andai ini takdirnya utkku

Wednesday, February 12, 2014

selagi nAfasku belum terhenti

Hari ini genaplah empat puluh hari ibuku pergi meninggalkan kami enam beradik. Pagi tadi ku tatap semula gambar2 ibu yang ku simpan kemas di dalam almari. Tidak tertahan hati ini menanggung rindu terasa dia masih ada. 

Ya Allah terlalu sukar hendak menerima kehilangan orang yang paling aku kasihi. Bukan aku tidak redha tetapi bukannya mudah hendak ku lupakan dalam sekelip mata. mungkin mengambil masa bertahun2. 

Aku tahu setiap yang hidup pasti akan menemui pencitaNYa.Tetapi aku rasa ianya berlaku terlalu cepat, ibu tidak melalui sakaratul maut yang begitu sukar, selepas baca yassin ibu pergi dengan tenang. Kalimah syahadah berulang2 di perdengarkan di telinga ibu.  Allah masih terbayang senyumanmu ku tatap buat kali terakhir. Ibu seperti sedang tidur begitu tenang sekali Masya Allah.

Ibu...berbahagialah ibu di sana kerana ibu sudah ada dua orang ahli syurga yang sedang mennanti kedatangan ibu. Beruntungya ibu ada dua orang anak kecil yang pergi terlebih dahulu dari ibu. Kenapa bukan aku yang menjadi ahli syurga itu? Ya Allah semuanya ini sudah ketentuanMU ya Allah. Semoga kita semua akan berkumpul di dalam syurgaya ibu...

Selagi aku masih bernafas, biarpun blog ini tidak di kunjungi sesiapapun aku akan tetap menulis dan menulis suara hatiku ini sehinggalah nafasku terhenti. Ketika itu tiada lagi apa2  cerita dariku. Mungkin juge blog ini pun akan turut mati.

Sebelum ku hentikan..aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua kerana besok aku akan fly ke Kelantan untuk menziarahi ayahanda yang juge semakin uzur. Mungkin ayah merindui ibu kerana sepanjang hayat ayah tetap bersama ibu sehingga ke akhir hayat ibu pun ayah tetap tidur bersama ibu. Tak kira bagaimana kritikalnya ibu. 

Al Fatihah  


Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan



Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

 

Friday, February 7, 2014

Tribute buat bondaku

Biarpun jasad kita terpisah namun segala memori tetap utuh di sanubariku. Baru kini aku faham bagaimana perasaan kehilangan ibu yang sangat ku kasihi. Walau bagaimana sayangpun kita kepada makhluk namun aku harus menerima hakikat yang kasih sayang Allah melebihi segalanya.


 Selama tiga tahun bonda menyembunyikan kesakitannya. Bila di ajak ke hospital begitu payah. Sehinggalah kesakitannya tidak kdapat bertahan lagi bengkak seluruh anggota badan. Allah menitis air mata bila mengenangkan penderitaan bonda. Tetapi bonda masih lagi berjenaka dan tersenyum walaupun aku melihat sukarnya dia untuk membawa badannya yang berat. Tetapi bonda  seorang yang berdikari. Nak di suapnya nasi tak mahu. Nak di mandikan pun tak mahu. 


Bila bonda jasad bonda kaku barulah dua orang anak perempuan memandikan bonda membasuh segala kekotoran bonda.Tetapi menurut kata kakakku bonda tidak mengeluar apa2 keaiaban kerana segalanya sudah di bersihkan sebelum bonda menghembuskan nafas yang terakhir. Terima kasih K.Za kerana memceduk bonda.Sungguh sedih sebagai anak sendiri tidak dapat melakukan apa yang di lakukan K. Za. Beginilah kalau sudah tinggal berjauhan.


Hari ini genaplah 35 hari bonda di alam barzakh. Ya Allah hanya doa yang mampu aku panjatkan semoga bonda di tempatkan di sisi orang2 yang beriman. Al Fatihah....