andai ini takdirnya utkku

Saturday, December 13, 2014

TRAGEDI 2014

Bismillahirahimanirahim

Ku titip salam rindu di angin lalu buat blog yang sudah lama ku  tinggalkan terlalu lama. Hari ini aku masih bernafas untuk memulakan sebuah penceritaan duka yang telah aku lalui sepanjang tahun 20014. Tahun yang penuh dengan suka duka, tahun duka cita buatku dan seisi keluarga.

Setelah pemergian bondaku pada 4. januari 2014 ada lagi kematian yang menimpa keluargaku, iaitu abang sulungku tanggal 21.8.2014. Dari berenam tinggal berlima adik beradikku. Selang 22 hari ada lagi kematian iaitu anak buahku Noorida yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya. Meninggalkan seorang anak kecil berusia lima bulan.

Aduhai kematian demi kematian sangat menyedihkan, namun apalah daya kami untuk melawan kehendak takdir Allah s.w.t. Sesungguhnya kematian itu pasti akan datang kepada sesiapa sahaja. Sangat menginsafkan aku.

Selepas pemergian Noora ada lagi iaitu pemergian ayahandaku tercinta pada 8.12.2014. Berpisah jua kita wahai ayahanda. Hanya linangan air mata tat kala mendapat khabar kematian ayahanda. Sedih menangis itulah sahaja yang mampu aku lakukan. Apalah daya sudah kehendak takdir kami di uji dengan musibah yang berat ini.

Di sebalik tragedi ini ada yang sangat menyayat hatiku. Suamiku sakit teruk dengan muntah pening dan matanya tak dapat di buka sebelah, kata doktor pra stroke.
kalau ikutkan memang diapun tak bermaya tetapi apalah daya kerana ingin melihat ayah  kuatkan hati juge untuk balik....

4.12.2014 mendapat sms dari anak buah menyatakan yang ayah lelah teruk, di masukkan ke wad di hospital Tengku Anis di Pasir Puteh.

Sabtu 6.12.2014 bergegas kami tiga beranak pulang dengan menaiki Malindo Air. Sampai terus ke hospital menemui ayahanda tercinta. Ayah menangis bila melihat aku. Akupun turut sebak dan menangis. .sedih melihat keadaan ayah yang lelah teruk dengan wayar berselirak. Kasihan sungguh, tak sampai hati hendak melihatnya. Ayah yang gagah sasa kini tinggal kulit dan tulang...lelahnya teruk sangat, segala oksigen yang di pasang ayah tanggalkan, mungkin rimas agaknya.

Ahad 7.12.2014

Kesihatan suamiku tidak mengizinkan untuk berlama kerana isnin ada temu janji. Pagi nan indah ke hospital menemui ayah nampak segar dan makannya berselera sekali. Di temani kak nik yang menyuapkan makanan untuknya.

ayah bercerita tak putis walaupun dalam keadaan lelah, tiba saatnya aku minta izin untuk pulang aku menjadi sayu. Ya Allah apakah ini pertemua terakhir atau adakah harapan untuk ayah sembuh lagi. Dengan penuh kasih sayang aku peluk dan ciumnya untuk kali terakhir. Dia suruh aku balik katanya dia ramai yg jaga,sedangkan di rumah suamiku  tiada sesiapa. Aku cakap kat ayah jangan menangis nanti lelah. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaanku.

Malang sungguh sampai di KB niat hati nak balik terus tetapi tiket mahal naik mendadak dari jam ke jam. Terpaksalah bermalam di KB di Sabrina Hotel. Jam 5.00 pagi mendapat mesej dari anak saudara menyatakan yang ayah sedang tenat, tunggu kereta memang payah pagi2. Terpaksa menelefon k long untuk menumpang ke hospital Pasir Puteh. Sampai di sana belas hati melihat lelah ayah yang sangat2 teruk. Sepanjang hari aku bersama ayah. Ayah dah tak larat, ayah memang sedang nazak, kaki ayah dah mula sejuk, semut2 mayat dah mula mengelilingi katil ayah. Ku bisikkan di telinganya kalimah suci La ilahaillah, Allah Allah. Ayah mengikutnya walaupun dengan lidah yang pendek. Yang aku terharu ayah nak balik mati di rumahnya, tetapi tak kesampaian kerana apalah bantuan yang dapat kami berikan kalau di rumah. Di situ ada alat bantuan pernafasan. Di rumah kami hanya mampu baca yassin dan tengok saja.

Adik beradik saudara mara tak putus datang ziarah ayah, sms demi sms yang aku terima dari suamiku mengajakku pulang...ya Allah aku tersepit sangat2 di antara suami yang sakit dan ayah yang sedang nazak, aku tak dapat nak memilih aku harus memilih satu di antara dua. Akhirnya aku akur kedudukan aku sebagai seorang isteri megikut suami pulang walaupun berat hati, kerana tiket air asiapun sudah beli. Ya Allah siapakah yang sanggup meninggalkan ayah si saat nazak....tetapi apalah daya aku hendak melawan kehendak takdir. jiwaku kosong sedih pilu, hanya istighfar pengubat segalanya.

Tepat jam tiga pagi aku sampai ke rumah terlelap seketika dapat telefon dari kakak menyatakan yang ayah sudah tiada. Innalillahiwainna ilaihi rajiun..berpisah jua kita ayah. Tiada lagi insan yang bergelar ayah dan ibu dalam hidupku. Walau menangis air mata darah sekalipun ayah dan ibu sudah tiada. Tenanglah wahai jiwa2 yang di sayangi Allah, tungguhlah anakanda seterusnya. Walaupun kita terpisah tetapi segala kenangan kisah suka duka kita tetap abadi selamanya. Semoga kita bertemu di Jannah. Aamin Al Fatihah.

Berakhir sudah kisah hidup seorang ayah, walau pedih sukar hidup mesti di teruskan demi kelangsungan hidup. Nanti kami juga akan menjadi bakal jenazah. Ya Allah Engkau cucurlah rahmat ke atas roh ibu dan ayahku, tempatlah mereka di sisi orang2 yang beriman di nangu syurga aaminn...

Aku tidak kesal andai ininya perjalanan takdir hidup aku, cuma aku sedih dan terkilan tak dapat bersama tatkala ayah menghembuskan nafas terakhirnya. Tak dapat kucup ayah untuk kali terkahir...tapi semuanya ini telah di takdirkan untukku redha sangka baik. Mungkin ada hikmahnya yang aku sendiripun tidak mengetahuinya.....

Apabila tirai malam berlabuh adakah engkau yakin esok engkau akan bangun lagi? Atau mungkinkah hanya sekujur jasad yang kaku. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.....