakan payahlah sikit.

Rumah Kak Awwa hari ni seperti hari raya, memang Kak Awwa dan suami terasa meriah sangat. Kak Wan datang bersama anak-anak dan kakaknya. Pada mulanya Kak Awwa tak kenal yang mana satu Kak Wan hehehe ya ampun kak. Sehinggalah di perkenalkan oleh kakak Kak Wan ni lah Kak Wan. Ikhlas Kak Awwa katakan Kak Wan memang muda dari usia dan kecik molek orangnya, selama ini Kak Awwa hanya melihat gambar sahaja. Bukan memuji tetapi itu dari pandangan kaca mata Kak Awwa...ampun lagi ya kak.

Kak Awwa mengenali Kak Wan di groups Komuniti Oku yang mana di grup itu ada yang oku dan tak oku, yang oku penglihatan dan yang oku fizikal, macam-macam ada kat situ. Bermulanya perkenalan Kak Awwa dengan Kak Wan masa tu adalah minat nak belajar tulis cerita kanak-kanak, tetapi tak kesampaian hingga ke hari ini, mungkin belum cukup ilmu. Kak Wan mengirimkan Kak Awwa fail-fail dan menerang serba sedikit dan tips untuk Kak Awwa. Makasih ya kak, itupun kalau Kak Wan masih ingat. Tetapi sayangnya segala fail-fail itu sudah hilang, sebab komputer Kak Awwa yang dulu dah rosak, komputer ni pun tinggal nyawa-nyawa ikan tetapi bolehlah.

Seronok tengok baby Danial yang comel, kalau ikutkan hati nak peluk cium Danial, tetapi Danial kurang sihat. Tengok Danial teringat Hafiz masa kecil-kecil dulu.

Kak Awwa suka sembang jugak hihihih...kekadang Kak Awwa malu, sebab Kak Awwa rasa macam kenal lama pulak dengan Kak Wan dan family, apa lagi bila kami kecek loghat Kelate kami. Alahai kat rumahpun Kak Awwa kecek tubik jugak slang Kelate, biasalah orang Kelate. Hafiz tu dah bercampur aduk habis dan percakapannya.

Kepada Kak Wan dan family terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkunjung ke rumah. Kalau ada terlebih kurang mohon ampun dan maaf. Panjang umur murah rezeki jumpa lagi. Kak Awwa tak boleh nak letak banyak sangat gambar kat sini sebab gambar agak kurang jelas.

Friday, November 14, 2008

tajuk?entah le.........

Petang semalam Hafiz call. "Ibu Hafiz nak ke rumah Mubin, emaknya jemput". Memandangkan suami Kak Awwa pun tidak menjemputnya minggu ini jadi Kak Awwa rasa biarlah dia ke rumah Mubin lagipun Kak Awwa tahu serba sedikit bagaimana keluarga itu dari apa yang di ceritakan oleh Hafiz, biarpun mereka tidak ada masa lagi untuk bertandang ke rumah Kak Awwa. Insya-Allah semoga suatu hari nanti Kak Awwa akan berjumpa jua dengan keluarga ini. Kalau nak diikutkan Kak Awwa tak mahu sangat Hafiz ke rumah orang. Tetapi bila di fikir-fikirkan diapun nak juga berdikari. Lagipun di sana suraupun dekat.

Kak Awwa saja-saja call ummi Mubin, Kak Nurul untuk mengucapkan terima kasih kerana menumpangkan Hafiz pulang. Hari ahad sebelum zohor Hafiz dan anaknya akan kembali semula ke asrama. Di sekolahnya masih belum bercuti biarpun di sekolah biasa sudah mula bercuti. Kalau cutipun tak lama seperti sekolah biasa. Mubinpun anak tunggal seperti Hafiz juga.

Semalam bila Kak Awwa sembang-sembang dengan suami, dia kata sekolah dah mula bercuti, Kak Awwa memang tak perasanpun. Nasib baik juga suami Kak Awwa beli tiket bas awal untuk pulang beraya di kampung kalau tidak tak baliklah Kak Awwa. Bukannya balik nak makan daging korban tetapi nak beraya dengan ayah dan mek. Rasa rindu sangat. Cepatnya masa berlalu dah nak masuk tahun baru dah kita ni,2008 hanya tinggal sebulan lebih lagi dah. Bila Kak Awwa renung-renung kembali apalah yang Kak Awwa lakukan sepanjang tahun 2008 ni?? Kalau nak dikutkan sebagai suri rumah tangga tu banyak...tetapi kalau bab kerjaya tu Kak Awwa tak ada.

Hujan turun tak kira pagi atau petang, rasanya di kampung pasti ada yang membuat persiapan untuk menghadapi banjir. Kak Awwa bersyukur sangat kerana di rumah Kak Awwa tidak ada banjir, tidaklah susah emak dan ayah Kak Awwa untuk berpindah. Kesian diorang, masih terkenang lagi ketika banjir besar suatu ketika dahulu. Masa tu Kak Awwa darjah enam, Kak Awwa main air di celah lantai rumah yang mula masuk. Bagi Kak Awwa itu satu keseronokan sedangkan emak dan ayah bersusah payah menyimpan barang-barang untuk di letakkan di tempat selamat. Segala tilam bantal sudah tergantung. Almari di letak di atas katil. Air tiba-tiba mula naik. Kalau nak ikutkan Kak Awwa tak nak berpindah kerana Kak Awwa dari kecil hingga ke hari ini memang tidak suka bermalam di tempat lain selain dari rumah sendiri. Tetapi kami di arahkan berpindah oleh pihak berkuasa di sekolah. Tetapi Kak Awwa tak nak juga, Kak Awwa tak mahu duduk beramai-ramai di sekolah. Kawan Kak Awwa yang bernama Nita menyuruh ke rumah dia, di situlah Kak Awwa bermalam selama dua malam. Ayah nak bawa Kak Awwa ke sekolah Kak Awwa tak mahu. Bila di fikir-fikirkan betapa degilnya Kak Awwa ketika itu. Kak Awwa lebih senang di rumah kawan.Kak Awwa tinggal di rumah kawanpun emak dah bekalkan beras dan lauk pauk dan segala jenis ubi... badak, itik dan ubi kayu untuk di makan bersama keluarga kawan.Bukannya menumpang semata-mata.Ayah suka menanam segala jenis ubi.

Bila air dah surut memang tak sabar nak pulang ke rumah, tak kiralah kena bergotong royong cuci rumahpun asalkan dapat tinggal di rumah sendiri. Kini semuanya itu hanya tinggal kenangan, setelah projek Kemasin di Semerak banjir dah takde lagi di kampung itu, kalau adapun tidak seteruk dulu sehingga terpaksa di arah berpindah. Bila hujan-hujan itulah yang membuatkan Kak Awwa rindukan kenangan lalu. Mungkin orang yang pernah mengalaminya akan merasai pahit manisnya bila menghadapi banjir, selain dari harta benda yang hilang nyawapun boleh melayang. Yang tak dapat di lupakan, bila air naik mendadak dan segala perabot di rumah mek rosak, tetapi tidak mengapa kerana orangnya selamat..........

Kepada adik-adik yang sedang bercuti selamat bercuti, dan kepada yang bakal mengerjakan ibadah haji selamat berangkat ke Mekah. Semoga satu masa nanti jika di izinkan Allah kami juga akan menjadi tetamu Allah.........

Tuesday, November 11, 2008

blogku berwajah baru

Pertamanya Kak Awwa nak ucapkan ribuan terima kasih untuk adik Abu Rifaie kerana sudi mengubah suai blog Kak Awwa menjadi cantik begini. Memang dah lama tak up date blog. Entahlah kekadang tak tahu apa hendak di ceritakan. Tetapi bila dah blog berwajah baru ni rasa memang happy sangatlah. Al maklumlah Kak Awwa ni bukannya pandai sangat bab nak ubah suai blog. Bimbang pulak takut jadi seperti tikus baiki labu.

Nak berceritapun memanglah tak tau apa yang hendak di ceritakan di dalam blog ni. Tetapi bab kata orang bila dah kita mula menulis tu adalah sedikit bahan untuk di kongsi bersama. Seminggu yang lalu Kak Awwa bertanya khabar kenalan lama yang bernama Lissa. Rupanya dia baru sahaja kehilangan ayahnya Pak Cik Mohd Zan pada bulan Ramadhan yang lepas. Al Fatihah. Kenangan ketika pertemuan 2006 tidak akan terpadam dalam ingatan ini.

Semalam Kak Awwa pergi ke UH. Biarpun Uh dekat sangat dengan rumah Kak Awwa, tetapi Kak Awwa agak tak suka pergi ke hospital. Kalau Kak Awwa pergipun ke klnik panel. Kebetulan semalam suami Kak Awwapun tak sihat, dia pergi ambil mc.

Kalau nak ikutkan Kak Awwa tak ada idea hendak tulis apa.....huhuhu berapa kali nak habag daaaa???. Memanglah sebelum ni Kak Awwa tak sihat semput, makan sikit dah mengah. Tetapi kalau makan buah tak apalah pulak. Kalau masuk makanan berat pasti perut dah rasa penuh. Erm macam tu lah kalau dah berumur.

p/s...memandangkan usia Kak Awwa pun tak lama lagi akan bertambah lagi ke satu angka. Jadi mulai hari ni Kak Awwa akan gunakan ganti diri ni dalam blog. Rasanya baru sesuai dengan nama blog ni. Lagipun rasa lebih sopan sikit dari beraku engkau.