andai ini takdirnya utkku

Friday, September 26, 2008

Hatiku terasa sayu dan pilu

Dalam kegembiraan menyambut syawal..hatiku di gamit rasa sayu sangat-sangat. Hari ini sudah 26 ramadhan berlalu, tinggal empat hari lagi akan tibanya hari raya. Ya Allah mudahan akan bertemu lagi dengan ramadhan akan datang. Mudah-mudah di panjangkan umur ini.

Ya Allah mudahan segala amal ibadatku dan semua di terima oleh Allah s.w.t. Selamat tinggal ramadhan.

Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan. Semoga di panjangkan umur.

Aku mohon ampun segala kesalahan aku. Selamat tinggal RAMADHAN, moga bertemu lagi di tahun hadapan.

Kad raya from Zu





Ampun dan maaf andai..........

TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERbising menyakitkan telinga
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kene mengena

sy hanya insan biasa yang belum cukup sempurna untuk mengembirakan semua

Dan saya jugak tidak terlepas dari melakukan kesilapan….

Sekali lagi sy menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari semua sempena AIDILFITRI yang akan menjelang tiba ini….

Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
Kami mohon maaf zahir dan bathin....

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada....

Regards,

Zu n Family

Kad raya from Sakura

Terima kasih atas ingatan...selamat hari raya maaf zahir dan batin.........

Wednesday, September 24, 2008

Kad Raya Dari Deza

Biarpun tidak pernah bersua muka namun betapa besarnya erti sebuah persahabatan dari insan sepertiku. Terima kasih di atas ingatan ini. Islam itu bersaudara, rugilah sesiapa yang memutuskan silaturahim sesama insan. Carilah sahabat sebanyak mana. Tetapi jangan cari musuh hihihi.

Aku dulu dan sekarang


Kalau nak dikutkan masa memang pantas meninggalkan kita. Terlalu pantas sangat-sangat. Sedar-sedar tak sedar hari ni dah 25 ramadhan dah. Dah nak raya dah, agaknya ramai kekawan blogger yang sudah membuat persiapan, seperti beli/buat kuih raya, kain baju anak-anak dan baju sendiri. Aku???? seperti biasa tiada kekalutan dalam hidupku, kuih raya aku tak buat..jangan kata nak buat, -tak reti sangat bab-bab buat kuih ni, tetapi kalau masak-masak nasi dan lauk tu okeylah- . Kuih gunting yang aku buatpun boleh baling ke dinding sebab kerasnya macam batu. Biskut???? minta maaf sorang-sorang baik tengok tv mengantuknya, aku kalau nak buat biskut, kalau tak buh hiasan seperti manik,buah ceri, badam hiris jangan harap nak buat. Sebab kalau buat mesti nampak cantik dan puas hati. Tetapi itulah yang membuatkan aku boring buat kerja sorang. Jauhnya beza aku dan sekarang, seperti yang aku maklumkan kali terakhir aku buat kuih raya ketika aku tinggal di Countryhomes. Sebab ramai adik kakak yang menolong, ada yang tolong letak buah ceri, sapu telur dan sebagainya lagi. Seronoknya kalau di ingatkan. Tetapi sekarang saat itu sudah tiada lagi.. Pendek kata selagi aku tak pulang ke kampung bab-bab kuih raya tiada dalam kamus hidupku, yang aku tahu kuih tunjuk ajelah, tu yang paling mudah. Kalau kat Giant tu tak mahal sangat, kalau nak sedap bakarlah semula dsalam seminit dua.
Baju raya?Insya-Allah hari minggu pergi beli, itupun kat anak ajelah kot. Kat mek dan mak mertua bagi kain aje suruh depa tempah kat kampung murah.

Bila bercerita tentang baju raya, aku terkenang ketika aku berusia tiga belas tahun. Aku bukannya dari keluarga yang berada, ayah seorang tukang rumah dan petani, emak pula kekadang jual kuih dan menoreh getah pawah. Alhamdulillah sekarang emak dan ayah lebih baik dari dulu biarpun tidak tinggal di rumah yang tidak mewah dan tidak besar. Tetapi kebahagiaan itu bukannya terletak pada rumah yang besar dan mewah.

Ada seorang pakcik, orang kampungku panggilnya dengan panggilan Pakdo Me/Man. Dia hari-hari menjual kain dengan menaiki basikal tuanya. Bila tiba musim raya dia akan membawa berbagai corak kain. Aku masih ingat lagi ketika itu betapa sukarnya mek aku hendak membeli sepasang kain untuk anak-anak biarpun hanya harga rm 13 atau rm 10. Bila aku kenang-kenang sekarang betapa mewahnya orang zaman sekarang dengan kain baju. Ada yang tempah dan beli tiap-tiap bulan. Betapa susahnya orang dahulu. Aku kira sekarang nipun masih ada lagi segelintir insan yang hidup susah. Malam tadi aku menonton Bersamamu, betapa tersentuhnya hati ini melihat penderitaan dua orang pak cik yang dalam keadaan serba kekurangan. Bila aku menilik diri syukurnya tidak terhingga.

Sepasang kain berwarna pink berbunga besar, sudah menjadi baju kurung bersama tudung berwarna putih, nostalgia lama.

Oklah kepada sahabat-sahabat yang akan berangkat pulang berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang yang di sayang, memandulah dengan berhemah, semoga selamat sampai ke destinasi. Di opis suamikupun dah ramai yang pulang ke kampung. Hari ini anakku Hafiz pulang dari asrama.

Jom balik kampung tiket dah ada tu,tetapi cukup-cukup untuk tiga orang aje, maaflah gambar tak terang, aku memang tak berapa pakar bab ambik gambar, kalau Hafiz okey pandai. Tu lah rupanya tiket dari TV3. Comel tak ada gambar selebriti lagi. Simpan sebagai kenangan seumur hidup. Kalau dulu dah dapat barangan dari sinar fm...alhamdulillah rezeki. Untuk mek ayah maaflah tahun ni tak dapat pulang beraya, kenalah ikut giliran nanti apa pula kata mak mertuaku tersayang. Bersabarlah dan bergembiralah biarpun serambi rumah dah tidak berbumbung, tetapi cuba pandang orang yang tidak berumah, betapa peritnya hidup mereka.
Bersabarlah.............

Monday, September 22, 2008

Kad raya dari akak


Mekasih banyak-banyak ya atas ingatan itu. Biarpun tidak pernah bersua muka moga ikatan ukhuwah berpanjangan hingga ke akhir hayat........

Selamat hari raya aidilfitri


Biar apapun yang telah di takdirkan sebagai hambaNYA redha dan syukur, itulah penenang jiwa di kala duka mengundang. Andai di beri pilihan ingin saja aku pulang kepangkuan emak dan ayah yang ku kasihi. Tetapi sudah tertulis begitu takdirnya aku harus akur.

Sempena aidilfitri yang bakal tiba tidak berapa lama lagi, aku dengan rendah hati ingin mengambil kesempatan untuk memohon jutaan kemaafan kepada semua sahabat-sahabat bloggers walau di mana saja mereka berada. Tidak kira yang sudah lama kenal dan yang baru kenal. Kad raya ini khusus untuk kalian semua.

Untuk Epel, Ks, Keshi, Fida Musafir Minda, Lissa dan insan-insan yang pernah ku temui, dan sahabat-sahabat yang tidak mempunyai blog aku ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan andai selama kita berkenalan melalui komuniti dan bersembang melalui cbox, ada keterlanjuran kataku yang sengaja atau tidak di sengajakan. Halalkan apa yang termakan dan terminum. Aku bersyukur kerana mengenali kalian, dan aku bersyukur kerana kalian sudi menjadikan aku sebagai kawan. Semoga ikatan ukhuwah kan berpanjangan hingga ke hujung nyawa. Tak lupa untuk Cikgu Wan yang sudi berbalas-balas sms denganku.

Nampaknya sudah lama aku tidak membeli kad raya, jangan kata beli kad raya kad secara onlinepun aku tidak hantar kepada teman-teman. Mohon maaf zahir dan batin..........

p/s jemput datang ke rumahku..pintu rumah sentiasa terbuka untuk semua yang sudi......

Sunday, September 21, 2008

Musibah satu ujian

Sepatutnya aku gembira kerana dapat pulang beraya bersama keluarga mertuaku. Yalah kan kalau beraya di sini nak beraya dengan siapa.Mak mertua ke mak sendiri ke sama saja bagiku. Bila dah bergelar isteri dan menantu, ibu mertua tarafnya sama dengan ibu sendiri. Kasih sayang dan hormatnya sama tidak berbelah bagi.

Tetapi malam semalam 21. Sept bersamaan dengan 21 ramadhan aku di kejutkan dengan panggilan telefon dari kakak iparku. Suaranya agak cemas, tetapi dia pandai menyembunyikan sesuatu. Ketika itu aku baru saja keluar dari bilik air untuk bersolat maghrib. Dia tanya aku berbuka makan apa. Lepas tu suara dia tengelam timbul.

Rumah mek di timpa/hempap pokok kelapa, sebahagian bumbung habis rosak. Aku terduduk, terkesima sedihpun ada. Kereta dan motor rosak, tetapi alhamdulillah kerana masih boleh di perbaiki. Kata mek aku, ketika itu diorang semua berada dalam rumah nak tunggu berbuka. Angin kuat tiba-tiba bunyi satu benda kuat menghempap bumbung rumah, bila pergi jenguk ke serambi habis musnah di timpa pokok kelapa. Kata mek pokok kelapa tu buahnya lebat sangat, taklah dekat sangat dengan rumah...tetapi agaknya pokok itu sudah tinggi. Tu lah sampai ke bumbung rumah mek. Selepas pokok kelapa tu tumbang diorang pergi tengok rupanya pokok tu sudah reput dari dalam. Nampak elok berbuah lebat,tak sangka rupanya reput dari dalam. Kebetulan petang itu, ayah tak duduk di situ, selalunya ayah akan membaca Al-Quran dan melayan kerenah Amirulpun di situ. Kalau tidak tak tahulah.......

Walau aku agak bersedih dengan apa yang menimpa tetapi aku dan keluarga bersyukur kerana semuanya selamat. Bila kita meletakkan rasa redha dan syukur rasa tenang di dalam kalbu ini. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Aku berdoa moga keluargaku tabah dan akan membina semula apa yang telah rosak. Biarpun tidak sebaik yang telah musnah.

Tetapi kesian kerana kegembiraan mereka untuk menyambut hari raya agak tercalar, begitu juga diriku. Tetapi hidup mesti di teruskan. Segala musibah itu datangnya dari Allah untuk menguji keimanan hamba-NYA. Ada lagi yang lebih teruk dari kami. Bersabar, redha dan bersyukur....Dari Allah kita datang kepada Allah kita di kembalikan, setiap apa yang ada di dunia ini tidak akan kekal lama melainkan Allah.

Tuesday, September 16, 2008

Rezeki Ramadhan

15.September 2008 bersamaan dengan 15 ramadhan.

Selepas solat subuh aku on TV9 dan TV3. Di TV9 aku menonton soal jawab agama manakala TV3 aku menonton MHI. Selalunya jarang sangat aku hendak menonton MHI di waktu pagi, almaklum sajalah pagi-pagi aku lebih suka ke halaman melihat pokok-pokok hijau, sambil aku mencabut rumput-rumput yang tumbuh subur di dalam pasu bunga.

Tetapi semenjak ada orang datang memotong rumput tiap-tiap bulan aktiviti itu jarang aku lakukan. Apa lagi di bulan puasa aku banyak menghabiskan masa di dalam rumah sambil belajar menjahit manik, sambil-sambil tu aku menonton TV3. Entah mengapa RTM1 dan RTM2 tak mendapat tempat di hatiku.

Semalam aku cuba calling-calling MHI untuk mendapat tiket free. Kebetulan suamiku bercuti kerana dia agak tidak sihat. Dekat sepuluh kali aku calling-calling jugak talian sibuk, tak dapat-dapat. Tetapi tanpa di duga talianku dapat di tembusi.

Hello siapa di sana? Suara lemak merdu Fetri Yahya di corong telefon.
Tergamam ada, dapat juga akhirnya. Dia tanya nak balik kemana, nak berapa tiket. Aku katalah nak balik Kelantan nak tiga tiket. Dia kata tunggu dulu jauh dari TV. Akupun mendengarlah coleteh mereka yang agak kesibukan, almaklumlah aku panggil yang kedua. Tunggu dalam seminit dua alamak talin terputus aku tertekan apa entah le, melepaslah aku untuk pulang ke Kelantan.Terkilanpun ada, tetapi aku tetap sujud syukur kerana aku dapat menembusi talian tersebut, tetapi aku redha kalau itu bukan rezekiku. Kata suamiku esok cuba lagi.

16 ramadhan

Pagi ni bila dengar lagu balik kampung nyanyian Sudirman Haji Arshad akupun dail no 1800 88 66 36. Calling-calling tak dapat, setiap kali aku calling aku menyebut bismillah dan berdoa mudahan kali ini dapat. Dengan izin Allah aku dapat lagi menembusi talian tersebut. Setelah berceloteh dan menjawab soalan yang amat mudah aku mendapat tiga tiket,tetapi lain pula destinasiku kerana tiket untuk balik ke Kelantan habis, dan aku pulang ke Alur Star. Alhamdulillah akhirnya rayaku tahun ini penuh bermakna bersama keluarga suamiku. Lagipun kasihankan Hafiz dia selau tanya nak balik mana raya ni.

Ini juga merupakan hadiah untuk suamiku yang banyak berkorban untukku. Sudah lama aku tak pulang beraya dengan ibu mertuaku. Selama aku tinggal di PJ ni belum pernah lagi aku sampai ke Sri Pentas, padahal taklah jauh sangat. Tetapi nak pergi untuk apa kalau bukan ada urusan. Siapa tak nak tiket pergi dan balik. Terima kasih kepada pihak TV3 kerana memberi tiket dengan percuma.

Memandangkan suamiku masih bercuti, berulang alik ke UH lagi. Entahlah bimbang kalau penyakit lama datang kembali. Batuk tak henti, tetapi boleh reda bila makan ubat. Kalau nak ikutkan rumahku pun masih belum berkemas astau memanggil orang mengemop dan membersih jendela lagi. Nak panggilpn kenalah kemas dulu. Nampaknya tak tau bilalah dalam keadaan begini. Kalau Hafiz ada sedikit sebanyak dia boleh tolong.

Kegembiraan pulang beraya tidak di rasa sangat bila ingat suami yang sakit-sakit sejak akhir-akhir ni. Kalau sakit biasa tidak mengapa tetapi ini merupakan penyakit kronik. Suamiku bercadang hendak membeli kerusi roda baru untukku, bagi mengantikan kerusi roda lama yang berkarat tu. Tetapi aku menghalang kerana aku rasa lebih baik dia membeli ubat-ubatnya. Kacip mas dan sebagainya lagi. Itu lebih penting dari kerusi roda.

Persiapan hari raya ala kadar saja,nampaknya beli untuk Hafiz saja manakala aku seperti biasa pakai yang tahun lepas. Insya Allah kalau tak ada halangan ingin menempah baju kain yang Epel kasi. Mekasih bebanyak Epel ek, budi baik kalian hanya Allah saja yang membalasnya.

Sekarang sudahpun jam dua pagi lebih. Sms dari Hafiz..malam ini Hafiz tidur di Stadium Shah Alam kerana pihak sekolahnya mengadakan qiamulai sempena nuzul Quran. Aku tidak mau lena, banyak benar yang bermain di fikiranku ini. Hajat hati hendak buat lah sikit kuih raya, tetapi kesian suami kena beli itu dan ini, makanya aku lupakan saja hasrat itu. Beli aje kerepek ke apa ke dua tiga jenis itu sudah memadai.

Malam ini berbuka hanya makan sedikit mee segera, entahlah hendak menjamah nasi tak berapa berselera. Selalunya kalau masak jadi habuan lima ekor kucing. Kasihan mereka tiada siapa yang hendak memberinya makanan. Ya Allah berkatilah mereka-mereka yang berbuat kebaikan kepada kami, eratkanlah ukhuwah kami hingga ke akhir hayat.

Saturday, September 13, 2008

sepi tanpa berita









Agar-agar merah di rumah Epel








belajar jahit manik

Assalamualaikum salam ramadhan dan selamat berpuasa. Sedar tak sedar hari ini sudahpun dua belas hari umat islam berpuasa. Biasalah dalam bulan puasa ini agak sibuk, makanya blog ini di tinggal sepi begitu saja.

Mungkin ada di kalangan rakan-rakan bloggers yang sudahpun buat persiapan untuk menyambut aidilfitri yang bakal tiba. Aku seperti biasa ala kadar saja.

Sabtu lepas pergi jalan-jalan ke Medan Mara, sebenarnya bukannya nak pergi sangat tetapi adalah urusan peribadi.Ramainya manusia, entah mengapa hati ini tidak tertarik langsung dengan kain baju yang di jual. Barangkali mungkin agak keletihan melihat baju yang di bungkus dengan kain selimut seperti orang Kemboja yang hendak jual kain dari rumah ke rumah. Terpaksa buat begitu sebabnya rumah di cat baru dan segala barang dalam almari di keluarkan. Kesian juga kat abang-abang Indonesia nak tolak almari yang berat untuk mengecat dan membaiki bilik yang rosak. Terpaksalah tuan rumah berkorban sedikit.

Alhamdulillah sudah siap di cat dan di perbaiki mana yang rosak sahaja, manakala yang tak rosak cuma di cat sahaja. Alahai rumah orang, ikut suka dialah nak buat apapun. Itupun kira alhamdulillah, kalau tidak sepanjang kami tinggal di sini cuma dua bilik sahaja yang kami guna. Nak buat macam mana bocor sana sini. Tetapi sekarang alhamdulillah dah tak bocor lagi. Terima kasih banyak-banyak kepada pihak majikan suamiku yang perihatin kepada masalah kami.

Ahad minggu lepas pergi berbuka di rumah Epel, suaminya datang ambil, tak sempat nak ambil gambar rumah Epel. Tetapi memang comel rumah Epel tu. Rasa berkenanlah jugak. Insya-Allah moga suatu hari nanti dapatlah jugak rumah sendiri, kecil tak apa, asalkan rumah sendiri. Banyaknya menu yang Epel masak untuk berbuka. Terima kasih banyak-banyak kerana datang memjemput kami.

Puasa tahun ni memanglah amat memilukan, bila makan teringat anak di asrama. Tetapi bila kenangkan yang dia nak belajar tahan sajalah sebak di hati ini.

Oklah nanti lain kali cerita lagi sebab banyak lagi nak cerita dan nak muatkan gambar di blog ni. Tu pun kalau sempatlah,...biasalah puasa-puasa ni banyak kerjanya. Kalau awal puasa aku meyuruh suami beli segala lauk pauk, tetapi minggu ni aku masak sendiri. Bukannya tak sedap beli kat bazar ramadan...tetapi entahlah masak sendiri lagi menepati citarasa kita.

Tuesday, September 2, 2008

insan yang kusayang