andai ini takdirnya utkku

Thursday, August 30, 2007

~Tarikh-tarikh penting dalam hidupku~

31 Ogos 2007

Assalamualaikum.....Hari ni merupakan hari kemerdekaan negara kita Malaysia yang tercenta. Malam tadi tengok jugalah percikan bunga api yang berkilauan . Tak taulah datang dari arah mana, tengok kat halaman rumahku. Datang arah Petaling Jaya ni lah kot. Kalau dah tinggalkan tempat ini tak dapatlah nak tengok kilauan bunga api lagi.....cantik sungguh. Tak taulah samada ini kali terakhir aku melihat kilauan bunga api yang cantik kat sini atau sebaliknya.

Hari ini juga merupakan hari ulang tahun sahabatku Lia. Bertuah dia kerana dilahirkan pada 31 ogos.

Pagi tadi terlepas tengok perarakan di siaran langsung di Tv. Bukan tak ingat tetapi banyak kerja..orang lain sambut merdeka pergi jalan situ sini, aku dengan famili bergotong royong bersihkan halaman rumah yang teruk ni. Hilangkan stress keluar peluh dan dapat melihat pepohon hijau yang menjadi hobiku...sejuk mata memandang..

Cerita semalam

semalam 30 ogos 2007, anak buahku yang berada di Port klang datang secara mengejut. Kasihan berkilo-kilo makan langsat kerana dia sudah lupa jalan ke rumahku, maklumlah sudah dua tahun tidak jengukku. Hmm bertuahnya anakku ini. Udah ler gitu no hpku pun dia tak ada. Baik punya budak. Tapi walau bagaimanapun aku happylah juga kerana sudah lama saudara maraku tidak menjenguk aku di sini.... yang datang hanyalah teman-teman Internet yang sudah ku anggap sebagai saudaraku. Mekasihlah wahai teman semoga persahabatan kita sampai ke keahir hayat..

sebaik saja anak buahku bertemuku dia terkejut giler. "Hmm, maksu awatnya kelabu asap sekarang ni? tak macam dulu lagik duk BCH kemain putih melepak". Hahaha banyak putih laa ko memanglah dah kelabu asappun.

"Biasalah maksu mu ni suka berjemur panas berkebun bunga dan lalang hihihi...dah nak dekat tiga tahun, sebabnya dah lama jadi puteri lilin kat BCH, maklumlah rumah flet nak keluar segan ramai orang..duk sini takdak sapa yang nak tengok aku, nak bertongkat ke apa takde siapa nak tengok. Itulah untuk hilangkan tension,stress aku mencabut rumput, tengok pokok dan menyangkul (kalau tak larat berdiri, duduk) walaupun tak bersih 100% tapi oklah jugak. Memang bertuahnya budak ni sebab dah lama tak datang jenguk mak menakan dia...dah tu tak tanya khabar pulak aku ni hidup lagi ke dah mati. Bertuah sungguh........


3 September 2007 Isnin

Tak taulah nak cakap apa betapa berdebarnya hati seorang ibu bila pertama kali menghadapi anak yang bakal mengambil peperiksaan UPSRnya. Barangkali itulah juga debaran dari ibu bapa. Tapi aku ni lain sikitlah...sebab berdebar takut anakku tak boleh jawab dalam UPSRnya nanti. Alahai...anak yang nak periksa emaknya pulak yang kalut. Bila ku lihat anakku relex aje. Entahlah..walau apapun keputusan aku redha. Sudah ku buat yang terbaik semampuku...selebihnya aku berserahlah kepada Allah s.w.t. Memandangkan aku hanya ada seorang anak saja inilah kali pertama dan terakhir anak periksa UPSR. Tapi tak mengapalah rezeki masing-masing. Berusaha dan tawakal kepada Allah s.w.t insyaalah berjaya. Andai sebaliknyapun aku redha...jalannya masih terbentang luas lagi...mudahan kau berjaya nak, andai sebaliknya cuba lagi....


Tuesday, August 28, 2007

~Hari yang malang~

Hari ini aku berkobar-kobar hendak menyambung semula penceritaanku di dalam notepad yang aku simpan segala macam yang aku tulis di komputerku. Sudah berkali-kali suamiku menyuruh aku menulis di google atau notepad di yahoo. Tapi bagaikan mencurah air ke daun keladi aku tak mendengar katanya dan terlupa pula hendak menyimpannya ke emel. Hari ini komputer ku sudah rosak.... untuk mengunakan komputer suamiku aku tidak begitu berminat, cukuplah hanya sekadar melihat Internet saja. Tapi aku tidak berminat untuk menulis di komputernya kerana aku sudah lupa apa yang aku tulis. Sedih bercampur baur. Bendanya dah bakal sampai ke penghujungnya tak lama lagi. Di pihak temanku sudah di beri lampu hijau oleh seseorang agar aku teruskan penceritaanku. Alahai macam-macam yang berlaku bulan ogos ni, agaknya itu ujian buat aku. don't be sad wahai aku. Kalau sedihpun tidak kemana kita ni. Aku akan cuba mencari semula segala yang hilang untuk aku realisasikan impian aku. Aku bukan hendak berlumba-lumba tetapi aku hendak belajar itu saja. Kebetulan ada hamba Allah yang ingin menolong..alhamdulillah.

Hari ini juga teka teki terjawab akhirnya. Ya Allah temanku di timpa masalah keluarganya. Aku tidak tahu apa yang harus aku tolong, sebagai sahabat aku hanya mampu menghulurkan sebuah keikhlasan dalam persahabatan tanpa mengandungi apa-apa makna yang tersirat. Nak bantu dari sudut apa aku tidak mampu hanyalah sekalung doa ku hulurkan buat insan yang bernama teman. selama ini dia terlalu banyak memotivasikan aku. Aku selalu melemahkan diriku sendiri, lalu dia datang memberikan aku semangat. Aku tak lupa semua itu. Semoga Allah tabahkan hati-hati kita teman. Demi impian kita bersama aku akan teruskan jua....INSYAALLAH.

Eh aku perasan blog aku saja yang tidak ada gambar-gambar ek? Adoiii sebenarnya aku tak berapa gemar bab gambar-gambar ni, aku lebih pentingkan tulisan untuk di baca. Gambarpun ok juga, tapi insyaallahlah aku cari gambar yang mana cute-cute untuk di updatekan di sini hehehe. Udah ler aku memang kekeringan idea sejak akhir-akhir ini. Tiada bahan menarik yang hendak di ceritakan.


Friday, August 24, 2007

~Aku dan lirik lagu~

Bagai tidak dapat di pisahkan, setiap kali aku menulis aku akan sertakan lirik lagu yang aku rasa sesuai dengan jiwa aku. Semenjak aku menulis ( eh bercerita, aku bukan penulis) di relexjap lagi. Akupun tidak tahu kenapa aku suka menghayati lirik lagu dari mendengar lagu. Memanglah kalau dulu-dulu suka benar mendengar lagu yang berirama sentimental. Tapi sejak berusia ini aku hanya meletakkan lirik lagu di setiap penceritaanku. Apa nak dikata dah itu memang gaya aku menulis.

Alhamdulillah hari ini semangat yang hilang kembali semula setelah mendapat khabar dari sahabatku. Ya Allah gembiranya aku mendengar suaranya...bagaikan sang kekasih yang merindui kekasihnya. Benarlah kalau ianya terbit dari hati yang ikhlas bagaikan tidak dapat di pisahkan lagi.

kekadang semangat yang hilang akan datang kembali setelah di beri tunjuk ajar.... di saat aku terkapai-kapai sendiri dengan pertolongan Allah s.w.t kau datang wahai teman. Memanglah bukannya mudah bagi insan kurang upaya sepertiku untuk mengorak langkah setelah berbagai pengelaman hidup suka duka telah ku lalui. Tetapi dengan keazaman yang kuat ku ingin bangkit dari terus tengelam.

Ketika aku di zaman persekolahan dulu aku sering menulis lirik lagu, sampai dua tiga buah buku tulis hehehe. Biasalah itu zaman kecilku.


Thursday, August 23, 2007

~Andai ku turut rasa binasa, ku turut hati mati~

Assalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari...seperti biasa bila tiba musim cuti sekolah anakku Hafiez mengikut ayahnya ke opis. Maklumlah hari ini jumaat masa bercuti ini lah dia hendak bersolat jumaat. Kalau tidak hendak ke masjid bulan di seksyen 14 sendirianpun aku tak harap pulak. Maklumlah diakan masih kecil, tak kan ku biarkan naik teksi sendirian. Hari ini tinggalah aku sendirian di rumah tanpanya.

Semalam ku terima panggilan dari adik iparku Al...dia mengajak aku balik ke kampungku kerana katanya diaorang satu famili hendak pergi menziarah ayahku sambil pergi melancong beli barang di Rantau Panjang. Senangnya nak ajak orang macam aku ini, nak suruh pulak aku naik bas MAUT. Aduhh, tak ingin dah aku nak naik bas MAUT tu....rasanya takut bila sejak akhir-akhir ini kemalangan melibatkan bas seperti bermusim pulak. Memanglah ajal dan maut di tentukan oleh ALLAH s.w.t. Tapi kalau manusia tak lalai atau cuai benda-benda begini tidak akan terjadi. Pergilah kalian berhoneymon. Usahlah ditanya aku,sakit ke mati ke biarlah....aduhh tu kes parah dah tu merajuk habis.

Entahlah, resah gelisah dan macam-macam yang aku rasakan. Sesekali rasa sayu.......berhari-hari aku berjaga malam untuk mencari idea menulis sebuah novel. Kekadang idea datang mencurah dan kekadang kering segala idea. Aku terkenangkan seorang sahabat kini menyepi seribu bahasa...emel dan smspun tidak berbalas. Andai ada masalah marilah kita kongsi bersama. Bukankah dia sudah mengangap aku sebagai saudaranya. Suatu waktu dahulu hati ini berbunga kebahagiaan lantaran dialah pendorong utamaku untuk menulis. Tapi walau apapun aku haruskan meneruskan jua kerana aku sudah mulakan, demi janjiku kepadanya. Dan aku percaya dia akan temui aku dan akan memberi semangat buatku. Ingin saja aku menelefon bertanya khabarnya...tetapi agak keterlaluan pula aku nanti menggangu orang. Biarlah ku simpan resah ini sehingga dia menghubungiku balik. Andai sebaliknya aku pasrah dan redha. Tapi aku percaya dia akan menemuiku nanti kerana aku kenal siapa dirinya. aku tak kisah kalau projek yang kami jalankan terbengkalai asalkan dia tidak melupakan aku. Bagiku persahabatam adalah segalanya...

Berkali-kali aku membaca smsnya yang lalu... harapanku tinggi mengunung . Selalunya impianku jarang kesampaian...sudah lama sebenarnya aku menaruh harapan...tetapiiiii. Barangkali sudah nasib aku begini bab lagu dari Jamal Abdillah "takdir penentu segalanya" . Aku tahu sahabatku ini kalau ada masalah dia akan mendiamkan dirinya. Kekadang hati ini di gamit rindu kepadanya. Tertanya-tanya juga kenapalah selalunya terjadi kepadaku. Aku tidak bersedih "La Tahzan"...tetapi aku ini cuma manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahannya. Terus terang kekadang aku rasa give untuk meneruskan apa yang telah ku mulakan. Tetapi bila ku kenangkan nya semangat itu datang, kerana dialah orang yang paling banyak memberi tunjuk ajar kepadaku.

"Ya TUHAN kuatkan semangatku...di saat mereka pergi dari hidupku ENGKAU ada bersamaku. Semoga sahabatku yang tercinta di rahmati ALLAH s.w.t. Memang dalam seribu sukar untuk mencari sahabat sebaikmu yang selalu memahamiku di saat orang lain tidak cuba untuk memahamiku. Kaulah sahabat dan kau lah saudaraku dunia dan akhirat semoga kau selamat walau di mana saja kau berada teman".

Shidee

Bicara Buat Teman

Teman...
Sudilah kiranya
Mendengar bicara
Bicara sayu
Dikau semakin jauh
Jauh dariku
Dan pandanganku

Surat pengganti diri
Selalu kukirim untuk dirimu
Namun entah mengapa
Tiada balasan
Yang kau kirimkan

Teman, Mengapa dikau
Tak memahami diriku ini
Teman, Mengapa dikau
Diam menyepi ketika ini

Kiranya aku yang bersalah
Maafkan keterlanjuranku
Teman
Kuatkan semangat
Di dalam menempuh tiap dugaan

Aku tetap berdoa
Dalam menanti kejayaanmu



Monday, August 20, 2007

~Masa pantas berlalu~

Assalamualaikum.....

Cepatnya masa berlalu...dahpun di bulan syaaban kita ini ya. Tak berapa lama lagi bulan ramadhan pula akan menjelma. Alhamdulillah kerana masih lagi bertemu dengan bulan ramadhan untuk tahun ini. Harap-harap akan di panjangkan umur semoga bertemu lagi dengan bulan ramadhan di tahun akan datang.

Hmm, nampaknya musim cuti sekolah ini seperti biasa aku tak pergi ke mana-mana, oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Ni sajalah kerjaku sejak akhir-akhir ini mengadap komputer..menziarah dari satu blog ke satu blog orang yang ku kenali atau tidak ku kenali. Sejak dua menjak ini aku suka ke blog motivasi saudara
Shueqry banyak yang dapat ku kutip pengajaran dari sana. Aku juga menjelajah ke blog-blog usahawan seperti Linncomel dan sebagainya. Kata suamiku blog bukanlah sekadar suka-suka aje...tapi boleh mendatangkan banyak faedahnya...contohnya aku ni sepenuh masa di rumah...nak kena belajar banyak benda lagi. Tu yang payah tu....untuk mengisi masa lapangku aku belajar menulis novel...insyaallah dengan suntikan semangat yang di berikan oleh teman-teman aku akan mencuba sedaya yang mampu. Apalah daya aku hanya itu saja yang termampu aku lakukan.

Eh lupa, tak sampai dua minggu lagi rasanya rakyat Malaysia akan menyambut hari merdeka....selalunya di perumahanku ini tidak payah untuk keluar untuk melihat bunga-bunga api yang berkilauan...kerana cukuplah sekadar melihat dari rumah saja. Inilah untungnya tinggal di sini....tetapi rasaku tidak lama aku akan tinggalkan jua kawasan ini...kawasan yang meninggalkan banyak kenangan suka dan duka. Sungguh cepatnya masa berlari meninggalkan kita....sedar-sedar dah akhir tahun dah...begitulah juga dengan perjalanan umur kita bakal meniti hari-hari tua. Terdetik jua di hatiku...apalah benda yang telah aku lakukan di sepanjang tahun ini? Semoga hari-hari yang berlalu menjanjikan sesuatu yang berfaedah untuk kita bersama.

Akhirnya aku ingin mengucapkan ~SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 50 TAHUN KEPADA SEMUA~ bersyukurlah kerana kita hidup di bumi yang tidak di landa peperangan. Cuba kita bayangkan mangsa-mangsa peperangan...Na'uzubillah himinzalik...cukup sekadar ini dulu bila idea datang mencurah sambung kembali.



Friday, August 17, 2007

~Tiga belas tahun~

Tiga belas tahun yang lalu aku hanya menjadi penghuni setia kamar sepi..siapa yang menduga kalau telah di takdirkan aku untuk bertemu jodoh. Sesuatu yang tidak ku impikan selama ini. Bagiku cukuplah hanya pena, writing pad menemaniku di kala kesunyian, cukuplah hanya radio usang pemberian dari kakakku. Benarlah jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Siapa sangka aku telah menjadi isteri dan ibu tiga belas tahun yang lalu. Alhamdulillah..semoga Allah panjangkan jodoh aku hingga ke akhir hayat. Dan kami telah berjanji andai salah seorang di antara kami pergi dulu kasih kita tidak akan pudar.

Selalunya aku akan bertanya suamiku..."kalau awwa gi dulu, abe nikah lain dak?".

Dengan senyum simpul dia akan berkata "takdak sapa yang nak kat abang...siapalah abang ni. Abang yang akan pergi dulu kerana abangkan selalu sakit..awwa sihat sokmo."

"Hek eleh alasan, kalau awwa gi dulu gi mana?...lelaki memang susah untuk di percayai... kalau isteri masih hiduppun kalau citer pasal nikah lagi satu kemain seronoknyer..inikan pulak isteri dah mati." Hahaha aku selalu menduga suami aku gitu.

" Tapi kalau abang pulak yang pergi dulu awwa tentu nikah lagi kan?" Suamiku pula menduga hatiku.

"Err tak naklah awwa...bagi awwa perkahwinanku hanya sekali dalam hidupku...takde dua atau tiga."
"Tapi kalau kahwin jugak?" dia masih ingin menduga aku.

"Takdelah"...harapnya semoga tertutup pintu hatiku ini...kerana aku ingin berjodoh denganmu di syurga..insyaallah.( Lagipun mana lah ada lelaki malang yang nak kat aku ni hahahaha).

"Yer ker ni hehehe macam tak caya aje, tapi kita tak boleh menolak takdir Allah". Aduhh.. bisa jadi gawat kalau lama-lama bercakap tentang gini..sebabnya aku tak suka nati aku pulak yang merajuk hahaha...lebih baik tak payah cakap tentang ni. Alhamdulillah kerana Allah panjangkan jodoh kami...semoga kekal hingga ke akhir hayat. Bagi aku..tiada apa yang istimewanya di hari ini..kehidupan kami simple. Jadi kalau nak makan kek ke atau apa ke...tak nanti hari-hari istimewa. Bila-bilapun kalau rasa nak makan kami beli aje. Tapi aku tak berapa gemar kek aising....sebabnya aisingnya manis berlemak...takut bertambah lagi lemak hehehe.

Isyk...isyk sejak dua menjak ni memang tak de idea nak tulis apa kat blog...sebabnya dah banyak idea terbang ke lain. Boleh pening kepala juga ya kalau fikir nak cari idea ni kan?.

Deddy Dores & Mayang Sari

Jangan Pisahkan

Biar cinta
Terhalang gunung dan samudera
Aku tetap
Memegang janjiku padamu

Biar jurang
Yang terjal ada didepanku
Takkan goyah
Sumpahku kepada diri

Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja
Yang benci tulus cinta kita

( korus )
Jangan pisahkan, aku dan dia
Tuhan tolonglah, ku cinta dia
Biarkan kami tetap bersama
Di dalam suka dan duka

( ulang semula, korus )



Monday, August 13, 2007

~Zikir Munajat~

The image “http://i165.photobucket.com/albums/u76/ukhti27/d_zikr.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Tenang rasa hati bila selalu di basahi lidah dengan zikir dan munajat.


Saturday, August 11, 2007

~ Aku, gambar dan Ainatul~

Aku lebih senang di panggil Kak Awwa, juga di kenali Iman. Ainatul adalah nama anak angkatku ketika di Countryhomes yang sudah lama tidak ku temui. Ainatul dan adik-adiknyalah yang menjadi penghiburku tatkala anakku Hafiz ke sekolah dia merupakan anak Ustazah Hidayah iaitu ustazah yang mengajar aku mengaji tajwid. Ainatul Mardiyah seindah rupanya..nama ketua bidadari di Syurga. Aku suka Ainatul..lalu aku namakan aku Ainatul.

Aku suka menulis...aku tulis apa saja yang aku suka. Dengan menulis membuatkan aku merasa bahagia. Itulah lahirnya blog ini. Blog dan komputer merupakan kawan karibku, tatkala aku bersendirian di rumah. Aku suka mendengar lagu berirama sentimental, sesuai benar ler dengan jiwaku yang agak jiwang habis.

Tentang gambar??? Pada mulanya aku agak takut untuk menayangkan mukaku di blog, lagipun siapalah aku ni kan?Tu pun gambar dua tahun lepas huhuhu. Tapi kata my hubby hargailah diri kita..kalau tak cutepun itulah kita...dan kalau cutepun itulah kita. Belajar menghargai segala apa yang kita ada. Lagipun takde siapa yang nak kenal kan? Manalah orang nak kenal diriku ini, melainkan orang yang pernah menemuiku.

Aku mudah berkawan dengan sesiapa yang sudi. Aku lebih suka happy-happy walaupun dalam hati kadangkala menanggis. Tetapi aku akan luahkan apa yang aku rasa di blog. Kenapa di blog...bukan di dairy? Aku rasa lebih suka di sini. Lagipun ianya tidak terlalu personal.

Hmm, kurasa sudah cukup laaa.. waktu tengahari idea hilang ler. Nanti sambung lagi..................


Thursday, August 9, 2007

~Astaghfirullah~

Tajuk Lagu/Lirik: Astaghfirullah (Anak Cucu Adam)
Penyanyi/Artis: Marshanda

Astaghfirullah robbal baroyaa
Astaghfirullah minal khothooya

Ya Illahi Ya Tuhanku
Ampunilah dosa dosa ku
Aku rindukan kehadiran Mu
Sepanjang jalan hayat hidupku
Tiada berharap hanya dari Mu

Ya Illahi mohon pada Mu
Penuh harapan petunjuk Mu
Aku tersesat di jalan ini
Tak tau lagi arah kembali
Tuntunlah aku kemana pergi

Ya Illahi Ya Tuhanku
Hamba Mu ini menuju Mu
Jiwa ragaku jadi belenggu
Hanya rahmat Mu selamatkanku
Relakan aku dekat pada Mu

Ya Illahi, pandanglah kami
Mohon curahkan belas kasih Mu
Agar ku dapat keredhaan Mu


~Suntikan semangat buatku~

Sudah terlalu lama impian ini aku pendamkan. Setiap kali selepas solat aku selalu memohon kepada Allah semoga segala impianku tercapai jua. Akhirnya Allah telah makbulkan permintaan aku. Syukur kepada-Mu yang tidak terhingga Ya Allah. Di saat aku berduka lara Engkau berikan aku anugerah ini.

Sebelum ini aku memandang penuh sayu bila mana diriku tidak di pedulikan. Orang lain ramai teman aku tidak, berbagai kata-kata semangat dan sanjungan yang di berikan kepadanya tetapi aku hanya memandang sepi. Aku berjauh hati..tetapi aku bersyukur kerana tanpa aku sedari aku yang membangkitkan semangat itu. Aku tidak perlu untuk menerima sanjungan, pujian atau simpati dari sesiapa. Tetapi akulah yang perlu menyanjungi diriku sendiri, akulah yang mesti menyuntik semangat OKU BOLEH ke dalam diriku. Ya Allah besarnya anugerah yang Engkau berikan kepadaku. Sudah banyak air mataku tumpah takala aku di beri kata-kata suntikan semangat dari beberapa hamba-MU ya Allah. Di saat aku tidak ada keyakinan diri aku di hadiahkan dengan kata-kata ini aku beryukur pada-Mu. Aku tidak pernah mengiktirafkan apa yang ada padaku...aku berdosa ya Allah. Tapi Engkau Maha pengasih lagi Maha pengampun. Semuanya ini kerana anugerah dari-MU ya Allah. Aku bermohon Ya Allah berikanlah aku ilham...aku bermohon kepada-MU.


~Bakat tu Allah je yang tahu. hatta orang putih pun bagi tahu jangan cakap tak de bakat berniaga. sebab semua orang dianugerahkan dengan kepandaian dalam semua bidang. terpulang macam mana kita nak arahkan akal dan hati untuk menjayakannya.

~kalau seribu kali awwa cakap tak de bakat.. memang tak de bakat la jawab nya. tapi cuba pujuk hati dan kuasai akal dengan bagi tahu kita akan mencuba, insyaAllah.. akan berjaya.

orang2 yang berjaya tu semua bukan kerana lahir daripada keluarga yang bijak pandai atau kaya raya. tapi mereka pandai menguasai akal. mereka manfaatkan akal sepenuhnya. sikit pun mereka tak bersikap negatif. sebab sikap negatif umpama duri. biarpun sudah dicabut, ia akan tinggalkan kesan luka pada tubuh. so buat apa nak lukakan diri sendiri. selalu amalkan berfikiran positif. saya bukan nak ingatkan awwa sahaja tetapi nak ingatkan juga diri saya yang selalu sangat alpa.

awwa amat2 beruntung sebab tak perlu pening kepala memikirkan hal kerja. awwa mesti kuatkan semangat untuk duduk depan komputer dan mula menulis. ingat tak apa yang awa tulis kat relexjap dulu? semua posting tu kalau ada, awwa ambil balik dan baca. dari situ kita boleh kembangkan jalan ceritanya.


~awwa, dalam novel tak de yang tak logik..awwa tengok buku harry potter. semua itu imaginasi... tapi jualannya jutaan naskah. jalan ceritanya lagi tak logik tau...

jangan pandang rendah dengan keupayaan diri. awwa perlu yakin dengan gaya awwa menulis. kalau kak......????. sekali pandang dah kata awwa berbakat.. takkanlah awwa nak kata awwa tulis macam rencana lagi.

jangan lemahkan diri sendiri. awwa kena suntik kata-kata motivasi kat diri sendiri. saya hanya mampu memberi dorongan, galakan dan perangsang... tapi awwa yang kena bangun dan bergerak.

lepas ni jangan rasa tulisan awwa macam tulisan rencana. sebab awwa sebenarnya memang ada bakat menulis.

saya akan betulkan ejaan dan tata bahasa je tapi jalan cerita awwa saya tak kacau. kalau ada sebarang masalah bagi tahu saya ya...

kalau boleh salin emel saya atas kertas dan tampal pada dinding. pandang kata-kata saya ini sebagai sumber semangat untuk awwa.

insyaAllah... Allah tak hampakan orang yang berusaha...aminnn.

salam sayang teramat sayang, sayang, sayang sangat kat awak! - lia


~ kak...???.... kata, ayat awwa ok.. dia tak payah nak tolong. dia kata awwa gifted. awwa faham tak? maksudnya awwa ada bakat menulis. dia cakap depan saya, suami dia, photografer dan senior saya kak.... masa tu kan.. saya rasa ralat sangat sebab awwa tak de. kalaulah awwa dengar apa yang dia puji pasal tulisan awwa... sure time tu awwa boleh berdiri tanpa perlu pakai tongkat. awwa... awak tu berbakat sangat2 tau... awwa je yang tak sedar. tapi saya dah lama sedar sejak saya baca tulisan awwa dalam relexjap.. dunt give up sis!

~ sms dari Kak......??Salam, sampaikan salam akak pada dia, dia dah sambung menulis? pesan pada dia jgn give up

~ sms...Dari Kak.....???.Cerita dia, ada cerita,boleh diperbaiki, boleh tahan utk penulis baru.

~Sms dari kak...???? Jangan give up menulis...

Alhamdulillah aku akan teruskan usahaku yang telah lama aku pendamkan. Biar kritikan atau apa saja aku akan teruskan demi mencapai impianku. Insyaallah Allah akan menolongku.

Di saat aku lemah longlai ada insan yang sudi menghulurkan bantuan. Itu merupakan anugerah dari Allah. Itulah suamiku selalu berkata, di saat orang lain tidak mempedulikan kita, Allah ada, insyaallah akan ada pertolongan dari-Nya. Usahlah berkeluh kesah. Bermohonlah kepada-NYA.

Semalampun seharian aku berborak dengan Epel, dia juga banyak memberi suntikan semangat buatku. Terima kasih wahai teman, kalian ada di saat aku berduka. Apa lagi yang mampu aku berikan melainkan hanya sebuah doa semoga kehidupan kalian mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat begitu jugalah aku mengharapkan semoga kalian sentiasa mendoakan aku.

I'ktiraf~ Hadad Alwi

Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
Fahabli taubatan waghfir dzunubii
Fa Innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

Dzunuubi mitslu'a daadir rimaali
Fahablil taubatan yaa dzaljalaali
Wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
Wa dzambii zaa-idum kaifahtimali
Ilahi 'addukal 'aashi ataaka
muqirrn biddzunuubi waqad da'aaka
Fa In taghfirfa anta lidzaaka
Wa in tadrud faman 'arjuu siwaaka

I'ktiraf - Raihan

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu


~Akhirnya Impianku Terlaksana Jua~

"Andai ini takdirnya untukku" aku redha menerimanya. Aku rasa sesuai benar dengan tajuk blog baruku ini. Ya, setiap kejadian mengandungi hikmah yang aku sendiri tidak mengetahuinya. Rasaku sudah beberapa kali cuba update blogku ini. Dan sudah beberapa kali pula aku mendeletenya. Aku berharap semoga kali ini aku tidak mendeletenya lagi. Aku percaya aku punyai keyakinan.

Semalam 7 ogos 2007 merupakan detik yang paling gembira dalam hidupku, kerana impianku yang terpendam selama ini terlaksana jua. Ya Allah aku mengucap syukur kepadamu. Aku sujud kepada-MU ya Rabbi. Di saat aku di uji dengan berbagai ujian aku di ganti pula dengan berita gembira. Menitis air mataku kerana terlalu gembira, bukan sekadar menitis tetapi berderai air mataku.

Sesungguhyna besarnya anugerah ini kepadaku Ya Allah. Aku rasa belum sampai masanya lagi untuk menceritakan segalanya di sini. Biarlah rahsia...bukan kata Siti tapi kataku.
Kepada teman-teman yang banyak memberi dorongan kepadaku terutama sekali buat Lia dan Epel yang selalu memberi peransang buatku. Salam kasih sayang buat semua....andai sudi kenalilah aku, jejakilah aku di sini.....

Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih
Atas penghinaan
Yang kau lemparkan

Tangga demi tangga
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terima kasih
Atas kesakitan
Yang telah kau berikan

1
Kerana itu penghinaan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan

2
Airmata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup di dalam dunia
Bak sandiwara

3
Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan

( ulang 1, 2, 3 )

Kini terbukti
Cinta yang kualami
Bukannya mimpi
Lautan api boleh menjadi
Oh! taman salji…