andai ini takdirnya utkku

Thursday, August 25, 2011

Jumaat yang terakhir


Tersentuh hati tatkala mendengar lagu2 raya dari corong radio. Lebih tersentuh bila menelefon mek di kampung memberitahu mak long telah kembali keRahmatullah petang semalam sebelum berbuka puasa. Jenazahnya akan di semadikan selepas solat jumaat. Al Fatihah untuk allahyarham mak long. Emak saudarapun emak kita juga, kasih sayang kita walaupun tak sama dengan emak kandung tetapi sayang tak pernah pudar. Tak macam2 budak sekarang kecik2 mereka kita tatang, tapi bila dah besar sudah berkeluarga tanya khabar kitapun tidak.


Jiran2ku kebanyakkannya akan pulang ke kampung, tinggallah aku dan beberapa keluarga. Di tempat kami sekarang ni banyak kejadian pecah rumah dan samun, tambahan dekat nak raya ni semakin menjadi-jadi. Aku sentiasa berdoa semoga di jauhi dari semua ini.

Hari ini merupakan jumaat yang terakhir di bulan ramadhan. Mudahan ramadhan kali ini lebih bermakna di tahun yang sudah2. Sayu hati aku tak dapat mencium tangan kedua ibu bapaku tahun ini. Padahal merekapun bukannya sihat. Aku tidak tahu bila akan bertemu dengan mereka. Hati ini meronta-ronta hendak pulang tetapi apakan daya..segala persiapan raya hanya ala kadar, baju raya hanya untuk Hafiz sahaja. Tiada erti hari raya kalau tak balik kampung, semuanya hambar. Tetapi untuk mengubat kesedihan aku ingin pergi solat hari raya tahun ini. Itupun bergantung kepada parking, sebelum ini aku hanya solat sorang2 di rumah.Tahun ni kalau di izinkan aku teringin hendak solat hari raya.

Di kesempatan ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SeLaMaT MeNyAmBuT HaRi RaYA AiDilFiTri MaAf ZaHiR DaN BaTiN kepada semua muslimin dan muslimat.....

Wednesday, August 24, 2011

Lailatulqadar Malam Yang Dinanti Oleh Mukmin


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: “Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya”

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut”

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Sunday, August 21, 2011

Angka 8

18.8.2011 bersamaan dengan 18 ramadhan tarikh keramat itu datang lagi...hari ulang tahun perkahwinanku yang ke tujuh belas tahun. Bulan 8 hari kemerdekaan, bulan puasa dan hari raya. Semuanya bulan lapan alhamdulillah masih berkesempatan bertemu dengan tarikh keramat ini. Entahlah tahun hadapan bertemu lagi atau tidak. Semoga di panjangkan umur bertemu lagi dengan tarikh keramat ini amin....

Sepatutnya pada tarikh itu juga aku test ....agen aku datang bawak surat untuk penguji, tetapi aku tengah merajuk, nampaknya lepas raya ni lah. Kalau tidak itu merupakan hadiah hari ulang tahun perkahwinanku. Tetapi apakan daya dah takdir begitulah pula jadinya...redha sajalah...semuanya ada hikmahnya...

Monday, August 8, 2011

aku tak mau gagal

TAYAR SATU KAKI DARI GARISAN KUNING
LOCK PINTU-GARISAN PUTIH
PUSING STERENG KIRI HABIS
GEAR R CARI PENJURU
PUSING STERENG KANAN HABIS
UNDUR TAYAR HADAPAN GARISAN
PUSING STERENG KIRI HABIS
GEAR D KE HADAPAN SEDIKIT HON ANGKAT TANGAN
TUKAR KE GEAR R
UNDUR TAYAR HADAPAN GARISAN
PUSING STERENG KANAN HABIS
GEAR D CARI PENJURU
PUSING STERENG KIRI HABIS
KELUAR PERLAHAN2 SAMBIL LURUSKAN KERETA.....

tiga penjuru nampak mudah tp kalau tersilap terpijak line putih gagal...
tp kali ini aku yakin sangat aku tak kan gagal
aku tak mahu gagal
aku tak sabar nak tunggu lepas raya
=====*aku lebih tunggu nak test dari sambut hari raya
apalah ertinya raya kalau aku tak dapat balik kampung*

parking atas bukit tersangatlah mudahnya..tak akan gagal sebab kereta auto lagi senang...
kawan2 yg sama2 belajar semuanya dah ambik test dan dah lulus pun,kakak ipar aku yang tak pandai komputerpun boleh lulus.....
aku ni...seballllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll..............................

memang aku raya di rumah sendiri tahun ini...
tp rindunya aku kepada mek dengan ayah aku
kenapa aku tak balik
itu masalah peribadi aku...
mungkin lepas aku dapat lesen aku boleh balik kg..Insya Allah

Thursday, August 4, 2011

Insuran untuk penguji

Inilah masalahnya, aku tidak di maklumkan kena beli insuran sehari untuk penguji(JPJ). Aku hanya di beritahu last minit oleh agen aku, manalah aku tak sakit hati. Tetapi bila mengenangkan puasa aku tahankan juga. Pagi tadi aku rasa hangin sangat, ketika tu di surau...tetapi alhamdulillah setelah bertadarus hati aku jadi tenang, walaupun bacaan aku agak tersekat-sekat, kerana menahan hati yang panas.

Pada mulanya aku ok je, sebab aku ingat bukan pasal insuran..tp bila tak di maklumkan ada lagi yang belum selesai hati mana tak sakit. Sudahlah OKU ni nak ambik lesen payah, g hospital bergaduh dengan doktor baru dapat surat kebenaran untuk belajar memandu. Cikgu pompuan tak berani nak mengajar. Takut sebab kereta sendiri manalah ada brek macam kereta memandu kat litar tu,cuma brek tangan mereka tak yakin. Tp selama aku drive alhamdulillah aku tak pernah langgar orang, tak pernah langgar tiang dll. Setelah Cikgu Niza mengajar aku dia kata ok tak takutpun. Begitu juga dengan Cikgu Nan,Cikgu Kamal dan Cikgu Abu mereka tak kata takutpun. Aku ni hafal step by step bagai nak pecah kepala. Bila dah ingat n konfident boleh lulus jadi lagu ni pulak...hangatnya hati ku ini.

Aku memohon doa kehadrat Allah janganlah ada di kalangan family aku OKU, cucu cicitku. Cukuplah hanya kami sahaja yang melalui segala kepayahan ini.

Wednesday, August 3, 2011

tak jadi g test

Salam Ramadan Karem, nak sambung bercerita sikit...alhamdulillah ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun2 sudah. Seperti tahun lepas aku gi bertadarus, tahun ni pun gi jugak. Terawih tak pergi cuma buat kat rumah je sebab surau masjid tak mesra oku. Nak gak p mengenangkan kepayahan,bilik air jauh, parkingpun tak boleh masuk rasa payah lah pulak.


Kalau terbatal wuduk kan susah nak pergi ambik. Tak mengapalah Allah itu maha mengetahui walaupun tak dapat pahala berjemaah janji solat sunat itu aku buat juga di rumah.

Setelah sepuluh jam belajar memandu mula2 denga cikgu pompuan, pastu dengan cikgu lelaki,sebab cikgu pompuan ni tak berani nak ajar aku,cuma Cikgu Niza je yang berani. Terima kasih banyak2 kepada Cikgu Niza. Dah takdir akulah pelajarnya yang terakhir selepas tiga kali dia mengajar aku dia pun letak jawatan untuk buat bisnes sendiri.

Segala dokumen dah siap, semalam dapat sms dari agen aku katanya nama aku dan suami di rejek, katanya dokumen tak lengkap, apakah benda itu entahlah kerana hari ni agen tu baru cari maklumatnya. Aku ok je sebab pose2 ni malas nak pk nak pusing stereng sampai nak tergeliat tangan. So di tunda selepas raya le nampaknya.

Aku suka belajar memandu di Harmony sebab cikgu2nya semua melayu dan baik2. Cikgu Niza, Cikgu Abu,Cikgu Nan dan Cikgu Kamal dalam kenangan. Diorang ni bila bawak di jalan raya pasti tak berhenti bercerita itu dan ini. Bila dah lama jadi begitu rapat dengan mereka,sehinggakan kalau dah tak gi Harmony pasti terasa rindu. Masih tergiang suara Cikgu Abu, kata Cikgu Nan ada orang menangis belajar dengan Cikgu Abu, aku ok je tp sedikit gementar dan mengelabah dengan dia sebab dia nak kita buat seperti orang propesional sedangkan manalah orang yang baru belajar boleh buat macam tu. Kalau silap2 sikit tu pejam mata je le. Cikgu Nan dan Cikgu Niza orang Kelantan tu yang buat aku sayang nak tinggal Harmony.

Jalan raya dah ok...tp bab parking cuma lupa je..padahal sebelum tu ok je dengan Cikgu Niza dan Cikgu Kamal...tetapi bila dah nevbes sangat lupa segalanya. Tak mengapalah hari ni aku tak jadi test sekurang2nya aku boleh belajar lagi. Doakan aku ya kawan2....