andai ini takdirnya utkku

Sunday, February 21, 2016

Warkah rindu 1

Assalamualaikum

Alhamdulillah kini ku kembali lagi biarpun agak slow sekarang ini oleh kerana kesibukan yang aku ciptakan sendiri. Rutin harian aku sengaja menyibukkan diri dengan menghadiri kelas pengajian dan kuliah2 dan usrah demi untuk menimba ilmu ugama yang begitu ceteknya. Alhamdulillah terhibur dengan pengisian yang di sampaikan ustaz dan ustazah. Semoga aku terus beristiqamah sehingga ke nafasku yang terakhir InshaaAllah.

Selain dari itu sekarang ini aku mempunyai hobi baru iaitu berkebun dan menjaga seekor anak kucing yang kematian tuannya,kasihannya dia. Kalian pernah denganr tak bunga pukul sepuluh yang di beri nama baru iaitu ros jepun atau rj? Zaman aku kecil2 dulu hanya tahu bunga pukul sepuluh. Bila sebut tenang hobi  terkenangkan ibuku tercinta.

Ibuku {yang kupanggilnya mek}  memang faham benar yang hobiku menanam pokok bunga, kemana dia pergi pasti bawa balik bunga untukku. Ya Allah rindunya kat mek. Sepanjang hayat mek dia seorang ibu yang sangat baik, ikut sahaja kemahuan anaknya ini. Walaupun mek tak pernah bersekolah tetapi mek lah yang belikan aku pen kertas kajang sampul surat dan juga buku tulis  untukku, kerana faham kepayahanku. Tak cukup dengan itu mek lah juga yang tolong pos surat2 ku. Setiap kali keluar berjualan kuih dan ketupat selalu ada surat dalam bakul basikalnya. Sehinggakan orang menegur..".wahh kak cik, {semua orang panggil mek dengan panggilan kak cik} hebatnya hari2 ada surat gewe" hihihi. Lucunya mek balik bercerita kami gelak sama2 balut ketupat sama2, menangis sama. Semuanya kami bersama.

Tetapi bila aku mengambil keputusan untuk berumah tangga mek sedikit gusar. Iya manakan tidak..anaknya tak seperti orang lain,betul ke ada orang nak kat aku? Ayah pula beranggapan orang sengaja nak main2kan aku. Aduhai mek ayah, aku faham sangat perasaanya. Tetapi ketika itu mek dah ada Kak Za. Aku nampak kebahagian mek dan ayah menerima kehadiran menantu baru dalam hidup mereka.  Kemana pergi pasti ajak Kak  Za tidak aku. Sesekali terbit air mataku. Sebab itulah aku memilih untuk berkhawin mungkin juga itu jodoh yang telah Allah tetapkan untukku. Aku redha tempuh  segala suka duka selepas keputusan yang aku buat, tanpa paksaan dari mana2 pihak. Manusia hanya merancang Allah sebaik perancang.

Sungguh besarnya pengorbanan mek dan ayah,tatkala aku di sorong ke dewan bedah untuk operation anakku mek menangis, tatkala aku memohon ampun dan maaf. Subhanallah air mata ibu mana yang tidak mengalir lantaran akulah satu2nya anaknya yang bersalin operatian. masih terbayang lagi air mata mek memandangku, masih terkenang mek memakai tudung labuh biru dan jubah hitam.Ya Allah aku tidak pernah melupai saat suka duka kita bersama.  Kasih mek dan ayah sehingga ke syurga.

Aku masih terbayang kepayahan mek dan ayah membesarkan kami dengan menoreh getah ayah pula kerja apa tak buat, bertukang rumah petani dan kerja kontrak di Singapura demi membesarkan anak2.
Sehingga ke hujung usia mereka adalah sedikit kesenangan tetapi hati dan perasaan mereka hanya ALLAH sahaja yang tahu. Ya Allah andainya mek dan ayahku masih hidup aku ingin sekali berbakti berkali2 dan lagi dan lagi. Terasa belum puasnya untuk berbakti terlalu sedikitnya. Tetapi semua itu hanya mimpi yang tak pernah menjadi kenyataan. Mek dan ayah hanya pinjaman sementara anugerah yang tak terhingga buat aku. Alhamdulillah mereka banyak mengajar aku erti ketabahan. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi membesarkan aku seorang anak OKU.

Memang rindu terlalu sarat dengan mimpi yang tak sudah. Andai mimpi itu datang terasa bertemu dengan mereka. Mek ayah sesungguhnya orang tersangat rindu dan kasihkan mek dan ayah. Hanya doa dan sedekah  yang mampu orang kirim. Orang berdoa semoga mek dan ayah berada di syurga Firdaus. Bersama para syuhada dan orang2 yang beriman.

Mek ayah kini segala apa peninggalan mek dan ayah kami berbagi sama rata di antara kami, mek dan ayah jangan bimbang kami tak berpecah belah. Cuma orang sahaja yang berjauhan. Orang tak tahu sampai bila orang akan menjadi perantau, orang redha kalau di sinilah berakhirnya hidup orang .Orang redha kalau di sinilah tanah kubur orang. Kakak dan abang memilih untuk buat rumah di kampung, orang entahlah ikutlah takdir bagaimana. Kalau orang cakap tak balik kang balik pula. Biarlah takdir yang menentukan segalanya.

Akhirnya orang memohon ampun dan maaf dari mek dan ayah, halalkanlah air susu mek yang orang teguk.Sungguh kasihnya mek di bawa sehingga ke akhir hayat. Kasihnya ayah pula sanggup berkorban apa saja untuk kami. Ya Allah aku bersaksi ibu dan ayahku seorang yang baik, aku memohon kepadaMU Ya Rabb Engkau tempatkan lah mek dan ayahku di syurga Firdaus tanpa hisab..Mereka sudah terlalu lama menderita kasihanilah mereka.Syurgalah tempat mereka.

Ya Allah andai tiba saatnya aku di panggil pulang Engkau pertemukanlah aku dengan ibu dan ayah yang sangat aku rindu. Engkau matikanlah aku dalam khusnul khatimah. Untuk suami dan anakku, andai ibu ada terguris perasaan kalian ibu mohon ampun dan maaf ibu sayang kalian hingga ke jannah, semoga kita dapat berkumpul semula di syurga inshaa ALLAH.