andai ini takdirnya utkku

Saturday, August 29, 2009

Sayang hajat tak sampai

Rasa rajin pula hendak up date blog ni. Membaca sahaja penulisanku dan penceritaanku orang dah tahu tahap manalah pengetahuanku dalam erti kata lain setakat mana pendidikanku. Erm setakat ni jelah, tetapi alhamdulillah bolehlah di katakan celik IT kalau nak dibandingkan dengan orang yang tak tahu langsung tentang IT dan blog( bukan angkat bakul sendiri ni hihihi). Ramai kawan-kawan di pejabat suami yang tidak ambil tahu tentang blog dan Internet. Ramai yang minta tolong suami Kak Awwa ajarkan mereka buat blog dan apa-apa saja tentang komputer. Di ofis mereka hanya buat kerja je dengan komputer dan IT, kalau bab-bab blog jarang yang ambil tahu. Kalau baca blog orang mereka suka kata suami Kak Awwa.

Dengan dukacitanya di maklumkan manuskrip anda di tolak kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang di ingini(lebih kurang macam ni lah emel yang di hantar kepada Kak Awwa, Kak Awwapun dah ingat-ingat lupa sebab terdelete). Ya jawapan itu tidak mengecewakan Kak Awwa kerana sudah agak dah, malah Kak Awwa berterima kasih banyak-banyak kepada mereka). Sebab terlalu lama pihak sana memberi jawapan(kata editor ikut giliran). Tahun 2008 kita hantar manuskrip tu(kalau tak silap Kak Awwa ada cerita yang adiknya datang mengambil manuskrip tu kat rumah di entry yang lepas-lepas) awal tahun 2009 di bulan Februari pihak sana beri jawapan hitam putihnya. Sahabat Kak Awwa Lea yang pada mulanya bawakan sebahagian manuskrip tu kepada Puan Sifu. Tak mengapalah ianya tidak akan berakhir di sini, akan Kak Awwa belajar dan belajar lagi menulis biarpun dalam blog ni. Sekurang-kurangnya kita tahu kesilapan kita. Dan mereka ada hak untuk menolak dan menerima mana yang terbaik untuk mereka menilainya.

Sedari dulu lagi Kak Awwa minat menulis, di zaman persekolahan Kak Awwa selalu mengirimkan karya di radio Kota Bharu dan tersiar( Kak Awwa masa tu menulis cuma mengunakan kertas kajang dan menulispun tulisan sebiji-sebiji, sebab masa tu manalah ada komputer, kalau adapun mek Kak Awwa tak mampu hendak membelinya). Bila dah ada komputer dan IT, lebih memudahkan kerja Kak Awwa pernah karya Kak Awwa tersiar di malajah ibu beberapa kali dan di bayar beberapa kali. Ketika itu tinggal di Rawang kenal dengan editor majalah ibu. Kak Awwa tahu setakat mana tahap penulisan Kak Awwa dan orangpun dapat menilainya. Tetapi sekurang-kurangnya itu cara kita, tidak ciplak idea dan gaya penulisan orang. Gaya bahasa Kak Awwa pun agak lintang pukang mungkin sebab itu manuskrip di tolak biarpun sebelum di terima manuskrip tu, editor kata akan terima walau bagaimanapun keadaannya(manuskrip tu) dan akan di edit dan sebagainya. Mungkin manuskrip lain lebih baik lagi, bahasa Kak Awwapun tak tinggi berbanding orang lain tak mengapalah Kak Awwa redha. Walau bagaimanapun Kak Awwa gembira kerana pernah berhubung dengan Puan Sifu dan editor itu. Siapa tak kenal penulis glamer ini sebut je orang akan kenal. Novel-novelnya semuanya meletup. Kak Awwa memang minat giler membaca novel hasil karyanya selain dari novel Sharifah Abu Salam, Ramlee Awang Mursyid, John Noarafizan, Aisya Sofea, Narazlina/Kak Norz dll. Selalunya Lea dan Epel yang memberi pinjam novel mereka kepada Kak Awwa.

Tahun lepas Puan Sifu mengirim sms, sampai kehari ini Kak Awwa masih simpan lagi sms itu sebagai kenangan, tetapi hari ini sudah tiada lagi. Mungkin Puan Sifu sudah tidak ingat Kak Awwa lagi. Kata editor tu jangan berputus asa belajar lagi( terima kasih insya Allah). Hari ini Kak Awwa tengok balik manuskrip tu, di hati kecil ini teringin hendak mengubah itu dan ini menjadi sebuah novel( Dari bahasa tunggang langgang nak jadi bahasa yang indah dan sedap di baca). Tetapi Kak Awwa memerlukan bimbingan dari orang. Tetapi entahlah...Kak Awwa tak tahu mungkinkah impian ini akan menjadi kenyataan atau ianya hanya sekadar mimpi dan angan kosong Kak Awwa sahaja? Tetapi yang Kak Awwa tahu Kak Awwa minat. Semua orang boleh menulis tak kiralah nak tulis apa saja yang penting itu hasil karya kita.

Selagi ada blog ni Kak Awwa tak sunyi, sekurang-kurangnya untuk menghiburkan diri sendiri. Malam tadi terima sms dari bekas anak murid( Tie) dia ungkit kisah lama, dia kata kenangan bersama Kak Awwa tak mungkin di lupakan. Tie lah yang menjadi mangsa Kak Awwa suruh beli sampul surat dan kertas kajang, Tie jugak yang Kak Awwa marah kerana mengaji tak ikut tajwid. Bila Kak Awwa tanya berapa huruf maal ghunah Tie tak boleh jawab, Kak Awwa marah Tie sampai keluar air mata. Tetapi lepas mengaji Tie tolong Kak Awwa pergi beli sampul surat hehehe.

Erm Kak Awwa tersenyum dan rasa terhibur terima sms dari anak gadis ni. Dia merupakan kawan kepada YusNira yang selalu datang ke rumah Kak Awwa ketika belajar di UM dulu. Nira jugak menjadi mangsa Kak Awwa membeli kertas kajang dan sampul surat. Memang susahlah nak buang kenangan lalu.

Kalau dapat di putar balik kenangan tu kan seronok hehehe. Erm tentu seronoknya......

~jangan takut jatuh ke bumi
bingkas bangun melangkah lagi
ke depan, lari dan terbang menuju bintang
hanya kau saja yang bisa menentu
arah hidupmu~
OaG

Friday, August 28, 2009

raya terakhirku~cukup sampai di sini~

Mungkin membaca tajuk di atas seolah diri ini akan pergi jauh meninggalkan semuanya? Ya Allah andai ada kasihMU padaku, aku bermohon padaMU pinjamkanlah sedetik lagi umurku milikMU ini untuk aku menjadi hambaMU, untuk menambahkan amal ibadatku yang terlalu banyak kekurangannya Ya Allah. Moga di panjangkan umurku lagi demi agamaku dan anak serta suamiku.

Dua tiga minggu lepas kakak Kak Awwa yang Kak Awwa panggil dia Kak As menjemput kami sekeluarga untuk ke majlis walimatul urus puteri sulungnya Nurul Hasnul Syuhada. Di hati ini berbelah bagi mahu balik atau tidak? Kalau nak balik kampung sebelum puasa dah menempah tiket keretapi atau bas. Kak Awwa dah serik naik bas ni( tapi kalau terdesak naik lagi), sebabnya bas takde tandas kekadang tahan sampai membengkak perut. Kalau berhenti kat mana-manapun tandas jauh, tak mesra OKU langsung. Tetapi kalau tak tahan sangat kena pergi jugak biarpun jauh. Melecetlah ketiak Kak Awwa bawak tongkat ni. Kalau naik keretapi pulak ada tandas tetapi lambat sampai. Tak kisah sangat tentang tu, nak solatpun senang, solat je kat kusyen tu ada orang kesah kat kita? takdepun nak solat kat mana-manapun. Nak ke surau jauh kena lintas beberapa gerabak nak sampai ke surau.

Tak balik berbelah bagi, anak saudara nak menikah sekali je seumur hidup tak kan lah tak balik. Kalau naik keretapi dekat je dengan rumah kakak turun di Tanah Merah. Diorang pergi ambil kat stesyen tu. Tetapi tulah takdir takde siapa yang tahu suami Kak Awwa tak sihat di kuarantin di rumah pulak. Jumaat semalam pergi hospital kata doktor bebas dari H1N1. Tetapi ada masalah paru-paru di ibaratkan seperti daun kering yang di makan ulat, sebab itulah pernafasannya cepat semput/seperti orang lelah kerana masalah itu biarpun tidak ada athsma. ( Di sebelah suami takde keluarga yang asthma lainlah belah keluarga Kak Awwa.)Nauzubillah.
Andai ini takdirnya untukku aku terima dengan redha. Allah itu tidak akan menguji hambaNYa di luar kemampuannya. Selagi terdaya teruskanlah hidup ini........

Selepas ke PPUM suami terus ke KL Central nak tengok-tengok tiket kot-kot ada lagi saki baki. (alhamdulillah suami Kak Awwa mula kerja balik 1 Sept ni mana boleh cuti lama-lama bukannya kerja sendiri). Nak balik Kelantan ada lagi tiket keretapi tetapi tiket kami nak pulang semula ke Kuala Lumpur tak ada. Kalau adapun yang bertarikh 11 Sept. Kak Awwa tak kisah duk lama-lama kat kampung, tetapi tak sampai hati pulak nak tinggal suami dalam keadaan dia tak 100% nya sihat, diapun dah kerja masa tu. Fikir punya fikir tak apalah, lagipun kakakpun sangat-sangat faham masalah kami. Biarlah Kak Awwa berkorban kerana selama ni pun suami banyak berkorban untuk Kak Awwa.

Kak Awwa ni kalau nak pulang naik keretapi banyak menyusahkan suami walaupun dia tak kisah dan tak suka bila Kak Awwa kata menyusahkan. Nak berjalan kat KL Central tu jauh, nak pergi naik keretapipun jauh. Mahu tak mahu kena pinjam jugak kerusi roda tu. Pastu bila Kak Awwa dah naik keretapi dia akan pergi hantar pulak sebab orang KTMB ambil ICnya( takut kami bawak naik kerusi roda tu sekali kot) Pernah suatu ketika tu suami Kak Awwa pergi hantar kerusi roda pastu keretapi dah berjalan, Kak Awwa ingat suami tak naik lagi, tapi rupamya dia ada dalam keretapi kat drebar . Masa tu mengelabah jugak Kak Awwa. Bimbang takut di tinggalkan, padahal diorang tak tinggal mudah-mudah. Macam tu lah Kak Awwa bukannya senang nak pulang beraya seperti orang lain.

Memandangkan Kak Awwa akan keluar dari sini akhir tahun ni, ni lah raya terakhir Kak Awwa di sini. Selepas ni Kak Awwa kena cari rumah kecil-kecil senang nak mengemas. Tak perlu rumah yang besar kalau isi rumahnya cuma dua orang. Hafizpun balik sekali sekala je. Banyak kenangan selama tinggal di sini selama empat tahun. Bertemu dengan rakan-rakan blogger, komuniti, relexjap dan gokum. Mungkin ini hikmahnya. Tak lama lagi tinggallah semua ini dengan kenangan suka dan duka. Nampaknya raya tahun ni kat sini sahajalah. Raya bertigalah kami, nak pulang ke Kedahpun tiket dah habis. Mungkin kami beraya di kampung kedua kami di Rawang rumah Kak Asmi. Tunggu tiket balik raya bersama TV9 dan LG pun belum ada rezeki lagi. Tahun lepas tiket pergi dan balik dengan Tv3.

Memanglah sedih raya tak dapat nak bersama ibu bapa dan keluarga. Tetapi apalah daya. Tak mengapalah beraya di sinipun best jugak, malam raya boleh pergi beli baju dan kuih murah-murah. Hafizpun ada. Itupun kalau suami sihat. Seperti tahun yang lepas-lepas Kak Awwa tak buat kuih raya(kalau buatpun jenis yang bergoreng), kali terakhir Kak Awwa buat kuih ketika di Rawang dulu bersama jiran-jiran. Kalau nak buatpun membazir je sebab Hafiz dan ayahnya tak berapa suka makan kuih-kuih raya.

Tetapi tak dapat di sembunyikan rasa sedih di hati ini. Tentu keluarga Kak Awwa bergembira bakal mendapat keluarga baru dalam keluarga kami. Walaupun kakak Kak Awwa tak sihat tetapi pasti kegembiraan tu terpancar juga dapat menantu pertama. Tentu seluruh keluarga Kak Awwa yang jauh dan dekat berkampung di rumah kakak di Tanah Merah, tentu meriah. Tak mengapalah dari jauh hanya doa yang mampu Kak Awwa hadiahkan.

Semalam telefon Hafiz, kalau ikutkan keluarga Kak Awwa nak ambil dia balik kampung. Tetapi Hafiz nak balik sini sebab dia rindu kan ibu ayah dia. Diapun nak balik tengok komputer dia. Tak kanlah Hafiz beraya kat sana Kak Awwa dan ayahnya di sini. Anak kita susah senang bersama kitalah. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sanggup berkorban nyawa..kasihnya saudara masa berada sahaja. Hafiz tak kisah beraya kat sini, kalau ada tiket lepas-lepas raya ni boleh balik Kedah.

p/s Sekadar berkongsi kisah bukannya dengan niat apa-apa. Semalam tengok drama di Tv2 "hati yang merdeka" Kisah kehidupan oku dari susah menjadi berjaya, dan pernah tengok video oku takde kaki dan tangan dari luar negara tetapi dia banyak memberi motivasi kat kita semua. OKU kena merdeka jiwa dan raganya agar tidak merasa rendah diri. Kita kena motivasikan diri sendiri. Erm banyak lagi dah terlupalah pula....


Melukut di tepi gantang ~Aisyah


Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi


Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namun kata hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..

Dulu pernah kau katakan
Sayangg..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
Oleh kata fitnah
Penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
Bagimu...

p/s lagu ni Kak Awwa suka tetapi takde kena mengena dengan apa-apapun, saja-saja je....
Selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 52. Ini juga merupakan kali terakhir Kak Awwa menyaksikan bunga api di halaman rumah ni.

Friday, August 21, 2009

marhaban ya ramadan


Kepada muslimin dan muslimat dan sahabat-sahabatku selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita. Halalkan apa termakan,terminum dan sebagainya. Ampunkan segala kesalahan kami baik yang tak di sengajakan atau di sengajakan sepanjang perkenalan kita. Semoga hadirnya ramadhan kali ini memberi seribu rahmat buat kita dan di bukakan pintu-pintu taubat amin. Syukur alhamdulillah kerana masih di beri umur yang panjang untuk bertemu dengan ramadhan kali ini.


Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Wednesday, August 19, 2009

Hadiah anniversary


Masih bercerita tentang tarikh 18 Ogos 2009. Sudah dua hari suami Kak Awwa tak sihat demam dan batuk, tetapi tak berapa serius. Sudah puas Kak Awwa menyuruh suami ke PPUM tetapi dia kata tak apa demam sikit je. Selasa 18.8.2009 suami Kak Awwa pergi kerja seperti biasa dengan memakai mask. Semenjak H1N1 melanda negara Kak Awwa selalu mengingatkan dia supaya sentiasa pakai biarpun ada sesetengah orang merasa rimas memakainya.

Tenghari dia menelefon memberitahu batuknya tak henti-henti dia demam dan sesak nafas. Dah pergi ke klinik panel doktor sana suruh rujuk ke hospital kerajaan yang berdekatan. Oleh kerana PPUM dekat dengan rumah tak menjadi masalah.

Dia pulang jam 2.00 petang dengan membawa lemang dan rendang daging. Dia kata teringat Kak Awwa teringin nak makan lemang. Katanya dia rasa lapar sangat sebab tak makan dari pagi lagi. Kak Awwa masakkan air dan bancuh teh panas. Dia teringin menjamah lemang dan rendang daging. Kak Awwa kata tak payahlah berminyak sangat, Kak Awwa nak masak bubur dia kata takde selera. Dia menarik nafas dalam-dalam. Kak Awwa kata tarik nafas perlahan-lahan. Tiba-tiba Kak Awwa jadi panik sebab dia bernafas bunyi kuat sangat. Sebelum tu air mata Kak Awwa tak putus mengalir kerana memikirkan apa yang akan terjadi kepada Kak Awwa andai sesuatu berlaku. Keluarga jauh, anak nan seorangpun jauh di mata. Dengan siapa kami hendak meminta tolong? Kawan pejabatnya boleh di harapkah? Semuanya bermain di fikiran. Suami tak bagi Kak Awwa menangis katanya lagi bertambah sesak nafasnya. Kak Awwa tahan air mata, tetapi keluar juga. Suami tersungkur di meja dalam keadaan nafas berbunyi kuat. Dalam keadaan panik Kak Awwa melafazkan kalimah syahadah di telinganya. Masa tu Kak Awwa ingin meraung tetapi Kak Awwa harus mengingatkan diri jangan panik. Kak Awwa lafaz kalimah syahadah dia ikut perlahan-lahan. Kak Awwa mengurut belakang dan usap lembut di kepala suami. Bila keadaan semakin okey, dia kata hendak pergi solat. Kak Awwa teringat pesanan Dato Fatmah Zahra kata kalau hati rasa gelisah sedih baca doa Nabi Yunuf. Kak Awwa baca doa tu alhamdulillah tenang. Selepas solat dan zikir suami kata nak rehat. Kak Awwa biarkan dia rehat dan perhatikan dia sambil sapu air di kepala untuk mengurangkan panas badan.

Bila semakin baik malamnya dengan hati yang sedih lepas dia pergi ke PPUM seorang diri. Katanya kalau pergi waktu malam terus ke Trauma. Kalau suami orang lain sudah pasti di temani isteri tetapi dia pergi sendiri. Ya Allah pincangnya diri ini, sekali lagi air mata mengalir di pipi. Kalau ikutkan doktor panel dah bagi surat suruh masuk ward. Tetapi malam itu penuh, tepat jam dua pagi suami Kak Awwa belum pulang lagi, Katanya orang terlalu ramai.

Kak Awwa tak dapat nak lelapkan mata hinggalah bunyi pintu pagar di buka. Suami Kak Awwa pulang akhirnya. Dia kena kuarantin di rumah bukan kerana H1N1 tetapi sebab dia ada diabetis bimbang takut terkena jangkitan baik kuarantin di rumah dari pergi kerja. Maklumlah orang berisiko tinggi H1N1 ni kebanyakannya orang yang ada penyakit kronik. Hari isnin ni pergi lagi. Semoga bertambah baik dan janganlah masuk wad, sedih berpuasa sendirian.

Mungkin itulah hadiah hari ulang tahun Kak Awwa. Pagi tadi telefon mak mertua, mak suruh makan bawang putih tiga ulas, habbatu sauda, air kepala(ops silap air kelapa muda) dan kurma dan jus epel hijau. Dalam buletin malam tadi suruh makan daun selasih. Di India ramai penduduk tetapi kematian hanya 22 orang. Di Malaysia hingga mencecah 67 orang. Ini membimbangkan.

Tarikh itu tidak mungkin Kak Awwa lupakan. Di saat seperti ini teringatkan Hafiz. Telefon mek di kampung memberitahu yang kakak Kak Awwa pun tahap kesihatannya tidak baik. Ada jiran-jiran yang asmanya teruk meninggal dua hari lepas.

Di TV1 sekarang ni H One N One di sebut H Satu N Satu tak sesuai langsung mungkin nak samakan dengan 1 Malaysia tetapi bunyinya tak sedap langsung, senang cerita sebut je selsema babi. Manusia yang selsema tapi babi yang dapat nama. Babi hidup aman damai manusia yang mati. Antibodi babi ni kuat, masuk dalam badan manusia, manusia yang kena penyakit.

Allah dah bagi peringatan untuk kita, harap-harapnya kita ambil ikhtibar dari semua ini.

Monday, August 17, 2009

tarikh itu hadir lagi~15 tahun~

Tarikh ini datang lagi hari ini 18 Ogos 2009 bersamaan dengan 26 syaaban 1430 hijrah.( alamak tiap-tiap tahun nak kena tulis ke?)

Seperti biasa hadirnya tarikh ini tidak memberi makna apa-apapun bagi Kak Awwa. Tiap-tiap tahun tarikh itu akan hadir juga, selagi masih bernafas tarikh itu akan di kenang biarpun tidak ada sambutan. Hanya ucapan syukur alhamdulillah kerana di panjangkan jodoh. Harap berkekalan hingga kehujung nyawa. Hanya mati yang akan memisahkan kami.


Masih terbayang lagi tarikh bersejarah ini lima belas tahun yang lalu. Masih segar di ingatan tiga hari hendak melangsungnya majlis pernikahan orang ramai heboh memperkatakan tentang pernikahan Kak Awwa. Ada yang tidak sangka kerana anak bungsu Pak Long( ayah Kak Awwa) hanyalah seorang gadis kekurangan yang hanya terperuk di kamar usang. Tiba-tiba hendak bernikah dengan orang jauh. Manakan tidak gadis-gadis sebaya Kak Awwa semuanya sudah tidak ada di kampung ketika itu. Ada yang sudah bernikah, menyambung belajar dan kerja kilang di bandar-bandar besar. Zizah anak Pak Harun kerja kilang di Johor. Setiap kali pulang pasti akan datang bercerita dengan Kak Awwa. Leha dan Imah anak Che Ngah Aini menyambung belajar. Aisyah kawan akrab Kak Awwa tinggal di Terengganu di rumah ayahnya. Sunyinya kehidupan Kak Awwa. Kakak yang rapat den gan Kak Awwa nun jauh di Sarawak mengikuti suaminya kerja di sana, yang lain-lain semuanya sudah berumah tangga. Rutin harian mengajar mengaji anak-anak sekampung dan belajar mengaji dengan Ustazah Ramlah di madrasah yang berdekatan rumah. Selebihnya hanya memerap di dalam bilik bertemankan radio, kertas dan pena. Mungkin ketika itu hanya itulah hiburan. Berlainan dengan zaman sekarang kerana banyak teknolongi canggih untuk berhubung. Kerana kesepian hanya warkah dari teman dan kenalan menghiburkan hati ini setiap kali tiba. Allah itu Maha Adil di takdirkan bertemu jodoh dengan orang jauh. Hanya di radio nostalgia lama mengikat ikatan suci hingga kehari ini. Jodoh pertemuan telah di aturkan oleh Tuan Punya Dunia( pinjam ayat Akhil Hayy).

"Nampaknya bulan lapan ni ramai orang nak bekwoh(kenduri), dengar-dengarnya rumah pak long pun nak bekwoh nikah anak bungsu dia". "Heeh rumah pok long nak bekwoh nak nikoh sapo?" "Laa tak tau ko Awwa anak bungsu dia tu" "Biar betul denge sapo?" Takdok bunyi kaba pung"? Itulah di antara cakap-cakap jiran sekampung Kak Awwa. Sebelum ini mereka tidak tahu, ada merisik dan bertunang.

Tiga hari nak menikah baru diorang tahu, itupun ayah dan mek menjemput mereka. Biarpun majlisnya tak ubah seperti majlis tahlil tetapi agak meriah kerana semuanya hendak datang.
"Kak Cik( panggilan orang kampung kepada mek Kak Awwa) kalu Awwa tak ghoyatpun kita nak gi jugok. Masa kito nikoh Awwa bagi hadioh tetapi dio yang nak nikah tok sir ghoyat kito pulok". Kak Awwa langsung tak menjemput kawan-kawan kecuali kawan rapat Aisyah, yang lain-lain semuanya mek Kak Awwa. Kalau hendak di kenangkan penuh sarat dengan nostalgia akan di kenang selagi hayat di kandung badan.

Untuk suamiku terima kasih kerana meletakkan diri ini di tempat yang paling mulia di sisimu. Memberi peluang bergelar seorang isteri. Kalau dulu tidak pernah impikan sebuah perkahwinan( siapalah yang sudi). Namun takdir Allah tidak siapa yang tahu. Terima kasih Tuhan kerana beri peluang untuk hambaMU ini bergelar isteri dan ibu. Allah Maha Besar. Selamat ulang tahun perkahwinanku yang ke 15, moga-moga kita akan berjodoh pula di SANA nanti Insya Allah.

p/s kepada yang tak faham loghat Kelate tu minta maaflah ya( sebab ada tulis loghat negeriku sikit-sikit). Zaman lo ni orang dah banyak pehe loghat negeri lain.

~Tak perlu bunga mahal bunga cinapun wangi, familyday di Langkawi hari tu merupakah hadiah ulang tahun perkahwinan~

Sunday, August 16, 2009

gambar










Sebahagian gambar yang sempat di ambil dari tingkat 8 Plaza Langkawi dan gambar cabutan bertuah hari keluarga. Dalam beg polo dan tuperware tu terdapat berbagai jenis coklat. Gambarnya banyak tapi malas nak update. Bab-bab gambar ni Kak Awwa agak malas......



Nak bercerita sedikit malam jalinan mesra hari keluarga malam tu. Buat kali kedua Kak Awwa menghadiri hari keluarga yang di buat di luar Kuala Lumpur. Sebelum ini Kak Awwa langsung tak nak ikut biarpun suami memujuk. Tetapi semenjak di adakan dua tahun berturut-turut di luar Kuala Lumpu Kak Awwa tergerak hati pula hendak pergi. Sebenarnya Kak Awwa agak pemalu hendak bergaul dengan kawan-kawan suami, biarpun ada yang Kak Awwa sudah kenal. Yalah kekadang rasa kekok jugak, maklum sajalah................
Kawan-kawan suami semuanya okey-okey baik belaka. Yang satu negeri tak segan silu kami bercakap loghat negeri biarpun di hadapan orang.




Malam tu di adakan cabutan bertuah, hadiah ada yang kecik dan besar. Satu-satu no siri di panggil. Ada adik-adik yang masih muda bersorak-sorak nak beg polo. Lucunya diorang ni dah beranak pinakpun macam perangai anak remaja. Bila nombor siri diorang dapat beg tu lagilah bertambah sorak mereka. Terdetik jugak di hati Kak Awwa macam ni ke diorang ni? Kata orang Kelate " bergalok". Kami cuma tersenyum dan tersengih je tak reti nak gelak-gelak kuat seperti orang lain. Beg polo cuma ada satu saja, dalam hati Kak Awwa minta-minta biar kena dengan nombor siri kita. Pengacara Wani mengumumkan nombor siri kami alhamdulillah akhirnya dapat jugak. Memanglah pergi Langkawi hari tu tak bawak beg besar, cuma bawak beg sandang je. Kalau dulu bertiga, ni berdua tak perlu beg besar. Tapi malam tu dah rezeki alhamdulillah.







Itulah kenangan family day di Langkawi. Memandangkan kegawatan ekononmi mungkin tahun depan hanya di Kuala Lumpur sahaja. Sebelum ni Kak Awwa tak ikut kerana Hafiz temankan ayah dia. Tetapi bila Hafiz dah tinggal di asrama, kalau Kak Awwa tak temankan tentu dia rasa tersisih sebab semua orang bawak keluarga.

Friday, August 14, 2009

kucari damai di hati

Alhamdulillah syukur, semenjak terjumpanya rakan-rakan di blog http://nuriman.wordpress.com/
Kak Awwa tidak rasa kesunyian bila dapat berkongsi kisah suka duka bersama mereka. Dapat menyelami dan membaca komen-komen serta luahan hati merekapun sudah cukup menghiburkan hati ini. Betapa tertekannya mereka kerana masih belum di kurniakan zuriat. Sebagai wanita siapapun akan tersentuh hati membaca luahan perasaan mereka.

Tetapi bagi Kak Awwa kalau terlalu bersedihpun ianya tidak akan mengubah segalanya. Air mata tidak akan membuatkan kita hamil. Andai keguguran itu adalah ketentuan dariNYA. Usah di tanya kenapa dan mengapa itu bukan urusan kita. Siapa kita untuk mempertikaikannya "kenapalah masa tu tak jadi?" Kenapalah masa tu gugur? Kenapa orang lain dapat apa yang mereka hajati"?. Kenapa orang lain senang untuk mengandung?" Kak Awwa harap kawan-kawan baca buku La Tahzan. Kak Awwa faham perasaan mereka, bukan mereka menyalahkan takdir tetapi kalau di tanya kenapa itu dan ini seolah-olah tidak redha dengan apa yang telah Allah takdirkan. Kak Awwa tahu itu hanyalah luahan perasaan mereka. Allah adil dengan hambaNYA. Mungkin Allah belum mengizinkan mereka untuk mendapat zuriat setelah berubat ke sana kemari. Tidak mempunyai zuriat tidak bermakna hidup tak bahagia. Tetapi pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pastinya inginkan zuriat. Kalau dah tak dapat nak buat macam mana? Mungkin belum rezeki sabarlah kawan-kawan. Tetapi mereka berhak untuk meluahkan rasa hati mereka......




Dulu Kak Awwa pernah bertanya mek Kak Awwa kenapalah Tuhan jadikan Kak Awwa serba serbinya kekurangan? Teringinnya hendak berjalan seperti orang lain, berpengangan tangan dengan suami menyusuri pantai. Lalu mek Kak Awwa kata kalau boleh mek pun nak tinggi seperti orang lain( mek Kak Awwa rendah seperti Kak Awwa juga) nak cantik seperti orang lain. Tetapi dah ini saja yang Allah beri kat kita terima saja seadanya.

Andai kata kalau Kak Awwa nak luahkan perkara yang sama Kak Awwa pun lebih banyak yang hendak di perkatakan dari kawan-kawan. Tetapi untuk apa di bangkitkan "kalau", "kenapa" dan "mengapa"? Itu semua sudah tersurat redha.......Dan satu lagi kawan-kawan acapkali menyebut "biarlah lambat dapat cahayamata asalkan anak itu sempurna"? Terdetik juga di hati andainya dapat yang tak sempurna seperti tuan empunya blog bagaimana? Mahukah kawan-kawan menerima zuriat itu? Ibu bapa mana yang hendakkan anak-anak mereka di lahirkan serba kekurangan, tetapi kalau sebaliknya terimalah dengan rasa kesyukuran( seperti ibu bapaku menerimaku seadanya dengan penuh kasih dan sayang). Usah di ulang tayang komentar yang sama, kelak terluka hati insan yang berkenaan. Allah Maha Mengetahui....


Puasa tak berapa hari lagi akan menjelma sayunya hati bila mengenangkan Hafiz. Kalau dulu masih berpeluang menyambut ramadan pertama bersamanya. Tetapi kali ini berjauhan. Ada anak sorangpun berjauhan apa nak buat sudah takdir begitu.

Nostalgia Nadamurni Vokalis Allahyarham Ustaz Asri Rabbani
Mana milik kita?

Tidak ada milik kita
Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya

Mana kita punya?
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya

Mengapa kita sombong memiliki Tuhan punya?
Mengapa tidak malu kepada Tuhan yang empunya?
Patut bersyukur kepada Tuhan yang memberi segalanya
Malulah kepada Tuhan kerana miliki Dia punya

Janganlah berbangga apa yg ada pada kita
Kalau Tuhan tidak beri kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit mengungkit jasa kita
Jasa kita sikit saja yang sebenarnya Tuhan punya

Marilah kita bersyukur bukan berbangga
Bersyukur kepada Tuhan bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Tuhan itu untuk khidmat padaNya
Selepas itu lupakan saja agar tidak mengungkit-ungkitnya

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yg kita dapat Allah sudah sediakannya

p/s lirik lagu ni benar-benar menyentuh hatiku

Monday, August 10, 2009

ibu jangan susah hati, Hafiz selamat kat sini

Semenjak penyakit HINI melanda negara hati Kak Awwa semakin resah gelisah. Teringatkan Hafiz, tiap-tiap hari telefon pesan suruh jaga kebersihan dan macam-macam pesan lagi. Tuhan sahaja yang tahu hati emak mana yang tidak rindukan anaknya. Ibu jangan susah hati, Hafiz selamat kat sini, ibu jangan susah hari tentang Hafiz, nanti Hafiz balik. Di sekolahnya tiap-tiap hari buat solat hajat minta di jauhkan dari penyakit ini. Hari-hari kita dengar ada saja yang meninggal dunia kerana H1N1 atau untuk lebih senang cerita selsema babi.


Suami Kak Awwa pergi dan balik kerja pakai mask. Biarlah banyak orang yang tidak memakai mask tetapi rasanya lebih baik mencegah dari mengubati. Sebagai langkah berjaga-jaga kita berhati-hati. Memanglah penyakit ini adalah satu musibah peringatan dari Allah S.wT kepada hambaNYA yang masih lagi lalai di buai mimpi nan indah. Walau sehebat manapun manusia dengan ciptaan yang canggih manggih tetapi kalau dah Allah sebut KUN/ Jadilah maka jadilah. DIA menghantar virus yang begitu halus bagaikan angin berdesir meniup lembut hinggakan membawa maut. Manusia tidak dapat menciptakan ubat untuk menyembuhkan penyakit ini. Kuasa Allah mengatasi kuasa manusia. Mungkin ini juga petanda dunia hampir kiamat, mungkin ini bala, mungkin juga ini amaran dari pada Allah s.w.t. Innalillah hi wainna ilaihi rajiun.

Alhamdulillah petang ini hujan, sedikit sebanyak jerebu berkurangan. Nampak redup rupanya jerebu. Hotel Armada nampak kelabu. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita. Sama-samalah kita buat solat hajat dan berdoa semoga Allah jauhi kita dari penyakit merbahaya ini.

Tuesday, August 4, 2009

suka duka family day di Langkawi

3 Ogos 2009 isnin

Setelah bershopping ala kadar(shopping secara berhemah maklumlah gawat, beli keperluan sahaja) kami naik ke bilik. Ketika itu waktu zohor sudah masuk. Kawan-kawan yang datang untuk family day yu ada yang pulang hari ahad, isnin dan selasa. Mengikut tiket kami pulang jam 10.45 pm. Ada masa lagi tu untuk berkemas kerana kami bercadang hendak ke airport selepas maghrib, bolehlah sembahyang jamak maghrib dengan isyak.


Tiba-tiba di luar bilik bunyi ketukan dan suara orang memanggil suami Kak Awwa. Kawannya Kak Milah.

"En...kena berkemas barang dan check out sebab bilik ni kejap lagi orang nak datang bersih ada orang nak masuk. Minta maaflah akak terlupa nak cakap awal-awal. Pergi duduk dengan Azreen atau Azlina, Azreen takde kat bilik. Kemas barang duduk kat luar ni tunggu diorang". Lalu diapun berlalu hendak ke air port dia pulang jam 3.50.

Ahh rasa hangin satu badan ni sebab tak di beritahu awal-awal. Sedangkan Asnor dah cakap kami keluar malam sebab kamipun dah bayar bilik ni hingga ke hari isnin malam lepas maghrib baru nak check out.

Suami Kak Awwa pun boleh tahan jugak hanginnya. Kerana dia tahu kesusahan Kak Awwa nak menumpang bilik orang, kawan-kawan yang lainpun pergi jalan-jalan sebab diaorang tu pulang hari selasa. Manalah dia tahu kami nak menumpang bilik diorang. Tak kan lah kami nak tunggu kat luar bilik tu(diorang duduk di RRM tiga bilik, kami satu bilik untuk berdua sebab tak mahu kongsi-kongsi tak selesa kalau tak terdesak sangat. Selepas berkemas dan bersolat jamak, kamipun ke tingkat tiga untuk makan tengahari.

Makanan di sana murah. Melepak kat cafe tu hinggalah jam 4.00 petang. Tuan cafe tu kelakar katanya nak duduk sampai kami tutup cafe ni pun tak apa. Dah duduk situ mestilah kena order lauk lebih, air dll. Nak bagi duduk lama sikit kat situ, kalau hanya melepak sajapun malu jugak.

Biasalah orang utara memang peramahnya seperti orang Kelantan jugak suka sembang-sembang. Apa lagi sepanjang duduk situ kami makan kat cafe tu. Dah tak larat nak duduk lama kat situ pergi ke air port. Lamapun lamalah menunggu, apa nak buat nak sewa hotelpun entahlah memang tak rancang begitu. Baik duit sewa hotel tu Kak Awwa beli apa-apa untuk Hafiz.

Sampai di air port menantilah kami biarpun jemu dan terasa boring yang amat sangat. Terlupa pulak nak bawak novel kalau tidak nak tunggu jam 10.45 tu lamanya.Satu pengumuman di buat flight lewat, jam 11.45 baru nak jalan, alamak boring lagi. Nasiblah ada kerusi roda ni pergi solat kat surau. Basuh muka puas-puas kat situ dan berwuduk solat. Ada sorang makcik tukang cuci tu masuk kedengarannya bunyi seperti orang semput. Tak sampai hati Kak Awwa mendengarnya, maklumlah Kak Awwapun kekadang penyakit semputpun datang jugak.

"Penat ke? bunyi macam penat je?Kak Awwa cakap loghat utara dengan makcik tu.
"Ya penat, kena aircon lagilah penat. Nak sembahyang boleh ke takdak kerusi?"
"Takpa saya sembahyang duduk". Makcik tu tinggal Kak Awwa kebetulan seorang diri. Manakala suami tunggu di luar surau.

Lepas solat rasa seperti nak terlelap je sebentar kerana penatnya menunggu. Tetapi bila fikir suami ada kat luar tu tak jadi pulak.

Sepanjang menunggu tu Kak Awwa hanya menegur baby-baby yang duduk berhampiran Kak Awwa. Semuanya Kak Awwa agah sampai baby tu gelak. Yang tak dapat di lupakan bila datang seorang budak perempuan mungkin umurnya tiga ke empat tahun kot. Nampak muka macam anak Cina tetapi cakap Melayu. Dia datang kat Kak Awwa "nak duit" dia pandang tepat muka Kak Awwa. Belum sempat nak cari duit kecik ayah dia dah panggil dalam bahasa Melayu. Biasalah kat Malaysia ni ramai yang khawin campur. Emak Cina ayahnya Melayu.

Tepat jam 11.45 malam barulah nak terbang balik KL. Oleh kerana Kak Awwa berkerusi roda di beri keistimewaan untuk naik terlebih dahulu.


Sampai ke Terminal LCCT 12.45. Kami orang terakhir turun maklumlah susah dengan orang ramai ni. Turun-turun dah ada orang yang menanti dengan kerusi roda, pergi ambik beg, pergi ke Skybus Air Asia. Dari LCCT ke KL Central bolehlah tidur-tidur ayam, kejap pejam mata terlelap, buka mata aik tak sampai-sampai lagi. Jauh rupanya KL Central dengan LCCT. Sampai ke KL Central jam dua pagi...

Turun-turun bas tu dah ramai teksi menunggu. Dalam ramai-ramai adalah seorang pemandu teksi perempuan. Dia satu-satunya pemandu perempuan pagi tu, kesian kat dia kami ambil teksi dia.

Kak Awwa tanya kakak tu tak takut ke malam-malam memandu seorang diri. Dia kata tak takut sangat sebab kita nak mabikpun tengok-tengok orang jugak. Ambik orang kat situ tak takut..tp kalau ambik orang tepi jalan tak la.

Bagi Kak Awwa ni lah pengelaman pertama menaiki Air Asia. Biarpun tambagnya murah tetapi di bayar itu ini, kerusi roda dll erm boleh tahanlah jugak. MAS mahal tetapi Air Asia kekadang tak tepat masa. Letihnya Tuhan saja yang tahu, sampai di rumah terus saja baring.


Adalah Kak Awwa ambil gambar masa kat sana, insya Allah bila komputer dah ok boleh update gambar kenangan tu.

Selamat tinggal Pulau Langkawi panjang umur datang lagi bersama Hafiz. Hanya duduk dalam bilik dan keluar tengok laut. Orang yang sihat dan cergas pergi merata-rata tenpat. Tak apalah bersyukur seadanya kita........