andai ini takdirnya utkku

Saturday, January 8, 2011

kasih sayang sudah mati

Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang telah aku tinggalkan di
tahun 2010. Ianya banyak mengajar aku erti ketabahan dan kasih sayang.
Ketika aku berada di PJ aku tidak perlukan kenderaan kerana senang
mendapatkan teksi. Tetapi bila berada di sini(BTP) aku bagaikan burung yang patah
sayapnya, setelah suamiku kemalangan aku tidak lagi keluar dari sini apa
lagi nak ke Medan Putri dan surau. Sehinggalah minggu lepas aku keluar dari
perkarangan rumah ini. Ya Allah sudah besar rupanya pokok2 di pinggir
jalan. Oh tidak aku bagaikan burung yang patah kakinya. Patah sayappnya
bertongkat dengan paruh...tp aku......Allah aku ingin sekali berdikari
seperti orang lain.

Teksi terlalu mahal dari BTP ke KL rm 80 padahal kalau ikut teksi
bermeter rm 60 je.Begitulah kehidupan semuanya memerlukan wang ringgit erti kasih sayang ehsan tiada lagi, padahal kalau kurangkan pun tidak mengapa, kira amal
jariah. Tetapi ahh....begitulah lumrah kehidupan...

Hampir sebulan lebih aku tidak menjejakkan kakiku ke surau As sidiqin.Begitulah ceritanya....ada ke tak ada ke aku ini tidak memberi kesan apa kepada mereka yang sama2 berjemaah. Para muslimat atau AJK yang sama2 menghadiri kelas mengaji dan fardu ain pun diam membisu. Ahhhh.....begitulah begitulah....
Sebulan lebih jugalah aku tidak mendengar apa2 ceramah. Aku kesal dengan
mereka...aku bukan hendak minta ehsan mereka...tetapi pengertian dari
mereka. Di saat aku tersungkur begini di mana mereka? Bila berceramah
berdengang-dengang sebut tentang persaudaraan dalam islam tetapi di
mana? Manisnya mulut berbicara tetapi indah khabar dari rupa. Jangan
kata berziarah bertanya khabarpun tidak. Mungkin mereka ingat aku kat
sini di tolong adik beradik atau family....tetapi aku ini merantau jauh
dari keluarga. Aku tidak mungkin meminta bantuan dari mereka.Tak mengapa...dalam hidup ini jangan terlalu bergantung kepada manusia...Allah itu maha mengetahui.

Terima kasih sahabatku Lia kerana selalu memghiburkan aku...mengirimkan
aku hadiah walaupun itu bukan aku pinta tetapi betapa pemurahnya dirimu.
Semoga murahlah rezeki sahabatku ini....

huhuhu tutuplah cerita bab sedih2 ni..asyik sedih je tak syok gak hehehe...

Malam tadi aku terkenang ketika tinggal di PJ. Quatersku di masuki
pencuri...biarpun barang2 yg berharga tidak sempat dilarikan...tetapi
rasa takut tetap ada kerana entah kenapa lah kami tidak sedar dia
membuka mangga pintu dan masuk melalui pintu dapur.

Kali kedua tatkala aku sedang ralit mengadap komputer tiba2 ada seorang
lelaki kurus berambut paras bahu berpakaian seragam warna langsat
tercegat di pintu bilik air. Dia memandang aku, dan akupun memandang
dia. Aku hanya menyuruh dia keluar...dia akur tanpa berkata apa2pun.
Andai kata dia hendak melakukan apa2 terhadapku memang boleh. Seorang
wanita kurang upaya tinggal seorang diri apa2 saja dia boleh lakukan.
Tetapi Allah sayangkn aku melindungi aku.

Kali ketiga setelah keluar dari bilik air ada sepasang mata yang
mengintaiku di sebalik tingkap yang terbuka apa lagi menjeritlah aku
sekuat hatiku, tetapi seperti biasa seorang dirilah aku menghadapi apa
jua kemungkinan.

Beginilah kehidupan di bandar masing buat hal sendiri....kalau di
kampung di kelilingi keluarga sakit demam pasti ada yang menjenguknya.
Semoga Allah beri aku kekuatan dalam menghadapi dugaan dalam menempuh
hidup ini amin...
p/s entry ini di copy paste dari emelku.tu berterabur sikit...