andai ini takdirnya utkku

Tuesday, March 29, 2011

hari2 sibukku

Alhmdulillah setelah setahun lebih aku berhijrah di BTP, macam2 aktiv iti yang aku lakukan. Sepanjang hari kalau boleh aku tidak mahu biarkan ianya kosong dan terbuang begitu sahaja. Aku ingin berubah,berdikari untuk diriku suami dan anakku. Walau banyak dugaan Insya Allah andainya niatku kerana Allah pasti ada kemanisannya untuk diriku dan keluarga. Aku seronok pergi mengaji rumah Cik Nor..sama2 belajar dengan kawan2 yang baik hati.

Sabtu ahad aku sibuk lagi...alhamdulillah kuliah dhuha...kelas tajwid...fardu ain...syukur ya Allah...

Saturday, March 19, 2011

Strawberry Park

Usia perkahwinanku tahun ini genaplah tujuh belas tahun Ogos nanti, alhamdulillah syukurlah kepada Allah kerana telah memanjangkan jodoh dan usia kami. Sepanjang usia perkahwinan kami inilah kali pertama my hubby membawa aku dan Hafiz ke Cameron Highlands. Dapat separuh harga kerana selalu beli barang dekat Sogo.

Pagi tadi dengan menaiki ETS kami turun ke Ipoh dan ambik teksi ke Cameron, harga tak payah cakaplah. Tetapi sekali sekala tidak salah untuk melihat ciptaan Allah. Sekali sekala teringin juga keluar dari tempat persembunyian hehehe.(Al maklumlah sekala sekala saja dapat jalan2).

Terima kasih suamiku kerana sanggup buat apa saja demi aku. Tak mengapalah abang walau bagaimanapun keadaan kita, kita berhak untuk bahagia, walaupun kesihatan abang semenjak akhir2 ini semakin merosot tetapi aku tetap sayang dan hormatkan abang sebagai suamiku pertama dan terakhir insya Allah.

Insya Allah besok jalan2 pergi ke ros garden dan hari isini pulang ke BTP. Sebelum 27 Hafiz harus pulang ke KB untuk menyambung semula pengajiannya. Kalau tiada aral insya Allah berjumpa lagi dengan anakku ramadhan nanti.....

Saturday, March 12, 2011

aku lakukan kerana terpaksa

Ketika di PJ aku begitu takut untuk drive proton yang sudah lama berkubur. Kalau setakat pusing di halaman yang luas tu beranilah, tetapi kalau nak keluar dari pagarpun tak berani.Tetapi satu kejutan yang tidak pernah aku buat dua malam yang lepas, di dalam hujan aku memberanikan diri di temani Hafiz pergi menunggu suamiku yang pulang dari kerja. Aku tawakal malam itu memandangkan suami kebasahan dan dia membawa balik kotak yang agak berat. Nak kata jauh tak lah jugak tp kalau nak bawak barang berat tu memang kejamlah aku kalau tak tolong dia.... lagian diapun bukanlah sihat sangat.

Oleh kerana aku belum masuk kelas amali, belum tahu banyak tentang kereta, aku hanya tahu drive sahaja. Ada ke patut aku tak nyalakan lampu,apa lagi adalah orang hon kat aku, alamak aku terlupa sementalah jalan sini terang berderang hahaha. Mungkin orang tu kata aik awat orang ni terlupa ke. Suamiku tak begitu galakkan aku memandu sebab dia kata aku buat jalan ni seperti jalan bapak aku hahaha. Alhamdulillah adalah seorang jiran yang prihatin kepadaku iaitu K.Haida, dia banyak mengajarku.

Kalau dulu aku begitu segan dengan K.Haida entahlah ...tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal baru aku tahu baiknya dia. Di kawasan aku ni memang ada orang yang berpuak. Yang kaya raya berkereta besar, berumah besar pendek kata semuanya besarlah. Itulah yang di panggil kenduri kendara, kalau setakat pakai kencil buruk macam kami ni manalah nak di pandangnya, tak pa tak pa Insya Allah suatu hari nanti aku juga ingin jadi orang kaya(takpe berangan mana tau jadi kenyataan nanti)....tetapi orang kaya yang beriman dan budiman. Apalah hak kita untuk sombong? Semua itu hanya hak mutlak Allah s.w.t, klau Dia nak tarik balik,bila2 masa sahaja Dia akan tarik.Tp tidak K.Haida dia baik sangat. Diapun ada kisahnya tersendiri...dari susah menjadi senang. Bila sudah senang tak lupa orang seperti aku ni, sudi ajak aku mengaji sekali dengannya.

Ya Allah Ya Allah aku ini hambaMu Ya Allah, jangan ada sebesar zarahpun sifat riak dan takbur dalam diri aku ini ya Allah. Kalau ada Engkau campakkanlah hidayah dan taubat nasuha untuk aku ya Allah. Jangan aku ini bersangka buruk kepadaMU ya Allah. Aku bersyukur diatas apa jua kurniaanMu. Engkau berikan aku berbagai dugaan dan ujian dalam kehidupan ini, aku thu kerana Engkau begitu sayangkan aku. Andainya Engkau bencikan aku sudah pasti Engkau biarkan aku hanyut dalam kelalaian. Thank You Allah.....



gembira

Tiada yang membahagiakan hati seorang ibu bila menatap wajah anak kesayangannya. Memandangkan anakku belajar di sekolah tahfiz , biasanya bercuti awal dari sekolah biasa. Hari ni sudah dua hari dia ke kem sahsiah diri untuk remaja.

Dari tiada apa yang hendak di lakukan di rumah lebih baik dia ke masjid untuk menambah ilmu dan jati diri sebagai remaja yang beriman dan berakhlak mulia, insya Allah. Dia tidak kekok untuk bergaul dengan sesiapa sahaja, mungkin dari pengelaman2 yang lalu membuatkan dia lebih tabah dan berdikari dalam menghadapi apa jua situasi, alhamdulillah. Aku patut memberinya 100% markah penuh untuknya kerana tidak pernah membantah dan merungut. Begitu banyak dugaan yang kami lalui ketika hendak membesar dan menyekolahkannya, dari satu sekolah ke satu sekolah berpindah. Alhamdulillah yang terakhir adalah tepat. Aku tidak mengharapkan sesuatu di luar kemampuannya, aku tidak marah andainya dia tidak berapa maju dalam akademiknya. Bagi aku usaha itu tangga kejayaaan. Insya Allah SPM bakal menantinya, pun begitu aku tidak mahu membuat dirinya tertekan,aku tidak mengharapkan dia paling TERBAIK,aku akan ikut kemahuannya bukan kehendak aku. Aku cuma berdoa dan bagi dia semangat. Bagi aku andai di takdirkan anak aku jadi imam di masjid atau suraupun sudah memadai. Andai lebih dari itupun alhamdulillah. Aku tidak akan memaksanya mengikut kehendak aku. Memanglah dulu aku mengharapkan dia jadi doktor,jadi pilot, pendek kata semuanya yang bagus2 lah. Tetapi aku kena ingat sebagai hambaNYA aku hanya merancang Allah lah yang menentukan segalanya.

WAMAKARU WAMAKARAALLAH WALLAHU KHAIRULMAKIRIN

Sesungguhnya benarlah Ya Allah.. hanya perancangan Engkau sahaja yang berjaya
Mereka merencana, Allah juga merencana, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perencana.

Wednesday, March 2, 2011

bertambah lagi usiaku

Begitulah putaran masa terus berlalu meninggalkan kita, tanpa kita sedari. Begitulah juga usiaku. hari ini genaplah usiaku yang ke 39 selangkah lagi aku akan melangkah ke angka 40. Ya Allah terasa begitu pantasnya usiaku meningkat. Mudahan umurku yang di anugerahkan ini adalah saham untuk aku mencari sebanyak mungkin amal ibadat yang telah lama aku tinggalkan. Allah telah takdirkan aku berhijrah di sini(BTP). Aku merancang tetapi Allah lah sebaik-baik perancang.

Rutin seharianku kini bertambah sibuk, hari2 pergi mengaji dari jam 10.00 hingga jam 12.00 tengahari. Masih banyak sebutan huruf yang harus aku perbetulkan. Di sini aku bertemu dengan sobat2 yang sama2 belajar mengaji, alhamdulillah....

Hati ini tidak sabar untuk menunggu 4 hb 3kerana anakku akan pulang bercuti. Begitu lama rasanya tidak bertemu dengan anakku. Tentu sudah besar anakku. Ya Allah rindunya aku...