andai ini takdirnya utkku

Monday, November 28, 2011

RM 3

Malam isnin yang lepas aku dan suami ke majlis makan malam di Hotel Corus sempena perjumpaan, kami menginap di hotel bajet, hotel Corus ni mahal mana mampu kami nak menyewa Rm300 semalam, Rasanya lebih baik duit tu aku bagi kat anak aku je. Kami cukup lah hotel bajet cuma untuk semalam je, nak balik ke Rawang jauhlah pulak. Lagipun majlis tu habis jam 11 mlm. Kalau ikutkan tak mau pergi, tetapi suami aku tanda pasanganlah pulak, sebelum ni dia ajak kawan seofis dia Asnor, tapi Asnor ada family day di Perak. Aku dengan suami tak join atas sebab2 yang tak dapat di elakkan.

InstaForex Grand Dinner 2011

Malam tu di mulakan dengan majlis doa selamat lepas tu seperti tak sah kalau tak jemput artis, artis yang tak laku agaknya sebab tak pernah dengar namanya Nabiri dan Dira. Ingatkan dapat menang cabutan bertuah tetapi takde rezeki malam tu.. insya Allah kalau ada rezeki tahun depan.

Ramai yang merungut katanya pengacara pakai ambik no je asyik terkena no di awalnya angka 4 sahaja. Tak gaul2 kertas tu agaknya, INI TAK ADIL. Tahun depan dengan resminya aku tak mau ikut dah kalau suami aku paksa aku pergi. Dia ajak aku kerana nak aku merasai suasana dinner kat situ, al maklumlah sepanjang hidup aku tak pernah pergi selain dari family day.

Keesokkan harinya

Sepatutnya kami keluar jam 12.00 tenghari tetapi memandangkan ada jemputan bacaan yassin di rumah jiranku terpaksalah aku balik awal. Sementara aku menunggu suamiku di lobi hotel aku terserempak dengan satu kumpulan warga emas dari Thailand. Mereka senyum kat aku, aku membalas senyuman mereka dengan memberi salam. Salah seorang makcik menghampiri aku dan membuka beg tangannya mencari wang kertas. Dia gengam wang kertas lalu menghulurkan kepadaku walaupun aku menolaknya. Perihatinnya makcik ni melihat aku, aku sedikitpun tak mengharapkan tetapi amat terharu. Ingin sahaja aku beri kepada orang lain tp bimbang takut makcik tu kecik hati. Tatkala aku nak pulang mereka mengucapkan selamat jalan..RM 3 aku simpan sebagai tanda kenangan yang tak mungkin aku lupakan....

Sampai di rumah telefon Hafiz, Hafiz bagitau dia jatuh di Balai Islam lututnya sakit, Masya Allah dugaan apakah lagi, sampai ke hari ni tak baik2 lagi walaupun makan ubat dan berurut. Tak boleh nak bersolat seperti biasa, terpaksa solat di atas kerusi. Ingin aku terbang ke sana. Aku ingin pergi melihat Hafiz tetapi tunggu hari jumaat ini kerana suami ku dah tak ada cuti. Ya Allah berilah kesembuhan kepada anakku Hafiz...

Saturday, November 12, 2011

selamat pulang nak

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja


Malam ini anakku berangkat pulang ke KB. Walaupun sudah lama aku terpisah jauh dengan anakku tp kali ini aku benar2 berat hati hendak melepaskan dia. Rasa sebentar saja dia bersamaku. Aku hanya mampu berdoa semoga anakku selamat dalam perjalanan pulang ke KB.
Selepas ini banyak benda yang harus aku fikirkan demi masa depannya. Dalam hati ini mengharapkan dia pulang belajar di sini, aku harus sabar menanti dan menanti.

Cemburu rasa hati ini bila melihat rakan2 sebayanya bersama ibu dan ayah tak kira susah dan senang, tp anakku berjauhan denganku. Aku tidak menyalahkan takdir, Allah yang maha mengetahui , aku bersyukur padamu ya Allah alhamdulillah....

Friday, November 11, 2011

salam kangen

Lamanya tak tulis blog, bukan malas ke apa ke tp It problem, alhamdulillah hari ni baru ok. Takde apa cerita menarik cuma sedikit cerita raya....

Tahun ni setelah dua tahun aku beraya kat sini baru dapat merasa daging korban orang surau bagi. Baik sungguh hati Pak Mail walaupun suami dan anakku tak menolong tp dia simpan untuk kami. Dialah juga orang yang membela aku ketika aku langgar surau bulan ramadhan lepas. Tu time takde lesen hihihi. Kenangan sampai sekarang masih berlubang simen tu..

Esok anakku dah nak balik KB cepatnya masa berlalu sedihlah aku tinggal sorang2 huk huk huk hati seorang ibu sedih ler. Yalah kalau ada dia boleh ler ajak teman gi mana2, ni sorang2 tak seronok...Apakan daya.....

Tuesday, October 18, 2011

nak tukar tudung

Arghhhhhh....dah dia beli tudung pendek ada saja nak tukar dengan kita. Kenapalah ya? tukar sajalah dengan orang lain, bukan jual mahal tp kenapa pulak aku? Apakah dia mengira aku ni senang di pergunakan? Tak kiralah siapapun dia tp KENAPA kena tukar dengan aku?

Wednesday, October 12, 2011

TaKdiR

Dihempas gelombang
Dilemparkan angin
Terkisah ku bersedih ku bahagia

Di indah dunia
Yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana-Nya

Semua berjalan dalam kehendak-Nya
Nafas hidup cinta dan segalanya

Reff:
Dan tertakdir menjalani
segala kehendak-Mu ya Rabbi
Kuberserah kuberpasrah
Hanya pada-Mu ya Rabbi

Dan tertakdir menjalani
segala kehendak-Mu ya Rabbi
Kuberserah kuberpasrah
Hanya pada-Mu ya Rabbi

Bila mungkin ada luka Coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa Coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkah hati merindukan Dia
Karena hanya dengan-Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Bila sudah jatuh

Kalau kita jatuh tidak ada siapa yang tolong melainkan diri sendiri. Begitu juga kalau tak ada satu senpun dalam tangan hanya kita saja yang tahu. Walau makan nasi kosong dan ikan masin pun di rumah kita hanya kita sahaja yang tahu. Di saat kita jatuh tersungkur memang tak ada sesiapa...tp cuba kalau kita ni kaya raya ramai yang membantu kerana ada agenda tersendiri.

Dunia dunia dunia memang begini...susah nak cari manusia yang ikhlas,adik beradik sendiripun tak ada yang ikhlas...kalau ada yang nak dekatiku hanya kerana nak menjual barang, aku pula kalau ada duit selalu saja cair dengan pujukan. Aku tak suka tak suka tak suka AKU TAK SUKAAAAAAAA...AKU BENCIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII. Astagfirullahalaziim....maafkan aku Ya Allah....

Aku nak buat sesuatu yang orang lain tak tahu...Insya Allah...aku nak mula dari bawah walaupun berdikit-dikit. Aku sudah puas hidup begini mengharap kan bantuan suami(maksudku ingin berdikari). Sebab itulah aku pesan kepada anak aku biarlah hidupmu lebih baik dari hidup ibu, jadi jutawan "senyap"(pinjam kata2 Chef Li) tak apa asalkan jutawan beriman. Wang bukan segalanya tetapi kalau tak ada wangpun tak boleh nak hidup dalam dunia yang serba serbinya mengcekik darah.

YA AKU NAK BERUBAH aku nak "hari ini lebih baik dari hari semalam". Kalau kamu bersyukur Allah akan tambah, Insya Allah......

Friday, October 7, 2011

Sayu Hatiku

Hari ini pergi baca yassin rumah kawan yang hendak ke Mekah esok, rasa sedih rindunya aku ingin melihat kaabah dengan mata kasar. Semoga Allah murahkan rezeki ku untuk ke sana.

Dalam masa yang sama aku rindu sangat kat mek dan ayah aku. Ya Allah rindunya nak balik kampung, abe dah sebulan lebih batuk dan sesak nafas. Makan ubat dan ubat tp tak hilang2 juga. Doktor kata asthma, padahal abe bukannya pernah ada asthma sebelum ni. Ya Allah sembuhkan lah penyakit suamiku. Hanya Engkau sahaja yang Maha Penyembuh.....

Wednesday, October 5, 2011

nasi kosong ikan masin

Tak tau nak makan lauk apa lagi, ayam,daging ikan basah dah tak selera. Sudah tu ikan masin dan ikan bilis juga jadi pilihan. Balik dari mengaji terus ke dapur, siang sayur dan goreng ikan masin. Bila dah lapar sedapnya. Sedap tu kat lidah bukan kat perut.

Bila duk dalam rumah mulut asyik nak makan, nak keluarpun bila tengok jiran2 keluar, bukan apa tempat aku ni banyak kecurian, rompakan di siang hari. Malam ada pengawal berjaga...tp bila siang hari si perampok bermaharaja lela. Bukannya selalu tetapi semalam ada kejadian curi dekat dengan rumah aku di rumah Cina.

Yang duk merampok kawasan ini Indon, pakai kereta curi plat palsu. Apa kejadahlah wat kerja ni,dah lah datang secara haram buat kerjapun haram. Kawan mengaji akupun dah kena samun siap letak parang lagi kat leher, siap arah masuk rumah pulak tu nak ambik barang orang, macamlah barang mak dapak dia punya. Kalau dapatlah lembik di kerjakan....aku sokong sangat kerjakan sampai lembik pastu baru serah kat polis..tp janganlah sampai mati. Orang macam ni tak patut di kesiankan, dah datang sini dengan nawaitu tak baik nak mencuri. Sedangkan masih ramai lagi rakan2 senegara yang duk kerja mencuci longkang, kerja tu lebih mulia dari merompak.....

Sunday, October 2, 2011

mula dengan rutin harianku

Pagi ni mulalah pergi mengaji balik setelah lama bercuti, kiranya beraya sakanlah baru nak mula mengaji. Nak keluar hilux belakang keta aku. Myvi dan van pun ada kat depan. Nak keluar macam mana orang baru dapat lesen P manalah cekap sangat, tiga penjurupun ingat masa belajar je.
Terpaksalah panggil jiran suruh ubah kereta dia sikit...malulah jugak aku sebab nampak macam tak berapa pandai. Tp nak buat macam mana baik aku beringat ...aku takut andainya kereta orang tercalar terkemek ke nanti kena bayarlah pulak.

Sunday, September 25, 2011

cantiknya rumah dia

28 Syawal 1432 H

Tak salah kalau kita kagum dengan sesuatu yang indah seperti rumah yang cantik, kereta yang besar,taman ke apa ke. Tetapi kalau nampak seperti hendak berlumba-lumba rasanya itu bukan aku lah.

Asal pergi je open house mesti cakap....cantiknya rumah orang tu. Mata tak terlepas pandang dari segenap sudut di rumah tersebut. Aduyai... agaknya itulah sikap orang perempuan. Aku apalah kurangnya suka juga tengok rumah orang. Tetapi untuk memilikinya seperti mereka rasanya jauh sekali. Hati aku akan berkata kalau boleh hendak tambah itu dan ini. Tetapi bila renung jauh betapa kami tak mampu. Apa yang kami miliki ini pun sudah lebih dari cukup, seandainya mampu memang teringin sangat2 tetapi berpada2.

Sahabat atau kawan????

Nak cari sahabat kat sini agak sukar, cuma yang ada hanya kenalan. Yang betul2 ambil berat tentang diri aku hanyalah K.Haida, walaupun dia agak berada lantaran suaminya pilot, berkawan pula dengan datin2. Tetapi dia sudi berkawan dengan aku. Tak pernah meninggi diri dengan aku. Andai kata kalau aku ni ada kereta merch pasti ramai yang ingin berkawan. Aku tak kisah kalau hanya aku sahaja yang pakai kancil murah kat sini. Aku tak sedih walaupun ada yang memakai merch tetapi tolonglah jangan di parking depan rumah aku. Aduhai nak keluarpun susah huhuhu.

Yang sangat aku terasa jiran aku akan sms aku berkali2 semata2 untuk menjual kuih raya walaupun berkali aku tolak dengan baik. Dengan muka tak malu dia akan bawa ke rumahku dengan bakul2 untuk pilih kuih raya mana yang aku hendak beli. Padahal aku sudah beli.Aku pun satu bila orang dah datang tak pernah pulang dengan tangan kosong, walaupun aku tak mahu tp terbeli juga dengan pujuk rayu.

Terkena dengan taylor

Mengaku kononnya pandai menjahit baju, habis rosak kain yang mek aku hadiahkan di kerjakannya. Konon pandai jahit baju tp Allah..... teramat teruk....konon nak buat buat baju kurung Pahang kembang2 tp apa jadinya baju tu bukan aku yang muat tp gajah pun muat. Jahitanpun tak cermat, kenapalah aku yang terkena, mungkin aku pernah buat silap dengan orang. Itulah Allah balas sebegini.

Kawan fb pun satu asal chat dengan aku nak jual barang. Hari ni aku memang tolak cara tak baik. Aku kata kat dia..akak ni asal chat nak promote barang, orang niaga biasalah macam tu. Tp aku tak suka di paksa dan akupun tak suka memaksa orang. Mungkin sebab itulah aku tak jual barang kat orang kerana tak sanggup merayu2 kawan2 suruh beli barang. Lebih baik buat benda lain. Bukan memburuk kan orang lain, tp dalam keadaan aku yang begini banyak yang ambil kesempatan. Tp Insya Allah aku tidak akan terkena lagi, nak cari kawan ramai tp sahabat tu payah. Begitulah adat dunia.....

Wednesday, September 21, 2011

Sepi

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Rindu Harmony

Dah seminggu dah aku lulus test JPJ. Erm...semenjak awal tahun lagi bersama dengan cikgu2 kat Harmony rasa rindulah pulak hihihihi. Aku je yang paling lama kat Harmony, apa tidaknya macam2 masalah tu lambat nak test. Janji Kak Rodziah esok nak hantar lesen P insya Allah....

p/s Jam 2.30 tadi agent aku Kak Rodziah hantar lesen. Terharulah pulak bila peluk Kak Rodziah maklumlah bila dah lama berurusan rasa mesralah pulak dengaN dia..

Tuesday, September 20, 2011

naik berkilo2

Nafas terasa sesak rasa berat je badan ni. Bila timbang 55 kg? Oh tidaaaaaakkkkkk.Dari 52 kg naik 3 kg. Open house punya pasal. Kalau ikutkan aku tak boleh nak makan seperti orang lain sebab aku cepat mengah. Malam minggu pergi rumah jiran depan buat open house. Aku tak tahu nak makan apa sebab benda berat banyak sangat. Abe ambik nasi dagang, aku ambik laksa, orang lain boleh bertambah makanan lain lagi aku dah tak boleh. Laksapun berkongsi dengan abe.

Semakin meningkat umur semakin nak kena jaga kesihatan. Malam aku tak ambik nasi aku cuma minum air sahaja walaupun aku teringin nak makan nasi. Tp demi kesihatan aku terpaksa. Kalau boleh aku nak berpuasa secepat mungkin di bulan syawal ini tp apakan daya..........

Sunday, September 18, 2011

jumpa cousinku

Alhamdulillah pagi ni hujan turun agak lebat mencurah2 membasahi bumi. Kalau ikutkan mahu tarik selimut dan tidur sahaja. Maklumlah tinggal sorang2 kat rumah. Tp erm aku bukan jenis orang yang suka tidur. Tak lena punyalah, aku akan tidur siang kalau terlalu mengantuk, kalau setakat nak tidur tak ada lah. Baik aku tulis blog atau belajar mengait.

Semalam setelah tujuh tahun tak bertemu dengan kakak sepupu aku. Akhirnya dengan izin Allah kami di pertemukan. Sesat sana sini nak cari Bandar Tasik Puteri( tak pakai GPS ke?). Ke Serendah, hingga ke Kubu Bharu. Almaklumlah tak pernah datang walaupun hanya duduk kat Ampang.

Memandangkkan dia dan family suka pergi melancong banyak cenderamata yang di bawa untuk kami. Malu sungguh sebab kami takde apa hendak di beri. Kalau nak beripun dia sudah ada segalanya. Dari Australia ke Saigon, Vieatnam, China dll. Bagi aku yang tak berduit ini kalau pun Air Asia tu murah mungkin aku tak mampu nak bershopping seperti diorang. Aku pun teringin tp apakan daya......

Ukur baju di badan sendiri. Apa yang penting sekarang ni ada benda yang harus aku dahulukan... banyak benda yang lebih penting dari semua itu.

Friday, September 16, 2011

open house

Hari ini dua jemputan open house aku tak p, bukan tak sudi tetapi tiada kawan untuk menemani aku ke sana. K.Haida jiran aku tu taulah bila dah suami dia pulang dari Penang nak jalan sana sini. Hanya dialah jiran yang terbaik kat sini, nak pergi mengaji dengan dia...nak gi beli pasu bunga, pokok bungapun dengan dia. Oleh kerana diapun tak ada kawan dia akan ajak aku bila nak kemana-mana. Akupun begitu juga. Itulah rasa segan sangat bila nak pergi sorang diri. Kalau jemput abe sekali oklah juga ada teman. Kekadang tertanya juga aku.....sampai bila aku hendak mengharapkan Kak Haida...sedangkan dia tak lama lagi akan pindah ke Penang. Aku harus ke sana ke mari sendiri juga. Lainlah kalau aku ni ramai anak sudah pasti merekalah akan menjadi teman aku....

Open house

Kekadang tertanya2 juga, open house sana sini selepas raya patut ke? Masa aku kecik2 dulu open house ni cuma di hari raya sahaja iaitu hari raya pertama selepas orang balik dari masjid, lepas tu kalau orang nak datang di persilakan walaupun cuma di jamu dengan ketupat dan ikan masin. Rumah sentiiasa terbuka, jiran2 tanpa di jemput akan datang berziarah. Tetapi zaman sekarang mesti berjemput, kalau tak di jemput pendek kata jiran2 pun segan nak datang termasuklah akupun tak pergi kalau tak di jemput. Kenapa begitu jadinya? Beraya di kampung lebih seronok berbanding beraya di bandar.....

Ya le aku faham orang di bandar ni kerja n kalau raya pula balik kampung. Untuk meraikan kawan2 atau jiran2 depa adakan rumah terbuka. Kadang terpk2 jugaklah aku di kejiranan aku ni seperti berlumba-lumbalah pulak. Tuan rumah akan beli perhiasan atau apa sahaja untuk mencantikkan rumah. Juadah tak usah nak cakaplah banyaknya. Roti jala, nasi dagang, laksa, pulut kuning dll. Hai.... kat manalah nak isi lagi tu?

Yang tak buat rumah terbuka ni hanya aku je sebabnya sorang2 tak larat nak masaklah. Sebelum puasa dah panggil jiran2 baca yassin kat rumah, jadi tu pun memadailah. Insya Allah kalau ada rezeki tu boleh le nak meraikan kawan2.

Kemusykilan...kenapa masa bulan ramadhan tidak ada open house untuk berbuka? Kan time tu orang lapar dan dahaga. Sekarang ni kalau nak tengok lemang dll dah tak mau...tp bila dah orang jemput pergilah juga. Puasapun tak habis berganti lagi, nak buat macam mana open house punya pasal. Kalau tak pergi nanti kecik atilah pulak diorang.

Dulu lain sekarang lain, kalau dulu barang murah tp duit susahnya nak dapat. Sekarang ni kalau nak bagi duit raya kat bebudak mana ada seringgit dua rm 10. Kalau kita bagi rm1 depa akan kata seringgit je? Kalau dulu aku dapat sepuluh sen, lima puluh sen, kalau dapat rm 1 wah tu kemain banyak tu.Tak salah open house tp berpada2lah, janganlah kalau tak mampupun nak buat juga. Kalau tak silap tahun lepas bunyi2nya masuk bulan Zulkaedahpun masih belum habis lagi open house. Punyalah sakan beraya....
So pk2lah n kalau nak lebih detail bacalah majalah Solusi keluaran terbaru....

Wednesday, September 14, 2011

Berakhir sudah......... alhamdulillah

15.Ogos.2011 khamis bersamaan dengan 17 Syawal

Syukurlah kepadaMu ya Allah kerana semuanya telah berakhir. Setelah bersusah payah dengan berbagai masalah yang di lalui akhirnya hari ini aku dan suamiku lulus test JPJ. Syukurlah kerana Allah permudahkan aku dan suami. Inilah berkat doa dan tawakal kepada Allah.

Sebelum ini aku memang berputus asa, dari 4 Ogos di tunda ke 18.8.2011 dek kerana tidak ada insuran untuk penguji. Setelah bersusah payah bukan setakat agent aku Kak Rodziah tetapi kesusahan itu banyak berpihak kepada kami. Agen cuma beri arahan yang buatnya kami. Kurnia Insuran di KL tak tahu macam mana nak buat insuran sehari untuk penguji walaupun di beri contoh.

Rasa tak tahu nak tanya kat sapa dah melainkan pergi ke pejabat JPJ tanya diorang. Alhamdulillah tak sampai setengah jam siap semuanya. Bendanya mudah sahaja tetapi sengaja di payah2 kan. Mungkin pada angkapan mereka OKU tak payahlah ambik lesen. Padahal OKU sekarang bukannya hanya duduk memerap dalam rumah tanpa bergaul dengan orang ramai tanpa melihat dunia luar.

Cerita semalam

14.8.2011 bersamaan dengan 14 Syawal 1432 H rabu

Tambah masa belajar sebab takut lupa bila nak ambik test nanti tak ingat apa yg cikgu ajar. Seperti yang lain2 semuanya ok, parking atas bukit lagilah ok kerana kereta auto. Cuba kalau manual ada yang mati enjin dll.(Berdasarkan pengalaman kawan2). Semalam 3 penjuru tak berapa ok masuk bengkok walaupun puas cikgu Kem(Kamal) ajar. Walau bengkok macam manapun tetap lulus asalkan jangan pijak garisan putih. Alhamdulillah tak terpijak boleh la cukup2 makan.

Cerita HARI ini

Pagi tepat jam 7.30 bergerak dari Tasik Puteri ke Kundang. Sepatutnya anak Kak Rodziah yang bawak kereta tp lain pula ceritaya, anak K. Rodziah tidur di rumah kawan kenalah drive sendiri. Sebelum ni pun g belajar abe yang drive walaupun takut kena saman dengan JPJ( maklumlah dalam belajar) tp beranikan diri.......

Sudah habis daftar Cikgu Kem bawak kami turun ke litar

"Pasal apa pasang cd yassin ni" sambil dia tergelak besar.

"Nak bagi tenang sikit supaya tak gabra bila tengok JPJ nanti". Kata aku.

"Allah.... tenang lah buat takde apa2 pun".

Habis daftar di pejabat JPJ sangkaan aku meleset sama sekali sedikitpun aku tak gementar (apa nak takut diorang bukan rimau)bila tengok wajah JPJ. Seperti gambaran Cikgu Kem JPJ serius tp semuanya tak benar belaka( saja Cikgu Kem nak menakut-nakutkan aku agaknya). Wajah mereka senyum, cuma yang perempuan je tak tau nak senyum kelat semacam je.

Tadi ada sedikit masalah tentang insuran untuk penguji, Kak Rodziah kata sudah bagi kat Siti, depa cari kat pejabat tak ada. Cikgu Nan suruh kol Kak Rodziah berapa kali kol dia kata dah bagi kat Siti. Aku memang dah mula hangin dah, lepas satu2 tak habis2 nak menyusahkan aku. Cikgu Kem kata jangan marah relax nanti adalah orang cari kat pejabat Harmony tu. Bukan marah tp geram.....

Cari punya cari adalah kat dalam bekas simpan fail. Betapa tidak perihatinnya mereka terhadap kami. Aku cakap saya tak mahu ada apa2 masalah lagi setelah macam2 hal yang telah kami lalui sebelum ni, cukup2lah.....kami dah banyak bersusah payah kerana nak dapatkan lesen memandu.

(Mula2 buat parking, kereta auto takde masalah le. Parking, tiga penjuru semuanya ok alhamdulillah. Pastu gi jalan yang terdekat sekali senang cerita.)

Cerita masuk kereta....

Bila nama dipanggil..diorang panggil aku Kak Awwa. Aku pergi dengan senyum lebar kat kereta kancil aku. Sedang menunggu Cik Abe ensem yang nak menguji aku tu.

Soalan pertama dia tanya "kereta sendiri ke?"

"Ya kereta sendiri, cik ke puan"? Jawabku puan hehehe...

Aku masuk kereta laraskan tempat duduk pasang tali pinggang keledar, betulkan cermin, wiper, hazard light dll. Alahai JPJ muka kemain baiknya... orang Ipoh.

" Tak payah chek2 lah kak start enjin jalan je, ok kita pergi ke jalan tiga ya"...Jalan yang senang aku ingat....

Alamak mudahnya.......sedangkan aku belajar dengan cikgu nak gi jalan raya kena chek macam2 benda(terutama sekali Cikgu Abu). Bagusnya dia ni alhamdulillah. Jalan terus ke jalan raya signal awal2 lagi dah bagi, maklumlah takut di potong markah.

Dalam perjalanan....

"Akak kenapa tak pakai tombol kat stereng untuk senang lah sikit, ke akak lebih selesa macam ni je" .

"Owh lebih selesa begini je"....

Dalam hati "erm Cikgu Kem kata JPJ ni senyap je macam patung". Aku dengan berhati2 drive melalui jalan berbukit, berlopak turun naik bukit, jumpa dua tiga orang budak yang sedang bermain dengan basikalnya. Aku tanpa rasa takut slow dan sangat berhati-hati.

Tester ni suka sembang nasib baik tak terlepas jalan ni. Pertanyaan banyak sangat.

"Apa yang paling akak susah nak buat"'.

"Takde apa yang susahnya kalau dah biasa macam ni semuanya ok je, walaupun orang lain rasa tak ok".

"Alhamdulillah kalau dah ada tangan, bayangkan orang yang takde tangan susahnya."

Kata Cikgu Kem kalau tersilap tak lepas handbrake gagal tp JPJ tu siap berkata lagi.

"Lepas handbrake tu kak".(Terlupa nak lepas handbrake masa nak jalan tadi).

Hah...... tu laH banyak sangat tanyanya sampai aku terlupa nak lepas handbrake bilA sampai di jalan raya...lori pulak banyak sangat.

"Bila dah ok jalan ya". Macam cikgulah pulak dia ni. Cikgu Kem kata JPJ tak bagitau apa2 kalau kita buat silap sekalipun dia akan senyap, dia cuma tulis je tp hari ini semuanya Allah permudahkan alhamdulillah.

"Boleh bagi no kereta tak kak".

"Erm minta maaf le tuan saya terlupa, tak hafal". Hahahah malunya aku sebab tak ambik kisah tentang nombor kereta. Aku cuma ingat no awalnya sahaja aduyai...

Seterusnya tibalah ke jalan penamatnya.

"Akak lulus ya alhamdulillah".....


Giliran abelah pulak.... pun lulus juga... seminggu lagi dapatlah lesen P. Cuma kena berhati2 takut ada mata demiritlah pulak......


Wajah2 sugul

Kesiannya kat adik2 dua orang ni gagal parking atas bukit. Dia menyalahkan kereta kerana kereta yang tak ok bagi kat dia. Kataku sabarlah dik nanti buat lagi. "Erm duit lagi tu kak. "Sedihlah saya kak, matanya merah sedikit....sian kat dia...

Yang sorang lagi pulak, "dapat JPJ orang Kelantan bengkeng nak mampus". Silap sikit di jerkah di tengking......sian nasib dia memang tak baik...alhamdulillah nasib kami baik. Thank you Allah....

Berakhirlah cheriter aku g belajar memandu....lepas ni berani ke aku nak balik kg? Jauh tu. Kata Cikgu Kem kalau jgn tak drive nanti takut pulak......

Kepada Cikgu2 yang banyak menolong terutama sekali Cikgu Nan( banyak menolong aku di hari test), Cikgu Abu(pun time ni dah ok dah) yang serius mukanya. Cikgu Kamal yang kelakar( banyak bersabar dengan aku), kenangan di Harmony tetap dalam lipatan memori. Tak lupa untuk Cikgu Niza......untuk agent aku Kak Rodziah dan anak2nya..............

Orang lain blik di hantar agent, tp kami berdua walaupun baru lulus test, jumpe JPJ di tengah jalan buat muka selamba je sebab diaorang tau kitaorang baru je lulus huhuhu. Rasa lega benar, rasa terlepas dah satu bebanan. Insya Allah tahun hadapan anak aku Hafiz pula pergi belajar memandu.

Monday, September 12, 2011

Sepi itu menyedihkaN

Petang ni aku benar2 terrasa kehilangan, sunyi hidup aku. Kalau sebelum ini ada Hafiz menemaniku tetapi hari ini aku sendirian,buat kerja rumah sendiri,jemur kain sendiri makan sendiri.

Selepas Hafiz pulang ke KB mak dan ayah mertuaku datang, kawan aku Lea datang. riuh sekejap rumah aku. tp hari ini aku sepi lagi dan lagi dan lagi. Alhamdulillah aku dengan mak mertuaku boleh di katakan akrab sekarang ni. Bila bertemu mak meluahkan perasaan sedih dan suka dukanya. Kesian kat emak mertua aku kurus kering tinggal tulang kerana makan hati dengan ayah mertuA TIRIKU yang buat hal selama beberapa bulan.

Tapi alhamdulillah sekarang ni dah ok setelah puas berikhtiar ke sana ke mari. Angkara manusia berdengki semuanya jadi kucar kacir. Sanggup dalam usia emas mak mertua dan ayah memrtuaku mereka nak pisahkan nak tengok mak mertua aku bercerai berai. Tak dapat nak aku bayangkan bagaimana kesedihan mak mertuaku. Tp dia pendamkan seorang diri tanpa memberitahu kami. Katanya biarlah dia susah sendiri. Berlinangan air mataku mendengar kisah emak mertua ku...sudahlah sebelum ini setia merawat suami(ayh suamiku) yang sakit bertahun-tahun.

Berita gembira birasku nak dapat baby lagi yang ke lima. Sedih ke aku? Tak lah, dah rezeki dia, dia sihat biarlah dia yang beranak banyak2. Kalau dulu mak mertua aku tak faham tp sekarang dia dah faham alhamdulillah. Kalau dulu pantang dengar orang mengandung terutama sekali biras aku...aku jadi sedih, sebab dulu mak mertua aku ingat aku yang tak mau anak dah, tp dah takdir nak buat macam mana.

Tp satu nk habag, siannya kat Lia tertinggal hp. Doaku semoga HP tu selamat sampai kepangkuannya esok Insya Allah....


S.E.P.I


anakku
ibu tak tau
kapan lagi
kita akan bersama
seperti dulu
terkadang ibu rasa bersalah
sangat dengan anakku
kerana takdir yang memisahkan kita
sabarlah awa dua tahun saja lagi
bila Hafiz dah lepas SPM
Hafiz masuk U
pastu Hafiz kerja
Hafiz khawin
Hafiz dapat anak
Hafiz akan jaga ibu dan ayah
kita akan ke Mekah sama2
seperti impian kita tu
Insya Allah

Saturday, September 10, 2011

selamat pulang anakku

Terharu hati ini kerana terpaksa melepaskan anakku pulang sendiri ke KB, memandangkan ayahnya pun kurang sihat. Tetapi di Hentian Putra ada kawan yang menanti tidaklah rasa bimbang.

Hampir sebulan Hafiz bercuti di bila dia sudah balik ke asrama terasa sunyilah pula. 11.8.2011 bermulalah sessi baru pembelajarannya. Tak sama seperti sekolah biasa, itulah sebabnya orang sini selalu bertanya anak tak belajar ke?

Ahhh....persepsi orang begitulah lantaklah. Janji aku tak kacau orang dan orang tak kacau aku. Insya Allah anakku akan belajar di peringkat tinggi mana yang dia mahu. Cita2nya nak jadi mekanik kapal terbang huhuhu...tu cita2nya..bukan doktor ke, pensyarah ke...erm tak kisahlah apapun asalkan mekanik yang beriman.

Ya Allah selamatkan lah perjalanan anakku...

Friday, September 2, 2011

ChErItEr RayA

30.8.2011 bersamaan dengan 1 syawal 1432 hijraH (selasa)

Tiada apa yang menyeronokkan di hari raya tanpa berada di sisi keluarga. Terasa sunyi sepi, cuma ada dua tiga family sahaja yang tidak pulang ke kampung di blok aku ini. Walau bagaimanapun aku rasa sangat gembira kerana tahun ini aku dapat bersolat hari raya di surau, syukur alhamdulillah. Setelah bertahun aku tidak bersolat hari raya di surau tahun ini aku berkesempatan, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya aku.

Raya pertama cuma pergi ke rumah umi(ustazah mengajar mengaji)selepas itu pulang ke rumah melepak di rumah sahaja. Nak pergi ke rumah orangpun badan dah rasa berat sangat. Maklumlah selama ni kan berpuasa, bila dah raya asyik makan je la. Bimbanglah juga takut badan naik. Tapi alhamdulillah baju tahun lepas yang tak muat boleh pakai pulak.

Punyalah buat nasi dagang, rendang tp makan sendiri sahajalah. Takut membazir simpan sahaja dalam peti ais, kalau kat rumah mek aku tentu licin tak sampai ke petang.Ada benda yang harus aku selesaikan iaitu nak ambik test insya allah aku pasti akan lulus nanti. Ah...lepas raya ni pergi lagi jumpa cikgu di Harmony, jangan cikgu Abu sudah le...

Thursday, August 25, 2011

Jumaat yang terakhir


Tersentuh hati tatkala mendengar lagu2 raya dari corong radio. Lebih tersentuh bila menelefon mek di kampung memberitahu mak long telah kembali keRahmatullah petang semalam sebelum berbuka puasa. Jenazahnya akan di semadikan selepas solat jumaat. Al Fatihah untuk allahyarham mak long. Emak saudarapun emak kita juga, kasih sayang kita walaupun tak sama dengan emak kandung tetapi sayang tak pernah pudar. Tak macam2 budak sekarang kecik2 mereka kita tatang, tapi bila dah besar sudah berkeluarga tanya khabar kitapun tidak.


Jiran2ku kebanyakkannya akan pulang ke kampung, tinggallah aku dan beberapa keluarga. Di tempat kami sekarang ni banyak kejadian pecah rumah dan samun, tambahan dekat nak raya ni semakin menjadi-jadi. Aku sentiasa berdoa semoga di jauhi dari semua ini.

Hari ini merupakan jumaat yang terakhir di bulan ramadhan. Mudahan ramadhan kali ini lebih bermakna di tahun yang sudah2. Sayu hati aku tak dapat mencium tangan kedua ibu bapaku tahun ini. Padahal merekapun bukannya sihat. Aku tidak tahu bila akan bertemu dengan mereka. Hati ini meronta-ronta hendak pulang tetapi apakan daya..segala persiapan raya hanya ala kadar, baju raya hanya untuk Hafiz sahaja. Tiada erti hari raya kalau tak balik kampung, semuanya hambar. Tetapi untuk mengubat kesedihan aku ingin pergi solat hari raya tahun ini. Itupun bergantung kepada parking, sebelum ini aku hanya solat sorang2 di rumah.Tahun ni kalau di izinkan aku teringin hendak solat hari raya.

Di kesempatan ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SeLaMaT MeNyAmBuT HaRi RaYA AiDilFiTri MaAf ZaHiR DaN BaTiN kepada semua muslimin dan muslimat.....

Wednesday, August 24, 2011

Lailatulqadar Malam Yang Dinanti Oleh Mukmin


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: “Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya”

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut”

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Sunday, August 21, 2011

Angka 8

18.8.2011 bersamaan dengan 18 ramadhan tarikh keramat itu datang lagi...hari ulang tahun perkahwinanku yang ke tujuh belas tahun. Bulan 8 hari kemerdekaan, bulan puasa dan hari raya. Semuanya bulan lapan alhamdulillah masih berkesempatan bertemu dengan tarikh keramat ini. Entahlah tahun hadapan bertemu lagi atau tidak. Semoga di panjangkan umur bertemu lagi dengan tarikh keramat ini amin....

Sepatutnya pada tarikh itu juga aku test ....agen aku datang bawak surat untuk penguji, tetapi aku tengah merajuk, nampaknya lepas raya ni lah. Kalau tidak itu merupakan hadiah hari ulang tahun perkahwinanku. Tetapi apakan daya dah takdir begitulah pula jadinya...redha sajalah...semuanya ada hikmahnya...

Monday, August 8, 2011

aku tak mau gagal

TAYAR SATU KAKI DARI GARISAN KUNING
LOCK PINTU-GARISAN PUTIH
PUSING STERENG KIRI HABIS
GEAR R CARI PENJURU
PUSING STERENG KANAN HABIS
UNDUR TAYAR HADAPAN GARISAN
PUSING STERENG KIRI HABIS
GEAR D KE HADAPAN SEDIKIT HON ANGKAT TANGAN
TUKAR KE GEAR R
UNDUR TAYAR HADAPAN GARISAN
PUSING STERENG KANAN HABIS
GEAR D CARI PENJURU
PUSING STERENG KIRI HABIS
KELUAR PERLAHAN2 SAMBIL LURUSKAN KERETA.....

tiga penjuru nampak mudah tp kalau tersilap terpijak line putih gagal...
tp kali ini aku yakin sangat aku tak kan gagal
aku tak mahu gagal
aku tak sabar nak tunggu lepas raya
=====*aku lebih tunggu nak test dari sambut hari raya
apalah ertinya raya kalau aku tak dapat balik kampung*

parking atas bukit tersangatlah mudahnya..tak akan gagal sebab kereta auto lagi senang...
kawan2 yg sama2 belajar semuanya dah ambik test dan dah lulus pun,kakak ipar aku yang tak pandai komputerpun boleh lulus.....
aku ni...seballllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll..............................

memang aku raya di rumah sendiri tahun ini...
tp rindunya aku kepada mek dengan ayah aku
kenapa aku tak balik
itu masalah peribadi aku...
mungkin lepas aku dapat lesen aku boleh balik kg..Insya Allah

Thursday, August 4, 2011

Insuran untuk penguji

Inilah masalahnya, aku tidak di maklumkan kena beli insuran sehari untuk penguji(JPJ). Aku hanya di beritahu last minit oleh agen aku, manalah aku tak sakit hati. Tetapi bila mengenangkan puasa aku tahankan juga. Pagi tadi aku rasa hangin sangat, ketika tu di surau...tetapi alhamdulillah setelah bertadarus hati aku jadi tenang, walaupun bacaan aku agak tersekat-sekat, kerana menahan hati yang panas.

Pada mulanya aku ok je, sebab aku ingat bukan pasal insuran..tp bila tak di maklumkan ada lagi yang belum selesai hati mana tak sakit. Sudahlah OKU ni nak ambik lesen payah, g hospital bergaduh dengan doktor baru dapat surat kebenaran untuk belajar memandu. Cikgu pompuan tak berani nak mengajar. Takut sebab kereta sendiri manalah ada brek macam kereta memandu kat litar tu,cuma brek tangan mereka tak yakin. Tp selama aku drive alhamdulillah aku tak pernah langgar orang, tak pernah langgar tiang dll. Setelah Cikgu Niza mengajar aku dia kata ok tak takutpun. Begitu juga dengan Cikgu Nan,Cikgu Kamal dan Cikgu Abu mereka tak kata takutpun. Aku ni hafal step by step bagai nak pecah kepala. Bila dah ingat n konfident boleh lulus jadi lagu ni pulak...hangatnya hati ku ini.

Aku memohon doa kehadrat Allah janganlah ada di kalangan family aku OKU, cucu cicitku. Cukuplah hanya kami sahaja yang melalui segala kepayahan ini.

Wednesday, August 3, 2011

tak jadi g test

Salam Ramadan Karem, nak sambung bercerita sikit...alhamdulillah ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun2 sudah. Seperti tahun lepas aku gi bertadarus, tahun ni pun gi jugak. Terawih tak pergi cuma buat kat rumah je sebab surau masjid tak mesra oku. Nak gak p mengenangkan kepayahan,bilik air jauh, parkingpun tak boleh masuk rasa payah lah pulak.


Kalau terbatal wuduk kan susah nak pergi ambik. Tak mengapalah Allah itu maha mengetahui walaupun tak dapat pahala berjemaah janji solat sunat itu aku buat juga di rumah.

Setelah sepuluh jam belajar memandu mula2 denga cikgu pompuan, pastu dengan cikgu lelaki,sebab cikgu pompuan ni tak berani nak ajar aku,cuma Cikgu Niza je yang berani. Terima kasih banyak2 kepada Cikgu Niza. Dah takdir akulah pelajarnya yang terakhir selepas tiga kali dia mengajar aku dia pun letak jawatan untuk buat bisnes sendiri.

Segala dokumen dah siap, semalam dapat sms dari agen aku katanya nama aku dan suami di rejek, katanya dokumen tak lengkap, apakah benda itu entahlah kerana hari ni agen tu baru cari maklumatnya. Aku ok je sebab pose2 ni malas nak pk nak pusing stereng sampai nak tergeliat tangan. So di tunda selepas raya le nampaknya.

Aku suka belajar memandu di Harmony sebab cikgu2nya semua melayu dan baik2. Cikgu Niza, Cikgu Abu,Cikgu Nan dan Cikgu Kamal dalam kenangan. Diorang ni bila bawak di jalan raya pasti tak berhenti bercerita itu dan ini. Bila dah lama jadi begitu rapat dengan mereka,sehinggakan kalau dah tak gi Harmony pasti terasa rindu. Masih tergiang suara Cikgu Abu, kata Cikgu Nan ada orang menangis belajar dengan Cikgu Abu, aku ok je tp sedikit gementar dan mengelabah dengan dia sebab dia nak kita buat seperti orang propesional sedangkan manalah orang yang baru belajar boleh buat macam tu. Kalau silap2 sikit tu pejam mata je le. Cikgu Nan dan Cikgu Niza orang Kelantan tu yang buat aku sayang nak tinggal Harmony.

Jalan raya dah ok...tp bab parking cuma lupa je..padahal sebelum tu ok je dengan Cikgu Niza dan Cikgu Kamal...tetapi bila dah nevbes sangat lupa segalanya. Tak mengapalah hari ni aku tak jadi test sekurang2nya aku boleh belajar lagi. Doakan aku ya kawan2....

Wednesday, July 27, 2011

doa kan sy kawan2...

Sabtu lepas anak aku Hafiz telah selamat pulang di hantar dengan kereta nautika milik salah seorang ustaz yang keluar di TV9( nama dah lupa). Bapa salah seorang pelajar di maahad tempat anak aku belajar. Aku kira orang berduit tak kan nak hantar anak belajar ke maahad atau madrasah..kenapa tidak hantar sahaja ke sekolah swasta. Tetapi itulah ketentuaan Ilahi. Di zaman yang serba mencabar di saat manusia begitu jauh dengan ugama rasanya aku bangga dan tidak menyesal menghantar anak aku belajar di situ. Semua yang berlaku itu bersebab. Kesusahan yang telah kami lalui ada hikmahnya.

Aku bangga anak aku menjadi imam solat untuk aku dan ayahnya, aku bangga bila tiap kali tiba waktu solat anak aku akan bergegas ke surau atau masjid. Aku bangga bila anak aku melaungkan azan tiap kali tibanya waktu solat.

Aku akan susah hati melihat sebahagian remaja berkumpul di rumah kosong bersebelahan dengan rumah aku. Aku bimbang apa yang mereka buat beramai2 begitu...pintu di tutup rapat...anak siapakan itu? Semoga aktiviti yang di lakukan di rumah kosong itu aktiviti yang sihat...jauhilah mereka dari melakukan perbuatan yang tidak baik ya Allah.


Nampaknya puasaku kali ini lebih bermakna, buat pertama kali puasa di rumah sendiri, tidak seperti dulu lagi di rumah sewa. Bersama anak tunggalku..syukran ya Allah..

Kawan2 di kesempatan ini aku sangat mengharapkan doa dari kalian semoga aku lulus test jpj nanti...di kesempatan ini juga aku ingin memohon ampun dan maaf sempena ramadhan yang bakal tiba in. Manalah tahu selama aku berblog ada perkataan yang menguris hati kalian...selamat berpuasa dan selamat beramal....

Friday, July 22, 2011

pergi makan ikan bakar

semalam aku,k.haida, Ummi, Atie, Siti, Kak Bib jauh pergi jalan2 cari makanikan bakar di jalan Belamy(sori klu tak betui ejaan lupa)> Wah kenapalah depa ni sanggup habiskan minyak, masa semata2 nak pergi makan ikan bakar. Aku di ajak sekali makanya aku tak lepaskan peluanglah.

Balik singgah di Sg Buloh beli pokok,pasu,tanah itu je la. Tak perna seumur hidup aku pergi makan ikan bakar jauh2. Terima kasihlah kepada sahabat2ku. Ya Allah murahkan lah rezeki mereka yang belanja aku,kerana aku tengah pokai sekarang ni.( bukan orang tahu pun...tp kalau dah orang beli macam2 kita idak tu maknanya keringlah tu) Kalau adapun untuk keperluan lain. Petang ni jiran aku telefon nak suruh tengok jubah,baju dan tudung, minta maaf kirim salamlah aku dah tak mampu nak ikut kehendak hati ini.....sabarlah hati....

Friday, July 15, 2011

nak p Harmony kelas memandu bab 1

Hari ni bermulalah aku nak pergi belajar memandu. Doaku semoga Allah permudahkan segalanya . Berdebar juga tetapi aku kuatkan hati ini demi masa depan aku...

sambungan

hari pertamaku~ Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dapat belajar dengan cikgu peremupan lagi, yang best sebab orang senegeri speaking London le hehehe.Tak susah sangat bila kita dah tahu pegang stering dll. Cuma pertama kali pergi tu tak berapa ingat nak hafal jalan 1.2 dan 3. Jalan sempit berbukit bukau di Kuang alahai tak pernah aku drive jalan sempit dan berlopak pulak tu. Tp dah ada cikgu tak adalah rasa takut sangat.

Pertama kali aku drive di atas jalan raya yang sibuk dengan lori2 besar, semuanya alhamdulillah sebab mungkin Allah permudahkan segalanya.

Bersambung lagi kek bab yang seterusnya......

Wednesday, July 13, 2011

AlhamdulillAH

Semalam tercapailah hasrat aku nak buat majlis bacaan yassin doa selamat sempena masuk rumah baru. Nasi kerabu ,bihun goreng, kuih muih itulah menunya. Tp tak sempat nak snap gambar untuk kenangan. Sekadar menjemput jemaah surau dan jiran2 terdekat sahaja. Syukurlah kerana majlis itu berjalan dengan jayanya. Terima kasih kerana ramai jugak yang sudi menolong membancuh air dll.



Syukurlah kerana suami akupun kembali berkerja seperti biasa. Kakinya masih lagi terasa kebas2. Semoga suamiku di beri kesihatan yang baik. Aku sentiasa mendoakan semoga keluarga kami rukun damai aman dan bahagia. Insya Allah minggu hadapan Hafiz akan pulang. Adalah kawan aku nanti. Tak sabar nak sambut ramadan bersama Hafiz. dalam masa yang sama aku menghitung hari bilakah aku akan pulang menjenguk mek ngan ayah aku? juga ibu mertuaku entahla.....hanya takdir yang menentukan......

Sunday, July 3, 2011

maafkan awwa abe....

Bergenang air mata suamiku bila aku pulang, sian kat abe. Bukan tak nak duk lama2 kat spital, tp akupun tak sihat, aircond sejuk giler2 le tidur tak sempurna le, tidur di ganggu dengan suara2 bising orang sakit, aku yang tak sakit jadi sakit. Lagipun abe kata gi baliklah abe dah ok dah sikit, lagipun nursekan ada. Kalau dah ok esok ke lusa ke abe baliklah.

Mekasih le kepada K.Melati n family kerana gi ambik aku, susah nak cari sobat sebaik mereka, susah senang tetap bersama kami. Allah Engkau anugerahkanlah kekayaan dan kebahagiaan kepada keluarga ini amin. Kalau aku nak balas aku mungkin tak mampu tp aku hanya mampu berdoa........

Balik rumah nak jugak tengok siaran ulangan Imam Muda, mungkin keletihan jalan jauh tertidur, kalau dengan suami kita manja sangat sikit2 nak ambik kerusi roda...tp dengan orang semuanya kita kata boleh walau hakiktnya aku ni bukannya boleh jalan jauh2. Tp dengan satu formula aku boleh, aku alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Maafkan awwa abe, sian kat abe awwa balik tinggal abe. Kita sudah biasa dengan situasi ini Ya Allah cuma satu je yang aku harapkan ...semoga Allah tabahkan hati aku, kuatkan hati aku. Tak di nafikan kekadang aku menangis juga.........

Saturday, July 2, 2011

Hari ke tiga aku di PPUM

Innalillah hi wainna ilaihi raajiun, pesakit bersebelahan bilik suamiku telah kembali menyahut panggilan Ilahi, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya amin. Hiba hati aku bila mendengari tangisan sang adik mengatakan "kakak aku dah tak ada dah". Terdetik di hati Allah jangan Engkau ambil lagi suamiku. Alhamdulillah suamiku beransur baik cuma sedikit pening dan kaki kebas2, mungkin lama terbaring di atas katil.

Dia di sahkan kena demam denggi, patutlah panasnya badanya naik turun. Tetapi hari ini alhamdulillah semakin baik, kalau tiada aral petang esok atau pagi selasa dah boleh balik. Tetapi aku terpaksa balik hari ini kerana aku kasihankan ikan2 guppy aku tentu kelaparan.
Terpaksalah minta tolong kawan aku datang ambik, nak harap kan anak buah outstationlah macam2 hal. Walau bagaimanapun aku tidak mahu menyalahkan mereka, kerana mereka ada kehidupan sendiri biarkanlah....

Friday, July 1, 2011

hari kedua aku di PPUM

Doktor belum sah samada suami aku kena demam denggi kah, demam apakah, sebab dia banyak penyakit jadi macam2 penyakit lain boleh tumpang.Kejap panasnya kebah kejap naik balik. Doktorpun belum sah ada ada denggi kah atau demam apakah. Tp kalau demam denggi doktor kata demam tu akan turun, pastu akan naik balik. So kena tengoklah dulu lah lagu mana.

Kesian kat ikan aku, terlupalah nak bagi kunci kat Kak Haida kalau tidak dia boleh beri makan ikan2 aku tu. Harap ikan aku bertahan dengan memakan akar2 pokok.

Hari ini juga di rumah jiran yang aku panggil Mak Mun kenduri besar-besaran meraikan perkahwinan anak perempuan bungsunya. Tp apa nak buat belum ada rezeki aku hendak menghadiri kenduri rumah jiran aku. Andai kata kalau aku adapun rasa janggallah pulak nak pergi sorang2, sedangkan suami terlantar sakit di hospital. Oh tidak.....yang penting suami aku sihat kenduri tu no ke 10.


Makanan hospital suami aku tak de selera, bila masuk makanan rasa nak termuntah, akulah yang habiskan walaupun aku sendiri tidak ada selera untuk makan. Nasi lembik, ayam rebus cecah sos lembik...semuanya membuatkan aku kembang tekak. Tp bila aku pk2 orang kelaparan takde makanan aku telanlah juga. Petang2 ada orang jual nasi lemak dan kuih muih. Tak lapar duk sini walaupun tiada sesiapa yang datang menziarahi aku.

Aku nak ucap terima kasih banyak2 kepada K.Haida kerana bukan sahaja menghantar aku tetapi mengirimkan aku makanan dan buahan melalui nurse. Bukan senang aku nak temui jiran sebaik dia. Dialah yang banyak menolong aku, cuma satu je dia tak faham tentang aku, bila berjalan dengan dia, dia akan laju maklumlah dia bini askar. Aku kebelakang......
semalam aku kata K.Eda ni jalan le slow2 sikit laju macam nak kejar apa daaa hehehehe.

tidur kat hospital

Terima kasih la Kak Haida yang sudi menghantar aku ke PPUM. Semoga Allah membalas kebaikanmu. Tak biasa menunggu orang di hospital nak tidurpun susah, biasalah tu. Harap abang cepat sembuh, dah tak tahan benar dengar jeritan pesakit yang macam2 kerenah. Yang paling bisingnya pesakit Cina le. Bisingnya tak habis2 le.....sakit menjerit. Aduhhh lama aku duk sini tak tahulah.....sabar je lah aku....

Wednesday, June 29, 2011

Permulaan solat 5 waktu selepas Isra’ Mikraj

Oleh Mohd Fadly Samsudin

BULAN Rejab mencatat dua peristiwa sedih dalam sejarah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w (juga dikenali sebagai ‘Aam al Huzni).

Dua peristiwa sedih itu ialah kematian isteri kesayangan, Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib.

Khadijah banyak berkorban harta benda dan wang ringgit bagi membantu berdakwah mengembangkan syiar Islam. Selepas Siti Khadijah meninggal dunia disusuli pula kematian Abu Talib yang begitu rapat dengan Baginda.

Abu Talib adalah orang yang sangat dihormati dan disegani di kalangan bangsa Arab menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani mengganggu Rasulullah.

 

Pemergian dua insan yang disayangi itu amat dirasakan Baginda. Selepas itu, pergerakan dakwah baginda di kota Makkah sering mendapat gangguan daripada orang kafir Quraisy.

 

Baginda mendapat tentangan, ejekan serta mendapat ancaman. Rasulullah akhirnya memutuskan untuk berhijrah ke Taif, tetapi malangnya di Taif juga Rasulullah turut menerima ejekan dan cacian daripada penduduk di sana.

Maka Rasulullah kembali semula ke Makkah. Penderitaan ditanggung Rasulullah ketika itu cukup berat dan melihatkan keadaan Baginda itu, Allah s.w.t memerintahkan Jibril membawanya menjalani peristiwa Israk Mikraj.

Peristiwa menakjubkan itu berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan Baginda. Ia memberi hikmah dan pelajaran kepada Baginda, sekali gus menjadi cerminan buat umatnya pada masa akan datang.

Sememangnya peristiwa Israk dan Mikraj amat sukar dimengertikan. Namun ia membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah yang menguasai seluruh alam ini termasuk langit dan bumi.

Hikmah yang terkandung di dalamnya perlu direnungi dengan teliti agar dapat memberi nilai tambah dalam kehidupan umat Islam untuk meningkatkan ketakwaan dan peningkatan ibadah kepada Allah.

Peristiwa itu dicatatkan di dalam al-Quran Surah Al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Menurut ulama, Israk dan Mikraj Nabi Muhammad itu adalah pergerakan roh dan jasadnya sekali. Ia bukan nya satu mimpi, tetapi realiti di mana perkara berkenaan termasuk salah satu daripada mukjizat yang Allah kurniakan kepada Baginda.

Justeru, tidak mustahil bagi Allah untuk ‘membenarkan’ tubuh badan Rasulullah ‘menembusi’ tempat yang terlalu jauh di langit dengan melainkan dengan kehendak-Nya.

Israk bermakna perjalanan Nabi Muhammad pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dalam tempoh semalaman saja.

Jelas dengan kekuasaan Allah, Dia berkuasa ‘membenarkan’ Baginda diangkat ke langit untuk bertemu-Nya dalam masa yang teramat singkat.

Sebelum itu, dada Rasulullah dibedah oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda dicuci dengan air zamzam kemudian dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya.

Selepas pembedahan itu, bermulalah Israk Baginda de ngan menaiki sejenis binatang iaitu yang dinamakan Buraq.

Menurut sarjana, kecepatan Buraq itu membolehkan Nabi Muhammad pergi antara dua tempat hanya dengan sekelip mata.

Dalam sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik katanya: Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku didatangi Buraq iaitu seekor binatang yang berwarna putih rupanya, panjang (tinggi) lebih besar dari keldai, tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut Buraq mencecah bumi.”

Baginda bersabda lagi: “Tanpa membuang masa, aku terus menunggangnya, ia melangkah kakinya dengan cepat sejauh penghabisan mata memandang sehinggalah sampai ke Baitulmaqdis.”

Semasa perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa itu, Rasulullah diiringi Malaikat Jibrail dan Israfil.

Apabila tiba di tempat tertentu iaitu tempat yang mulia dan bersejarah, malaikat Jibril mengarahkan Rasulullah bersolat dua rakaat antaranya di Thaibah (Madinah) iaitu tempat Rasulullah melakukan hijrah, Bukit Tursina serta Baitul-Laham yakni tempat Nabi Isa dilahirkan.

Selepas itu, Rasulullah turun ke langit dunia semula seterusnya ke Baitulmaqdis dengan menunggang Buraq pulang ke Makkah pada malam yang sama.

Baginda kemudian naik pula ke langit sampai ke Sidratul Muntaha sehingga ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan melalui tujuh lapis langit.

Selepas itu Baginda kembali semula ke Makkah. Bagi umat Islam, peristiwa terbabit membawa misi penting iaitu bermulalah kewajipan melaksanakan perintah menunaikan solat.

Ia menjadi permulaan mukjizat Rasulullah yang menjadi salah satu Rukun Islam.

Daripada Anas katanya: “Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “…(Selain dari apa yang aku saksikan semasa aku dibawa Israk dan Mikraj pada malam itu), maka Allah fardukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang… lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurang kan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga ting gal lima sahaja); maka Allah berfirman yang bermaksud: ‘Sembahyang fardu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti.’” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam ‘pengembaraan’ luar biasa itu juga Rasulullah menyaksikan banyak perkara dahsyat terutama balasan yang diterima manusia akibat melakukan kemungkaran di dunia.

Antaranya Nabi Muhammad melihat wanita digantung de ngan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih kerana tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Wanita yang digantung de ngan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung, minyak panas dituang kan ke dalam kerongkong kerana mereka suka menyakiti hati suami.

Ada wanita digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya kerana perempuan itu menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Kemudian, wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka akibat mereka suka mema sy hurkan diri supaya orang melihat perhiasannya.

Begitulah antara seksaan yang menimpa wanita ketika peristiwa Nabi Muhammad melakukan Israk dan Mikraj. Ia membuatkan Rasulullah berasa sangat sedih setiap kali mengenangkan peristiwa berkenaan.

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Md Saad, berkata sebelum Nabi Muhmmad melakukan Israk dan Mikraj hati Baginda dibersihkan menunjukkan bahawa hati adalah elemen penting dalam kehidupan manusia.

“Untuk menerima satu tanggungjawab besar seseorang itu perlu memiliki hati yang bersih dan bersemangat kental.

“Pembentukan individu hebat tidak cukup sekadar membabitkan pengetahuan, kemahiran, fizikal semata-mata, tetapi memerlukan kepada pembentukan hati yakni jiwa dan rohani,” katanya.

Beliau berkata kehilangan dua insan yang menjadi tulang belakang kepada Baginda sudah tentu memberi kesan psikologi yang mendalam.

“Pada tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, Baginda menghadapi dua musibah akibat kehilangan dua insan paling berjasa dan disayanginya.

“Dalam melalui kehidupan apatah lagi melaksanakan pelbagai amanah dan tanggungjawab bermacam dugaan terpaksa dihadapi.

“Melalui peristiwa Israk dan Mikraj, ia bukan sekadar perjalanan untuk berlibur, tetapi Rasulullah menerima satu tanggungjawab besar untuk dilaksanakan Baginda dan umatnya iaitu fardu solat,” katanya.

Rahimi berkata secara analoginya perjalanan itu boleh dikatakan sebagai satu bentuk lawatan sambil belajar yang dilalui Baginda.

“Sesuatu perjalanan tidak dinafikan boleh membangkit kan kegembiraan dalam jiwa seseorang.

“Tetapi apa yang dilalui baginda ialah setiap langkah dalam perjalanan itu mengandungi unsur pengajaran, pemberitahuan bahkan petunjuk kepada baginda melaksanakan amanah dakwah,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan riwayat permohonan untuk mengurangkan kuantiti solat yang diwajibkan ke atas umat ini bukanlah dilakukan berdasarkan kehendak Baginda sendiri, tetapi berdasarkan nasihat beberapa orang rasul terdahulu.

“Nasihat itu mungkin timbul daripada kesedaran mereka mengenai karakter umat akhir zaman ini dan Baginda sendiri dapat menjangkakan keadaan umatnya sendiri.

“Jadi, permohonan itu adalah tanda kasih sayang Baginda kepada kita sebagai umatnya. Jika Baginda tidak memohon kelonggaran itu sudah tentu ramai kalangan umat Baginda berhadapan dengan kemurkaan Allah disebabkan gagal memenuhi kewajipan yang menjadi tiang agama itu,” katanya.

Rahimi berkata peristiwa Israk dan Mikraj menguji umat Islam sama ada percaya atau tidak kepada Baginda.

“Ujian seumpama ini melahirkan dua kelompok manusia iaitu kelompok pertama yang beriman dengan Rasulullah setelah mereka yakin terhadap kebenaran peristiwa yang berlaku selepas mereka mengemukakan persoalan bertujuan mengukuhkan fakta yang disampaikan kepada mereka.

“Kelompok kedua pula ialah mereka yang semakin jauh dalam kesesatan apabila mendustakan perkhabaran yang disampaikan kepada mereka oleh Nabi Muhammad s.a.w,” katanya.

Tuesday, June 28, 2011

surat

Orang dulu2 kalau bertanya khabar hanya melalui surat, kalau yang penting sikit hantar aje telegram, telefon dah ada tetapi bagi yang kurang berkemampuan seperti aku dan keluarga suratlah yang menjadi perantaraan, menghubung silaturahim dll. Tak kurang juga aku, mencari kenalanpun dengan menulis surat,hatta bertemu jodohpun melalui surat. Tetapi zaman serba serbi canggih ni ada telefon facebook, my space twitter dll.

Dua tiga hari lepas...jiran aku menghulurkan sepucuk surat kepadaku. Rupanya posmen tak tahu rumah no 42 sebab rumah aku tak ada nombor. Aku sengaja tak mahu tulis nombor(nombor dah kena cat) sebab bagi aku kalau dah depan rumah aku 43 rumah aku 42 le.

Surat dari suamiku tercinta...surat wasiat supaya aku menjaga Hafiz sebaik mungkin, berikan ilmu ugama seckupnya. Allah Allah Allah terkedu aku, sedihpun ada...aku tahu sepanjang aku hidup bersama sudah pasti akulah yang banyak menyakiti, menyinggung hati dan perasaan suamiku. Kekadang aku merajuk walaupun perkara yang remeh temeh. Hati aku rawan....terkenang kesilapan2 yang aku lakukan...sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri.

Sepanjang tujuh belas tahun bukan dia tidak pernah mengirimkan aku sura dan kad, tetpi kli ini agak berlainan. Bila aku tanya kenapa hantar surat katanya terkenang ketika kita mula2 berkenalan dulu, ketika itu suamiku baru pulang dari USA. Seorang isteri harus menghormati suaminya walau bagaimanapun keadaan suaminya...hensem ke tak hensem ke itulah suamiku. Dialah seorang lelaki mulia yang sanggup menikahi aku yang lebih banyak kekurangan darinya.

Kini aku sedar tahap kesihatan suamiku semakinn kronik. Mampukah aku menghaarungi hidup sendirian andai di takdirkan dia di panggil Tuhan? Ya Allah andainya dapat di beri aku kesempatan aku ingin menabur bakti sebanyak yang mungkin. Kita sama2 ingin ke tanah suci Mekah, ingin meihat anak kita membesar dan berkeluarga. Jangan di ambil lagi orang yang aku sayangi ya Allah. Tanpanya bagaimana harus aku menjalani kehidupan ini?

Malam tadi dia di tahan sebentar di ward. Seperti biasa aku tidak mampu menemaninya,sehinggakan suamiku tinggal di hotel. Dalam keadaan begitu dia sendirian. Isteri apakah aku ini? Allah Engkau lebih mengerti. Aku hambaMu yang lemah Ya Allah. Kuatkanlah semangat aku, teguhkanlah iman aku, berikanlah aku kesabaran dalam menghadapi apa jua dugaan.

sedih

"Abe tak balik malam ni p PPUM". Pening sangat ni. Entahlah lepas satu, satu ujian dan dugaan untuk aku. Dalam seminggu tu berapa kali suami aku pergi kerja, lepas sakit kaki, pening, lepas tu darah naik melambung tinggi. Kalau makan nasi bacaan darah tinggi. Ini semua membuat aku tidak tidur lena, sedihpun ada. Di saat jiran2 aku nampak hepi je sebab jiran kami nak kenduri hari minggu ni aku duk sorang2 dalam rumah. Macam biasalah orang2 sini hanya dua tiga orang je yang suka menegur. Kalau aku tak tegur gak tak le. Berat benar nak menyapa rupanya....

Friday, June 24, 2011

semuanya sudah terlambat

Di pagi yang hening aku membaca satu sms yang berbunyi" Dek( panggilan anak buah kepadaku)..ada kawan Ime ngandung tujuh bulan nak bagi baby tu kat Ime bila lahir nanti dek nak tak?"

Terkejut ada berdebarpun ada kami berbalas sms katanya suami kawannya itu masuk penjara, oleh kerana budak itu muda lagi dia tak mahu anak itu kerana belum bersedia untuk menjadi ibu lagi . Entahlah khawin macam mana akupun malas ambik tahu. Aku memberitahu anak buahku biar aku bincang dengan suamiku dulu(ketika tu suamiku ada di Trengganu). Suamiku kata dah orang nak bagi ambik sahajalah. Kataku biarlah aku istikharah dulu.

Hati aku berbelah bagi, aku tanya Hafiz sudah tentu dia tidak setuju kerana katanya menyusahkan ibu sahaja nak jaga baby ibupun bukannya sihat sangat, ayah apatah lagi lah. Ya benar jawapannya aku sudah berusia untuk menjaga seorang anak kecil, lainlah kalau itu lahir dari rahimku sendiri, sudah pasti walau bagaimana susah sekalipun akan aku menjaganya. Bukanlah bermakna aku tidak inginkan baby tetapi aku harus berfikir seribu kali. Kalau anak itu lelaki bagaimana aurat aku dengannya? Dan kalau baby itu perempuan bagaimana pulak batas auratnya dengan anak dan suamiku nanti? Ya memang di zaman kecanggihan sekarang ni ibu angkat boleh menyusukan anak angkatnya....persoalannya mampukah aku untuk membayar kos rawatannya? Aku rasa ianya tidak semudah itu.


Kalau waktu muda boleh orang nak berikan aku anak untuk di jaga,tetapi bila difikirkan ekonomi,kesihatan dll aku harus lupakan sahaja. Aku berdoa semoga baby yang bakal lahir itu akan menemui keluarga yang boleh menjaganya dengan sempurna. Aku kena ambik kira dari semua aspek, fizikal mental dan keluargaku terutama sekali anakku Hafiz. Biarlah aku menjaganya dan andai ada rezeki insya Allah aku pasti akan ada cucu kelak.

Menjaga anak orang tidak semudah merawat anak sendiri. Lagi susah dan risikonya terlalu banyak. Tak mengapalah mungkin ada hikmahnya.Kalau di ikutkan hati memang teringin tetapi keadaan yang tidak mengizinkan.

Monday, June 6, 2011

pertemuan

Seminggu kami pindah dari rumah bernombor 62 ke rumah bernombor 42 kakak sulung, abang dan anak2 buahku datang. Walaupun mereka tidak bermalam di rumahku tetapi aku sangat seronok kerana mereka sudi menziarahiku. Terubatlah rinduku kepada kampung halamanku, walaupun mak dan ayahku tidak datang sekurang2nya rinduku kepada kampung terubat jua.
Aku tahu emak dan ayahku tidak berapa sihat,mak tak boleh lama2 duduk dalam kereta nanti akan bengkak2 kakinya. Entahlah bila aku akan pulang ke kampung menziarahi mereka, rindu ini hanya Tuhan sahaja yang tahu tp apakan daya...semenjak akhir2 ini suamiku asyik sakit kaki saja...asyik cuti je...kekadang sedih jugak aku...kenapalah orang lain suaminya sihat. Tetapi bila di ingat balik..sakit itukan penghapus dosa. Ampunkan aku ya Allah.

Ahad lepas 5.june 2011 sahabatku Lia datang menziarahiku, kalau dulu dia bersama suaminya menghantar aku di rumah nombor 62 tp kali ini mereka datang menziarahi kami di rumah bernombor 42. Rumah aku, rumah yang tidak pernah aku impikan sebelum ini. Rupanya aku tidak bermimpi...walaupun rumah tak cantik tidak di beri nafas baru tetapi aku dan suami sangat2 bersyukur sekurang2nya aku tidak lagi menyewa.....alhamdulillah. tetapi mak aku yang gundah gulana kerana katanya kalau aku dah ada rumah di sini bermakna aku tidak lagi buat rumah kat kg seperti yang aku dan suami rancangkan. Jangan bersedih wahai ibuku sayang, doa ibu itu mustajab doakanlah kami semoga di murah rezeki manalah tahu kami akan membina rumah impian suatu hari nanti. Rumah sebuah tanpa berkembar, di kelilingi pepohon mawar yang mewangi, kolam ikan dll. Sekarang tempat kami mencari rezeki di sini, dari menyewa lebih baik punya rumah sendiri.

kepada kakak dan abang serta anak2 buahku terima kasih kerana datang menziarahi Dik Awwa.
kepada sahabatku Lia juga keluarganya terima kasih kerana sudi menziarahiku..semoga kita di murahkan rezeki dan dipertemukan lagi. Amin...Seronok sangat dapat bertemu dengan kalian...

Tuesday, May 17, 2011

dah pindah

Syukur alhamdulillah 17.11.2011 bersamaan dengan 14 jamadilakhir kami telah berpindah selang 10 pintu dari rumah sewaku. Oleh kerana dekat sangat sahabat aku(kawan susah senang bersama ketika tinggal di Sungai Petani dahulu kini dan selamanya, dan di takdirkan bertemu di sini Subhanallah) mencadangkan tak payah ambil lori le biarlah dia dengan anak2 lelakinya yang angkat barang besar2. Manakala yang kecik2 angkut dengan van nya. Kalau ikutkan memanglah penat giler le depa tu sebab cuma 4 orang yang menolong. Duk angkut barang p mai p mai jiran sekeliling boleh tengok je tak le nak menolong, memang takde semangat kejiranan langsung, nama je tinggal di kawasan melayu. Nasib aku agaknya, Tu lah kan bila kita ni kaLau susah tak ramai yang sudi memandang( ada.... kalau datang nak menjual tudung dll masa tu cari aku lah. Cuba kalau kita ni pakai alphard ke tentu orang sudi buat kawan( kalau menanggung hutang buat pe tak sanggup le). Kak Haida tak ada kat rumah kalau tidak dia sudi menolong kot. Ketika kami hendakberpindah dari PJ ke Rawang sahabatku Lia menolong bersama kawan suami yang kerja satu ofis seorang pastu sahabat kami abang Zubillah bersama anaknya. Semalam kami pindahpun orang yang sama iaitu abang Zubillah juga. Tak mengapalah hidup ini memang begitu, nawaitu masing2 nak mengumpul harta dunia banyak2, mengenyangkan perut ahli keluarga tanpa memandang sekeliling. Malah yang sama2 mendengar kuliah dhuha dan kawan2 suraupun langsung tak ambil tahu. Aku mendoakan supaya Allah berikan aku kesabaran dalam menghadapi segala kemungkinan. Aku ingin belajar menjadi insan yang baik kepada semua orang...



Hari ini aku masih lagi di rumah sewa kerana rumah aku tu ada yang belum siap di repair lagi. Biasa le dah nak masuk rumah nak beli itu dan ini, kalau bajet sikit aduyai tunggu le lain tahun. Rak buku, meja komputer habis rosak kena hujan duk sini, tu pun nak kena beli baru. Biar le dulu...yang penting ada bumbung untuk berteduh, ada dinding untuk berlindung(ambik kata2 sahabat aku Lia).


Pagi tadi aku kehairanan, tengok selipar aku yang baru di beli hilang, selipar suami aku pulak kena gigit, satu ada atas kotak satu lagi atas simen. Sebulan lepas selipar aku dah hilang, aku rasa le itu kerja anjing le. Nakal betul le anjing ni ada ke kasutpun di gigitnya. Ada lagi cerita insya Allah sambung lain kali.

p/s suami aku terjumpa selipar aku di tengah jalan berselang 12 pintu dari rumah sewa aku......dah kena gigit satu tu terpotong dua hahaha...





Wednesday, May 11, 2011

selamat tinggal rumah no 62

Insya Allah kalau tidak ada aral melintang dan di izinkan Allah berpindahlah aku ladi, di sini jugak selang sembilan pintu dari rumah sewaku ini. Tuan rumahpun dah kalut nak masuk ke nak repair entah le. Tp tak mengapalah kerana aku memang dah nak keluar dah. Habis buku2 suamiku yang di bawak balik dari USA rosak. Kabinet dapur meja komputer dll rosak kerana rumah bocor dek hujan yang terlalu lebat ketika itu. Aku lupa le aku cerita ke tak kat dalam blog ni. Sembilan bulan aku masuk baru tuan rumah nak repair bumbung yang bocor. Sebelum ni aku duduk dalam keadaan rumah yang tidak selesa. Puas di ketuk baru nak buat itu ini...tp hampeh kerana lagi teruk. Sudahnya habis barang2 aku basah. mau je aku saman tuan rumah ni, tpp mengenangkan kemanusiaan tak buat gitu. Dia turunkan rm 50 duit sewa rumah, dari rm 400 ke 350. Tu pun tak berbaloi kerana habis rosak barang2 aku. Udah le barang aku ni murah2, bila dah kena air cepat rosak le.

Mengenang kembali detik2 perhijrahan aku di negeri orang. Tahun 1997 bermulanya detika setelah suami ku di tawarkan kerja di Kuala Lumpur. Sebelum ini berbagai dugaan yang telah kami lalu, terlalu banyak kejap duk Sungai Petani, Alor Setar, kejap duk Kelantan pastu duk Alor setar balik, begitulah p mai p mai tang tu jugak.


Dari Bandar Countryhomes Rawang berpindah lagi ke Setapak di rumah kayu berkembar dengan tuan rumah. Tak ubah seperti rumah setinggang berbilik satu, tandas tersumbat, berbumbung bocor dan berbau busuk kerana di belakang rumahku tempat penternakan ayam, semuanya itu ku lalui tak sampai enam bulan. Nak cari rumah pun payah sebab kalau jauh dengan hentian bas susahlah. Tiap2 hari beli surat khabar nak tengok iklan rumah. Pernah sekali nak gi menyewa kat Puchong, tetapi jauh lah pulak.

Bila pk2 baiklah balik semula ke Countryhomes kali ini aku menyewa di rumah paling bawah rm 300 masa tu. Sebelum ni aku menyewa di tingkat empat, pendek kata kalau dah naik memanglah tak turun ke bawah sebab tak larat nak panjat tangga. Ketika itu usia Hafiz baru nak masuk tiga tahun. Kesian sungguh kat Hafiz nak turun kebawah payah sebab ibunya bukan seperti orang lain, nak ku biarkan pun tak mungkin sebab aku bimbang keselamatannya. Ketika itu kedaipun tak banyak cuma ada satu kedai je. Barang dapur, peti ais dll memang tak ada ketika itu. Semuanya tak lengkap. Tunggu suami balik jam lapan atau sembilan barulah boleh Hafiz turun ke bawah., untuk ke kedai beli makanan, dan suami akan membelinya keperluan untuk tinggal kami di rumah supaya tak kelaparan.

Menitis air mataku kerana di beri ujian yang cukup hebat begini. Hidup di situ tiada semangat kejiranan kerana masing2 kerja. Hari minggu diorang pergi jalan2. Sekali sekala sahaja bertegur sapa, itupun bila terserempak. Pernah satu hari tu dapur rumahku meletup tak taulah kenapa, rasa bimbang dan takut, membuatkan aku menyuruh suami membeli dapur arang. Ketika kehabisan arang suami pula kerja...anak kelaparan aku nak masak pakai apa? Plastik banyak aku kumpul, lalu aku nyalakan plastik dan aku masak bihun. Ketika itu baru aku terpk begitulah susah payah ibuku membesarkan kami. Berbagai cara di lakukan supaya anak2 tidak kelaparan. Ya Allah aku tahu mungkin kerana itulah Allah tidak lagi memberikan aku zuriat, Allah lebih tahu. Walaupun sekarang kehidupan aku berubah sedikit demi sedikit, tetapi aku menghargai kepayahan dan kesusahan, kerana itu mengajarku erti ketabahan.

Aku mengajar anakku bersederhana dalam hidup tidak terlalu memewahkan dia, kerana aku tidak mahu andai kami tersungkur kami akan cepat melatah. Biarlah dia berdikari belajar tentang kehidupan, kerana perjalanan ini masih panjang untuk di lalui. Masih banyak lagi yang perlu di lalui.

Berbalik tentag perhijrahan aku, paling lama aku tinggal di BCH selama enam tahun dari tahun 1999 hinggalah ke 2005. Kalau nak bercerita terlalu panjang. Selama enam tahun tu pun berbagai2 dugaan yang kami lalui.Cuma bezanya aku temui jiran2 yang baik orang Indonesia. Mereka banyak menolong aku beli barang dapur dll. Sehingga kini aku masih berkawan rapat dengan kakak angkatku Asmi, sudah ku anggap sebagai saudaraku sendiri.

Tahun 2005 berpindahlah aku dari Countryhomes ke PJ. Tak pernah terpk nak tinggal di rumah banglo lama di Section 11 berdekatan dengan PPUM. Insya Allah sambung cerita di lain kali nak tengok tanyalah ustazlah pula...

Monday, May 9, 2011

gi kelas amali

Semalam8.5.2011 baru p kelas amali oleh kerana aku ni pelajar ISTIMEWA kenalah bawak ketar sendiri pakai ketar auto. Takpe le ketar camnepun asalkan elok dan boleh gerak dah le. Manalah tau kalau ada rezeki lepas ni boleh beli estima ke alphard ke ahakssssss. Tak salah berangan, tak salah memiliki harta benda asalkan mampu. Yang penting kenalah kelur zakat, lagi berkat. Tetapi erm aku belum ada kemampuan itu. Takpa takpa takpa apa yang kita ada bersyukur le...kerana Allah akan tambahkan rezeeki kita. bila dah di beri rezeki yang lebih tu jangan le kita angkuh DAN LUPA DIRI. Itu yang selalu aku ingatkan kepada diriku, suamiku dan anakku.


Berbalik kepada cerita pergi kelas amali. Ku kira aku ngan suami je yang makcik pakcik2 rupanya masih ada yang lebih berumur dariku. Takde le malu sangat. Nak buat macam mana dulu takde peluang dah ada peluang janganlah di lepaskan.

Seronok tengok pengelaman "anak2" pertama kali bawak kereta, ada yang tempik2...ada yang pegang sterengpun takut. Aku entahlah insya Allah takde le takut sebab duk sini aku beranikan diri. Yang aku takut nak test ngan jpj nanti. Harap2 di permudahkan nanti amin....

Friday, May 6, 2011

rahsia Allah

Thursday, May 5, 2011

selamat hari ibu

Di saat orang lain menyambut hari ibu aku merasakan tidak ada seorang anakpun yang mengucapkan hepi mother day untuk aku.Memanglah aku cuma ada seorang anak, itupun kalau tidak di ingatkan dia tidak wish kat aku, tp aku tak kecik ati, cuma aku rasa sedih berjauhan dengan Hafiz. Entah bila Hafiz akan bersamaku lagi. Kekadang menitis air mataku bila mengenangkan nasibku terpaksa berpisah dengan anakku semenjak umurnya tiga belas tahun. Pindah dari satu sekolah ke satu sekolah demi mengejar redha ilahi untuk mejadikan dia al hafiz. Rupanya lain pula jadinya, impian tidak kesampaian. Tidak mengapalah nak ibu redha.

Entah mengapa semenjak akhir2 ini aku merasakan semakin sunyi, bila aku ingin meminta tolong tiada anak di sisi, bila usia semakin merangkak maka sakit situ sini. Kalaulah ada anak di sisiku pasti dia akan menolongku menyidaikan kain, pergi ke kedai dll. Tetapi kini semuanya aku buat sendiri, mujur ada suami yang banyak berkorban untuk aku. Beruntungnya orang yang mempunyai ramai anak. Tetapi apa nak di katakan lagi sudah begitu kehendak Allah, terima dengan redha sajalah.Dia lebih mengetahui....

Sempena hari ibu ini ibu berjanji akan menjadi ibu yang terbaik untuk Hafiz. Sayangilah ibu dan ayahmu Hafizku. Tahniah untuk kakakku kerana hadiah hari ibu begitu bermakna dalam hidupmu, iaitu di hadiahkan seorang cucu Muhammad Umar yang di lahirkan pada 28.4.2011.Tahniah...semoga Umar akan menjadi anak yang soleh...

baru puas hati

Akhirnya my jodoh yang menyemakkan blogku sudah ku nyahkan dia hahaha. Aku hepi sangat, sebelum ni aku sangat malas hendak update blog, gara2 iklan my jodoh tu le. Rupanya dia dia bersama dengan info solat, bila dah nyahkan info solat my jodohpun dah takde syukur le.

Selepas ini aku ingin terus menulis blog, aku tidak mungkin tinggalkan dunia blog, kerana inilah dunia aku, kehidupan aku tak mungkin lari dari hentakan kebod. Bila aku sedih,geram, gembira pasti aku cari blog. Blog adalah segalanya dalam kehidupan aku, tidak dapat di pisahkan lagi....

Saturday, April 30, 2011

hidup ibarat pusingan roda

Lumrah hidup, adakalanya di atas, ada kalanya di bawah. Terlalu banyak kisah kegagalan dan kejayaan bersilih ganti, itu lah lumrah hidup. Bila di atas, adakalanya jatuh ke bawah. Bila di bawah, hanya ke atas sahaja kita perlu tuju.

Adakalanya kita pernah mengalami kejayaan tidak kira dalam hidup, karier atau keluarga. Adakalanya juga kita pernah jatuh tersungkir dalam apa sahaja. Memang benar apa yang dikatakan sebagai hidup umpama roda, kadang di atas, kadang di bawah.

Tidak kira di mana kita berada, atas atau bawah, syukur dan redha dengan keadaan kita. Bila di atas, banyak2 bersyukur dan terus pertahankan tempat kita di atas. Kalau di bawah, redha dan terus berusaha untuk putarkan roda ke atas semula. Sebab yang atas boleh jatuh, yang bawah boleh naik


~ARTIKEL ini saya dapatkan dari facebook Irfan Khairi....


Insya Allah terima kasih ya Allah betapa pemurahnya terhadap hambaMU ini. Syukur alhamdulillah....



Monday, April 25, 2011

IMPIAN YAng belum tercapai

Assalamualaikum...terlalu lama aku menyepi,blog ini aku tinggalkan sepi, sepatutnya aku harus mengupdatenya seNTIASA Tetapi entahlah aku tak tahu nak cerita apa walaupun terlalu banyak benda yang hendak aku tulis, berita gembira, geram sedih dll. Tetapi biarlah ku pendamkan saja di sudut kamar hatiku ini.

Cuma aku nak berkongsi , aku sudah mula belajar memandu. Kesuntukan masa tidak berpeluang untuk aku selalu gi belajar memandu. Banyak benda yang hendak aku bereskan dulu. Kesempitan, kewangan yang ciput...semuanya itu ini hendak....tp aduyai kena banyak bersabar. Insya Allah andainya kamu bersyukur Allah akan tambahkan lah lagi rezeki kamu...amin..


Aku teringin nak cari pendapatan untuk menampung kehidupan kami...tetapi apa yang harus aku buat Kawan2 si surau selalu je datang rumah menjual tudung,kerongsang, semuanya nak cari duit lebih, nasib baiklah aku ini tidak rambang mata, walaupun di pujuk. Berfikir 100 kali dulu, dahulukan yang lebih penting. Banyak benda anak nak belajar, itu yang utama..nak pergi ke Mekah dll. Impian itu aku hanya mampu berserah kepada Allah semoga di limpahkan rezeki aMIN...

Tuesday, March 29, 2011

hari2 sibukku

Alhmdulillah setelah setahun lebih aku berhijrah di BTP, macam2 aktiv iti yang aku lakukan. Sepanjang hari kalau boleh aku tidak mahu biarkan ianya kosong dan terbuang begitu sahaja. Aku ingin berubah,berdikari untuk diriku suami dan anakku. Walau banyak dugaan Insya Allah andainya niatku kerana Allah pasti ada kemanisannya untuk diriku dan keluarga. Aku seronok pergi mengaji rumah Cik Nor..sama2 belajar dengan kawan2 yang baik hati.

Sabtu ahad aku sibuk lagi...alhamdulillah kuliah dhuha...kelas tajwid...fardu ain...syukur ya Allah...

Saturday, March 19, 2011

Strawberry Park

Usia perkahwinanku tahun ini genaplah tujuh belas tahun Ogos nanti, alhamdulillah syukurlah kepada Allah kerana telah memanjangkan jodoh dan usia kami. Sepanjang usia perkahwinan kami inilah kali pertama my hubby membawa aku dan Hafiz ke Cameron Highlands. Dapat separuh harga kerana selalu beli barang dekat Sogo.

Pagi tadi dengan menaiki ETS kami turun ke Ipoh dan ambik teksi ke Cameron, harga tak payah cakaplah. Tetapi sekali sekala tidak salah untuk melihat ciptaan Allah. Sekali sekala teringin juga keluar dari tempat persembunyian hehehe.(Al maklumlah sekala sekala saja dapat jalan2).

Terima kasih suamiku kerana sanggup buat apa saja demi aku. Tak mengapalah abang walau bagaimanapun keadaan kita, kita berhak untuk bahagia, walaupun kesihatan abang semenjak akhir2 ini semakin merosot tetapi aku tetap sayang dan hormatkan abang sebagai suamiku pertama dan terakhir insya Allah.

Insya Allah besok jalan2 pergi ke ros garden dan hari isini pulang ke BTP. Sebelum 27 Hafiz harus pulang ke KB untuk menyambung semula pengajiannya. Kalau tiada aral insya Allah berjumpa lagi dengan anakku ramadhan nanti.....

Saturday, March 12, 2011

aku lakukan kerana terpaksa

Ketika di PJ aku begitu takut untuk drive proton yang sudah lama berkubur. Kalau setakat pusing di halaman yang luas tu beranilah, tetapi kalau nak keluar dari pagarpun tak berani.Tetapi satu kejutan yang tidak pernah aku buat dua malam yang lepas, di dalam hujan aku memberanikan diri di temani Hafiz pergi menunggu suamiku yang pulang dari kerja. Aku tawakal malam itu memandangkan suami kebasahan dan dia membawa balik kotak yang agak berat. Nak kata jauh tak lah jugak tp kalau nak bawak barang berat tu memang kejamlah aku kalau tak tolong dia.... lagian diapun bukanlah sihat sangat.

Oleh kerana aku belum masuk kelas amali, belum tahu banyak tentang kereta, aku hanya tahu drive sahaja. Ada ke patut aku tak nyalakan lampu,apa lagi adalah orang hon kat aku, alamak aku terlupa sementalah jalan sini terang berderang hahaha. Mungkin orang tu kata aik awat orang ni terlupa ke. Suamiku tak begitu galakkan aku memandu sebab dia kata aku buat jalan ni seperti jalan bapak aku hahaha. Alhamdulillah adalah seorang jiran yang prihatin kepadaku iaitu K.Haida, dia banyak mengajarku.

Kalau dulu aku begitu segan dengan K.Haida entahlah ...tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal baru aku tahu baiknya dia. Di kawasan aku ni memang ada orang yang berpuak. Yang kaya raya berkereta besar, berumah besar pendek kata semuanya besarlah. Itulah yang di panggil kenduri kendara, kalau setakat pakai kencil buruk macam kami ni manalah nak di pandangnya, tak pa tak pa Insya Allah suatu hari nanti aku juga ingin jadi orang kaya(takpe berangan mana tau jadi kenyataan nanti)....tetapi orang kaya yang beriman dan budiman. Apalah hak kita untuk sombong? Semua itu hanya hak mutlak Allah s.w.t, klau Dia nak tarik balik,bila2 masa sahaja Dia akan tarik.Tp tidak K.Haida dia baik sangat. Diapun ada kisahnya tersendiri...dari susah menjadi senang. Bila sudah senang tak lupa orang seperti aku ni, sudi ajak aku mengaji sekali dengannya.

Ya Allah Ya Allah aku ini hambaMu Ya Allah, jangan ada sebesar zarahpun sifat riak dan takbur dalam diri aku ini ya Allah. Kalau ada Engkau campakkanlah hidayah dan taubat nasuha untuk aku ya Allah. Jangan aku ini bersangka buruk kepadaMU ya Allah. Aku bersyukur diatas apa jua kurniaanMu. Engkau berikan aku berbagai dugaan dan ujian dalam kehidupan ini, aku thu kerana Engkau begitu sayangkan aku. Andainya Engkau bencikan aku sudah pasti Engkau biarkan aku hanyut dalam kelalaian. Thank You Allah.....



gembira

Tiada yang membahagiakan hati seorang ibu bila menatap wajah anak kesayangannya. Memandangkan anakku belajar di sekolah tahfiz , biasanya bercuti awal dari sekolah biasa. Hari ni sudah dua hari dia ke kem sahsiah diri untuk remaja.

Dari tiada apa yang hendak di lakukan di rumah lebih baik dia ke masjid untuk menambah ilmu dan jati diri sebagai remaja yang beriman dan berakhlak mulia, insya Allah. Dia tidak kekok untuk bergaul dengan sesiapa sahaja, mungkin dari pengelaman2 yang lalu membuatkan dia lebih tabah dan berdikari dalam menghadapi apa jua situasi, alhamdulillah. Aku patut memberinya 100% markah penuh untuknya kerana tidak pernah membantah dan merungut. Begitu banyak dugaan yang kami lalui ketika hendak membesar dan menyekolahkannya, dari satu sekolah ke satu sekolah berpindah. Alhamdulillah yang terakhir adalah tepat. Aku tidak mengharapkan sesuatu di luar kemampuannya, aku tidak marah andainya dia tidak berapa maju dalam akademiknya. Bagi aku usaha itu tangga kejayaaan. Insya Allah SPM bakal menantinya, pun begitu aku tidak mahu membuat dirinya tertekan,aku tidak mengharapkan dia paling TERBAIK,aku akan ikut kemahuannya bukan kehendak aku. Aku cuma berdoa dan bagi dia semangat. Bagi aku andai di takdirkan anak aku jadi imam di masjid atau suraupun sudah memadai. Andai lebih dari itupun alhamdulillah. Aku tidak akan memaksanya mengikut kehendak aku. Memanglah dulu aku mengharapkan dia jadi doktor,jadi pilot, pendek kata semuanya yang bagus2 lah. Tetapi aku kena ingat sebagai hambaNYA aku hanya merancang Allah lah yang menentukan segalanya.

WAMAKARU WAMAKARAALLAH WALLAHU KHAIRULMAKIRIN

Sesungguhnya benarlah Ya Allah.. hanya perancangan Engkau sahaja yang berjaya
Mereka merencana, Allah juga merencana, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perencana.

Wednesday, March 2, 2011

bertambah lagi usiaku

Begitulah putaran masa terus berlalu meninggalkan kita, tanpa kita sedari. Begitulah juga usiaku. hari ini genaplah usiaku yang ke 39 selangkah lagi aku akan melangkah ke angka 40. Ya Allah terasa begitu pantasnya usiaku meningkat. Mudahan umurku yang di anugerahkan ini adalah saham untuk aku mencari sebanyak mungkin amal ibadat yang telah lama aku tinggalkan. Allah telah takdirkan aku berhijrah di sini(BTP). Aku merancang tetapi Allah lah sebaik-baik perancang.

Rutin seharianku kini bertambah sibuk, hari2 pergi mengaji dari jam 10.00 hingga jam 12.00 tengahari. Masih banyak sebutan huruf yang harus aku perbetulkan. Di sini aku bertemu dengan sobat2 yang sama2 belajar mengaji, alhamdulillah....

Hati ini tidak sabar untuk menunggu 4 hb 3kerana anakku akan pulang bercuti. Begitu lama rasanya tidak bertemu dengan anakku. Tentu sudah besar anakku. Ya Allah rindunya aku...

Sunday, February 13, 2011

cerita dalam llif

Semasa kami sama2 nak masuk lif di steyen komuter Segambut ada seorang pakcik dalam lingkungan usia 63 katanya. Dengan suara yang kuat dia berkata kepada aku dan suami." Jangan takut kita ni orang islam bersaudara. ni baru balik dari PWTC dengar Mahathir berucap. Sampai berpeluh2 nak kena beli baju batik baru ni. Hah mana ada orang Melayu yang tak kenal bercakap seperti ini?"

Kata saya tak ada, kalau dalam komuter pun tengok orang oku ke orang mengandung ke diorang memang buat tak kisah.


"hah! kalau saya akan bagitau orang tu bangun..ni tak tengok orang ni? dia lebih perlukan tempat duduk tu. Orang Melayu ni tak lama lagi biar Kuala lumpur kena tsunami . Orang Melayu dah tak pedulikan sesama mereka, tak suka menolong dan suka bertanya khabar katanya".

Tak sempat nak sembang lama kami masing2 ke destinasi masing2. Aduyai...terkesan sungguh lah dengan apa yang pakcik ni cakap. Sebab aku pernah laluinya.

Pada hari aku pergi cabut gigi kalau tak silap 6.februari .Rupanya di rumah jiranku Sya(orang Johor)kehilangan motor berkuasa besarnya. Dia sudah kunci mangga dan kunci motorsikal tu tp kerana pandainya pencuri junior ni mereka dapat melarikan motor dengan mudah. Kata Kak Amu(jiran India) dia cuba mengejar dan menjerit takde seorangpun yang keluar. India muslim di sebelah rumahnya pun tak mahu menolong, sebab dia kata mungkin itu saudara Sya. Ya Allah beginilah kejiranan di tempat ku ini.

Dalam keadaan panik dia terlupa hendak menelefon polis. Sepatutnya dia jangan jerit dulu, kol cepat2 polis di BTP ni. Memanglah di kawasan ni lebih merbahaya dari PJ. Walaupun ketika berada di PJ aku pernah alami semua ini tetapi alhamdulillah tidak ada apa2 yang berlaku kepadaku, mungkin Allah masih sayangkan aku. Terima kasih ya Allah, semoga Allah sentiasa meinsungiku dan keluarga amin...