andai ini takdirnya utkku

Friday, September 24, 2010

bosan

Ya Allah rindunya hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu, kalau boleh aku ingin balik kampung lagi tetapi apakan daya terasa begitu jauhnya. Diam tak diam sudah hampir 9 bulan lebih aku di sini.
rumah kuaters di Pj pun sudah ada orang yang masuk. Kesian rumah bocor lagi, manakala sampah berupa surat khabar kerusi patah penuh di garaj kereta. Tilam lama aku tinggal di rumah itu. Kata Che Mat barang2 peninggalan ku sudah di angkut dengan lori.


Seronok orang tu masuk ada bunga ros. Dari terbiar lebih baik ada orang yang menjaganya. Agaknya pokok2 ubi kayu yang aku tanam dahulu habis di tebas tebang. Ahh! kenaangan bukannya mudah hendak di lupakan.

Pengajian di surau bermula Okt ini...aduyai lambatnya..aku sudah bosan rasanya, sepi aku rasakan. Sebulan lebih aku bersama Hafiz di rumah setelah dia bercuti panjang, kini bila dia kembali ke asramanya aku kembali sepi.

Niat hati hendak pergi belajar menjahit baju di masjid BTP tetapi entah bilalah nak mula. Rumah terbuka sana sini ada yang jemput ada yang tidak walaupun rumah selangkah dua dah tak kenal kita tak berjemput, tak mengapa tak kecil hatipun. Kawan2 di surau siap menghantar ke rumah lagi juadah rumah terbuka mereka. Mereka nak datang ambik tp aku bagi alasan suamiku kerja, malas pergi seorang diri. Di sini orangnya bermasyarakatlah juga berbanding dengan di PJ.

Tuesday, September 21, 2010

semuanya sudah berubah

Bulan ramadhan berlalu sudah, rayapun sudah. Tidak ada apa yang menarik melainkan cerita pulang kampung. Itupun tidak ada gambar kenangan apa lagi gambar raya lantaran kamera dan hp pun dah kojol. Tidak mengapa yang penting dapat melihat kedua ibu bapaku.

Mek aku dah kurus kesiannya, tidak seperti dulu, selalu pengsan sebelum di sahkan darah tinggi. Allah...sebelum ni mek jarang sakit...tetapi bila dah sakit teruklah pula. Makanpun sudah tidak berselera lagi...kata mek dah lama dah sihat, dah lama dah makan..sekali sekala tak makan tak apalah. Untuk menguatkan tenaga mek cuma minum susu dan menjamah sedikit nasi, itupun tidak pernah habis.

Sedihnya nak balik hari tu..entahlah banyak cerita tp tak semua mesti di kongsi di blog. Untuk mek dan ayah, ku doakan semoga terus sihat dan terima kasih kepada semua abang dan kakak yang selalu mengambil berat tentang kesihatan mek dan ayah amiin..

Hafiz belajar rajin2 nak walaupun banyak dugaan yang telah kita lalui malahan keluargapun tidak semuanya faham...namun doa ibu hanya satu semoga anakku berjaya di dunia dan akhirat. Usah di hirau apa orang kata kerana mereka tidak pernah berada di tempat kita dan mereka tidak akan faham andai di jelaskan........biarkanlah suka duka hanya kita yang tahu. Semoga satu hari nanti sang mentari kan bersinar menyinari hidup kita....tidak di dunia tetapi nun di SANA amiin...

Thursday, September 2, 2010

1 Syawal bakal datang lagi mengamit kenangan lalu


Begitu pantas masa berlalu dah nak raya dah. Alhamdulillah tiada apa yang hendak aku kongsikan di sini, cuma sekadar ucapan salam aidilfitri untuk semua kawan2 samada masih ingat atau tak, yang telah bertemu atau tak. Itu sajalah nak tulis panjang2pun bukannya ada idea dah sekarang ni, tak seperti dulu2 kalau menulis tak larat nak baca. tetapi sekarang entah la.....

Ramadhanku kali ini lebih bererti dari tahun2 yang sudah, alhamdulillah setelah lapan bulan aku di sini aku sudah mengenali ramai kawan2 di surau. Biarpun cuma makcik2 dan kakak2. Yang lucunya di sana aku paling muda kalau Aini tak datang. Di mana orang2 muda yang hendak bertadarus, belajar fardu ain dan mengaji? yang ada cuma makcik2 enam puluh tahun ke atas. Yang muda2 sibuk mencari rezeki, kerja dan kerja yang tak pernah habis...tetapi itu juga merupakan satu ibadah. Beramallah kamu seolah2 kamu akan mati esoknya dan berkerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi.

Insya Allah tahun ini aku beraya di sini, aku ingin merasai bersolat hari raya di sini. Rasanya terlalu lama aku tak solat hari raya berjemaah di surau atau masjid. Alhamdulillah walaupun aku cuma ada Hafiz dan suami ku...tetapi aku masih ada Kak Asmi di Countryhomes dan Kak Melati kawan lama kami di Azalea. . Aku akan pulang ke kampung nanti, kebetulan nak hantar Hafiz pulang ke asrama, cutinya sudah habis setelah lama bercuti. Ku pohon ampun dan maaf andai selama aku mengenali kalian (baik yang sudah bertemu atau belum) aku banyak menyinggung perasaan kalian dalam penulisanku dan komen2 ku. Halalkan apa yang terberi, termakan dan terminum...semoga semua berbahagia di aidilfitri kali ini. Wassalam ampun maaf zahir dan batin...