andai ini takdirnya utkku

Wednesday, December 25, 2013

Dunia Oh Dunia....

Dunia... Oh Dunia
Dunia...
Kau hadir penuh pesona
Tak sedikit anak Adam tergoda
Kau indahkan langit alam raya
Dengan berjuta warna

Kilaumu kerap menyilaukan mata
Kerlipmu mampu membungkam kata
Kau hadir suka-suka
Kau buai hati dengan rayuan syurga

Begitu banyak jiwa yang terlena
Berkejaran harap menyelimuti semesta
Nurani hanya mampu melihat kasat mata
Jiwa yang damai menggulana

Dunia...
Langkah pun kian cepat mengejarmu
Namun kau lebih cepat berlari
Lelahku membuncah tak terperi
Dan langkahku pun terhenti

Kau tak pernah dapat kuraih
Dahagaku tak pernah terobati
Waktuku habis tak tersisa
Kekhusyukan pun sirna

Lelah jiwaku terpasung dunia
Kering jiwa berharap pahala
Bahagia yang diharap, hampa kudapat
Dan semuanya kembali ke titik NOL

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui."
(Al-Ankabut: 64)

Ya Allah, jangan Engkau biarkan dunia hadir
Untuk menghancurkan akhiratku. Amin.



 Dari fb bro Sham Kamekaze

Tuesday, December 24, 2013

tinggal beberapa hari lagi

Ya Allah cepat sungguh masa berlalu dah nak masuk tahun 2014. Rasa baru semalam sambut tahun 2013. Begitu pantas bulan berganti bulan minggu berganti minggu. Usia semakin meningkat, ilmu masih berkurang, ALLAH sesungguhnya rugilah membiarkan masa berlalu pergi begitu sahaja...

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal sholeh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasehat kepada kebenaran dan kesabaran



Ya semoga tahun 2014 ini memberi sinar baru buat kami sekeluarga, di beri kebahagiaan, kejayaan dunia dan akhirat untuk anakandaku. Insya Allah...

Monday, December 23, 2013

Bersabarlah duhai hati

Janji hanya tinggal janji blog ini tetap di tinggal sepi. Dah nak habis tahun 2013 ku jenguk sesekali blog ini. Bukan tak sayang, tetapi apakan daya banyak benar komitmen dan masalah yang datang bertimpa2 sehinggakan blog sudah lama tak di update. Bukan senang hendak menulis sesuatu tatkala jiwa kacau. 


Berulang alik dari Kl ke Kelantan  memang memenatkan. Tetapi demi ibu tersayang semua itu terpaksa ku hadapi jua. Ujian dari Allah S.W.T ibuku di uji dengan penyakit yang agak kritikal yang tidak pernah terfikir di benak fikiranku. Ibuku di sahkan berpenyakit buah pinggang tahap empat dan injap jantungnya bocor. Ya Allah hanya doa yang mampu aku pohonkan semoga ibuku di beri kesembuhan walaupun tidak 100% seperti dulu, sekurang2 berkuranglah sedikit kesakitannya.

Setiap penyakit ada ubatnya cuma cepat dan lambat sahaja. Hanya sabar dan tawakal kunci segala kekuatan kami adik beradik, di samping berusaha tak putus2. 

لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

La haula wa la quwwata illa billah
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata

Sunday, August 18, 2013

RaYa 2013 (raya terakhir bersama mek)

BISMILLAHIRAHMANI RAHIM terlebih dahulu ku ingin mengucap selamat hari raya aidilfitri untuk semua kawan2 blogku, maaf zahir dan batin andai terlanjur komen dan terkasar bahasa...


Walaupun lama aku tidak menulis blog tetapi aku tetap rindukan  blog ni. Mungkin ramai yang sudah mengabadikan gambar2 kenangan kalian di fb dan blog..gambar kenangan rayalah katakan. Seperti biasa saya agak malas untuk mengupdate gambar di fb atau blog. malas tahap gaban orang kata hihihi, takpelah cerita jelah. Tu pun oklah dari  ku biarkan blog ini bersawang.


Seperti di tahun sudah anniversaryku jatuhnya pada 18.8.2013 syukur alhamdulillah sembilan belas  tahun sudah. Masih lagi dalam mood raya dan tak beberapa hari lagi hari kemerdekaan. Hanya doa yang mampu ku panjatkan semoga jodoh kami kekal abadi hingga ke hujung nyawa amin.


Nak berkongsi cerita raya tahun ni. Setelah dua tahun dapat lesen p inilah pertama kali balik kampung drive sendiri. Dengan menaiki kereta paling kecil di dunia aduyai sabar je lah tu je yang termampu buat masa sekarang ni. 

 

Walaupun anakku baru dapat lesen dua bulan tetapi dia cekap memandu. Biasalah anak lelaki semangatnya kuat. Raya tahun ni paling seronok sebab dapat beraya dengan mek dan ayahku tercinta, cuma sedih bila melihat kesihatan mek yang semakin buruk. Kalau dulu mek berisi tetapi sekarang  mek kurus hanya tinggal kulit dan tulang sahaja, berderai air mataku bila melihat mek yang kurus kering. Apalah dayaku nak balik sokmo bukannya senang, hanya mampu yang dapat ku panjatkan semoga mek sihat sejahtera seperti dulu2.


Berbalik kepada cerita rayaku, balik ikut LPT jalanya tak  jem berbanding balik ikut Gua Musang. Terpaksalah banyak kali berhenti sebab kereta kecik. Alhamdulillah setelah melalui berbagai dugaan akhirnya sampailah jua di kampung. Di tengah2 hutan di  hulu Trengganu tiba2 hujan turun dengan lebat hampir tak nampak jalan, hanya berpandukan line putih je...malam gelap pekat hanya bertemankan lampu kereta yang sekali2 sekala melalui jalan hutan...aduhai sungguh mencabar...tahniah kepada anakku hebat memandu....

 

Sampai di kampung terkejut mek bila melihat anaK kesayangannya pulang beraya di kampung.Ayah kemainlah gembiranya. Mujur balik kata ayah. Sampai di rumah mek sedang membalut  ketupat pulut kegemaranku. Dalam keadaan tak sihatpun dia masih hendak buat ketupat. Itulah mek dan pulut tidak boleh di pisahkan, sebelum ini mek selalu di jemput ke majlis kenduri khawin untuk buat pulut kuning. Pulut mek paling sedap bagi aku, begitu juge ketupat mek tersangat sedap. Air tangan ibu yang terbaik.


Pagi raya yang memilukan kerana kakak iparku lambat sangat bersiap hendak ke masjid, mekk sudah menanti di tanga. Ayah kata cepat2lah nanti orang tinggal, rupanya Hafizpun pergi tinggalkan mek jua.Aku ingat dia tunggu mek, kasihan mek jalan kaki dan menumpang Lina jiran kami. 

Kata mek kalau lambat2 nanti orang penuh tak ada tempat nak duduk. Orang muda bersiapnya lama. Maafkan kami mek...ampunkan kami  mek, kami sayangkan mek. Kami doakan semoga mek cepat sembuh...

 

p/s aku sudah sedaya upaya ikhtiar dan berdoa tetapi akhirnya mek pergi jua...andai kata mek pergi awal ke hospital mesti mek masih di selamatkan....aku sanggup mendermakan sebelah buah pinggangku untuk mek...tetapi akhirnya mek pergi jua...al Fatihah...

 




Tuesday, June 4, 2013

cakap tak serupa bikin

Hati mana tak sakit bila janji rm 300 tetap tup2 malamnya sudah berubah harga kenapa jadi begitu? Kenapa tak di beritahu awal2 supaya boleh aku tolak semuanya. Last minit baru dia beritahu...janji apakah ini? Tak mengapalah hari ini awak menganiaya saya esok lusa ada orang lain pula yang menganiaya awak. Saya sudah maafkan awak ...cuma saya sedih awak baik..tp bila bab duit awak dah tak kenal kawan.


Walaupun saya anak sorang tak semestinya saya banyak duit. Sampai hati awak buat begini kat saya...walau macam manapun terima kasih saya ucapkan kerana ini semua menjadi pengajran buat saya....

Monday, June 3, 2013

bermulanya sebuah episod..........

Hari ini 3 Jun bersamaan dengan 24 rejab,bermulalah episod baru dalam kehidupanku dan anakku. Bermulanya sebuah eposid anak tunggalku Hafiz bergelar mahasiswa di sebuah kolej swasta. Semoga hari2 yang anakku lalui di sana akan membahagiakan dia dan di permudahkan dalam semua urusannya.

Selama berbulan2 dia berada di rumah banyak urusan kerja rumahku dia tolong. Kini aku kembali seperti dulu2 buat kerja sendiri tiada pembantu. Tetapi tidak mengapalah kerana Allah janjikan pahala. Sesungguhnya janji Allah itu benar, aku sebagai ibu bapa bersyukur sangat2. Ya Allah terima kasih kerana Engkau makbulkan permintaanku. Sepanjang pembelajarannya selama dua tahun aku berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar, lulus cemerlang dunia dan akhirat...amin....

Friday, May 24, 2013

kembali lagi...

Assalamualaikum blogku...Ya Allah ayat2 sama pasti berulang kembali...lamanya aku tak jenguk blog usangku ini...lama sangat2. Pastinya ada diantara rakan2 blogku menyangka aku sudah bersara dari dunia blogger. Oh tidak tetapi keadaan yang tidak mengiznkan aku untuk berbuat demikian. Allah sibuk sangatkah aku ini? Pun tidak tetapi nak kata tak sibukpun sibuk juga. Setelah kepulangan anakandaku Hafiz pulang kepangkuanku banyak masa kuhabiskan dengan dia sudah tentu.....

Alhamdulillah walaupun anakku tidak secermalang mana keputusan exam SPMnya tetapi dengan berkat usaha doa dan tawakal akhirnya dia berjaya juga, walaupun belajar tak sampai setahun dia lebih baik dari orang lain...alhamdulillah. Sebagai ibu sudah pastinya aku sangat2 gembira. Kini anakku telah mendaftar masuk di sebuah kolej di Ampang. Tak mengapalah nak walaupun  bersyukurlah apa yang kamu perolehi.

Terlanjur aku menulis biarlah aku bercerita serba  sedikit. Alhamdulillah pada 5.5. 2013 buat pertama kali aku mengundi di Jalan Gasing Petaling Jaya. Setelah tiga tahun aku berhijrah ke BTP inilah kali pertama aku menjejak kaki di Sek Keb Alam Shah tempat anakku belajar. Sempat jugak pergi di rumah lama, banyak yang sudah berubah, empat tahun menjadi penghuni rumah itu banyak kenangan yang telah aku lalui bersama. Kisah suka duka pahit kelat semuanya ada tersimpan  kukuh dalam memori. Mana mungkin hendak aku buang semua itu, masih segar pertemuan demi pertemuan dengan kenalan di alam cyber.

Ops simpanlah esok2 lusa Insya Allah bertemu lagi....

Saturday, March 2, 2013

EMPAT PULUH SATU

Empat puluh satu, satu angka yang agak besar Ya Allah dah berusia dah aku ni.Aku hanya mampu berdoa semoga Allah berkati sisa2 usia yang aku ada. Andai takdirnya usiaku ternoktah sebentar lagipun aku redha kerana diri ini dan segalanya adalah hak mutlak Kekasihku. Tidak akan di cepatkan dan tidak akan di lambatkan, kerana kematian itu adalah pasti. Semoga Allah kurniakan aku kekuatan iman dan kebaikan walaupun tak banyak ya Allah. Aku redha Ya Allah.

Seminggu yang lalu teman sepermainanku telah pergi untuk selamanya di usia empat puluh satu. Terkejut sedih dan menangis semuanya ada. Tetapi itulah takdirnya, hanya setakat itu sahaja penghidupannya. Semoga penghidupannya di alam sana di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t.

Untuk suamiku yang telah menjangkau usia 48 selamat ulang tahun yang ke 48 abang, semoga Allah berkati usia abang dalam keimanan dan di beri kesihatan yang baik amiin...

Wednesday, January 23, 2013

diari kehidupan

Salam Maaulidul Rasul, alhamdulillah bermula saat ini aku berazam akan menulis diari yg telah lama aku tinggalkan, beberapa tahun yang lalu. Kalau dulu menulis diari merupakan rutin harianku. Tetapi semenjak mengenali blog, fb, twitter dll diari seoalah tiada lagi dalam kehidupanku. Semoga aku tetap istiqomah dalam menulis diari..

Aku juga berazam akan mengupdate blog semampun yang boleh, Azam baru semangat baru Insya Allah...

Andainya Rasulullah masih ada

Allahummasollialasaidina Muhammad.

Andainya Rasulullah masih ada ketika ini tentu baginda malu dan sedih melihat umatnya yang semakin jauh meninggalkan sunnahnya. Ya Rasululllah insan yang kerdil ini bagaikan terlena dari tidur...bila di kejutkan baru mengingati dan merinduiMu, padahal di saat akhir Mu, dirimu tidak pernah melupakan umatMU. Ya Rasulullah betapa malunya aku kepadamu.Ya Rasulullah maafkanlah segala kekihlafan  aku. Ya Allah ampunkanlah segala dosa2 ku. Sesungguhnya aku insan yang lemah lagi kerdil yang mengharapkan keampunanMu ya Allah.

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....