andai ini takdirnya utkku

Monday, October 27, 2008

Open house sana sini


open house satu trend ke zaman lani??????

Bihun open house aku ngan Lia huhuhu sangat simple

Sejak dua menjak ni sesuatu perayaan mesti di adakan rumah terbuka. Agaknya sudah trend, berbeza sekali masa zaman aku dulu-dulu. Raya dua tiga hari sahaja pastu emak dengan ayah berpuasa enam dan beraya enam pula. Tu pun cuma ada ketupat aje...tu pun dah lebih dari sedap dah. Memanglah keadaan sentiasa berubah dari hari ke hari..........

Cuba kita fikir dan renung-renungkan di bulan ramadhan sudah berpesta dengan berbagai juadah untuk berbuka. Bila menyambut bulan syawal lagilah sakan menjamu selera. Sebulan pulak tu. Hahhh ni lah yang membuatkan aku menjadi semput kerana aku akan mengunyah apa yang ada kat rumah biarpun aku tak ke rumah terbuka. Aku pergilah juga kat Bangi atas jemputan khas hari tu, depa ambik banyak makanan pastu tak habis...n orang mai kutip segala sisa-sisa makanan yang masih lagi elok seperti kuih raya ke lemang yang tak bercampur dengan rendang ke, pastu diorang masuk ke dalam tong sampah. Membazirnya...bayanglah bagi yang tidak ada makanan????

Lepas tu aku ke Rawang bukan ke rumah terbuka tetapi di rumah kawan, tu pun berbagai juadah yang di hidangkan. Alih-alih aku dan suami makan sardin, ayam masak lemak cili api ke apa ke yang berlemak aku tolak tepi. Bukan tak sudi tetapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk merasa semua juadah. Aku terfikir-fikir orang yang kuat makan semuanya diorang makan. Aku kalau makan berlebih sedikit mulalah nak semput. Eh teruknya kesihatanku di bulan syawal. Aku lebih merasa sihat di bulan ramadhan. Alhamdulillah aku sudah menghabiskan puasa ganti dan beraya enam hari rabu lepas. Kebetulan Lia datang ke rumahku. Itupun dia bercuti, kebetulan lagi suamiku pun cuti sebab nak ke UH. Nampaknya hari tu hanya kami berdua sahaja yang meraikan raya enam aku.

Sempatlah aku masakan bihun sedikit...tu ajelah.

p/s bersyukurlah dengan nikmat kesihatan dan rezeki yang di kurniakan Allah s.w.t. Jangan membazir kerana itu amalan syaitan.

Hobiku



















Maaflah ya gambar agak kurang jelas, almaklum sajalah kamera murah. Apa-apapun bolehlah.

Sunday, October 19, 2008

jejak kasih










Nur Hanisah n Kak Asmie


Setelah tiga tahun aku tidak menjejakkan kakiku di Bandar Countryhomes semalam 19.10 2008 bersamaan dengan 19 Syawal 1429 h aku dan family ke sana. Itupun kerana anak yang berjiran denganku dulu ke rumahku. Nur Hanisah sudah berusia lima belas tahun. Bimbang pulak hendak membiarkan anak dara orang pulang sendiri. Ini kerana pertama kali dia dengan beraninya ke rumahku.


Hafiz bersama Kak Salina Dan Nur Haida dan adiknya Nordin






Rawang sudah banyak berubah, rumah-rumahpun sudah banyak. Tidak seperti tahun 1997. Tahun itulah aku mula berhijrah dari Kelantan dan Kedah ke Rawang. Ketika itu Hafizku pun masih kecil lagi. Tahun itulah suamiku mendapat kerja setelah sekian lama pulang dari USA. Inilah tempat pertama menjadi tempat tinggal kami dengan sewa rm 300 di blok kenanga di tingkat empat sebelum berpindah ke tingkat satu di blok mawar. Tetapi sekarang rumah flet ini agak murah. Kerana masih banyak lagi rumah-rumah yang baru siap di sekeliling rumah flet lama itu. Kebanyakan di flet ini ramai pendatang.

Teman-teman yang menyewa di situ sudah ramai yang pindah, yang masih kekal hanyalah Kak Asmie orang Bawean. Kak Salina orang Sabah beli rumah sendiri. Dia kekal di situ. Anak-anak Kak Salina teman sepermainan Hafiz ketika di sana. Nur Haida sebaya dengan Hafiz, sudah jadi anak dara. Rambutnya yang comel dan lurus.

Memang seronok dapat jumpa kawan-kawan lama. Teman dan jiranlah saudara kita di saat berjauhan dengan saudara mara. Di kala sakit pening merekalah yang dekat dengan kita. Tetapi di sini pandai-pandailah sendiri. Bila ke Countryhomes kenangan lama menjelma kembali. Memang banyak kenangan bersama Kak Asmie, banyak sangat kalau nak cerita kat sini tiga hari tiga malam tak habis.

Tuesday, October 14, 2008

Kurang sihat

Mungkin ketika ini masih ada kekawan yang beraya dan menghadiri rumah terbuka. Di sana sini kalut buat open house. Tak salah kerana masa nilah dapat berkumpul dan berkenal-kenalan sesama mereka. Hajat hati sayapun nak jugak buat rumah terbuka. Tetapi entahlah rasanya kudrat sudah tiada, apa lagi sejak dua tiga hari ni semput datang dengan tetiba. Pantang tersilap makan sedikit datanglah semput. Sebab itulah saya amat berhati-hati dalam pengambilan makanan kerana semput saya akan datang menyerang dengan tetiba. Saya tidak boleh makan banyak seperti orang lain. Kalau dah kenyang mesti kena berhenti tak boleh nak makan itu dan ini seperti orang lain. Kalau makan terlebih pasti saya sukar untuk bernafas. Seperti sekarang ini saya makan itu dan ini, akibatnya saya di serang semput. Untuk memulihkan semula saya mesti berpuasa ganti dan sunat. Saya sudah berumur penyakit cepat datang menyerang.

Monday, October 6, 2008

Kesyukuran Dalam Kemeriahan





Isnin 29 Okt 2008 bersamaan dengan 29 Ramadhan

Pagi tu kami menonton MHI tengok pemenang bertuah pulang ke kampung bersama TV3. Memanglah meriah pagi tu sebab ada bacaan doa dan sebagainya. Aku fikir WHI nanti tak adalah nak ambik-ambik gambar dah. Tetapi ada juga alahai...........

Selepas bersiap-siap kami menelefon teksi untuk ke Sri Pentas, cewah inilah pertama kali aku jejakkan kaki ke Sri Pentas, kalau bukan kerana nak naik bas balik kampung jangan haraplah aku nak pergi ke sana. Tak jauh sangat dalam setengah jam aje untuk sampai Sri Pentas Bandar Utama.

Dah ramai yang menunggu, alahai ingatkan kami aje yang paling awal sebab jam 10 pagi kami bertolak dari rumah. Beberapa biji bas sudah menanti. Pak cik jaga suruh tunggu kat dalam khemah, katanya nanti depa nak ambik gambarlah pulak. Alamak tak boleh jadi, walau apapun kami cuba elak dari di ambil gambar baik di sengajakan atau tak di sengajakan. Nawaitu kami ke situ hanyalah nak naik bas pulang berhari raya, bab gambar-gambar tak mahulah malu.

Tak lama selepas tu Nadia pengacara WHI pun muncul di susuli dengan Azzura, Fizza, Fenda dan seorang lagi entah siapa nama tak kenal. Lepas tu Fedtri Yahya dan beberapa orang yang tidak ku kenali namanya. Rupanya depa-depa ni memang lebih hensem dan cute bila di lihat dari jarak dekat. Satu-satu peminat-peminat depa duk hai-hai kat selebriti tu. Kami cuma memandang dari jauh. Depa bergambar dan bersalam. Alahai rugi tul tak ambik gambar dengan depa tu, nak buat macam mana nak haipun seganlah aku ni. Hafiz dengan ayah dia lagilah lebih-lebih malunya. Nak curi ambik gambarpun tak mahu.

Lepas naik bas bagi hemper aku suruh Hafiz dan ayah dia aje yang ambik, aku tak mahu... segan. Mazlan dari Senario melaungkan Alur Staq Alur Staq. Pastu ada terima call dari kakak di Tanah Merah bla bla bla dan kawan sekampung sms. Alamak nampak jugak muka kami biarpun cuba mengelak. Tu lah memang tak dapat nak di elakkan. Apa-apapun kami bersyukur kerana dapat jugak pulang berhari raya bersama ayah dan mak mertua. .

Jam sembilan malam kami tiba di Shahab Perdana. Ini kerana pemandu bas tidak tahu jalan ke Shahab Perdana. Mujur juga ada seorang yang menunjukkan jalannya. Calling-calling emak mertua, habag kata alahai mak tidoq kat Aluq Staq gamaknya kami ni emak. Suamiku pergi tinjau-tinjau teksi. Alamak mahainya...tetapi apa nak buat kerana terpaksa.

Emak menyambut dengan senyuman terukir di bibir. Seperti menantu yang baik..cewah... aku memeluk dan mencium tangan emak mertuaku. Kata anak dan mak menakan suamiku... aku seiras dengan wajah emak mertuaku. Ya ke tu?

Ayah mertua dah beli daging dan ayam. Kata emak satu-satunya adik iparku akan beraya bersama dengan kami. Meriahlah jugak di rumah emak kali ini. Sebelum ini kami jarang beraya bersama-sama.

30 Okt 2008

Aku membalut ketupat pulut dengan emak, cewah aku balut tak cantikpun emak kata ok hihihi... kata emak anak-anak ayahpun nak datang juga, jumpa kami.Selalunya tak pernah pulak emak buat sampai tiga kilo.

Habis bab bungkus ketupat emak keluarkan daging dari peti ais, adik iparku yang baru tiba dari Penang sudah siapkan seperiuk besar rendang ayam HPA. Senang cerita sebab dia bawak yang dah siap di masak, bersama kuah kacang dan nasi himpitnya sekali. Dalam soal ni aku memang bertuah kerana emak mertua dan ipar duaiku memang memahamiku. Bibik di arah untuk bersiang daging bersama emak. Aku seperti biasa buat apa yang patut aje. Rendang dan sewaktu dengannya emak dan adik iparku yang buat.


Pergi beraya di rumah mak pak menakan, aku di peluk dengan linangan air mata oleh Mak Njang yang aku anggap sebagai ibuku. Dia anak beranaklah yang bersusah payah ketika kami nak menikah empat belas tahun yang lalu. Huih dalam sedih-sedihpun... ada pulak sepupu sepapat tengok muka kami, alamak nak buat macam mana. Rasanya tahun ni paling meriah berhari raya biarpun di kampung suamiku dan juga di pondok kecil tok. Dapat jumpa mak dan pak menakan sepupu anak dua tiga pupu. Biarpun aku bukannya suku sakat orang Kedah tetapi rasa begitu di sayangi dan di hargai, alhamdulillah. Rasanya inilah paling lama kami pulang berhari raya di Kedah. Sebelum ni kami pulang tak lebih dari tiga hari. Apa-apapun terima kasihlah kat TV3 kerana bagi tiket free kat kami, hinggakan kami dapat bertemu dengan sanak saudara. Semoga ikatan ukhuwah berpanjangan.,

Ahad 5 Okt 2008 bersamaan dengan 5 Ramadhan

Mak mertuaku siap berbagai-bagai bekalan untuk di bawa pulang. Kami bertolak dari rumah ke Shahab Perdana seawal jam 10 pagi. Tunggu punya tunggu bas tu dah lama menanti penumpang kat luar. Janji jam 12.30 tetapi berlepas ke Kuala Lumpur jam 2 .30 petang. Teruknya jalan jem............kat Kuala Kangsar, Bidor, Tapah dan sepanjang jalan jem teruk...

Bila tibanya di Kuala Lumpur lagilah jalan penuh sesak dengan kenderaan melampau yang amat sangat. Begitulah berakhirnya perjalanan kami. Sampai ke rumah tepat jam 12 malam. Tu pun masih sempat lagi melayan cerita Quran Buruk di Astro Oasis. Sedar tak sedar terlelap jam tiga pagi.............

p/s Alhamdulillah kerana bumbung di beranda rumah mek dan ayahku di kampung sudah siap, biarpun tidak seperti sebelumnya. Terima kasih kepada pihak yang perihatin. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian. Kepada YB, kakak dan abangku dan juga orang-orang kampungku yang menghulurkan sumbangan. Alhamdulillah mereka dapat berhari raya dalam suasana selesa. Syukur alhamdulillah...........

Sunday, October 5, 2008

Kenangan Ramadhan dan Aidilfitriku 29 Okt - 5 Okt



Cerita di lain kesempatan