andai ini takdirnya utkku

Friday, December 28, 2012

alhamdulillah

2012 bakal melabuhkan tirainya...tak ada apa yg menarik cuma anakku sekarang sudah pulang kepangkuanku. Nak cerita  banyak tp dah takde masa nak menaip lain kali Insya Allah...

Selamat Tahun  baru 2013....dengan azam baru dan semangat baru....

Monday, November 5, 2012

Ya Allah kuatkanlah aku

Di saat anakku sedang menghadapi exam si KB malam tadi suamiku di tahan di Hospital Sungai Buluh kerana muntah dan pening setelah pulang dari menjengguk anak di KB. Pagi itu suamiku makan tosey dan kuah kelapa putih. Aku ingat malam tadi dia tidak di tahan di ward lantaran itu aku tidak ikut dia semalam. Hanya kawannya sahaja yang menemani dia. Rasa bersalahnya aku kerana sampai ke hari ini aku tidak tahu bagaimana keadaannya kerana hpnya sudah kong.

Situasi begini lah yang selalu aku lalui, suami keluar masuk hospital ,sekali sekala aku kata kenapa hanya dia sahaja? Kenapa bukan aku sekali sekala yang berada di tempat dia? Ya Allah siapa lagi yang aku harapkan melainkan MU Ya Allah, bantukanlah aku Ya Allah. Aku tahu ianya tidak akan berlaku dengan kehendakMu Ya Allah.


Aku mohon kuatkanlah aku dalam menghadapi apa jua yang bakal aku lalui ya Allah. Maafkanlah aku abang kerana aku banyak melakukan kesilapan kepada mu yang aku sengaja dan tidak aku sengaja.

Sunday, November 4, 2012

Slm perjuangan untuk anakku

Salam Imtihan kepada semua yang bakal menduduki Peperiksaan SPM & STPM. Semoga beroleh keberkatan dan kemudahan di dalam menjawab soalan yang diberikan.

Ingat!

Belajar bukanlah semata-mata untuk cemerlang, dapat memasuki IPT/TPTS tetapi niatkanlah belajar itu semata-mata untuk meraih REDHA Allah dan sebagai meraih tuntutan kefardhuan menuntut ilmu..
...

Semoga dengan niat yang betul akan memberikan kesan di dalam diri, bahawasanya kejayaan itu ALLAH yang beri bukan hanya bergantung kepada usaha kita sendiri.

Ingat!

Walau kita berusaha siang malam, walau kita punya kegeniusan mengalahkan orang.. namun jika Allah tidak izinkan kita berjaya dengan cemerlang, maka jangan harap untuk cemerlang!

Justeru, sandarkan harapan hanya pada Allah bukan pada kelebihan diri sendiri...

Ingat tu.... dan jangan lupa, mulakan lah menjawab dengan BASMALAH. Semoga berkat dan mendapat Rahmat dariNya.


~ Salam Imtihan kepada semua yang bakal menduduki Peperiksaan SPM & STPM. Semoga beroleh keberkatan dan kemudahan di dalam menjawab soalan yang diberikan. Ingat! Belajar bukanlah semata-mata untuk cemerlang, dapat memasuki IPT/TPTS tetapi niatkanlah belajar itu semata-mata untuk meraih REDHA Allah dan sebagai meraih tuntutan kefardhuan menuntut ilmu.. Semoga dengan niat yang betul akan memberikan kesan di dalam diri, bahawasanya kejayaan itu ALLAH yang beri bukan hanya bergantung kepada usaha kita sendiri. Ingat! Walau kita berusaha siang malam, walau kita punya kegeniusan mengalahkan orang.. namun jika Allah tidak izinkan kita berjaya dengan cemerlang, maka jangan harap untuk cemerlang! Justeru, sandarkan harapan hanya pada Allah bukan pada kelebihan diri sendiri... Ingat tu.... dan jangan lupa, mulakan lah menjawab dengan BASMALAH. Semoga berkat dan mendapat Rahmat dariNya. Bit tawfiq wan najah~ (^_^)

bermulanya sebuah episod

Selamat menghadapi exam SPM Hafiz semoga cemerlang dunia dan akhirat semoga Allah permudahkan segala urusanmu hari ini esok dan selamanya amiin...


Ya Allah esok anakku akan menghadapi exam SPM, di kejauhan ini aku mohon kepada MU ya Allah Engkau peliharalah anakku dari segala mala petaka, sihatkanlah dia, tenangkanlah fikirannya. Ya Allah berilah sumber kekuatan dan ilham untuknya menjawab soalan dengan tenang.Hanya dengan pertolonganMu sahaja yang mampu kami harapkan. Bantulah anakku Ya Allah....amin amin amin ya Rabbal alamin...

Friday, November 2, 2012

teruknya blog aku

Tak nak tulis blogpun nak tulis, tp bila tengok blog ni dah macam tak lalulah pulak, tak cantik dan entah bila nak tukar ke rumah baru. Janji anakku lepas SPM nak ubah  blog ibu biar nampak ceria .


Malam2 begini  masih takde  idea, memang takde bakat nak menulis seperti orang lain.Kalau dulu bersemangat sekarang ni hanya tinggal kenangan. Mujurlah juga masih ada blog ini tempat aku mencari ilham walaupun sepatah dua kata tak mengapalah asalkan blog ini tidak aku tinggal terus. Mentanglah dah sibuk2 dengan fb, twitter janganlah blog di lupakan. Banyak kenangan di sebalik blog ini. Insya Allah andai di beri idea akan aku tulis apa sahaja walaupun hanya sepatah ayat.


dua hari menjelang SPM

Anak yang ambil exam emaknya yang berdebar. Malam ini suamiku terbang ke Kelate untuk memberi semangat dan dorongan untuk anakku menjelang peperiksaan pada 5.11.2012. Aku di sini hanya mampu iringkan doa semoga anakku di beri ketenangan ketika menjawab soalan kelak. Insya Allah anakku pasti akan tenang dan kuat semangat walaupun tanpa ibu bapanbya di sisi. Bukan hanya anakku sahaja yang bersendirian menjelang exam SPM. Ada dua tiga orang kawannya yang datangnya dari Kedah senasib dengan anakku.

Apa2pun aku harap yang terbaik dan andai sebaliknya sedikitpun aku tidak kecewa dan aku tidak mahu anakku patah semangat kerana dia masih muda dan perjalanannyapun masih jauh. Hanya usaha kekyakinan dan tawakal kepada Allah, itu yang selalu aku suntik semangat untuknya.

Untuk anakku dan semua good luck, ibu selalu kata Hafiz anak yang baik Insya Allah, Allah akan permudahkan segalanya amiiin...

Wednesday, October 31, 2012

Empat hari lagi menjelang SPM

Sabarlah nak sabar banyak2 dan berdoa jangan putus. Doa ibu bapa pasti di makbulkan Allah, Insya Allah anakku akan berjaya dengan cemerlang.Walaupun ibu tahu kita berjauhan di saat seperti ini tetapi ibu tahu anakku seorang yang sangat kuat dan tabah.Kita telah melaluinya lebih lagi dari ini. Ini hanyalah ujian untuk di dunia, di akhirat nanti lebih menakutkan, sabar dan sabar.

Monday, October 1, 2012

"HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL"

Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami

Bila kita sedang menghadapi berbagai ujian, cobaan, musibah barulah menyadari kita memerlukan pertolongan. Kita baru tersadar bila kita tertimpa ujian dan cobaan yang bertubi-tubi, seolah terlempar ke dunia yang terasa begitu berat membuktikan bahwa kita makhluk yang lemah, tidak berdaya, kita memerlukan bantuan, kita memerlukan bantuan. Namun kepada siapa kita meminta pertolongan? Bukankah disekeliling kita juga membutuhkan pertolongan? Secercah harapan dalam hidup kita hadir bila kita menyakini ‘Hasbunallah wanikmal wakil’ (QS. Ali Imran: 173). Artinya, ‘Cukuplah Allah menjadi penolong kami.’

Ketika Nabi Ibrahim Alaihi Salam dilempar ke dalam kobaran api, beliau mengucapkan ‘Hasbunallah wanikmal wakil’ Allah menjadikan api yang panas menjadi dingin sehingga Nabi Ibrahim selamat dari kobaran api yang membara. Demikian juga ketika Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi wa Salam dan para sahabatnya mendapatkan ancaman juga mengucapkan ‘Hasbunallah wanikmal wakil’ yang membuatnya selamat dari marabahaya.

‘Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dia sebaik-baiknya pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia yang besar dari Allah, mereka tidak ditimpa suatu bencana dan mengikuti keridhaan Allah. Allah mempunyai karunia yang besar.’ (QS. Ali Imran : 173-174).

Kita tidak akan bisa mampu melawan bencana, menaklukkan semua derita dan mencegah musibah yang datangnya setiap saat dengan cara kita sendiri sebab kita memiliki kemampuan yang terbatas, kita diwajibkan berikhtiar untuk menyelesaikan setiap masalah bagaimana hasilnya selebihnya kita menyerahkan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Jika tidak demikian, adakah jalan keluar yang lebih baik untuk kita tempuh disetiap kita menghadai ujian dan cobaan?

‘Dan bertawakallah engkau hanya kepada Allah, jika engkau orang-orang yang beriman.’ (QS. al-Maidah : 23).

Teman yang berbahagia, bertawakallah kepada Allah yang Maha Kuat dan Maha Sempurna yang kekuatannya begitu teramat besar tak terbatasi, jadikanlah ‘Hasbunallah wanikmal wakil’ sebagai amalan yang bermakna dalam setiap langkah kita. jika anda sedang terlilit hutang, menghadapi cobaan yang beruntun, kehilangan pekerjaan, rizki yang seret, dikhianati orang yang anda cintai, sedang dalam keadaan sakit parah, jika anda takut terhadap perlakuan orang berbuat dzalim, mengadu dan berharaplah kepada Allah dengan mengucap ‘Hasbunallah wanikmal wakil’ Insya Allah, ujian, cobaan, penderitaan dan masalah kita selesai dengan pertolongan Allah. Amin..

p/s Pagi ini air mata aku merembes keluar bila mengenangkan ayahku. Ya Allah Allah telah mengambil sebahagiaan dari anggota badan ayahku. Fitrah ayahku seperti anak kecil tidak pandai memakai baju sendiri dan buka baju sendiri. Tidak terlalu kritikal...keluarga menghalangku pulang kerana aku nak balik raya haji, manalah tahu ini raya terakhir aku bersama ayahku. Ya Allah aku memohon kepadamu sembuhkan lah ayahku seperti sediakala, kesian ayahku.

Saturday, September 8, 2012

Rawan hatiku

Assalamualaikum blogku? Maafkan aku kerana begitu lama tidak updatemu. Bukan aku tak sayang dan bukan juga aku sudah melupaimu tetapi apakan dayaku aku tidak tahu hendak bercerita apa lagi di blogku.Malam ini terdetik hatiku untuk menjenggukmu, rupanya blog ini sudah tidak terurus sudah bersawang. Aduyai kasihannya aku kerana tidak tahu hendak memulakan penceritaan ini. Insya Allah akan ku mulakan dengan lafaz bismillahirahmanirahiim. Ya Allah berikanlah aku ilham untuk meneruskan penceritaanku ini. Hari ini tersentuh hatiku bila membaca blog anakku Hafiz meluahkan rasa hatinya. Banyak yang dia telah lalui sehingga dia matang di usia muda. Hafiz seorang anak yang begitu baik, sehinggakan dia begitu malu untuk meminta duit dari ayahnya bila kehabisan duit. Kasihan anakku kadang2 berlapar bila tak berduit. Padahal aku sudah berpesan kalau takde duit bagitau sahaja. Kalau ikutkan duit untuk pembelanjaan sudah cukup, tp dia beli buku dll maka duit belanjanya kurang, padahal sudah kerap kali aku berpesan kalau nak beli buku minta je dengan ayah. Sedih sangat bila kenangkan anakku bakal menduduki peperiksaan SPM sedangkan aku di sini. Dari jauh aku hanya kirimkan doa semoga kejayaan bersama anakku. Banyak pengorbanan yang kami lalui berpisah dengan anak tatkala berusia 13 tahun. Usia yang begitu mentah, tak dapat nak aku bayangkan bila di kenangkan buat hatiku menanggis pilu. Aku rasa ....akulah seorang ibu yang beruntung walaupun di kurniakan seorang anak tetapi dia begitu istimewa. Dia selalu mengikut kata ibu bapanya. Dari belajar di Sentul ke Shah Alam...dari Shah Alam ke Pondok Gelang Mas di Pasir Mas, tak serasi di Gelang Mas kami hantar di Pondok Beta Hilir pula. Semua itu demi memerlukan pengorbanan ketahanan mental yang kuat buat kami. Semua orang kata aku seorang ibu yang kuat...sudahlah mempunyai seorang anak di hantar belajar jauh pula. Alhamdulillah tidak rugi aku menghantar dia di madrasah kerana banyak ilmu yang dia pelajari sehinggakan dia boleh mengajar ibu bapanya pula. Tetapi....langit tidak selalunya cerah...hampir dua tahun di sana tiba masanya kami harus keluarkan dia untuk menduduki SPM. Bagi ustaz dan pelajar2 di sana, tidak begitu pentingkan ilmu akademik. Tetapi sebagai ibu bapa kami ingin seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. Semua itu ibadah di sisi Allah. Ilmu dunia untuk kesenangan dunia, manakala akhirat berlebih2 lagilah. Biarlah kehidupan anakku lebih baik dari kehidupan yang telah kami lalui. Biarlah dia menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat..itulah impian kami.Semoga menjadi kenyataan Insya Allah. Ya Allah tahun ini anakku akan menduduki SPM, sedangkan aku di sini, aku memohon kepada MU permudahkanlah segala urusannya. Engkau lapangkanlah dadanya semoga mudah mengingati apa2 yang dia pelajari. Kasihankanlah dia Ya Allah.Semoga Engkau perkenankan segala daoku ini amiiin...

Tuesday, August 14, 2012

Aidilfitri 1433 H

Ingin aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk rakan2 yang masih mengingatiku walau di mana sahaja mereka berada. Ampun dan maaf andai terkhilaf kata. Semoga lebaran yang bakal hadir ini lebih bermakna untuk kawan2ku semua.

Friday, July 20, 2012

Ramadan Kareem

Senja sya'ban mulai berlalu... Mari kita sambut Ramadhan dengan gembira Bukakan hati yang tertutup Cahayakan yang gulita. "Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa." Marhaban Ya Ramadhan... Allaahumma baariklanaa fi Sya’ban wa ballighnaa Ramadhan. Mohon maaf atas segala khilaf. SELAMAT BERPUASA - 1433H - MAAF ZAHIR BATIN

Thursday, June 21, 2012

Lamanya ku tinggalkan dikau

2 Syaaban Hampir melangkah ke bulan ramadhan.Terasa begitu singkat hari2 yang berlalu. Rutin2 harian tiada apa yang menarik, melainkan badan semakin naik mendadak dari 50 ke 57 entahlah selera makan bertambah. Jemputan majlis bacaan yassin tahlil dll tiap2 minggu. Tumit kakipun semakin sakit, sebelum ini suamiku mengadu sakit kaki, tiap2 hari suruh urut kaki. Rupanya bila badan naik memang sakit kaki dan tumit. Bila sudah berumur kalau tak makan tak boleh pedih perut dan tak boleh terasa lapar ada je nak mengunyah, macam mana badan tak naik. Bilalah nak kurus ni, makan ubat kurus pun tak membantu. Oh tidaaakkkkk baju pun dah kena ganti yang baru. BErpuasa niat kena betul bukan untuk kurus. Semoga Allah beri kekuatan untuk aku. Bila tibanya bulan ramadhan rasa sedihlah pulak. Entah apalah anak ku nak makan nanti. Sahurnya bagaimana? Berbuka tak mengapalah di surau dan masjid tp bila bersahur kasihannya anakku. Semoga Allah menjaga anakku sebagaimana Allah menjaganya ketika dalam kandunganku 17 tahun yang lalu. Semoga di permudahkan dan kejayaan menjadi miliknya dunia dan akhirat ameen... Rindunya ramadhan semoga di pertemukan ya Allah......

Friday, May 11, 2012

kasihan blog ku

Walau ada akaun facebook tapi blog janganlah di lupakan. Tetapi apa dah jadi dengan blog ku terbiar,bersawang. Kesiannya dia, takpe lah nanti aku ada kesempatan aku akan datang menjengukmu lagi...

Tuesday, May 1, 2012

Rindu

Ramai yg mengimpikan anak seperti Ustaz Don, termasuk juga aku. Tetapi yalah kot ya pun tak seperti Ustaz Don ikuti contoh dan akhlak diapun sudah cukuplah.  Terkenang 17 tahun yg lalu ketika di anugerahkan seorang putera sulung, betapa wanginya bau bayi bak surgawi Masya Allah...rupanya itu merupakan pertama dan terakhir aku melalui saat2 itu alhamdulillah.....kerana di beri peluang menjadi ibu kepada seorang anak...sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg tersurat dan yg tersirat.

Rindunya kat Hafiz Tuhan sahaja yang tahu.......

Tuesday, April 3, 2012

Lirik Lagu Hatimu Milikku -Nera AF9



Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Ulang [*][**]

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Ulang [*][**]

Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini


Monday, April 2, 2012

mengapa begitu?

Bukan tak nak pergi tapi sudah ada yang dekat dengan rumah. Tak kanlah semua nak bayar, itu nak bayar ini nak bayar, manalah aku nak cari uang lagi, lagian cuma suamiku yang kasi aku uang, bukan aku berkira. Tap hatiku sakit banget bila di katanya aku berkira, padahal bayaran mengaji di kawasan perumahan ku begitu murah berbanding dengan yang lama. Aku tak ada alasan untuk berhenti kata mereka. Seolah2 pemberian aku selama ini tidak ikhlas.

Bukan begitu mereka tidak faham, sekarang ini anak aku sekolah swasta ,jadinya aku terpaksa berkorban segalanya untuk dia. Kenapa mereka tidak memahamiku? Padahal aku ini kan OKU yang hanya berkereta kancil secondhan sahaja. Aku juga tidak layak untuk meminta apa2 bantuan dari JKM kerana aku sudah ada rumah dan aku juga bersuami. Mana hak aku tak usahlah tanya kalau hanya mereka2 di sini membantu hanya untuk meraih undi yang tak lama lagi ni. Yb2 tak akan pandang ibu bapa OKU hanya tertumpu untuk anak2 OKU sahaja. So tak payah berharap nak mengemis dengan JKM kerana itu buat malu muka sahaja, lebih baik buat kerja sendiri cari uang sendiri dari menjadi pengemis JKM yang belum tentu dapat atau tidak.


Aku akan pergi juga mengaji di tempat lama tetapi nantilah dahulu biar aku stabil dulu. Kenapa mereka susah hendak memahami aku? Memang susah hendak faham kerana mereka tinggal di rumah mewah yang tidak kurang apa pun. Birthday sahajapun di hadiahkan kereta mahal . Bila tibanya birthday guru mengaji balik2 nak kutip duit nak beli hadiah, bukan sedikit ratusan juga hadiah yang hendak di beri. Aku bukan tergolong dari mereka, birthday tu bukan budaya kita buat apa nak beli hadiah, cukuplah doa selamat sahaja. Aku sendiripun tak pernah buat birthday2 sekadar mengingatinya sahaja. Sesekali dia minta kita belanja dia makan, kerana dia guru kita terpaksa buat. Sekali sekala tak mengapalah ..kan ada anak sendiri mintalah anak yang bawa nak ke mana2. kita makan anak kita entah makan apa.

Terkenang kat ayah aku mengajar mengaji tak pernah minta apa2 dari murid2, kalau orang ingat org akan kasi. Tp kalau tidak walau berapa generasi sekalipun memang ayah tak pernah nak kata...kalau nak bagi tu seikhlas yang mungkin. Mana ikhlasnya kalau hendak kan habuan dunia. Memanglah semuanya berduit, nak masuk tandaspun kena ada duit. Ikhlas tu hanya Allah sahaja yang tahu. Dunia2 dunia manusia bermacam2 ragam, yang kaya terus jadi kaya...yang miskin terus melarat walaupun nampak zahirnya senang..tp sebaliknya Allah sahaja yang tahu. Kenapa orang suka buat kita stress? Kenapa orang suka memaksa kita suruh ikut kemahuan mereka?

UNtuk anakku ibu doakan semoga Hafiz cemerlang dalam pelajaran, ibu kagum denganmu nak berusaha bersungguh2 demi mencapai impianmu. Allah bersama dengan orang2 yang sabar. Bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.

Saturday, March 17, 2012

Datanglah sayangku

Kenapa begitu susahnya untuk aku mencari idea semenjak akhir2 ini? Ya Allah berilah aku sumber ilham aku minat sangat menulis tetapi apa yang hendak aku tulis?

Saturday, March 3, 2012

Aku tak berdaya

Orang lain bila tibanya birthday ada suami dan anak di sisi, tetapi aku tidak sendirian di rumah. Tiada sambutan atau masakan yang special jauh sekali untuk bawa aku pergi makan2 tempat yang istimewa. Paling tidak dekat Medan Putri yang meloyakan aku, apa tak loyanya hulur je kaki nak turun dari kereta ada taik kucing kat mana2. Dah lama aku tak makan kat Medan melainkan di restoran agak mahal yang agak terjaga kebersihannya. Di tempat lain minta maaflah baik aku makan nasi dengan ikan masin di rumah.

Bukan ini yang aku nak cerita.....


Semalam suami ku pergi opis terus tak balik rumah, dia balik ziarah emaknya di Kedah. Ahad pulang sekejap ambil kain baju kerana isnin pergi berkursus pula di Penang. Last minit baru orang bagitau yang dia kena pergi kursus padahal tiket balik ke Kedah dah beli. tinggallah aku seorang diri di rumah, sedih juga. Ni baru berpisah sementara andainya berpisah buat selama-lamanya bagaimana? Petang tadi pula Hafiz bagitau ada biji2 gatal tumbuh di tangan, nasib baiklah farmasi dekat dengan tempat tinggalnya. Beginilah kalau dah berjauhan sakit demam payah. Aku tak rasa orang lain sanggup berpisah dengan anak, apa lagi anak seorang, aku sudah penat hidup begini. Bukan aku tak redha tetapi aku manusia biasa yang ada perasaan sedih. Aku seringkali berdoa semoga Hafiz dan suamiku di beri kesihatan yang baik.

Thursday, March 1, 2012

40


Bismillahirahmanirahim

Syukur alhamdulillah hari ini 2.3.2012 bersamaan dengan 9 Rabiul akhir, jatuhnya pada hari jumaat yang mulia penghulu segala hari.Genaplah usia aku yang ke empat puluh kalau tengok pada angka aku jadi takut sangat nak menyebut. Tapi kata suami aku takut ke tak takut ke angka itu akan hadir jua dalam hidup aku dan semua orang. Kalau di lihat pada angka memang dah berumur dah aku ni, ubanpun dah memutih dikepala. Itu juga petanda yang aku sudah di beri peringatan oleh Allah. Tapi kenapa aku masih tak sedar2 lagi? Masih lalai leka lagi dengan duniawi. Amal ibadat aku masih kurang lagi.


Hari ini ramai kawan2 yang ucapkan selamat ulang tahun kepadaku tahun hadapan belum pasti lagi, kerana ajal dan maut itu rahsia Allah. Kalau di buat pilihan memanglah aku tak ingin pergi lagi kerana bekalan apakah yang akan bawa nanti? Tetapi ajal maut tidak mengenal tempat, usia dan siapapun kita. Namun aku selalu berdoa semoga Allah panjangkan umur aku dan suamiku untuk melihat Hafiz membesar berumah tangga dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Kalau di beri pilihan memang hendak memilih tetapi SIAPAKAH KITA INI?

Ucapan selamat hari lahir juga untuk suamiku tercinta yang sanggup berkongsi hidup dengan aku, memberi aku kasih sayang yang tidak berbelah bagi serta menerima aku seadanya. Tak jauh tarikh aku dengan suamiku, 19.2 yang lepas. Alhamdulillah mudahan Allah panjangkan usia kita untuk meneruskan sisa2 hidup sampai ke tua. Tetapi aku tidak tahu siapa di antara kita yang akan pergi dulu. Itu rahsia Allah.......

Ya Allah semoga hadirnya angka 40 dalam kehidupan aku ini akan bertambah keimananku kepadaMu Ya Allah. Aku berjanji akan mencari ilmu akhirat selagi terdaya...selagi aku di beri kudrat untuk pergi ke majlis ilmu. Insya Allah semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk aku dan suamiku amin....

Wednesday, February 29, 2012

dekat tapi jauh

Hari ini tergerak hatiku untuk ke facebook kawanku yang ku panggil Kak Norihan. Pada mulanya aku kompius dan terkejut bila melihat kawan2nya ucapkan takziah, bila ku baca dan amati rupanya takziah dan sedekah Al Fatihah itu untuk Kak Norihan sendiri. Ya dia sudah pergi, pergi untuk selama-lamanya. Tentu kawan2 lama aku masih ingat kak Norihan yang sama2 dalam groups Gokum. Dia banyak memberi sumbangan pendapat dan idea yang bernas.

Mungkin sudah takdir aku hanya mengetahui pemergiaannya pada hari ini, sedangkan pemergiaannya pada 18.2. Padahal hanya di hujung jari aku boleh ke fb dia, tp semuanya sudah terlambat. Kali terakhir komennya pada 14.2. Aku akui...aku jarang komen di mana2 fb kawan2.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya Al Fatihah....

Monday, January 30, 2012

Fenomena Ustaz Don

Alhamdulillah 29 Jan 2011 berpeluang mendengar ceramah Ustaz Don secara live di madrasah As-Sidiqin di BTP. Walaupun lama menanti ketibaan Ustaz Don tetapi peminat2nya tetap sabar menanti walaupun rasa nak pitam dek ramainya manusia di dalam surau dan di luar. Begitulah fenomena Ustaz Don. Bertuah mak ayah dia mempunyai anak yang begini, anak yang soleh yang banyak memberi manfaat kepada orang lain yang tidak lokek ilmu untuk di kongsi bersama.

Sudahlah tunggu lama katanya jam 9.00 pagi Ustaz Don sampai di surau tetapi tunggu punya tunggu jam 11.15 baru sampai. Mungkin agak kelam kabut dia...ada pemandu ke tak wallahuaalam. Hajat hati nak balik cepat bila dah habis, nak tengok Ustaz Don dari dekat jangan harap seperti kena hurung kat semut dah ustaz, ngan budak2 kecik mak pak budak aduyai. Dari pitam dalam surau lebih baik aku balik,dah ambik gambar ustaz dari jauhpun dah kira oklah tu. Lagipun berlambak gambaq ustaz kat it macam tu lah wajah dia, cara pemakaian dia tak berubah seperti kat tv tu le.

Alamak kereta kecik aku kena block, selidik2 kereta Ustaz Don marcedes hehehe. Nak balik lagu mana nih? dah rimas ni alahai tunggu punya tunggu rupanya ustaz nak solat zohor, orang lain tak boleh keluar aku lagilah sebab parking depan lagi tu. Ada lah beberapa orang surau ni yang keretanya tak boleh keluar, nasiblah ada orang tolak kereta dan undur kebelakang barulah boleh balik. Begitulah orang kalau dah glamer...tp aku percaya bukan itu yang dia mahu. Orang suka cara penyampaian dia mudah faham. Tp tak tahulah kalau ada yang nak rekomen anak dara dia ke hahaha. Maklumlah ramai anak2 dara termasuklah Ustazah Atiqah yang masuk program realiti ustazah pilihan di astro oasis pun ada. Erm saja2 je hehehe....

Sunday, January 15, 2012

tok soh duk risau la

Anakku sudah melangkah ke alam dewasa
Anakku kena pandai berdikari
Anakku bukan anak yang berusia lima tahun lagi

Hati seorang ibu akan tetap rasa risau
Kalau dulu makan di jaga pihak madrasah
Kini pandai2lah berdikari
Hati seorang ibu
Nak suap nasi kemulutpun
teringat kat anak
makan apa kah anakku di sana?

Allah yang menjaga anakku
Bukan aku, kalau bersama akupun
belum tentu aku boleh jaga dia sebaik mungkin
mungkin ini ketentuan dari Ilahi
Ucapkan alhamdulillah
aku redha Ya Allah



p/s alhamdulillah sekarang anakku sudahpun berpindah kerumah sewa, berdekatan dengan sekolahnya. Bersangka baiklah aku semoga orang2 di situ baik dengan anakku. Setahun tu tak lama pejam celik2 pejam celik setahunlah.....

Saturday, January 14, 2012

Urusan yang belum selesai

Sebagai manusia biasa sudah pasti kita melalui berbagai dugaan dalam kehidupan, kesenangan, kesusahan, kelaparan yang paling menyedihkan kematian. Tetapi alhamdulillah setakat ini tidak ada lagi yang paling berat yang menimpa hidupku. Bukan tidak ada langsung tetapi semua itu aku harungi dengan tabah dan redha. Alhamdulillah ucapan syukur sentiasa di bibir, walau apapun keadaan ucapkanlah alhamdulillah kata Ustaz Hanafi supaya hati akan menjadi tenang.

Alhamdulillah kerana anakku bakal mengambil SPM, dan dia memberi kesungguhan untuk belajar walaupun sudah lama dia tidak belajar akademik lantaran untuk menumpu sepenuh hati kepada pengajian di Madrasah Muhamadiyah. Aku tidak mahu anakku rasa tertekan cuma aku katakan kepadanya ini semua demi masa depanmu nak. Kamu ada cita2, manalah tahu berkat kesungguhanmu akan mencapai kejayaan yang tak di sangka2. Pun begitu ibu tidak mendesakmu kerana ini adalah sesuatu yang baru buatmu. Buatlah apa yang termampu. Andai sebaliknya redhalah. Cuma ibu berpesan kepadamu nak...semoga apa yang kamu pelajari di maahad akan sentiasa berbekas di hatimu.

Sebagaimana beratnya hatimu untuk meninggalkan kenangan suka di duka di madrasah itu begitu jugalah ibu yang pertama kali menjejakkan kaki di madrasah awal tahun ini. Sangat tenang bila melihat wajah2 pelajar yang sentoasa jernih air mukanya, berseri terpancar nur keimanan di wajah masing2...Subhanallah. Dua tahun belajar di sana pasti banyak kenangan suka duka yang kamu tempuhi. Kenangan bertemu dengan Sultan Muhammad ke5 ,pergi baca yassin di istana, bertemu artis2 nasyid yang datang ke Balai Islam pasti terpahat kemas di sanubarimu.


Ahh...sayangnya nak kamu tidak berminat menulis blog, kalau tidak pasti lebih detail lagi penceritaan ini. Hari ini suamiku sewa kereta untuk menghantar barang2 ke rumah sewamu. Dalam hati ini terasa sedikit gusar, maklumlah berkongsi bilik dengan kawan yang baru di kenali. Bagaimanakan kawan itu baik kah? Perwatakannya bagaimana? Tidak seperti kawan2 di madrasah yang sentiasa mengambil berat kebajikan kawan2, susah senang hadapi bersama. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah pertemukan dirimu dengan kawan2 yang baik aminnn....

Walau di mana kamu berada jangan kamu lupa solat, mengaji quran tiap2 hari dan jangan terlalu leka kerana silap kamu melangkah sesal tak sudah. Tumpukan sepenuh hatimu...Insya allah kamu boleh...INSYA ALLAH....

Friday, January 13, 2012

menuju redha Ilahi

Bismillahhirahmani rahim

Ya Allah betapa beratnya ku rasa bebananku sekarang. Kusut fikiran memikirkan anakanda tercinta yang bakal menduduki peperiksaan yang paling besar dalam hidupnya iaitu SPM. Madrasah Muhamadiyah terpaksa di tinggalkan selama setahun demi laluan kepada SPM, lantaran anakandaku tak dapat nak beri tumpuan kerana belajar berlebihan antara ilmu dunia dan ugama. Betapa beratnya Ustaz Nazri melepaskan Hafiz kerana Hafiz merupakan pelajar yang tidak pernah buat masalah di madrasah itu, mematuhi segala arahan ustaz2, di lantik menjadi bendahari. Kata ustaz lepas SPM habis sambung belajar balik di madrasah. Insya Allah ustaz....Hafiz akan sambung belajar lagi di madrasah ....tetapi andai di takdirkan Hafiz ada peluang ke mana2 Universiti mungkin Hafiz akan belajar di waktu cuti sahaja. Jauhnya angan2 aku ni. Sudah pasti sebagai ibu aku hendak yang terbaik untuk anakandaku.

Memandang kan Madrasah Muhamadiyah setengah jam perjalanan dari situ ke bandar KB. Pagi2 lagi Hafiz menumpang ustaz keluar ke KB. Balik dengan bas, kadang2 bas lambat. Bila di campur tolak baik Hafiz duk menyewa dengan kawan2 sekelas dia di KB sahaja, lima minit jalan kaki sudah sampai ke sekolah, tak adalah masa terbuang begitu sahaja. Bila balik letih kerana masa di madrasah terlalu penuh. Biarlah Hafiz beri tumpuan untuk SPM dulu. Bukan tak boleh nak ambik umur 18 dan 19 seperti kawan2nya. Tp kata cikgu lebih baik dia ambik sekarang.

Bukan mengejar dunia tetapi dua2nya penting demi untuk meneruskan kehidupan di dunia ini, demi masa depannya. Bukanlah bermakna belajar ugama itu tidak ada masa depan tetapi sudah lumrah hidup di Malaysia kena ada SPM, kalau tak ada sijil itu tidak dapat pergi jauh. Manalah tahu ada rezekimu cerah, peluang sudah ada di depan mata teruskan lah anakku. Niatkanlah apa jua yang kamu belajar itu kerana Allah. Ibu dan ayah hanya mampu berdoa di kejauhan ini.

Dalam pada itu ibu merasa sangat sedih kerana di saat seperti ini kita terpaksa berjauhan, kalau bukan kerana terpaksa ibu pun tidak rela kita berjauhan begini. Mungkin sudah ditakdirkan begini kita redha sahajalah nak. Allah maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Mungkin selepas ini kita akan berkumpul seperti dulu. Insya Allah....

Hari ini sudah dua minggu anakanda belajar di sekolah swasta di bandar Kota Bharu. Ibu percaya di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan. Ibu doakan yang terbaik semoga anakanda berjaya cemerlang di dunia dan akhirat. Ya Allah bantulah anakku memahami segala yang di ajar guru2 kepadanya....amin.....

Monday, January 2, 2012

Selamat tahun baru 2012

Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana masih di beri nafas hingga ke tahun 2012. Rasanya sambut tahun baru kali ini sangat2 istimewa kerana dapat balik kampung bertemu dengan mak dan ayah, dan yang paling istimewa tiba sahaja 1.1.2012 banjir di kampungku menghayutkan kasut dan selipar ku. Alahai dugaan di tahun baru tabahlah hati.

Dua hari balik jumpa mek dan ayah rasa begitu singkat sekali. Tak puas rasanya, tp apakan daya banyak urusan anak yang belum selesai. Tahun ini juga merupakan tahun cabaran buat kami, kerana Hafiz akan menduduki exam SPM. Aku hanya mampu berdoa dan aku berharap semoga dia di beri kekuatan untuk mengharungi semuanya...