andai ini takdirnya utkku

Saturday, March 14, 2009

Selamat pulang Hafizku

Untuk pertama kali dalam hidup anakku pulang sendiri dari Kelantan ke Kuala Lumpur malam ini. Selalunya bersama ayah dan ibu tetapi sekarang anakku harus belajar berdikari. Semoga selamat anakku. Insya Allah esok kita akan bersua. Sebulan lebih tidak bertemu dengannya. Semoga Allah akan menyelamatkan perjalananmu. Alhamdulillah syukurlah kerana ada teman-teman yang pulang bersamanya. Tidaklah bimbang sangat. Pandai-pandailah bawa diri anakku.

Terima kasih kepada ustaz-ustaz yang prihatin menghantar Hafiz dan rakan-rakan ke stesyen bas Jalan Hamzah malam ini. Terima kasih juga kerana membeli tiket untuk pelajar-pelajar dari Kuala Lumpur. Semalam ada sambutan Maulidul Rasul besar-besaran di sana. Alhamdulillah kerana anakku berpeluang merasai suasana sebegitu. Itulah hikmahnya penghijrahan ini. Semoga Allah permudahkan segalanya......

Sunday, March 8, 2009

Bergenang air mataku

Salam Maulidul Rasul untuk semua, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Awal-awal pagi lagi Kak Awwa sudah on TV 3 dan beralih pula ke Astro Oasis untk melihat perarakan maulidul rasul. Saja on TV3 sebab nak tengok pengacara wanitanya bertudung dan mengenakan fesyen apa sempena maulidul rasul( rasanya dah lama Kak Awwa tak tengok buletin di TV3, entah malas, pklah sendiri. Best lagi tengok Astro Awani). Semenjak akhir- akhir ini Kak Awwa suka tengok orang memakai baju fesyen. Barangkali selama ini Kak Awwa sudah puas berbaju kurung dan semenjak dua menjak ini memang teringin sangat hendak mengenakan baju fesyen muslimah moden ahakssss.

Selalunya kalau tempah baju, baju kurung, baju kurung tak ada baju lain dah alahai. Teringin jugak hendak memakai jubah moden ke blaus muslimah moden ke, janji menutup aurat. Tetapi satu sajalah masalah Kak Awwa kalau beli baju ni ada yang bahu besar sangat, labuh sangat, kena ubah sana sini. Maklumlah tak berapa tinggi. Nak tempah pulak amboi mahainya, boleh buat duitlah kalau pandai jahit baju duk kat Kuala Lumpur ni. Dari pergi tempah lebih baik beli terus. Ok stop tentang ni, tak pasai-pasai tajuk lain cerita tentang fesyenlah pulak alahai.

Kak Awwa tersentuh hati bila melihat penerima anugerah seorang adik yang OKU berjalan dengan menggunakan skateboard. Bergenang air mata Kak Awwa bila melihat adik itu. Bersyukurnya kepada Allah atas anugerah yang di berikan. Kalau kita merasa diri kita tidak berupaya, masih ada lagi di luar sana yang lebih teruk dari kita.

Kak Awwa tak nafikan kekadang Kak Awwa ni pemalu sangat hendak bertemu dengan orang yang belum Kak Awwa kenali. Padahal kalau nak kata terlalu teruk tidak sangat. Kerana Kak Awwa boleh memandu, bawa motor dan juga basikal. Rasanya semenjak berkhawin Kak Awwa baru mengubah diri. Ini semua kerana berkat kesabaran suami, ayah, emak dan juga adik beradik yang tidak pernah jemu-jemu memberi kata semangat.

Pernah Kak Awwa bertanya anakku, Hafiz malu tak kalau orang tengok ibu dan ayah macam ni? Sengaja untuk menduga hatinya. Tetapi jawapannya alhamdulillah sejuk perut Kak Awwa mengandungkan dia selama sembilan bulan sepuluh hari. Apa nak malunya, Hafiz tak malu, Hafiz sayang ibu dan ayah. Semoga panas sampai ke petang( pagi ni dah hujan dah alhamdulillah sejuk sikit rasanya)

Erm nak bercerita lagi tetapi seperti biasa lari dari tajuk..........

Saturday, March 7, 2009

sambutan maulidur Rasul 1430 hijriah

Untuk pertama kalinya dalam hidup anakku menyambut sambutan Maulidul Rasul secara besar-besaran di Kelantan. Sekolahnya bakal mengadakan sambutan pada hari sabtu minggu depan. Dan malamnya dia bersama beberapa orang pelajar dari Kuala Lumpur akan pulang bercuti. Alhamdulillah kerana anakku berpeluang merasai bagaimana meriahnya sambutan Maulidul Rasul di Kelantan( kali terakhir ketika berada di Rawang). Memang kalau hendak di bandingkan dengan negeri lain Kelantan menyambutnya dengan begitu meriah. Kalau di kampung Kak Awwa boleh di kata tiap-tiap malam orang mengadakan kenduri kendara untuk sambutan maulidul rasul. Masa inilah juga ada yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Pendek kata sebulan ayah Kak Awwa tak makan di rumah kerana jemputannya sentiasa penuh. Begitulah meriahnya di sana. Bukan kerana hendak fikir tentang makan tetapi kemeriahan dan silaturahimnya itu yang penting. para undangan dan tetamu berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi sayangnya sudah lama suasana begitu Kak Awwa tinggalkan setelah berhijrah di Kuala Lumpur. Dan setiap kali tibanya sambutan Maulidul Rasul Kak Awwa hanya menonton di TV sahaja.


Masih terbayang bagaimana meriahnya sambutan maulidul rasul di rumah Kak Awwa. Hiris daun pandan buat bunga rampai dan sebagainya. Sesungguhnya kenangan memang terlalu indah. Dan Hafiz alhamdulillah kerana berkesempatan merasai semua itu. Memang setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.


Hijjaz

Cahaya Illahi


Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habi salam alaika
Solawatullah alaika

Para rasul nabi-nabi
Adalah cahaya ilahi
Memimpin ummat dari kekufuran
Membawa rahmat keseluruh alam

Para sahabat dan tabin
Dan juga para alimin
Menjadi pewaris nabi
Menuju jalan cahaya illahi

Ummat manusia ramai yang alpa
Tenggelam dalam nikmat dunia
Sedarlah kita wahai manusia
Kembalilah ke jalan taqwa

_________________
.:: Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan.. Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis, Andai Dirimu Tidak Seindah Sulaiman.. Mengapa Diharapkan Teman Setampan Yusof, Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha... Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah,
Andai Dirimu Tidak Sesempurna Rasulullah SAW ::.

berani kerana benar takut kerana salah

Hafiz menelefon Kak Awwa petang ni, dia tanya ibu ada menulis tentang As Solihin ke? Jawab Kak Awwa yalah kenapa? Takdak apa, kawan Hafiz terjumpa blog ibu. Kenapa ibu bagitahu dalam blog, ibu adalah emak Hafiz? Habis ibu adalah ibu kamu nak. Tak kan nak bagitahu nama Hafiz lain kot? dah memang nama Hafiz adalah Hafiz tak kan nak letak nama Musa ke Umar ke?. Ya.... sebab kawannya kenal gambar Hafiz kalau tidak mengenali Kak Awwa. Sebab itulah kawannya menelefon Hafiz.

Dia seperti tidak senang kalau orang/kawannya kenal yang ibunya menulis tentang As Solihin di dalam blog( Kak Awwa amat faham perasaan dia). Aduhai ibunya tak adalah terlalu buta It
sangat hinggakan tidak tahu berblog( terima kasih kepada ayahmu kerana mengajar kita It dan berblog, manakala kamu sudah punya myspacemu sendiri). Orang tak nampakpun celik It inikan Kak Awwa yang celik. Biarlah kawan kamu ke siapa ke nak masuk ke blog ini di alu-alukan. Sudah menjadi lumrah zaman sekarang orang meluahkan apa yang tidak puas hati di dalam blog. Apalagi inilah dunia ibumu nak...setelah berjauhan denganmu, ibu sudah menjadikan blog sebahagian dari teman ibu. Moga kau mengerti..

Andai kawan kamu ke bekas ustazah kamu ke masuk ke blog ini di persilakan, ianya terbuka untuk sesiapa sahaja. Kamu tak perlu takut kalau orang baca kisah tentang As Solihin tu. Kita berkata benar jadinya tak perlu ada perasaan takut. Berani kerana benar takut kerana salah. Kalau mereka buat kerja dengan betul tidaklah Kak Awwa menulis tentangnya. ( Alamak ingat dah tak nak bercerita tentang ni dah, tetapi tercerita jugak). Bukan maksud untuk memalukan sesiapa, tetapi hanyalah untuk di jadikan pengajaran, agar setiap kelemahan dapat di perbaiki. Jangan hanya memikirkan wang semata-mata, tetapi buat kerja kerana Allah. Nawaitu kerana Allah. Cuba tengok di sekolah-sekolah pondok di Kelantan, betapa mulianya ustaz dan ustazah mereka mengajar tanpa mengharapkan habuan duniawi tetapi mengharapkan balasan pahala dari Allah s.w.t. Nawaitu mereka tidak terpesong sebab itu lah keberkatannya tetap ada.

Berat mata memandang, tetapi berat lagi bahu kita yang memikul. Yang terkenanya kita.
Kak Awwa faham dia mungkin malu dengan kawannya, apabila membaca luahan hati ibunya ini. Tetapi hanya ini saja yang termampu ibu lakukan nak. Kamu mungkin masih belum mengerti bagaimana perasaan seorang ibu. Tetapi ibu percaya bila kamu bergelar ayah nanti kamu akan faham bagaimana perasaan ibu dan ayah. Tetapi ibu dan ayah sentiasa gembira dan bahagia kerana adanya kamu di dunia ini. Bersyukurlah kamu kerana masih mempunyai ayah dan ibu biarpun ayah dan ibumu tidak sesempurna orang lain. Tetapi demi kamu ibu dan ayah sanggup berkorban apa saja, asalkan kamu bahagia. Kamu harus ingat kawan semasa senang memang senang dapat, tetapi di saat kita susah inginkan bantuan memang payah. Yang bersusah payah ke sana ke mari ayah kamu juga nak.

Belajarlah rajin-rajin demi masa depanmu nak. Ayah dan ibu sentiasa mendoakan mu. Biar apapun dugaan yang harus kita tempuhi, kita laluinya bersama biarpun ianya terlalu payah. Namun ibu percaya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Bersangka baiklah dengan Allah kerana Dia selalu menolong kita di saat kita dalam kesusahan. Semoga Allah permudahkan segalanya.


Aishah

Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu


p/s lagu ni di tujukan khas untuk ibuku tercinta

Wednesday, March 4, 2009

dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha penyayang

Tuesday, March 3, 2009

tahniah kerana mendapat anak perempuan

Rabu 4 Mac 2009 bersamaan dengan 7 Rabiul Awwa 1430 hijriah

Pagi ini dapat sms dari adik ipar memberitahu yang isterinya telah selamat melahirkan anak perempuan. Sebelum ini dia sudah mempunyai tiga orang anak lelaki. Biras Kak Awwa tua setahun dari Kak Awwa, kira sebayalah tu. Entahlah.... memanglah rasa sedih dan hampir menitiskan air mata( tetapi tak sampai menitis lah pulok) kerana betapa mudahnya dia mendapat zuriat. Sedangkan diri ini teringinnya hendakkan seorang lagi zuriat. Sedih memanglah sedih tetapi apa nak buat itukan rezeki dia. Mungkin Allah ingin menduga diri ini, dan mungkin juga suatu masa nanti diri ini juga akan mendapat seorang lagi zuriat. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang sudah ada( Hafiz) tetapi itulah fitrah manusia kalau dah ada anak seorang nak lagi dan lagi dan lagi. Sedangkan di luar sana masih ramai lagi yang tidak mendapat zuriat. Bila membaca kisah dan pengelaman di dalam blog wordpressku terasa betapa bersyukurnya diri ini. Tetapi sebagai wanita memang sudah menjadi lumrah ingin memiliki lebih dari seorang anak.


Tentu ibu mertuaku tersenyum lebar bila mendapat cucu perempuan. Kerana sebelum ini dia memang tidak ada zuriat perempuan. Mungkin akan di belinya rantai dan gelang emas untuk cucu perempuannya.

Emak...tahniah kerana mendapat cucu perempuan. Emak...diri ini cuba sedaya upaya untuk menjadi menantu yang terbaik tetapi apalah dayaku, apa yang ku lakukan hanyalah semampuku sahaja. Maafkan aku kerana tidak dapat memberikan zuriat yang ramai untuk anakmu. Sori beremosilah pula...tulis sayu mayu macam ni pun tak kuar-kuar jugak ayaq mato hehehe.

Untuk adik ipar dan birasku, tahniah kerana setelah tiga kali melahirkan anak lelaki kali ini kalian mendapat anak perempuan pulak, tahniah....tahniah dan tahniah. Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat.Doakan semoga Kak Awwa juga mengikut jejak kalian.

Ya Allah kenapa hati ini bersedih dan rasa hendak pergi jauh membawa hati, tetapi ke mana? Cewah merajuk ke iri hatiku ini? Eh tidak...tetapi suamiku fahamilah aku ini wanita sedih. Huwaaaaaa akhirnya air mataku tumpah jua.....

Ya Allah kuaniakanlah aku seorang zuriat lagi, untuk mengisi hari-hari sunyiku setelah berjauhan dengan anakku Hafiz. Engkaulah Yang Maha Mendengar Dan Engkaulah Yang Maha Berkuasa. Andainya Kak Awwa punya wang yang banyak teringin benar hendak pergi ke Mekah untuk melakukan ibadat umrah, ingin melihat kaabah, ingin berdoa di hadapan kaabah. Kerana adik ipar dan birasku melakukan perkara yang sama, kerana setelah dua tahun berkhawin mereka tidak di kurniakan zuriat. Alhamdulillah selepas dia balik dari mengerjakan ibadat umrah rezeki diaorang tak putus-putus, bersyukurlah.

hafiz

Inilah rambut Hafiz sekarang, rambut ala-ala Mawi(memang masa sekolah rendah dia menjadi pelajar contoh kerana berambut pendek, pelajar lain di panggil ke perhimpunan kerana berambut panjang, tetapi dia di panggil kerana berambut pendek). Kalau di As Solihin rambut dia panjang, kerana terikut-ikut dengan pelajar-pelajar di sana.. Memang tak berkenan sungguh kalau Hafiz berambut panjang. Sebab rambutnya lebat, nampak semak sangat. Bila berambut pendek kan nampak kemas...


Hafiz memang meminati pakaian beruniform. Ketika dia di tahun enam dia masuk kadet remaja. Tetapi sayangnya bila berpindah ke PJ ni di Sek Keb Satu Sultan Alam Shah tidak ada kadet. Dia masuk bulan sabit merah. Kini semua ini hanya tinggal kenangan,dan dia bakal melalui zaman remaja dan seterusnya dewasa....tetapi zaman kanak-kanak adalah zaman yang terindah.

Monday, March 2, 2009

Meniti usia..sunyi

Semenjak akhir-akhir ini Kak Awwa banyak menghabiskan masa di dalam rumah. Kalau dulu Kak Awwa suka berada di luar rumah apa lagi kalau pagi-pagi. Sekarang ini agak jarang. Cuma sekali sekala kalau teringin hendak makan buah mangga muda Kak Awwa cuma mengambil buah yang agak rendah. Lainlah kalau Hafiz ada di rumah dia akan memanjat pokok mangga. Mungkin sudah rezeki buahnya lebat, tetapi sayangnya gugur begitu sahaja. Sesekali Kak Awwa buat jeruk.

Bukan tak banyak aktiviti di luar rumah, tetapi Kak Awwa tak tahan dengan nyamuk. Memang di sini banyak nyamuk. Apa lagi banyak pokok-pokok yang masih belum di tebas tebang. Sudah beberapa kali di bagitahu orang yang berkenaan supaya datang menebas pokok-pokok tetapi diorang cuma datang mesin rumput sahaja. Nak buat sendiri tak terlarat dengan kudrat kami. Terfikir juga hendak pindah dan cari rumah sewa kecil-kecil( sebab tak larat mengemas rumah ini terlalu besar bagi kami yang cuma tinggal dua orang sahaja). Tetapi tidak tahu di mana lokasi yang sesuai. Di Kampung Pandan mungkin berdekatan dengan masjid. Itupun tunggu beberapa tahun lagi kerana rumah yang kami hendak sewa(rumah kawan suamiku) sudah di sewa orang. Beli rumah sendiri atau buat rumah di kampung? Bila di fikir-fikir suka buat rumah dan tinggal di kampung. Jadinya kalau berhabis duitpun buat rumah kat kampung. Tetapi bilalah agaknya hendak balik menetap di kampung? Tunggu pencen ke atau berhenti kerja awal? Lama lagi tu, pencen usia 58, sedangkan usia macam tu baik duduk buat amal ibadat dari duk memikirkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Tetapi apa nak buat, kalau dah stabil memang dah lama tinggalkan Kuala Lumpur ini.

Atau bila sudah pencen balik tinggal di pondok Pasir Tumbuh? Insya Allah. Kata suamiku dia tidak kisah tinggal di mana-manapun asalkan dekat dengan masjid dan ada talian internet. Erm itulah yang bermain di kepala.

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana Hafiz seronok tinggal dan belajar di Kota Bharu, dapat kawan-kawan baru. Ada empat orang pelajar dari Kuala Lumpur. Kalau Hafiz nak pulang ke sini dia akan pulang bersama kawan-kawannya. Dia teringin sangat berdikari untuk pulang sendiri. Kesian Hafiz terpaksa berjauhan dengan ibu dan ayahnya. Tetapi apa nak buat semuanya demi kebaikan dia juga. Di sana semoga dia akan bermuhasabah diri belajar dengan lebih tekun lagi.

Kalau nak ikutkan dia tak mahu balikpun tidak mengapa cuti sekolah ni, dia boleh balik ke Pasir Puteh. Tetapi erm dia pasti rindukan ibu dan yang paling membuatkan dia rindu ialah komputer dan internet. Tahu sangatlah tu.....dia rindu kat myspace dia. Setiap kali dia berinternet Kak Awwa dan ayahnya memang pantau bimbang takut dia pergi ke tempat lain. Kekadang kita chek balik apa yang dia tengok. Huh... bimbang zaman sekarang ni, macam-macam ada kat internet ni. Tetapi buat masa sekarang alhamdulillah tak ada benda yang pelik-pelik. Kalau ada hmm dia kena tahan telinga mendengar ceramah panjang dari kami. Dia sudah remaja, memang budak yang sedang meniti usia remaja dia ingin mengetahui banyak benda. Kita sebagai ibu bapa patutlah menasihatinya( takut bila baca kat Metro budak-budak muda dari Hafiz main game yang bukan-bukan). Jadilah remaja yang berakhlak mulia anakku...

Kak Nurul( emak kawan Hafiz di As Solihin) mengirim sms memberitahu hari ini dia hendak keluarkan anaknya dari As Solihin. Harap apa yang berlaku kepada Kak Awwa tidak akan berlaku kepadanya. Semoga Allah memberi kesedaran kepada mereka-mereka itu. Tutup buku tak mahu ingat dah kenangan Hafiz di As Solihin.

Sunyi sudah pastinya sunyi bila berjauhan dengan anak tercinta. Tetapi mungkin Kak Awwa sudah biasa tidak ketara sangat. Alangkah bahagianya kalau Hafiz ada seorang adik. Tetapi apakan daya belum ada rezeki. Mungkin sudah di takdirkan Hafiz tidak ada ada beradik( tetapi kalau dah rezeki tak kemana). Mungkin Hafiz akan ikut jejak ayahku yang di lahirkan sebagai anak tunggal. Tetapi alhamdulillah anak cucu cicit ramai.

Bila kenangkan Hafiz beribu bapakan kami sedih. Banyak benda yang membuatkan kami sedih. Tetapi dengan kasih sayangNYA Hafiz besar juga. Semoga menjadi permata hatiku penyejuk mataku....hingga ke penghujung usia kami. Sehari tidak mendengar suaranya pasti rindu serindunya.

Soalan-soalan sama Hafiz sudah makan? Hafiz sihat? Makan nasi lauk apa hari ini? Bagaimana pelajaran? Lalu diapun akan bertanya soalan yang sama juga kepada ibunya. Ibu sihat, ayah sihat? Hari ini Hafiz makan nasi ayam masak sambal, gulai ayam, tomyam, ikan dan sebagainya. Dia akan bercerita tentang pelajarannya, kawan-kawannya. Ahh kalau bercerita tidak habis.

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah