andai ini takdirnya utkku

Monday, November 5, 2012

Ya Allah kuatkanlah aku

Di saat anakku sedang menghadapi exam si KB malam tadi suamiku di tahan di Hospital Sungai Buluh kerana muntah dan pening setelah pulang dari menjengguk anak di KB. Pagi itu suamiku makan tosey dan kuah kelapa putih. Aku ingat malam tadi dia tidak di tahan di ward lantaran itu aku tidak ikut dia semalam. Hanya kawannya sahaja yang menemani dia. Rasa bersalahnya aku kerana sampai ke hari ini aku tidak tahu bagaimana keadaannya kerana hpnya sudah kong.

Situasi begini lah yang selalu aku lalui, suami keluar masuk hospital ,sekali sekala aku kata kenapa hanya dia sahaja? Kenapa bukan aku sekali sekala yang berada di tempat dia? Ya Allah siapa lagi yang aku harapkan melainkan MU Ya Allah, bantukanlah aku Ya Allah. Aku tahu ianya tidak akan berlaku dengan kehendakMu Ya Allah.


Aku mohon kuatkanlah aku dalam menghadapi apa jua yang bakal aku lalui ya Allah. Maafkanlah aku abang kerana aku banyak melakukan kesilapan kepada mu yang aku sengaja dan tidak aku sengaja.

Sunday, November 4, 2012

Slm perjuangan untuk anakku

Salam Imtihan kepada semua yang bakal menduduki Peperiksaan SPM & STPM. Semoga beroleh keberkatan dan kemudahan di dalam menjawab soalan yang diberikan.

Ingat!

Belajar bukanlah semata-mata untuk cemerlang, dapat memasuki IPT/TPTS tetapi niatkanlah belajar itu semata-mata untuk meraih REDHA Allah dan sebagai meraih tuntutan kefardhuan menuntut ilmu..
...

Semoga dengan niat yang betul akan memberikan kesan di dalam diri, bahawasanya kejayaan itu ALLAH yang beri bukan hanya bergantung kepada usaha kita sendiri.

Ingat!

Walau kita berusaha siang malam, walau kita punya kegeniusan mengalahkan orang.. namun jika Allah tidak izinkan kita berjaya dengan cemerlang, maka jangan harap untuk cemerlang!

Justeru, sandarkan harapan hanya pada Allah bukan pada kelebihan diri sendiri...

Ingat tu.... dan jangan lupa, mulakan lah menjawab dengan BASMALAH. Semoga berkat dan mendapat Rahmat dariNya.


~ Salam Imtihan kepada semua yang bakal menduduki Peperiksaan SPM & STPM. Semoga beroleh keberkatan dan kemudahan di dalam menjawab soalan yang diberikan. Ingat! Belajar bukanlah semata-mata untuk cemerlang, dapat memasuki IPT/TPTS tetapi niatkanlah belajar itu semata-mata untuk meraih REDHA Allah dan sebagai meraih tuntutan kefardhuan menuntut ilmu.. Semoga dengan niat yang betul akan memberikan kesan di dalam diri, bahawasanya kejayaan itu ALLAH yang beri bukan hanya bergantung kepada usaha kita sendiri. Ingat! Walau kita berusaha siang malam, walau kita punya kegeniusan mengalahkan orang.. namun jika Allah tidak izinkan kita berjaya dengan cemerlang, maka jangan harap untuk cemerlang! Justeru, sandarkan harapan hanya pada Allah bukan pada kelebihan diri sendiri... Ingat tu.... dan jangan lupa, mulakan lah menjawab dengan BASMALAH. Semoga berkat dan mendapat Rahmat dariNya. Bit tawfiq wan najah~ (^_^)

bermulanya sebuah episod

Selamat menghadapi exam SPM Hafiz semoga cemerlang dunia dan akhirat semoga Allah permudahkan segala urusanmu hari ini esok dan selamanya amiin...


Ya Allah esok anakku akan menghadapi exam SPM, di kejauhan ini aku mohon kepada MU ya Allah Engkau peliharalah anakku dari segala mala petaka, sihatkanlah dia, tenangkanlah fikirannya. Ya Allah berilah sumber kekuatan dan ilham untuknya menjawab soalan dengan tenang.Hanya dengan pertolonganMu sahaja yang mampu kami harapkan. Bantulah anakku Ya Allah....amin amin amin ya Rabbal alamin...

Friday, November 2, 2012

teruknya blog aku

Tak nak tulis blogpun nak tulis, tp bila tengok blog ni dah macam tak lalulah pulak, tak cantik dan entah bila nak tukar ke rumah baru. Janji anakku lepas SPM nak ubah  blog ibu biar nampak ceria .


Malam2 begini  masih takde  idea, memang takde bakat nak menulis seperti orang lain.Kalau dulu bersemangat sekarang ni hanya tinggal kenangan. Mujurlah juga masih ada blog ini tempat aku mencari ilham walaupun sepatah dua kata tak mengapalah asalkan blog ini tidak aku tinggal terus. Mentanglah dah sibuk2 dengan fb, twitter janganlah blog di lupakan. Banyak kenangan di sebalik blog ini. Insya Allah andai di beri idea akan aku tulis apa sahaja walaupun hanya sepatah ayat.


dua hari menjelang SPM

Anak yang ambil exam emaknya yang berdebar. Malam ini suamiku terbang ke Kelate untuk memberi semangat dan dorongan untuk anakku menjelang peperiksaan pada 5.11.2012. Aku di sini hanya mampu iringkan doa semoga anakku di beri ketenangan ketika menjawab soalan kelak. Insya Allah anakku pasti akan tenang dan kuat semangat walaupun tanpa ibu bapanbya di sisi. Bukan hanya anakku sahaja yang bersendirian menjelang exam SPM. Ada dua tiga orang kawannya yang datangnya dari Kedah senasib dengan anakku.

Apa2pun aku harap yang terbaik dan andai sebaliknya sedikitpun aku tidak kecewa dan aku tidak mahu anakku patah semangat kerana dia masih muda dan perjalanannyapun masih jauh. Hanya usaha kekyakinan dan tawakal kepada Allah, itu yang selalu aku suntik semangat untuknya.

Untuk anakku dan semua good luck, ibu selalu kata Hafiz anak yang baik Insya Allah, Allah akan permudahkan segalanya amiiin...