andai ini takdirnya utkku

Tuesday, December 14, 2010

aku tak suka blog ni

Bismillah
Oh tidak apa dah jadi dengan blogku ini...tak cantik berserabut. Jiwa kacau kepala pening. Allah... banyak sungguh ujian hidup sekarang ni. Blog sudah lama tidak di updatekan. Bukan tak de cerita banyak tp belum ada kekuatan untuk menulis kepala asyik pening je.kenapa ada iklan my jodoh...nantilah aku nak cari kat mana kodnya...


Entah bilalah blog ni akan berwajah baru....sedih tengok blog ni...tak terurus. Oh hari ini bukan semalam...semuanya sudah berubah dengan sekelip mata. Hanya semangat yang kuat sahaja dapat memberi kekuatan kepadaku.....

Allah.... Engkau sahaja yang mengetahui hikmah di sebalik apa yang berlaku....

cerita terbaruku di sini http://wafanajwa.blogspot.com/

Wednesday, November 10, 2010

demam

7.11.2010 malam ahad pulang ke BTP dengan kawan suamiku yang sama2 kerja di Besut alhamdulillah tak lah penat sangat. Terima kasihlah kerana sudi menghantar aku dan suami ke BTP.

Diorang kata jauhnya tempat tinggal aku memanglah jauh tp nak buat macam mana dah rumah kat KL mahai sangat. Siapalah nak duk jauh2 macam ni. Tp bagi aku suka sangat duk sini. Kalau nak duk Seremban dan Ipoh lagi jauh rasanya. Diorang kata baik duk Ipoh atau Seremban je.

Kalau nak ikut kan seminggu tak cukup duk kampung. Tp apakan daya kena balik juga, kesian kat mek aku bukannya sihat sangat. Tp semenjak aku balik kg tuhari dia makan pun dah berselera sikit. Harap2 mek aku sembuhla seperti sediakala, kesian tengok mek aku kurus je tak seperti dulu lagi. Begitulah kehidupan ini nanti bila dah aku tua nanti belum tahu lagi bagaimana nasibku kelak.


Sedih hati kerana impian mek aku nak tengok aku buat rumah di kampung belum tercapai lagi entahlah. Di kampung rumah2 kayu sudah berubah menjadi rumah banglo melainkan rumah mek aku yang masih kekal ke bentuk asalnya lagi.

Terima kasih K.Amu(jiran India) kerana sepeninggalan aku selama seminggu dia sudi menyiram pokok bunga ros aku. memang payah nak cari jiran seperti dia walaupun dia bukan seugama dan sebangsa dengan aku. Tetapi semangat kejiranan tu yang penting. Aku janji bila dia pulang kg menyambut krismas nanti aku pula yang akan menyiram pokok2 dia.

Alhamdulillah esok anakku pulang. Aku cuma menyambut aidil adha di sini saja kerana baru je pulang nak balik tu faham2 je la. Di kesempatan ini aku dengan rendah hati ingin mengucapkan salam aidil adha untuk semua kawan2. Ampun dan maaf andai ada keterlanjuran kata2.
Wassalam....

p/s hari ni tiba2 selsema dan demam...

Saturday, October 30, 2010

luahan hatiku

Tika dan saat aku menulis di blog ini aku sudahpun berada di hotel bajet di bandar KB. Aku sampai pagi tadi dengan menaiki keretapi. Tak terfikir nak pulang kampung, tetapi takdir Tuhan suamiku kena kerja di Besut Trengganu selama seminggu. Alhamdulillah lah kebetulan mek aku pun tak sihat, nak balik ziarah mek dan ayahku juga. Naik keretapi tau2 sahajalah lambatnya sampai. Tapi rasa dah tak berani sangat nak balik naik bas. Kalau suami ku sorang bolehlah depa bagi tiket kapal terbang. Tetapi dah balik dengan aku terpaksalah naik keretapi. Nak naik kapal terbang tu faham2 je la ya....

Petang semalam aku menaiki komuter dari Rawang ke Kl Central. Ramainya yang berbaju merah. Dalam ramai2 tu aku terpandang seseorang..tetapi dia buat tak tahu...begitu juga aku...mungkin juga pelanduk dua serupa wajah iras2 anak Cina( pak sedara aku menikah dengan anak mualaf). Dia Nasron sepupu aku berbaju merah. Andai kata kalau aku tak pulang kampung, sudah pasti aku menjadi penonton setia astro arena malam tadi. Tetapi tak mengapalah bagi aku pulang kampung segalanya.

Dalam pukul dua pagi suamiku kejutkan aku dia kata Kelantan dah menang piala Malaysia. Sebagai anak Qlate aku banggalah kerana inilah pertama kali dapat jadi juara. Mungkin takdir Tuhan, dua tahun berturut2 Klate bertemu dengan N9. Sebenarnya bukan ini yang aku nak luahkan..ada benda lain...

Balik dari belajar menjahit aku sangat2 tertekan apa yang aku buat serba tak kena. Sudahlah begpun belum kemas lagi nak balik kampung. Pinggan yang pagi tadipun belum cuci lagi. Kain dalam mesin basuhpun belum berjemur lagi. Mujurlah suamiku menolong kalau tidak aku tak larat nak buat apa kelmarin. Dalam hatiku terdetik...di saat begini kalaulah anak ramai kan seronok.


Sebenarnya ingin ku luahkan rasa hatiku. Selalunya bila aku tertekan bloglah tempat luahan hatiku. Aku sangat terasa hati dengan cikgu yang mengajar menjahitku. Sukarnya untuk orang memahami aku. Dialog2nya terpaksa aku tulis di sini

Dalam aku terkial2(aku kantoi melukis) aku hendak melukis pola tangan baju dia datang menyergah...

"laaaa belum gunting( pola baju blouse) lagi? kan saya suruh gunting tadi? Kalau saya dah kata ok tu ok lah".

"Kalau saya mengajar saya tak mahu ada istilah susah ke takut nak gunting ke...dah kalau salah tu biasalah. Kalau orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh? saya pelihara lima orang anak saya dengan hasil menjahit. Apakah ini semangat atau nak luahkan kemarahannya?"

Aku bukan budak kecil hendak di layan begitu" gunting pun lambat"? Aku tahulah jemariku bukannya seperti orang lain sudah tentulah lambat.

Aku berkecil hati kerana dia layan aku seperti aku ni dah pandai buat itu dan ini...sedangkan aku asaspun tak de..kalau setakat baju kurung tu aku bolehlah...tp kalau kebaya dan baju moden manalah aku boleh faham dalam waktu yang singkat?

Terasa nak menitis air mata...tetapi aku tahankan juga...

" kalau saya belajar dulu cikgu tak tolong saya buat sendiri, ini baru nak gunting kertas nanti kalau nak jahit baju bagaimana"?

Cuma aku nak pesanlah kat cikgu ni...aku bukannya budak darjah dua tiga nak di layan begini...aku ni dah nak masuk 40 tahun dah. Aku pun ada hati dan perasaan juga, tidakkah dia perasan wajahku berubah?. Jangan layan aku begini. Patutlah dari 20 lebih tinggal 8 orang. Aku rasa sedih sebab dia cakap depan ramai orang. Kalau aku dengan dia tak apalah. Apakah aku kebuluq sangat nak belajar menjahit dengan dia? Aku pun bayar seperti orang lain juga, aku boleh cari orang yang boleh ajar aku tak apa bayar mahalpun. Aku nak seorang guru yang murah dengan senyuman...yang ramah mesra bila bercakap...bukan untuk menjatuhkan orang lain.Cikgu ini akan tertumpu kepada mereka yang sudah pandai(khasnya kawan yang dia kenal). Yang belum pandai di layan gitu2 je la..pandai2lah belajar dengan kawan2 yang dah pandai.

Punah harapan aku untuk mencari sumber pendapatan dengan belajar menjahit. Sudah lama aku mencari orang yang boleh mengajar aku menjahit...tetapi bila dah jumpa macam ni pula jadinya. Ini bukan soal kecil hati ke apa ke...ttp cara bercakapnya buat aku terguris..

Monday, October 11, 2010

tragedi 10.10.10

10.10.10- 1 Zulkedah 1431 H

Sebelum pergi kuliah dhuha aku panaskan capati dan goreng telur hancur di atas kuali leper. bila sudah masak telur dengan kuali yang sama aku guna untuk panaskan capati. Bila sudah pastikan masak aku angkat roti dan bawak ke ruang tamu sambil menonton tanyalah ustaz di TV9.

Bila tamat tanyalah ustaz bersiap2lah aku dan suami untuk ke surau As Sidiqin. Kuliah dhuha bermula jam 9.00 pagi bersama penceramah yang tak asing lagi iaitu ustaz Halim Din yang selalu keluar di TV9 dan TV3.

Kalau ikutkan hari ni aku tak nak pergi kuliah dhuha kerana menanti kedatangan sahabatku Lea, dah dia pun tak dapat datang apa lah yang hendak aku buat di rumah. Tiba di surau, jemaah belum ramai...setelah mengerjakan solat sunat dhuha aku duduk bersama dengan seorang jemaah perempuan yang belum ku kenali. Sempatlah berkenalan dengannya. Jemaah semakin ramai, ustaz belum sampai2. Rupanya ada kenduri di BCH. Tepat jam 10.00 ustaz pun tiba di surau, tajuk kuliahnya pagi itu "Islam kembali dagang". Di surau tempat aku ni banyak penceramah jemputan yang sentiasa keluar kat TV seperti Ustaz Roslan, Ustaz Zamri Zainuldin, Ustaz Wan Sohor dan yang lain2 lah. Pendek kata aktiviti si surau tempat aku ni penuh i. Alhamdulillah beruntung aku tinggal di sini. Walaupun aku tidak mempunyai kawan di blok aku ni sekurang2nya aku ada kawan2 di surau. Adalah 2 tiga orang yang aku kenal kat blok aku ni. Biasalah orang masing2 sibuk berkerja , kita pulak asyik berkurung dalam rumah saja.

"lslam kembali dagang" di kaitkan dengan semualah. Termasuklah kes sekolah tahfiz yang menjadi perdebatan di blog wordpress aku. Kalau ikutkan aku setujulah apa yang ustaz ni kata. Tak sepatutnya pejalar2 yang kena mencari dana untuk sekolah, orang yang buat sekolah tu lah yang berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mencari dana. Kenapa budak2 yang masih kecil di kerah tenaga mereka berpanas dan berhujan meminta2 di khalayak ramai. Orang memberi kerana simpati kan budak itu. Apakah agenda di sebalik itu? Apakah orang2 atasan duduk goyang kaki makan hasil budak2 itu? Waalahuaalam...begitulah serba sedikit isi kuliahnya dan banyak lagi sebenarnya, sehinggakan menyentuh tentang kematian Jutawan kosmetik Dato Sosilawati.

Setelah tamat kuliah jam 11.45 ada jamuan ringan bihun yang telah di taja oleh sebuah restaurant kat Medan Putri. Seperti biasa aku jarang menjamah makanan di surau, cuma sekali sekala sahaja. Al maklumlah budak2 ramai biarlah kita orang tua2 ni tak makan pun tak apa. Itupun satu tarikan untuk budak2 pergi ke surau.

Rupanya suamiku faham( dia selalu memahamiku) dia mengambil sepinggan bihun untuk di makan di rumah. Kataku kita singgah kedai Tok Wan sat, makan siap dah, pastu senang balik tak payah masak.

Makan minum sembang tengok2 jam dua belas lebih. Bila sampai di rumah buka pintu bau seperti orang masak. Aku kira itu jiranku masak, aku biarkan saja... dapurpun tidak ku jenguk. Duduklah aku sambil berpk2 nak lukis pola baju kurung moden yang cikgu suruh( aku baru je mula belajar menjahit baju di masjid hari sabtu). Dah tak tau apa2 asaspun tak tau pening kepala nak melukis pola dan alahai memang teruk betul aku rasakan. Dalam terkial-kila padam itu ini akhirnya siap juga, itu baru dasar hadapan belum melukis dasar belakang lagi. 20 tahun yang lalu aku melukis pola baju kurung masakan tak kekok nak melukisnya kembali sekarang ini.

Lepas solat zohor aku nak tengok nona, siapalah nak lepaskan peluang menonton perkahwinan angkasawan negera. Dah lah pagi terlepas dah. Duduk lepak2 dah asar, solat asar pula. Lepas asar aku nak baring sat( kalau ikutkan lepas asar tak eolok tidur, tp terlelap juga).

Bau bakar masih ada lagi, suamiku kata siapalah yang bakar . Astagfirullahalazim rupanya di rumah aku, jam 6.30 baru aku masuk dapur nak masak air. Bila ku pegang kuali leper panas, bila ku tengok rupanya aku tak tutup dapur gas, itu nasib baik apinya kecil sahaja. Bayangkanlah dari pagi hingga ke petang api dapur masih menyala? Sedangkan aku tinggal rumah pergi ke surau. Allah Allah tak dapat nak bayangkan. Tetapi mujurlah tidak terbakar kalau tidak aku tak tahu apa nak di kata lagi. Ya Allah lindungilah aku dari mala petaka, kecuaian membawa bencana, mungkin Allah sayangkan aku maka dia gerak kan hatiku untuk pergi ke dapur.

Duduk berdua aku jarang masak aku banyak makan di luar, bukan malas tetapi masak pun membazir berhari2 dalam peti. Tetapi kalau aku rajin aku masak terutama sekali bila hafiz balik rumah, sebab dia nak makan masakanku. Kekadang aku beli lauk dan masak nasi. Kebetulan ada kedai Tok Wan orang Trengganu ada masakan pantai timur tu lah aku suka makan di kedainya. Kalau kat PJ memang tak berani nak makan kedai mamak....walaupun di letak ayat al quran...

Ya Allah semoga aku tak lalai lagi....semua ni akan menjadi pengajaran untuk diriku. Tak dapat nak bayangkan kalau ianya meletup pastinya BTP ini kecoh terutama sekali blok aku. Syukur alhamdulillah kerana tak ada apa2 yang berlaku....yang pasti aku memang terkejut, hingga ke hari ini suamiku tidak tahu misteri orang bakar2.



p/s blog ni tak cantik langsung.....entah bilalah aku nak make up kan dia, kalau bab2 nak kena ubah itu ini aku jadi malas.Tolonglah........

Saturday, October 9, 2010

apakan daya

9.10.2009

Ya Allah minggu lepas hati ini berkobar2 ingin bertemu sahabatku (Lea)tercinta yang sangat2 aku rindui. Tetapi apakan daya sudah takdir kita belum di izinkan lagi bertemu oleh sebab2 yang tidak dapat kita elakkan. Bersabarlah wahai sahabatku jangan bersedih, andainya di panjangkan umur dan di murahkan rezeki kita pasti akan bertemu jua. Namun jauh di sudut hati ini aku menangis hiba mengenangkan kenangan kita dahulu. Walaupun pertemuan kita lewat di alam maya, tetapi persahabatan kita terlalu murni. Di saat aku ingin berpindah akhir bulan 12.2009 dia banyak membantuku. Dia sahabat tempat aku curahkan suka dan dukaku. Kini aku pasrah kerana jarak yang memisahkan kita. Apakan daya bukan rezeki kita untuk bertemu.....

Friday, September 24, 2010

bosan

Ya Allah rindunya hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu, kalau boleh aku ingin balik kampung lagi tetapi apakan daya terasa begitu jauhnya. Diam tak diam sudah hampir 9 bulan lebih aku di sini.
rumah kuaters di Pj pun sudah ada orang yang masuk. Kesian rumah bocor lagi, manakala sampah berupa surat khabar kerusi patah penuh di garaj kereta. Tilam lama aku tinggal di rumah itu. Kata Che Mat barang2 peninggalan ku sudah di angkut dengan lori.


Seronok orang tu masuk ada bunga ros. Dari terbiar lebih baik ada orang yang menjaganya. Agaknya pokok2 ubi kayu yang aku tanam dahulu habis di tebas tebang. Ahh! kenaangan bukannya mudah hendak di lupakan.

Pengajian di surau bermula Okt ini...aduyai lambatnya..aku sudah bosan rasanya, sepi aku rasakan. Sebulan lebih aku bersama Hafiz di rumah setelah dia bercuti panjang, kini bila dia kembali ke asramanya aku kembali sepi.

Niat hati hendak pergi belajar menjahit baju di masjid BTP tetapi entah bilalah nak mula. Rumah terbuka sana sini ada yang jemput ada yang tidak walaupun rumah selangkah dua dah tak kenal kita tak berjemput, tak mengapa tak kecil hatipun. Kawan2 di surau siap menghantar ke rumah lagi juadah rumah terbuka mereka. Mereka nak datang ambik tp aku bagi alasan suamiku kerja, malas pergi seorang diri. Di sini orangnya bermasyarakatlah juga berbanding dengan di PJ.

Tuesday, September 21, 2010

semuanya sudah berubah

Bulan ramadhan berlalu sudah, rayapun sudah. Tidak ada apa yang menarik melainkan cerita pulang kampung. Itupun tidak ada gambar kenangan apa lagi gambar raya lantaran kamera dan hp pun dah kojol. Tidak mengapa yang penting dapat melihat kedua ibu bapaku.

Mek aku dah kurus kesiannya, tidak seperti dulu, selalu pengsan sebelum di sahkan darah tinggi. Allah...sebelum ni mek jarang sakit...tetapi bila dah sakit teruklah pula. Makanpun sudah tidak berselera lagi...kata mek dah lama dah sihat, dah lama dah makan..sekali sekala tak makan tak apalah. Untuk menguatkan tenaga mek cuma minum susu dan menjamah sedikit nasi, itupun tidak pernah habis.

Sedihnya nak balik hari tu..entahlah banyak cerita tp tak semua mesti di kongsi di blog. Untuk mek dan ayah, ku doakan semoga terus sihat dan terima kasih kepada semua abang dan kakak yang selalu mengambil berat tentang kesihatan mek dan ayah amiin..

Hafiz belajar rajin2 nak walaupun banyak dugaan yang telah kita lalui malahan keluargapun tidak semuanya faham...namun doa ibu hanya satu semoga anakku berjaya di dunia dan akhirat. Usah di hirau apa orang kata kerana mereka tidak pernah berada di tempat kita dan mereka tidak akan faham andai di jelaskan........biarkanlah suka duka hanya kita yang tahu. Semoga satu hari nanti sang mentari kan bersinar menyinari hidup kita....tidak di dunia tetapi nun di SANA amiin...

Thursday, September 2, 2010

1 Syawal bakal datang lagi mengamit kenangan lalu


Begitu pantas masa berlalu dah nak raya dah. Alhamdulillah tiada apa yang hendak aku kongsikan di sini, cuma sekadar ucapan salam aidilfitri untuk semua kawan2 samada masih ingat atau tak, yang telah bertemu atau tak. Itu sajalah nak tulis panjang2pun bukannya ada idea dah sekarang ni, tak seperti dulu2 kalau menulis tak larat nak baca. tetapi sekarang entah la.....

Ramadhanku kali ini lebih bererti dari tahun2 yang sudah, alhamdulillah setelah lapan bulan aku di sini aku sudah mengenali ramai kawan2 di surau. Biarpun cuma makcik2 dan kakak2. Yang lucunya di sana aku paling muda kalau Aini tak datang. Di mana orang2 muda yang hendak bertadarus, belajar fardu ain dan mengaji? yang ada cuma makcik2 enam puluh tahun ke atas. Yang muda2 sibuk mencari rezeki, kerja dan kerja yang tak pernah habis...tetapi itu juga merupakan satu ibadah. Beramallah kamu seolah2 kamu akan mati esoknya dan berkerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi.

Insya Allah tahun ini aku beraya di sini, aku ingin merasai bersolat hari raya di sini. Rasanya terlalu lama aku tak solat hari raya berjemaah di surau atau masjid. Alhamdulillah walaupun aku cuma ada Hafiz dan suami ku...tetapi aku masih ada Kak Asmi di Countryhomes dan Kak Melati kawan lama kami di Azalea. . Aku akan pulang ke kampung nanti, kebetulan nak hantar Hafiz pulang ke asrama, cutinya sudah habis setelah lama bercuti. Ku pohon ampun dan maaf andai selama aku mengenali kalian (baik yang sudah bertemu atau belum) aku banyak menyinggung perasaan kalian dalam penulisanku dan komen2 ku. Halalkan apa yang terberi, termakan dan terminum...semoga semua berbahagia di aidilfitri kali ini. Wassalam ampun maaf zahir dan batin...

Thursday, August 19, 2010

16 tahun sudah


18.18 2010

Alhamdulillah ku panjatkan syukur kepadaMu Ya Allah kerana jodoh kami sampai hingga ke tahap ini. Hanya doa yang mampu aku panjatkan semoga kita akan berjodoh pula di syurga. Kita bukan memilih paras rupa dan harta yang melimpah ruah. Kehidupan kita serba sederhana. Kita sudah melalui berbagai onak dan duri, suka duka kita harungi bersama. Namun kita bersyukur seadanya. Benar... kalau kita mahukan kehidupan kita bahagia kita jangan memandang orang yang lebih dari kita. Tetapi kita memandang mereka yang kurang dari kita.


Insya Allah...aku akan bermuhasabah diri sempena di bulan yang mulia ini. Cuma doakan aku menjadi anak, isteri dan ibu yang baik. Insya Allah......

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan, datangmu ku nanti pergimu ku tangisi

Hampir lapan bulan aku berhijrah ke sini. Kini tibanya ramadhan yang di tunggu oleh semua umat islam. Datangnya bagaikan kilat menyambar terlalu pantas. Entahlah sesekali air mataku gugur jua, banyak benar yang terbuku di hati ini.....hanya Tuhan saja yang tahu.

Hampir empat tahun aku berpuasa di rumah quaters di Section 11 PJ. Kini hanya tinggal kenangan. Hikmahnya banyak bila berpindah ke sini. Dapat sama2 bertadarus dengan kakak dan makcik2 di surau. Dapat berterawih berjemaah. Allah dah tentukan segalanya alhamdulillah.

Kepada kawan2 selamat berpuasa aku ucapkan semoga puasa kita tahun ini lebih bermakna dari tahun2 yang lepas. Dan maaf ya..sebab dah "beraku". Entah le.... banyak kawan ngan orang Jawa kot. Segala salah dan silapku mohon ampun dan maaf zahir dan batin.

Monday, July 26, 2010

rindu blog

Dah nak puasa...tak lama dah aduhai rindunya kat kampung...rindunya kat blog yang sudah lama aku tinggalkan. Rindu rindu rindu banyaknya rindu ...rindu kan Lea. Rindu kat Section 11 PJ. Hampir empat tahun aku berpuasa di sana. Puasa kali ini di tempat baru dengan suasana baru. Ya Allah bersyukur sangat kerana puasa kali ini lebih bermakna dapat berterawih di surau atau masjid. Ya Allah semua ini ada hikmahnya, alhamdulillah....


Di surau dah ramai yang dah ambil order kuih raya, aku tak terkecuali ambil order tp bukan untuk tunggu hari raya, tekakku dah tak sanggup nak tunggu raya...terbayang betapa enaknya tat nenas. Kalau dulu tak suka kuih raya tetapi kalu tat nenas memang suka sangat.

Ya Allah rindunya kat mek ngan ayahku. Terlalu lama tak bertemu mereka, andai di izinkan bulan ramadhan nanti aku ingin balik menjenguk mek dan ayahku..ku ingin memeluk mereka. Ingin menyatakan betapa kasih dan sayangnya aku kepada mereka, tetapi apakan daya....

Wednesday, June 16, 2010

maafkan aku blog

maafkan aku blog kerana sudah lama tidak menupdatemu...bukan niatku tetapi entah kenapa minatku sudah hilang kepadamu. Mungkin satu hari nanti akan aku ceriakan wajahmu dengan wajah baru insya Allah. Bukan juga kerana aku sibuk dengan facebook...tidak...tidak..itu juga sudah hilang minatku....sudah membosankanku melainkan membaca posting ustaz2 yang aku join.


Insya Allah bila tiba masanya akan ku aktifkan blog ini walaupun aku sendiripun tidak tau bila. kalau dulu aku cukup minat menulis(biarpun hanya penceritaan) tetapi sekarang entah kenapa semuanya itu sudah berubah.


Salam rejab untuk semua kekawanku yang masih mengingatiku. salam kemaafan kalau ada salah dan silapku selama ini. blog ini entah bila akan di upadatekan lagi....sabarlah moga di panjangkan umur bertemu lagi. Wassalam...

jumpa dan jumpa lagi...........................

Monday, May 17, 2010

khabar duka

2 jamadil akhir 1431 bersamaan dengan 16 Mei 2010

Malam tadi dalam hujan lebat guruh dan kilat , Kak Awwa masih berada di surau As Sidiqin. Sebaik sampai kerumah hp Kak Awwa berdering. Kakak ipar Kak Awwa iaitu Hasliza(Kak Za) telefon memberi khabar duka. Abang sulung kak Awwa iaitu abang G sedang berada di ICU di hospital besar Kuantan. Dia mengalami sakit di bahagian hati dan buah pinggangnya juga.

Ya Allah terkejut sungguh Kak Awwa,Inilah pertama kali di kalangan adik beradik Kak Awwa mengalami situasi yang begini. Sebelum ini Kak As tidaklah seteruk abang G. Dia sudah semakin sihat.

Kak Awwa sedih kerana anak-anak buah yang berada di Rawang dan Klang (anak-anak abang G) tidak tergerak hati hendak menelefon atau sms memberitahu keadaan abahnya. Tetapi dalam saat begini hanya doa yang mampu Kak Awwa kirimkan. Untuk ke hospital besar Kuantan begitu sukar, tidak seperti PPUM. Kalau di PPUM senang hendak pinjam kerusi roda, tetapi di sana entahlah.

Kak Zainab( isteri abang G) faham dia hanya minta Kak Awwa buat solat hajat dan berdoa. Tetapi sebagai adik, Kak Awwa agak sedih sekali tak dapat nak tengok dia, apa lagi kami dah lama tak berjumpa. Bukan tak mahu berkorban tetapi tinggal di sini agak sukar hendak ke Hentian Putra. Apa lagi bila dah umur kian meningkat nak bergerakpun sakit sana sini. Insya Allah bila abang G pulang ke rumahnya di Chini Kak Awwa akan pergi ke sana. Kak Awwa hanya mampu berdoa semoga Allah panjangkan umurnya.Dapat bertemu dengannya.....

Malam ini keluarga Kak Awwa dari Kelantan akan ke hospital Kuantan dengan menaiki pajero abang aku. Sedangkan aku di sini Ya Allah........kekadang aku berjauh hati dengan mereka(anak-anak buahku), aku tinggal dekat dengan merekapun terasa bagaikan jauh. Padahal mereka ada kemudahan untuk bergerak. Alasan yang di beri cuma sibuk kerja....jangankan hendak tumpangkan emak saudaranya ini. Malam tadi aku ada suarakan juga kepada Kak Zai, tetapi dia kata dua buah kereta anak-anaknya dah penuh. Apakan dayaku.....nampaknya aku seperti sebatang kara kat sini..susah senang sendiri....

Ya Allah Engkaulah Yang Maha Penyembuh. Engkau sembuhkanlah abang aku sesungghuhnya dia seorang abang yang baik kepda adik-adiknya.....permudahkanlah segala urusan aku untuk ke sana Ya Allah. Aku tahu hanya Engkaulah Yang Maha mengetahui segalanya. Kini aku berserah kepadaMU. Sabarkanlah aku dan keluargaku dalam menghadapi ujian dari Mu ini Ya Allah. Terutama sekali kakak ipar dan anak-anaknya...

Monday, May 3, 2010

rindu

Terasa jauhnya diri ini berkelana
Terpisah dari anak nan tercinta
Terpisah dari ibu dan ayah yang semakin uzur
Bilakah akan bertemu dengan mereka
Rindu membara di dalam jiwa
Hanya takdir yang menentukan
Semoga di pertemukan nanti
Bersabarlah duhai hati


Panasnya sekarang ini..kepalapun berdenyut-denyut. Tidur malampun tidak pernah lena. Semalam telefon Hafiz dia kata selsema. Risaunya hati ini. Semoga di jauhi dari penyakit H1N1 Ya Allah. Andai ibu punya sayap sudah lama ibu terbang kepangkuanmu nak. Ya Allah Engkaulah Maha Penyembuh.

Monday, April 19, 2010

memang lumrah manusia

Maka alkisahnya kehidupanku di sini, alhamdulillah lebih baik dari Kak Awwa di PJ dulu, takde kawan tak bermasyarakat jauh sekali untuk Kak Awwa menghadiri majlis ilmu seperti sekarang. Tetapi sekarang alhamdulillah syukurlah kepada Allah hari minggu di isi dengan menghadiri kuliah ilmu dan baru mula belajar mengaji kembali bermula dari bawah.

Itulah mengaji kat rumah sorang-sorang rasa betullah sangat-sangat. Tetapi bila berguru nah ambik kena bantai la. Tetapi tu lah apa nak di malukan kita nak belajar, kalau orang pandai sekalipun masih belajar lagi.

Tetapi yalah kan lumrah manusia bila tengok kita jalan bertongkat di tanyanya kenapa dan mengapa. Bukanlah Kak Awwa terlalu sensitif sangat, tetapi kalau Kak Awwa jadi orang tu Kak Awwa tak tanya, sebab seseorang itu tak pakai tongkat kalau kaki dia elok. Seseorang itu tak mungkin berkerusi roda kalau dia mampu berjalan. Itulah Kak Awwa pesan kepada Hafiz, Hafiz kalau nampak orang berjalan begitu begini, jangan di tanya. Alhamdulillah sampai kehari ini dia tidak pernah bertanya bila nampak kekurangan pada seseorang itu. Setiap manusia tidak ada yang sempurna, mungkin tidak nampak pada luaran tetapi mungkin juga di dalam. Hanya Allah saja yang tahu. Tetapi bohonglah kalau Kak Awwa tak rasa tersinggung......

Walau apapun akan ku hayunkan juga tongkatku ini tanpa rasa malu dan buruk sangka kepada mereka. Aku ini hamba, merekapun hamba, tiada bezanya aku dan mereka. Walaupun fizikal mereka nampak sempurna, tetapi mereka juga hambaNYA. Jadi untuk apa aku fikirkan tanggapan mereka terhadapku?(ada aku kesah). Yang penting aku nak belajar,umurpun dah meningkat, ketika aku tercari-cari maka di sini juga Allah temukan aku dengan semua ini.

Mulut manusia mana boleh tutup? Kalau baldi bolehlah di tutup ahaksssss......jangan patahkan semangatmu itu. Allah itu Maha Melihat Allah kasihkan hambaNYA yang sabar. Maafkanlah mereka itu, mereka sebenarnya bukan maksud begitu ,tetapi dah nak buat guano meme mulut takleh duk diam sabar je la..........di mana-manapun akan ada cabaran dan ujiannya....sabar sabar.......

Wednesday, April 14, 2010

rindu hati seorang ibu

Semalam kakak (India) jiran sebelah rumah memberi beberapa keratan pokok bunga dan pokok kari. Ramah sangat kakak ni. BM pun baik walaupun dia speaking dengan familynya. Keluarga ini agak peramah rasanya boleh di minta tolong andai dalam kesusahan insya Allah.(Bukan untuk mengambil kesempatan tetapi suaminya ada teksi senang nak gi spital).

Dia kata tidak pandai menanam pokok atau berkebun. Kata Kak Awwa apa nak susah letak tanah, air dan baja dah. Itu saja, cuma pokok ni nak kena belai dia selalu. Kalau Kak Awwa hari-hari membelek pokok yang sedikit tu, Itulah penghibur Kak Awwa.

Sedih bila dia tanya anak tak balik ke? Tak rindu kat anak ke? Saya kalau anak tak balik seminggu rindunya. Hati ibu mana tak rindu , rindu bangat tetapi apa nak buat, nak balik agak susah. Apa lagi tinggal jauh dari KL, tak seperti tinggal di PJ dekat dengan KL Central dan Hentian Putra. Tetapi untuk mengubat kerinduan atau untuk menyibukkan diri. Kak Awwa susan buku-buku dan belek buku-buku laman dan buku mengait. Terima kasih kepada sahabatku Lea kerana banyak memberikan majalah anjung seri untuk Kak Awwa. Bila terasa bosan buku-buku itulah yang Kak Awwa belek selain dari komputer.

Ya Allah aku tahu Engkau sahajalah yang mengetahui rahsia di hatiku ini. Engkaulah sahaja yang Maha mengetahui kenapa begitu jauh anakku nan seorang berada. Jauh di mata tetapi dekat di hati. Aku tahu anakku pergi belajar, untuk aku juga. Dalam hatiku ini aku ingin anakku dekat dengan aku. Tetapi apakan dayaku hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui hikmahnya yang terselindung. Engkau berikan yang terbaik untuk anakku. Dalam terumbang ambing dulu ke sana kemari Engkau berikan petunjuk untukku. Berikanlah kebahagiaan dunia dan akhirat untuk kami ya Allah...amin...

Saturday, April 3, 2010

Kesian Makcik Fatimah

Pertama kali Kak Awwa pergi ke rumah Makcik Fatimah iaitu jiran di belakang rumah Kak Awwa. Kalau nak di ikutkan sudah lama hendak ke rumah dia hendak menziarahinya. Hampir tiga minggu tak nampak dia menyidai kain. Bukan Kak Awwa tak tahu dia sakit.

Tu lah nak pergi melalui pintu belakang bimbang jugak takut licin untuk menuruni tangga. Tangguh punya tangguh akhirnya semalam pergi juga. Kak Awwa ni entah lah segan sikit nak pergi rumah orang, tetapi memandangkan kebaikan makcik fikir-fkir tak molek sangat kalau tak pergi.

Kesiannya dia, memandangkan dia ada penyakit kencing manis kalau terluka sedikit sahaja terus jadi parah. Terkejut tengok tangan dia membengkak kehitaman. Kak Awwa tanya dia kenapa tak ke hospital? Dia kata dia dah tak mau pergi hospital, sebelum ni pun dia pernah tinggal di hospital selama sebulan. Kak Awwa hanya mampu berdoa semoga terbuka pintu hatinya untuk ke hospital. Tradisional2 jugak, tetapi ubat hospital kena makan juga..

Suami Kak Awwa sendiripun tiada istilah jemu untuk berulang alik ke hospital. Alhamdulillah bila dah jaga makan dan ikut peraturan tiadalah teruk sangat penyakitnya tu. Setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati....

Sunday, March 28, 2010

xde tajuk

Hari ini tuan punya rumah datang untuk repair bumbung yang bocor, longkang dan sebagainya. Terima kasih banyak-banyak kerana memahi kami. Kami tidak minta di repair keterlaluan kerana kamipun faham diapun kena bayar mahal juga rumah ini kepada bank. Hari ini tak pergi kuliah dhuha memandangkan tuan rumah hantar kontraktor. Jiran Kak Awwa, Kak Ayu siap ajak pergi ke rumahnya untuk melihat bunga-bunga rosnya yang sedang berkembang.

Hampir tiga bulan tinggal di sini rasa seronok juga lah, walaupun masih ramai lagi jiran-jiran yang tak sempat bertegur sapa dek kesibukan masing-masing. Mak cik orang Kelate tu rajin sungguh hantar masakan Kelate. Cuma jiran yang baru make up rumah dia tu belum kenal lagi. Entahlah nak menyapa tetapi segan maklumlah terpisah dengan tembok batu. Bila dia keluar rumah kita tak keluar begitulah sebaliknya. Insya Allah satu hari nanti berpeluang jugak. Cantik sangat rumah dia.

Terdetik juga di hati Kak Awwa nak cari rumah kat sini-sini je amin. Tempatnya sunyi. Lagipun ada Kak Melati kawan lama ketika di Kedah dulu. Dia tinggal di rumah flet tingkat 4. Kak Awwa menyewa di rumah teres dua tingkat. Lama sungguh terjalinnya persahabatan kami. Suaminya merupakan kawan sekuliah ketika di sana. Dalam susah dan senang dia sanggup menghulurkan bantuan jika di minta. Walhal dia sendiripun ada ketumbuhan di dalam otaknya. Doaku semoga dia cepat sembuh.

Ada seorang kawan di facebook tanya Kak Awwa ni hidup dengan komputer ke hehehe. Tak delah jugak, kalau tak keluar cabut lalang dan belek-belek pokok adalah tu. Ada facebookpun bukan chat-chat pun, cuma baca-baca dan tegur gitu-gitu je. Bukannya sombong tetapi ya lah faham-faham je lah kita takut nak ganggu orang lah. Adalah jugak budak-budak kampung yang Kak Awwa kenal.

Friday, March 19, 2010

malam yang sepi

Pertama kali semenjak pindah di tempat baru Kak Awwa tinggal seorang diri malam ini. Diluar hujan begitu lebat sekali. Setelah seminggu lebih Hafiz bercuti malam ini dia pulang ke Kelantan di hantar suami Kak Awwa. Terasa takut juga, maklumlah di tempat baru. Tetapi terpaksa kuatkan semangat.

Sunyi rasanya bila Hafiz tiada di sisi. Hati seorang ibu bila anak melangkah keluar rasa sedih sangat. Tetapi apa nak buat terpaksa berjauhan....entah berapa lama itu tidak pasti. Bagi Kak Awwa bila dia dah happy belajar di sana, Kak Awwa pun rasa senang hati. Bila rindu Kak awwa tengok gambar-gambarnya di dalam my spacenya. Begitulah putaran hidup, masa cepat sangat berlalu. Sewaktu kecil di timang ibu, bila besar di timang gelombang. Perjalanan masih terlalu jauh moga-moga sabarlah menempuh segala ujian dariNya.... permudahkanlah ya Allah...

Tuesday, March 2, 2010

Allah selamatkan kamu

Alhamdulillah bertambah umur setahun lagi. Aduyai da tua da. Erm tak kanlah nak muda sokmo kan? Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Itulah ucapan dari suamiku..


Birthday orang-orang yang dekat denganku. 11 Februari ulang tahun kelahiran anakku Damia Maisarah (alamak perasanlah pulak...anak kawanku Lea). Dah pun genap setahun usianya. Rindu wajah comelnya. Kali terakhir ku tatap wajahnya pada 1.1 2010, tentu sekarang sudah besar dan berubah wajahnya.

19 Februari 2010 ulang tahun kelahiran suamiku ysng ke 45 berkongsi tarikh yang sama dengan anak buahnya Mohd Afiy Ehsan. 2 Mac ulang tahun kelahiranku yang ke 38. Rasa baru semalam umur 22 tahun ahaksss dah tua rupanya rambutpun dah beruban anakpun dah besar, tak lama lagi dapat menantulah gamaknya.

4 Mac ulang tahun kelahiran anak perempuanku Nur iman( perasan lagi.... anak perempuan tunggal adik iparku) pun genap setahun seusia Damia. Semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki ameen.

Sunday, February 28, 2010

islam itu bersaudara

Pagi semalam pergi ke majlis forum maulidur rasul, panelnya ustaz Ghazali yang selalu keluar di suara mimbar di radio Selangor dan seorang panel entah lupa pulak namanya. Kebetulan Kak Ayu tak dapat pergi semalam tu rasa tak seronok sangat. Kak Awwa terpaksalah pergi awal dengan suami. Kalau tidak tak ada nak parking. Selalunya dia parking kat bawah pokok di luar surau kalau dia pergi sorang-sorang. Bukan nak cerita apa, tetapi entahlah kekadang kita ni rasa terasing sangatlah di sini. Yalah setakat tegur duk tang mana, datang dengan apa biasalah.

Kak Awwa kata kat suami kalau hari minggu tu pergilah solat jemaah di surau atau masjid. Dah di sini ada peluang dan kemudahan. Kalau hari kerja payahlah nak pergi,dah lah pukul 9.00 lebih baru sampai rumah. Di PJ lainlah dekat ngan KL jam 6.00 dah sampai kat rumah. Duk sini jauhlah. Tetapi apa nak buat dah takdir macam ni, apa nak di katakan lagi. Mungkin di sini lebih baik dapat jugaklah pijak kaki di surau atau masjid.

Malam tadi suami pergilah solat maghrib dan isyak di surau. Adalah kuliah maghrib, tu yang balik kul sepuluh lebih tu ada jamuan maulud. Suami Kak Awwa pun bukan boleh makan seperti dulu dah atas nasihat doktor, nasi cuma tiga cawan dalam sehari sahaja. Tu pun Kak Awwa ukur dengan cawan paling kecil sekali. Banyakkan makan sayur dan buah. Dia bawak balik nasi beriyani malam tadi nak makan kat sanapun tak habis makan sorang-sorang banyak jugak.

Dalam kuliah maghrib tu adalah di selitkan ceramah-ceramah tentang kelahiran nabi kata suami. Kak Awwa pula malam tadi basah mata tengok halaqah. Tak taulah rasa bergetar dan air mata laju je. Banyak yang Kak Awwa fikirkan.....

Bila suami pulang dari suraupun Kak Awwa masih menangis. Dah dia balik dia ceritalah pulak, dia lagi sedih. Kak Awwa tanya dia apasal lak sedih. Yalah kita macam orang asing, kata islam itu bersaudara. Ustaz kata sebagai tanda persaudaraan lepas berselawat peluklah jemaah. Tetapi dia cuma peluk ustaz je. Kak Awwa kata buat apa nak peluk-peluk sekarang ni H1N1 nak mai balik dah, biaq p la orang tak peluk pun. Lagipun kita orang baru dalam jemaah tu mungkin depapun rasa cuaklah kot. Di sini bukannya Kelantan atau Kedah. Kalau orang baru pindah depa pakat mai tanya khabar, kalau mek Kak Awwa siap ajak makan nasi lagi anak beranak meraikan jiran baru. Depa dah kenai lama tu la depa peluk-peluk sebab tanda persaudaraan dan persahabatan hidupkan sunnah nabi. Kalau kitapun orang tak kenal tak kan nak peluk-peluk.

Kita nak pergi tutup ilmu bukan nak suruh orang peluk kita. Tetapi tu lah kan tak boleh nak kata jugaklah bila tengok orang semua salam peluk tentulah terasa kita sorang je asing. Erm macam alien ke kami ni hehehe. Macam tu lah nasib OKU cuma orang senasib je yang faham.

Kak Awwa selalu cakap kat suami tegur-tegurlah orang sama, tetapi dia seorang pendiam. Sedangkan Kak Awwa suka bertegur sapa dan bukan mengharapkan orang dulu yang menyapa kita. India sebelah rumah pun jadi kawan. Kalau nak kata India lebih baik nanti ada orang marah pulak. Tetapi itulah hakikatnya jiran Kak Awwa. Yang Melayu tak nampak muka melainkan Kak Ayu. Tapi ok sikitlah dari duk PJ dulu tak kenal orang langsung.

Tinggal di mana-manapun pandai-pandailah kita bawa diri. Di PJ rasanya kenangan manis bila bertemu kawan-kawan, kumpul suatu waktu dahulu. Kalau nak cakap banyak sangat. Kenangan pahitpun banyak juga. Itulah kehidupan. Insya Allah kami akan cuba sesuaikan diri di sini. Tetapi terus teranglah Kak Awwa katakan untuk pergi bertandang ke rumah orang tidak sama sekali. Cukuplah bertegur sapa kalau bertemu. Dengan Kak Amu(jiran India)kami cuma bercakap melalui pagar sahaja. Kalau nak ikutkan semangat kejiranan tu di kampung lagi seronok. Di sini masing-masing sibuk tak boleh nak kata apa. Mungkin Kak Awwa belum biasa lagi dengan persekitaran di sini. Tetapi ketika tinggal di flat BCH semangat ukhuwwah sesama jiran terjalin erat. Itupun banyak warga negara Indonesia. Tak kiralah siapapun asalkan baik dengan kita. Sampai ke hari ini Kak Asmi(orang Boyan) yang tinggal di BCH selalu datang ke sini. Biarlah orang nak kata Indonesia itu dan ini, tetapi alhamdulillah yang Kak Awwa jumpa orang baik-baik. Boleh menumpang di kala susah dan senang.Tak semua orang itu tak baik. Kitapun belum tentunya baik. Lebih baik kita muhasabah diri kita sebelum kita mengata orang itu dan ini....Andai di takdirkan berpeluang Kak Awwa nak balik kampung, nak tinggal di kampung untuk selama-lamanya. Di sini tinggal sementara untuk mencari rezeki. Tetapi kalau tak dapat di elakkan apa nak buat....terima sahaja ler...

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

Hujan rahmat di turunkan pagi ini membasahi bumi yang kering kontang. Alhamdulillah biarpun sebentar cuma syukurlah kepadaMu Ya Allah. Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolonganMu. Betapa banyaknya nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada hambaMu.


Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?


Semoga tulisan ini bisa membuat kita lebih pandai bersyukur kepadaNya yang selalu memberikan kemurahan rahmatNya kepada semua makhluk di bumi ini....

(Tuhan)Yang Maha Pemurah
Yang telah mengajarkan Al Qur'an
Dia menciptakan manusia,
Mengajarnya pandai berbicara.
Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan
Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepadaNya
Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan)
Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu
Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu
Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhlukNya
di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang
Dan biji-bijian yang berkulit dan dan bunga-bunga yang harum baunya
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Dia menciptakan manusia dari tanah yang kering seperti tembikar
dan Dia menciptakan jin dari nyala api
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu
antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Dari keduanya keluar mutiara dan marjan
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Dan kepunyaanNya-lah bahtera-bahtera yang tinggi layarnya di lautan laksana gunung-gunung
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Semua yang ada di bumi itu akan binasakan
Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepadamu hai manusia dan jin
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Hai jamaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi)penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Kepada kamu (jin dan manusia) dilepaskan nyala api dan cairan tembaga, maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri (daripadanya)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Pada waktu itu manusia dan jin tidak ditanya tentang dosanya
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
orang-orang yang berdoasa dikenal dengan tanda-tandanya lalu dipegang ubun-ubun dan kaki mereka
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Inilah neraka jahanam yang didustakan oleh orang-orang berdosa
Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air yang mendidih yang memuncak panasnya
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua surga
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
kedua surga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Di dalam kedua surga itu ada dua buah mata air yang mengalir
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Di dalam kedua surga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan kedua surga itu dapat (dipetik) dari dekat
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Dan selain dari dua surga itu ada dua surga lagi
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Kedua surga itu (kelihatan) hijau tua warnaya
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Di dalam kedua surga itu ada dua mata air yang memancar
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Bidadari-bidadari yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Mereka bertelakan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Maha Agung nama Tuhanmu Yang mempunyai kebesaran dan karunia

(Al Qur'anul Kariim Surat Ar Rahman : 1-78) http://debrythaayu.blogspot.com/


Hari ini sambutan Maulidul Rasul seperti hari-hari lain Kak Awwa tak kemana-mana. Kalau pergipun di surau bersama Kak Ayu. Rindu sungguh hendak menyambut maulidul rasul di kampung. Tetapi apakan daya keadaan yang tidak mengizinkan. Sudah berbelas tahun Kak Awwa tidak berpeluang menyambut bersama keluarga. Dulu setiap kali tibanya maulidul rasul di rumah Kak Awwa pasti ada kenduri . Ketika ayah masih sihat ayah jarang makan di rumah kerana ada saja jemputan kenduri maulidul rasul. Setelah Kak Awwa berhijrah dari elntan ke kuala lumpur Nov 1997 semua itu sudah berubah. Entah bilalah pula Kak Awwa ingin merasai suasana itu semula. Adakah masih berpeluang lagi? Walau bagaimanapun Hafiz sangat bertuah kerana dapat merasai suasana itu.....

p/s semenjak akhir-akhir ni memang idea takde tulispun sikit jer..

Sunday, February 21, 2010

tak kenal maka tak cinta

Alhamdulillah Kak Awwa rasa semakin seronok tinggal di sini, biarpun ada beberapa benda yang belum di selesaikan biasalah baru pindah. Di tambah dengan keadaan cuaca yang agak panas kesihatanpun terganggu. Kak Awwa taklah teruk sangat tetapi suami Kak Awwa seminggu lebih tak kerja demam dan batuk. Mujur juga ada klinik panel dekat bandar ni. Tetapi suami nak ke PPUM juga. Minggu lepas suami Kak Awwa ke PPUM, singgah ke kuaters ambil surat-surat yang belum di tukar alamatnya. Alahai rumah kalau dah di tinggalkan jadi usang. Ada saja tangan-tangan jahat yang sanggup mengambil kepala paip. Buah mangga sudah habis di makan tupai belimbing buluh berbuah lebat, bunga ros yang di tinggalkan berbunga lebat. Erm rindu macam manapun semua itu sudah berlalu hanya tinggal kenangan...

Setakat ini Kak Awwa cuma menegur jiran-jiran, rasanya itu sudah cukup. Entahlah kekadang rasa segan juga. Syukurlah ada juga kawan lama yang dapat menumpang di kala susah dan senang.
Insya Allah sempena Maulidul Rasul Hafizku akan pulang bercuti. Lamanya tak tengok dia rindu Tuhan sahaja yang tahu. Kepada kawan-kawan selamat menyambut Maulidul Rasul perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi muhammad s.a.w.

Wednesday, January 27, 2010

mungkin ada hikmahnya

Ada masa rajin menulis ada masanya malas. Mungkin ada hikmahnya Kak Awwa di sini. Hari minggu lepas baru berpeluang mengikuti kuliah dhuha bersama jiran di kawasan ini. Kak Awwa benar-benar ingin mencari kawan, alhamdulillah Allah hantar seorang kawan yang sanggup membawa Kak Awwa ke surau Siddiqin. Rasa seperti mati hidup semula setelah lama tidak menjejak kaki ke surau. Ya Allah dalam usia-usia yang melewati ke angka ini Kak Awwa benar-benar ingin mengisi jiwa yang kekosongan. Selama ini hanya mendengar kuliah ugama di radio, TV dan cari-cari dalam It.

Kata Kak Ayu orang di sini bermasyarakat cuma mahu join atau tak sahaja. Majaroti orang-orang di sini orang Melayu. Hampir sebulan insya Allah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sini, biarpun ada yang masih belum beres dan tidak selesa. Tetapi malas hendak fikir semua itu. Memang susah kalau jumpa dengan tuan rumah yang cerewet. Bukan senang hendak pindah lagi, biarlah bagaimanapun rumah ini. Terlalu letih Kak Awwa untuk memikirkan bimbang takut semput datang kalau tertekan. Semoga suatu hari nanti Kak Awwa akan dapat memiliki rumah sendiri yang selesa Insya Allah....

Wednesday, January 20, 2010

di mana2pun aku sunyi

Sudah 21 hari Kak Awwa di sini masa terlalu cepat meninggalkan kita. Kak Awwa belum kenal jiran dan nama jiran belakang sebelah tepi dan sekitar sini.Cuma sebuah keluarga India sahaja yang Kak Awwa sering bertegur sapa. Adat tinggal di bandar kat mana-manapun sama saja. Baru semalam Kak Awwa bertanya khabar jiran di belakang rumah, rupanya orang satu negeri. Tu pun sebab Kak Awwa dengar diorang anak beranak cakap Kelantan. Pada mulanya cuak jugak nak menegur...kalau di lihat pada wajah mak cik itu dia seperti seorang wanita India. Mungkin berketurunan itu kot. Sudah 4 tahun dia anak beranak menyewa di situ. Sudah berumur mak cik ini sudah bercucu tetapi katanya semua anak-anak tinggal di sekitar sini, jadi anak-anak ajak diorang tinggal di sini. Dunia....dunia..... di saat Kak Awwa nak sangat balik kampung halaman sendiri ada orang yang sanggup tinggal kampung halaman dan rumah kerana nak menetap di sini. Rindunya hendak berkebun makan sayuran hasil cucuk tanam sendiri, membela ayam dan itik...tetapi entah bila...


Di belakang rumah ada tanah sekangkang kera masih belum bercucuk tanam. Tanah di sini tak sama seperti di PJ. Di sini tanah berbatu-batu dan tanah liat pokok lalang hidup subur, di PJ tanah hitam pekat. Rindunya pokok mangga kat sana. Ketika Kak Awwa keluar hari itu bunga mangga baru keluar, tentu sudah besar buahnya banyaknya rezeki tupai dan burung-burung.

Sebelum Kak Awwa pindah ke sini Lea sangat-sangat sedih kerana katanya nanti Kak Awwa jauh dengan dia. Kalau di sana tak kira siang dan malam kalau dia nak pergi ziarah Kak Awwa. Tetapi di sini jauh. Rindunya kepada Damia yang comel................

Mungkin Kak Awwa belum biasa tinggal di rumah macam ini, rasa lemas sangat sebab tingkap cuma sedikit berbanding PJ. Kak Awwa dan suami masuk sahaja di sini selalu tak sihat sesak nafas, kepala pening....suami Kak Awwa berlebih-lebih lagi lah tak sihatnya. Runsing juga Kak Awwa di sini jauh dengan hospital. Kalau di sana tak sampai 5 minit dah sampai. Apa nak buat itu bukan tempat kita. Kak Awwa belum biasa tinggal di sini, insya Allah Kak Awwa akan cuba membiasakan diri di sini.

Rindunya kat anakku Hafiz....Hafiz tak suka tukar-tukar sekolah katanya pening kepala. Dia bahagia dan seronok belajar di sana. Biarlah mungkin itu adalah satu hikmah...sebagai ibu bila dah lama tak jumpa anak tak dengar suaranya pasti rindu sangat.

Makcik belakang tu tanya berapa orang anak. Kak Awwa cakap seorang tu pun belajar di Kelantan. Sorang je anak kenapa tak beranak? Alahai leceh betul soalan-soalan seperti itu. Alhamdulillah dengan apa yang kita ada.

Sunday, January 10, 2010

bukan mudah hendak ku melupakan

Bukan senang hendak lupa kenangan ketika di PJ. Ketika melangkah keluar pada 1 Jan 2010 hari itu Lea sempat mengali pokok bunga ros. Hampir lima tahun pokok itu Kak Awwa tanam di atas tanah tentu sudah besar, akarnya sudah menjalar di mana-mana. Kata Lea kalau dia tak ambil sayang kalau di tinggalkan. Nak harap Kak Awwa cuma ambil mana-mana pasu yang kecik je.

Sedih memang sedih hendak meninggalkan rumah dan tempat itu. Tetapi kata Lea walau bagaimana sedih sekalipun itu tetap rumah orang. Pada hari ahad 3 Jan Kak Awwa dan suami masih lagi datang ke rumah itu, untuk mengambil barang-barang yang tertinggal. Terima kasih kepada Abang Zubillah yang sudi membawa kami. Nyamuk-nyamuk di situ agak kelaparan kerana sudah tidak berpenghuni. Habis merah muka dan tangan di gigit nyamuk. Maklumlah hujung bulan Dis kontrak potong rumput sudah tamat. Rumah itu akan kembali seperti dulu-dulu. Tahun 2010 tiga buah rumah di lorong 11/B harus di kosongkan untuk di baik pulih.

Tanah di sini sekangkang kera, itupun di tumbuhi lalang...tetapi sudah di potong ejen rumah ini. Kalau di sana hendak keluar rumah takut nyamuk, tetapi di sini Kak Awwa geli dengan ulat hitam tetapi bukan ulat gonggok. Tingkap sentiasa bertutup, kalau buka masuk lalat. Maklumlah di PJ walaupun nyamuk banyak tapi ada jaring, lalat dan nyamuk tak boleh nak masuk. Bukan senang hendak menyesuaikan diri bila sudah lama tidak ada jiran. Sesekali Kak Awwa menegur keluarga India. Alhamdulillah nampak sepeti baik, tak kiralah apa bangsapun asalkan kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita. Ketika tinggal di PJ pun Kak Awwa tiada jiran untuk bertanya khabar. Yang ada cuma pembantu rumah Indonesia...

Sebelum dapat rumah di sini Lea cadangkan beberapa buah rumah flet untuk Kak Awwa, di Sungai Buluh, Puchong dan Sentul. Cuma di Sungai Buluh sahaja yang ada lif. Tingkat empat lagi tu...alangkan nak naik tangga untuk ke bilikpun Kak Awwa rasa tak larat inikan pulak nak panjat tingkat 4. Fikir punya fikir baiklah sewa kat sini sahaja. Rumah-rumah di sinipun agak murah. Untuk di jualpun berbaloi. Rasanya lebih elok dari tinggal di Bukit Beruntung atau di Bukit Sentosa ya ampun tak sanggup.....

Di sini Kak Awwa harus mencari kawan-kawan. Betapa rindunya untuk mengaji Quran berguru. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Azam tahun baru??? Entahlah....cuma doa Kak Awwa semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. Dah berusia-usia begini tidak ada apa yang di ingat melainkan kematian dan ingin melihat anakku berjaya dalam hidupnya.......

Saturday, January 9, 2010

Hijrah~ dari banglo ke teres


Bismillahirahmanirahim Syukur alhamdulillah setelah sekian lama menyepi kini Kak Awwa kembali. Rasanya belum terlambat lagi untuk Kak Awwa mengucapkan salam Maal hijrah 1431 dan tahun baru masihi 2010. Begitu cepatnya masa berlalu. Masuk hari ni sudah 10 hari Kak Awwa berhijrah dari PJ ke rumah no 62 Jalan Birch....di sebuah rumah teres dua tingkat. Dua bilik kecil di bawah dan dengan tangga penuh dengan barang-barang. Kalau di PJ empat bilik besar-besar, di sini tersangat kecil cuma bilik kat atas sahaja besar.

Berhari-hari mengemas barang-barang hanya kami berdua sahaja, letih dan penatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Yalah dah barang-barang kita mestilah kita yang mengemas kalau suruh orang lain diorang tidak akan tahu mana yang kita hendak atau tidak. Contohnya buku dan kertas-kertas kalau di jual berduit jugak...tetapi sayangnya apek beli surat khabar lama tak datang-datang walaupun Kak Awwa tunggu berhari-hari. Terpaksa amanahkan orang-orang yang menjaga rumah ini supaya menjualnya dan duitnya pandai-pandailah nak ambik atau sedekah kat mana-mana. Bukan sampah yang kami tinggalkan tetapi sampah berduit.

26 Dis 2009 pindah barang-barang ke sini dari PJ. Pagi tu Lea dan suaminya datang menolong angkat barang-barang ke dalam lori di bantu beberapa kawan pejabat suamiku, termasuk kawan lama kami yang bersusah payah menolong mencari rumah untuk kami. Lea yang membawa sarapan pagi, padahal kami sudah membeli beberapa bungkus nasi. Selesai memunggah barang ke dalam lori tepat jam 12.00 kami bertolak dari PJ ke sini. Kali ini Asnor kawan suamiku yang memandu keretaku. Tak sangka rupanya masih ada yang sudi membantu di saat kami memerlukannya alhamdulillah......

Memandangkan air dan api masih belum ada( banyak menguji kesabaran Kak Awwa ketika ini, geram nak marahpun ada, sepertilah kami ini tidak berperasaan). Kak Awwa masih lagi tinggal di PJ selama enam hari sehinggalah ejen memberitahu yang air dan api sudah masuk. Pada 1 Jan 2010 tepat jam 10.00 pagi Kak Awwa di hantar Lea dan suaminya ke sini. Suaminya memandu kereta protonku. Manakala Kak Awwa bersama Lea dan anak-anaknya. Tibanya di sini Lea dan suami tak duduk diam mengemas dan menolak beberapa almari yang tak mampu kami lakukan ke dalam bilik. Termenung Kak Awwa bila Lea hendak pulang...dia pula susah hati nak tinggal Kak Awwa katanya dia takut Kak Awwa sukar hendak pergi beli barang-barang dapur. Alhamdulillah di sini semuanya dekat, cuma kami kena beranikan diri memandu biarpun tidak ada lesen. Suami Kak Awwa cuma ambil test sahaja lagi. Tetapi dek kesuntukan masa benda yang pentingpun jadi tertangguh begitu sahaja.

Di sini tidak seperti PJ, tidak sesibuk mana, Kak Awwa dan suami memberanikan diri memandu untuk membeli barang keperluan. Walau di mana berada hidup mesti di teruskan. Dah nama lagi rumah sewa tidak sesempurna yang kita harapkan. Memang menguji kesabaran, banyak sangat yang tak mampu Kak Awwa ceritakan. Kepada Lea dan keluarga, Asnor dan kawan-kawan suami terima kasih kerana sudi membantu kami. Abang Zubillah biarpun tak sihat sudi menolong kami datang jauh dari Rawang. Budi baik kalian hanya Allah sahaja yang membalasnya. Alhamdulillah kerana Hafiz belajar di Kelantan tak payah hendak tukar-tukar sekolahnya. Kenangan di Section 11 PJ pasti menjadi memori indah dalam hidup.... banyak sangat. Bulan April 2010 lima tahun Kak Awwa di sana. Tetapi kami terpaksa keluar awal kerana keadaan rumah itupun yang semakin teruk bocornya. Jauhnya Kak Awwa dengan kawan-kawan. Harapan Kak Awwa walau di mana berada silaturahim tidak akan pudar. Terima kasih kepada Epel yang sudi sms Kak Awwa....

Di sini Kak Awwa berjirankan India dan banyak rumah yang masih kosong. Katanya ada tuan tetapi tak mahu di beri sewa takut rosak, padahal rumah yang di tinggalkan lebih teruk, gril di curi orang dan pintu-pintu di pecahkan.....
sayangnya....