andai ini takdirnya utkku

Sunday, February 13, 2011

cerita dalam llif

Semasa kami sama2 nak masuk lif di steyen komuter Segambut ada seorang pakcik dalam lingkungan usia 63 katanya. Dengan suara yang kuat dia berkata kepada aku dan suami." Jangan takut kita ni orang islam bersaudara. ni baru balik dari PWTC dengar Mahathir berucap. Sampai berpeluh2 nak kena beli baju batik baru ni. Hah mana ada orang Melayu yang tak kenal bercakap seperti ini?"

Kata saya tak ada, kalau dalam komuter pun tengok orang oku ke orang mengandung ke diorang memang buat tak kisah.


"hah! kalau saya akan bagitau orang tu bangun..ni tak tengok orang ni? dia lebih perlukan tempat duduk tu. Orang Melayu ni tak lama lagi biar Kuala lumpur kena tsunami . Orang Melayu dah tak pedulikan sesama mereka, tak suka menolong dan suka bertanya khabar katanya".

Tak sempat nak sembang lama kami masing2 ke destinasi masing2. Aduyai...terkesan sungguh lah dengan apa yang pakcik ni cakap. Sebab aku pernah laluinya.

Pada hari aku pergi cabut gigi kalau tak silap 6.februari .Rupanya di rumah jiranku Sya(orang Johor)kehilangan motor berkuasa besarnya. Dia sudah kunci mangga dan kunci motorsikal tu tp kerana pandainya pencuri junior ni mereka dapat melarikan motor dengan mudah. Kata Kak Amu(jiran India) dia cuba mengejar dan menjerit takde seorangpun yang keluar. India muslim di sebelah rumahnya pun tak mahu menolong, sebab dia kata mungkin itu saudara Sya. Ya Allah beginilah kejiranan di tempat ku ini.

Dalam keadaan panik dia terlupa hendak menelefon polis. Sepatutnya dia jangan jerit dulu, kol cepat2 polis di BTP ni. Memanglah di kawasan ni lebih merbahaya dari PJ. Walaupun ketika berada di PJ aku pernah alami semua ini tetapi alhamdulillah tidak ada apa2 yang berlaku kepadaku, mungkin Allah masih sayangkan aku. Terima kasih ya Allah, semoga Allah sentiasa meinsungiku dan keluarga amin...

Friday, February 11, 2011

aku marah

Ketika aku hentakkan jejariku ini di atas kebod ,aku kini sedang menginap di Brisdale Hotel Kuala Lumpur, setelah pulang dari PPUM untuk membuat rawatan. Aku ingin mengambil lesen memandu ...sebagai OKU, aku di mestikan memeriksa fizikalku samada layak atau tidak.

Aku berada jauh nun di Rawang, untuk sampai ke KL aku mesti datang awal, nak ambik teksi ke komuter, naik komuter turun KL central, pastu ambik teksi pula ke PPUM. Pendek kata kalau aku turun KL suami ku terpaksa mengeluarkan wang yang banyak. tetapi syukurlah suamiku tak pernah merungut, dan katanya wang boleh di cari...kasih sayang tidak bisa di jual beli.


Al kisah ceritanya begini.....
Aku ada janji temu untuk buat rawatan di Klinik Perubatan Pemulihan bersama suamiku. Datang kul 12 .00 tunggu suami pergi solat jumaat dan makan2 di situ.
jam 4.00 petang baru jumpa doktor. masuk saja ke bilik doktor, doktor tu memandang aku dengan pandangan yang hairan. Boleh dia tanya macam mana keadaan aku? Polio ke?lepas tu di tanyanya pula adik beradikku seolah2 olah adik beradikku ni semuanya OKU . Doktor ni gilak ke? Tak reti bahasa ke? Tak reti nak hormati orang ke? Tak tahu nak jaga perasaan orang ke?


Padahal aku dan suami cakap awal2 lagi kenapa aku pakai tongkat, aku katalah aku ni di lahirkan begini semenjak lahir lagi. Tak reti2 di tanya lagi dan lagi. Lepastu di tanya pulak aku ni boleh mendengar ke tak...kan aku ni sedang bercakap dengan dia? Aku ni tak pekak hahaha. Aku ni hangin pastu aku bangun aku tanya doktor India tu...."sekarang nak suruh saya buat apa"? Kalau nak periksa saya ni periksa saja lah."

Pastu dia kata "saya nak tulis tu yang saya tanya soalan begini"? Soklan bangang kata aku dalam hati.. Sudahlah kita datang dari jauh ada ke dia nak suruh buat temujanji lagi. Suamiku kata buatlah hari ni( suamiku cakap orang putih,aku ni mana reti nak cakap orang putih , kami ni datang dari jauh, nak datang sini pun kena sewa hotel. Nasib baiklah dia suruh panggil doktor fadzly(bukan doktor Fadzly penyanyi).

(Kalau nak tanya tanya je seolan apapun kat aku kenapa sampai di katanya polio la itu ini lah seolah2 aku ni tak leh nak bergerak tak leh wat apa. Memanglah aku ni macam ni...tetapi aku boleh menyangkul,boleh memandu ,boleh bawak motor dn basikal. Seolah2 aku ni orang yang lemah sangat ke? doktor ni tak pernah tengok OKU ke, pesakitnya dan kaun dia takde yang OKU ke?Aku faham dia nak tulis dalam borang tu....tp tanyalah soalan yang munasabah ni kalau soalan bangang mana aku tak marah.)


Aku sms Ummul Khair dia suruh sabar n dia kata dia lagi banyak dugaannya berbanding aku ketika nak ambik lesen memandu. Dia lagi teruk hanya di paras peha sahaja. Sedangkan kaki kananku ok kalau memandu kereta auto takde masalah. Lagipun aku pernah memandu kereta pusing BTP ni. Aku cuma nak dapatkan lesen ....itu sahaja. Itupun susah sangat ke?

Alhmdulillah doktor Fadzly chek tangan kaki n dia kata ok. Lagipun dia faham aku ni duk jauh, tak kan nak datang selalu, buat pe lah nak janji temu lagi. Aduhhh!!!! tekanan darah tinggi aku naik lagi, nafasku sesak lagi tertekan dengan doktor tu. Doktor Fadzly takdelah tanya itu dan ini ,cuma dia suruh gemgam tangan dia(berlapikkan selendang la, aku ni bukannya mudah nak pegang tangan orang lelaki yang bukan mahram aku biarpun doktor, melainkan kalau terpaksa sangat). Bila aku genggam tangan dia sekuat hati aku, dia kata ok je boleh memandu. Mekasih Doktor Fadzly).

Kalau nak bandingkan doktor India ni dengan doktor gigi di Rawang. Baik lagi doktor gigi di Rawang biarpun doktor India, tengok dia pun gigi sakit jadi tak sakit. Aku rasalah hanya OKU sahaja yang faham bagaimana perasaan OKU yang lain. Ingin aku katakan yang OKU ni walaupun OKU, tetapi ada keistimewaannya tersendiri. Ada yang orang normal tak boleh buat OKU boleh buat. Tetapi kenapa dalam banyak hal OKU di masih di pandang rendah? OKU ni juga manusia bukan patung yang tak bernyawa. Tolonglah bukannya kami ni sensitif, tetapi kalau nak tanya soklan pun agak2 lah.


Doakan aku berjaya ye nak ambik lsen memandu. biarlah umur dah nak masuk angka ......pun tp untuk keperluan aku nekad juga. Betapa susahnya duk sini kalau takde lesen memandu. doakan aku ya kekawan. AstagfirullAH maafkan aku Ya Allah kerana aku marah hari ni.