Thursday, June 21, 2012

Lamanya ku tinggalkan dikau

2 Syaaban Hampir melangkah ke bulan ramadhan.Terasa begitu singkat hari2 yang berlalu. Rutin2 harian tiada apa yang menarik, melainkan badan semakin naik mendadak dari 50 ke 57 entahlah selera makan bertambah. Jemputan majlis bacaan yassin tahlil dll tiap2 minggu. Tumit kakipun semakin sakit, sebelum ini suamiku mengadu sakit kaki, tiap2 hari suruh urut kaki. Rupanya bila badan naik memang sakit kaki dan tumit. Bila sudah berumur kalau tak makan tak boleh pedih perut dan tak boleh terasa lapar ada je nak mengunyah, macam mana badan tak naik. Bilalah nak kurus ni, makan ubat kurus pun tak membantu. Oh tidaaakkkkk baju pun dah kena ganti yang baru. BErpuasa niat kena betul bukan untuk kurus. Semoga Allah beri kekuatan untuk aku. Bila tibanya bulan ramadhan rasa sedihlah pulak. Entah apalah anak ku nak makan nanti. Sahurnya bagaimana? Berbuka tak mengapalah di surau dan masjid tp bila bersahur kasihannya anakku. Semoga Allah menjaga anakku sebagaimana Allah menjaganya ketika dalam kandunganku 17 tahun yang lalu. Semoga di permudahkan dan kejayaan menjadi miliknya dunia dan akhirat ameen... Rindunya ramadhan semoga di pertemukan ya Allah......

0 comments: