andai ini takdirnya utkku

Monday, March 24, 2008

kuntuman ros segar










roses ini wangi sangat....










maaflah Epel kerana kak awwa telah mengambil gambar bunga ros ini tanpa ke izinan Epel, almaklumlah kak awwa ni belum mampu lagi nak beli kamera digital, nak harapkan kamera hp Hafizpun dah rosak, yalah dia kan terlalu pandai bab hp ni.....

benih bunga ros ini asalnya dari kampung, kakak iparku Liza pantang melihat bunga di mana-mana dia akan minta keratan batangnya/ benihnya. Di kampung berbagai spesis bunga yang ada, tetapi memandangkan aku masih belum mampu untuk memiliki rumah sendiri aku cuma menanam bunga-bungaan ini sikit-sikit sajalah di sini saja untuk menjamu mata. Adatlah duk rumah orang, kalau cantik bagaimanapun kena pindah jugak, insyaallah kalau aku pulang di kampung aku teringin untuk bina rumah di kampung dan aku akan buat taman bunga-bungaan. Semenjak dari aku kecil lagi aku memang suka berkebun bunga, dek kerana minat ayahku selalu membelikan aku benih-benih cili yang berbagai warna di tanam dalam pasu, cantik sekali....pendek kata mak dan ayah aku pantang melihat bunga cantik dia akan mintak ranting pokok atau benihnya kerana dia tahu anaknya suka berkebun bunga. Sebenanrya ini merupakan terapi buat aku....memandang bunga-bungaan dan pokok dapat menenangkan.......


Sunday, March 16, 2008

sepi lagi

Petang ini anakku Hafiz pulang ke asrama setelah bercuti hampir sepuluh hari, biasalah anakku time nak balik asrama dia kata tak sihat dan nak demanlah macam-macamlah nama lagi budak-budak, segala kain baju buku akulah yang kemaskan. Kasih seorang ibu begitulah, dalam duk berkemas-kemaspun masih lagi ada yang tertinggal. Nampaknya aku sepi lagi, tetapi ku pujuk hatiku dengan keluar ke laman rumahku melihat kuntuman bunga-bunga mawar merah yang segar. Tetapi bila melihat timbunan pokok yang masih lagi mengunung di depan dan belakang rumah alahai rasa sesak nafas lah pulak. Insyaallah besok kalau tiada apa-apa halangan ada lori datang angkut segala pokok-pokok yang sudah di potong.

Insyaallah aku tinggal lagi di sini selama dua tahun. Kalau dulu aku berhati walang bila mengenangkan anakku di asrama tetapi kini alhamdulillah diapun sudah dapat menyesuaikan dirinya setelah dua bulan lebih dia belajar di sana. Yang membuatkan aku terharu kerana dia diantara yang terpilih belajar di sana setelah di uji selama dua bulan dia melepasi ujian itu. Ini kerana ada pelajar-pelajar yang melanggar disiplin. Belajar di Maahad Tahfiz kena banyak bersabar, ini kerana ada yang tidak tahan sabar. Yalah di Maahad Tahfiz mana ada pergaulan bebas seperti di sekolah biasa, Hafiz dan Hafizah di asingkan, asramapun agak jauh, di larang sama sekali untuk bertemu dengan Hafizah kecuali adik beradik.

Ya Allah ENGKAU permudahkan segala urusan kami, mudahan segala pengorbanan kami ini akan di berkati olehMU ya Allah. Kerana sayang kepadamu ibu dan ayah sanggup berkorban apa saja , harta dunia boleh dicari, tetapi anak yang soleh penyejuk mata ibu dan ayah sukar di cari. Berkorban demi agama, demi kasih dan cintakan Allah dan Rasul. Mudahan Allah akan pandang kita wahai anak......mudahan ada doa darimu bakal menyusul ayah dan ibumu bila kami sudah tiada lagi.....

Bila matinya seorang anak adam, maka terputuslah segala-galanya yang berkaitan di dunia ini..kecuali tiga perkara:

1- amalan baiknya
2-sedekahnya
3- anak-anak yang soleh

Ya Allah mudahan aku termasuk dalam golongan ini, kalau tak banyakpun sedikitpun jadilah......tiada yang sempurna kecuali Allah.........


Friday, March 14, 2008

hari ini







pokok lalang...biarpun di tiup angin tetapi akarnya tetap teguh.....


Assalamualaikum

Dek kerana tiada idea untuk menulis blog ini ku tinggalkan sepi bagaikan tiada pemiliknya. Sebelum dan selepas pilihanraya adalah hari yang paling sibuk dalam hidup aku. Bukan sibuk berkempen( blog ni bebas dari isu politik kalau kat Nuriman wordpress tu boleh cerita apa saja) tetapi kepulangan anakku dari asrama, kesibukan dengan melakukan tugas-tugas harian, pulang ke kampung bertemu ibu bapa tercinta. Aduhai duk pi mai pi mai terkejar pulang ke kampung dan pulang semula ke sini dalam masa tiga hari memenatkan badan, tidak cukup tidur dan sebagainya. Tetapi rasa gembira sangat kerana dapat bertemu ayah dan ibu. Pulang dari kampung di beri ubi badak,pisang dan kalau boleh semuanya nak di beri,tak nak ambik bimbang takut kecik hati pulak..mahu tak mahu ambik jugaklah biarpun bersusah payah membawanya.......

Hari ini tanpa di sangka ada beberapa orang di luar pintu pagar rumah dengan membawa mesin rumput, gergaji dan lain-lain tercegat di hadapan gate rumahku, kebetulan Hafiz dan ayahnya sedang bersiap-siap pakai kasut untuk ke pejabat. Hafiz kena ikut jugak oleh kerana di sini agak jauh masjid untuk dia bersolat jumaat, selalunya kalau cuti begitulah dia akan ikut ayahnya untuk bersolat jumaat.
Ni rumah no 6 ya? salah seorang menunjukkan satu surat kebenaran untuk potong rumput( Allah tak payah minta kebenaran kami izinkan) ini arahan dari pihak majikan alhamdulillah tak payah pening kepala nak fikir tentang rumput, pokok dan lalang.

Tengahari tadi pulak suamiku sms memberitahu yang rumah ini boleh di sambung kontrak untuk dua tahun lagi allhamdulillah, tak payah nak fikir tentang pindah lagi biarpun sebelum ini aku sudah merisik khabar rumah di Sentul tetapi mungkin belum tiba masanya untuk aku berpindah ke sana, bukan nya senang nak berpindah, biarpun nampak barang tak banyak tetapi bila di kumpul-kumpul banyak jugak. Tetapi memang ada hasrat hati untuk berpindah ke sana memandangkan ingin berdekatan dengan anakku.

Tak sangkanya kami tinggal sini dah hampir tiga tahun, hari ni baru nak datang potong rumput? alahai kenapalah tidak sedari dulu lagi? di saat kaki tangan aku naik kematu kerana beriadah mengunting rumput hari ini barulah ada rezeki. Tak apa terima kasih, tu pun di kira rezeki biarpun di laman rumahku di longgokan dengan pokok yang masih belum di angkut, kalau tidak nak harapkan kami entahlah.....alhamdulillah.....


Saturday, March 1, 2008

Happy birthday to me

19 Februari 2008 yang lepas suamiku menyambut birthdaynya manakala hari ini 2 Mac 2008 giliran aku pula, kami di takdirkan bertemu jodoh di bawah naugan bintang yang sama iaitu pisces( aku tak ambil kisahpun tentang bintang ni). Pagi-pagi lagi mendapat sms dari suami yang kini berada di kampungnya di utara dengan ayat-ayat romantiknya. Alahai tak payah canang satu dunialah ucapan suami untuk isterinya. Dah suami isteri biasalah tentulah ayat-ayat kasih sayang cinta dan rindu cewah. Dah dapat kek coklat dari suamiku petang jumaat. Nak makan teringat kan anakku, itulah hati seorang ibu kalau nak makan apa saja terkenangkan anaknya. Petang sabtu terima sms dari Lea katanya nak datang ke rumahku, lama tak jumpa dia rindu sangat.......

Suamiku pulang ke kampung untuk mengemas barangnya sementara rumah ibu mertuaku di kampung akan di baik pulih( aku bukannya tak nak pulang bersama suamiku... tetapi aku rasa tak seronok kerana selalunya anakku pulang sama, kalau aku nak pulang aku ingin bersama dengan anakku, memanglah suami berat hati nak tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah, tetapi aku tak takutpun). Kalau nak diikutkan memang banyak barang-barang yang kami tinggal di sana, segala buku-buku berharga yang di bawa pulang dari US masih banyak lagi tinggal di kampung, ada yang menjadi habuan tikus dan lipas sayangnya kerana kalau nak beli kat sini takde. Apa tidaknya mak mertuaku mana larat nak jaga tiga rumah, di rumah suaminya( ayah tiri suamiku), di pondok dan di kampung. Emak mengambil keputusan untuk jualkan saja pondok dan tinggal di kampung, kerana di kampungpun banyak kemudahannya, masjid dekat klinikpun dekat . Masih ingat lagi ketika aku tinggal di kampung suamiku, di klinik desa itulah aku dan suami membawa anakku untuk di beri suntikan. Besar harapan mak kalau aku hamil lagi katanya nak suruh pergi klinik desa itu lagi kerana terlalu dekat sangat dengan rumah, berdekatan dengan masjid. Besarnya harapan mak mertua aku tu, tetapi mana mungkin aku akan tinggal di sana, kerana di sinilah tempat kami mencari rezeki.

Nampaknya umurku meningkat ke satu angka lagi. Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Umur pasti mengejar kita, ayat-ayat yang sama, kecil akan besar, muda akan tua, lepas tu jangan lupa rumah kata pergi kubur kata mari, buatlah amal sebelum mati, kerana mati pasti akan datang jua menjemput kita( sudah cukupkah bekalan kita menuju ke sana?). Bukan masanya untuk bersuka ria, cuma aku agak tak faham dengan manusia sekarang nie...umur dah separuh abad tetapi masih lagi tak sedar diri. Tetapi aku selalu berdoa kepada Allah s.w.t semoga di tetapkan imanku, di panjang umurku, suamiku dan anakku kerana kami ingin beribadat kepadaMU dan ingin melihat anakku membesar depan mataku menjadi anak yang soleh, mudah-mudahan doaku di kabulkan........

Selalunya kalau suamiku pulang ke kampung anakku ada menemaniku, tetapi semenjak dia tinggal di asrama nampaknya bersendirianlah aku sementara menunggu kepulangan suamiku. Semua tu dah kira biasa dah bagiku...ayah mertuaku selalu tanya aku tak takut ke tinggal bersendirian? nak takut apa kita tinggal dalam rumah bukannya kat luar rumah. Minta perlindungan dari Allah semoga semuanya selamat. Happy birthday too me semoga di panjangkan umurku, dan dimurahkan reseki.... semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ini.

Tengahari tadi aku meraikan bersama Lea...akupun tidak tahu bila aku memberitahunya tarikh birthday aku kepadanya, setibanya dia di rumahku dia wishkan aku hepi besday semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki, ni saya masak untuk awak kari daging, bihun n nasi putih, rezeki jangan di tolak, aku tak sangka kerana aku tak cakappun yang hari ni birthday aku( mungkin aku terlupa kot). Lea memang begitu terlalu mengambil berat tentang diri aku, semoga di murahkan rezekinya dan di beri kebahagiaan dunia akhirat untuknya ameennn.......

p/s takde gambar kek separuh dari kek coklat dah aku makan bersama Lea tadi....simpan untuk anakku separuh huhuhu.....