andai ini takdirnya utkku

Wednesday, September 26, 2007

~Dah nak raya dah ke?~

Assalamualaikum...agaknya aku yang tidak menghitung hari untuk menyambut hari raya. Barangkali ibu-ibu semua sudah membuat persediaan untuk sambutan hari raya yang bakal menjelma dua minggu lagi. Barangkali ada yang teringin menukar langsir baru sofa baru rumah baru dan semuanya baru. Rasaku entahlah takde nak tukar apa-apa atau nak sibuk-sibuk buat kuih. Zaman sekarang orang nak beli kuih pakai main tunjuk-tunjuk aje. Apatah lagi bagi mereka yang bekerja. Yang tak kerja macam akupun tunjuk gak.

Masih ku ingat lagi ketika zaman remajaku...nak buat kuih raya bukan seperti sekarang pakai main blend dan putar-putar aje. Tapi aku dulu pakai main tumbuk-tumbuk...nak bakar kek dan biskut pulak terpaksalah pakai pasir dan tin. Tetapi hasil kreatif kakakku menjadi pulak kek dan biskut. Sedap dan rangup lagi...agaknya ada bau-bau arang tulah yang menambahkan kesedapan. Tapi hairan ya...bila dah semuanya cukup lengkap jadi malas pulak nak buat biskut raya. Huih bagiku buat biskut raya sesuatu yang rumit buang masa. al maklumlah nak buat semua tu sorang-sorang. Lagipun suamiku kata tak payah kalut-kalut nak buat biskut...nanti biskut jadi lemau. Keluargaku bukannya makan sangat, depa ni lebih suka makan nasi aje..tak payah nak biskut-biskut huhuhu senangnya jadi aku. Depa tak suka sebabnya banyak mengunakan butter atau majerin... akupun. Tahun lepas kemainlah banyak beli kuih raya...buat biskut tetapi sudahnya aku blend dan buat kek. Sedap jugak hasil kek kitar semula ni.

Tahun ni nampaknya relaks ajelah aku. Tak payah fikir nak buat biskut raya...kalau buatpun agaknya yang goreng-goreng aje. Atau kalau rajin buat kek. Itu aje yang paling senang. Kalau nak buat biskut di bulan pose ni sorang-sorang...ada saja alasannya mengantuklah. Padaku dari aku buat benda yang aku tak suka lebih baik aku berkebun bunga atau aku merayau ke luar rumah. Tetapi kalau aku berteman seronoklah juga. Tahun ni nampak gayanya satu kad rayapun aku tak hantar kat member lama dan member cyber. Entahlah..padahal bukan tak beli...tapi aku malas nak tulis. Sejak dua menjak ni malas betul nak pegang pen. Aduh..rasa lenguh pulak. Kalau dulu tak usah cakap ler kemain rajinnya.

Persiapa raya bagiku entah...aku tak rasa nak siap apa-apa cukup ala kadar saja. Berbelanja ni biarlah ikut kemampuan kerana aku tak mahu amalkan pepatah ini..."biar bergaya asalkan papa". Yang aku nak anakku cukup makan dan pakainya sudahlah.. Dalam apa jua biarlah bersederhana...tak usah nak terlalu ikutkan hati aje ( cewah jangan pandai cakap saja aku ni hihihi)...memanglah kalau pergi shooping tu semuanya nak. Kalau baju raya dah buat dua tiga pasangpun bila tengok yang fesyen baru nak lagi. . Kalau nak ikutkan semuanya nak tukar...tetapi bagiku kalau yang masih okey tu tak kisahpun. Nampak gayenya biase-biase aje ler.

Berbuka puasa....alhamdulillah tahun ini aku tidak membazir...tak seperti tahun lepas. Kalau buat apa aje mesti berlebih-lebih. Dahlah jiranpun takde kat sini. Habisnya rezeki kucing dan burung sajalah. Anda bagaimana pulak? Tentu seronok berbuka dan buat persiapan hari raya di kelilingi anak-anak yang ramai. Beruntung orang yang punya keluarga besar ni waktu berbuka tentu seronok. Di waktu begini terkenangkan keluarga di kampung waktu berbuka dan waktu bersahur. Tapi aku nak masukkan nasi ke mulutpun aku tak lalu waktu sahur. Air sajalah yang ku teguk.......

Entah le tak tau nak cerita apa dah...........


Wednesday, September 19, 2007

~Usah bertanya aku lagi~

Usah bertanya aku lagi kalau kau sudah tidak sudi
Usah bertanya aku lagi kalau kau sudah buang aku dalam hidupmu
Usah bertanya aku lagi andai namaku sudah kau lempar jauh-jauh di sudut hatimu
Usah kau datang ke sini lagi kalau kau tidak sudi

Aku tidak mencarimu suatu ketika dahulu
Tetapi kau yang mencari aku
kini kau sudah punya ramai teman
Aku kau lupakan
Tidak mengapa biarlah aku berbicara sendiri
Biarlah hatiku berbicara
Biarlah bulan berbicara
Kerana aku suka melihat bulan dan bintang

Usah kau ucapkan maafmu kepadaku
Usah kau pedulikan aku ini
Pegilah...pergi
Bukan aku tidak sudi
Tetapi sebenarnya dikau yang sudah melupakan aku
Tidak mengapa...rajukku sukar di pujuk

Usah kau pujuk lagi
Kalau dulu rela ku pujuk..
Tetapi kini segalanya sudah berakhir
Biarlah aku bawa hatiku yang rawan ini
Dahulu...kita berkenal mesra
Tetapi kini lupakanlah aku dalam hidupmu
Akhirnya salam akhir...salam yang tersitimewa
Selamat tinggal kau yang kupanggil sayang
Aku tidak ingin berpaling lagi
Terataiku layu di tasik madu
Andai dia yang kau puja
pergilah pergi kepadanya
Izinkan aku pergi dari hatimu
Akan ku simpan dairi kenangan tika dan saat bersama

Biar luka pedih memanjang
Tetapi aku pasrah
kerana andainya aku pergi dulu
Jangan kau menyesal nanti
Dulu katamu jangan kau ucap selamat tinggal
tetapi kini aku yang hi hi bye bye
Duhai hati usahlah di tangisi dia yang sudah pergi
Sesungguhnya takdir penentu segalanya
Kenangan tak kan hilang ianya sentiasa meresap dalam jiwaku
Usah bertanya aku lagi
Selamat tinggal penderitaan

Sudirman

Salam Terakhir

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir


~Apa yang aku merepek pagi-pagi ni hihihihi, nak kata sajak tak sajak..nak kata puisipun bukan tapi apa ya?


Tuesday, September 18, 2007

~Kenangan lalu mengamit kembali~

Asalamualaikum dan salam ramadhan al mubarak buat saudara seislamku

Bulan-bulan puasa begini aku hanya menziarahi dari blog ke blog orang. Banyak cerita yang aku baca..cerita tentang kenangan di bulan puasa dan berbagainya lagi. Terdetik juga di hatiku untuk berkongsi cerita dengan kalian. Ceritanya tidaklah menarik..tetapi sekadar untuk mengenang kembali apalah salahnya, kerana bagiku kenangan tak kan hilang ianya sentiasa segar dalam jiwaku.

Kisah duka allahyarham ayah mertuaku Haji.....??? sebelum aku bercerita lebih lanjut lagi.......

Nun jauh di perkampungan di sebuah negeri di utara aku menetap bersama suami dan anak di rumah peninggalan arwah ayah mertuaku. Ketika itu anakku Hafiez baru boleh berjalan. Sementara emak mertuaku bertemu jodoh untuk kali kedua dengan seorang pak haji dari sebuah pondok di bandar...??? Emak mertuaku masih muda ketika itu baru berumur empat puluh lima tahun ( masa menikah dengan suami keduanya)...masa mudanya dia terpaksa menjaga suaminya iaitu ayah mertuaku yang kembali kerahmatullah. Aku tabik spring kat mak mertuaku kerana dia inilah contoh isteri mithali yang sanggup menjaga suaminya selama berpuluh tahun. Kalau nak dikutkan menurut cerita emak mertuaku, ketika suamiku berusia lapan belas tahun ketika itu dia pergi jauh menuntut ilmu ke negeri asing USA ayah mertuaku sudah sakit. Tetapi tidaklah begitu teruk...tetapi lama-kelamaan keadaan kesihatan ayah mertuaku semakin merosot...matanya yang pada mulanya nampak jadi tak nampak...dari boleh bercakap jadi tak boleh bercakap... puas sudah berikhtiar mencari penawarnya tetapi itulah yang di namakan ujian dari Allah s.w.t. penyakit misteri apakah itu?

Setelah puas berikhtiar ada orang mencadangkan emak mertuaku bertemu dengan seseorang yang di panggilnya ustaz....????. Bila di cari-cari ada sesuatu tertanam yang di cucuk dengan jarum..apakah bendanya itu? Bila ayah mertuaku baik sikit sakit lagi...di ulang-ulang buat kata ustaz. Menurut kata emak mertuaku ustaz tu tanya nak hantar balik ke benda tersebut kepada tuan yang empunya? supaya tuan empunya yang menghantar benda itu mati ke apa. Tetapi emak mertuaku kata tidak mengapalah..itu biar dia jawab di akhirat nanti, dia tidak sanggup untuk membalas dendam kerana api kemarahan dan dendam itu sebenarnya dari syaitan. Biarlah oang tu jawab di hadapan Allah s.w.t nanti.

Kasihan arwah ayah mertuaku menurut cerita emak mertuaku..(dan selama lima bulan aku bersamanya di taman....????) Hanya dua bulan dia menjadi tenaga pengajar di Johor...bukan calang-calang orang, dia tinggal dan menuntut di Mekah bertahun-tahun ( kalau dulu boleh tinggal lama di Mekah)..tetapi setelah pulang dan menjadi ustaz mengajar bahsa arab di Johor dia terpaksa pulang kerana penyakit misterinya. Cakap arab mestilah cair...tetapi takdir tuhan siapalah yang tahu...begitulah kalau akibat dengki dan khianat dendam kerana harta benda sanggup orang menikam orang dari belakang, biarpun saudara sendiri. Na'uzubillahimin zalik.Ketika itu aku baru lagi bergelar menantunya dia tidak dapat melihat aku...dan dia tidak dapat bercakap denganku walaupun sepatah. Dia di jaga seperti bayi...tetapi malangnya kerana dia tidak dapat berkata-kata. Tetapi saat detik kematiannya di malam jumaat ketika azan maghrib berkumandang. Ketika itu aku sedang mengandungkan Hafiez baru empat bulan..tanggal Januari 95 dia telah kembali kepada PENCIPTA nya.

Yang aku tabik spring kat emak mertuaku betapa sabarnya mak mertuaku menjaga suaminya yang sakit. Andainya aku di tempat mak mertuaku adakah aku boleh jadi sesabar dia yang menjaga suaminya berpuluh tahun? Allah itu maha adil berkat kesabarannya Allah gantikan dengan suaminya yang penyanyang iaitu bapa mertua tiriku yang baik...tetapi diapun sudah pergi. Anakku Hafiez kenal itulah tok wannya kerana ketika itu Hafiez pun baru berusia setahun.



Eh...tadi aku nak cerita tentang kenangan di bulan puasa...alahai dah terlajak dah ni..tak apa aku sambung. Ketika aku di kampung suamiku aku teringin nak belajar buat kuih untuk berbuka bukan tak pandai langsung...tapi kalau yang susah-susah tu minta maaflah ya...jenuh aku belajar dengan mak mertuaku). Ketika itu aku sudah dua tahun bergelar isteri dan setahun bergelar ibu...kalau sebelum mak mertua aku menikah baru...dialah yang masak..buat kuih...aku cuma tolong-tolong aje. Tetapi bila mak mertua aku tinggal di rumah suaminya..aku terpaksalah buat sendiri...itupun berbekalkan buku resipi. Suatu hari aku nampak satu resipi mudah dan senang...barang-barangpun ada kat rumah. Namanya pun sedap "nona manis'..bahan-bahannya tepung kanji, gula pewarna dan apa lagi aku dah lupa...aku buat kemain banyak...tapi yang sedihnya bukan menjadipun kuih tu..tapi jadi seperti apa akupun tak tahu. Oleh kerana aku bimbang mak mertuaku datang ke rumahku petang itu..(aku bimbang gak takut mak mertua aku komplen) akupun tanam kat dalam tanah...huwaaa itulah masa anak dara semuanya mak ..kakak dan kakak ipar yang buat kerja dapur...tetapi bila dah bergelar isteri aku kena buat. Nasib baik dapat mak mertua baik kalau tak tak taulah. Malu di buatnya. Tapi alhamdulillah sekarang ni bila dah selalu beli majalah rasa dah boleh alhamdulillah.

Cerita tentang kad raya pulak. Dulu masa anak dara puasa tak sampai seminggu dah sibuk nak beli kad raya..yang menjadi mangsanya emak akulah aku suruh beli. Aku kata beli ajelah mak yang lagumanapun...asalkan kad sudah ler hihihi kesian emak aku i love u emak...setiap kali dia keluar ke bandar terpaksa lah dia beli kad raya untuk aku... dan yang jadi mangsa pos suratpun emak aku. Maklumlah kenalan ramai ketika itu gilak menulis surat hahaha. Dapat balasan kad raya berpuluh-puluh gantung di dinding...tetapi sekarang tak taulah bila dah berusia ni malas pulak nak hantar kad raya, agaknya banyak kemudahan sms dan internet boleh wish gitu aje. Tapi aku suka bangat kalau dapat kad raya, bukannya apa berbeza rasanya boleh tengok gambarnya cantik-cantik. Tahun lepas ada gak terima kad raya dari kawan-kawanku, Epel, Ayong, Fida dan yang lain-lain banyak jugak lah. Tahun ni rasanya nak belilah kot atau tak..entahlah. Balikpun tidak sedihnya....bukannya senang jadi aku ini. Tetapi walau apapun aku terpaksa ceriakan hidupku...dugaan itu adalah satu kenikmatan dari Allah s.w.t menuntut kita untuk belajar bersyukur dan bersabar. Setiap kepahitan ada kemanisannya.


Friday, September 14, 2007

~Ceritaku di bulan ramadhan~

Assalamualaikum...kalau nak ikutkan memanglah malas hendak menghentakkan jejariku di keyboard bulan-bulan puasa ni, nak kata banyak aktivitipun takde jugak. Tapi nak buat macam mana...kalau tidak matapun kuyu. Paling tidakpun keluar ke halaman rumah melihat pepohon hijau. Kalau nak tidur memang aku tidak reti nak tidur siang...macam-macam rasa lenguh dan macam-macam lagi.

Tiada apa yang hendak ku kongsi cerita dengan kalian saja untuk menghilangkan rasa mengantuk. Aku pergi ke blog orang baca cerita-cerita orang, yang paling menarik kat blog sahabat aku KS . Sebenarnya akupun ada cerita di sebalik itu. Sebagai insan senasib aku menyelami hati dan perasaannya...walaupun kita tidak sama tapi situasi dirimu memaksa aku meletakkan diriku di tempatmu teman. Tetapi kita tetap tidak serupa. Kalau KS sedih dan sebak bila mendengar lagu-lagu yang menyentuh jiwa. Begitulah juga aku.. aku rasa benar-benar sedih bila tiket "BAS MAUT" semua habis di jual untuk ke pantai timur dan utara. Nampak gayanya aku banjirlah di sini bila takbir bergema, ni pun duk dengaq lagu raya rasa macam nak banjir dah huwaaaaa. Kalau nak naik flight tak berbaloi jugak nak pergi ke KLIApun kalau aku pergi balik ke pantai timur dan utara dan cukup untuk tiga orang dah tambang ERL untuk ke KLIA, rasanya cukuplah terbang dua tiga kali dahlah. Sedih memanglah sedih di bulan puasa tak dapat bersama menikmati juadah berbuka bersama emak dan ayah. Terbayang saat-saat bahagia ketika bersama...kalau nak dikutkan sudah hampir sepuluh tahun aku tidak berkesempatan berbuka dengan mereka. Bukan aku tak cinta..bukan juga aku tak sayang...tetapi keadaan yang tidak mengizinkan aku. Bukan kerana terlalu sibuk dengan duniawi...tetapi kesusahanku untuk bergerak ke destinasi. Sedih pilu hiba dan segala 1oo1 macam yang aku rasakan dalam benakku ini. Andai dapat ku ulang semula kenangan lalu tika bersama mereka mungkin saat itulah paling bahagia dalam hidup aku. Aduhai hati sabarlah aku.
Aku berdoa semoga masih ada lagi tiket tren untuk ke pantai timur. Tahun lepas aku sudah beraya di utara....untuk berlaku adil tahun ini aku mestilah beraya di pantai timur pula. Tak balik tak kena pulak kerana masih ada ibu bapa. Sedangkan orang yang tidak punya ayah dan ibu bersedih di pagi raya inikan aku yang masih ada mereka. Rasanya tidak wajar aku sebagai anak membuatkan mereka menantiku di aidilfitri nanti. Aku tidak sampai hati untuk menelefon ibu dan ayahku di kampung. Aku tahu soalan mereka" raya ni tak balik kampung ke?" apakah jawapan yang akan ku berikan? Ibu mertuaku pula suruh balik ke utara?

Baju raya sudah ku tempah sebanyak lima pasang ( tahun ni lah paling banyak aku tempah baju...semuanya kerana Epel mekasih...tapi aku nak pakai pergi mana? Duhai hati sadis sungguh). Hari ini dapat hadiah dari Epel pula alhamdulillah murah rezekimu dik, sepasang baju kurung Pahang kaler hijau, terharu benar aku. Rasanya...semenjak aku bernikah adik beradikku sudah lupa hendak berikan aku baju raya, bukan mengharap tetapi semuanya sudah berbeza. Sewaktu masih anak dara tiap-tiap tahun dua tiga pasang abang dan kakakku bagi. Tetapi sekarang tiada lagi..ahh..tidak mengapa kerana merekapun banyak tanggungan, takkan asyik nak bagi kat kita aje yang dah ada suami. Adik iparku yang sorang owh....kirim salam beb sekalipun tak pernah. Tetapi aku terharu sangat kerana mereka yang hanya ku kenali melalui Internet terlalu baik denganku..hinggakan membuatkan aku malu untuk menerimanya. Macam-macam rasa seganpun ada........maklumlah aku takde apa yang hendak di berikan kepada mereka. Aku benar-benar terharu... air mata jangan kau menitis di pipiku. Terharu benar rasanya.
Alhamdulillah rezeki di bulan ramadhan, rasanya tidak dapat hendak ku balas budi baiknya..baik Epel, Lia dan yang dekat dengan aku tiada kalimah yang dapat ku katakan selain dari jutaan terima kasih dan berdoa semoga kalian di murahkan rezeki dan bahagia dunia dan akhirat. Ingatlah teman aku tidak mengharapkan apa-apa dalam persahabatan kita. Bagiku kehadiran kalian sudah cukup membahagiakan aku....menceriakan aku. Maklumlah aku ini bagaikan katak di bawah tempurung. Nasib baik ada Internet ni..kalau tidak tentu aku tidak tahu apa-apa. Alhamdulillah...insyaallah teman doakan aku agar murah rezeki. Sekali lagi aku katakan aku tidak pandai memuji...tetapi aku sedar mereka di antara insan-insan yang rapat dengan aku banyak baktinya kepadaku.

Ya Allah ENGKAU murahkanlah rezeki mereka. Berikanlah mereka kebahagiaan dunia dan akhirat. Ya Allah jadikanlah aku hamba-Mu yang bersyukur dengan nikmat yang ENGKAU kurniakan. Bukan aku tidak berusaha ya Allah. Tetapi segalanya memerlukan kesabaran dan usaha. Insyaallah dengan berkat bulan ramadhan ini aku bermohon kepada Mu ya Allah, berikanlah aku keimanan yang teguh. Berikanlah aku petunjuk dan hidayah-MU. Kepada ibu dan ayah...andai kalian mengerti hati dan perasaanku kalian akan tahu yang aku terlalu sayangkan kalian. Andai panjang umur kita bertemu nanti. Doakanlah aku wahai ayah dan ibu.

Buat suami dan anak tercinta yang tidak pernah jemu membantuku semoga setiap apa yang kalian lakukan kepadaku akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t. Buat teman-temanku semoga persahabatan kita berkekalan hingga ke akhir hayat. Buat semua Andai ada salah dan silap kami selama kita kenal mesra aku mohon ampun dan maaf. Kepada yang sudi singgah di sini terima kasih ku ucapkan. Sayangku tidak terucap wahai teman...hanya Allah saja yang tahu.


Monday, September 10, 2007

~Selamat Berpuasa~


Selamat berpuasa aku ucapkan kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang singgah di teratak ini. Semoga puasa kita kali ini akan lebih baik dari puasa yang lalu. Sama-sama kita mengimarahkan bulan mulia ini. Andai ada salah dan silapku selama aku berblog aku mohon ampun dan maaf.



Kedatangan Ramadhan perlu disambut dengan perasaan riang gembira. Hati yang gembira merupakan lambang kepada keyakinan dan keikhlasan hati kita kepada bulan yang dimuliakan ALLAH dan rasul-rasulNYA. Inilah gesaan Islam apabila menjelangnya hari-hari kebesaran Islam, lebih-lebih lagi Ramadhan yang dianggap sebagai “bulan ibadah”.

Apabila kembali kepada sirah Rasulullah, kedatangan Ramadhan inilah saat yang amat ditunggu-tunggu Rasulullah dan para sahabat. Kedatangan Ramadhan menjadikan mereka sangat ceria dan semakin sibuk dengan amal ibadah kepada ALLAH taala. Kemeriahan ibadah pada Ramadhan mengalahkan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan selain di bulan Ramadhan. Bahkan yang hebatnya, Rasulullah s.a.w. sendiri merupakan individu yang paling sibuk beribadah di sepanjang Ramadhan.

Bagi memuliakan dan menghormati Ramadhan kali ini, marilah kita mencontohi amalan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat supaya ibadah-ibadah kita di sepanjang Ramadhan dapat membina jati diri yang cemerlang lagi diredhai ALLAH Taala. Kita perlu memuliakan Ramadhan dengan acara-acara yang disukai ladi diredhai ALLAH. Antara amalan-amalan yang perlu diutamakan pada Ramadhan ialah:-

  1. Berpuasa dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH.
  2. Jauhi sama sekali percubaan merosakkan puasa dengan berbuka tanpa keuzuran kerana amalan itu termasuk antara dosa besar yang dilaknati ALLAH.
  3. Berusaha seberapa yang boleh untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadah seperti solat Tarawih, tahajud terutama pada malam Lailatul Qadar.
  4. Pastikan sumber makanan dan minuman kita sepanjang bulan ini jauh dari sumber-sumber haram atau yang meragukan supaya ibadah puasa dan doa kita diterima ALLAH.
  5. Berusaha untuk berbuka puasa beramai-ramai kerana pahalanya sangat besar daripada berbuka bersendirian.
  6. Sentiasa melakukan solat lima waktu berjemaah.
  7. Banyakkan sedekah pada bulan ini kerana sedekah pada bulan ini lebih afdal berbanding bulan-bulan yang lain.
  8. Awasilah diri anda daripada menghabiskan waktu tanpa faedah kerana bulan ini bulan ibadah.
  9. Jika berupaya, kerjakan umrah dalam bulan ini kerana umrah pada bulan Ramadhan sama dengan sekali ibadah haji.
  10. Laksanakan ibadah puasa dengan bersahur pada akhir malamnya kerana sahur adalah sunah Rasulullah.
  11. Segerakan berbuka, sebaik-baik sahaja matahari terbenam.
  12. Sempurnakan mandi wajib sebelum naik fajar, supaya anda meneruskan ibadah puasa ini dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas besar.
  13. Banyakkan zikir pada bulan ini terutama dengan membaca Al-Quran yang merupakan sebaik-baik zikir, supaya anda beroleh pertolongan dan syafaat Al-Quran pada hari akhirat.
  14. Peliharalah lidah anda daripada berdusta, mengumpat, maki hamun dan sebagainya di sepanjang bulan ini, kerana amalan-amalan ini pada bulan Ramadhan lebih besar dosanya.
  15. Segala gerak-geri dan tindakan anda pada bulan ini hendaklah tenang, tidak mudah beremosi dan tidak terkeluar daripada batas-batas kesederhanaan.
  16. Pastikan diri anda dalam bulan Ramadhan ini tidak melakukan sesuatu yang dilarang oleh ALLAH dan mentaati segala suruhanNYA.
  17. Banyakkan zikir dan istighfar dan memohon rahmat daripadaNYA terutama ketika berbuka dan bersahur.
  18. Banyakkan doa untuk diri sendiri, ibubapa, anak-anak dan seluruh umat Islam supaya mereka dikurniakan kesejahteraan.
  19. Bertaubat kepada ALLAH dengan taubat yang bersungguh-sungguh sepanjang masa, dengan meninggalkan maksiat, menyesali segala dosa-dosa yang lalu dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.
  20. Setelah selesai puasa Ramadhan, teruskan pula dengan berpuasa enam hari daripada bulan Syawal kerana pahalanya seumpama berpuasa sepanjang tahun.
  21. Teruskan dengan iman, takwa dan amal-amal yang soleh, sekalipun bulan Ramadhan sudah selesai hingga anda meninggal dunia.
  22. Banyakkan ucapan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. terutama pada hari Jumaat.

Islam mengatur satu cara hidup khusus untuk dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan. Cara hidup ini apabila dijadikan ikutan, akan dirasai pula hikmah yang tersirat di sebalik ibadah bulan Ramadhan samada dari aspek pembinaan jasmani maupun rohani. ALLAH menjanjikan ganjaran yang teristimewa kepada orang-orang yang berpuasa. Ganjaran ini tiada pada ibadah-ibadah lain kecuali ibadah puasa sahaja. Ia menjadi ‘pemberian peribadi’ ALLAH kepada hambaNYA yang benar-benar menunaikanibadah puasa. Dalam sebuah hadis Qudsi, ALLAH Taala menjelaskan: “Tiap-tiap kebaikan dibalas dengan 10 pahala hingga 700 pahala, kecuali pahala puasa, ia (puasa) untukKu dan Aku akan membalasnya.” (Riwayat Muslim)

Ibadah puasa mengajar kita erti kesabaran dan sifat amanah. Kita dituntut supaya sabar mengharungi kesusahan di sepanjang Ramadhan. Kita juga dituntut melaksanakan setiap amalan di sepanjang Ramadhan dengan penuh amanah, demi menunaikan amanah yang diwajibkan ALLAH kepada kita. Hasil pengorbanan besar ini, layaklah kita mencapai martabat taqwa di sisi ALLAH.



Sunday, September 9, 2007

~Aku terharu~

Assalamualaikum..

Hari ini Epel dan kawan-kawannya datang ke rumahku bertungkus lumus membersihkan kawasan rumah. Alhamdulillah berkat usaha mereka kawasan rumahku sudah cantik dan kemas. Memang tak terjangkau dek akal yang mereka sanggup berpanas dan bernyamuk demi kerana hendak menolong aku. Barangkali inilah yang di namakan keikhlasan yang sebenar. Bukan hanya di lafazkan di bibir saja. Terharu aku melihat kesungguhan adik-adik ini. Manakala Epel dan dua orang adik Lisa dan Riza bertungkus lumus pula memasak menunya yang kalau aku sebut korang pulak yang terliur huhuhu. manakala aku pulak tolong makan. Seronok aku tengok diorang makan-makan..memang menceriakan. Agaknya kalau Hafiez dah besar nanti beginilah agaknya jadi anak teruna. Rupanya ada seorang adik yang sedaerah denganku. Memang baguslah adik-adik ini. Harap-harapnya bila Hafiez besar nanti beginilah juga.

Kesian kat adik-adik ini keletihan agaknya jarang memegang cangkul dan parang kerana sibuk dengan study. Tetapi diorang memang ada kepakaran dalam melakukan kerja-kerja begini. Bagiku diorang tidak terlalu manja....walaupun terpelajar. Itulah juga yang cuba aku katakan kepada suamiku...maklumlah suamiku bukannya jarang melakukan kerja-kerja sebegitu. Dia lebih suka duduk dalam aircond ( sejuk bangat) dan mengadap komputernya. Maklumlah orang kalau dah di manja begitulah. Bila dah besar pula ke asrama dan seterusnya ke luar negeri. Mana mungkin biasa buat kerja-kerja begitu. Tetapi bila dah bergelar suami aku dia kena buat juga. Kenapa aku suruh sangat...bukan aku memaksa tetapi....kerana aku minat diapun kena minat jugak...sebagaimana dia ajar aku minat kat komputer. Begitulah jugak dia kena minat apa yang aku minat hehehe siannya dia. Tapi demi untuk kebaikan bersama...bukan untuk mendera hihihi kenapa sebabnya.........

1- Kerana aku suka berkebun dan melakukan kerja-kerja begitu...biarlah kulit gelap kerana terik mentari tetapi ianya membuatkan aku happy melakukan kerja-kerja yang aku suka. Suamiku pun kena ikut aku supaya aku lebih bersemangat. Bagiku inilah rehat yang sebenarnya.

2- Untuk menyihatkan tubuh badan dengan mengeluarkan banyak peluh...sepanjang hari duduk di ofis apalah salahnya hari sabtu dan ahad melakukan kerja-kerja begini. Barangkali kalau dah orang tak berapa minat ni memang tak suka buat kerja begini. Berbeza dengan aku itulah ubat astmaku sebenarnya. Lagipun memandang pokok hijau sedap mata memandang. Kalau apa jawatan sekalipun kalau berminat memang tidak menjadi masalah. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih . Dan banyak lagi kelebihannya. Nak tulis apa lagi???

Kepada Epel dan adik-adik terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan hanya Allah s.w.t sahaja yang membalas kebaikan kalian. Semoga hidup kalian di berkati Allah selamanya. Buat Epel bukan aku memuji kerana aku tak pandai memuji. Tetapi mengenali dirimu menjadikan aku banyak bersyukur dan berterima kasih. Walaupun korang terpelajar...tetapi korang tidak sekali sisihkan aku dan famili apatah lagi dalam diriku yang tidak seperti orang lain ini. Rupanya kita ini hanyalah sama tiada beza dan tiada tarafnya...cuma manusia saja yang menciptakan darjat dan segalanya. Walhal pada hakikatnya di sisi Allah kita adalah sama...yang membezakan kita cuma amalan kita. Semoga hidup kita dan anda semua di berkati dan di beri kebahagiaan dunia dan akhirat. Buat Epel moga-moga cepat habis belajar, buat Lea jugak walaupun hadirnya seketika tetapi cukup menceriakan aku... buat adik-adik yang hensem dan cute Syed Muhamad Al- Azi, Mohamad Tarmizi, Muhamad Nazif, Muhammad Nor Hazli, Riza dan Lisa good luck semuanya semoga di berkati Allah sokmo. Buat suami dan anakku juga mekasih kerana menyertai mereka membersihkan halaman rumah...dah terang pokok jambu kita dibelakang rumah di kerjakan oleh abe. Bukan tak tau buatpun hehehe.....tapi sajalah kalau duk mengadap komputer ralit la jawabya........


Friday, September 7, 2007

~Dalam dilema~

Sejak akhir-akhir ini memang takde idea dan mood untuk menghentakkan jejariku di keyboard memang rasa serba tak kena. Kesihatan yang tidak menentu...memang tabiat aku kalau dah kurang sihat aku biarkan sakit itu berhenti dengan sendirinya. Aku memang tidak suka makan ubat hospital.Satu lagi kalau aku tak sihat aku keluar melihat pepohon hijau...benarlah dapat memberi ketenangan dan terapi buatku.

Nampak gayanya aku tiada plan untuk balik ke mana-mana raya ni. Memanglah hati tu rindu teramat sangat kepada emak dan ayah...tetapi nak buat macam mana nak balik agak susah. Semua tiket bas nak ke pantai timur habis licin. Keretapi adalah...tapi rasa macam tak sempat nak balik...maklumlah cuti sekolahpun tak lama. Anakku tak boleh berlama di sana.Paling tidak seminggu dua dia di kampung. Kesian pulak kat dia, dah lah kat sini tak ada kawan...kalau balik kampung ramai geng.

Entahlah...aku rasa dalam di lema...nak balik tak balik? Rumah mak mertua? Nak balik ke rumah mak mertua tahun lepas dah balik sana...memang dalam di lema....

sambung sini ajelah........

Sabtu 8 september 2007
Cadangnya nak pergi ke Pusrawi...tetapi entah bagaimana bila dah keluar dari rumah astmaku hilang....agaknya terkena akon lah kot, terima sms dari Epel...dia maklumkan kepadaku semuanya sudah di beli untuk hari esok nak ajak adik-adik/kawan-kawannya tolong bersihkan kawasan rumahku. Aduhai...baik sungguhnya dia ini...tidak pernah terfikir aku untuk melakukan semua itu . Suamiku mengajakku ke Sogo ...jangan tak tau aku tak pernah ke Sogo...ni lah kali pertama aku ke Sogo. Huih malu kalau orang tau. Tapi itulah kenyataannya. Selama ini aku cuma lalu saja tak pernah nak singgah. Sebabnya aku tak berminat...lainlah kat Mid Valley senang untuk OKU. Kat sanapun ada whell chair bolehlah pinjam.

Memanglah lumrah manusia suka bershooping bila ada jualan SALE...huih... kalau dah Sale ni lah yang orang cari..maklumlah semua baju berjenama di jual dengan harga yang murah. Suamiku teruja jugak hendakkan baju PADINI hehehe..teringat baca kat blog KS. Tapi fulamak nak masukpun tak boleh ramainya manusia duk hurung dengan kita yang berwhell chair ni lebih baik tak payah ler. Aku ajak suamiku balik...bagiku ianya amat merimaskan...aku jadi sesak nafas. Sungguh tak selesa aku dengan suasana begitu, lebih baik aku balik tengok pokok lalang aku dari pergi bersesak-sesak dengan manusia...lainlah kalau ke Mekah untuk semua umat islam mengerjakan amal ibadat. Itulah aku lebih suka bershooping di Midvalley...suasana walaupun penuh sesak juga...tetapi seronok. Itulah belum lagi nak raya...kalau tidak penuhlah dengan manusia pergi shooping untuk baju raya pulak. Penuhlah di jalan-jalan dengan berbagai jenis pakaian. Tetapi aku agak beruntung tahun ini kerana segala baju raya aku Epel yang pergi tempah..Cuma untuk anak dan suamiku aje...tak susah diorang pergi beli saja. Tapi aku nak pakai gi mana balikpun tak...hisy... entahlah. Eh, dahlah...... aku kalau tak merepek memang tak sah.



Thursday, September 6, 2007

~Haru biru~

Lirik Minak Kat Ore Tino

Di manakah boleh cari cinta

Cinta sengoti dale hidup ambo
Lebih kure wak serupo dio
Semoga temu dengan dio

Ambo tokse nak janji ngan dio
Pasti sene hidup dengan ambo
Biar dio sendiri yang rasa
Bertapa gilo nyo ko dio

(Korus)
Ambo meme minat ko ore tino
Tapi buke jenis boyo
Dokleh duk nak cari tino sokmo
Ambo cinto hanyo ko dio

Ambo meme minat ko ore tino
Ore juruh supo dio
Ambo tokse doh pada lain rasonyo
Wak dok cari dan berjumpo
Cinta ambo tenyato
Ambo nak hanyalah dio

(Ulang Korus)

Huh...best gak bila dengar lagu nih kat loghat Kelate..memula dengar cam nak gelak gak...tapi bila dengar sokmo oklah jugak. Tapi aku tak minat ko ore tino ek keh keh kelakar...suka dengar lagu ni aje ler sebab loghat negeri kita hihihi.
sat-sat anakku tanya...ibu "igap" tu apa dia huhuhu...dia tak berapa faham....igap tu tangkap lah kot loghat kelate.


~Takde kerja~




Hmm...tak tau nak tulis apa kat blog...ni lah kerjanya......aku memang minat pokok dan bunga bungaan..tapi sayangnya bunga yang di rumahku tak terjaga sejak akhir-akhir ini.......dah nak mati.siannya dia...macam tuannya jugak dah dua hari kena astma...adoiii...ni ajelah kerjanya..........

~Ni pun comel~



Tuesday, September 4, 2007

~Tiga Malam Tanpa Bintang~

Fiq Mentor~Ehsan dari - linda5484@yahoo.com

Kasih... maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu

Kasih... engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya

Tiga malam tanpa bintang
Dan diriku dihimpit penyesalan
Arah tuju kian fana
Kerna hilangnya nyawa dia
Bagaikan siang diselubung gerhana

Kembalikan senda tawa
Pulangkanlah manis disenyum manja
Ku pahatkan keinsafan
Dan patrikan kesetiaan
Sehingga tarikh menafikan nyawa

Kasih... maafkan
diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu

Kasih... engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya

Kasih...

"Dalam kehidupan ini, ramai dah tahu bagaimana nak lakukan, tetapi sedikit saja berbuat apa yang diketahui.. Dah tahu ianya tak seperti yang anda ingini... BERTINDAKLAH!!! Yakin dengan janji Tuhan, usaha dulu, dah usaha baru berdoa..."

~Bunga-bungaan sejuk mata memandang~


~Pencinta pink~

Assalamualaikum......

Huh..aku tak taulah nak tulis apa kat blog sejak akhir-akhir ini...kekadang aku tulis tajuk dan aku tinggalkan. Agaknya tak seperti orang lain aku ini. Orang lain kalau menulis blog penuh dengan isi yang menarik. Tapi aku entah..... itulah aku suka mengembara dari blog ke blog orang baca apa cerita orang. semalam aku sembang-sembang dengan Cik Epel yang datang menghantar baju rayaku. Mekasihlah Epel sayang kerana banyak benar budinya kepadaku, dari membawa kain-kainku ke taylor dan menghantarnya pula ke rumahku...aku tak tau nak cakap apa aku bersyukur kepada Allah s.w.t... kerana di kuniakan teman-teman yang memahamiku yang ikhlas menolongku. Rasanya payah untuk menemui orang yang memahami keadaan aku. Aku tak pandai memuji...kerana bila kita memuji ada yang di salah ertikan. Ada pujian menyindir, nakkan sesuatu dan berbagainya lagi. Cuma yang dapat aku katakan aku ini tidak punya apa-apa...dalam persahabatan aku nawaitu kerana Allah tidak mengharapkan apa-apa...apa yang mampu aku berikan adalah doa buat mereka. Kalau orang lain berpangkat aku tak ada...apa lagi harta benda...cuma yang dapat aku berikan sebuah persahatan yang tulus. Aku tak reti nak sebut ikhlas kerana bagiku keikhlasan itu hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui. Cuma yang ada dalam hatiku ini sayang kepada rakan-rakan yang telah ku anggap saudaraku. Aku berdoa semoga mereka di berikan kebahagiaan di dunia juga di akhirat.

Waduh...tajuk pecinta pink...tapi sudah lari dari tajuk asalnya. Entah...kekadang kat blogku tajukpun aku tak tau nak tulis apa. Berbalik ceritaku sembang dengan Adik Epel tadi hihihi. Aku cakap kat dia...bila di fikir-fikirkan untuk apa ler akak berblog ni? Nampaknya blog ni seperti tempat luah perasaan pulak...kekadang rasa malu ler pulak. Tapi kata Epel...hmm........ tak semua orang nak baca kat blog kita. Apa yang kita tulis boleh di jadikan pengajaran buat orang lain...contohnya sebagai OKU...aku bercerita kisah aku...tentu bagi yang tidak memahami OKU akan memahaminya serba sedikit...bagaimana payahnya perjalanan hidup sebagai OKU. Bukanlah maksud aku hendak mempromosikan keokuanku....jauh sekali untuk meraih simpati orang. Agaknya kalau takde blog tak taulah aku... tak boleh lah nak hentakkan jejariku di keyboard. Inilah dunia ku.

Hari ini merupakan hari terakhir UPSR...huh.... enjoy sakanlah anakku...lega rasanya. Tak payah nak fikir lagi tentang UPSRnya. Keputusannya aku berserah kepada Allah s.w.t.

Malam tadi pula suamiku sibuk tanya nak balik ke mana raya ni. Aku tak tau nak beri jawapan yang tepat...tahun lepas aku dah beraya di rumah mak mertuaku di Yan. Raya korban hari tu pulak aku dah beraya dengan familiku di Kelantan. Tiga K ada dalam kepalaku sekarang ni...Kedah, Kelantan dan Kuala Lumpur. aku tak dapat nak beri jawapan. Terlalu sukar rasanya...sukar kerana aku OKU. Sudah banyak kesukaran yang telah aku lalui. Posa belum lagi dah kalut nak cakap pasal raya...entahlah...bukannya mudah orang seperti aku ni.

Hah.... warna pink......aku memang pencinta warna pink dan hijau...sejuk mata memandang. Rasanya blogku ini akan kekal dengan warna pink dan hijau...dah malas nak tukar warna dah. Hmm...nak tulis apa lagi ya tu laaa tak tau....jumpa lagi........




Sunday, September 2, 2007

~Selamat menempuh exam UPSR anakku~

Hari ini merupakan hari pertama anakku Hafiez menempuh alam peperiksaan yang bakal menentukan segalanya. Sebagai seorang ibu aku pulak yang lebih-lebih. Entahlah aku hanya mampu bertawakal kepada Allah s.w.t. Aku sudah buat setakat yang aku mampu, leter sudah, nasihat sudah, hantar motivasipun sudah berkali-kali. Hmm, tak taulah....walau apapun keputusan aku redha. Memang aku mengharapkan yang terbaik...tetapi.......tak tau lah nak kata apa dah...tengoklah keputusannya nanti.
~Hafiez tiga tahun~

~Hafiez empat tahun~


~Doa kesyukuran~

Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari ini aku menjemput dua keluarga, Lia dan hubby dan Kak Thusee dan hubbynya... sempena anakku bakal mengambil UPSR esoknya dan Lia meraikan birthdaynya di rumahku, aku tumpang sekaki ler. Harapnya dengan berkat doa dari teman-teman anakku berjaya dalam UPSRnya dan Lia di murahkan rezeki dan di panjangkan jodohnya bersama suaminya yang di kasihi. Tapi sayangnya gambar segala jenis makanan aku dah ambil...entah suamiku terkejut kat apa kemera lak terjatuh...dah kamerapun uzur gambarpun hilanglah...hmm sayangnya tinggal yang nhi aje lah. Apa nak buat kalau tidak boleh ler tayang kat sini hihihi...dah takde rezekilah tu.


Ini bunga kantan kat belakang rumahku, hmm duk sini kalau nak masak laksa ke, asam pedas ke tak payah beli bunga kantan banyaknya. Sorry ler ternampak tong sampah ngan buku hihihi tak perasan lak.



Kain sutera Italy hadiah dari suami tercenta sempena wedding anniversary.


Ini pulak hadiah dari teman kesayangaku Lia...hmm mekasih teman........tak dapat nak balas kebaikkannya kekadang aku pulak yang jadi malunya.....semoga Allah murahkan rezekinya aminnn.