andai ini takdirnya utkku

Monday, June 30, 2008

kalau dah rezeki


Rupanya dia lama menyepi bersebab, dia kurang sihat dan dia di sahkan mengandung anak ke empatnya alhamdulillah itu rezekinya. Sebelum ini katanya dia dah tak boleh mengandung dah tapi takdir Tuhan tidak siapa yang tahu. Kalau dah rezeki tak ke mana,lalu akupun menilik dalam diriku. Akupun sudah lama menanti saat ini, anakkupun seringkali bertanya kenapa Hafiz takde adik?. Jawapan mudahku belum ada rezeki lagi, kalau ada....adalah kalau takdepun ibu redha mendapat Hafiz seorang.Itulah sebabnya ibu dan ayah sanggup berhabis duit demi Hafiz...dan ibu nak tengok Hafiz menjadi al Hafiz..........

Aku pernah juga ingin mencuba produk biodex, bila melihat ramai yang berjaya teringin jugak........kalau nak ikutkan berurut dan jumpa doktor dah...tapi tu lah belum ada rezekinya. Tapi umurku pun sudah meningkat, kalau boleh aku teringin seorang anak perempuan untuk menemaniku bila Hafiz sudah terbang kelak. Nampaknya impian hanya tinggal impian, yang tidak di sangka mengandung, mengandung tapi yang di tunggu bertahun-tahun tak dapat. Itulah rezeki masing-masing. Kalau Allah kata KUN Jadilah maka Jadilah. Kalau tidak itu semua telah di takdirkan, mungkin terselit hikmahnya yang kita sendiri tak nampak. Aku doakan semoga sahabatku itu bahagia hingga ke akhir hayatnya. Segalanya telah di tentukan. Untukku itu , sahaja rezekiku....alhamdulillah tapi aku tidak berhenti mengharap dan berharap semoga Tuhan makbulkan permintaanku.

Semalam untuk kali terakhir aku menonton keluarga di TV9. Keluarga di TV9 di rehatkan untuk seketika. Rasa terharu juga kerana itu merupakan rancangan kegemaranku. Yalah sebagai suri rumah tangga lepas cuci kain baju, sementara nak bersolat zohor aku menonton keluarga di tv9 dulu. Banyak info-info berguna yang aku dapat. Nampaknya aku cuma melihat WHI sahajalah. Yalah orang macam aku ni mana boleh ke mana-mana seperti orang lain. Kalau nak mencari info hanya melalui It dan tv sahajalah. Kalau dah tak ada rancangan ni rasa tak seronok lah pulak. Tapi apa nak buat di berhentikan buat seketika, harapnya nanti akan bersambung kembali..........

Sunday, June 29, 2008

lagi Mangkuk Tingkat


Nampaknya bulan ramadhan bakal menjelang tiba, sekarang kita berada di bulan jamadil akhir maknanya dua bulan lagi kita akan melangkah bulan ramadhan, memanglah masa itu cepat meninggalkan kita, rasanya baru saja kita sambut bulan ramadhan. Bulan ramadhan tahun ini buat pertama kali aku berjauhan dengan Hafiz. Tetapi tidak mengapa kerana dia pergi menuntut ilmu bukannya untuk suka-suka. Kalau nak di ikutkan memanglah banyak kenangan ketika bersamanya tetapi ya....anakku sudah besar. Ini baru permulaannya....bila sudah besar terbang lagi dan lagi......

Selalunya kalau bulan puasa anakku menyuruh aku masak itu dan ini, makanan kegemarannya nasi ayam. Ahad semalam aku tak gi jenguk dia, kasihan dia tiada siapa yang menjenguknya nak buat macam mana kita bukan ada sesiapa di sini. Kalau ayah ada urusan lain ibu tak mampu. Bersabar sajalah........


Baru-baru ini aku mencuba masakan yang di buat oleh Mangkuk Tingkat .com ini. Masakannya agak sedap, lebih kurang dengan masakan kita jugak cewah pasanlah tu.Untuk dua orang bagi kami sudah mencukupi satu mangkuk tingkat. Bulan Julai aku memesannya lagi almaklumlah rasanya tak berbaloi nak masak, apa lagi dah mula ganti puasa hehehe baru nak ganti .....apa ke malasnya aku nie.

Mungkin bulan puasa ini akan berterusan dengan mangkuk tingkat kalau masih ada lagi program ni. Kalau nak ikutkan masak nak beli ikan,nak siang ikan n pastu ikan satu kilo tahan dua minggu dalam peti? Lamanya ikan dan lauk pauk dalam peti membuatkan peti ais berbau tak enak....kami ni bukannya jenis kuat makan sangat lainlah kalau ada anakku. Ikan sekorpun boleh makan dua orang , bukan berjimat tetapi jenis tak makan lauk banyak. Jadi dari membuang tenaga dan masa rasanya lebih baik order sahaja. Tetapi kalau hari minggu takdelah. Bukannya mahai sangatpun lagipun dapatlah membantu kepada mereka yang lebih memerlukan.



Thursday, June 26, 2008

mangkuk tingkat

Sudah dua hari aku tidak masak di rumah, ini kerana aku menempah sahaja mangkuk tingkat dari YPN( Yayasan Nurhikmah). Almaklumlah tinggalpun cuma dua orang sahaja, tak berbaloi untuk masak. Satu mangkuk tingkat untuk suamiku di pejabat dan satu untukku di rumah. Bukanlah aku malas memasak tetapi entahlah semenjak anakku tinggal di asrama aku jarang memasak, kalau masakpun agak simple, dari duk bersusah payah nak bersiang ikan rasanya lebih baik makan yang sudah di masak, salah satunya dapat membantu anak-anak di rumah anak-anak yatim. Hanya dengan cara ini sahajalah yang mampu kami bantu.

Kalau anakku ada di rumah aku rasa rajin hendak masak kerana dia kuat makan. Bila dia sudah tinggal di asrama sunyi sepilah aku. Masa nilah aku terfikir kalaulah aku ada ramai anak ya Allah seronoknya tidak terasa kesunyian ini. Ada juga terfikir untuk mengambil anak angkat yang masih bayi tetapi entah rasanya agak payah. Erm ini baru permulaan anakku tinggalkan aku, nanti dia akan terbang lagi belajar di mana-mana. Ahad lepas aku dan suami pergi menjemputnya,alhamdulillah tempat tinggalnya agak selesa. Tidaklah aku bimbang sangat, kerana diapun seronok belajar di sana bersama Adi Putra yang menjadi tenaga pengajar untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Kata Hafiz belajar dengan Adi Putra mudah faham. Adipun merupakan pelajar Tahfiz di situ...syukurlah kepada Allah s.w.t, bukannya senang untuk mencari yang terbaik lalu di takdirkan bertemu dengan insan yang di beri kelebihan oleh Allah s.w.t untuk membimbing pelajar di As Solihin.

Huih tajuk mangkuk tingkat dah jadi lain pulak hehehe, tak taulah sejak dua menjak ni memang tak tau nak tulis apa kat blog. Pernah jugak rasa nak lupakan dunia blog ni tetapi rasa sayang pulak..........

untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi layari laman web ini
www.MangkukTingkat. com



Monday, June 16, 2008

kucingku sudah lari

Setelah lima hari aku membela anak kucing berbulu cantik itu, dia sudah lari. Ini kerana kecuaian aku jugak, aku fikir dia dah nak bermanja denganku lalu aku buka pintu sangkarnya lalu dia pun dengan sepantas kilat keluar. Selalunya aku usap-usap bulunya yang gebu ketika memberinya makan...dia begitu manja setelah lima hari, rupanya itu hanya lakonannya sahaja kerana dia tidak betah di kurung. Walau bagaimanapun aku tetap memberinya makanan dalam sangkar itu, kerana dia akan datang mencari makan di situ. Belum sempat hendak mengambil gambarnya lagi erm sedihnya huhuhu.

Kalau nak di ikutkan tajuk kat atas tu memang tidak sesuai dengan apa yang hendak aku tuliskan. Tetapi tak mengapalah, memang aku tak berapa reti nak tulis tajuk apa.

Setelah anakku ke As Solihin rasa sunyi sepi, kalau dia ada boleh di ajak berbual adakalanya ada-ada saja rajuknya. Aku sentiasa mendoakan keselamatannya di sana. Di As solihin tidak seperti di Al Furqan. Di Al Furqan agak kekampungan sementara di As Solihin serba serbinya lengkap. Kalau dulu hendak ke Al Furqan terpaksa bertekak dengan pemandu teksi, tetapi di As Solihin alhamdulillah tiada masalah teksi senang. Semenjak anakku di sana belum pernah lagi aku ke sana, insya-Allah kalau tiada apa-apa hal minggu depan aku hendak ke sana menziarahinya. Di As Solihin cutinya cuma hari ahad sahaja, ada jalan-jalan bersama guru, berenang dan berbagai aktiviti. Aku mengharapkan agar anakku selamat di sana. Jadilah Al Hafiz anakku, dunia sekarang semakin gawat dengan kemerosotan akhlak. Jadilah Al-Quran sebagai penghiburmu...andai kita jauh dengan Al Quran dia akan lari. Aku takut wahai anakku melihat kehancuran anak-anak Melayu remaja di zaman sekarang, bagaikan tiada akidah atau pegangan agama. Bila aku baca Persatuan Penguna Pulau Pinang dan juga Harian Metro aku jadi takut, ini kerana aku mempunyai anak yang sedang meningkat remaja. Berjauhan bertambahlah kerisauan aku, tetapi tiada apa yang mampu aku lakukan melainkan nasihat dan berdoa setiap masa.

Bagaimana lagi harus aku lakukan wahai anakku agar aku dapat menyelamatkan dirimu dari semua ini? Aku tidak sanggup melihat dirimu hanyut di buai lagu-lagu lagha, gang stasz, af dan betapa banyaknya hiburan yang melalaikan. Bukan aku tidak risau keselamatanmu di sana wahai anak, tetapi apalah daya aku wahai anak, hanya mampu berserah kepada Allah s.w.t semoga dirimu di jauhi dari segala kejahatan dan di lindungi Allah setiap masa.

Ahh....jauhnya aku melayan perasaan gundahku ini. aku berdoa semoga Allah selamatkan anakku walau di mana sahaja dia berada.



Dua tiga minggu aku tidak mendengar khabar sahabatku Lea, ini kerana dia terlalu sibuk untuk menyiapkan majalah-majalahnya. Katanya untuk menyiapkan dua majalah terkejar ke sana sini, tak mengapalah jauh di mata dekat di hati. Kerana itulah juga manuskrip yang aku suruh dia edit Jun tahun lepas baru sekarang dia serahkan kembali kepadaku, cadangnya dia hendak edit kesemuanya tetapi dek kerana kesibukannya dia terpaksa lupakan manuskrip itu sedangkan Kak Yati dan Editornya sudah berkali-kali meminta aku mengirimkan manuskrip tersebut. Mahu tak mahu aku terpaksa serahkan kepada mereka.

15. Jun 2008

Adik lelaki Kak Yati datang mengambil manuskrip itu, aku dah malas nak fikir pasal manuskrip tu lagi, kalau ada rezeki adalah kalau tak ada nampaknya aku kena belajar lagilah. Aku memang tak ada pengelaman langsung dalam bab menulis, kalau setakat tulis blog macam ni tu boleh la, tapi kalau nak belajar tulis novel dan nak tulis dailong lagi minta maaflah aku tak mahir, tu pun aku pakai main tembak aje hehehe. Terpulanglah kat depa nak buat apapun. Tunggu dan lihat ajelah..........

Nampaknya dah nak masuk bulan posa dah kita, tak lama lagi dah...ni dah jamadilakhir dah. Masa cepatnya berlalu.................


Tuesday, June 10, 2008

Dari Al Furqan Ke As Solihin

Assalamualaikum.....

Lamanya aku menyepikan diri dari menulis blog. Bukan saja tidak menulis tetapi tidak menjenguknya langsung, bukan aku sudah lupa tetapi kesibukan aku menguruskan segala persiapan anakku untuk ke asrama. Kesihatan yang tidak mengizinkan dan banyak benda sebenarnya hinggakan tak terkejar,suamiku apa lagi terkejar sana sini membeli keperluan anakku. Itupun masih ada yang tertinggal.

Sebelum ni puas membawa anakku ke hospital kerana dia di jangkiti kudis buta dari asrama lamanya. Dari hospital kerajaan hinggalah ke hospital swasta pun tidak jugak hilang. Jenuh aku merebus segala pakaiannya. Call di kampung kakakku menyuruh aku memandikan anakku dengan daun mambu.

Aku sms kawan sepejabat suamiku bertanya bagaimana rupanya daun mambu itu. Rupanya ada di depan rumah ku. Sebelum ni aku perasan sebatang pokok besar di rumah tinggal di hadapan rumahku itu, pernah jugak aku nampak aunty Cina mengambil daun itu. Kata kawan suamiku yang di depan rumah tinggal tu lah pokok mambu.

Pulang dari kerja mereka suami isteri bergegas ke rumahku menolong aku mengambil kan daun mambu. ..bukannya sikit tetapi di tebang sebahagiaan pokok itu. Sanggup suaminya memanjat pokok tersebut. Ya Allah terima kasihnya aku kepada mereka suami isteri ini. Budi baik mereka sukar untuk aku balas.

Memandangkan hari isnin tu kena sekolah sedangkan kudis buta tu masih belum hilang lagi. Kalau di tubuh sudah hilang tetapi di tempat "itu" masih lagi tak hilang. Pagi sabtu tu ke homeopaty Dr Sabri di Selayang pulak. Minum ubat nya setiap lima belas minit. Dan ubat bijinya sekali...alhamdulillah kudis tersebut kecut. memang selama ni anakku serasi dengan ubat homeopaty Dr Sabri. Kalau batuknya teruk ambik ubat homeopaty jugak. Tetapi memandangkan kami tinggal di sini agak jauh nak ke sana, itulah suamiku hanya membawanya ke klinik panel di Jalan Ipoh .

Isnin 9.6.2008

Bermulalah kehidupan baru anakku tinggal dan belajar di tempat barunya. Kalau nak di bandingkan dengan Al Furqan di As Solihin lebih selesa, tempat tinggalnya pun selesa di kondo. Tetapi yang menyedihkan kerana aku sukar untuk ke sana. Hari itu hanya suamiku sahaja yang menghantar anakku ke sana. Tetapi tidak mengapalah kerana kemudahan telefon pun ada, tidak seperti asrama lamanya dulu, hendak menefonpun susah. Tetapi di situ ada ustaz yang menjaga bahagian telefon.

Hari anakku ke asrama aku telah menangkap seekor anak kucing Parsi yang kebetulan masuk ke rumahku. Kini kucing itu sudah ku beri nama Comel dan sangkarnya pun sudah ku siapkan . Itulah kawanku sekarang hehehe. Kalau bukan kerana bulunya yang gebu aku memang tak suka dengan kucing kerana alahan. Tetapi kerana aku nak juga aku terpaksa mengurungnya kerana anak kucing liar terlalu garang, tetapi sudah tiga hari aku membelanya dia menunjukkan tanda ingin berkawan denganku hihihih. Dah lah tak tau nak tulis apa da......