andai ini takdirnya utkku

Tuesday, December 30, 2008

selamat tinggal 2008, selamat datang 2009

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga hadirnya 2009 dan Maal Hijrah 1430 memberi lembaran baru buatku. Semoga segala kenangan suka duka di tahun 2008 bakal menjadi memori terindah buatku. Semoga hari-hari yang bakal mendatangkan membuahkan hasil yang lebih baik dan cemerlang dan di berkati Allah s.w.t.

Azam? tidak ada azam yang indah melainkan menjadi isteri ibu dan anak yang baik kepada keluargaku. Mudahan segala impian akan tercapai di tahun 2009 ini Insya Allah. Allah tidak akan menghampakan hambaNYA. Selagi ada usaha dan kemahuan di situ ada kejayaan. Lambat atau cepat itu urusanNYA. Siapa kita untuk mempertingkaikannya?

Ya Allah semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Semoga anakku Hafiz berjaya dalam hidupnya ameennnnnnnn.

Monday, December 29, 2008

Buah petola sulung



Haaa nilah hasil usaha Kak Awwa......dapatlah merasa sayur yang di tanam sendiri. Memang menyeronokkan. Insya Allah Kak Awwa bercadang hendak menanam sedikit sayur untuk di makan sendiri. Dari duk saja kat rumah ada baiknya isikan masa yang terluang. Memang seronok tengok hasil usaha sendiri. Biarpun hanya beberapa pokok tetapi seronok. Kata ayah alahai kurusnya pokok petola ni. Nak buat macam mana sebelum ini Kak Awwa bubuh baja bakar di sayuran...tetapi nak bakar sikitpun dah tak boleh dah. Bubuh baja yang di beli, tu pun bolehlah.........

Thursday, December 25, 2008

Sedih

Diam tak diam cepatnya masa meninggalkan kita 1429 hijrah bakal meninggalkan kita. Diam tak diam juga hampir dua tahun Kak Awwa berblog, bermula dari blog pertama Kak Awwa iaitu blogmyway. Ketika itu Kak Awwa tak ada kawan melainkan KS. Tetapi sekarang Kak Awwa dah rasa kehilangan kekawan, baik Ks, Epel, Fida, Keshi dan semuanya. Tetapi Kak Awwa sedia maklum kita semua ada kometmen masing-masing, sentiasa sibuk dengan tugasan rumah tangga dan kerja. Biarpun Kak Awwa bukan orang yang berkejaya tetapi kekadang sibuk juga dengan tugas seharian sebagai suri rumah tangga.

Apa azam tahun baru Kak Awwa untuk tahun ni? Sahabat Kak Awwa Lea bakal menjadi ibu kepada anak yang ke empat. Kak Awwa bila lagi akan mendapat cahaya mata kedua? Aduhai persoalan yang tidak dapat Kak Awwa jawab. Umurpun sudah meningkat. Ya Allah kalau aku merasa sedih masih ada lagi insan di luar sana yang kurang bernasib baik dariku.

Lagi-lagi cerita tentang azam, azam tahun lepas Kak Awwa entah dah lupa.Doaku semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas. Doaku juga semoga Allah panjangkan umur kami, untuk kami beribadat kepada MU. Kekadang hati ini terasa sedih...kerana kurangnya ilmu dunia dan akhirat. Moga Allah ampunkan segala dosa-dosa kami.

Untuk sahabat blogger semua Salam Maal Hijrah 1430 hijriah.............maaf kalau ada kekhilafan sepanjang Kak Awwa berblog dan memberi komen-komen. Semoga ikatan silaturahim kita kan berkekalan hingga ke akhir hayat..........

Tuesday, December 23, 2008

terbang ke langkawi


Tika dan saat ini Kak Awwa berada dihotel Kuah Langkawi. Kita merancang Allah jua yang menentukan. Tak pernah terfikir di hati Kak Awwa untuk datang ke sini. 22.12.2008 tu suami call dari ofis ajak Kak Awwa ke Langkawi tiket di sediakan. Suami ada meeting sehari di sini.


Kak Awwa call Hafiz di asrama dia kata pergilah ibu,kat rumahpun tinggal sorang jugak. Terkilan jugak sebab tak dapat bawak dia, apa lagi Hafizpun tak pernah datang ke Langkawi seperti Kak Awwa juga... tetapi apa nak buat sekolahnya cutinya tak lama.

23.12.2008


Dengan menaiki KLIA Exspres kami ke KLIA, kalau nak diikutkan keluar dari PJ jalan jem teruk, pemandu teksi dah merungut. Akhirnya tiba juga di KLIA. Tak pernah lagi Kak Awwa menaiki pesawat di waktu malam, sebelum ni adalah tiga empat kali merasa menaiki pesawat tetapi di siang hari.



Memandangkan esok krismas ramailah mat-mat salleh menempah hotel hinggakan hotel yang sepatutnya kami menginap habis di tempah,alih-alih duklah di hotel koboi. Kalau tidak suami Kak Awwa tak perlu ambil teksi lagi untuk pergi meeting pagi ni. Tetapi menurut kata orang kat sini dekat sahaja...jalan kaki lima minit sampailah di hotel tu. Tetapi baik ambil teksi aje....

Rasa tak lengkap tak bawa Hafiz sekali...tetapi insya-Allah suatu masa nanti kami akan datang bertiga. Nak balik ke rumah mak mertuapun dah tak sempat, sebab pagi esok dan nak balik ke Kuala Lumpur dah.Nasib baik bawak lap top dan maxis broadband, kalau tidak mati kutu jugak di buatnya....

p/s kepada kekawan yang hendak ke Kuah Langkawi kalau ada meeting ke apa ke...jangan menginap di hotel koboi yang di beri nama kemain sedapnya The Garden Hotel. Banyak yang tak kena...tetapi biliknya okey..tetapi caranya tak beberapa kena. Itulah adalah pilihan terakhir kerana semua hotel habis di tempah. kalau ikutkan hati nak ke resort tetapi pergipun bukan untuk makan angin tetapi sekadar teman suami......

Monday, December 22, 2008

Kenangan adiladha 10 zulhijjah 1429 hi

Sunday, December 21, 2008

sepi

Setelah pulang berhari raya aidiladha rasa angin malas untuk update blog mula menular dalam diri Kak Awwa. Nak kata takde cerita memang banyak tetapi entah mengapa terasa malas. Dek kerana kemalasan ini bersebab. Ayah dan emak Kak Awwa datang ke rumah Kak Awwa 10.12 dan pulang 21.12 yang lalu. Sepuluh hari kedatangan mereka, Kak Awwa banyak mengisi masa-masa terluang bersama mereka, masak buat itu dan ini bersama. Ayah Kak Awwa yang sakit bahupun sempat lagi mencangkul tanah di belakang rumah untuk Kak Awwa menanam sayur-sayuran.

Sepanjang Hafiz di rumah, Hafizlah dengan tok ayahnya pergi ke pasar tani seksyan 14 untuk membeli ikan dan sayuran. Ini kerana suami Kak Awwa sakit lutut tak boleh berjalan selama beberapa hari setelah pulang dari kampung. Memanglah dah lama dia sakit lutut tetapi tidak seteruk ini. Alhamdulillah setelah ayah urut dua tiga kali dia boleh berjalan biarpun pergi kerja dengan mengunakan tongkat. Ada satu kali tu Hafiz tak mahu ajak tok ayahnya yang sakit peha, dia pergi sendiri. Rupanya anakku seorang yang bertanggung jawab mengambil alih tugas ayahnya. Terima kasih sayang........semoga hidupmu akan bahagia dunia dan akhirat. Hanya doa ibu mengiringimu sayang.

Hari sabtu mereka pulang, terasa sunyi sangat, apa lagi bila buka Astro Oasis dan APL teringatkan emak dan ayah. Petang semalam Hafiz pulak pulang ke asrama bertambah sepi. Hari sabtu tu Kak Awwa tengok perkhawinan Mawi dan Ekin, dahulu Kak Awwa memang ikut perkembangan artis dan adalah minat jugak dengan lagu-lagu Mawi. Kalau emak ada pasti Kak Awwa melihat hari bersejarah Mawi dengannya.

Semalam orang datang menyembur ubat anai-anai di rumah Kak Awwa, entah mengapa setelah di renovet anai-anai datang menyerang dinding dan bilik air. Mungkin sebelum ini anai-anai sudah ada di kawasan rumah ini, Kak Awwa aje yang tak perasan.

Cerita balik kampung........

6. 12.2008 hari tu Kak Awwa pulang ke Kelantan menaiki bas Trannasional dua tingkat. Inilah pertama kali dalam hidup Kak Awwa naik bas dua tingkat, Kak Awwa duduk kat bawah. Nak di jadikan cerita sepanjang keluar dari Kuala Lumpur jem sangat, bas Jertih Pasir Puteh tak ada, Kak Awwa terpaksa turun di Kota Bharu.

Didalam bas Kak Awwa berkenalan dengan seorang adik yang bernama Astinie nak pulang ke Melor. Inilah kali pertama Kak Awwa terasa bosan menaiki bas, kerana hujan dan ada setengah tempat banjir dan juga kemalangan tak henti-henti inilah yang menyebabkan jem yang amat teruk. Ada tu bas tak bergerak dalam satu jam. Kerana hendak sampai cepat di kampunglah kami naik bas, kalau tahulah macam ni baiklah naik keretapi. Suami Kak Awwa pulak masa tu tak sihat, nasib baik bawa bekal ubat.

Satu yang Kak Awwa tak dapat lupakan bila melihat jasad terbujur kaku di tepi jalan, dan kereta jatuh longkang remuk. Bukan satu kemalangan tetapi dua tiga.

Hp Kak Awwa berdering dua tiga empat kali, ayah dan emak memang risau menanti kerana jam 10 tak sampai-sampai lagi. Abang Kak Awwa suruh turun di Machang tetapi bila melihat keadaan hujan yang tak berhenti dan ada air di sekitar itu rasa tak sanggup Kak Awwa turun dengan beg yang besar. Perjalanan di teruskan hingga ke Kota Bharu. Tepat jam 12.00 malam. Fikir punya fikir nak pulangpun dah larut malam, takut bercampur bimbang, banyak yang di takutkan sebenarnya, kata orang bimbang takut air sungai melimpah, dan satu lagi Kak Awwa fikir malam-malam takut jugak dengan pemandu teksi. Yalah bukan mendoakan yang tak baik, tetapi dalam keadaan sekarang mesti berhati-hati. Bukan takde orang nak datang ambil Kak Awwa, tetapi Kak Awwa tidak mahu menyusahkan mereka.

Ada seorang pemandu teksi tu menyarankan kami tinggal di hotel bajet, sudah cukup baik. Kalau Kota Bharu ke Pasir Puteh malam-malam maunya RM80 terbang. Masuk kampung sikit tentu RM90 mahainya. Sedangkan naik bas dari Pasir Puteh ke kota Bharu hanya Rm5 aje.

!0 Zulhijjah 1429 h

Sambutan aidiladha sungguh meriah, biarpun hujan renyai-renyai, tetapi anak-anak murid ayah tan putus-putus menghantar daging korban. Sampai naik pening bau daging. Kakak ipar Kak Awwa dan kakak sendiri tu memang rajin, biarpun sambutan hari raya haji tetapi diorang memang rajin buat biskut raya. Kuih raya macam raya puasa jugak banyaknya. Bertemu kawan-kawan lama, dan juga Yusnira yang suatu ketika dahulu selalu datang ke rumah Kak Awwa. Dia sudah bertunang dengan pilihan hatinya.

10.12.2008

Tak dapatku di lupakan

Kak Awwa dan suami pemegang kad OKU, ini bermakna tambang bas separuh harga. Masa nak naik bas tu konduktor bas cakap kat ayah dengan bahasa yang agak kurang sopan. " letok tengoh-tengoh sikit beg tuh, oghe lainpun nak letok beg jugok. Berdesing telingga Kak Awwa bila ayah Kak Awwa di tegur begitu. Tak boleh ke kata yang baik sikit dan bermuka manis. Kenapa mesti bermuka masam bila bercakap dengan orang yang sudah berusia? Sedarlah kalau orang-orang yang masih belum mampu beli kereta seperti kami ni tak naik bas takde orang naik bas punya. Biarlah jalan jem macam manapun baiklah naik kenderaan sendiri dari naik bas yang tidak mesra alam. Dan doaku suatu hari nanti kami akan memilikinya juga.


Time nak periksa tiket pulak, dia tu kata lagi...."manonya kanok-kanok takdokpun"...berdesing lagi telingga Kak Awwa. Sepanjang Kak Awwa naik bas balik ke kampung dua kali Kak Awwa di malukan. Kalau nak ikutkan banyak kenderaan awam yang tak mesra OKU. Banyak sudah Kak Awwa lalui pengelaman pahit manis, kalau nak cerita tu tak terlarat.

p/s hidup ini tidak semuanya terlalu indah, pastinya melalui berbagai-bagai dugaan apa lagi insan yang bergelar OKU seperti kami. apa-apapun kami redha........dan semua ini sudah menjadi kebiasaan dalam hidup kami.........yang pasti bukan meraih simpati tetapi mohon mereka di luar sana faham............bukan menyalahkan orang...tetapi ku bercerita dari pengelamanku............

Wednesday, December 3, 2008

salam kemaafan di aidiladha

Di kesempatan ini Kak Awwa ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SALAM AIDILADHA buat semua rakan-rakan bloggers tak kira walau di mana sahaja berada. Ampun maaf kalau ada terkasar bahasa samada dalam penulisan atau apa-apa jua yang menyinggung perasaan kawan-kawan semua. Ampun maaf juga kerana tidak sempat untuk menjengak ke blog kawan-kawan, ini semua keadaan yang tidak mengizinkan.

Halalkan apa yang termakan dan terminum,terberi dan sebagainya lagi. Salam sayang dan salam persabahatan untuk semua...........andai di panjangkan umur berjumpa lagi..........

demam

Alhamdulillah hari ini biarpun kepala masih lagi terasa berdenyut-denyut tetapi Kak Awwa gagahkan juga untuk menjenguk blog. Sudah lima hari Kak Awwa demam dan sakit kepala yang melampau, kini ianya berjangkit pulak kepada suami Kak Awwa. Minggu ini langsung dia tak pergi kerja. Aduhai suratan takdir atau kebetulan,tak pernah lagi rasanya demam serentak. Bayangkanlah tinggal berdua tetapi dua-dua demam dan sakit kepala. Kak Awwa cuma bertahan dengan penadol biarpun Kak Awwa tak suka sangat makan ubat. Tetapi kerana hendakkan cepat hilang sakit kepala Kak Awwa terpaksa telan jugak. Kak Awwa jarang sakit kepala, inipun kerana Kak Awwa terkena hujan ketika membuang sampah petang jumaat itu. Selama ini Hafizlah yang membuang sampah kat luar sana, kalau Kak Awwa tidak lupa pagi-pagi Kak Awwa akan suruh suami Kak Awwa mengambil sampah untuk di buang. Rupanya hujan di sini memang beracun, penuh dengan udara kotor,kalau kat kampung terkena hujan pun tak ada demamnya. Ni musim banjir ni budak-budak main airpun takde demam-demam. Dah serik rasanya terkena hujan........sakitnya menyocok-nyocok sekejap di kepala, sekejap di rusuk kiri dan kanan.

Semenjak akhir-akhir ini teksi kat sinipun jual mahal, kalau kata nak ke UH tu tak mahu pergi tetapi kalau kata nak pergi Kuala Lumpur ke jauh sikit ke terkam pulak nak datang ambik, terpaksalah suami Kak Awwa pergi tahan kat luar sana. Kekadang sedih juga rasa hati ini, kalau orang lain sakit demam ada saudara mara, kawan-kawan.........tetapi Kak Awwa memang tak ada sesiapa. Kalau tidak terlalu terdesak Kak Awwa tak mahu minta tolong kawan suami di Jalan Klang Lama, bimbang takut menyusahkan dia. Dia suami isteri memang boleh minta tolong, tetapi kata suami Kak Awwa selagi dia boleh gagahkan diri jangan menyusahkan orang lain.

Hari ini suami Kak Awwa sepatutnya kena masuk ward,tetapi dia tak mahu,besok nak pergi ambil Hafiz,lepas tu nak pulang kampung lagi. Itulah masalahnya, kalau tahu nak sakit tak ingin Kak Awwa pulang ke kampung. Tetapi kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan semuanya. Harap dia semakin sembuh, rasanya hari ini baru Kak Awwa menjamah bubur nasi. Tak mahu Kak Awwa makan bubur nasi kalau tak sakit,tetapi nak menelanpun payah sakit tekak, terpaksa jugaklah makan bubur nasi. Alhamdulillah hari ni rasa dah okey sikit, tetapi kesian suami Kak Awwa hanya minum jus buah sahaja.

Rumahpun dah tak terurus, tak ubah seperti tongkang pecah..........besok kalau Hafiz dah pulang senanglah sedikit, minta dia tolong apa yang patut. Ya Allah berilah ketabahan buat kami dalam menempuh segala dugaan kehidupan di rantau orang.........