andai ini takdirnya utkku

Monday, November 23, 2009

selamat hari raya aidiladha


Kepada kawan-kawan blog yang mengenali Kak Awwa atau tidak, Kak Awwa dan keluarga ingin mengucapkan salam aidiladha maaf zahir dan batin andai ada tersalah dan terkasar bahasa baik dalam menulis blog dll. Semoga kalian semua dalam perlindungan Allah s.w.t dan berbahagia menyambut aidil adha yang bakal tiba dua hari lagi.



Thursday, November 12, 2009

terkenang nostalgia silam~hari-hari terakhirku di sini


Sebelum berkhawin Kak Awwa menjadi penghuni setia rumah itu. Rumah yang di bina ketika Kak Awwa berusia setahun di tahun 1973. Rumah yang sederhana besar yang hanya dapat berlindung dari panas dan hujan. Rumah tiga bilik yang tidak segah rumah jiran-jiran Kak Awwa yang lain. Syukurlah masih ada tempat untuk berteduh darp panas dan hujan. Tahun itulah juga merupakan tahun terakhir ayah bertemu satu-satunya adik perempuan seibu dan berlainan ayah.

("Ayah dah tak larat kalau nak duduk rumah besar dan cantik korang buatlah rumah korang sendiri. Baliklah buat rumah di kampung Awwa, kalau berkumpul adik beradik kan senang"). Itulah setiap kali alasan yang ayah beri biarpun berkali-kali abang bungsu Kak Awwa yang tinggal bersamanya hendak menukar rumah kayu ke rumah batu sepenuhnya. Ya Kak Awwa tahu hati tuanya sedih kerana rumah kayu klasik itu banyak kenangan, kenangan bersama adik perempuannya. Ayah Kak Awwa merupakan anak sulung dari tiga beradik. Yang tinggal kini hanyalah adik lelaki bungsunya. Itupun berlainan bapa. Nenek Sofiah emak kepada ayah Kak Awwa bermata sepet, putih melepak. Dia mewarisi ayahnya iaitu atuk kepada ayah Kak Awwa seorang mualaf. Tetapi sayangnya anak ayah banyak yang mengikut mek. Cuma seorang sahaja dia telah kembali kerahmatullah di saat mula hendak mengenali erti hidup( ketika hendak masuk umur lapan tahun ). Di saat Kak Awwa hendak mengenali erti kasih dan sayang dari seorang abang yang sangat menyayangi Kak Awwa. Sanggup mengendong adiknya walau kemana dia pergi. Halim itulah namanya berambut perang dan bermata sepet. Allah lebih sayangkan dia. Perginya kerana sakit paru-paru. Pemergiannya di tangisi semua orang. Beruntunglah ayah kerana di SANA sudah menanti dua orang anak lelakinya.
Semoga Allah panjangkan usia mek dan ayah Kak Awwa. Rasa kesal juga sampai ke hari ini hasrat mereka untuk melihat Kak Awwa membina rumah di kampung tidak kesampaian lagi.

Puas sudah ayah bertanya khabar adik perempuannya. Khabar terakhir dia mengikut suaminya berkerja di Kuantan dan seterusnya ke Sarawak, selepas itu tidak ada lagi khabar berita dan terputus hubungan hingga ke hari ini. Hari ini ayah bukan tak ingat tetapi ayah kata, kalau dia ingat kan abangnya pasti dia datang mencari abangnya. Bukannya dia tak tahu di mana abangnya berada, itupun kalau dia masih ada di dunia ini. Kak Awwa pernah cadangkan ayah mencarinya di dalam rancangan fitrah kasih TV1 dan jejak kasih di TV3 suatu waktu dahulu tetapi ayah tak mahu. Bila musim terkujuh begini Kak Awwa terkenangkan ayah dan mek. Syukurlah kerana rumah mek tak banjir.

Teringat Lina yang membawakan surat kenalan-kenalan Kak Awwa yang di ambil di kedai Pak Mail. Ketika itu di rumah Kak Awwa tak ada peti surat lagi. Segala surat-surat di hantar di kedai Pak Mail. Musim-musim tengkujuh begini enaknya makan ubi kayu rebus dengan kopi panas. Telefon mek di kampung, mek tanya balik tak cuti sekolah ni? Kak Awwa bukan tak rindu apa lagi ayah tak sihat, tetapi Kak Awwa harus selesaikan banyak benda nak mengemas dll. Insya Allah selepas ini Kak Awwa mungkin balik ke kampung. Tentang Hafiz pula terpulanglah kepada dia nak beraya di rumah tok ayah dia atau balik ke sini. Tetapi dia hendak pulang ke sini, maklumlah selepas ini kami akan berpindah di tempat baru. Dulu Kak Awwa pernah impikan andainya Kak Awwa keluar dari sini Kak Awwa sudah punya rumah sendiri. Tetapi impian itu belum kesampaian lagi. Semua orang punyai impian tetapi tidak semua impian akan menjadi kenyataan. Insya Allah andai di izinkan suatu hari nanti akan dapat juga.......
Di rumah ini banyak kenangan suka dan duka bertemu kawan-kawan dll. Kekadang rasa sedih dan terharu kerana kawan-kawan sudi bertandang ke sini. Epel, Lea, Fida, Kak CTJ, Kak Syimah, Keshi dll.

Kenangan itu tak mungkin Kak Awwa lupakan. Terima kasih kepada Epel yang sudi membawa kami ke rumah sahabatku KS. Kalian dalam kenangan...walaupun jarak memisahkan kita tetapi dengan adanya blog tidak mungkin memisahkan kita. Itulah gunanya blog. Andai kata tak ada blog sunyi rasa hidup ini. Walaupun menulis bahasa pasar tetapi amat membahagiakan...


Pagi tadi ketika pomen sedang bertungkus lumus membaiki proton yang dah tak lalu Kak Awwa tengok(kesian dia... nak suruh suami jual tak mahu nak suruh Kak Awwa belajar takpalah kereta lamapun, kalau calar ke apa ke tak sayang). Kak Awwa dan suami meninjau ke halaman rumah. Bunga ros sudah mula mengecil bunganya. Sudah lama tidak bubuh baja, sudah lama terbiar. Sebelum ini Kak Awwa menjaganya tetapi semenjak akhir-akhir ini lebih banyak di dalam rumah. Apa lagi sekarang ini mengemas apa yang patut. Pindah memindah ni memang meletihkan.Tetapi apakan daya terpaksa.....

Monday, November 2, 2009

kerja gilak

30-11-2009 Tepat jam 2.30 petang Kak Awwa masuk ke bilik air. Selalunya tingkap bilik tak di tutup. Manakala langsir Kak Awwa ikat saja supaya cahaya matahari masuk ke dalam bilik. Memandangkan bilik belakang tidak ada siapa yang nampak, jiran sebelah berbangsa Tionghua sebelahpun berpagarkan simen yang tinggi mana mungkin nampak bilik Kak Awwa.


Hari itu agak redup di luar, selesai Kak Awwa mop lantai Kak Awwa masuk ke bilik air. Kak Awwa dah tergerak nak tutup langsir tetapi entah kenapa tak tertutup lah pulak. Apa nak jadi lepas tu? Keluar sahaja dari bilik air dengan berkain batik dan bertuala di atas kepala. Kak Awwa duduk di buncu katil nak onkan hp yang Kak Awwa tutup. Semenjak akhir-akhir ini ada-ada sahaja nombor sesat yang call di no hp Kak Awwa membuatkan Kak Awwa rimas. Kekadang malampun terima sms marah-marah. Bila kita kata silap nombor dia tak percaya inilah yang membuatkan Kak Awwa nak tukar ke Celcom Blue ni.

Nak tahu apa yang berlaku? Kak Awwa nampak sepasang mata memerhati kearah Kak Awwa. Rasanya orang india sebab nampak gelap, pandai dia berselindung di sebalik tingkap dengan menjenguk kan kepalanya sahaja. Kalaulah masa tu Kak Awwa ada pistol air yang bercili mau saja Kak Awwa tembak biar pedih matanya. Tetapi lain pulak jadinya kerana Kak Awwa secara spontan menjerit sekuat hati dengan meminta tolong. Entah nak mintak tolong kat sapa tak tahu. Tanpa berlenggah Kak Awwa call nombor kecemasan 112. Masa tu Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya sebab tak pernah pulak ada orang nak menjenguk ke tingkap bilik. Selepas solat zohor Kak Awwa ke ruang tamu. Apa dah jadi? Tingkap yang selama ini Kak Awwa tak pernah buka(kuncinya rosak) dia buka seluas-luasnya kerana di situ terdapat meja komputer..di situ juga ada lap top. Dia mungkin hendak mengambil tetapi tak dapat kerana selain dari gril ada jaring agak susah dia hendak ambil. Mungkin jugak dia terkejut dengar Kak Awwa menjerit dia lari. Bila polis datang dia dah lari.

Dua tiga hari tu rasa trauma duk terbayang sepasang mata tu. Inilah kerja manusia yang tak tahu nak cari kerja halal nak mencuri, pecah rumah dan ragut. Alhamdulillah sekarang ni Kak Awwa berhati-hati, nak keluar jemur kain tak berani. Mungkin dia ingat rumah ni takde orang sebab senyap sunyi, polis tu suruh buka TV kuat-kuat biar bising, biar orang ingat kat umah ni ada ramai orang. Tetapi bagi Kak Awwa pulak kalau pasang radio tv kuat-kuat tentu Kak Awwa tak dengar apa yang berlaku kat luar rumah.

Harap-harap bila sudah pindah ketempat baru ada jiran yang baik. Sebelum polis tu datang memang takut jugaklah sebab tau-tau sahajalah berbagai kemungkinan boleh berlaku bila kita keseorangan di rumah. Tetapi alhamdulillah Allah selalu membantu di saat kita susah. Jenayah tu tak kira di mana. Kesiannya kat orang tu nak mencuri tersilap rumah, kalau kita ada barang kemas ke duit ke tak mungkin kita simpan di rumah.

Sunday, October 18, 2009

ingatkan baby orang rupanya baby kucing

Ketika suami Kak Awwa buka gate hendak pergi kerja dia ternampak satu kotak. Bila di buka ada seekor anak kucing yang masih baby lagi sedang mengeow. Di dalamnya lengkap dengan botol susu yang berisi susu dan satu plastik susu untuk anak kucing. Mungkin agak kelaparan Kak Awwa pakai sarung tangan dan susukan "baby" tu. Itupun masih mengeow dengan nyaring, mungkin rindukan ibunya kot. Entah siapalah agaknya yang letakkan kucing tu, mentanglah-mentanglah rumah ini hujung sekali ingat tempat buang kucing ke. Nanti petang nak panggil SPCA biarlah mereka merawatnya kerana Kak Awwa tak mampu nak jaga baby tu. Kak Awwa tak tahan bau najisnya nanti membuatkan Kak Awwa sesak nafas. Kalau arnab okeylah jugak. Tetapi kalau tinggal di kampung mestilah hendak pelihara kucing sebab ianya bebas.

Kalaulah itu bayi manusia apalah agaknya Kak Awwa nak buat ya? Tentu Kak Awwa gementar dan takut. Maklumlah tidak pernah terjadi dalam hidup Kak Awwa. Mungkin juga kalau di beri kepada Kak Awwa, Kak Awwa akan mengambilnya sebagai anak angkat. Ya Allah jauhnya Kak Awwa berangan.

Saturday, October 17, 2009

akhirnya dia jemput jugak

Alhamdulillah hari ini dapat juga pergi ke rumah penolong editor majalah anjung seri Lea di Bandar Kinrara. Bersusah payah dia memasak dengan suaminya demi kami. Ayam masak cili api, sambal belacan sedap resepi emaknya, ayam goreng berempah dan ulaman selain kuih muih dan buahan. Seronok tengok keletah Damia yang cute sangat, comel sangat Damia. Sayangnya tak ada kamera nak ambil gambar, kalau adapun cuma ambil secara rambang saja. Tu pun belum tentu jadi ke tak.

Seronok tengok mereka suami isteri serta anak-anaknya saling tolong menolong menyediakan juadah. Kak Awwa di jemput Lea, katanya nanti kalau Kak Awwa dah tinggal jauh susahlah sikit nak pergi. Memang betulpun, sedangkan dekatpun susah inikan jauh. Bukan buat open house tetapi saja masak-masak jemput kami makan di rumahnya. Dia Kak Awwa kenali pada tahun 2006 di dalam grup relekjap. Dia seorang yang baik hati seperti Epel dan suaminya juga. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat kerana dapat mengenali mereka dalam hidup kami. Bila sudah tinggal jauh mungkin sekali sekala sahaja dapat bertemu.

Terima kasih Lea dan suami kerana menjemput dan menghantar kami. Terima kasih kerana selalu menghadiahkan majalah anjung seri untuk Kak Awwa. Insya Allah bila sudah ada rumah sendiri boleh belajar dari majalah itu. Semoga ukhuwah kita akan berpanjangan hingga ke akhir hayat....saya sayang kamu....

Thursday, October 15, 2009

cuma tinggal dua bulan lebih lagi

Sesekali rasa sedih juga hendak tinggalkan tempat ini. Mana tidaknya sudah empat tahun kami tinggal di Section 11 Petaling Jaya. Kak Awwapun tidak pernah menyangka dapat duduk di sini. Biarpun sudah menghabiskan RM30.000 tetapi ternyata indah khabar dari rupa, kerana tiga bilik masih lagi bocor. Rumah ini kena di ganti dengan bumbung baru, tetapi sebaliknya pula. Cuma satu bilik sahaja yang masih ok, tu pun bilik yang kami tak guna. Mungkin kalau tidak di beri perhatian ianya akan mengikut jejak langkah tiga bilik lagi tu. Biarlah nak bocor ke apa ke kitakan dah nak tinggal dah. Bila kami keluar nanti akan kami bagitau Che Mat orang yang menjaga bahagian perumahan di quaters kan. Nanti kalau kita dah tinggal rumah ni tahulah mereka nak buat apa. Nampak dari luar memang cantik tetapi dalamnya alahai.

Insya Allah kalau panjang umur manalah tahu kami datang balik kat Petaling Jaya ni hehehe. Wah teringat filem masam manis P Ramlee nak beli rumah banglo di Petaling Jaya. Wakakaka sikit-sikit Petaling Jaya. Memanglah beruntung sesiapa yang dapat tinggal di Petaling Jaya sebab namanya pun glamer. Tapi yang tak bestnya perumahan kami ni agak jauh dengan masjid. (Jiran....aduh dah berbelas kali ulang tulis benda yang sama...jawapannya tetap sama...takde). Nak harapkan si proton tua tu tak jalanlah kami, diapun dah patah kakinya. Diapun mungkin tak kan duduk lama dengan kami. Nanti akan hi hi hi bye bye jugak kat dia. Aduyai kita terpaksa berpisah, akan ku cari tuan baru untukmu. Terima kasih kerana kaulah aku dapat merasai drive biarpun pusing-pusing di kawasan ini...Insya Allah bila ada rezeki aku akan cari pengantimu dan waktu itu aku sudah tak kekok dan gabra lagi biarpun aku tidak tahu entah bila.....

Sehingga ke hari ini Kak Awwa masih belum mengemas sepenuhnya, cuma asingkan buku-buku dan surat khabar lama yang hendak di kitar semula. Tiap-tiap hari ada apek yang datang..."surat khabar lama...bateri lama...buku lama" dalam longhat pelat Cinanya. Barang takde lah banyak sangat, tetapi bila dikumpul-kumpul tu banyaklah juga. Kalau peralatan dapur memanglah tak ada sangat. Malaslah nak beli, tetapi kalau ada rumah sendiri memang mahu semua itu. Teringin jugak nak masuk deko deko deko Celcom Blue tetapi bila kenangkan ini rumah orang tak jadilah.

Kalau bab pindah memindah ni memanglah malasnya nak mengemas, banyak benda yang hendak kena buat. Memandangkan isi rumah kami tak sampai empat orang mungkin cari rumah kecik sajalah, tak kiralah rumah flatpun. Bukannya kami tak biasa tinggal di rumah flat. Lagi best sebab ramai jiran-jiran sekeliling. Tinggal di sini ada baik dan ada buruknya. Jauh dengan masjid, tidak ada jiran Melayu, kalau adapun seperti tidak ada kerana tiap-tiap hari minggu mereka jarang ada di rumah. Untuk berjumpa jauh sekali. Teringin juga hendak sembang dan ajak makan-makan tetapi entahlah rasa segan sangat dengan keadaan dalam rumah kita dll. Mungkin kerana status pengarahnya membuatkan kami gerun. Pernah sekali menelefon untuk menghantar laksa. Dia membalasnya dengan menghantar nasi lemak. Dia memanglah baik tetapi mungkin kerana kesibukan masa di tambah lagi dengan pergerakan Kak Awwa yang terbatas tidak memungkinkan kami menjadi jiran yang baik kepada mereka. Bersangka baiklah wahai aku.....


Syawal cuma tinggal beberapa hari lagi. Sungguh cepat masa berlalu. Insya Allah untuk kali terakhir kami akan menyambut aidil adha di sini. Bulan November ni kemungkinan balik ke Kelantan, ayah Kak Awwa akan menjalani pembedahan. Doa Kak Awwa semoga ayah selamat. Biasalah kalau dah berumur berbagai penyakit yang datang. Tetapi alhamdulillah ayah masih boleh naik motosikal untuk ke masjid. Kekadang kagum dengan ayah, walau sakit bagaimanapun dia hendak pergi solat jemaah. Kalau dia tak dapat nak bawa motor dia akan minta anak cucunya yang menghantar. Mujurlah abang kak Awwa tinggal bersama mereka. Kalau tidak... payah jugaklah bila sakit demam.

Kenangan pahit manis selama tinggal di sini pasti tidak di lupakan. Setakat ini Kak Awwa belum tahu di mana kami hendak menyewa. Mungkin sekitar Kuala Lumpur jugak yang berdekatan dengan kemudahan awam supaya senang suami Kak Awwa hendak pergi kerja. Kalau nak balik semula ke Rawang tu mustahil rasanya. Di sini banyak kemudahan dekat dengan PPUM. Sakit demam malam siang senang hendak ke hospital. Mungkin kalau kami tinggal tempat lainpun kami akan datang di PPUM juga. Semua rekod perubatan kami ada di PPUM, terutama sekali suami Kak Awwa. Kak Awwa mengharapkan ada sinar baru bila sudah keluar dari sini nanti. Ada sesuatu yang membuatkan Kak Awwa gembira. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Amin amin amin...........

Teringat masa mula-mula masuk rumah ini awal tahun 2005, dalam rumah ini seperti tongkang pecah. Di luar pulak lalang tinggi dari pagar. Memanglah masa tu teuji juga kesabaran. Dah kita nak pindah baru tahun lepas diorang mula nak potong rumput tiap-tiap bulan. Tu pun suami Kak Awwa dah di sahkan dalam jawatan. Kalau tidak apapun tak ada. Memang tidak adil rasanya. Tetapi begitulah lumrahnya kehidupan. Orang yang ada jawatan, ada nama di sanjung-sanjung. Sedangkan orang bawahan kerja bagaikan nak gila ala kadar saja. Bukan minta untuk di sanjung tetapi banyak yang tak adilnya( hanya kami saja yang tahu). Walau bagaimanapun terima kasih banyak-banyak kerana pihak pengurusan quaters ini membenanrkan kami tinggal lagi untuk tahun ni. Kalau ikutkan tahun depan kami dah blah dari sini. Tetapi bukannya senang hendak pindah-pindah ni.



Kajang Pak Malau kajang berlipat, Kajang hamba mengkuang layu, Dagang Pak Malau dagang bertempat, Dagang hamba terbuang lalu. Cewah sedih lah tu huhuhu.

Saturday, October 10, 2009

selera makan ku semakin bertambah

Sakitnya manusia kerana banyak makan. Ada dua kategori. Ada orang sakit kerana tak cukup makan atau langsung tidak ada apa yang hendak di makan. Ada orang sakit kerana terlebih makan. Memanglah dalam hidup kita ni perlukan makan dan minum. Kalau tak makan bagaimana hendak melakukan amal ibadat dan kerja seharian. Kalau banyak makan pula termengah-mengah, mengantuk malas nak buat kerja badan naik berkilo-kilo. Rakyat Malaysia terlalu banyak pesta makan-makan. Bulan ramadhan bulan untuk membalas dendam. Manakala bulan syawal pula pesta makan-makan rumah terbuka di sana sini. Tak salah untuk eratkan silaturahim, tetapi berpada-padalah. Tetamu yang datang membawa rahmat kepada tuan rumah..


Jemputan rumah terbuka memang ada di rumah kawan-kawan pejabat suami. Tetapi Kak Awwa lepaskan dengan baik. Faham-faham sajalah.........

Kak Awwa runsing sungguh sekarang ni. Apa tidaknya selera Kak Awwa ni bertambah-tambah. Mulut ni asyik hendak mengunyah sahaja. Yang peliknya kuih raya yang selama ini Kak Awwa tak suka makan dah tinggal habuk. Alamak orang susah hati sebab tidak berselera makan tetapi kita susah hati kerana ada selera makan peliknyaaaa alahai.


Dua tiga hari ni Kak Awwa ubah selera makan, kalau rasa nak mengunyah Kak Awwa makan buahan dan sayur terutama sekali lobak merah, Kak Awwa tak masak nasi. Makan buah asam banyak-banyak bagi hancur tok sik dalam badan. Kata orang kalau nak merancang untuk hamil jangan makan asam. Huih... jangan kata nak hamil bayangpun tak ada... apa lagi makan asam banyak-banyaklah. Sewaktu baru khawin dulu Kak Awwa hantu asam juga... tapi mengandung jugak. Asam jadi penyebab tak hamil ke? Wah... itu makanan yang tak boleh Kak Awwa tinggal. Kalau nasi boleh Kak Awwa tak makan sehari dua , tetapi kalau nak suruh Kak Awwa berhenti makan asam sori la hehehe.

Tumitpun dah rasa semakin sakit, ini menandakan berat badan naiklah ni. Macam mana tak naiknya kalau dah lama asyik memerap dalam rumah sahaja. Pokok-pokokpun sudah lama Kak Awwa tidak peduli. Pokok-pokok bunga ada yang hidup ada yang mati. Kalau sebelum ini Kak Awwa minat berkebun tetapi bila dah nak pindah dan banyak serangga perosak pokok Kak Awwa jadi malas nak berkebun.

Untuk menghilangkan selera makan. Kak Awwa jahit manik yang masih berbaki. Tambah di mana-mana baju yang tidak bermanik. Susah juga kalau asyik di rumah ni. Pernah Kak Awwa pesan kepada suami suruh dia jangan beli apa-apa huhuhu. Kalau nak beli juga beli buah dan sayur. Bimbang jugak kalau tak dapat nak kawal makan takut terkena bermacam penyakit.

Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Masih ramai yang tidak ada makanan. Mewahnya kita...dan kita takut kita akan mati kerana terlebih makan.......

p/s kepada kekawan bloggers Kak Awwa tidak buat rumah terbuka sebab tak larat nak masak-masak. Tetapi kalau kekawan nak datang rumah , pintu rumah Kak Awwa sentiasa terbuka untuk kekawan semua.

Monday, October 5, 2009

cerita lepas raya


Sejak dua menjak ni Kak Awwa rajin sangat pergi cari web jualan tudung, kain dll. Memang menyeronokkan, rasa seperti Kak Awwa pergi shopping walau hakikatnya hanya petik di hujung jari memang berbaloi-baloi mencuci mata walaupun tak membelinya. Kak Awwa pernah sekali beli tudung on line. Sehelai RM 35 di campur dengan skynet RM49 lah. Dekat raya baru-baru ni suami Kak Awwa belikan dua helai tudung yang sama tetapi jenis kain berbeza RM 10 je(kita pakai yang murah-murah je). Memanglah kalau mahalpun sebab nak kena bungkus, pos dll lagi. Tetapi yang tak best tudung-tudung ni tak melepasi dada, kena pakai selendang lain kalau adapun tak banyak.

Kalau di sebut tentang tudung ni nak menangispun ada, sebab raya hari tu suami Kak Awwa(suami lagi hehehe siapa lagi nak belikan, tahun ni Kak Awwa tak gi shopping rayapun) belikan sehelai tudung Dato Siti untuk di pakai di majlis perkahwinan Nurul Syuhada, tetapi impian itu tidak kesampaian. Memang Kak Awwa suka sangat dengan tudung sarung CT. Apa nak di malukan wanita yang berumurpun masih memakainya lagi. Kakak Kak Awwa yang berusia 45 tahunpun masih memakai tudung fesyen lagi. Cuma kakak ipar Kak Awwa iaitu Kak Za suaminya(abang saya)tidak benarkan dia memakai tudung fesyen-fesyen cuma tudung labuh je) manakala anak-anaknya pulak tidak di benarkan sama sekali memakai seluar panjang baik di rumah dan di luar rumah. Tetapi ayah Kak Awwa pulak dia tidak kisah asalkan pakai baju labuh kalau berseluar. Erm alahai kesian kat tiga orang anak gadisnya tu. Duk kat rumah depan ayahnya bolehlah, bila dah masuk U entahlah.... pakailah anak-anak asalkan tidak melampai batasan ugama, asalkan aurat terjaga. Nak kata hulu tak duduk di hulu hehehe orang hulupun lebih dari orang KL pakaiannya . Opss terlari dari tajuk asallah pulak.....


Syawal dah nak habis dah puasa gantipun bermula, kuih raya dan habukpun masih ada lagi (badanpun naiklah berkilo-kilo). Yang tak dapat di lupakan hari Hafiz nak balik Kelantan teringgal dua tiga jenis kuih raya. Itulah kalau dah kita terlupa semuanya terlupa, kalau kita tak pesan tak ambillah dia walaupun dia tahu itu bekalannya terkilan sangat. Lain kali kena letak beg yang nak di bawak kat pintu baru tak tertinggal sedihnya................

November tak lama lagi datang menjelma raya korban/haji pulak tentu ramai bakal jemaah haji sedang bersiap-siap untuk ke Mekah. Kak Awwa ni bilalah lagi agaknya ya? Moga-moga impian akan tercapai jua suatu hari nanti amin. Tak salah kalau berangan kearah kebaikan kan. Raya korban kat sini sajalah nampaknya Tak apalah nak buat macam mana, sudahlah aidilfitri hari tu di sambut dengan kesedihan semoga ianya tidak akan berulang lagi..............

Monday, September 28, 2009

nostalgia aidilfitri



Tiba di rumah pagi hari raya, nasi dagang dan nasi hujan panas berlaukkan ayam masak merah dan juga biskut raya penuh terhidang di atas meja. Bab masak ni Kak Za(kakak iparku) kalau nasi dagang mek Kak Awwa yang masak di bantu Kak Za dan anak-anak.

Nurul,hajar dan anak-anak lepak di dapur


Setelah kesemuanya berkumpul mereka sibuk bergambar sebagai kenangan. Sayangnya kameraku rosak. Entahlah dalam bulan Sept memang banyak kejadian pecah dan jatuh. Mula-mula kamera yang di pegang Hafiz terlepas pecah skrin, pastu di ikuti dua biji gelas yang Kak Awwa basuh terlepas alu lesung huhuhu. Nak bersahur pulak terlepas mangkuk panas pulak dengan gulai ayam sekali. Petang pulak sebiji gelas lagi. Memang bulan kaca pecah berderai sungguh. Bukan tak berhati-hati tetapi ketiga-tiga kami memang berlaku benda macam ni. Alamak kalau dalam drama sudah pasti di katanya ada apa-apa musibah yang berlaku dan akan berlaku. Tetapi bagi Kak Awwa mengarut semua itu. Kalau terjadi jugak itu secara kebetulan.



di ambil secara rambang. Syahidan dan Amirul





Yang nak tergelaknya adalah orang kampung Kak Awwa dulu-dulu dia kata bunyi burung hantu petanda ada orang nak mati. Memanglah petang tu ada orang yang mati menantunya sendiri kerana sakit kancer pangkal rahim. Memang dah ajal dia mati petang tu bukan kerana malamnya bunyi burung hantu. Burung hantu gelas pecah takde kena mengena.

Ops dah takde kena mengena dengan tajuk raya dah ni. Alhamdulillah Kak Awwa dah tak sedih-sedih lagi dah, sebelum ni kalau di ingatkan pasti menitis air mata. Pagi raya semua orang bergembira sedangkan Kak Awwa mata memang bengkak gila masa tu sebab seharian menangis di bilik hotel. Memanglah ada yang perasan tetapi tidak menegur kenapa. Tak apa biar mereka tidak tahu dari mereka tahu apa yang kita rasa.

Baju raya sedondong warna coklat kami iron dan pakai juga biarpun tidak bersolat aidilfitri. Hafiz pun sempat pergi beraya di rumah jiran-jiran hingga ke Kota Bharu dengan sepupunya. Belum pernah lagi kepulangan Kak Awwa begini. Tak pernah tak tidur di rumah emak walaupun semalam. Tetapi kali ini malam tu kami tinggalkan juga pergi ke Pasir Puteh untuk naik bas tambahan. Setitik air matapun tak tumpah di hadapan mek dan ayah..tetapi ianya tumpah jua ketika dalam bas. Inilah kali pertama kami tak tidur di rumah mak.

Dalam bas tu cuma ada enam orang penumpang yang nak balik ke Kuala Lumpur. Tak ramai kerana orang masih beraya , kebetulan pula bas tu nak balik Kuala Lumpur kosong. Kalau takde bas tu mungkin kami tak balik lagi. Kak Awwa selalu pujuk hati, setiap kejadian ada sebab-musababnya. Kita tak tahu melainkan Allah. Memanglah aidilfitri kali ini nampak teruk, tak solat sunat aidilfitri, tak dapat nak hadir walimah anak kakak. Tetapi biarpun seribu kekesalan semuanya sudah terlambat.

Alhamdulillah dengan adanya blog ini Kak Awwa boleh muntahkan apa saja yang Kak Awwa rasa. Kalau tak ada blog entahlah tentu lebih terasa sunyi dan kosong hidup Kak Awwa. Bertambah sunyi sepi bila anak sudah pulang ke Kelantan. Kak Awwa dah lupakan segala yang sedih-sedih Kak Awwa nak buat sesuatu yang boleh menghiburkan diri sendiri. Kalau kita rasa sedih di aidilfitri kita masih ada benda yang hendak di makan, kita masih ada pakaian untuk di pakai. Bayangkanlah orang yang tidak berumah, menumpang teduh di surau dan van buruk. Hari-hari yang mereka lalui tetap suram. Hari raya tiada ertinya lagi dalam hidup mereka. Syukurlah ya Allah sekurang-kurangnya nasib kita tidak seperti mereka. Siapa lagi yang hendak motivasikan diri kita kalau bukan diri kita sendiri. Kekadang kalau kita pujuk hati sendiri insya Allah akan lebih baik.

Sunday, September 27, 2009

Selamat pengantin baru Nurul





Genap usiamu 23 tahun seusai belajar dirimu bergelar isteri orang. Pasti abah dan umimu tersenyum bahagia melihat dirimu di hias indah menjadi raja sehari. Doaku panjatkan semoga dirimu akan menjadi isteri yang solehah dan bahagia hingga ke hujung nyawa.
Selamat mendapat menantu Kak Ass dan Abang Zul....


p/s Gambar ketika bertunang... tentu gambar perkahwinan lebih cantik dari ini. Masih menanti gambar pengantinnya di friendster Nurul (24/9/2009 bersamaan dengan 5 Ramadhan 1430 hijriah khamis...)

Saturday, September 26, 2009

suka duka balik raya dengan LG&TV9 part2


Setelah semuanya selesai hadiahpun dah dapat yang kecik dan yang besar bersahurpun sudah. Tepat jam 1.30 pagi perjalanan ke Kota Bharu bakal bermula, manakala bas ke Kuala Trengganu menyusul tak lama kemudian. Pemenang balik ke Trengganu tak ramai berbanding dengan yang nak balik ke Kelantan. Tetapi tak penuh satu baspun. Kak Awwa duduk berasingan dengan suami dan Hafiz. Kerana memilih tempat duduk di hadapan bersama seorang adik yang hendak pulang ke Pasir Mas.

Jalan tak usah cakaplah jam sangat-sangat. Jam 4am baru sampai ke Bentong. Bayangkanlah hendak ke tandas jauh, dahlah gitu kena beratur pulak. Bila dah dapat giliran lama pulak tu masuk ke tandas. Tepat jam 6am baru nak gerak semula. Drebar bas dah marah-marah sebab lama sangat menanti. Hingga dikatanya kencing batu ke diorang ni...alamak marahnya dia.

Bayangkanlah perjalanan yang jauh dengan perut yang sakit. Terpaksa tahan berjam-jam. Oleh kerana terlalu jem bas tak boleh berhenti mudah-mudah biarpun anak kakak di belakang tu menangis menahan kencing. Kesian pulak Kak Awwa mendengarnya.

Inilah dugaannya kalau naik bas, nak buat macam mana kalau ada kenderaan sendiri tak mahu naik bas dalam keadaan diri kita yang macam ni. Teruk sangat-sangat menempuh perjalanan jauh, selama Kak Awwa berulang alik dari KL ke Kelate inilah perjalanan yang paling teruk sekali kerana tepat jam 2.30pm baru tiba ke bandar Kota Bharu itupun tak boleh nak masuk ke bandar sebab jam teruk. KB pun teruk jangankan KL, terpaksa turun di Jalan Hamzah. Dah lah macam tu nak cari teksipun susah, semuanya tak mahu pergi kerana jalan jem. Mahu tak mahu minta teksi hantar di hotel yang berdekatan. Kalau nak balik ke Pasir Puteh rasanya terkencing dalam teksi tu dah....teruknya.

Kepulangan Kak Awwa tidak siapapun yang tahu, niat hati hendak buat surprise kepada keluarga. Tetapi lain pulak jadinya kerana tibanya di hotel Kak Awwa dah tak sabar nak telefon mek. Mek ingat Kak Awwa dah tak balik raya tahun ni. Kak Awwa minta abang datang ambik..tetapi harapanku hampa kerana semuanya ada hal sendiri, diorang suruh ambik teksi saja(tak cakappun orang dah tahu nak ambik teksi biarpun KB ke kampung tu RM80). Nak cakap lebih-lebihpun tak elok juga...tetapi hati ini cukup terguris.


Kalau orang lain kepulangan di sambut saudara mara belum bas berhenti sudah menanti. Tetapi kami terkial-kial mencari teksi yang jual mahal. Memang Kak Awwa tak suka menyusahkan sesiapa, tetapi andai ada ehsan alangkah gembira kalau kepulangan ini di sambut. Balik beraya dan waktu lain sangat berbeza tetapi entahlah....

Kak Awwa sms kakak di Tanah Merah malam tu jugak. Dia menyuruh anaknya yang nombor dua datang ambik pagi raya tanpa pengetahuan Kak Awwa. Sedar-sedar anak buah Kak Awwa sms katanya dia sudah ada di bawah. Terkilan kerana tak lama lagi nak bersolat hari raya biarpun di bilik hotel, manakala Hafiz dengan ayahnya di masjid. Dia suruh berkemas barang, tak sempat nak pakai baju raya kerana semuanya berkedut seribu kerana cadangnya hendak pinjam iron di hotel itu. Alangkah rasa ruginya tak bersolat hari raya, anak buah nak berhenti di mana-mana masjid tetapi pakaian kami tak tak ubah seperti nak pergi bersantai, dengan skirt jean dan seluar jean Hafiz dan ayahnya memang tidak begitu molek untuk bersama dengan orang-orang yang berpakaian cantik di aidilfitri.


Anak buah Kak Awwa kata "kenapa tak pakai baju raya boleh singgah kat mana-mana masjid".

"Dah Mus datang awal sangat maksu kata suruh datang ambik lepas solat aidilfitri". Manalah Mus tahu umi tak cakappun, umi suruh Mus datang ambik tak cakap apa-apapun".

Sampai di rumah mek cuma ada budak-budak sahaja kerana yang dewasa pergi solat aidilfitri. Memang ralat sangat, serba serbi tak kena. Apalah yang mampu kami katakan semuanya dah terlambat. Dalam hati tetap berdoa moga-moga tahun depan kami tidak akan tinggal solat sunat aidilfitri lagi. Kami tak rancang semua ini akan berlaku, tetapi nak buat macam mana kami bukannya balik sendiri. Kami naik kenderaan awam beginilah jadinya.

Berkali-kali kakak ipar dan abang Kak Awwa kata kenapa tak turun di Pasir Puteh? Bas ini di sewa khas hanya untuk sampai ke Kota Bharu sahaja bukannya senang-senang hendak berhenti sesuka hatinya. Kak Awwa suruh datang ambik di KB bukannya di Kuala Lumpur. Kalau ikutkan hati memang terguris sangat. Tetapi apalah daya tahan sebak di dada sahaja. Kakak Kak Awwa pulak bertanya kenapa tak telefon dia dulu boleh abang ipar pergi ambik atau anaknya petang balik tu. Entahlah dah emak dan ayah kita duk Pasir Puteh sementara dia di Tanah Merah sudah pastinya hendak menemui ayah dan mek dulu. Tetapi ini jugak kesilapan Kak Awwa..


Tahun ni takde adik beradik yang pulang kerana mereka semua akan pulang ke rumah kakak di Tanah Merah pada 23@24-9 untuk menghadiri majlis walimah anak sulung Kak Ass. Mereka kumpul beramai-ramai tanpa Kak Awwa. Suami Kak Awwa tak habis berfikir, katanya cuba fikir macam mana kita nak pulang semula ke KL. Tiket bas dan keretapi habis licin, kalau nak balik jugak kena balik malam tu jugak sebab ada tiket bas tambahan, selepas tu dah takde tiket, kalau adapun 1@2/10. Diorang tanya kenapa tak beli tiket pergi dan balik? Kak Awwa kata sapa nak beli tiket sebelum ni dia duk kat rumah kerjapun tak pergi. Aduhai kesiannya tengok wajah kakak Kak Awwa. Dari kecil rapat dengan dia, anak-anaknya dah seperti anak Kak Awwa. Dah nama lagi anak saudara tentulah rapat dengan emak saudaranya. Tetapi apalah daya hendak kata apapun dah tak berdaya. Apa nak buat Allah tak izinkan Kak Awwa dan keluarga berada di majlis itu pada 24/9/2009. Ralat, sedih terkilan menangis hanya Allah sahaja yang tahu.

Mek Kak Awwa pulak kata dah balik dah tunggulah sampai 24/9/ni biarlah suami Kak Awwa balik dulu? Serba salah rasa bagaikan di tarik kiri dan kanan berbelah bagi. Kak Ass kata dia ingat hari bersejarah ni nak berkumpul adik beradik tetapi kalau dah ada halangan tak apalah. Manakala Kak Awwa tak kisah menunggu lama, tetapi suami Kak Awwa kata dia tak tahu nak datang ambik Kak Awwa bila, cutinya pun tak banyak. Kalau adapun simpan untuk pergi hospital. Pastu nak hantar Hafiz lagi banyaknya halangan untuk Kak Awwa hadiri majlis itu.

Hajat hati hendak melihat Nurul bersanding dengan pilihan hatinya tidak tercapai, hati mana yang tidak sedih anak saudara khawin kita takde. Sebagai isteri harus mengikut kata suami, biarpun Kak Awwa suruh dia balik sendiri tetapi dia tetap nak ajak Kak Awwa balik juga. Mungkin ada hikmahnya atas segala yang berlaku. Kak Awwa tahu kakak dan keluarga terkilan dengan Kak Awwa. Apa yang Kak Awwa rancang semua ini tak menjadi( Kita merancang Allah yang menentukan, (biarpun kita juga yang menentukan tarikh dan harinya ) tetapi DIA lebih tahu segalanya). Pada hari tarikh 23,24 dan seterusnya air mata ini tak pernah kering. Hanya Allah sahaja yang tahu. Aidilfitri kali ini bertemankan air mata. Dalam pada itu Kak Awwa bersyukur kerana kakak Kak Awwa pun sudah beransur pulih dan boleh memandu ke sana sini uruskan majlis walimah.

Sementara Nurul(bakal pengantin) tidak sedikitpun berkecil hati kerana dia faham bagaimana keadaan Kak Awwa. Cuma Kak Awwa sahaja yang bersedih hati di saat orang lain sedang bergembira di hari bersejarah itu. Impian hanya tinggal impian. Hajat hati hendak melihat Nurul naik pelamin tidak kesampaian. Tetapi Kak Awwa percaya apa yang berlaku ada hikmahnya. Kalau panjang umur pasti akan bertemu juga dengan hari bersejarah ini.

Dalam banyak hal Kak Awwa banyak ketinggalan sedihnya.Walau bagaimanapun Kak Awwa bersyukur sangat dapat mencium pipi dan mengucup tangan mek dan ayah di aidilfitri memhon ampun dan maaf. Ayah sangat memahami katanya dah takde tiket tak apalah. Ya Allah andainya ramadhan dan aidilfitri tahun ini merupakan yang terakhir bagiku rasanya akulah orang yang paling rugi. Ya Allah panjangkanlah umur kami, kedua ibu bapa, adik beradik kami dan anak-anak kami serta sahabat-sahabat kami. Ampunkan segala dosa-dosa yang kami lakukan. Kami mengaku kami banyak melakukan kesilapan AMPUNKAN LAH KAMI YA ALLAH.Kami tahu segala ujian ini adalah sekadar untuk menguji keimanan kami yang sentiasa lalai dan alpa dari mengingatiMU.Kalau di ingatkan memang tumpah air mata..........

~~Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau~~~

p/s orang duk seronok-seronok sambut raya dan menerima menantu tetapi kami sedihnyaaaaa raya-raya sedih uhukssss hik hikssssss...La Tahzan..........

Adik ipar call bagitau dia nampak Hafiz kat TV3 singgah sahur, abangnya kata agaknya pelanduk dua serupalah tu. Kekadang kita bersedih hati andai hajat tidak kesampaian tetapi kita tak tahu mungkin Allah hendak hadiahkan kita sesuatu yang lebih baik dari semua ini. Memanglah terasa ralat dan banyak hati yang terluka, tetapi andainya mereka tahu....................
hakikatnya yang benar2 kasih dan sayangkan kita bukannya emak, ayah, adik beradik atau suami tetapi... Allah. SayangNYA Dia pada kita melebihi sayangnya seorang ibu kepada anaknya....

Friday, September 25, 2009

suka duka balik raya LG&TV9


2-9-2009 Anda tepilih sebagai sebagai pemenang Balik Kampung bersama LG&TV9 pada 18/9 sila hubungi LG untuk maklumat lanjut dgn segera.

17-9-2009 terima surat dari LG dan juga sms BALIK KAMPUNG DENGAN LG-SIMPAN & TUNJUK SMS ini utk menebus bas tiket ke KB. Himpun di PINTU BESAR KL Sentral 11pm,18/09 TV3 dan Crew akan bersama anda!.

BALIK KG dgn LG: Gentle Reminde-Pls Check &Ensure u body temperature is Belw 37.5 as u will NOT be allwed to bard bus if its Higher than 37.5
.


Ketika Kak Awwa terima SMS dar LG tu suami Kak Awwa dah beli tiket keretapi pada 22-9 untuk balik ke Kelantan. Cuma tiket balik sahaja manakala untuk pulang ke Kuala Lumpur dah kehabisan tiket. Kalau ada balikpun pada 3-10-2009. Entahlah semuanya di luar jangkaan bukan tidak gembira terima tiket free biarpun cuma tiket pulang kampung sahaja. Tetapi terlupa menyuruh kakak Kak Awwa beli tiket balik ke sini selepas 24-9 tu( itulah kesilapan besar Kak Awwa). Balik untuk menghadiri kenduri khawin anak perempuan sulungnya. Tetapi apalah daya segala yang di rancang semuanya tak menjadi. Suami Kak Awwa kena kuarantin di rumah sebelum ni, siapalah yang hendak pergi beli tiket kepada Kak Awwa. Apalah daya Kak Awwa ini tak seperti orang lain. Bila dia dah sihat nak pergi beli tiket, tiket dah habis tetapi masih beli tiket keretapi.

Sebelum ni kakak Kak Awwa telefon bertanya takde ke tiket free? Ketika itu memang Kak Awwa buat tak kisahpun. Dapat SMS dari LGpun Kak Awwa tak kisah sangat..... Pada 17-9-2009 baru di sahkan bila dapat surat dari LG dan jemputan Singgah Sahur dari TV3. Kak Awwa tak fikir sangat, kalau dapat ya tak dapatpun tak apa. Bila dah sah kata dapat suami Kak Awwa hantar balik tiket keretapi. Dapat tiket dari LG kira rezeki alhamdulillah. Kak Awwa saja suka-suka hantar maklumat peribadi di laman web LG tak sangka terpilih. Inilah yang di katakan rezeki.

18-9-1009 bersamaan dengan 27 Ramadhan Kak Awwa siapkan beg besar dan kecil, maklumlah untuk tiga orang dan nak beraya pulak tu sudah tentu bawak banyak baju. Kerana cadangnya hendak tinggal lama. Kalau suami Kak Awwa nak pulang dia boleh naik keretapi pakai main redah saja bayar kat atas tren. Tetapi bila di fikirkan balik kesian pulak kat dia nak kena datang ambik Kak Awwa dan Hafiz. Lepas tu nak hantar Hafiz balik ke Kelantan pada 2-9. Terlalu sibuk dan kalut duk pergi mari badanpun penat. Maklumlah Kelantan ni jauh duduk dalam bas berjam-jam. Kalau berhentipun sekali dua sahaja. Semua tempat tidak mesra OKU, baik surau dan tandas. Aduhai susahnya OKU sepertiku ini. Tetapi kerana nak pulang jugak berhari raya biarpun susah ke senang tetap pulang jugak. Apa lagi bila sudah berpeluang dapat dengan tiket free, biarpun sehala sekurang-kurangnya jimat dah kat situ. Niat hati hanya satu untk mengembirakan hati mek dan ayah dan untuk meraikan kenduri kakakku....

Petang 18/9 Lea datang ke rumah bawakkan kuih raya untuk Kak Awwa, dan juga ang paw untuk Hafiz. Bersusah payah dia datang kekadang terharu sangat pasti menitiskan air mata. Kekadang adik beradik sendiripun tak layan kita sebegitu, bila di ingat semua itu pasti air mata Kak Awwa mengalir ke pipi.
Sampai di KL Central 10.30pm tak ramai yang menanti kerana bas cuma dua buah untuk pulang ke Kuala Trengganu dan Kota Bharu, tu pun tak ramai sebab siangnya dah berlepas tiga belas buah bas di Stadium Bukit Jalil. Kiranya Kak Awwa dan penumpang lain bertuahlah sebab di undang menyertai Singgah Sahur bersama Crew TV3. Ada Nurul Syuhada Nurul Ain, Teh Shuhada, Ally Iskandar, Fizza dan beberapa lagi yang tidak Kak Awwa kenali mungkin mereka di belakang tabir. Manakala Zakiah Anas tidak kelihatan malam itu. Andai kata Kak Awwa kena naik bas ke Bukit Jalil rasanya tak kot....

Kak Awwa sempat mendengar Semanis Kurma yang berlintas langsung di KL Central bersama Ustazah Siti Bahiyah dan Ustaz Akashah. Bukan tak nak pergi ke tempat itu tetapi segan sebab kamera ada sekeliling lagipun jauh jugak dari tempat Kak Awwa duduk dan tempat berlangsungnya semanis kurma. Untuk bertongkat rasa malulah pula. Itulah yang Kak Awwa cuba elakkan. Entahlah mungkin keadaan diri yang tidak seperti orang lain perasaan rendah diri tu muncul bila melihat betapa kalutnya orang bergambar dengan selebriti. Kebetulan pulak kamera pun dah rosak, kalau nak rambangpun tak menepati apa yang kita nak fokus kan. Apalah malangnya............ Cuma pandang dari jauh dan bertukar senyum sahajalah(tp dapat jugaklah ambik secara rambang). Diorang ni patutlah comel lote setiap masa juru make up duk touch-up muka depa. Kalau kita macam tu tentu comel jugak ahaksssss...pasanlah tu hehehe.

Kata jam 11pm ada cabutan bertuah dan lepas tu dah nak bertolak. Tetapi rupanya lain pulak jadinya kerana Dato Farid lambat sampai. Sebelum tu Kak Awwa bersembang dengan seorang kakak yang beketurunan India. Dia ni ramah sangat. Dia tanpa segan silu menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya kepada Kak Awwa. Katanya dia berpisah dengan suaminya sudah lama. Ada anak tujuh orang. Ada yang tinggal bersama suaminya dan bersama dia. Anak-anaknya ada yang sulung berusia 23 tahun dan masih belajar. Rupanya cerita-cerita darinya membuatkan kita tersentuh. Kita tak kiralah dia bangsa apa ugama apa ..tetapi dia juga manusia seperti kita yang punya hati dan perasaan. Dari raut wajahnya terselit seribu duka sesekali dia mengesat matanya yang berkaca. "Dalam hidup kita ni dik kita tak boleh nak harapkan oang melainkan Tuhan. Biar apapun berlaku kepada kita itu Tuhan ingin menguji kita dan sayangkan kita. Pasti ada sesuatu yang Dia hendak beri kepada kita. Adik di jadikan macam ni adalah ganjarannya nanti, sabar ya?" Dik, akak cerita ini benaran( slang seperti Indonesia), akak sedang menunggu adik yang akan tiba dari Penang esok pagi. Sekarang ni akak takde satu senpun duit samaada untuk makan dan minum". Sekali lagi hati Kak Awwa tersentuh, masa ni Kak Awwa bersangka baik yang dia memerlukan pertolongan. Dan sebagai manusia tak sampai hati hendak hampakan harapan orang itu. "Kalau adik sudi"...suaranya terhenti dan mengambil nafas dalam-dalam...kakak hendak minta tolong adik sedikit duit. Memang akak malu tetapi akak nak minta tolongpun kena tengok orang jugak. Tetapi kalau tak ada tak apa". Sayu suaranya.... Ketika itu suami Kak Awwa dan Hafiz lesap entah kemana mungkin pergi tengok apa-apa kat luar sana. Kebetulan Kak Awwa masih di dalam manakala di luar tempat bas sedang menanti sudah banyak hamper dan beg-beg LG dan Mamee untuk di agih kepada penumpang bas. Manakala hamper itu akan dapat kepada yang bertuah sahaja. Kak Awwa buka beg adalah sedikit duit lal(bukan maksud riak sekadar membantu) tanpa rasa syak Kak Awwa kasi kan dia. Katanya kalau kita tolong orang, orang akan tolong anak-anak kita. Kak Tosiah kawan suami Kak Awwapun kata macam tu jugak. Kak Awwa tahu wang yang Kak Awwa kasi tak mugkin sampai hingga esok kalau dia berbelanja. Apakan daya hanya itu sahaja yang termampu Kak Awwa hulurkan. Kalau suami Kak Awwa dekat kan boleh minta tolong. Pengumuman sudah di buat Kak Awwa minta diri untuk keluar menanti ke tempat bas. Suami KakAwwa sudah memanggil dari luar dan dia tak dapat nak tinggalkan beg yang banyak di luar. Kakak itu sudi menjadi peneman Kak Awwa hingga ke bangku, dia faham keadaan Kak Awwa. Jurukamera tak henti-henti snap gambar sesiapa sahaja. Kak Awwa cuba mengelak agar tidak tersnap biarpun satu gambarpun. Tetapi entahlah......

Sebelum Kak Awwa meninggalkan kakak itu, Kak Awwa tanya dia "tak takut ke tidur di sini sementara nak tunggu siang?" Dia kata tak takut sangat sebab ada jaga"....

Tepat jam 1 pagi Dato Farid dan orang kuat LG tiba. Ada cabutan bertuah, oleh kerana ramai yang mengerumun Kak Awwa tak pergi ketempat orang berkumpul, cuma Hafiz dan ayah nya sahaja. Nak harapkan Kak Awwa nak pergi kat situ tidaklah. Lagipun diorang ni main redah je tak kira orang. Akhirnya nama Kak Awwa di umumkan dapat hamper, suami yang wakilkan. Itupun Dato Farid dah nak kasi kat orang lain sebab Kak Awwa tak pergi kat situ. Suami Kak Awwa cakap orang puteh sikit baru Dato Farid nak faham( memanglah dia faham bahasa Malaysia, tetapi tak kan lah suami Kak Awwa nak cakap yang wife dia tu OKU macam tu je, kalau cakap orang puteh bunyilah lembut sikit, bimbang takut terkasar bahasa bukannya maksud menunjuk ke apa ke). Kalau tidak memang tak dapatpun. Entah malam itu mungkin tuah kami, nama Hafiz pulak di umumkan mendapat sebuah Hp dari LG selepas Kak Awwa. Sorakan bergemuruh, sayangnya tak ambik gambar masa dia di intvu. Ada suara-suara nakal mengatakan kalau dapat kat aku.Hp cuma ada dua sahaja, bermakna Hafiz dan seorang lagi tu yang dapat. Dah rezeki syukur alhamdulillah. Sebelum tu Kak Awwa berdoa dalam hati semoga dapatlah periuk ke, pinggan ke. Akhirnya dapat jugak hp, kebetulan pulak hp Hafiz dah semakin teruk. Semuanya rezeki Subhanallah rezeki balik raya. Kadang-kadang kita tak jangka apa yang akan berlaku dalam hidup kita. Amat bermakna bagi kami....


p/s gambar yang Kak Awwa ambil dari jauh pakai main rambang je tu.....

Bersambung...............

Friday, September 18, 2009

ucapan SMS dari rakan-rakan

Sms ini Kak Awwa simpan sudah lama dari tahun lepas lagi. Oleh kerana terlalu lama Kak Awwa terpaksa mendeletenya dalam hp Kak Awwa dan updatekan di sini.

Untuk tahun ni Kak Awwa dah agak kekurangan kredit untuk bersms, cukuplah ucapan hanya melalui box rakan-rakan blogger. Yang tidak mempunyai blog Kak Awwa hantar emel saja. Pagi tadi sahabat Kak Awwa Lea datang ke rumah untuk mengucapkan selamat hari raya terharunya...

Di antara sms itu terdapat dari NB (Kak Norhayati Berahim novelis terkenal) yang di hantar kepada Kak Awwa tahun lepas. Tahun ni dah takde dah yalah novel tak menjadi manalah nak hantar lagikan. Tu lah bertatihpun tak lepas ada hati nak tulis novel ahakssss.

From NB "Andai kita di beri pilihan,antara ramadan dan lebaran;sukar rasanya menyajikanjwpn,kerna kedua2nya anugerah TUHAN.Duhai sahabat....tangisi rmdn dgn keinsafan dan raikan lebaran dgn keriangan slm penuh kemaafan dr nb sekeluarga"

Dari Dj Selina Datuk Hj Light(Dj radio Kota Kinabalu Sabah)" Pelita di letak di atas para,hendak dinyalakan di tepi titi,SMS dihantar penganti kad raya,tanda ingatan di aidilfitri. Maaf zahir dan batin". Selina

From Fairuz"Satu syawal menjelang tiba,takbir bergema mengetar jiwa;sekianya ada salah dan silap, ampun di pinya di hari mulia.semoga syawal kali ini membawa makna yg cukup bererti buatmu sekeluarga dlm mengharungiliku2 hidp di kemudian hari". Salam aidilftri dari fairuz dan keluarga.

Insya Allah sambung tulis lagi rasa malas pula. Kepada yang pulang ke kampung halaman tu selamat pulang, selamat menjamu selera bersama sanak saudara yang tercinta. Kepada yang tak pulang tu janganlah bersedih hati tahun hadapan mungkin boleh pulang manalah tahu dapat tiket free dalam kegawatan ekonomi. Kepada Sky di Ireland kalau singgah sini Kak Awwa mohon ampun dan maaf rinduku padamu tak pernah padam. Kenangan pertemuan lalu tidak pernah padam biarpun blog cahayaku sudah hilang.

Kepada Epel dan suami selamat berbahagia di kampung. Kepada sahabatku Lea terima kasih kuih raya yang di beri, moga di murahkan rezekimu sahabat. Kepada Keshi, Ks, Lissa, Kak Wan dan yang pernah bertemu kalian tetap dalam ingatanku. Moga kalian semua di limpahkan rahmat dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dariNYa.

p/s sudah jatuh di timpa tangga huhuhu camera digitalku jatuh dan pecah skrinnya. Dah takde gambar kenangan di aidilfitri kali ini. Adalah kamera yang pakai kodak, tu pun cap ayam ada lagi orang pakai sekarang ni? Mahu tak mahu hendak jugak ambik gambar erm tiba masanya pegi jugak kameraku...


sambung tulis ucapan raya dari kekawan

from kawan sekampung Fatimah: Pasang pelita di aidilfitri.....nampak halaman berseri-seri...sms di beri penganti diri, segala silap mohon dimaafi....


from Lissa: Jambangan bunga indah berseri . menjadi hiasan atas almari,sms d kirim penganti diri, tanda ingatan tak layu di hati...SELAMAT HARI RAYA ,MAAF ZAHIR &BATIN....

From Fairuz: dalam kelembutan lodah, ada keterlanjuran kata. dalam girau dan senda, ada khilaf dan dosa. harap dimaafkan segalanya. selamat menyambut aidilfitri. semga dirahmati Allah. Ikhlas from Fairuz &family.

From Marini:lebaran telah datang menyampaikan salam. kemaafan zahir dan batin silih berganti..jiwa yg beriman semakin tenteram..senyum kesyukuran menyambut aidilfitri...

Wednesday, September 16, 2009

Salam lebaran


SELAMAT HARI RAYA kepada semua rakan-rakan blog yang kenal dan yang tidak mengenali Kak Awwa. Hendak conteng kesemua blog kalian tak termampu Kak Awwa. Raya tahun ni sambutannya ala kadar saja, lebih kepada tak berapa ghairah nak menyambutnya. Kak Awwapun tak tahu di mana Kak Awwa hendak beraya di sini atau di sanun entahlah. Walau bagaimanapun inilah hari kemenangan untuk umat islam setelah berpuasa selama sebulan. Bersyukurlah kerana masih bertemu lagi hari raya tahun ini. Mudahan bertemu lagi dengan ramadhan dan aidilfitri tahun hadapan.

Kepada kawan-kawan yang mengenali atau tidak di kesempatan ini Kak Awwa dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Manalah tahu selama Kak Awwa berblog Kak Awwa ada menyinggung perasaan kawan-kawan semua baik dalam penulisan atau dalam memberi komen-komen. Ampun maaf yang Kak Awwa pinta dari hujung rambut hingga hujung kaki. Terus terang Kak Awwa katakan menitis air mata Kak Awwa bila mendengar lagu-lagu raya, belum lagi dengar takbir raya. Sayu dan sebak rasa hati ini. Wassalam...

Monday, September 7, 2009

pergi Mid Valley tp xbeli apa2pun

Semalam sempena Nuzul Quran suami Kak Awwa tak bercuti(Kl tak cuti). Dia pegi kerja seperti biasa. Tetapi pukul 10.00 pagi suami telefon Kak Awwa ajak Kak Awwa pergi CIMB di Section 14(lepas tu dia kena pergi PPUM ada janji temu dengan doktor). Bagaimanalah Kak Awwa boleh terlupa yang bank tutup di Selangor ni. Penat-penat je pergi bank tutup. Mau tak mau dah keluar kenalah pergi jugak di Kuala Lumpur nak selesaikan urusan.

Dalam teksi borak dengan pemandu teksi Cina. Peramah pulak dia ni, memanglah selama Kak Awwa naik teksi ada berbagai ragam pemandunya. Ada yang senyap, dan ada tu pemandu Cina nak cakap Melayupun tak fasih tetapi mau dia sembang alahai peramahnya dia. Tetapi pemandu teksi ni takda lah pelat sangat loghat Cinanya.

"Hantar kami ke Bank CIMB Kuala Lumpur kata suami saya. Kuala Lumpur jauh woo manyak mahal. Apa kata pergi CIMB kat Bangsar je". "Tak kiralah kat manapun kata suami saya".
"Nanti saya telefon wife yang kerja kat Mid Valley tanya CIMB buka ke tak". Lalu dia telefon isterinya bercakap dalam loghat Cina.

"Ada buka itu Bank kat Mid Valley, kalau pergi Kuala Lumpur saya untung banyak, u yang rugi ooo, tak apalah saya untung sikitpun"(dia gelak besar).

"Saya hantar u dekat dengan pintu CIMB, kesian kat u nak berjalan jauh"(timbang rasa jugak pemandu teksi ni kata saya dalam hati).

Inilah pertama kali sampai di CIMB dekat Mid Valley. Rupanya nak balik takde teksi(kat situ) nak berjalan jauhlah pulak. Mau tak mau suami Kak Awwa kenalah pinjam kerusi roda, erm siannya kat suamiku. Nak buat mana nak jalan jauh Kak Awwa tak termampu.

Dah ada kerusi roda tu pusing-pusing nak keluar kat teksi sebab suami nak balik cepat. Cuma tengok saja jualan hari raya. Ramainya orang beli belah. Nampaknya pergi Mid Valley kali ni takde shopping-shoppinglah Kak Awwa. Bukannya nak beli apa cukuplah beli barang-barang keperluan. Tahan saja hati nak beli itu ini (dah nama lagi orang perempuan tentu nak itu dan ini).

Bila dengar lagu-lagu raya rasa sedihlah pulak.

Tuesday, September 1, 2009

Persiapan aidilfitri


Sedar tak sedar pejam celik pejam celik dah dua belas hari kita berpuasa hari ini. Mungkin ada sesetengah kaum ibu sudah membuat persiapan untuk anak masing-masing. Maklumlah aidilfitri ni di sambut sekali setahun sahaja. Tentulah teruja untuk menyiapkan itu dan ini. Tambah-tambah yang ada keluarga besar lagilah hendak buat persiapan awal-awal.

Bagi Kak Awwa persiapan raya ala kadar sahaja. Memandangkan nak berpindah sudah tentunya memerlukan kos yang banyak untuk menyewa lori, upah orang angkat barang dll. Persiapan raya tak semestinya serba baru. Misal kata kain langsir tu kalau boleh di pakai lagi pakai lah hehehe(. Kan mudah tak payah nak pening-pening pk persiapan raya). Baju tahun lepas masih tak terjejas lagi, boleh di pakai untuk hari raya nanti( Tetapi ada sesetengah baju tu rasa macam besar sangat tak selesa di pakai). Nak kemana sangatlah Kak Awwa ni, apa lagi beraya kat sini. Tetapi cuba jugak intai-intai tiket untuk pulang walimah anak buah pada 24.9 nanti insya Allah teringin sangat hendak pulang meriahkan majlis tersebut. Teringin hendak berkumpul dengan semua adik beradik yang berlima lagi tu. Rasa ralat sangat kalau tak pulang.....

Baju raya Hafiz dan suami je kot kalau belipun. Malam raya boleh pergi beli, boleh dapat harga murah. Hafiz ni jenis tak kisah dalam orang sibuk-sibuk nak buat persiapan baju raya ke apa ke. Dialah jenis tak kisah, apa yang ibu beli itulah yang dia terima. Cuma tahun ni dia nak pakai baju kurta warna coklat. Begitu jugak dengan suami Kak Awwa kalau kita paksa dia suruh beli baru nak beli. Yalah kan biarpun nak sambut aidilfitri kita kena pk jugak kedepan. Bak kata orang waktu senang kena ingat waktu susah jugak. Tak semuanya hendak perabih pada musim raya sahaja. Jangan nanti lepas raya satu habukpun takdak kan susah. Bagi yang berduit tak kisahlah, tetapi bagi yang biasa-biasa tu ukur baju di badan sendirilah.


Kuih raya seperti biasa beli sajalah senang dua tiga jenis. Tak berayapun dah makan kuih raya. Lagipun kuih raya ni manis tak elok makan banyak-banyak. Bimbang takut terkena diabetiskan susah. Tetapikan seronoknya berniaga kuih raya tentu pendapatannya lumayan di musim raya ni. Beruntung orang yang pandai buat kuih raya. Erm satu lagi bagi yang pandai menjahit pakaian tentu tak menang tangan hendak menerima tempahan. Ada sesetengah taylor sudah stop dari mengambil tempahan. Yang berniaga di bazar ramadhan time ni lah hendak tambahkan pendapatan. Sesungguhnya rezeki di bumi Allah ni luas cuma hendak dengan tak sahaja. Cewah belum apa-apa lagi dah cerita tentang persiapan raya layan ajelah hihihi.

p/s Mekasih epel dan hubby dalam sibuk-sibukpun sempat lagi singgah ke rumah Kak Awwa hantar juadah berbuka. Tak sempat berbuka bersama. Lucunya time Epel call Kak Awwa duk masak asam pedas keladi. Petang tu teringin pulak hendak makan keladi. Ada ke patut Epel call kata nak datang rumah Kak Awwa kata nak datang buat apa? Erm ampun Epel tersasul hehehe tak patut sungguh le Kak Awwa ni. Cantik tudung kat patung tu....

Saturday, August 29, 2009

Sayang hajat tak sampai

Rasa rajin pula hendak up date blog ni. Membaca sahaja penulisanku dan penceritaanku orang dah tahu tahap manalah pengetahuanku dalam erti kata lain setakat mana pendidikanku. Erm setakat ni jelah, tetapi alhamdulillah bolehlah di katakan celik IT kalau nak dibandingkan dengan orang yang tak tahu langsung tentang IT dan blog( bukan angkat bakul sendiri ni hihihi). Ramai kawan-kawan di pejabat suami yang tidak ambil tahu tentang blog dan Internet. Ramai yang minta tolong suami Kak Awwa ajarkan mereka buat blog dan apa-apa saja tentang komputer. Di ofis mereka hanya buat kerja je dengan komputer dan IT, kalau bab-bab blog jarang yang ambil tahu. Kalau baca blog orang mereka suka kata suami Kak Awwa.

Dengan dukacitanya di maklumkan manuskrip anda di tolak kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang di ingini(lebih kurang macam ni lah emel yang di hantar kepada Kak Awwa, Kak Awwapun dah ingat-ingat lupa sebab terdelete). Ya jawapan itu tidak mengecewakan Kak Awwa kerana sudah agak dah, malah Kak Awwa berterima kasih banyak-banyak kepada mereka). Sebab terlalu lama pihak sana memberi jawapan(kata editor ikut giliran). Tahun 2008 kita hantar manuskrip tu(kalau tak silap Kak Awwa ada cerita yang adiknya datang mengambil manuskrip tu kat rumah di entry yang lepas-lepas) awal tahun 2009 di bulan Februari pihak sana beri jawapan hitam putihnya. Sahabat Kak Awwa Lea yang pada mulanya bawakan sebahagian manuskrip tu kepada Puan Sifu. Tak mengapalah ianya tidak akan berakhir di sini, akan Kak Awwa belajar dan belajar lagi menulis biarpun dalam blog ni. Sekurang-kurangnya kita tahu kesilapan kita. Dan mereka ada hak untuk menolak dan menerima mana yang terbaik untuk mereka menilainya.

Sedari dulu lagi Kak Awwa minat menulis, di zaman persekolahan Kak Awwa selalu mengirimkan karya di radio Kota Bharu dan tersiar( Kak Awwa masa tu menulis cuma mengunakan kertas kajang dan menulispun tulisan sebiji-sebiji, sebab masa tu manalah ada komputer, kalau adapun mek Kak Awwa tak mampu hendak membelinya). Bila dah ada komputer dan IT, lebih memudahkan kerja Kak Awwa pernah karya Kak Awwa tersiar di malajah ibu beberapa kali dan di bayar beberapa kali. Ketika itu tinggal di Rawang kenal dengan editor majalah ibu. Kak Awwa tahu setakat mana tahap penulisan Kak Awwa dan orangpun dapat menilainya. Tetapi sekurang-kurangnya itu cara kita, tidak ciplak idea dan gaya penulisan orang. Gaya bahasa Kak Awwa pun agak lintang pukang mungkin sebab itu manuskrip di tolak biarpun sebelum di terima manuskrip tu, editor kata akan terima walau bagaimanapun keadaannya(manuskrip tu) dan akan di edit dan sebagainya. Mungkin manuskrip lain lebih baik lagi, bahasa Kak Awwapun tak tinggi berbanding orang lain tak mengapalah Kak Awwa redha. Walau bagaimanapun Kak Awwa gembira kerana pernah berhubung dengan Puan Sifu dan editor itu. Siapa tak kenal penulis glamer ini sebut je orang akan kenal. Novel-novelnya semuanya meletup. Kak Awwa memang minat giler membaca novel hasil karyanya selain dari novel Sharifah Abu Salam, Ramlee Awang Mursyid, John Noarafizan, Aisya Sofea, Narazlina/Kak Norz dll. Selalunya Lea dan Epel yang memberi pinjam novel mereka kepada Kak Awwa.

Tahun lepas Puan Sifu mengirim sms, sampai kehari ini Kak Awwa masih simpan lagi sms itu sebagai kenangan, tetapi hari ini sudah tiada lagi. Mungkin Puan Sifu sudah tidak ingat Kak Awwa lagi. Kata editor tu jangan berputus asa belajar lagi( terima kasih insya Allah). Hari ini Kak Awwa tengok balik manuskrip tu, di hati kecil ini teringin hendak mengubah itu dan ini menjadi sebuah novel( Dari bahasa tunggang langgang nak jadi bahasa yang indah dan sedap di baca). Tetapi Kak Awwa memerlukan bimbingan dari orang. Tetapi entahlah...Kak Awwa tak tahu mungkinkah impian ini akan menjadi kenyataan atau ianya hanya sekadar mimpi dan angan kosong Kak Awwa sahaja? Tetapi yang Kak Awwa tahu Kak Awwa minat. Semua orang boleh menulis tak kiralah nak tulis apa saja yang penting itu hasil karya kita.

Selagi ada blog ni Kak Awwa tak sunyi, sekurang-kurangnya untuk menghiburkan diri sendiri. Malam tadi terima sms dari bekas anak murid( Tie) dia ungkit kisah lama, dia kata kenangan bersama Kak Awwa tak mungkin di lupakan. Tie lah yang menjadi mangsa Kak Awwa suruh beli sampul surat dan kertas kajang, Tie jugak yang Kak Awwa marah kerana mengaji tak ikut tajwid. Bila Kak Awwa tanya berapa huruf maal ghunah Tie tak boleh jawab, Kak Awwa marah Tie sampai keluar air mata. Tetapi lepas mengaji Tie tolong Kak Awwa pergi beli sampul surat hehehe.

Erm Kak Awwa tersenyum dan rasa terhibur terima sms dari anak gadis ni. Dia merupakan kawan kepada YusNira yang selalu datang ke rumah Kak Awwa ketika belajar di UM dulu. Nira jugak menjadi mangsa Kak Awwa membeli kertas kajang dan sampul surat. Memang susahlah nak buang kenangan lalu.

Kalau dapat di putar balik kenangan tu kan seronok hehehe. Erm tentu seronoknya......

~jangan takut jatuh ke bumi
bingkas bangun melangkah lagi
ke depan, lari dan terbang menuju bintang
hanya kau saja yang bisa menentu
arah hidupmu~
OaG

Friday, August 28, 2009

raya terakhirku~cukup sampai di sini~

Mungkin membaca tajuk di atas seolah diri ini akan pergi jauh meninggalkan semuanya? Ya Allah andai ada kasihMU padaku, aku bermohon padaMU pinjamkanlah sedetik lagi umurku milikMU ini untuk aku menjadi hambaMU, untuk menambahkan amal ibadatku yang terlalu banyak kekurangannya Ya Allah. Moga di panjangkan umurku lagi demi agamaku dan anak serta suamiku.

Dua tiga minggu lepas kakak Kak Awwa yang Kak Awwa panggil dia Kak As menjemput kami sekeluarga untuk ke majlis walimatul urus puteri sulungnya Nurul Hasnul Syuhada. Di hati ini berbelah bagi mahu balik atau tidak? Kalau nak balik kampung sebelum puasa dah menempah tiket keretapi atau bas. Kak Awwa dah serik naik bas ni( tapi kalau terdesak naik lagi), sebabnya bas takde tandas kekadang tahan sampai membengkak perut. Kalau berhenti kat mana-manapun tandas jauh, tak mesra OKU langsung. Tetapi kalau tak tahan sangat kena pergi jugak biarpun jauh. Melecetlah ketiak Kak Awwa bawak tongkat ni. Kalau naik keretapi pulak ada tandas tetapi lambat sampai. Tak kisah sangat tentang tu, nak solatpun senang, solat je kat kusyen tu ada orang kesah kat kita? takdepun nak solat kat mana-manapun. Nak ke surau jauh kena lintas beberapa gerabak nak sampai ke surau.

Tak balik berbelah bagi, anak saudara nak menikah sekali je seumur hidup tak kan lah tak balik. Kalau naik keretapi dekat je dengan rumah kakak turun di Tanah Merah. Diorang pergi ambil kat stesyen tu. Tetapi tulah takdir takde siapa yang tahu suami Kak Awwa tak sihat di kuarantin di rumah pulak. Jumaat semalam pergi hospital kata doktor bebas dari H1N1. Tetapi ada masalah paru-paru di ibaratkan seperti daun kering yang di makan ulat, sebab itulah pernafasannya cepat semput/seperti orang lelah kerana masalah itu biarpun tidak ada athsma. ( Di sebelah suami takde keluarga yang asthma lainlah belah keluarga Kak Awwa.)Nauzubillah.
Andai ini takdirnya untukku aku terima dengan redha. Allah itu tidak akan menguji hambaNYa di luar kemampuannya. Selagi terdaya teruskanlah hidup ini........

Selepas ke PPUM suami terus ke KL Central nak tengok-tengok tiket kot-kot ada lagi saki baki. (alhamdulillah suami Kak Awwa mula kerja balik 1 Sept ni mana boleh cuti lama-lama bukannya kerja sendiri). Nak balik Kelantan ada lagi tiket keretapi tetapi tiket kami nak pulang semula ke Kuala Lumpur tak ada. Kalau adapun yang bertarikh 11 Sept. Kak Awwa tak kisah duk lama-lama kat kampung, tetapi tak sampai hati pulak nak tinggal suami dalam keadaan dia tak 100% nya sihat, diapun dah kerja masa tu. Fikir punya fikir tak apalah, lagipun kakakpun sangat-sangat faham masalah kami. Biarlah Kak Awwa berkorban kerana selama ni pun suami banyak berkorban untuk Kak Awwa.

Kak Awwa ni kalau nak pulang naik keretapi banyak menyusahkan suami walaupun dia tak kisah dan tak suka bila Kak Awwa kata menyusahkan. Nak berjalan kat KL Central tu jauh, nak pergi naik keretapipun jauh. Mahu tak mahu kena pinjam jugak kerusi roda tu. Pastu bila Kak Awwa dah naik keretapi dia akan pergi hantar pulak sebab orang KTMB ambil ICnya( takut kami bawak naik kerusi roda tu sekali kot) Pernah suatu ketika tu suami Kak Awwa pergi hantar kerusi roda pastu keretapi dah berjalan, Kak Awwa ingat suami tak naik lagi, tapi rupamya dia ada dalam keretapi kat drebar . Masa tu mengelabah jugak Kak Awwa. Bimbang takut di tinggalkan, padahal diorang tak tinggal mudah-mudah. Macam tu lah Kak Awwa bukannya senang nak pulang beraya seperti orang lain.

Memandangkan Kak Awwa akan keluar dari sini akhir tahun ni, ni lah raya terakhir Kak Awwa di sini. Selepas ni Kak Awwa kena cari rumah kecil-kecil senang nak mengemas. Tak perlu rumah yang besar kalau isi rumahnya cuma dua orang. Hafizpun balik sekali sekala je. Banyak kenangan selama tinggal di sini selama empat tahun. Bertemu dengan rakan-rakan blogger, komuniti, relexjap dan gokum. Mungkin ini hikmahnya. Tak lama lagi tinggallah semua ini dengan kenangan suka dan duka. Nampaknya raya tahun ni kat sini sahajalah. Raya bertigalah kami, nak pulang ke Kedahpun tiket dah habis. Mungkin kami beraya di kampung kedua kami di Rawang rumah Kak Asmi. Tunggu tiket balik raya bersama TV9 dan LG pun belum ada rezeki lagi. Tahun lepas tiket pergi dan balik dengan Tv3.

Memanglah sedih raya tak dapat nak bersama ibu bapa dan keluarga. Tetapi apalah daya. Tak mengapalah beraya di sinipun best jugak, malam raya boleh pergi beli baju dan kuih murah-murah. Hafizpun ada. Itupun kalau suami sihat. Seperti tahun yang lepas-lepas Kak Awwa tak buat kuih raya(kalau buatpun jenis yang bergoreng), kali terakhir Kak Awwa buat kuih ketika di Rawang dulu bersama jiran-jiran. Kalau nak buatpun membazir je sebab Hafiz dan ayahnya tak berapa suka makan kuih-kuih raya.

Tetapi tak dapat di sembunyikan rasa sedih di hati ini. Tentu keluarga Kak Awwa bergembira bakal mendapat keluarga baru dalam keluarga kami. Walaupun kakak Kak Awwa tak sihat tetapi pasti kegembiraan tu terpancar juga dapat menantu pertama. Tentu seluruh keluarga Kak Awwa yang jauh dan dekat berkampung di rumah kakak di Tanah Merah, tentu meriah. Tak mengapalah dari jauh hanya doa yang mampu Kak Awwa hadiahkan.

Semalam telefon Hafiz, kalau ikutkan keluarga Kak Awwa nak ambil dia balik kampung. Tetapi Hafiz nak balik sini sebab dia rindu kan ibu ayah dia. Diapun nak balik tengok komputer dia. Tak kanlah Hafiz beraya kat sana Kak Awwa dan ayahnya di sini. Anak kita susah senang bersama kitalah. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sanggup berkorban nyawa..kasihnya saudara masa berada sahaja. Hafiz tak kisah beraya kat sini, kalau ada tiket lepas-lepas raya ni boleh balik Kedah.

p/s Sekadar berkongsi kisah bukannya dengan niat apa-apa. Semalam tengok drama di Tv2 "hati yang merdeka" Kisah kehidupan oku dari susah menjadi berjaya, dan pernah tengok video oku takde kaki dan tangan dari luar negara tetapi dia banyak memberi motivasi kat kita semua. OKU kena merdeka jiwa dan raganya agar tidak merasa rendah diri. Kita kena motivasikan diri sendiri. Erm banyak lagi dah terlupalah pula....


Melukut di tepi gantang ~Aisyah


Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi


Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namun kata hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..

Dulu pernah kau katakan
Sayangg..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
Oleh kata fitnah
Penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
Bagimu...

p/s lagu ni Kak Awwa suka tetapi takde kena mengena dengan apa-apapun, saja-saja je....
Selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 52. Ini juga merupakan kali terakhir Kak Awwa menyaksikan bunga api di halaman rumah ni.

Friday, August 21, 2009

marhaban ya ramadan


Kepada muslimin dan muslimat dan sahabat-sahabatku selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita. Halalkan apa termakan,terminum dan sebagainya. Ampunkan segala kesalahan kami baik yang tak di sengajakan atau di sengajakan sepanjang perkenalan kita. Semoga hadirnya ramadhan kali ini memberi seribu rahmat buat kita dan di bukakan pintu-pintu taubat amin. Syukur alhamdulillah kerana masih di beri umur yang panjang untuk bertemu dengan ramadhan kali ini.


Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Wednesday, August 19, 2009

Hadiah anniversary


Masih bercerita tentang tarikh 18 Ogos 2009. Sudah dua hari suami Kak Awwa tak sihat demam dan batuk, tetapi tak berapa serius. Sudah puas Kak Awwa menyuruh suami ke PPUM tetapi dia kata tak apa demam sikit je. Selasa 18.8.2009 suami Kak Awwa pergi kerja seperti biasa dengan memakai mask. Semenjak H1N1 melanda negara Kak Awwa selalu mengingatkan dia supaya sentiasa pakai biarpun ada sesetengah orang merasa rimas memakainya.

Tenghari dia menelefon memberitahu batuknya tak henti-henti dia demam dan sesak nafas. Dah pergi ke klinik panel doktor sana suruh rujuk ke hospital kerajaan yang berdekatan. Oleh kerana PPUM dekat dengan rumah tak menjadi masalah.

Dia pulang jam 2.00 petang dengan membawa lemang dan rendang daging. Dia kata teringat Kak Awwa teringin nak makan lemang. Katanya dia rasa lapar sangat sebab tak makan dari pagi lagi. Kak Awwa masakkan air dan bancuh teh panas. Dia teringin menjamah lemang dan rendang daging. Kak Awwa kata tak payahlah berminyak sangat, Kak Awwa nak masak bubur dia kata takde selera. Dia menarik nafas dalam-dalam. Kak Awwa kata tarik nafas perlahan-lahan. Tiba-tiba Kak Awwa jadi panik sebab dia bernafas bunyi kuat sangat. Sebelum tu air mata Kak Awwa tak putus mengalir kerana memikirkan apa yang akan terjadi kepada Kak Awwa andai sesuatu berlaku. Keluarga jauh, anak nan seorangpun jauh di mata. Dengan siapa kami hendak meminta tolong? Kawan pejabatnya boleh di harapkah? Semuanya bermain di fikiran. Suami tak bagi Kak Awwa menangis katanya lagi bertambah sesak nafasnya. Kak Awwa tahan air mata, tetapi keluar juga. Suami tersungkur di meja dalam keadaan nafas berbunyi kuat. Dalam keadaan panik Kak Awwa melafazkan kalimah syahadah di telinganya. Masa tu Kak Awwa ingin meraung tetapi Kak Awwa harus mengingatkan diri jangan panik. Kak Awwa lafaz kalimah syahadah dia ikut perlahan-lahan. Kak Awwa mengurut belakang dan usap lembut di kepala suami. Bila keadaan semakin okey, dia kata hendak pergi solat. Kak Awwa teringat pesanan Dato Fatmah Zahra kata kalau hati rasa gelisah sedih baca doa Nabi Yunuf. Kak Awwa baca doa tu alhamdulillah tenang. Selepas solat dan zikir suami kata nak rehat. Kak Awwa biarkan dia rehat dan perhatikan dia sambil sapu air di kepala untuk mengurangkan panas badan.

Bila semakin baik malamnya dengan hati yang sedih lepas dia pergi ke PPUM seorang diri. Katanya kalau pergi waktu malam terus ke Trauma. Kalau suami orang lain sudah pasti di temani isteri tetapi dia pergi sendiri. Ya Allah pincangnya diri ini, sekali lagi air mata mengalir di pipi. Kalau ikutkan doktor panel dah bagi surat suruh masuk ward. Tetapi malam itu penuh, tepat jam dua pagi suami Kak Awwa belum pulang lagi, Katanya orang terlalu ramai.

Kak Awwa tak dapat nak lelapkan mata hinggalah bunyi pintu pagar di buka. Suami Kak Awwa pulang akhirnya. Dia kena kuarantin di rumah bukan kerana H1N1 tetapi sebab dia ada diabetis bimbang takut terkena jangkitan baik kuarantin di rumah dari pergi kerja. Maklumlah orang berisiko tinggi H1N1 ni kebanyakannya orang yang ada penyakit kronik. Hari isnin ni pergi lagi. Semoga bertambah baik dan janganlah masuk wad, sedih berpuasa sendirian.

Mungkin itulah hadiah hari ulang tahun Kak Awwa. Pagi tadi telefon mak mertua, mak suruh makan bawang putih tiga ulas, habbatu sauda, air kepala(ops silap air kelapa muda) dan kurma dan jus epel hijau. Dalam buletin malam tadi suruh makan daun selasih. Di India ramai penduduk tetapi kematian hanya 22 orang. Di Malaysia hingga mencecah 67 orang. Ini membimbangkan.

Tarikh itu tidak mungkin Kak Awwa lupakan. Di saat seperti ini teringatkan Hafiz. Telefon mek di kampung memberitahu yang kakak Kak Awwa pun tahap kesihatannya tidak baik. Ada jiran-jiran yang asmanya teruk meninggal dua hari lepas.

Di TV1 sekarang ni H One N One di sebut H Satu N Satu tak sesuai langsung mungkin nak samakan dengan 1 Malaysia tetapi bunyinya tak sedap langsung, senang cerita sebut je selsema babi. Manusia yang selsema tapi babi yang dapat nama. Babi hidup aman damai manusia yang mati. Antibodi babi ni kuat, masuk dalam badan manusia, manusia yang kena penyakit.

Allah dah bagi peringatan untuk kita, harap-harapnya kita ambil ikhtibar dari semua ini.

Monday, August 17, 2009

tarikh itu hadir lagi~15 tahun~

Tarikh ini datang lagi hari ini 18 Ogos 2009 bersamaan dengan 26 syaaban 1430 hijrah.( alamak tiap-tiap tahun nak kena tulis ke?)

Seperti biasa hadirnya tarikh ini tidak memberi makna apa-apapun bagi Kak Awwa. Tiap-tiap tahun tarikh itu akan hadir juga, selagi masih bernafas tarikh itu akan di kenang biarpun tidak ada sambutan. Hanya ucapan syukur alhamdulillah kerana di panjangkan jodoh. Harap berkekalan hingga kehujung nyawa. Hanya mati yang akan memisahkan kami.


Masih terbayang lagi tarikh bersejarah ini lima belas tahun yang lalu. Masih segar di ingatan tiga hari hendak melangsungnya majlis pernikahan orang ramai heboh memperkatakan tentang pernikahan Kak Awwa. Ada yang tidak sangka kerana anak bungsu Pak Long( ayah Kak Awwa) hanyalah seorang gadis kekurangan yang hanya terperuk di kamar usang. Tiba-tiba hendak bernikah dengan orang jauh. Manakan tidak gadis-gadis sebaya Kak Awwa semuanya sudah tidak ada di kampung ketika itu. Ada yang sudah bernikah, menyambung belajar dan kerja kilang di bandar-bandar besar. Zizah anak Pak Harun kerja kilang di Johor. Setiap kali pulang pasti akan datang bercerita dengan Kak Awwa. Leha dan Imah anak Che Ngah Aini menyambung belajar. Aisyah kawan akrab Kak Awwa tinggal di Terengganu di rumah ayahnya. Sunyinya kehidupan Kak Awwa. Kakak yang rapat den gan Kak Awwa nun jauh di Sarawak mengikuti suaminya kerja di sana, yang lain-lain semuanya sudah berumah tangga. Rutin harian mengajar mengaji anak-anak sekampung dan belajar mengaji dengan Ustazah Ramlah di madrasah yang berdekatan rumah. Selebihnya hanya memerap di dalam bilik bertemankan radio, kertas dan pena. Mungkin ketika itu hanya itulah hiburan. Berlainan dengan zaman sekarang kerana banyak teknolongi canggih untuk berhubung. Kerana kesepian hanya warkah dari teman dan kenalan menghiburkan hati ini setiap kali tiba. Allah itu Maha Adil di takdirkan bertemu jodoh dengan orang jauh. Hanya di radio nostalgia lama mengikat ikatan suci hingga kehari ini. Jodoh pertemuan telah di aturkan oleh Tuan Punya Dunia( pinjam ayat Akhil Hayy).

"Nampaknya bulan lapan ni ramai orang nak bekwoh(kenduri), dengar-dengarnya rumah pak long pun nak bekwoh nikah anak bungsu dia". "Heeh rumah pok long nak bekwoh nak nikoh sapo?" "Laa tak tau ko Awwa anak bungsu dia tu" "Biar betul denge sapo?" Takdok bunyi kaba pung"? Itulah di antara cakap-cakap jiran sekampung Kak Awwa. Sebelum ini mereka tidak tahu, ada merisik dan bertunang.

Tiga hari nak menikah baru diorang tahu, itupun ayah dan mek menjemput mereka. Biarpun majlisnya tak ubah seperti majlis tahlil tetapi agak meriah kerana semuanya hendak datang.
"Kak Cik( panggilan orang kampung kepada mek Kak Awwa) kalu Awwa tak ghoyatpun kita nak gi jugok. Masa kito nikoh Awwa bagi hadioh tetapi dio yang nak nikah tok sir ghoyat kito pulok". Kak Awwa langsung tak menjemput kawan-kawan kecuali kawan rapat Aisyah, yang lain-lain semuanya mek Kak Awwa. Kalau hendak di kenangkan penuh sarat dengan nostalgia akan di kenang selagi hayat di kandung badan.

Untuk suamiku terima kasih kerana meletakkan diri ini di tempat yang paling mulia di sisimu. Memberi peluang bergelar seorang isteri. Kalau dulu tidak pernah impikan sebuah perkahwinan( siapalah yang sudi). Namun takdir Allah tidak siapa yang tahu. Terima kasih Tuhan kerana beri peluang untuk hambaMU ini bergelar isteri dan ibu. Allah Maha Besar. Selamat ulang tahun perkahwinanku yang ke 15, moga-moga kita akan berjodoh pula di SANA nanti Insya Allah.

p/s kepada yang tak faham loghat Kelate tu minta maaflah ya( sebab ada tulis loghat negeriku sikit-sikit). Zaman lo ni orang dah banyak pehe loghat negeri lain.

~Tak perlu bunga mahal bunga cinapun wangi, familyday di Langkawi hari tu merupakah hadiah ulang tahun perkahwinan~