Saturday, January 18, 2014

merinduimu

Tidak sedetikpun aku melupaimu wahai ibuku. di mana2 ada wajahmu yang tersenyum manis, rindunya hati ini ingin bertemu ibu yang sangat ku kasihi. Sebelum ini aku hanya menyabarkan kawan2 bila ada kematian, tetapi kini aku sendiri yang mengalaminya. Bila merinduimu ibu hati ini menangis...


Mek bukan orang tak redha mek pergi meninggalkan orang, tp orang sedih kerana orang hanya sempat menatap wajah mek sahaja, orang tak boleh nak mandikan mek buat kali terakhir. Inilah harga yang harus di bayar bila kita berjauhan. Tp orang bersyukur sangat kerana orang kerap balik kampung bertemu dengan mek.


Kalau dulu bila orang telefon bertanya khabar mek, tetapi kini semuanya hanya tinggal kenangan. Walaupun ayah masih ada tapi tak sama mek. Orang masih menganggap mek masih ada duduk dekat sofa dekat tingkap. 


Mek orang tak kan lupa segala kenangan kasih sayang dan pengorbanan mek kepada kami adik beradik. Sampai ke akhir hayat orang, orang akan buat tahlil dan berdoa untuk mek. Itulah sahaja yang dapat orang lakukan demi kasih dan sayang orang kepada mek. Hari ini sudah lima belas hari mek pergi meninggalkan kami. Terasa sunyi tanpa mek. Setiap detik orang terbayang2 bagaimana mek begitu sukarnya berjalan, tetapi mek seorang yang berdikari, mek tak mau kami anak2 memandikan mek, kata mek ,mek boleh buat sendiri. 


Hari jumaat kata K.Za mek hampir2 jatuh kerana terlalu lemah, jam dua pagi mek seolah2 tahu yang mek akan meninggalkan kami, mek buang segala kekotoran. Sehingga mek menghembuskan nafas yang terakhir jam lima belas  mek dalam keadaan bersih tanpa mengeluarkan apa2 kekotoran, Masya Allah...


Ya Allah Ya Tuhanku Engkaulah Tuhan yang punya semua di atas muka bumi ini. Engkau ampunkanlah segala dosa2 ibu dan ayahku. Engkau jauhilah ibuku dari azab kuburmu, Engkau luaskanlah kubur ibuku seluas2nya. Engkau terangkanlah kubur ibuku dengan kasih sayangMu..Engkau terimakanlah segala amal ibadat ibuku dan sedekah jariah ibu. Engkaulah pandangkanlah ibuku dengan kasih sayang Mu.


Amiiin...



Tuesday, January 14, 2014

Akhirnya ibu pergi jua

3.1.2014 bersamaan dengan 1 Rabiul awwal

Aku ke Kuala Lumpur atas urusan penting, pergi bersama anak dan suamiku. Selesai  urusan kami menginap di hostel, bila badan penat mata cepat terlena, sehinggakan aku tidak melihat sms yang di kirim anak buahku Ika. M.dik kol di nombor emak...semua itu sudah terlambat sms yang di kirimkan jam satu pagi tidak aku baca.Mungkin terlalu penat seharian di Kuala Lumpur dalam panas terik.

Tepat jam empat pagi aku telefon kakak ipar mengatakan ibuku sedang nazak, Ya Allah hancur luluh rasanya hati ini. Selepas kakak dan abang baca yassin ibu menghembuskan nafas yang terakhir. Aku manangis semahu aku, aku sempat menelefon kakakku di Pahang dalam esak tangis. Selepas subuh kami bergegas ke LCCT untuk pulang ke kampung sekali lagi aku di uji kerana tiket jam lapan pagi dan sembilan pagi sudah habis. Yang ada  jam sebelas dua puluh pagi. Sekali lagi air mataku bercucuran. Aku telefon di kampung menyuruh mereka menungguku untuk melihat wajah ibuku buat kali terakhir. Aku terpaksa lepaskan Hafiz memandu sendirian pulang ke Rawang, walaupun rasa bimbang tetapi dengan berbekalkan tawakal Hafiz yakinkan yang dia boleh memandu sendirian.

Perjalanan rasa begitu lambat sekali. Tepat jam dua belas sampai di airport KB aku bergegas mengambil teksi, aku menyuruh pemandu teksi memandu selaju yang boleh kerana selepas zohor ibuku akan di kebumikan. Mulutku tak putus2 berdoa semoga perjalanan kami lancar.

Tepat jam satu setengah bila sampai saja di rumah aku sudah tak nampak orang sekeliling, yang aku tuju ke tangga untuk mlihat jenazah ibuku. Ku tatap jenazah ibu buat kali terakhir, ku kucup dahinya buat kali terakhir. Aku hampir pengsan di sisi jenazah ibu.Ya Allah manisnya senyuman ibuku..bagaikan dia sedang memandangku. Subhanallah...


 Sedih rasanya di saat akhir ibuku, aku tiada di sisinya. Tetapi apakan daya sudah begitu suratan takdir. Hanya doa yang mampu aku panjatkan, air mata bercucuran keluar pun tidak mungkin dapat menghidupkan ibuku lagi. Dia  pergi tak kan kembali lagi. Pergi buat selama-lamanya meninggalkan suami anak dan cucu cicit yang di kasihi. dalam usia 75 tahun ibuku  pergi mengadao Ilahi.

Ya Allah aku bermohon kepada Mu Engkau tempatkan roh ibuku di sisi orang2 yang beriman di lapangkan kuburnya, semoga kubur ibuku menjadi taman2 syurga. Ya Allah Engkau terimalah segala ibadat dan sedekah jariah ibuku semasa hayatnya ya Allah.

Aku rindu saat bersamanya, kenangan suka duka tetap segar dalam ingatanku. Pastinya semua itu akan ku bawa sehingga ke akhir hayatku. Mek tunggulah orang cepat atau lambat orang akan menyusul jua, semoga kita akan bertemu dan berpimpin tangan di taman2 syurga amiin..

AL FATIHAH.....