andai ini takdirnya utkku

Tuesday, May 17, 2011

dah pindah

Syukur alhamdulillah 17.11.2011 bersamaan dengan 14 jamadilakhir kami telah berpindah selang 10 pintu dari rumah sewaku. Oleh kerana dekat sangat sahabat aku(kawan susah senang bersama ketika tinggal di Sungai Petani dahulu kini dan selamanya, dan di takdirkan bertemu di sini Subhanallah) mencadangkan tak payah ambil lori le biarlah dia dengan anak2 lelakinya yang angkat barang besar2. Manakala yang kecik2 angkut dengan van nya. Kalau ikutkan memanglah penat giler le depa tu sebab cuma 4 orang yang menolong. Duk angkut barang p mai p mai jiran sekeliling boleh tengok je tak le nak menolong, memang takde semangat kejiranan langsung, nama je tinggal di kawasan melayu. Nasib aku agaknya, Tu lah kan bila kita ni kaLau susah tak ramai yang sudi memandang( ada.... kalau datang nak menjual tudung dll masa tu cari aku lah. Cuba kalau kita ni pakai alphard ke tentu orang sudi buat kawan( kalau menanggung hutang buat pe tak sanggup le). Kak Haida tak ada kat rumah kalau tidak dia sudi menolong kot. Ketika kami hendakberpindah dari PJ ke Rawang sahabatku Lia menolong bersama kawan suami yang kerja satu ofis seorang pastu sahabat kami abang Zubillah bersama anaknya. Semalam kami pindahpun orang yang sama iaitu abang Zubillah juga. Tak mengapalah hidup ini memang begitu, nawaitu masing2 nak mengumpul harta dunia banyak2, mengenyangkan perut ahli keluarga tanpa memandang sekeliling. Malah yang sama2 mendengar kuliah dhuha dan kawan2 suraupun langsung tak ambil tahu. Aku mendoakan supaya Allah berikan aku kesabaran dalam menghadapi segala kemungkinan. Aku ingin belajar menjadi insan yang baik kepada semua orang...



Hari ini aku masih lagi di rumah sewa kerana rumah aku tu ada yang belum siap di repair lagi. Biasa le dah nak masuk rumah nak beli itu dan ini, kalau bajet sikit aduyai tunggu le lain tahun. Rak buku, meja komputer habis rosak kena hujan duk sini, tu pun nak kena beli baru. Biar le dulu...yang penting ada bumbung untuk berteduh, ada dinding untuk berlindung(ambik kata2 sahabat aku Lia).


Pagi tadi aku kehairanan, tengok selipar aku yang baru di beli hilang, selipar suami aku pulak kena gigit, satu ada atas kotak satu lagi atas simen. Sebulan lepas selipar aku dah hilang, aku rasa le itu kerja anjing le. Nakal betul le anjing ni ada ke kasutpun di gigitnya. Ada lagi cerita insya Allah sambung lain kali.

p/s suami aku terjumpa selipar aku di tengah jalan berselang 12 pintu dari rumah sewa aku......dah kena gigit satu tu terpotong dua hahaha...





Wednesday, May 11, 2011

selamat tinggal rumah no 62

Insya Allah kalau tidak ada aral melintang dan di izinkan Allah berpindahlah aku ladi, di sini jugak selang sembilan pintu dari rumah sewaku ini. Tuan rumahpun dah kalut nak masuk ke nak repair entah le. Tp tak mengapalah kerana aku memang dah nak keluar dah. Habis buku2 suamiku yang di bawak balik dari USA rosak. Kabinet dapur meja komputer dll rosak kerana rumah bocor dek hujan yang terlalu lebat ketika itu. Aku lupa le aku cerita ke tak kat dalam blog ni. Sembilan bulan aku masuk baru tuan rumah nak repair bumbung yang bocor. Sebelum ni aku duduk dalam keadaan rumah yang tidak selesa. Puas di ketuk baru nak buat itu ini...tp hampeh kerana lagi teruk. Sudahnya habis barang2 aku basah. mau je aku saman tuan rumah ni, tpp mengenangkan kemanusiaan tak buat gitu. Dia turunkan rm 50 duit sewa rumah, dari rm 400 ke 350. Tu pun tak berbaloi kerana habis rosak barang2 aku. Udah le barang aku ni murah2, bila dah kena air cepat rosak le.

Mengenang kembali detik2 perhijrahan aku di negeri orang. Tahun 1997 bermulanya detika setelah suami ku di tawarkan kerja di Kuala Lumpur. Sebelum ini berbagai dugaan yang telah kami lalu, terlalu banyak kejap duk Sungai Petani, Alor Setar, kejap duk Kelantan pastu duk Alor setar balik, begitulah p mai p mai tang tu jugak.


Dari Bandar Countryhomes Rawang berpindah lagi ke Setapak di rumah kayu berkembar dengan tuan rumah. Tak ubah seperti rumah setinggang berbilik satu, tandas tersumbat, berbumbung bocor dan berbau busuk kerana di belakang rumahku tempat penternakan ayam, semuanya itu ku lalui tak sampai enam bulan. Nak cari rumah pun payah sebab kalau jauh dengan hentian bas susahlah. Tiap2 hari beli surat khabar nak tengok iklan rumah. Pernah sekali nak gi menyewa kat Puchong, tetapi jauh lah pulak.

Bila pk2 baiklah balik semula ke Countryhomes kali ini aku menyewa di rumah paling bawah rm 300 masa tu. Sebelum ni aku menyewa di tingkat empat, pendek kata kalau dah naik memanglah tak turun ke bawah sebab tak larat nak panjat tangga. Ketika itu usia Hafiz baru nak masuk tiga tahun. Kesian sungguh kat Hafiz nak turun kebawah payah sebab ibunya bukan seperti orang lain, nak ku biarkan pun tak mungkin sebab aku bimbang keselamatannya. Ketika itu kedaipun tak banyak cuma ada satu kedai je. Barang dapur, peti ais dll memang tak ada ketika itu. Semuanya tak lengkap. Tunggu suami balik jam lapan atau sembilan barulah boleh Hafiz turun ke bawah., untuk ke kedai beli makanan, dan suami akan membelinya keperluan untuk tinggal kami di rumah supaya tak kelaparan.

Menitis air mataku kerana di beri ujian yang cukup hebat begini. Hidup di situ tiada semangat kejiranan kerana masing2 kerja. Hari minggu diorang pergi jalan2. Sekali sekala sahaja bertegur sapa, itupun bila terserempak. Pernah satu hari tu dapur rumahku meletup tak taulah kenapa, rasa bimbang dan takut, membuatkan aku menyuruh suami membeli dapur arang. Ketika kehabisan arang suami pula kerja...anak kelaparan aku nak masak pakai apa? Plastik banyak aku kumpul, lalu aku nyalakan plastik dan aku masak bihun. Ketika itu baru aku terpk begitulah susah payah ibuku membesarkan kami. Berbagai cara di lakukan supaya anak2 tidak kelaparan. Ya Allah aku tahu mungkin kerana itulah Allah tidak lagi memberikan aku zuriat, Allah lebih tahu. Walaupun sekarang kehidupan aku berubah sedikit demi sedikit, tetapi aku menghargai kepayahan dan kesusahan, kerana itu mengajarku erti ketabahan.

Aku mengajar anakku bersederhana dalam hidup tidak terlalu memewahkan dia, kerana aku tidak mahu andai kami tersungkur kami akan cepat melatah. Biarlah dia berdikari belajar tentang kehidupan, kerana perjalanan ini masih panjang untuk di lalui. Masih banyak lagi yang perlu di lalui.

Berbalik tentag perhijrahan aku, paling lama aku tinggal di BCH selama enam tahun dari tahun 1999 hinggalah ke 2005. Kalau nak bercerita terlalu panjang. Selama enam tahun tu pun berbagai2 dugaan yang kami lalui.Cuma bezanya aku temui jiran2 yang baik orang Indonesia. Mereka banyak menolong aku beli barang dapur dll. Sehingga kini aku masih berkawan rapat dengan kakak angkatku Asmi, sudah ku anggap sebagai saudaraku sendiri.

Tahun 2005 berpindahlah aku dari Countryhomes ke PJ. Tak pernah terpk nak tinggal di rumah banglo lama di Section 11 berdekatan dengan PPUM. Insya Allah sambung cerita di lain kali nak tengok tanyalah ustazlah pula...

Monday, May 9, 2011

gi kelas amali

Semalam8.5.2011 baru p kelas amali oleh kerana aku ni pelajar ISTIMEWA kenalah bawak ketar sendiri pakai ketar auto. Takpe le ketar camnepun asalkan elok dan boleh gerak dah le. Manalah tau kalau ada rezeki lepas ni boleh beli estima ke alphard ke ahakssssss. Tak salah berangan, tak salah memiliki harta benda asalkan mampu. Yang penting kenalah kelur zakat, lagi berkat. Tetapi erm aku belum ada kemampuan itu. Takpa takpa takpa apa yang kita ada bersyukur le...kerana Allah akan tambahkan rezeeki kita. bila dah di beri rezeki yang lebih tu jangan le kita angkuh DAN LUPA DIRI. Itu yang selalu aku ingatkan kepada diriku, suamiku dan anakku.


Berbalik kepada cerita pergi kelas amali. Ku kira aku ngan suami je yang makcik pakcik2 rupanya masih ada yang lebih berumur dariku. Takde le malu sangat. Nak buat macam mana dulu takde peluang dah ada peluang janganlah di lepaskan.

Seronok tengok pengelaman "anak2" pertama kali bawak kereta, ada yang tempik2...ada yang pegang sterengpun takut. Aku entahlah insya Allah takde le takut sebab duk sini aku beranikan diri. Yang aku takut nak test ngan jpj nanti. Harap2 di permudahkan nanti amin....

Friday, May 6, 2011

rahsia Allah

Thursday, May 5, 2011

selamat hari ibu

Di saat orang lain menyambut hari ibu aku merasakan tidak ada seorang anakpun yang mengucapkan hepi mother day untuk aku.Memanglah aku cuma ada seorang anak, itupun kalau tidak di ingatkan dia tidak wish kat aku, tp aku tak kecik ati, cuma aku rasa sedih berjauhan dengan Hafiz. Entah bila Hafiz akan bersamaku lagi. Kekadang menitis air mataku bila mengenangkan nasibku terpaksa berpisah dengan anakku semenjak umurnya tiga belas tahun. Pindah dari satu sekolah ke satu sekolah demi mengejar redha ilahi untuk mejadikan dia al hafiz. Rupanya lain pula jadinya, impian tidak kesampaian. Tidak mengapalah nak ibu redha.

Entah mengapa semenjak akhir2 ini aku merasakan semakin sunyi, bila aku ingin meminta tolong tiada anak di sisi, bila usia semakin merangkak maka sakit situ sini. Kalaulah ada anak di sisiku pasti dia akan menolongku menyidaikan kain, pergi ke kedai dll. Tetapi kini semuanya aku buat sendiri, mujur ada suami yang banyak berkorban untuk aku. Beruntungnya orang yang mempunyai ramai anak. Tetapi apa nak di katakan lagi sudah begitu kehendak Allah, terima dengan redha sajalah.Dia lebih mengetahui....

Sempena hari ibu ini ibu berjanji akan menjadi ibu yang terbaik untuk Hafiz. Sayangilah ibu dan ayahmu Hafizku. Tahniah untuk kakakku kerana hadiah hari ibu begitu bermakna dalam hidupmu, iaitu di hadiahkan seorang cucu Muhammad Umar yang di lahirkan pada 28.4.2011.Tahniah...semoga Umar akan menjadi anak yang soleh...

baru puas hati

Akhirnya my jodoh yang menyemakkan blogku sudah ku nyahkan dia hahaha. Aku hepi sangat, sebelum ni aku sangat malas hendak update blog, gara2 iklan my jodoh tu le. Rupanya dia dia bersama dengan info solat, bila dah nyahkan info solat my jodohpun dah takde syukur le.

Selepas ini aku ingin terus menulis blog, aku tidak mungkin tinggalkan dunia blog, kerana inilah dunia aku, kehidupan aku tak mungkin lari dari hentakan kebod. Bila aku sedih,geram, gembira pasti aku cari blog. Blog adalah segalanya dalam kehidupan aku, tidak dapat di pisahkan lagi....