Wednesday, July 30, 2008

rindunya kenangan lalu

Hari ini merupakan hari Israk Mikraj. Entah ke kali yang ke berapa belas aku tidak bersama keluargaku meraikan malam Israk Mikraj. Kenangan ketika bersama mereka masih segar di ingatan. Malam Israk Mikraj orang kampung masing-masing me,mbawa juadah ke masjid kerana ada jamuan sempena Israk Mikraj. Ada ceramah agama. Ketika usiaku belum meningkat remaja aku selalu mengikut emak dan ayah ke masjid, apa lagi bila sambutan Israk Mikraj. Tetapi bila usiaku meningkat remaja aku terasa malu pula dengan kekurangan diriku. Ya sudah pastinya sebagai anak gadis remaja perasaan itu pasti terbit jua.

Masih kuingat lagi ketika itu, aku Leha,Imah, dan beberapa rakan sepermainan bertukar-tukar juadahmakan bersama-sama. Ada puteri mandi, buah melaka, lompat tikam dan bermacam-macam kuih yang ada. Yang paling aku gemari ketika itu kuih yang di salut dengan beras hancur warna putih-putih ada inti kelapa di taruk dengan gula melaka...tetapi kalu tak silap oghe Kelate panggil nama kuih tu berolok..hah kena sebut biar betul..bukannya buat olok-olok pulak hehehe. Minta maaf biarpun itu kuih kegemaranku tetapi aku sudah lupa apa ke nama kuih itu. Mungkin ada kekawan yang berasal dari Kelantan tahu apa nama kuih tu selain dari berolok. Orang yang pandai buat kuih tu adalah kakak sulung emakku iaitu mak longku yang sudah uzur.

Itu belum masuk bulan ramadhan di pertengahan puasa ada nasi hidang/nasi hidee iaitu nasi dan lauk pauk yang di masak di rumah, dan di bawa untuk berbuka puasa di surau atau masjid. Orang Kelantan panggil nasi hidang, tukang memasaknya adalah kakak dan kakak iparku, manakala emak aku arah saja apa yang hendak di masak, dari lauk pauk dan kuih muih lagi. Aku memanglah orang yang tahu makan saja ketika itu. Ah! kenangan itu pasti tidak akan padam dalam ingatanku. Kini tiada lagi semua itu. Tetapi rasanya suasana seperti ini masih ada lagi kalau pulang ke kampung halaman sendiri.

Bercerita tentang mangkuktingkat.com pulaklah, aku sambung lagi untuk bulan lapan, insya Allah seterusnyalah. Setelah mula dengan percubaan hinggalah ke hari ini aku rasa berbaloi dengan mangkuktingkat.com, kakak yang menghantar tu pun baik. Memandangkan di rumah aku mempunyai buah belimbing buluh kakak itu akan mengambil sekali sekala untuk buat masakan. Buah belimbing tidak membazir, dapat jalin silaturahim lagi. Kalau tidak buah itu selalu gugur sayangnya. Kalau aku tinggal di tempat lain kalau nak makan buah belimbing buluh kena belilah jawablah. Dapatpun yang dah tak elok.

Entah mengapa dua tiga hari ini asyik nak makan buah binjai seperti orang mengidam pulak hehehe. Yalah masa sekolah dulu selalu makan buah binjai yang di ambil di rumah kawan baikku Aisyah. Dah lama aku tidak merasa buah tersebut, rasa kecur betul bila kawan bercerita tentang buah binjai dan sambal belacan. Puas cari di pasar tani tak jumpa, kalau balik di kampung pasti dah dapat menikmati buah binjai yang masam-masam manis ni. Masih ingat lagi ketika aku tinggal bersama emak mertua di Kedah tahun 1995, masa tu mengandungkan Hafiz, teringin sangat nak makan buah tu...tetapi tak dapat-dapat. Dalam pantang baru ada emak mertuaku buat sambal belacan. Susahnya nak dapatkan buah itu di sana, orangpun tak berapa kenal kot, sebab itu buah dulu-dulu. Mungkin dah nak pupus kot pokoknya. Errr sori lah tak tau nak cerita apa. Selamat berbuka puasa.

p/s alhamdulillah petang ni dah dapat dah buah binjai suami yang beli di pasar tani, hah ambik beli sekilo...14 tahun tak jumpa buah tu..baunya wangi sangat.........trylah..sayangnya tak leh ambik gambar sebab Hafiz dah bawak kamera di asramanya...rasanya ada yang kenal dengan buah binjai ni......

Sunday, July 27, 2008

Pergi Shah Alam tapi melencong ke Pelabuhan Kelang

Sabtu 26 Julai bersamaan dengan 22 Rejab

Malam jumaat aku call Hafiz, dia kata tak payah datang ambillah sebab ustazah tak benarkan pelajar balik ke rumah. Al maklumlah belajar di sek tahfiz ni bukannya seperti di sek biasa, kalau siapa yang rajin cepatlah habis hafazannya. Tetapi diorang mengajar ada caranya mengikut sistem yang di tetapkan. Kalau akupun tidak mampu untuk menghafal paling tidakpun surah yassin ingatlah juga atau surah-surah untuk di baca dalam solat. Tetapi bila aku fikir-fikir balik, anakku di sana senang, kain baju makan siap. Kerja diorang menghafal dan belajar. Pelajaran matematik Adi Putra yang mengajar, alhamdulillah. Tu pun di kira beruntung, bukannya mudah nak jumpa Adiputra tu.Time main diorang main, main pulak bukan calang-calang pergi berenang pergi sauna. Akupun seumur hidupku tidak pernah pergi sauna. Kekadang ustazah membawa diorang pergi melawat ke zoo dan sebagainya lagi. Kan Hafiz senang di situ, tinggal di kondo lagi, belajarlah rajin-rajin anakku.


Mudahan segala pengorbanan kami sebagai ibu dan ayah berbaloi. Kalau bab anak nak belajar biar berhabis duitpun tidak mengapa, biar ayah dan ibu tidak ada apa-apapun asalkan keperluan anak di penuhi demi kemudahannya. Tetapi aku bukan nak memuji anakku, tetapi aku bersyukur kerana Hafiz amat memahami situasi aku. Bila time jumpa aku hulurkan dia rm....dia kata bagi rm 10 aje ibu, kat sini dah cukup makan. Tetapi rasa tak tergamak di hulurkan jugak, manalah tahu kalau dia nak beli keperluan yang lain. Yalah nak pergi selalupun kat asramanya tau ajelah. Teksi di PJ pergi dan balik ambik rm 20 aje okeylah harga tu..tapi kat sana entah mengapa sabtu lepas teksi jual mahal. Sebelum ni pun rm 20 jugak. Kami bukanlah berkira sangat tetapi kalau melampau sangat kamipun memang naik geramlah dengan teksi kat sana. Agaknya diorang tengok tempat tu ada class sikit di hentamnya mahal-mahal sedangkan kami ni hanya nak pergi ziarah anak saja.

Pagi tu aku bertemu ustazah dan Hafiz, bersembang dengan ustazah perkembangan Hafiz. Dia kata alhamdulillah Hafiz seperti orang lain jugak belajar dan menghafal. Tetapi bebudak lelaki tau ajelah kalau ustazah lambat masuk kelas sikit sembang ajelah yang lebih. Insya Allah ustazah target pelajar-pelajar di situ akan tamat hafazannya pada bulan empat tahun hadapan. Mudahan-mudahan begitulah. Lagipun diorang bukannya ada kerja lainpun, duk situ baca ajelah, hafal lah.

Yang merunsingkan aku, saki baki kudis buta Hafiz masih ada lagi naik baharu. Entahlah ikut orang kata ubat itu okey dan okey kami beli, pergi hospital swasta dan kerajaan, dalam grup tanya apa ubat kudis buta diorang saran memacam, sabun gelanggang, minyak tyt dan rasanya jalan terakhir hendak bawak dia pulang ke kampung toknya di Yan jumpa tok wan, sebab tok wannya tahu ubat-ubat tradisional nih. Nak mintalah ubat tradisional pulak. Tak banyak kudis tu, tapi gatalnya yang lebih. Kalau dia balik rumah, boleh di mandikan dengan air mambu dan kain baju, selimut tuala...dan tak tau nak cakap apa ke benda yang tak di rebus, tak cukup sekali dua tiga kali ulang merebus. Di sana yalah siapa yang hendak merebus pakaian. Tetapi kata orang kudis buta ni berjangkit..tetapi kenapa kami tak terkena penyakit tu? kenapa hanya Hafiz? kawan di sekolahnya yang baru pun tak kena kudis tu,tapi di sekolah lamanya dulu budak-budak boleh di katakan kena jangkitan ini. Hafiz berjangkit dari sekolah lamanya. Ya Allah kekadang sedih jugak bila ingat di uji begini, sebabnya anak nak belajar tak selesa. Tetapi kata Hafiz agak berkurangan sedikit dan gatalnya hilang bila di sapu ubat selalu dan mandi dengan sabun gelenggang. dan juga taharah. Kekadang aku salahkan sekolah lamanya kerana........ erm kalau nak criterpun dah tak guna dah. Itu semua menjadi pengajaran buat kami. Tu lah kalau nak hantar anak di sek tahfiz nih carilah tempat yang bagus jangan hanya fikir nak murah seperti kami, kalau dah terkena begini semuanya susah. Sistem pembelajaran tu okey tapi asrama dan persekitarannya tak berapa okey. Tak usahlah bercerita benda yang sudah lepas. Sekarang ni kami berdoa dan berikhtiar untuk mengubati penyakit ini. Tetapi alhamdulillah kerana tidak terlalu banyak, cuma ada dua tiga aje kudis buta kat kaki dia tetapi gatalnya lebih.

Time dia balik ni, aku berbuih mulut pesan sapu ubat siang dan malam, makan ubat siang dan malam, di sana siapa nak pesan begitu kalau bukan diri sendiri yang melakukan begitu. Kekadang aku menelefon suruh sapu ubat padahal dia sudah sapu dan makan ubat. Itulah kasihnya ibu tiada tolak bandingnya.

Erm sambung cerita bab teksi tadi, lepas sembang dengan Hafiz dan ustazah jam dah pun menunjukkan pukul 12.00 lebih, Hafiz kena ada kat asrama sebelum jam 1.00 petang sebab dia nak masuk mandi, makan, pastu gi solat zohor pastu ada belajar lagi biarpun hari sabtu, tuisyen dan sebagainya lagi. Hafiz meminta izin untuk naik ke tingkat 14, dengan membawa barang-barang untuknya. Biasalah Hafiz... kalau kami nak datang dia pesan itu dan ini, jajan dan berbagai keperluan lain.

Kami menanti teksi di bawah tu, satu nak rm 25..pastu nak rm 25 dan lagi. Yang sepatutnya hanya rm 20 pergi dan balik diorang hentam rm 25. Ya itu bukanlah harga yang tinggi kalau kami terdesak hari itu, tetapi kami tak terdesak hari tu. Teksi kat sana ikut sedap diorang ajer nak ambik berapa tak pakai meter ke?. Sedangkan kat PJ ni panggil kat rumahpun baru rm 20 pergi dan balik. Memanglah nampak sangat kami ni berkira...tetapi bukan..itu hanyalah cara hendak mengajar pemandu-pemandu teksi yang tak reti bahasa ni, kalau diorang nak lebih sangat aku boleh naik komuter kat batu 3. Lagipun seingat aku ,kali terakhir aku naik komuter tahun 2006 ketika hendak ke rumah Lissa di Kampung Kastam dan turun di Kampung Raja Uda.

Rupanya kenangan itu kembali lagi kerana aku tak larat nak panjat tinggi untuk ke kl central makanya kami terpaksa melencong atau melancong ke Pelabuhan Kelang hari tu. Itulah tajuknya seperti yang tertera di atas. Berjalan sakan aku hari tu. Kalau nak panjat tangga tinggi tu rasanya aku pengsan di situ. Kerana keperihatinan ayah Lissa lah dahulu dia membawa kami ke Pelabuhan Kelang, kerana di situ tidak ada panjat-panjat tangga tinggi seperti di stesyen Kampung Raja Uda. Kenangan ketika pergi ke rumah Lissa pun menjelma bila melalui Kampung Raja Uda kerana di situlah ayahnya pergi mengambil kami dengan kereta Mercedeznya. Dan mungkin itulah kali pertama aku menaiki kereta mewah sebegitu. Kalau kat Rawang teksipun diorang pakai kereta mercedez lama.

Sampai ke Pelabuhan Kelang pusing balik ke Kl Central, memanglah nampak buang masa, tetapi itulah realitinya kerana aku tak larat nak panjat tangga tinggi. Wow korang janganlah kata kenapa tak ambik aje teksi biarpun rm 25 tetapi tak sampai setengah jam dah sampai kat rumah. Korang nak tahu duit yang tambang teksi tu aku boleh kasi kat anak aku di asrama. Begitulah korang kalau nak tahu, jangan kata berkira di zaman gawat sebegini. Korang tahu tak kalau kami naik komuter dua orang tambang gi balik ke KL Central guna kad oku baru rm 4. Berbaloi ke dengan rm 25 nak senang-senang aku bagi kat drebar teksi tu..minta maaf dan kirim salam. Kalau aku tak bagi kat anakku pun aku boleh menabung dan dah boleh beli baju untuk anakku. Hah ni cara kami mengajar pemandu-pemandu teksi, kerana tahap kegeraman akulah makannya aku boleh naik komuter hari tu...jangan bagi muka sangat kat pemandu teksi nih, kalau bab kenderaan awam ni kami dah banyak pengelaman suka duka yang pernah kami lalui. Tetapi kalau terdesak terpaksalah jugak ikut rentak depa, misalnya kalau waktu malam. Selalunya anakku pulang hari sabtu, petang ahad sebelum jam tujuh ayahnya hantar.

Kami sampai di rumah jam 3.30 lebih dan masih sempat bersolat zohor. Waaah itulah nak pergi tempat yang dekat tetapi jadi jauh. Hmm..kami tak kisah kalau kat PJ ke Shah Alam pun diorang nak ambik rm 25,kami bayar.. tetapi kat sini diorang ambik cuma rm 20 aje. Benar-benar cekik darah.Aku seronok hari tu kerana aku dapat naik komuter setelah lama aku tidak merasa naik komuter pergi pusing-pusing tengok laut dan kapal. Jangan gelak sudahlah.........kekekeke.

Wednesday, July 23, 2008

pertama kali

21. Julai 2008

Buat pertama kali semenjak aku tinggal di PJ kakak sulungku datang ke rumahku bersama anak dan menantunya. Itupun kerana dia nak pergi menghantar anaknya belajar di Shah Alam kalau tidak, mereka tidak datang semata-mata hendak menziarah. Dialah adik beradikku yang pertama datang ke mari selama tiga tahun aku tinggal di sini. Sebelum ini adalah anaknya yang tinggal di Klang datang, tetapi sekarang anaknya sudah berpindah ke Kuantan. Ketika aku di Rawang dulu ada juga adik beradik yang datang.

Semenjak aku tinggal di sini, emak dan ayahku tidak pernah datang ke mari, kalau ibu mertua dan adik iparku kerap datang ke sini. Entahlah setiap kali aku ajak emak aku datang, diorang kata nanti...dan nanti. Sehinggalah sekarang ayah sakit-sakit lagilah kuat alasan mereka untuk tidak ke mari. Tidak mengapalah, sebagai anak biar bagaimana susahnya aku pasti pulang menjenguk ayah dan emak aku.

Kakak sulungku ini bagaikan ibu kepadaku, dia baik dan penyanyang, kalau dulu dia akan lebihkan aku dari anaknya. Aku sebaya dengan anak sulung kakakku, pendek kata kalau apa yang aku mahu dia akan turuti.


Seronok sangat dengan kedatangan mereka, tapi sayangnya kerana minggu ni Hafiz tak dapat balik ke rumah, kalau tidak dia tentu seronok dapat bertemu mak longnya. Malam tu aku menelefon mek di kampung, menurut kata mek, ayah sakit bahu kerana terjatuh dari motor. Berurut di sana sini, kesian ayahku semoga ayahku cepat sembuh dan rasanya dalam masa terdekat ini aku ingin pulang berziarah biarpun sebentar cuma. Tetapi jenuh aku mencari kad oku aku hilang entah ke mana. Maklumlah dah lama tak balik ke kampung...harap-harap ada terselit di mana-mana.........

Wednesday, July 16, 2008

hafiz


























Insya-Allah bila ada masa nanti hendak jugak bercerita ketika family day di Duta Village Beach Resort pada 12. Julai yang lepas, tetapi nampaknya sekarang belum ada kesempatan lagi. Banyak gambar-gambar di sana tetapi gambar orang mana boleh tayang kat sini marah nanti mereka tu hihihi. Ni gambar terbaru Hafiz. Dia sudah banyak berubah, agak pemalu berbanding sebelum ini. Mungkin itu di antara perubahan untuk melangkah ke alam remaja.

Monday, July 14, 2008

Ceritaku di Duta Village Beach Resort











11.Julai 2008 Jumaat

Suamiku pergi menjemput Hafiz di asramanya. Aku belum berkemas apa-apa lagi kerana aku memang tak ada semangat hendak ke sana. Entahlah memanglah perasaan aku nih sukar di jangka, macam-macam yang aku rasakan, maklumlah inilah pertama kali aku menyertai family day bersama kawan-kawan suami aku. Belum pernah menaiki bas bersama mereka rasa kekoklah pulak, maklumlah dalam ketidak upayaan diriku, bimbang takut menyusahkan orang n nanti orang tengoklah memacam lagi yang aku rasakan. Mungkin kerana aku agak jarang bergaul dengan orang maka begitulah perasaanku. Padahal tidak ada apa-apapun,cuma perasaanku sahaja yang rasa begitu. Entahlah...lain orang lain perangainya, biarpun aku berkali-kali ingin katakan semuanya okey tetapi hakikatnya perasaan begitu tetap ada.

12.Julai 2008 Sabtu

Suamiku mengemas kain baju dalam beg yang hendak di bawa ke sana, dia juga yang call teksi. Aku tahu dalam banyak keadaan dia tidak seperti aku, dia tetap okey. Yalah yang nak jumpa kekawan dia bukannya orang lain, sedangkan aku tak kenalpun siapa kawan dia selain dari kawannya yang duk kat jalan klang Lama tu. Silap aku juga kerana sebelum ni aku tak pernah nak ikut family day yang di buat sebelum ni. Kalaulah ayah aku tahu perangai aku begini tentu ayah aku tegur aku. Masa remaja dulu ayah selalu menegur aku kerana selalu berkurung, kalau saudara mara atau orang yang tidak rapat denganku datang ke rumahku. Ayahku selalu kata, kalu aku malu ke apa ke, tak akan berubah apa-apapun. Aku tetap begini jugak. Betul kata ayah aku tu, tetapi pernah masa aku remaja dulu aku memberontak dalam hati, ahh..ayah nie senanglah berkata begitu kerana ayah tidak pernah ada di tempat aku ini. Padahal sebagai seorang ayah, ayah dan emaklah yang memahami bagaimana keadaan diri anaknya. Mereka ini hendak aku mengikis perasaan-perasaan yang begini, agar aku menerima dan redha dengan apa yang telah di takdirkan untukku. Begitu juga dengan suami aku, selalu memberi semangat untuk aku.

Tepat jam 8.00 pagi kami bertolak dari rumah ke Medan Mara untuk berkumpul bersama rakan-rakan suami aku menaiki bas yang di sewa khas. Ramai juga yang sedang menunggu kebanyakannya diorang datang dengan keluarga masing-masing. Terfikir-fikir jugak aku kalau aku tak pergi tentu suami aku juga tak akan pergi kasihan dia. Dah lah family kami kecil kesian sangat. Sedangkan orang lain sampai lima enam orang anak bawak. Erm nak buat macam mana aku cuma ada Hafiz sorang aje, tak apalah syukur alhamdulillah.

Sampai di tempat menanti aku di sapa oleh seorang wanita yang pada perkiraanku hampir-hampir 50 an lah kot. Isteri ustaz kata suamiku. Selepas itu datang lagi beberapa rakan-rakannya menghampiriku.

'Isteri encik f ni ya? tak pernah tengok, orang Kelantankan?'
Ya orang Klate jawabku dengan dengan longhat yang pekat, almaklumlah aku ni kalau dah bertemu dengan orang senegeri dah tak reti dah nak cakap dengan betul dah hehehe. Erm orang tu memanglah tak pernah tengok aku,sebab inilah pertama kali aku join diorang untuk sambutan hari keluarga.

Tepat jam 12.00 lebih bas berhenti rehat di mana ah..lupa pulak. Oleh kerana bas parking agak jauh, aku tak bolehlah nak turun, tetapi tak mengapalah kerana aku memang tak ada selera makanpun kalau berjalan jauh. Peliknya hanya kami tiga beranak dan seorang konduktor yang tertidur saja tak turun. Apa nak buat keadaan aku terhad manakala suami dan anakku memahami, dan mereka setia menemaniku. Terima kasih banyak-banyak suami dan anakku yang selalu memahami situasi aku. Cadangnya diorang nak tunggu solat zohor tetapi mungkin kekawan suamiku pun fikir kami maka diorang ingin teruskan perjalanan ke Baserah.

Jam 3.30 kami sampai ke resort, alhamdulillah kawannya agak memahami kami kerana dia memberikan sebuah chalet yang berdekatan dengan restaurant. Tanpa malu aku katakan inilah pertama kali aku menginap di chalet, sebelum ni kami selalu menginap di hotel. Pada aku rasa lebih seronok chalet dari hotel, sebabnya tak adalah tertutup sangat. Hafiz bebas ke sana sini, ke tepi pantai ke kolam renang. Berbagai acara yang di adakan sempena sukan hari keluarga, tetapi sayangnya puas di pujuk Hafiz tidak mahu masuk apa-apa bahagian, malu dan sebagainya. Yalah aku tahu semenjak dia tinggal di asrama tu dia agak pendiam dan pemalu, tetapi tidak dengan rakan-rakan yang di kenalinya. Ahh...entahlah dia sudah berubah kekadang sedih jugak. Anak-anak orang lain banyak mendapat hadiah sedangkan dia hendak menjadi penontonpun dia tak mahu.Sedangkan aku pergi kerana dia...kalau tahu begitu baik tak payah pergi.

Di sebelah malamnya ada BBQ ada ucapan oleh ketua pengarah dan lain-lain dan yang paling menarik menerima hadiah dan ada cabutan bertuah tetapi sayangnya itu nasib tidak menyebelahi kami, kami dapat pembakar roti dan lampu garam, jadilah kalau harap nak beli..tak belipun. Oleh kerana kami ni tak pandai bersembang seperti orang lain, kami tak lama di restaurant tu. Kekawan suamiku ada yang bersembang samapai jam 12.00 malam.

Ahad 13.Julai

Selepas sarapan pagi pekena nasi lemak dan nasi dagang semua mereka yang terlibat dengan......menghadiri ceramah dan bersangkut paut dengan kerja depa, sedangkan kami pagi tu bebas nak buat apa sahaja. Aku di chalet manakala Hafiz lesap pergi mengambil gambar...

Jam 12.00 masing-masing keluar menuju ke bas. Bas yang sepatutnya berada dekat terpaksa di parking jauh kerana terdapat bas yang lain masuk. Terpaksalah aku bersama rakan-rakan yang lainnya berjalan agak jauh sedikit. Tahu sajalah bagaimana keadaan aku, nak berjalan jauh dengan mengunakan tongkat di ketiak pasti merasa kesakitannya. Suamiku kata letaklah kain tuala lembut dengan tongkat tu supaya ketika tidak melecet, tetapi aku belum berkesempatan hendak berbuat demikian.


Tepat jam 5 petang agak lebih sedikit lah kot lupalah hehehe, kami sampai. Sorang-sorang rakannya menuju ke kereta masing-masing, manakala kami menahan teksi untuk pulang. Erm begitulah pengelaman pertama aku, terasa seronok jugak dapat berkenalan dengan kekawan suami aku, kalu nak cerita terlalu banyak setakat inilah sahaja. Insya-Allah kalau aku rajin aku sertakan gambar-gambar kat blog ni. Bab gambar-gambar ni aku kurang rajin sikit.Tapi ni gambar yang aku cilok kat google..

p/s cerita ni dah tulis lama tp baru up date..

Wednesday, July 9, 2008

semuanya kerana Adiputra


Malam tadi tak pernah sepanjang program jangan tidur lagi aku menontonnya. Ini kerana tepat jam 11.00 malam aku dah lama di buai mimpi hehehe. Pendek kata aku tak boleh berjaga malam, kalau aku nak tengok cerekarama misalnya, bukan cerekarama yang aku tonton sebaliknya tv yang tengok aku tidur hihihih. Tapi malam tadi aku teruja nak tengok kanak-kanak cilik dan genius Adiputra. Ya anak itu anugerah Allah, di beri keistimewaan yang agak unik. Betapa cepatnya dia mengira soalan matematik yang di berikan oleh pengacara Azwan Ali. Seronoknya melihat kepetahan anak ini bercakap.

Adiputra adalah anugerah Allah,begitu juga dengan anakku, biarpun tidak secerdik Adiputra tetapi alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Hafiz mudah memahami teknik pengiraan yang di ajar Adiputra kepada pelajar-pelajar Tahfiz di As Solihin. Biarpun anakku tidak sepintar Adiputra tetapi syukur alhamdulillah kerana di takdirkan Hafiz belajar di tempat yang sama dengan Adiputra. Menurut kata Hafiz biarpun Adi terlalu sibuk tetapi anugerah Allah memang tidak dapat di sangkal dia bakal menghabiskan hafazannya tidak berapa lama lagi. Masya-Allah moga-moga tempiasnya terkena jugak kepadamu anakku. Manakala Hafiz masih di peringkat pertama dek kerana terbantut ketika terkena penyakit di asrama lamanya dulu. Tak apa nak segalanya bermula dari bawah...........bersabarlah.

Monday, July 7, 2008

selamat hari jadi Hafiz


Hari ini bertarikh 8.julai 2008 genaplah usia anakku Hafiz yang ke tiga belas tahun. Inilah pertama kali anakku tiada di sisiku pada tarikh keramat ini. Tetapi hari sabtu yang lepas aku dan suami pergi menjemputnya di asrama terus ke Mid-Valley membeli apa-apa keperluannya, itulah juga merupakan hadiah hari jadi untuknya, dia memilih baju dan makan-makan di Mid Valley. Hafiz tak berapa suka makan kek tetapi dia lebih suka makan nasi.


Demi Hafiz juga lah aku akan ke Basrah sempena family day pada 12. Julai ini, kalau bukan kerana Hafiz aku tak mahu ke sana. Entahlah perasaan rendah diri, jauh dari semua masih menebal dalam hatiku ini. Tetapi semuanya demi Hafiz. Inilah juga pertama kali aku bersama kawan-kawan suamiku, kalau sebelum ini hanya Hafiz dan ayahnya sahaja, kali ini buat pertama kali mereka adakan hari keluarga di luar Kuala Lumpur, sebelum ni di Ulu Yam, Putrajaya.


Tiga belas tahun yang lalu, inilah detik yang paling indah buat aku yang tidak pernah padam dalam hidup aku, menjadi seorang ibu, biarpun kelahirannya secara pembedahan kerana aku tidak merasa kesakitan seperti ibu-ibu yang lain menghadapi saat-saat genting seperti ini. Aku rasa diri aku terlalu relax dan santai ketika itu. Sampai di bilik pembedahanpun aku tak rasa apa-apa. Kalau nak diikutkan nak jugak rasanya bagaimana sakitnya bersalin tetapi mungkin hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dan selepas tiga belas tahun aku menanti lagi tika dan saat itu tetapi mungkin belum di izinkan lagi, sabarlah duhai hati. Untuk anakku Hafiz semoga menjadi anak yang soleh di panjangkan usia di murahkan rezeki, cepat habiskan hafazan, seterusnya dirimu akan melangkah ke hadapan dengan hati yang tenang dalam menghadapi segala ujian di dunia yang penuh pancaroba ini. Perjalanan ini masih terlalu jauh lagi anakku. Moga menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Syukur alhamdulillah kerana ibu ada Hafiz.

Rabbani feat. Mawi - Saksi

Saat dan waktu
Semasa hidupmu
Apa yang dilaku
Alpa merenung

Jangan kita lupa
Dia ketahuinya
Jangn kita leka
Segala dihitungnya

Dunia sementara
Sandiwara semata
Kembali padanya
Akhirat disisinya

Hidup penuh dosa
Tiada pasti nilainya
Syurga dan neraka
Kan kita terimanya

Tangan berkata
Apa dilakunya
Kaki bicara
Kemana ia melangkah

Mata bersuara
Apa pandangannya
Telinga bercerita
Payah didengar

* Tiba detik masa
Mulut tak dibuka
Tiada berkata
Hanya kan mendengar
Mulut bersuara
Saksi berbicara

Amalan semata…

Sujudlah kepadanya
Ampun segala dosa
Tiada yang berkuasa
Hanya Maha Esa

Mohon iman bertakhta
Tekadkan di jiwa
Ingat segala seksa
Amalan mu ditanya

Sunday, July 6, 2008

Air mata kasih

Salam Rejab untuk semua..

Sejak dua menjak ni aku selalu menyuruh suamiku pinjam novel di perpustakaan di tempat kerjanya. Macam-macam novel yang dah aku baca nak kata beratus kalau campur dengan Lia bagi pinjam tak tau lah. Tapi mungkin dah nak dekatlah kot. Tetapi dalam banyak-banyak novel yang aku baca yang benar-benar membuatkan hati aku tesentuh adalah air mata kasih hasil karya penulis terkenal kesayangan ramai Norhayati Berahim atau Kak Yati dari alaf 21. Masa mula-mula baca tak berapa sedih tetapi entah kenapa bila kita terlalu menghayatinya tanpa sedar air mata menitis keluar dan sampai boleh bengkak mata huhuhu. Adalah bab yang membuatkan aku tersentuh. Ya Allah tu baru baca novel kalau betul-betul bagaimana ya? Hah...pandaimya dia buat cerita sampai pembaca dapat menghayatinya. Aku memang suka membaca novel tak kira siapa penulisnya. Ahh....aku memanglah dah banyak membaca novel-novel tetapi kenapa aku masih tak reti-reti lagi nak menulisnya?Kata Lia masa baca telitilah di mana tanda-tanda komanya dan tanda apa-apa yang patut, tapi aku tulis pakai main redah aje, malu.. malu ...maluuuuuuuuuu. Tapi tu lah kan kalau nak belajar buat apa nak malu, belajar dari kesilapan insya-Allah nanti semuanya okeylah.

Friday, July 4, 2008

mawar putih untukku









Mawar putih ini sedang berkembang. Terima kasih Epel kerana memberi mawar putih ini untuk Kak Awwa.