andai ini takdirnya utkku

Tuesday, April 3, 2012

Lirik Lagu Hatimu Milikku -Nera AF9



Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Ulang [*][**]

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Ulang [*][**]

Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini


Monday, April 2, 2012

mengapa begitu?

Bukan tak nak pergi tapi sudah ada yang dekat dengan rumah. Tak kanlah semua nak bayar, itu nak bayar ini nak bayar, manalah aku nak cari uang lagi, lagian cuma suamiku yang kasi aku uang, bukan aku berkira. Tap hatiku sakit banget bila di katanya aku berkira, padahal bayaran mengaji di kawasan perumahan ku begitu murah berbanding dengan yang lama. Aku tak ada alasan untuk berhenti kata mereka. Seolah2 pemberian aku selama ini tidak ikhlas.

Bukan begitu mereka tidak faham, sekarang ini anak aku sekolah swasta ,jadinya aku terpaksa berkorban segalanya untuk dia. Kenapa mereka tidak memahamiku? Padahal aku ini kan OKU yang hanya berkereta kancil secondhan sahaja. Aku juga tidak layak untuk meminta apa2 bantuan dari JKM kerana aku sudah ada rumah dan aku juga bersuami. Mana hak aku tak usahlah tanya kalau hanya mereka2 di sini membantu hanya untuk meraih undi yang tak lama lagi ni. Yb2 tak akan pandang ibu bapa OKU hanya tertumpu untuk anak2 OKU sahaja. So tak payah berharap nak mengemis dengan JKM kerana itu buat malu muka sahaja, lebih baik buat kerja sendiri cari uang sendiri dari menjadi pengemis JKM yang belum tentu dapat atau tidak.


Aku akan pergi juga mengaji di tempat lama tetapi nantilah dahulu biar aku stabil dulu. Kenapa mereka susah hendak memahami aku? Memang susah hendak faham kerana mereka tinggal di rumah mewah yang tidak kurang apa pun. Birthday sahajapun di hadiahkan kereta mahal . Bila tibanya birthday guru mengaji balik2 nak kutip duit nak beli hadiah, bukan sedikit ratusan juga hadiah yang hendak di beri. Aku bukan tergolong dari mereka, birthday tu bukan budaya kita buat apa nak beli hadiah, cukuplah doa selamat sahaja. Aku sendiripun tak pernah buat birthday2 sekadar mengingatinya sahaja. Sesekali dia minta kita belanja dia makan, kerana dia guru kita terpaksa buat. Sekali sekala tak mengapalah ..kan ada anak sendiri mintalah anak yang bawa nak ke mana2. kita makan anak kita entah makan apa.

Terkenang kat ayah aku mengajar mengaji tak pernah minta apa2 dari murid2, kalau orang ingat org akan kasi. Tp kalau tidak walau berapa generasi sekalipun memang ayah tak pernah nak kata...kalau nak bagi tu seikhlas yang mungkin. Mana ikhlasnya kalau hendak kan habuan dunia. Memanglah semuanya berduit, nak masuk tandaspun kena ada duit. Ikhlas tu hanya Allah sahaja yang tahu. Dunia2 dunia manusia bermacam2 ragam, yang kaya terus jadi kaya...yang miskin terus melarat walaupun nampak zahirnya senang..tp sebaliknya Allah sahaja yang tahu. Kenapa orang suka buat kita stress? Kenapa orang suka memaksa kita suruh ikut kemahuan mereka?

UNtuk anakku ibu doakan semoga Hafiz cemerlang dalam pelajaran, ibu kagum denganmu nak berusaha bersungguh2 demi mencapai impianmu. Allah bersama dengan orang2 yang sabar. Bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.